8 askar wanita AS jadi mangsa seks
WASHINGTON:
Lapan tentera wanita Amerika Syarikat (AS) termasuk yang sedang
bertugas dan sudah bersara membuat pertuduhan di Mahkamah Persekutuan
bahawa mereka dirogol, diserang atau diganggu sepanjang perkhidmatan
mereka dan menderita selepas melapor diri kepada pegawai masing-masing.
Tuntutan mahkamah itu, difailkan hari ini di Mahkamah Daerah di Washington, mendakwa anggota tentera terdedah menjadi pemangsa seks di kalangan sesama mereka dan mengamalkan persekitaran bermusuhan yang tidak menggalakkan mangsa serangan seksual untuk tampil ke depan.

Pertuduhan itu mendakwa Jabatan Pertahanan gagal mengambil langkah
agresif bagi mengekang masalah berkenaan walaupun maklumat awam
menyatakan sebaliknya.
Lapan wanita berkenaan termasuk seorang tentera marin dan tujuh yang lain berkhidmat dalam Tentera Laut dan Kor Marin.
Tujuh wanita itu mendakwa dirogol rakan sejawatan atau cuba menyerang secara seksual, termasuk di pejabat seorang pegawai pemerintah selepas ke pub di Washington dan di dalam berek Stesen Udara tentera Laut di Florida.
Mangsa kelapan berkata, dia diganggu dan diancam ketika dihantar bertugas di Iraq, dan diberitahu pihak atasan bahawa perkara berkenaan berlaku sepanjang masa. - AP
Khasiat Pisang
Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu merendah kolestrol.
Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
22 Julai 2012
KUANTAN – Hari pertama Ramadan tidak membawa sebarang erti kepada
seorang ibu, Ana Zali, 45, apabila gagal mencari anaknya yang hilang
selama 10 hari disyaki menjadi mangsa culik.
Ana berkata, sehingga kini dia masih berusaha mendapatkan maklumat daripada rakan-rakan dan keluarga terdekat jika mereka boleh membantu membawa Nor Afifa Abd Rahman, 20, ke pangkuan keluarga.
Ibu kepada empat anak itu turut berusaha mengedarkan gambar Nor Afifa di beberapa premis berdekatan kawasan anaknya hilang.
Katanya, dia yakin anaknya masih berada di Kuantan dan berharap orang ramai dapat menghulurkan bantuan.
“Kami sekeluarga tidak membuat sebarang persiapan menyambut Ramadan, malah saya sendiri tidak senang duduk dan terlalu berharap Nor Afifa dikembalikan dalam keadaan selamat,” katanya.
Ana juga nekad untuk mencari anaknya dengan bantuan polis selepas dua kali membuat laporan mengenai kehilangan itu.
“Saya tidak tahu keadaannya sekarang. Kami sekeluarga sentiasa berdoa semoga dia selamat dan pulang menyambut Ramadan bersama,” katanya.
Sebagai ibu katanya, dia mengenali Nor Afifa sebagai anak yang baik dan tidak pernah membantah kata-kata ibu bapa di samping mempunyai hubungan rapat dengan tiga adiknya.
Nor Afifa dilaporkan hilang di Taman Tas kira-kira jam 11.30 pagi 10 Julai lalu ketika Ana sedang memeriksa barang dalam sebuah bangunan di tempat kerjanya.
Bagaimanapun, dia hanya menyedari kehilangan Nor Afifa apabila tidak mendengar suara anaknya sebelum berusaha mencari di sekitar kawasan perniagaan itu, namun gagal menemui sebarang kesan.
Ana berkata, dia terpaksa membawa Nor Afifa ke tempat kerja kerana bimbang keadaan anaknya yang demam sejak dua minggu sebelum kejadian dan tidak mahu meninggalkannya sendirian di rumah.
Katanya, ketika anaknya hilang, dia memakai baju merah jambu dan hitam, berseluar serta bertudung hitam.
Tujuh wanita itu mendakwa dirogol rakan sejawatan atau cuba menyerang secara seksual, termasuk di pejabat seorang pegawai pemerintah selepas ke pub di Washington dan di dalam berek Stesen Udara tentera Laut di Florida.
Mangsa kelapan berkata, dia diganggu dan diancam ketika dihantar bertugas di Iraq, dan diberitahu pihak atasan bahawa perkara berkenaan berlaku sepanjang masa. - AP
Tembak teman baru bekas kekasih
Gambar Hiasan |
KUALA LUMPUR – Selepas
hubungan yang terjalin selama 12 tahun gagal, seorang lelaki bertindak
melepaskan tembakan ke arah teman baru bekas kekasihnya dalam satu
kejadian di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan tiga hari lepas.
Ketua Polis Daerah Serdang, Supt
Abd Razak Elias berkata, dalam kejadian pukul 11.45 malam itu, mangsa
berusia 28 tahun yang bekerja sebagai penjual telefon bimbit sedang
menunggu teman wanitanya berusia 24 tahun di hadapan rumah.
"Ketika mangsa sedang menunggu,
salah seorang daripada tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis
Honda Civic keluar dari kenderaan terbabit lalu melepaskan tembakan
menggunakan pistol angin ke arah mangsa.
"Tembakan itu telah
mengakibatkan cermin hadapan sebelah kiri kereta mangsa pecah,
bagaimanapun tembakan tidak mengenai mangsa,” katanya kepada pemberita,
di sini hari ini.
Beliau berkata, suspek kemudian
mengambil kayu pemukul besbol sebelum menuju ke arah mangsa untuk
memukulnya, namun tidak sempat kerana ditahan anggota polis yang sedang
meronda.
Suspek yang berusia 25 tahun dan
dua rakannya yang masing-masing berusia 21 dan 25 tahun ditahan di
lokasi kejadian, katanya. – BERNAMA
Khasiat pisang
Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu merendah kolestrol.
Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
Kekasih pensyarah kolej swasta mati dibunuh bersama bapanya di Puchong
|
PETALING JAYA – Kekasih kepada seorang pensyarah kolej swasta yang
ditemui mati dibunuh bersama bapanya di Puchong dua minggu lalu
dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam bersama tiga lagi
rakannya atas dua tuduhan membunuh.
Tertuduh Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 20, dan tiga lagi rakan,
Mohamad Sharafee Matt Noh, 19, Azizi Aizat Ibrahim, 20, dan Muhamad
Safwan Muhamad, 20, kelihatan tenang dan hanya menjawab mereka faham,
semasa ditanya berhubung tuduhan tersebut.
Namun tiada pengakuan direkodkan oleh kesemua tertuduh yang merupakan
pelajar di kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics di Cheras, Kuala
Lumpur tempat mangsa mengajar.
Mereka didakwa membunuh Zara Eleena Omar Peter, 23, juga orang
kelainan upaya (OKU) di rumah No. 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara
Puchong antara pukul 1.30 pagi dan pukul 2.30 pagi, 9 Mac lalu.
Bagi tuduhan kedua, mereka didakwa membunuh bapa Zara, Omar Peter
Abdullah, 57, di antara pukul 11.30 malam, 8 Mac lalu hingga pukul 1.30
pagi, 9 Mac lalu di rumah sama.
Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aifaa Che Abdullah mengemukakan
pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman
mati jika sabit kesalahan.
Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid menetapkan 23 April depan untuk
sebutan semula kes itu bagi menunggu laporan bedah siasat serta untuk
memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi.
Tiada jaminan ditawarkan dan kesemua tertuduh ditahan di Penjara Sungai Buloh sementara menunggu kes dibicarakan.
Ahli keluarga mangsa dan juga kesemua tertuduh tidak kelihatan di mahkamah semalam.
Apa Patut Lelaki Buat Bila Wanita Sedang Datang Bulan
- Hadiahkan coklat kepadanya . Pasti si dia gembira menerimanya . Sesungguhnya pemberian kamu itu menjadi ubat kepada emosi gadis kala itu .
- Nyatanya kehadiran PMS bukan waktu memutuskan hubungan – peranan lelaki perlu lebih memahami pasangannya. Ikut rentak si dia dan layanlah dia sebagai seorang puteri sepanjang minggu itu.
- Lelaki sering kena leteran tentu mendapati kedatangan period teman wanitanya bukanlah hari yang paling indah. Cuba tumpukan perhatian lebih kepadanya dan jangan mendatangkan marahnya. Ucapkan cinta dan pujian cantik lebih –lebih.
- Harap teman lelaki lebih memahami dan tidak mengemukakan apa-apa persoalan atau masalah dalam waktu begini. Kejutan perlulah yang bermanfaat dan benar-benar menggembirakan.
- Bila si keksaih mula bertanyakan badannya, jangan pula menambah bara dengan mengungkit dia makan kek brownies semalam.
- Sebaik-baiknya tarik kekasihmu dan bawa dia bersiar-siar. Udara segar mampu mengubah moodnya. Jangan sesekali mengingatkan dia mengenai ketidakselesaanya.
- Jangan bangkang jika dia mengutarakan masalah kamu masih merokok walaupun sudah berjanji mahu berhenti, atau baju kamu bertaburan di lantai, kerana saat begini memungkinkan dia meniggikan suara.
- Adakah lebih baik jika kamu pelajari kehadiran period wanita kerana kamu akan sehidup semati dengan isteri atau bakal isteri. Barulah bahagia dan serasi hidup.
- Bagi suami belailah isteri jika dia dalam kesakitan. Dodoi isteri agar dia lebih tenang. Manakala sang kekasih pula, bisikan kata-kata manis di telinganya menerusi telefon jika dia rasa kurang selesa.
Anak gadis hilang sejak 10 hari lalu
22 Julai 2012
Ana berkata, sehingga kini dia masih berusaha mendapatkan maklumat daripada rakan-rakan dan keluarga terdekat jika mereka boleh membantu membawa Nor Afifa Abd Rahman, 20, ke pangkuan keluarga.
Ibu kepada empat anak itu turut berusaha mengedarkan gambar Nor Afifa di beberapa premis berdekatan kawasan anaknya hilang.
Katanya, dia yakin anaknya masih berada di Kuantan dan berharap orang ramai dapat menghulurkan bantuan.
“Kami sekeluarga tidak membuat sebarang persiapan menyambut Ramadan, malah saya sendiri tidak senang duduk dan terlalu berharap Nor Afifa dikembalikan dalam keadaan selamat,” katanya.
Ana juga nekad untuk mencari anaknya dengan bantuan polis selepas dua kali membuat laporan mengenai kehilangan itu.
“Saya tidak tahu keadaannya sekarang. Kami sekeluarga sentiasa berdoa semoga dia selamat dan pulang menyambut Ramadan bersama,” katanya.
Sebagai ibu katanya, dia mengenali Nor Afifa sebagai anak yang baik dan tidak pernah membantah kata-kata ibu bapa di samping mempunyai hubungan rapat dengan tiga adiknya.
Nor Afifa dilaporkan hilang di Taman Tas kira-kira jam 11.30 pagi 10 Julai lalu ketika Ana sedang memeriksa barang dalam sebuah bangunan di tempat kerjanya.
Bagaimanapun, dia hanya menyedari kehilangan Nor Afifa apabila tidak mendengar suara anaknya sebelum berusaha mencari di sekitar kawasan perniagaan itu, namun gagal menemui sebarang kesan.
Ana berkata, dia terpaksa membawa Nor Afifa ke tempat kerja kerana bimbang keadaan anaknya yang demam sejak dua minggu sebelum kejadian dan tidak mahu meninggalkannya sendirian di rumah.
Katanya, ketika anaknya hilang, dia memakai baju merah jambu dan hitam, berseluar serta bertudung hitam.
Israel beli lagi kapal selam nuklear dengan German
Israel telah melakukan transaksi pembelian sebuah kapal selam nuklear yang keenam dengan sekutunya, German.
Radio Israel melaporkan, Menteri Perang Israel, Ehud Barak yang ketika ini berada di German, akan menandatangani deal tentera dengan sekutunya, Thomas de Maizière, berkaitan penambahan senjata laut Israel dengan kapal selam keenam jenis Dolphin yang mampu membawa teknologi nuklear dan peranti perisikan canggih.
Disebutkan bahawa pasukan israel sekarang ini mempunyai 3 kapal selam jenis Dolphin, sementara dua yang lain masih dalam tahap pembikinan di German, yang dijangka akan diterima Marin Israel pada akhir tahun 2012 ini.
Kerajaan Jerman bersetuju untuk membiayai sebahagian dari transaksi tersebut, kerana mereka menganggap Israel sebagai pelanggan utama. Kerajaan Jerman bahkan menutup sepertiga pembiayaannya kira-kira $ 178.000.000 dan memberikan pinjaman perisian khusus untuk Israel dalam membayar bakinya.
Transaksi ini membuktikan "kuatnya komitmen German menyokong keselamatan Israel," seperti yang disebutkan dalam media dari Berlin.
Pada selasa (20/03/2012 lalu, Menteri Pertahanan German, Thomas de Maizière, telah mengumumkan bahawa German akan menjual kepada Israel sekurang-kurangnya satu lagi kapal selam Dolphin.

5 Tempat paling sejuk di dunia
Bagi orang Asia yang hidup di iklim tropika macam kita ini membuatkan senang sangat kita mengeluh kepanasan dan sebagainya. Malah ada yang sampai berharap untuk tinggal di tempat yang lebih sejuk. Tetapi
kita tidak tahu betapa beruntungnya kita kerana telah ditakdirkan oleh
Allah swt kepada kita untuk tinggal di iklim yang sederhana ini.
Kalau
kita tahu betapa susahnya hidup di negera-negara yang sangat sejuk ini.
Tentu kita akan batalkan saja niat untuk hidup di negara yang lebih
sejuk. Apa pun bersyukurlah dengan apa yang Allah swt kurniakan kepada
kita. Mari kita perhatikan di lima tempat yang sangat sejuk ini, kita pasti berfikir dua kali untuk tinggal di iklim sejuk semacam ini. :P
1. Vostok Station, Antartika
Ini dia tempat paling sejuk di dunia. Dengan suhu terendah negatif 89 darjah Celcius. Vostok yang dalam bahasa Rusia bererti "timur", hanya digunakan sebagai pusat penyelidikan milik Rusia. Mungkin kerana terlalu sejuk, tidak ada seorang pun yang mahu membina rumah di sini.
2. Oymyakon, Rusia
Verkhoyansk dan Yakutsk, Oymyakon yang hanya dihuni oleh 900 orang ini boleh mencapai suhu negatif 71 darjah Celcius ketika musim sejuk. Sedihnya, musim sejuk di sini terkira sangat lama, iaitu lebih kurang selama sembilan bulan. Dalam bahasa etnik Sakha Rusia, oymyakon bererti "air yang tidak beku".
3.Verkhoyansk, Rusia
Lapan hari memandu dengan kereta dari Yakutsk, baru kita akan sampai ke Verkhoyansk, yang terletak pada Lingkaran Artik. Ada 1300 orang yang tinggal di wilayah ini, dan sebahagian besar bekerja sebagai pemburu atau menggunakan kereta salji untuk memandu. Sebenarnya di wilayah ini terdapat banyak emas, tapi terlalu sejuk untuk membuka lombong. Tempat yang dikenali dengan "Stalin 's Death Ring" ini hanya boleh dikunjungi pada musim sejuk, ketika tasiknya membeku. Suhu terendah di bandar ini adalah negatif 69 darjah Celcius.
4.North Ice Station, Greenland
Greenland memang terkenal sebagai wilayah paling sejuk di belahan bumi bahagian Barat. Tapi, suhu terendah yang pernah tercatat di Greenland ada di North Ice Station, sebuah pusat penyelidikan milik negara Britain, dengan suhu negatif 66 darjah Celcius.
5.Yakutsk, Rusia
Suhu terendah di ibu negara wilayah Yakutia ini mencapai negatif 50 darjah Celcius, dan biasanya berlaku pada bulan Januari. Walaupun sejuk sangat, bandar ini ternyata dihuni oleh cukup banyak orang . Sekurang-kurangnya ada 200,000 orang yang tinggal di bandar ini. Tersangat sejuknya orang-orang sering membiarkan keretanya menyala ketika mereka berhenti di suatu tempat. Kerana mereka takut petrol dalam kereta mereka boleh jadi beku . Selain itu, di bandar ini juga ada peringatan untuk tidak memakai kacamata hitam. Kerana kacamata yang menempel di kulit kita itu akan merobek kulit kita kerana terlalu sejuk.
Lelaki terpendek di dunia
|
KATHMANDU
- Seorang lelaki berusia 72 tahun, Chandra Bahadur Dangi dari sebuah
kampung terpencil di barat daya Nepal diiktiraf semalam sebagai lelaki
paling pendek di dunia selepas ketinggiannya diukur oleh beberapa
pegawai Guinness World Records.
Dangi setinggi 54.6 sentimeter (sm), 5.3sm lebih pendek daripada pemegang rekod sebelum ini, Junrey Balawing dari Filipina.
"Saya berasa amat gembira," kata Dangi kepada pemberita.
"Saya akan bekerja untuk mempromosikan negara saya ke seluruh dunia," tambahnya.
Dangi yang seberat 12 kilogram
juga diisytiharkan sebagai manusia paling pendek pernah direkodkan
sekali gus mengambil alih tempat Gul Mohammed yang setinggi 57sm
sebelum dia meninggal dunia pada tahun 1997 semasa berumur 40 tahun.
"Saya terus-menerus berasa takjub bahawa rekod ini terus dipecahkan," kata Ketua Pengarang Guinness World Records, Craig Glenday dalam satu kenyataan selepas ketinggian Dangi diukur di sini.
Menurutnya, jika umur Dangi betul, dia akan menjadi individu paling tua yang memiliki rekod dalam sejarah 57 tahun Guinness World Records.
Dangi tinggal di daerah Dang, 350 kilometer dari sini.
Dia pernah menyatakan sudah terlalu tua untuk berkahwin tetapi masih berminat untuk mengembara ke negara-negara lain.
Beberapa pegawai Guinness World Records menyatakan mereka masih belum mengetahui punca yang menyebabkan Dangi menjadi pendek.
Dangi pernah menyatakan bahawa dia dijadikan bahan sarkas semasa muda oleh beberapa saudaranya. - Agensi
WAJIB BACA: Bukti Coca-Cola Mengandungi Alkohol
Menurut kajian dan ujian terbaru yang dilakukan Institute Pengguna Kebangsaan Paris, minuman soda terkenal berasal dari Amerika Coca-Cola mengandungi alkohol.
INC yang berpusat di Paris itu mengatakan, selain Coca-Cola tanda Pepsi Cola juga mengandungi alkohol. Berita yang cukup mengejutkan ini dikeluarkan Press TV pada Sabtu 30 Jun 2012 lalu.
Majalah Perancis "60 Million Consumer" menerbitkan hasil ujian yang mengatakan bahawa tahap alkohol yang terdapat pada Coca-Cola adalah 10 mg per liter atau kira-kira 0,001 peratus alkohol.
Ujian itu juga menunjukkan "adanya unsur tertentu, seperti hidrokarbon yang dikenali sebagai alergen."
Bahan kontroversi lain yang terkandung dalam Coca-Cola adalah asam fosfat, pemanis atau pewarna E150d (karamel amonia sulfit). Bahan-bahan itu baru saja disenaraikan oleh Negara Negeri di California sebagai berbahaya bagi kesihatan.
Coca-Cola dan Pepsi Cola telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan menggunakan bahan-bahan itu dalam produk mereka di Amerika Syarikat.
Survey juga mendedahkan bahawa jumlah gula yang tinggi terdapat dalam minuman tersebut, antara 17 dan 19 potong gula satu liternya.
Berita ini tentu meresahkan pengguna Islam, kerana Islam melarang tegas minuman beralkohol.

1 Video dan 19 Gambar Ular-ular Berkepala 2
Ular berkepala dua memang jarang berlaku.Setiap haiwan berkepala dua
mempunyai keunikan tersendiri.
Polycephaly adalah salah satu istilah haiwan yang mempunyai lebih
daripada satu kepala. Istilah ini berasal daripada Yunani, yang
bermaksud 'banyak' dan kephali, iaitu "kepala", dan yang merangkumi
bicephaly dan dicephaly (kedua-duanya merujuk kepada dua-headedness).
Merupakan haiwan yang dilahirkan dengan dua muka pada satu kepala, yang
dikenali sebagai diprosopus. Dari segi perubatan ia dikenali sebagai
penyakit kongenital Batok kepala.
Haiwan polycephalic yang paling biasa diperhatikan ialah haiwan dua
kepala iaitu penyu dan ular.
Spesies lain yang diketahui berkepala dua termasuk lembu, biri-biri,
babi, kucing, anjing, dan ikan. Pada tahun 1894, ayam hutan yang
berkepala dua telah dilaporkan wujud di Boston, Massachusetts. Ianya
terkenal sebagai haiwan dicephalic bagi yang masih hidup menjadi dewasa
dengan dua ekor sempurna.
Saintis telah menerbitkan dalam jurnal moden tentang membedah haiwan itu
sejak tahun 1930-an. Satu kertas kerja bertahun 1929 mengkaji tentangi
anatomi anak kucing berkepala dua.
No comments:
Post a Comment