Terkait arus maut
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Wan Asrudi Wan Hasan
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
DI SINI...Khairul Anuar menunjukkan tempat Riduan terkena renjatan elektrik di Kampung Kroh, Tapah, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6 petang itu, batang galah aluminium yang digunakan Riduan ketika mengait buah kelapa terkena kabel elektrik menyebabkan dia terkena renjatan elektrik. Bagaimanapun, mangsa terselamat daripada maut dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.
Faizal berkata, insiden berlaku ketika dia dan Riduan mengait kelapa tua untuk dijual selepas mereka mendapat tempahan sempena Ramadan.
“Riduan meminta saya membantunya mengait kelapa tua. Saya serta seorang lagi rakan, Suhaimi bersetuju membantunya dan kami ke rumahnya jam 5.50 petang.
“Kami memulakan kerja mengait kelapa tua beberapa minit kemudian di kawasan kira-kira 100 meter dari rumahnya. Ketika itu galah aluminium Riduan tersentuh kabel elektrik menyebabkan dia terkena renjatan elektrik,” katanya.
‘Macam artis pula’
Oleh Azlan Hafeedz
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
KEMBALI NORMAL...Muhamad Hafiz (kanan) meneliti jahitan di kepala Hisham.
Ayat pertama terkeluar daripada mulut Hisham sebaik dibenarkan keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, tepat jam 3 petang kelmarin ialah ingin berjumpa hamba Allah dari Pulau Pinang yang menderma dengan seikhlas hati sehingga dia beroleh tempurung kepala baru.
Katanya, jika ditakdirkan menemuinya, dia akan memeluknya sekuat hati sebagai tanda terima kasih kerana sanggup membantunya menjadi lelaki normal semula.
Sebelum ini, sebaik dibenarkan keluar dari hospital, Hisham diibaratkan artis apabila tiba-tiba menjadi tersohor serta tumpuan ramai.
Difahamkan, ramai pelawat termasuk jururawat serta kakitangan wad berkenaan bergambar kenang-kenangan dengannya menyebabkan pemuda ‘istimewa’ itu terkedu malu sebaik berita mengenai dirinya dilaporkan Harian Metro.
Terkurung 21 tahun
DAIF...pemandangan persekitaran Kem Kutupalong yang dihuni lebih 50,000 pelarian Rohingya sejak 21 tahun lalu.
BINA SENDIRI...seorang pelarian di kem tidak berdaftar membina ‘rumahnya’ dengan ranting kayu dan daun pokok.
Ini kerana konflik yang meragut ribuan nyawa umat Islam Rohingya itu serta mencetus derita kepada ratusan ribu yang lain, secara tidak langsung menggamit semula perhatian dunia luar terhadap hampir 90,000 pelarian Rohingya yang menghuni tiga kem pelarian di Bangladesh sejak 21 tahun lalu.
Berikutan tempoh panjang itu, mereka yang hidup serba kedaifan dan penuh penderitaan seakan-akan dilupakan apabila jarang menerima bantuan termasuk daripada saudara seagama.
Sepanjang tempoh 21 tahun itu, ramai di kalangan pelarian Rohingya yang sudah meninggal dunia sebagai orang buangan dan pada masa sama, ribuan juga dilahirkan di dalam kem untuk berkongsi status sama.
Sedikit latar belakang, pelarian Rohingya terbabit menyeberangi Sungai Naf yang menjadi sempadan Myanmar-Bangladesh pada 1991 selepas diusir kerajaan tentera Myanmar.
Jasad anak ditemui
Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
rnoraina@hmetro.com.my
Mangsa ditemui anggota Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak yang menjalankan operasi mencari mangsa jam 5.30 petang.
Sementara itu, ibu mangsa, Misnati Hullah, 48, yang dihubungi mengesahkan penemuan anak bongsunya itu sebelum diminta ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
“Kami dimaklumkan oleh anggota polis mengenai penemuan Yaqin sejurus masuk waktu berbuka puasa kira-kira jam 7.35 malam dan membuat pengecaman di hospital pada jam 8.35 malam.
“Memang sah itu jasad Yaqin, namun kami hanya dibenarkan membawa pulang jenazah pagi esok (hari ini) kerana hospital perlu melakukan bedah siasat,” katanya.
Misnati berkata, sejak anak bongsunya itu hilang selepas terjatuh dari longkang dan dihanyutkan arus deras, dia sentiasa berdoa dan mengaji al-Quran berharap jasad anaknya itu ditemui untuk disemadikan dengan sempurna.
“Kali terakhir Yaqin mencium saya sebelum ke sekolahnya di Sekolah Kebangsaan Tasik Tambahan. Saya tidak menyangka itu ciuman terakhirnya. “Malah, kami sekeluarga tidak sempat menyambut kedatangan Ramadan kali ini bersamanya. Sejak Yaqin berusia tujuh tahun, dia tidak pernah tinggal puasa. Dia berpesan kepada saya supaya belikan baju Melayu merah dan sampin hitam untuk hari raya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Tasik Tambahan, di sini, semalam.
Dengan nada sebak, Misnati yang berstatus penduduk tetap memberitahu dia yakin dan reda dengan takdir Ilahi anak lelaki daripada empat beradik itu sudah tiada lagi selain berdoa anaknya itu ditemui semula.
“Tadi (semalam) saya membaca surah Luqman sebanyak tiga kali. Mungkin terlalu penat, saya terlelap lebih kurang satu minit dan bermimpi Yaqin senyum kepada saya, malah bibirnya merah,” katanya.
Menurutnya, dia yang tersedar dari tidur menceritakan mimpi itu kepada suami, Markasan Markadi, 58, dan anak perempuan ketiganya, Nikmatul Hanafia, 17. Katanya, anaknya yang bersekolah di tahun lima tergelincir dalam lubang saliran air di Taman Putra jam 6 petang, Jumaat lalu, selepas keluar bermain dengan empat rakannya.
Baru bebas mati ditembak
Difahamkan, hasil pemeriksaan pasukan forensik turut menemui satu peluru menembusi satu daripada jari mangsa.
Mangsa, Wong Teck Sern, 42, yang berpakaian lengkap ditemui mati dalam keadaan meniarap dipercayai mati kurang daripada 24 jam berikutan keadaan mangsa yang masih tidak dihurung semut.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd Taib Ahmad berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam jam 7.30 pagi sebelum tiba beberapa minit di tempat kejadian.
Katanya, polis menemui dokumen pengenalan diri pada mangsa dan menurut butiran pada kad pengenalan, mangsa berasal dari Sibu, Sarawak.
Tangan kiri dipotong
Menurutnya, renjatan elektrik itu menyebabkan suaminya kini mempunyai peluang 50 peratus untuk hidup dan jika sembuh, dia berkemungkinan besar mengalami cacat kekal.
“Ketika kejadian petang kelmarin saya keluar untuk membeli kuih berbuka puasa dan apabila pulang terkejut melihat orang ramai menahan kereta di tepi jalan sambil menjerit ‘orang terbakar!’,” katanya.
Penyamun campak anak
Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Norul Awatif Romli
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
KUALA SELANGOR: “Saya terkejut kejadian berlaku sekelip mata kerana
sewaktu kereta dilarikan saya berada di hadapan pintu rumah memakai
stokin sambil memanaskan enjin kereta.
Menurut Suhaimi, dalam kejadian jam 7 pagi itu, dia bersiap untuk menghantar anaknya ke sekolah, namun sempat memanaskan enjin kereta sebelum mengarahkan anaknya menunggu di dalam kereta.
Sebaik melihat anaknya dicampak keluar, keretanya pula dilarikan, mangsa mendapatkan bantuan jirannya mengejar suspek sebelum terserempak suspek di hadapan sebuah sekolah rendah.
“Suspek tak dapat larikan diri kerana jalan ditutup sehingga memaksa mereka berpatah balik ke jalan utama.
‘2 jam saja’
“Dalam dua jam itu, Insya-Allah awak selamat kerana saya sudah uruskan segala-galanya, tapi kalau lebih daripada tempoh itu, jangan salahkan saya jika timbul masalah,” kata orang hubungan penulis di Cox’s Bazar sebaik saja kami tiba di kawasan belakang Kem Kutupalong di Ukhia, Bangladesh.
Untuk keselamatannya, identiti orang hubungan itu kami rahsiakan, namun lebih penting kesempatan disediakannya kami manfaatkan sepenuhnya untuk menyempurnakan tugasan menyelami penderitaan etnik Rohingya yang dinafikan segala hak kemanusiaan di negara mereka, Myanmar.
Sejurus penulis dan jurugambar melompat longkang kecil dengan lebar kira-kira semeter, kami dihampiri seorang anak muda bertubuh sederhana yang memperkenalkan dirinya sebagai Arman, 20.
Mampu bertutur ala kadar dalam Bahasa Inggeris, Arman mendahului pergerakan kami menyeberang satu kawasan lapang yang dipenuhi kanak-kanak bermain sebelum kami menyusup di celah-celah deretan rumah usang diperbuat daripada tanah, ranting kayu dan beratap daun kering atau lembaran plastik.
‘Tak perlu ponteng lagi’
Oleh Siti Nadirah Hafidzin
nadirah@hmetro.com.my
nadirah@hmetro.com.my
Noraini berkata demikian ketika ditemui di kediamannya di Kempas, di sini, semalam, selepas keluarganya menerima kunjungan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru serta Majlis Agama Islam Johor (Maij), untuk memberikan bantuan, semalam.
Menurutnya, bantuan itu akan digunakan sebaik mungkin terutama bagi memastikan kehidupan empat anaknya, Nazirah, 16, Hamirul, 11, Nabila, 9, dan Alyah, 8, terjamin.
“Rezeki kami juga semakin bertambah sejak Ramadan selepas menerima tempahan memasak nasi ambang untuk dijual di bazar Ramadan.
“Disebabkan itu, tiga anak saya tidak perlu ponteng sekolah lagi dan saya akan cuba memastikan mereka dapat berehat selain menumpukan perhatian sepenuhnya pada pelajaran.
“Saya tahu pelajaran itu penting dan hanya dengan pelajaran nasib kami sekeluarga dapat diubah,” katanya.
Menurut wanita yang digantung tidak bertali sejak lima tahun lalu itu, bantuan diterima daripada JKM dan Maij akan digunakan sebaik mungkin terutama bagi memastikan kehidupan empat anaknya terjamin.
“Pegawai JKM memaklumkan mereka akan menaja peralatan berniaga seperti periuk, kuali, sudip dan yang berkaitan untuk saya memulakan perniagaan,” katanya.
Menurut Noraini, harapannya kini memastikan keempat-empat anaknya membesar dengan sempurna selain mendapat pendidikan terbaik.
Adik berang tetak abang
Oleh Abd Rahman Adam
abdulrahman@hmetro.com.my
abdulrahman@hmetro.com.my
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa, seorang pendawai elektrik berusia 20-an cuba menasihati adiknya yang bersikap kasar terhadap bapa mereka tanpa sebab munasabah.
Difahamkan, suspek berusia 19 tahun itu balik ke rumah dalam keadaan mabuk selepas meneguk arak bersama rakannya sebelum tiba-tiba mengamuk dan memarahi bapanya.
Menurut sumber, bapanya berusia 50-an itu mengambil keputusan keluar dari rumah bagi mengelak perkara tidak diingini.
Katanya, ketika menuju ke kereta, lelaki berkenaan terserempak dengan anak lelakinya lalu menceritakan perkara itu menyebabkan dia cuba menasihati adiknya sebaik tiba di rumah.
Mangsa buat lakaran fotofit suspek
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan melalui lakaran fotofit itu diharap dapat membantu mengesan suspek secepat mungkin.
Menurutnya, hasil siasatan awal pihaknya percaya suspek adalah warga Indonesia berdasarkan keterangan diberikan mangsa.
Harian Metro semalam melaporkan seorang lelaki menyamar sebagai pelanggan sebelum merogol pekerja sebuah butik di Jalan SS 15, Subang Jaya, dekat sini.
Kejadian berlaku jam 3 petang itu, ketika mangsa berusia 22 tahun bertugas di premis di tingkat satu bangunan tiga tingkat dan suspek berusia 30-an berpura-pura ingin membeli pakaian.
Menurut sumber, suspek mengambil pakaian dalam kuantiti banyak dan terus ke kaunter membuat pembayaran sebelum memberi alasan dia tidak membawa wang tunai.
“Suspek meminta mangsa menunggu kerana ingin mengeluarkan wang di mesin juruwang automatik. Suspek datang semula 10 minit kemudian dan mangsa menyangka dia ingin membuat pembayaran.
“Bagaimanapun suspek terus menarik tangan mangsa ke dalam stor dan mengugut merogol mangsa biarpun mangsa merayu meminta dilepaskan,” katanya.
Denda RM400 poligami tanpa kebenaran
Hakim Syarie Rohaizad Redzuan memutuskan demikian terhadap Mohd Johari Ramli, 52, selepas mengaku salah atas pertuduhan berkenaan.
Mohd Johari turut berdepan hukuman penjara tujuh hari sekiranya gagal membayar denda itu.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Majlis Agama Islam Wilayah Yala, Thailand pada 1 September 2008. Dia dituduh melakukan perbuatan itu ketika masih mempunyai isteri dan didakwa mengikut Seksyen 123 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Kekasih dedah rahsia
Oleh Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my
iskandar@hmetro.com.my
Teman wanitanya yang melawat lelaki berusia 36 tahun itu di hospital pada hari kemalangan Rabu lalu, ditahan dan polis menemui sejumlah kunci sebelum wanita berumur 30 tahun itu membawa polis ke sebuah rumah di sekitar Semabok, di sini.
Polis mendapati rumah itu dijadikan tempat memproses dadah dan 4,600 pil Ecstasy serta dadah disyaki jenis ketamin seberat kira-kira 2,106 gram (g) dianggar bernilai RM584,958 (termasuk 500 gram syabu yang ditemui bersama lelaki itu) serta sejumlah wang tunai ditemui dalam rumah itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Melaka, Superintendan Md Azmi Othman berkata, lelaki berkenaan cedera selepas kereta Proton Iswara dipandunya merempuh sebuah lori di Alor Gajah, jam 7.15 pagi, Rabu lalu.
“Ketika dalam perjalanan ke hospital, dia berkelakuan mencurigakan apabila memeluk dua beg miliknya hingga menyebabkan sepasukan polis dipanggil untuk menjalankan pemeriksaan.
“Pemeriksaan lanjut menemui satu bungkusan plastik berbalut surat khabar berisi dadah disyaki syabu seberat 500g dalam satu daripada beg itu manakala satu lagi beg mengandungi komputer riba dan telefon bimbit,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.
Menurutnya, jam 11 pagi hari sama, seorang wanita dipercayai teman wanitanya melawat lelaki itu di hospital dan dia turut ditahan bagi membantu siasatan.
“Polis tidak menemui apa-apa barangan kecuali serangkai kunci dan wanita itu kemudian membawa polis ke sebuah rumah di Semabok iaitu tempat dadah berkenaan ditemui.
Selangor tidak boleh ambil alih Syabas
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu tidak boleh dipertimbangkan walaupun ada peruntukan dalam klausa 32 melalui perjanjian konsesi yang mengatakan dengan persetujuan kerajaan Pusat, kerajaan negeri boleh mengambil alih syarikat konsesi Syabas.
“Soal cadangan kerajaan negeri untuk mengambil alih operasi Syabas, menteri sudah menerima surat. Tapi kita mendapat nasihat, tidak boleh dipertimbangkan kerana ada beberapa perkara dianggap substantif dan prosedural yang tidak dapat dipenuhi kerajaan negeri dan juga membabitkan Syabas.
“Atas dasar itu, apa pun kita minta pandangan muktamad daripada Peguam Negara. Tapi di peringkat ini kita dapati ada beberapa perkara tidak dapat dipenuhi pihak berkenaan, soal pengambilalihan itu tak boleh dilakukan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu Air Selangor, di sini, semalam.
Menjelaskan lebih lanjut perkara substantif itu, Muhyiddin berkata, mungkin satu daripada perkara berbangkit ialah berkenaan dengan air tak berhasil diletakkan di bawah tanggungjawab Syabas yang termaktub dalam perjanjian konsesi.
No comments:
Post a Comment