Monday, December 12, 2011

YANG KAYA TERLALU KAYA...JANGAN KAYA AMBIK RASUAH DAN TIPU MENIPU...SALAH GUNA KUASA DAN PECAH AMANAH...DIKUBUR SERTA AKHIRAT AZAB MENUNGGU....YANG MISKIN KESIAN ABIS...MANA PUSAT ZAKAT...ITU PERLU DISALUR BUKAN DISIMPAN...AKHIRAT JAWAB KERANA TAK AMANAH...KORANG NAK LARI MANA...

Peon miliki harta berjuta



SEBAHAGIAN wang yang dirampas dalam serbuan terhadap kediaman Narendra.
SEBAHAGIAN wang yang dirampas dalam serbuan terhadap kediaman Narendra.
NEW DELHI: Seorang pekerja sebuah majlis kerajaan tempatan yang berpendapatan hanya RM250 sebulan ditangkap atas tuduhan rasuah semalam selepas polis mendapati dia secara sulit mengumpul harta yang banyak.
Narendra Deshmukh, 53, bekerja sebagai peon sejak 31 tahun lalu. Tetapi selepas beberapa aduan, polis menyerbu kediamannya dan mendapati dia jutawan yang memiliki empayar perniagaan dan hartanah serta sejumlah besar simpanan emas dan permata. Detektif berkata, sepanjang 31 tahun bekerja dengan Perbadanan Majlis Perbadanan Ujjain sebagai peon, Narendra secara rasminya hanya menerima pendapatan tidak melebihi RM95,000.

Bagaimanapun, polis yang menyerbu rumahnya menemui bukti dia memiliki hartanah bernilai lebih RM2.5 juta, rangkaian perniagaan, termasuk sebuah ladang, kedai menjual daging dan perniagaan memproses ayam bernilai kira-kira RM1 juta.
Mereka juga menemui resit simpanan untuk RM150,000, barangan elektronik bernilai puluhan ribu ringgit, barangan kemas bernilai RM15,000 dan 20 akaun bank yang belum disiasat.

Ketika polis tiba di rumah Narendra di Goverdhan Dham, mereka melihat anggota keluarganya cuba membuang barangan kemas dan wang tunai dengan mencampakkannya ke laman jiran.

Detektif percaya, sepanjang menjadi peon, Narendra bersubahat dengan pegawai kanan yang mereka syaki terbabit dalam kegiatan rasuah lebih besar.

Rasuah di kalangan kakitangan kerajaan India berlaku secara berleluasa dan sudah menjadi perkara biasa bagi pekerja di pelbagai peringkat berkongsi wang suapan itu.

Bagaimanapun, polis terkejut dengan kekayaan melampau Narendra.
Timbalan Superintendan Polis Madya Pradesh, OP Sagoria berkata: “Sejumlah besar hartanya sudah dinilai. Peti simpanan banknya juga akan diperiksa. Kami juga akan menghantar pegawai ke Mumbai, Jalgaon dan Gurgaon untuk menyiasat secara terperinci kekayaannya.” - Agensi


Warga Afrika godam e-mel tipu RM960,000

E-MEL dua buah syarikat telah digodam satu sindiket dipercayai didalangi warga Afrika melibatkan penipuan sebanyak RM960,000. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Satu sindiket penipuan Internet dipercayai didalangi oleh warga Afrika dikesan aktif memperdaya mangsa terutamanya ahli perniagaan dengan menggodam e-mel mangsa.
Taktik terbaharu itu mula dikesan selepas polis menerima dua laporan daripada dua lelaki pada akhir bulan lalu dan awal bulan ini mengakibatkan kerugian berjumlah RM960,000.
Modus operandi yang dilakukan suspek ialah, mereka akan menggodam e-mel syarikat mangsa berkaitan urus niaga syarikat tersebut dan menghantar e-mel itu kepada pihak ketiga yang merupakan pelanggan syarikat berkenaan.
Menerusi e-mel itu, suspek akan meminta pelanggan mangsa membuat pembayaran ke akaun sindiket berkenaan yang didaftarkan di negara ini.


Padah halang kekasih ke KL


REAKSI Navindran ketika diiring keluar dari Mahkamah
Majistret Tapah, Perak semalam.


TAPAH – Kemarahan 1,200 pengguna kereta api yang terkandas dari Tapah Road ke Tanjung Malim ekoran panggilan bom palsu sedikit reda apabila seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam.
Jurujual sebuah syarikat jualan langsung, N. Navindran, 25, dari Jalan Kampung Banjar, Teluk Intan dekat sini bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan membuat panggilan palsu tersebut kepada polis melalui telefon bimbitnya pada pukul 1.45 pagi, 1 Disember lalu.
Berdasarkan fakta kes, Navindran telah mendakwa kewujudan bom di sepanjang 76 kilometer laluan kereta api itu menerusi panggilan telefon kepada seorang anggota polis yang bertugas di Pejabat Pegawai Bertugas Ibu Pejabat Polis (IPD) Tapah.

Bangsal padi tempat berlindung 12 beranak


SOFIAN (kanan) melawat keluarga Abd. Rahman di Kampung Rambong Batu Tujuh, Baling, Kedah semalam.


BALING - Gara-gara kemiskinan, sekeluarga 12 orang terpaksa menjadikan bekas bangsal padi yang diubah suai di Kampung Rambong Batu Tujuh di sini sebagai kediaman mereka.
Kediaman Abd. Rahman Md. Rejab, 56, dan isterinya, Fauziah Md. Zain, 47, itu dihuni oleh lapan anak pasangan tersebut yang berusia tiga tahun hingga 20 tahun serta dua lagi anak saudara mereka yang berusia dua dan enam tahun.
Malah, salah seorang anak pasangan tersebut iaitu Siti Saidatul Ilani yang berusia 19 tahun kini menghidap penyakit buah pinggang.


Jelaskan hubungan Saiful-Farah


ANWAR


KUALA LUMPUR - Pihak pembelaan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon Mahkamah Tinggi di sini ditangguh bagi membolehkan pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dipanggil menjelaskan hubungan mereka.
Peguam Karpal Singh ketika berhujah di akhir kes pembelaan semalam menolak kenyataan Jabatan Peguam Negara sebelum ini mengatakan tiada hubungan istimewa antara mereka.
Farah Azlina merupakan salah seorang pegawai Pendakwa Raya dalam kes liwat tersebut namun telah digugurkan ekoran isu itu.
Terdahulu, Karpal berhujah bahawa pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan terhadap tuduhan liwat yang dikenakan terhadap Anwar.

Tukar pelabuhan seludup syabu


NOOR RASHID (tengah) bersama pegawainya menunjukkan sebahagian syabu yang dirampas daripada tiga lelaki Algeria dan dua warga Iran pada sidang akhbar di George Town, Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN – Sindiket syabu didalangi tiga lelaki Algeria dan dua warga Iran yang ditumpaskan polis Jumaat lalu didapati bertindak licik apabila menyeludup dadah berkenaan menggunakan kapal kontena sebelum mengisytiharkannya sebagai serbuk tanah liat melalui Pelabuhan Pulau Pinang.
Perkara itu terbongkar selepas polis menyoal siasat kesemua suspek berusia di antara 27 dan 37 tahun tersebut yang ditahan pada awal pagi di sebuah premis di kawasan Perindustrian Bebas, Batu Maung di sini.
Dalam serbuan itu, polis memeriksa sebanyak 240 kampit dan 11 daripadanya didapati mengandungi syabu seberat 72.1 kilogram bernilai RM14.4 juta. Dadah itu dibawa menggunakan kapal kontena dari Pelabuhan Bandar Abbas, Iran.


Rakaman tragedi pengeboman menyayat hati

IMEJ menunjukkan Tarana menjerit ketakutan sambil dikelilingi mayat-mayat yang bergelimpangan selepas satu serangan bom berani mati di Kabul.


KABUL - Sorang jurugambar agensi berita AFP di Kabul, Afghanistan, Massoud Hossaini berjaya merakam imej-imej betapa dahsyatnya keganasan antara fahaman mazhab di Afghanistan pada 6 Disember lalu apabila seorang pengebom berani mati menyerang sekumpulan penganut Syiah.
Imej tersebut menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, Tarana Akbari yang memakai jubah berwana hijau terang menjerit kerana terkejut dan dikelilingi oleh sanak-saudaranya yang terbunuh serta cedera.
"Tiba-tiba berlaku letupan. Rasanya seperti dunia sudah terbalik dan semua dinding menimpa saya. Apabila bangun, saya nampak semua orang di sekeliling saya terbaring di tanah dan berdarah. Saya sangat takut," cerita Tarana yang seminggu lalu keluarganya bersedih berikutan kematian saudara mereka.
Gambar yang memaparkan jubah Tarana dipenuhi darah telah menjadi hiasan muka depan akhbar-akhbar di seluruh dunia. Ia turut menggambarkan keganasan di Afghanistan dan masa depannya yang tidak menentu.
Ketika kejadian, Hossaini berada hanya beberapa meter daripada lokasi pengeboman yang membunuh sekurang-kurangnya 70 orang mangsa. Hossaini memberitahu, dia hanya melihat-lihat kameranya ketika letupan berlaku.
"Apabila asap sudah hilang, saya dapati saya berdiri di tengah-tengah mayat yang bergelimpangan.
"Saya berdiri tepat di mana pengebom berani mati berada sebelum itu.
"Saya toleh ke kanan, nampak Tarana dan merakam gambarnya. Sebaik sahaja dia melihat apa yang berlaku kepada saudara-saudaranya, dia hanya menjerit ketakutan," jelas Hossaini. - AFP


Spesies baharu setiap 2 hari di Mekong


CICAK spesies cnemaspis psychedelica yang ditemui di rantau Mekong, Thailand.


BANGKOK - Sekumpulan saintis berjaya mengenal pasti spesies-spesies baharu setiap dua hari di rantau Mekong, jelas Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) dalam satu laporan yang memperincikan penemuan-penemuan luar biasa tahun 2010.
Antara penemuan itu ialah burung siul daun dan monyet yang ditemui di negeri Kachin, Myanmar. Terdapat juga satu spesies cicak betina yang mampu mengklon dirinya sendiri tanpa memerlukan cicak jantan. Ia ditemui secara tidak sengaja oleh seorang saintis ketika melihat menu makanan di sebuah restoran Vietnam.
Namun begitu, WWF memberi amaran bahawa sejumlah spesies boleh pupus sebelum ia sempat direkodkan.
Lebih 200 spesies baharu direkod tahun lalu di rantau Mekong yang meliputi Thailand, Kemboja, Myanmar, Vietnam, Laos dan wilayah barat daya China, Yunnan.
Jurucakap WWF bagi rantau Mekong yang berpangkalan di Hanoi, Sarah Bladen berkata, di sebalik jumlah spesies baharu yang ditemui, rantau itu turut berdepan 'krisis kepupusan'.
"Negara-negara terbabit perlu melihat biodiversiti sebagai sesuatu yang perlu dihargai. Jika tidak, kita berisiko kehilangan spesies-spesies liar dan habitat pada kadar yang luar biasa," jelas Bladen.
Senarai tersebut didominasi oleh tumbuh-tumbuhan, 28 jenis reptilia dan tujuh spesies amfibia. - AFP

No comments:

Post a Comment