Si cilik sara keluarga
Oleh Mary Victoria Dass dan Siti Nadirah Hafidzin
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
RINGAN BEBAN...Noraini bersama anak-anaknya selepas balik dari menjual makanan.
Itu pengorbanan dan masalah yang membelenggu empat beradik terbabit dan ibu mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Noraini, 35, amat kecewa kerana anak-anaknya itu tidak dapat meneruskan pelajaran seperti rakan lain, sedangkan mereka ada potensi untuk maju.
“Pengorbanan empat anak saya begitu besar nilainya dan tiada tandingan, malah kerana bersusah-payah membantu saya meneruskan kehidupan seharian dengan menjual makanan setiap hari tanpa mengira panas atau hujan.
“Mereka bukan sengaja ponteng sekolah, sebaliknya disebabkan keletihan kerana berjalan lebih tiga kilometer setiap hari menjual nasi lemak, mi goreng dan bihun goreng yang saya buat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kempas, di sini.
Noraini berkata, dia terpaksa bergantung kepada tiga anaknya yang dikenali sebagai Hamirul, 11, Nabila, 9, dan Alyah, 8, untuk mencari wang bagi menampung kehidupan kerana suami meninggalkannya dalam keadaan ‘digantung tak bertali’ sejak lima tahun lalu.
Mangsa terakhir ditemui
Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my
rabiatul@hmetro.com.my
TABUR...Mohd Faitullah menabur bunga di atas pusara Siti Khuzaimah.
REBAH...anak Peter Ato Mayau, Ericka Eva pengsan selepas melihat mayat bapanya.
Dia bersama beberapa rakan dalam perjalanan pulang ke jeti selepas semalaman di laut menangkap ikan sebelum menemui mayat Henry Loh, 40, di perairan Kampung Triso, jam 7.40 pagi semalam.
Asril memaklumkan penemuan kepada pasukan Bomba dan Penyelamat sebelum mayat terbabit dibawa ke jeti dan dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.
Timbalan Ketua Polis Sarawak, Datuk Law Hun Soon berkata, pasukan bomba membawa mayat berkenaan ke jeti Sebuyau.
Katanya, keluarga mangsa sudah membuat pengecaman dan mengesahkan ia mayat Henry.
‘Tolong selamat kami’
Oleh Tuan Asri Tuan Hussein
BUKTI...Ahmad menunjukkan rakaman video penderitaan umat Islam Rohingya.
“Malah, anggota pasukan keselamatan turut membantu puak Rakhine menindas penduduk Rohingya. Perkara ini bukan lagi rahsia kerana semua orang Islam di Myanmar tahu, namun kami dihalang memberi bantuan,” kata aktivis Islam yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 32, ketika ditemui di sini, baru-baru ini.
Ahmad yang ibu bapa dan adik-beradiknya masih di Arakan berkata, dia sentiasa memantau perkembangan di negeri kelahirannya itu selain berhubung dengan beberapa individu di sana untuk mendapat maklumat terkini.
Menurutnya, setiap individu Muslim tidak wajar berdiam diri tanpa melakukan apa-apa sedangkan ratusan ribu saudara seagama menderita akibat tekanan puak Rakhine yang dibantu pasukan seragam kerajaan di Arakan.
Beliau mendakwa pada masa ini ada kira-kira 115,000 orang umat Islam Rohingya tinggal di lima khemah penempatan sementara di beberapa kawasan iaitu di Thet Khapyin yang menempatkan 40,000 orang, Da Bai Thaecheung (25,000), Bumay (10,000), Budu Pa (20,000) dan Sampya Barat (20,000).
Objek melayang rupanya dua bersaudara
“Bagi mendapatkan kepastian, saya dan tujuh rakan yang sedang bermain gitar segera berlari ke arah objek itu dan mendapati ia rupanya-rupanya ialah dua penunggang motosikal,” kata Rizal Mohd, 19, yang menyaksikan kemalangan di selekoh Kampung Ramuan China Besar, dekat sini, tengah malam semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.10 tengah malam itu, mangsa, R Logerwaran, 20, yang membonceng motosikal terbunuh, manakala penunggangnya, K Vinoch, 23, parah.
Difahamkan, dua bersaudara yang menaiki motosikal Yamaha 135 LC itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Datuk Setia, dekat sini. Sejurus tiba di tempat kejadian, motosikal dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan terhumban ke dalam longkang.
Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mereka mengalami kecederaan di kepala dan badan termasuk Logerwaran yang mati di tempat kejadian. Menurut Rizal, dia bersama tujuh rakan lain melihat motosikal dinaiki mangsa terseret berhampiran sebuah kedai iaitu kira-kira lima meter dari lokasi pembonceng motosikal terhumban ke longkang.
“Manakala, penunggangnya pula terbaring di tepi tiang papan tanda di sebelah kiri jalan dan tidak sedarkan diri serta berlumuran darah.
“Penduduk kampung kemudian membantu membawa naik mangsa yang terperosok dalam longkang sebelum kami bertindak menghubungi talian kecemasan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Beliau berkata, sebaik ambulans tiba, paramedik melakukan pemeriksaan ke atas penunggang motosikal itu yang kemudian disahkan meninggal dunia.
“Saya difahamkan, dia (Logerwaran) berjumpa dengan rakan sebelum sepupunya (Vinoch) yang tinggal di pekan Alor Gajah menghantarnya pulang ke rumah,” katanya.
Menurutnya, anak sulung daripada dua beradik yang bekerja sebagai juruteknik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu pulang ke rumahnya selepas bercuti, dua hari lalu.
“Setiap kali pulang ke kampung, dia selalu keluar dengan sepupunya dan akan balik sebelum jam 12 malam. Namun, saya tidak menyangka dia terbunuh dalam kemalangan itu,” katanya.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Parah perut terburai, kepala, muka ditetak
Difahamkan, mangsa terpaksa menjalani tiga pembedahan akibat kecederaan parah dan kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di ibu kota.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa, S Suntar, 28, yang bekerja di Selayang menuju ke Bangsar bersama rakan baiknya untuk berhibur dan ketika di pusat hiburan itu, mangsa dan rakannya dipercayai berselisih faham dengan sekumpulan lelaki di kawasan itu.
Adik mangsa, S Tarmarajen berkata, berdasarkan maklumat daripada rakan abangnya itu, selepas berhibur mereka ke kedai serbaneka 24 jam untuk membeli makanan dan diekori kumpulan lelaki itu.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, abang dan rakannya bergaduh dengan kumpulan lelaki itu dan selepas bergaduh, abang sempat menghubungi saya memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.
“Malangnya, kumpulan lelaki itu bertindak lebih ganas dengan menetak abang di muka dan kepala selain menikamnya sebanyak tiga kali di perut,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.
Katanya, rakan abang pula sempat melarikan diri dan menghubunginya untuk memaklumkan abang cedera parah selepas diserang sekumpulan lelaki.
Tarmarajen berkata, sebaik menerima panggilan, dia bergegas ke lokasi kejadian berdekatan Menara Maybank, Bangsar dan nampak abangnya yang berlumuran darah dalam keadaan separa sedar.
“Saya menghubungi ambulans untuk membawa abang ke hospital dan sepanjang perjalanan ke hospital, abang hanya memaklumkan dia diserang kumpulan lelaki dari Bangsar sebelum tidak sedarkan diri,” katanya.
Dia berkata, sejak dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan, mangsa terpaksa dibedah tiga kali dan kali terakhir dibedah jam 12 tengah hari semalam namun masih tidak sedarkan diri.
Susulan kejadian itu, Tarmarajen membuat laporan polis di Balai Polis Travers.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita
Difahamkan, baju dan seluar dipakai suspek turut dirampas kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di sebuah rumah di kampung berkenaan kira-kira jam 3.30 pagi pada keesokan harinya selepas menerima maklumat awam.
“Bagaimanapun, tiada senjata ditemui dan suspek ditahan reman tujuh hari bermula semalam (kelmarin) untuk siasatan lanjut.
“Kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan sabit kesalahan boleh dihukum mati,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kuliah Ramadan di Masjid Jamek Nur Fadhilat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 9 malam itu, Halimah ditemui dalam keadaan berlumuran darah sebelum disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sik untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Difahamkan, Halimah adalah bekas ketua wanita cawangan itu sekitar 1990-an, namun sudah bersara berikutan keadaan kesihatannya.
Suami mangsa, Mee Hashim, 63, yang baru pulang mengerjakan solat tarawih kira-kira jam 9.20 malam itu, dikejutkan dengan jeritan isterinya yang meminta tolong.
Katanya, suspek dipercayai masuk melalui pintu bilik air di belakang rumah mangsa berdasarkan kesan pecah masuk.
“Polis masih menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes ini termasuk motif serangan, sehingga membawa kepada kematian,” katanya.
Sementara itu, Ahmad turut menasihatkan orang ramai supaya memastikan mereka meninggalkan rumah dalam keadaan selamat sebelum keluar mengerjakan solat tarawih sepanjang Ramadan ini.
Marah anak rumah dibakar
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, lelaki berusia 55 tahun berkenaan pulang dalam keadaan mabuk ditegur oleh isteri dan anak yang meminta dia berubah menyebabkan dia naik angin dan memarahi mereka dengan kata-kata kesat.
Jiran yang enggan dikenali berkata, lelaki terbabit yang bekerja sebagai tukang jahit itu turut membelasah anak lelaki berusia 15 tahun hingga cedera sebelum diselamatkan anak perempuan berusia 20-an dan isteri.
Menurutnya, dua beranak terbabit kemudian membawa anak lelaki yang cedera ke Hospital Serdang dan membiarkan lelaki terbabit yang masih mengamuk di dalam rumah.
“Lelaki itu yang hilang pertimbangan kemudian mengambil pemetik api sebelum membakar kediamannya menyebabkan api merebak dengan pantas dan turut membakar rumah jiran.
‘Siti Khuzaimah ‘dipaksa’ naik helikopter’
Terdahulu jenazah dibawa ke rumah keluarganya di Lorong Haji Babel, Samariang untuk disembahyangkan pada jam 12.45 tengah hari sebelum dibawa ke tanah perkuburan pada jam 2 petang.
Tunang Siti Khuzaimah, Mohd Faitullah Ali, 28, dilihat mengiringi jenazah dari Rumah Mayat Hospital Umum Sarawak (HUS) sehingga ke tanah perkuburan. Bagaimanapun, dia enggan ditemubual media.
Turut mengunjungi keluarga mangsa Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Fatimah Abdullah; Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri.
Ibu Mangsa, Hashimah Fadzli, 51, berulang kali menyatakan anaknya ‘dipaksa’ menaiki helikopter itu walaupun mangsa rasa kurang senang kerana cuaca buruk.
Selain panggilan terakhirnya, mangsa turut menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbunyi ‘doakan saya selamat pergi dan pulang’ kepada ibunya sebelum menaiki helikopter berkenaan.
“Bila membaca SMS itu, saya sudah dapat rasakan ada sesuatu tidak kena kerana tidak pernah arwah menghantar SMS seperti itu kepada saya,” katanya.
No comments:
Post a Comment