Hukuman Ariel tamat esok
JIKA mengikut percaturan, vokalis kumpulan Peterpan, Nazriel Irham yang popular dipanggil Ariel akan dibebas pada tahun hadapan. Bagaimanapun, mulai esok, Ariel yang dihukum penjara tiga tahun akibat kesalahan mengedar bahan pornografi akan dapat menghirup udara segar di luar jeriji besi.
Ketua Bahagian Kemasyarakatan Indonesia, Dedi Sutardi menerangkan, Ariel dibebaskan setelah dia menjalani dua pertiga masa hukumannya.
“Selain itu, dia juga telah menjalani asimilasi dan berkelakuan baik selama di lembaga pemasyarakatan,” katanya.
“Semua tahanan kalau sudah menjalani dua pertiga masa tahanan boleh dibebaskan. Selain itu juga dinilai melalui sikapnya,” ujar Dedi.
Ariel dijangka akan menyudahkan kerja-kerja yang berbaki dengan grupnya. Selain itu Ariel juga telah mempersiapkan sebuah buku biografi.
Peterpan yang terkenal dengan lagu Bintang Di Surga itu menghentikan aktiviti seni mereka sejak Ariel dipenjara pada 2010.
Kosmo
Lelaki Lepaskan Tembakan Di Tayangan Perdana The Dark Knight Rises, 12 Mati
Holmes, 24, kelmarin juga disifatkan sebagai kera sumbang ekoran tidak suka bercampur dengan masyarakat.
Dia mendaftar sebagai pelajar kedoktoran jurusan sains saraf di Universiti Colorado sejak tahun 2011 tetapi dilaporkan sedang dalam proses untuk membatalkan program Ph.Dnya.
Menurutnya, dia kerap melihat Holmes berulang-alik dari apartmennya sambil membawa senjata dan sarung senjata.
“Kami tidak kenal Holmes kerana dia tidak bercakap dengan sesiapa. Dia gemar berkurung di apartmennya,” kata Macias.
Polis memberitahu wartawan bahawa suspek tiada rekod jenayah lampau dan cuma pernah disaman pada tahun 2011 kerana memandu laju.
Ketua Polis Aurora, Dan Oates berkata, pemuda itu membeli lebih 6,000 butir peluru melalui internet sejak dua bulan lalu.
Menurutnya, jumlah tersebut merangkumi 3,000 butir peluru raifal, 3,000 butir peluru pistol Glock dan 300 butir peluru senapang patah.
Kata Oates, semua pembelian itu termasuk empat pucuk senjata api yang dibeli Holmes di beberapa buah kedai senjata di sini sejak 60 hari lalu, sah di sisi undang-undang.
Beliau turut memberitahu bahawa 70 orang cedera dalam insiden itu termasuk tiga rakyat Indonesia.
“Hampir semua orang ditembak dalam serangan kejam ini,” katanya.
Dalam kejadian kelmarin, Holmes ditangkap selepas melepaskan tembakan ke arah sekumpulan penonton yang sedang asyik menonton tayangan filem Batman: The Dark Knight Rises pada tayangan tengah malam di pawagam Century 16.
Serangan berdarah itu berlaku di sebuah pusat beli-belah di sini.
Polis kini memburu seorang lagi lelaki bersenjata yang terlibat dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai itu.
Bandar ini terletak hampir 32 kilometer dari lokasi kejadian pembunuhan beramai-ramai di Sekolah Tinggi Columbine pada tahun 1999.
Dalam insiden tersebut, dua pelajar menembak mati 13 orang sebelum membunuh diri. – Agensi
PM: Bonus raya penjawat awam ikut kemampuan
Pemberian imbuhan sempena Aidilfitri kepada penjawat awam adalah bergantung kepada kemampuan kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dengan wajah yang ceria, Najib berkata beliau akan melihat ‘buku kira-kira’ kerajaan terlebih dahulu berhubung perkara itu.
“Nantilah kita semak-semak dahulu, belek-belek dahulu, kena tengok-tengok buku kira-kira dahulu…kalau apa-apa pun kita semak dahulu, apa-apa keputusan mesti berdasarkan kepada kemampuan kerajaan,” katanya kepada pemberita di Pekan, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengenai pemberian imbuhan itu baru-baru ini.
Najib ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan cek Durian Runtuh Felda Fasa 2 dan pakaian kepada Pegawai-pegawai Masjid serta sumbangan Apron kepada peniaga dan bantuan cermin mata kepada penduduk Pekan di Dewan Umno Pekan, di Pekan.
Dalam ucapannya beliau menegaskan agar pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan tidak menghalang usaha kerajaan dalam memajukan negara.
Mengambil contoh penyenaraian saham Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia, beliau berkata, pihak yang cuba menghalang disifatkan sebagai busuk hati kerana tidak suka melihat kerajaan membantu meningkatkan kehidupan rakyat.
“Jangan halang usaha kerajaan untuk majukan negara dan rakyat, tidak sokong tidak apa…dalam hal ini (penyenaraian FGVH) kita tak boleh halang sebab ini adalah hal yang baik dan untuk kebaikan rakyat,” katanya.
Bercakap kepada pemberita kemudian Najib berkata jika peneroka ingin membeli tambahan saham, mereka perlu membelinya di pasaran saham terbuka.
“Pihak Felda perlu membantu peneroka untuk membelinya di pasaran terbuka dengan harga semasa. Walaupun peneroka telah ditawarkan dengan 800 unit saham ketika saham tersebut dilancarkan mereka juga tetap dapat keuntungan kerana 20 peratus saham FGVH telah dimasukkan ke dalam tabung amanah yang akan membayar dividen setiap tahun kepada mereka,” katanya.
Ditanya mengenai laporan akhbar berhubung senarai awal calon BN yang ditolak 50 peratus daripadanya, Najib berkata:
“Kita belum memuktamadkan calon-calonnya dan kita akan memutuskannya apabila tiba masanya, jadi semuanya hanya spekulasi. Umno pun belum, kita tengah semak-semak dan belek-belek lagi,” katanya.
- Bernama
Naik pangkat lepas pencen
22 Julai 2012
Hasmah berkata, dia bersara daripada jawatan guru besar pada 8 April lalu, bagaimana pun teruja apabila menerima surat kenaikan pangkat selepas dia pencen.
Hasmah berkata, mungkin rezekinya selepas pencen, kenaikan pangkat ini satu rahmat buatnya.
“Begitu juga kepada guru–guru lain menerima kenaikan pangkat secara ini, mereka perlu tunjukkan prestasi baik demi kecemerlangan pendidikan,” katanya.
Hasmah berkata demikian ketika Majlis Penyampaian Surat Keputusan Kenaikan Pangkat Program Perkhidmatan Perguruan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) di Sekolah Kebangsaan (SK) Tumpat 1.
Penyerahan surat keputusan itu disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang kepada kira-kira 183 guru di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tumpat.
Hussain berkata, istimewanya kenaikan pangkat secara 'Time-Based' dinilai berdasarkan kecemerlangan guru itu sendiri.
“Sebelum ini kenaikan pangkat bagi guru lepasan diploma hanya setakat DG32, tetapi sekarang ini kenaikan hingga DG34, setaraf dengan jawatan guru besar,” katanya.
Anggota polis cedera ketika cuba surai 'pesta' di kawasan parkir flat
22 Julai 2012
Dalam kejadian pukul 3.50 pagi itu, anggota terbabit dan rakan setugasnya datang meminta sekumpulan kira-kira 30 orang yang sedang berpesta dengan muzik yang kuat dari sistem audio kereta, agar bersurai kerana mereka mengganggu ketenteraman awam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata itu adalah kali ketiga dua anggota terbabit memberi amaran kepada kumpulan berkenaan yang tidak mengendahkan amaran terdahulu.
"Pada mulanya polis mendapat dua aduan penduduk sekitar mengenai bunyi bising tersebut. Polis yang meronda datang memberi amaran dan kumpulan terbabit akur.
"Namun penduduk membuat aduan kali ketiga tentang bunyi bising dan semasa dua anggota terbabit datang sekali lagi kumpulan berkenaan bertindak mengepung mereka," katanya pada sidang media, di sini.
Dua anggota berkenaan menghubungi balai terdekat yang kemudian menghantar empat kereta peronda ke lokasi, namun kumpulan terbabit bertindak agresif dan bergelut dengan anggota pasukan keselamatan.
"Dalam pergelutan itu, seorang anggota polis mengadu sakit di bahagian dada dan seorang lagi cedera di kaki dan kepala dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan," katanya.
Polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 27 tahun manakala yang lain sempat melarikan diri, katanya menambah siasatan awal mendapati kesemua mereka penduduk di kawasan itu.
Arjunaidi berkata polis sedang menjejaki semua yang terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh. - Bernama
Mangsa terakhir nahas heli Sarawak ditemui
22 Julai 2012
Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Mat Jusoh Mohamad yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata mayat arkitek, Henry Lau Tee Yong, 42, ditemui sekumpulan nelayan berhampiran Pulau Tereso, dekat Sebuyau.
Katanya mayat mendiang kemudian dibawa ke sebuah klinik berhampiran sebelum dipindah ke Hospital Umum Sarawak di sini.
Sementara itu, beberapa pemimpin negeri dilihat menziarahi jenazah juruukur Siti Khuzaimah Anuar, 27, di kediamannya di sini.
Antaranya Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak Datuk Fatimah Abdullah, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman dan Datuk Sng Chee Hua iaitu Pengerusi Sebiro Holdings, pemilik pesawat Eurocopter EC 120 malang itu.
No comments:
Post a Comment