Sunday, July 22, 2012

BILA AGAMA TIDAK DIAMAL SEJAK MUDA....TAK DIDIK SEJAK KECIL...IBUBAPA JUGA JAUH DENGAN ISLAM...DAH DEWASA KITA JUGA JAUH DENGAN MASJID DAN SURAU...MAKA NI LAH PADAHNYA

Pisang udang dua warna

Posted on the July 22nd, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

LEDANG – Seorang pengusaha tanaman pisang terkejut mendapati salah satu daripada pokok pisang udang yang ditanamnya mengeluarkan buah mempunyai dua warna iaitu hijau dan merah.
Uda Esa, 43, berkata, dia menyedari keunikan pisang tersebut, kira-kira dua bulan lalu semasa jantung pisang mekar dan mula mengeluarkan anak pisang.
Menurutnya, penemuan itu adalah yang pertama kali berlaku sejak tujuh tahun lalu mengusahakan tanaman pisang udang di sebuah kebun di Kampung Sengkang Batu 22, Bukit Gambir, dekat sini. “Saya tanam pokok pisang ini setahun lalu dalam kawasan seluas 1.3 hektar dengan 200 pokok pisang udang untuk dieksport ke Singapura.





“Lazimnya, pisang ini warna kemerah-merahan dan apabila sampai tempoh matang akan bertukar menjadi warna merah jambu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Uda berkata, jadi apabila mendapati setandan pisang itu mempunyai dua warna, pastinya mengejutkan dan dianggap terlalu unik.
“Tiga hari lagi pokok pisang ini sudah boleh ditebang kerana buahnya sudah cukup matang. “Saya tak hebahkan kepada orang ramai dan hanya memaklumkan penemuan ini kepada rakan rapat, mereka turut melahirkan kehairanan dengan keunikan ini,” katanya.
Menurutnya, pisang tersebut mendapat permintaan yang tinggi terutamanya kaum Cina untuk upacara sembahyang. “Saya tidak teragak-agak untuk menjual pisang ini jika ada yang berminat untuk membelinya,” katanya.
Sinar

Irma Hasmie: Isu Status Suami Tidak Jadi Masalah!

Posted on the July 22nd, 2012 under Tempatan by admin

  • Share
SEMARANG, 20 JULAI 2012: Isu mengenai status suami kepada pelakon Irma Hasmie, Redza Syah bahawa dia kononnya adalah seorang duda telah menimbulkan kontroversi di kalangan peminat seni hiburan tanah air. Namun, ia sedikit pun tidak mengecewakan hati pasangan yang baru saja bernikah pada 29 Jun lalu ini.
Malah, Irma Hasmie yang kini telah kembali aktif berlakon semula selepas berbulan madu di Australia telah bersedia menjawab persoalan tersebut menerusi kiriman SMS yang dihantar kepada salah seorang krew murai.com.my.
“Baiklah, isu status suami saya tidak menjadi masalah apa-apa pada saya dan keluarga saya. Cuma kami tidak mahu melibatkan diri dalam perkara yang boleh membawa kepada keburukan.Biarlah kita mengajak orang untuk berbuat baik, Insya-Allah, kita akan mendapat pahala, begitu juga jika sebaliknya,” katanya kepada murai.com.my.





Dalam pada itu, Irma Hasmie yang sedang menjalani penggambaran Destinasi Cinta bersama Air Asia di Semarang, Indonesia untuk Astro berpendapat bahawa berdiam diri adalah tindakan wajar yang perlu dilakukannya.
“Kalau kita buat perkara keburukan dan ramai orang terlibat nanti, takut kita kena tanggung dosa semua orang.Maka sebaiknya kita bersabar dan diam saja. Seperkara lagi, sebuah perkahwinan itu sendiri adalah sunnah besar Rasullullah SAW.
“Seeloknya marilah kita sama-sama berdoa untuk semua yang mendirikan rumah tangga, mudah-mudahan Allah akan memberkati dan menghimpunkan semuanya dalam kebaikan,” ujarnya.
Murai


Anjing didakwa lahir anak kucing

Posted on the July 22nd, 2012 under Luar Negara by admin

  • Share
PYONGYANG: Seorang lelaki mendakwa anjing peliharaannya melahirkan seekor anak kucing awal minggu lalu.
“Memang benar. Ia satu keajaiban. Selepas haiwan itu dilahirkan, saya tidak percaya apa yang saya lihat. Ia kelihatan seperti kucing dan bunyi seperti kucing. Jadi bagaimana ia boleh jadi anak anjing,” kata Jeong Pyong-bong, 63 kepada akhbar Korea Herald ketika menunjukkan ibu anjing dan anak yang dilahirkannya.
“Orang ramai dari seluruh bandar datang ke rumah saya untuk melihat sendiri keajaiban itu selepas berita mengenainya tersebar. “Saya tahu bagaimana ini boleh terjadi. Anjing saya sering keluar malam. Boleh dikatakan sepanjang malam ia berada di luar. Saya rasa ia mungkin melakukan sesuatu yang tidak senonoh dengan kucing jantan,” kata Pyong-bong.
Walaupun dia berkeras mempertahankan ‘keajaiban itu,’ pakar berkata, kelahiran seumpama itu tidak mungkin berlaku.





“Tidak mungkin seekor anjing melahirkan anak kucing,” kata Professor Son Chang-ho dari Kolej Sains Veterinar, Universiti Kebangsaan Chonnnam.
“Jumlah kromosom dalam anjing dan kucing berbeza sama sekali. Tetapi, jika ia anak anjing dan kelihatan seperti anak kucing, ia satu kemungkinan,” katanya.
Ini bukan kali pertama kelahiran seumpama itu didakwa berlaku.
Dakwaan anjing melahirkan anak kucing pernah dibuat di China beberapa tahun lalu sementara di Brazil, kira-kira enam tahun lalu, terdapat laporan kononnya seekor kucing melahirkan dua anak anjing. – DM

Penduduk terkejut lembu berkepala dua

Posted on the July 22nd, 2012 under Luar Negara by admin

  • Share

MALANG, Jawa Timur – Penduduk Kampung Lawang di daerah ini gempar dengan kelahiran seekor anak lembu berkepala dua.
Harun, pemilik anak lembu itu berkata, sepanjang dia memelihara ibu lembu yang melahirkan lembu aneh itu, tidak ada perkara pelik yang berlaku.
Menurutnya, dia sendiri terkejut apabila melihat anak lembu yang lahir itu mempunyai satu badan dan dua kepala.





Kejadian aneh itu turut menggemparkan penduduk Kampung Lawang sehingga ramai yang datang ke rumah Harun untuk melihatnya sendiri.
Harun merancang untuk terus memelihara anak lembu aneh itu dan tidak akan menjualnya walaupun ditawarkan harga yang tinggi.
“Sudah bertahun-tahun saya menternak lembu tetapi baru kali ini saya mengalami peristiwa aneh seperti ini,” katanya kepada Liputqn6.com. – AGENSI

Datuk ditahan ponteng puasa

Posted on the July 22nd, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

Penguatkuasa Jaim menyoal tiga lelaki beragama Islam yang sedang menikmati sarapan pagi di sebuah kedai kopi di Bukit Rambai, semalam.
BANDARAYA MELAKA – Hari pertama bulan Ramadan dicemari dengan tingkah laku warga emas beragama Islam tanpa segan silu menikmati sarapan pagi di sebuah kedai makan bukan Islam.
Tanpa menghiraukan orang ramai yang lalu lalang, warga emas terbabit dengan selamba menghirup hidangan kopi panas sambil menikmati roti bakar.





Bagaimanapun, perbuatan mereka itu dikesan anggota Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang bertindak menyerbu kedai makan berkenaan, pagi semalam.
“Saya mengaku saya makan tadi,” kata warga emas berusia 65 tahun itu sebaik saja menyedari kehadiran anggota penguat kuasa.
Ketua Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, warga emas berkenaan merupakan seorang daripada lima yang dicekup kerana makan di khalayak ramai di bulan puasa.
“Kesemua mereka berusia 40 hingga 65 tahun itu, termasuk tiga daripadanya sudah bergelar warga emas, di tahan di kawasan ‘panas’ tempat tumpuan mereka yang ponteng puasa.
“Lebih mengejutkan, ada antara warga emas berkenaan sudah pun bergelar datuk kepada sembilan orang cucu,” katanya kepada pemberita ketika mengikuti operasi berkenaan, semalam.
Rahimin turut melahirkan rasa kecewa kerana masih ada pengusaha kedai makan Islam yang beroperasi di siang hari, sekali gus memberi ruang kepada mereka yang tidak berpuasa.
“Tindakan peniaga ini mencemarkan imej umat Islam sendiri. Sepatutnya mereka sama-sama menghormati Ramadan dan tidak mengambil kesempatan untuk kejar keuntungan semata-mata,” katanya.
Menurutnya, kesemua yang ditahan itu akan disiasat mengikut Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka yang memperuntukkan denda RM1,000 dan penjara enam bulan.
Berikutan itu juga, katanya, Jaim akan terus melipat gandakan penguatkuasaan untuk memastikan kesucian Islam sepanjang Ramadan ini tidak diperlekehkan.
Katanya, ini termasuk tindakan terhadap mereka yang dikesan membeli nombor ekor pada bulan Ramadan.
Sinar

Gambar Abby Abadi Ziarah Rumah Tuan Guru Nik Aziz

Posted on the July 22nd, 2012 under Artis by admin

  • Share

Abby Abadi bergambar kenangan dengan ahli keluarga Tuan Guru
Abby Abadi sempat singgah ke rumah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat tetapi beliau tiada kerana ke Kuala Lumpur untuk rawatan jantung. Ustaz Nik Abdul, Isteri & anak yang menyambut Abby.
Abby yang sebelum ini menyertai Pas dengan menyerahkan borang keahlian seumur hidup kepada Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Berikut adalah status yang dipetik dari Facebook Abby Abadi:





Assalamualaikum, dgn berbesar hatinya Sy nk share yg mlm tadi, 19/7/2012 bsamaan dgn hari Khamis, atas kesedaran sendiri, & atas dasar menghormati & menghargai pengorbanan TGNA, TGAHA & semua jemaah yg bersama PAS selama ini, Sy sudah menyerahkan borang kpd TGNA di Dun Kubang Kerian, Kelantan utk menjadi ahli PAS seumur hidup, Allahu akhbar!
Sebelum ni, Sy bkn tak sudi, tp Sy blum memahami yg mana agama & politik tidak buleh dpisahkan. Bila Sy sudah smakin jelas dgn apa yg Sy ingin perjuangkan bersama jemaah PAS, Sy mgambil langkah berani utk smpaikan yg kita kena berbalik pd ALQURAN & SUNNAH krn sudah tersasar jauh. Sedarlah yg kita berada diakhir zaman. Agama ALLAH yg kita anuti ini perlu dimartabatkan sblm kita dijemput pulang. Takkkkbiirrrr!!!
ps: sdikit pencerahan, hanya dr jalan politik kuasa pemimpin akan dpt kita miliki. Tggungjawab bersama utk memilih pemimpin dr golongan kita juga & Utk kehidupan yg lebih terjamin didunia & akhirat juga. insyallah..

Abby dan anak anak di rumah Tuan Guru Nik Aziz

Bergambar di hadapan rumah Tuan Guru Abby dan sekeluarga bergambar kenangan

Abby Bergambar dengan Isteri dan Nik Abduh
kachipemas.blogspot.com

No comments:

Post a Comment