Bapa paksa anak gugur kandungan dan cerai
KUALA LUMPUR: Seorang bapa menuang air minuman berkarbonat ke dalam mulut anaknya yang hamil sebelum memaksa wanita itu menelan pil tahan sakit untuk menggugurkan kandungannya.
Kejadian berlaku di rumah mereka di Pantai Dalam, di sini, jam 12.30 tengah malam kelmarin dan bapa berusia 50-an terbabit bertindak sedemikian semata-mata kerana tidak sukakan suami anaknya itu.
Sumber polis berkata, sebelum itu lelaki terbabit pulang ke rumah dalam keadaan marah dan memaki-hamun serta membelasah anak serta menantunya yang dikatakan baru beberapa bulan berkahwin.
“Tidak cukup dengan itu, bapa mangsa turut membawa pil tahan sakit dan menuang air minuman berkarbonat ke dalam mulut mangsa supaya kandungan mangsa gugur, namun mangsa berjaya menghalang perbuatan ayahnya,” katanya.
Harian Metro
Bapa kejam gila!
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Mohd Hafizee Mohd Arop
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Kejadian berlaku di rumah mereka di Pantai Dalam, di sini, jam 12.30 tengah malam kelmarin dan bapa berusia 50-an terbabit bertindak sedemikian semata-mata kerana tidak sukakan suami anaknya itu.
Sumber polis berkata, sebelum itu lelaki terbabit pulang ke rumah dalam keadaan marah dan memaki-hamun serta membelasah anak serta menantunya yang dikatakan baru beberapa bulan berkahwin.
“Suspek menyuruh anaknya berpisah dengan suaminya. Apabila anaknya yang berusia 20 tahun memberitahu dia sudah mengandung, suspek bertambah berang dan memaksanya menggugurkan kandungan.
“Tidak cukup dengan itu, bapa mangsa turut membawa pil tahan sakit dan menuang air minuman berkarbonat ke dalam mulut mangsa supaya kandungan mangsa gugur, namun mangsa berjaya menghalang perbuatan ayahnya,” katanya.
Tetak guna parang palsu
Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
rnoraina@hmetro.com.my
DITETAK...Law menunjukkan tangannya yang ditetak suspek menggunakan parang palsu.
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, Law Ah Hai, 63, dan isterinya, Chen Yoke Heong, 57, memuatkan barang dalam keretanya sebelum didatangi empat lelaki.
Difahamkan, pasangan terbabit menetap lebih 40 tahun di rumahnya dan rutin harian mereka sejak dua tahun lalu keluar rumah awal pagi untuk memulakan perniagaan restoran di Rawang.
“Keempat-empat lelaki berusia 20 hingga 30-an itu menaiki sebuah kereta Proton Waja berwarna biru. Mereka meletakkan kereta di depan pagar rumah mangsa sebelum menyerbu dan menjerit ke arah saya dan isteri supaya masuk dalam rumah.
“Saya ditolak masuk ke dalam bilik yang dihuni anak perempuan, menantu dan cucu lelaki saya yang sedang tidur. Lelaki itu turut mengarahkan isteri serta anak lelaki saya yang tidur di bilik berasingan masuk ke bilik itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kepong Ulu, di sini, semalam.
Dentuman bagai guruh
Oleh Norasikin Daineh
norasikin@hmetro.com.my
norasikin@hmetro.com.my
MARAK...kapal tangki yang meletup dan terbakar, semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, seorang kru kapal, Sharil Azmi Baharudin, 28, ditemui rentung berhampiran jeti Petronas manakala empat lagi rakan mangsa, Muhammad Azrin Khansani, 20; Mohd Hanafi Kalil, 24; Zahari Hassim, 46, dan warga Filipina, Errol Calau-an Colangay, 32, masih hilang.
Harian Metro difahamkan, tiga petugas kapal yang cedera dikenali sebagai Ridwan Rahmatullah, 30; Mohd Faizal, 28; dan Chin Si Moi, 57.
Kejadian awal pagi itu menyebabkan kapal milik Malaysia International Shipping Corporation Berhad (MISC) itu musnah sama sekali selepas berlaku dua letupan kuat sehingga menggegarkan kawasan sekitar jeti berkenaan.
Seramai 24 anak kapal terdiri 18 rakyat tempatan dan enam Filipina berada di atas kepal dan dipercayai sedang mengisi 12,000 tan bahan api sebelum letupan berlaku.
Mohon maaf selepas lari
Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my
asmah@hmetro.com.my
HILANG...Ong bersama Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong menunjukkan gambar pembantu rumahnya yang hilang.
Pembantu rumah warga Filipina berkenaan dikatakan menghilangkan diri kira-kira jam 5 petang ketika majikannya sibuk mencari barangan di pusat beli-belah berkenaan.
Majikan mangsa, Ong Beng Tuck, 33, berkata, sebaik menerima kiriman SMS itu, dia mengesyaki pembantu rumahnya itu sengaja berbuat demikian dan berniat melarikan diri.
“Kami cuba mencari wanita itu di dalam pusat beli-belah berkenaan selain kawasan sekitar kerana menyangkakan dia mungkin sesat dan hilang arah kerana keadaan ketika itu sesak,” katanya yang ditemui di Ibu Pejabat Biro Aduan MCA di sini, semalam.
Bagaimanapun, katanya, selepas gagal menemui wanita itu, mereka membuat keputusan untuk pulang ke rumah sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Kajang.
Katanya, sebelum menghilangkan diri, wanita itu meminta kebenaran untuk pergi ke tandas dan tidak menunjukkan sebarang tanda mencurigakan.
Dia yang bertugas sebagai doktor gigi di Kajang berkata, mereka mengambil wanita berusia 33 tahun itu bekerja sejak April lalu dengan bayaran RM9,200.
“Wanita itu mula bekerja dengan kami mulai 14 April lalu dan jumlah bayaran itu termasuk yuran agensi pembantu rumah itu bersama enam bulan gaji,” katanya.
“Saya bimbang jika berlaku apa-apa perkara terhadap wanita itu, kami sekeluarga akan dipertanggungjawabkan kerana masih memegang dokumen miliknya,” katanya.
Menurutnya, dia sendiri tidak tahu punca wanita berkenaan melarikan diri kerana sepanjang bekerja tiada sebarang masalah timbul.
‘Arwah pesan buat air sedap’
Nor Amizah berkata, dia berniaga air buah-buahan di bazar Ramadan Balai Baru, Beseri, di sini, apabila datuknya itu datang dan berpesan supaya membuat air yang sedap kerana dia mahu merasainya ketika berbuka puasa kelak.
“Saya hairan juga kerana sebelum ini datuk tidak pernah meninggalkan pesanan sedemikian, namun tidak mengesyaki apa-apa sebelum menerima berita mengejutkan dia terbabit dalam kemalangan beberapa jam kemudian,” katanya.
Katanya, datuknya seorang yang aktif dan tegas, malah sering memandu kereta sendiri jika mahu ke mana-mana selain suka berkebun apabila mempunyai masa lapang.
“Datuk serius dan jarang tersenyum kepada anak-anak serta cucu-cucunya, tetapi semalam (kelmarin) keadaan berbeza, apabila dia menjadi murah dengan senyuman membuatkan saya rasa sedikit kehairanan.
“Saya rasa terkilan kerana tidak dapat memenuhi hajatnya untuk meminum air buah-buahan yang sudah dibuat, tetapi menerima segala ketentuan Tuhan yang lebih menyayanginya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Sementara itu, bapa Amizah yang juga anak sulung Yahaya, Jasmi, 52, berkata, arwah pernah bercakap secara berseloroh bahawa dia mahu pergi dengan mudah dan tidak mahu menyusahkan anak-anak mahupun saudara-mara jika meninggal dunia.
“Pada mulanya, saya tidak berasa pelik dengan kata-katanya kerana kami sekadar berbual-bual kosong di rumah dan tidak menyangka kata-katanya menjadi kenyataan apabila arwah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya pada Ramadan ini.
“Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, baru saya menyedari kereta dipandu ayah sudah dirempuh kereta api dan saya sempat memanggil namanya lalu dia memberi reaksi menggenggam erat tangan saya sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk rawatan,” katanya.
Rompak RM3.8j
Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my
salman@hmetro.com.my
Sebelum kejadian, lima kakitangan syarikat keselamatan berkenaan dikatakan ke pusat beli-belah bagi memasukkan wang ke mesin juruwang automatik (ATM), jam 9.30 pagi.
Sumber polis berkata, empat daripada lima kakitangan syarikat keselamatan yang bersenjata api kemudian masuk ke pusat beli-belah berkenaan untuk memasukkan wang ke mesin ATM.
“Pemandu van tidak mengikuti rakan mereka dan hanya menunggu di dalam kenderaan berkenaan. Bagaimanapun, kurang 10 minit kemudian, pemandu van terbabit mendakwa dia dihampiri dua lelaki lingkungan 30-an yang memakai pakaian keselamatan sama.
“Dua lelaki itu menariknya keluar dan mengugut akan mengenakan renjatan elektrik terhadapnya jika dia melawan. Suspek kemudian melarikan van keselamatan itu yang dipercayai membawa 14 karung berisi wang tunai,” katanya.
Menurutnya, pemandu van berkenaan dibiarkan di luar van tanpa dicederakan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Amer Awal berkata, setakat ini 12 individu berusia antara 20-an hingga 30-an ditahan di beberapa lokasi berasingan bagi membantu siasatan.
“Sejurus kejadian, kami melancarkan operasi khas termasuk sekatan jalan raya dan semua 12 suspek ditahan dalam tempoh 24 jam selepas laporan diterima,” katanya.
45 butir peluru dalam tubuh
Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my
lias@hmetro.com.my
Dalam kejadian di hutan, kira-kira sejam perjalanan dari Kampung Selampit, dekat sini, malam kelmarin, mangsa, Kederin Jikem, 44, parah di perut dan paha.
Kederin kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Umum Sarawak (HUS), akibat terkena peluru penabur yang dilepaskan adiknya berusia 38 tahun.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa bersama adiknya serta ditemani seorang rakan keluar memburu di hutan sekitar jam 10 malam.
Menurut adik mangsa yang enggan dikenali, sebaik tiba di lokasi pemburuan kira-kira sejam kemudian, mereka berjalan memasuki hutan manakala rakannya menunggu di tempat letak motosikal.
Takwa dalam daif
Oleh Tuan Asri Tuan Hussein
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Di sebalik kehidupan serba daif dalam Kem Kutupalong di Ukhia, di sini yang dihuni lebih 50,000 pelarian Rohingya sejak 21 tahun lalu, nyata semua kekurangan itu bukan alasan tidak menunaikan kewajipan.
Ketika meninjau sebahagian kawasan kem berkeluasan kira-kira lima kilometer persegi itu, penulis bersama jurugambar dibawa ke sebuah surau dan secara kebetulan terdapat beberapa jemaah di dalamnya sementara menunggu waktu Zuhur.
Seorang daripada mereka, Muhammad Hasnul Rafiq, 23, berkata, terdapat tiga surau besar atau mungkin boleh dianggap masjid di dalam kem itu kerana di situ dilakukan solat Jumaat pada setiap minggu serta tujuh surau kecil.
“Kami membina semua surau dan masjid menggunakan bahan mentah seperti tanah, kayu dan daun yang diambil di kawasan sekitar kem,” katanya yang diterjemah juruiring penulis di dalam kem itu, Arman.
Ilmu sekolah tanah
Selepas berjalan kaki di celah deretan rumah usang diperbuat daripada kayu, daun dan lembaran plastik, kami tiba di satu rumah kecil yang di dalamnya ada 20 kanak-kanak berusia lima hingga 10 tahun.
Hakikatnya, premis itu tidak layak dipanggil sekolah. Mungkin bilik darjah istilah lebih sesuai. Luas di dalamnya kira-kira 15 meter persegi, dinding diperbuat daripada tanah dengan enam tingkap untuk ditembusi cahaya matahari.
Di tengah-tengah kelas, ada sebatang kayu seolah-olah ‘tiang seri’ bagi menongkat bumbung daun kelapa dan ‘jonggol’ agar tidak runtuh.
Ketika itu hujan agak lebat, jadi penulis dan jurugambar berada agak lama di dalam bilik darjah itu untuk berteduh sambil melihat lebih dekat suasana pembelajaran.
Guru, Nurul Alam Shamsul Alam, 19, ketika itu mengajar mata pelajaran Bahasa Bengali dan menurutnya, ada tiga lagi subjek diajar iaitu Bahasa Rohingya, Matematik dan Agama Islam.
“Kami hanya mengajar perkara asas. Matlamat utama agar kanak-kanak di dalam kem ini mampu membaca, menulis dan mengira,” katanya.
Penulis menyuruhnya meneruskan pengajaran seperti biasa dan Nurul Alam memanggil beberapa murid supaya berdiri membaca buku atau menyelesaikan soalan matematik. Setiap kali selepas rakan mereka itu menyempurnakan arahan Nurul Alam, semua murid bertepuk tangan tanda memberi semangat.
Justeru, mungkin bagi mereka kemudahan pembelajaran yang diterima sudah memadai, jika pun tidak yang terbaik. Sedangkan, rakan sebaya mereka di negara lain termasuk Malaysia menikmati suasana pembelajaran jauh lebih selesa.
Hati siapa yang tidak sayu apabila melihat semua kanak-kanak itu hanya duduk atas hamparan guni yang dibentang di atas lantai tanah. Buku dan alat tulis dibekalkan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) prihatin yang dibekalkan kepada mereka juga sudah usang.
Nurul Alam berkata, ada 30 sekolah dan 30 guru di dalam Kem Kutupalong dengan setiap sekolah memiliki 20 hingga 30 murid. Guru pula menerima gaji kira-kira 1,000 Taka (RM40) sebulan yang diberikan NGO.
Selepas hujan reda, Arman memperkenalkan penulis kepada seorang lagi guru, Iqbal Zaman, 23 yang mahu menunjukkan kami sebuah sekolah yang dalam proses pembinaan, tapi kerja-kerja terbantut apabila tanah di situ runtuh disebabkan hujan lebat. Setibanya di sekolah itu, sekali lagi penulis tergamam kerana strukturnya tidak layak dipanggil sekolah. Dengan ketinggian tidak sampai dua meter, diperbuat daripada kayu dan daun, ia sebenarnya hanya pondok atau tidak keterlaluan jika dianggap reban ayam.
“Kami rancang nak gunakannya dalam seminggu dua ini, tapi sudah begini keadaannya tak tahulah macam mana. Mungkin anda boleh bantu kami dengan mendapatkan sumbangan daripada orang Malaysia,” katanya.
Penulis terdiam seketika dan tiada istilah yang sesuai untuk diungkapkan melainkan: “Insya-Allah.”
Bertegas air cukup
Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my
ekhwan@hmetro.com.my
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap dengan pendirian pembinaan Projek Langat 2 tidak perlu dilakukan memandangkan Selangor masih mempunyai bekalan air yang cukup. Abdul Khalid berkata, sebarang permohonan daripada agensi kerajaan pusat untuk membina loji rawatan air di negeri ini perlu merujuk kepada Pejabat Menteri Besar terlebih dulu.
“Agensi kerajaan seperti Pejabat Tanah Daerah (PTD), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Lembaga Urus Air Selangor (Luas), Jabatan Alam Sekitar (Jas) dan agensi lain berkaitan perlu merujuk terus sebarang permohonan projek Loji Rawatan Air Langat 2 ini kepada Menteri Besar.
“Tidak dinafikan semua pihak dalam isu air ini ialah kegagalan Syabas merancang dan mengurus sistem agihan untuk menyalurkan air terawat kepada pengguna,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di sini, semalam.
Katanya, dokumen untuk mengambil alih pengurusan Syabas sudah disiapkan dan pada bila-bila masa saja kerajaan negeri boleh mengambil alih bagi mengatasi kelemahan pengurusan Syabas.
“Keupayaan pengeluaran semua loji ialah 4,807 juta liter sehari berbanding keupayaan agihan Syabas, 4,371 liter sehari, apabila lebihan sebanyak 436 juta liter sehari. Ini bermaksud Syabas beroperasi di bawah keupayaan sebenar,” katanya. Sebelum ini Jawatankuasa Kabinet Khas Mengenai Isu-Isu Air Selangor yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak cadangan kerajaan Selangor mengambil alih pengurusan Syabas.
No comments:
Post a Comment