Tuesday, July 24, 2012

ISLAM MENGANJUR MELINDUNGAN RAKYAT WALAUPUN BERLAINAN AGAMA...MENUNAIKAN HAK JIRAN...MENGHORMATI SESAMA MANUSIA@MAKHLUK

Tenang lihat Pok Mat Lewa

Oleh Azlan Hafeedz
am@hmetro.com.my

BAHAGIA...Muhamed bersama dua isteri, Ani (depan kanan), Siti Aisyah (belakang) serta tiga anak, Mohd Khairi Safari (kiri belakang), Nadia dan Khairul Azwa.
BAHAGIA...Muhamed bersama dua isteri, Ani (depan kanan), Siti Aisyah (belakang) serta tiga anak, Mohd Khairi Safari (kiri belakang), Nadia dan Khairul Azwa.
MAHLIGAI...rumah Asiah dan Ani berdekatan rumah  Siti Aisyah (kanan) di Kampung Kandis, Lebuhraya Pasir Puteh-Jeli.
MAHLIGAI...rumah Asiah dan Ani berdekatan rumah Siti Aisyah (kanan) di Kampung Kandis, Lebuhraya Pasir Puteh-Jeli.
PASIR PUTEH: “Sekali pandang wajahnya biasa saja dan mungkin ramai wanita tidak berkenan, tapi bila sudah kenal hati kami yang gundah jadi tenang sebaik melihat senyumannya,” kata Siti Aisyah Awang Kechik, 56, isteri pertama Muhamed Yunus, 58, sambil disokong dua madunya, Asiah Yahya, 48, dan Ani Abd Rahman, 42.
Menariknya, rumah dua madu Muhamed, Asiah dan Ani didirikan berhampiran rumahnya bersama isteri tua, Siti Aisyah di Kampung Kandis, Lebuhraya Pasir Puteh-Jeli, dekat sini, dan mereka hidup berjiran dengan penuh harmoni.
Menurut Siti Aisyah, ketika Muhamed berhasrat untuk berkahwin dengan Ani, lelaki itu secara ‘gentleman’ meminta dia dan Asiah masuk meminang madu ketiganya.

“Kami tidak terkejut dan rela hati menunaikan permintaannya kerana yakin dia mampu berlaku adil kepada semua isteri dan anak-anak,” katanya.


Katanya, Ani turut tersenyum sebaik saja melihat dua madunya berada di depan mata ketika majlis meminang di rumah keluarganya di Jerteh, Terengganu.

Rakyat tanpa negara

Oleh Tuan Asri Tuan Hussein

TERBAKAR...rumah etnik Rohingya dibakar dalam usaha mengusir mereka dari bumi Myanmar.
TERBAKAR...rumah etnik Rohingya dibakar dalam usaha mengusir mereka dari bumi Myanmar.
pix_topright
CHITTAGONG (Bangladesh): “Kami hanya mahu hak sebagai warga negara dan dilayan seperti manusia. Itu saja, kami bukannya mahukan kemerdekaan atau wilayah pemerintahan sendiri,” kata Halimullah Salim, 53, aktivis kemanusiaan Rohingya yang berpangkalan di sini.
Halimullah mendakwa apa yang dilakukan pemerintah kerajaan Myanmar pada masa ini dan sejak lebih 30 tahun lalu, benar-benar satu usaha terancang untuk menghapuskan sama sekali kewujudan etnik Rohingya di negara itu.
“Mereka tidak bertimbang rasa. Kami bukan saja dinafikan hak sebagai warga Myanmar, tetapi hak sebagai manusia. Dunia perlu sedar hakikat ini dan tekanan perlu diberikan ke atas kerajaan Myanmar sekarang supaya mereka mengubah polisi mereka terhadap etnik Rohingya,” katanya.

Kenyataan Halimullah itu terbukti benar apabila Presiden Myanmar, Thein Sein dalam satu kenyataan di Yangon pada 12 Julai lalu secara terbuka memberitahu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa penyelesaian kepada konflik di Arakan adalah dengan menghantar etnik Rohingya ke khemah pelarian atau mengusir mereka.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman web rasminya itu, Thein Sein berkata, Myanmar akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya, tetapi tidak akan menerima etnik Rohingya yang dianggapnya memasuki negara itu secara haram.

Tetak kepala, cekik leher ibu

Oleh Ravale Savarinathan
am@hmetro.com.my

TELUK INTAN: Seorang pemuda berusia 19 tahun bertindak biadab dan kejam terhadap ibunya apabila menetak kepala wanita itu dengan parang sebelum mencekik mangsa sekuat hati hanya kerana berang selepas dinasihati supaya berpuasa.
Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Redang Ponggor, Chenderong Balai di sini, jam 2 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, mangsa berusia 40-an memarahi anak sulungnya itu, seorang penganggur yang enggan berpuasa walaupun sudah banyak kali ditegur.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa yang juga suri rumah menyediakan juadah berbuka puasa di dapur, namun suspek tiba-tiba mengamuk dan mencapai sebilah parang lalu menetak kepala mangsa.


“Mangsa yang terkejut dengan tindakan ganas anaknya itu melarikan diri dengan keluar melalui pintu dapur. Namun, suspek yang masih tidak berpuas hati mengejar ibunya sebelum mencekik leher wanita itu sekuat hati. Mujur adiknya menghalang suspek daripada terus mengganas.


Terjaga tidur diterajang suami

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Tidur seorang wanita berusia 46 tahun tersentak apabila dia bukan saja ditumbuk sebaliknya disepak terajang suaminya dalam kejadian di rumah mereka di Jalan Ipoh, di sini, Ahad lalu.
Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, suspek berusia 50 tahun bertindak demikian dipercayai kerana mengesyaki isterinya curang.

Akibat perbuatannya itu, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan badan.
Sehubungan itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Menurut sumber, mangsa yang nyenyak tidur terjaga selepas mendapati kepalanya bagaikan dihentak sesuatu.

“Sebaik membuka mata, dia melihat suaminya sedang berdiri di sisi katil di bilik tidurnya itu selain mendapati lelaki terbabit sedang menggenggam penumbuk.

“Belum pun sempat mangsa mempersoalkan tindakan suaminya itu, lelaki terbabit terus menumbuk sebelum menyepak terajang mangsa,” katanya.

Sumber berkata, dalam keadaan terpinga-pinga, mangsa cuba mempertahankan dirinya sambil bertanya mengenai sebab dia dipukul.
“Namun, lelaki terbabit tidak mengendahkan pertanyaan isterinya itu sebelum memukulnya lebih 20 minit,” katanya.

Katanya, suspek kemudian mendakwa isterinya itu curang terhadapnya sebelum mengeluarkan pisau dan cuba untuk menikam mangsa.

“Wanita terbabit bagaimanapun bernasib baik apabila dia diselamatkan adik lelakinya berusia 20-an yang kebetulan datang menziarah kakaknya itu dengan menghalang suspek.

“Menyedari kehadiran adik iparnya itu, suspek bergegas meninggalkan rumah berkenaan,” katanya.

Mangsa yang dibawa ke sebuah klinik berhampiran rumahnya itu bagaimanapun hanya dirawat sebagai pesakit luar biarpun mengalami kecederaan di kepala dan badan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

Getaran maut

Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my

ALOR GAJAH: “Saya terdengar Muhamad Hanif menjerit meminta tolong sebelum badannya kejang serta berasap,” kata Mohd Faizudin Amir, 21, rakan remaja yang maut akibat terkena renjatan elektrik ketika mengendalikan mesin pembancuh simen pada hari pertama bekerja di sebuah tapak binaan di Solok Menggong, di sini, petang kelmarin.
Mohd Faizudin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, dia nekad menyelamatkan Muhamad Hanif Saidi, 20, dengan cuba menarik tubuh mangsa, tetapi dia juga terkena renjatan dan terpaksa melepaskan tubuh rakannya itu dan akhirnya mangsa meninggal dunia di pangkuannya.

Menurutnya, sebelum kejadian, Muhamad Hanif dari Felda Tun Ghaffar Solok Menggong, dilihat memegang pemegang mesin ketika cuba mengalihkan kedudukan mesin pembancuh simen itu untuk dibersihkan.

“Saya terdengar dia menjerit kuat dan apabila menoleh, saya lihat badannya menggigil dan bergetar. Saya turut sama terkena renjatan ketika cuba menyentap bahu Muhamad Hanif supaya genggamannya terlepas.


“Saya kemudian menjerit meminta seorang rakan mematikan suis utama. Saya rebah bersama arwah sebelum penyelia tapak datang memberi bantuan,” katanya.

30 polis di pusat beli-belah

KUALA LUMPUR: Pengunjung di tiga pusat beli-belah di Subang Jaya kini boleh merasai suasana lebih selamat apabila 30 anggota polis ditempatkan di lokasi berkenaan bermula semalam.
Inisiatif turun padang Kementerian Dalam Negeri yang dijayakan secara bersama membabitkan anggota polis dari Bukit Aman dan Balai Polis Subang Jaya itu dijangka akan meningkatkan lagi aspek keselamatan di kawasan berkenaan yang sebelum ini diawasi sepenuhnya pengawal keselamatan.

Ketua Polis Balai Subang Jaya, Inspektor Sulaiman Baputty berkata, kehadiran polis secara ‘omnipresence’ itu bukan untuk menakutkan orang ramai sebaliknya memudahkan masyarakat menyalurkan maklumat sekiranya terlihat sebarang perlakuan jenayah atau berada dalam keadaan tidak selamat. “Ini satu daripada inisiatif diambil dalam usaha mengekang berlaku jenayah di samping mendekati masyarakat, menunjukkan polis sedia melakukan apa sahaja dalam menjamin keselesaan dan keselamatan orang awam ketika keluar membeli-belah,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.
Beliau berkata, tiga kompleks beli-belah berkenaan ialah Subang Parade, Empire Shopping Gallery dan Carrefour Subang.

Sulaiman berkata, selain membantu pengawal keselamatan sedia ada, anggota polis berkenaan akan melakukan tugasan membuat rondaan terutama di kawasan parkir dan dalam kompleks dengan dibantu polis peronda bagi penugasan di luar pusat beli-belah. - Bernama

2 suspek berparang diburu polis



SHAH ALAM: Polis kini memburu dua suspek bersenjatakan parang yang melarikan kenderaan pacuan empat roda di depan rumah seorang penjawat awam di Taman Pristana, di sini, awal pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd Taib Ahmad berkata, pihaknya masih menyoal siasat rakan suspek yang ditahan penduduk taman berkenaan.

“Kami meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian atau mengenali suspek supaya tampil di balai polis berdekatan.
“Polis berterima kasih kepada penduduk yang menahan seorang daripada tiga suspek dalam kejadian terbabit dan berharap kerjasama orang ramai bagi menyalurkan maklumat sekiranya berlaku jenayah di kawasan perumahan mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam. Harian Metro semalam melaporkan kejadian dua lelaki melarikan kenderaan pacuan empat roda Honda CRV milik Suhaimi Mansor, 35, yang enjinnya sedang dipanaskan mangsa di depan rumahnya.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, suspek mencampak anak perempuan mangsa berusia tujuh tahun yang berada dalam kereta terbabit sebelum melarikan kereta itu.

Bagaimanapun, seorang lagi suspek yang menaiki sebuah kereta berasingan ditahan penduduk kawasan perumahan itu.

Dedah derita

Oleh Sharifah Norfaezah Wan Ahmad Makki Mashor
norfaezah@hmetro.com.my

PETALING JAYA: Laporan eksklusif mengenai penderitaan orang Islam Rohingya di Myanmar yang dipaparkan sejak kelmarin bukan saja memberi kesan kepada masyarakat umum malah turut menarik perhatian rancangan pagi, Malaysia Hari Ini (MHI) untuk mengupas serba sedikit pengalaman penulis ketika berada di sana.
Pengacara rancangan terbabit, Ally Iskandar Mohd Mardzi berkata, pihaknya terpanggil mengundang penulis laporan khas itu, Ketua Pengarang Berita Harian Metro, Tuan Asri Tuan Hussein kerana merasakan ia satu contoh laporan menyeluruh wajar dikongsi bersama penonton MHI.

“Sekarang kita dilambakkan dengan pelbagai jenis platform media termasuk berita yang saya rasakan kurang menyeluruh tetapi apa dibawa menerusi laporan eksklusif ini berbeza apabila menampilkan episod penderitaan dialami masyarakat Islam Rohingya yang tidak mendapat liputan meluas daripada media semasa antarabangsa.
“Pada saya, ia cara tepat untuk menzahirkan rasa prihatin dan sekali gus fokus kepada laporan eksklusif sebegini yang mendedahkan kesengsaraan masyarakat Islam yang hidup sebagai pelarian di Myanmar dan Bangladesh selain episod penderitaan masyarakat Islam dilaporkan di negara Timur Tengah seperti Palestin,” katanya yang ditemui di Sri Pentas selepas menemuramah Tuan Asri, di sini, semalam.

Beliau berkata, bagi mengubah dimensi laporan pemberitaan masa kini, ia wajar dijadikan asas dan contoh kepada semua media tempatan untuk mengorak serta mencorakkan lebih banyak berita bersifat menyeluruh serta berbentuk pendedahan berbanding apa disajikan sekarang.

“Saya merasakan ia artikel yang bagus dan berasa tidak sabar untuk mengetahui susulannya,” katanya.

Sementara itu, melalui segmen MHI semalam, Tuan Asri berkata, bermula dengan perasaan ingin tahu apabila menyedari laporan mengenai mereka amat kurang daripada media antarabangsa.

Menurut Tuan Asri, sebagai penggiat media, beliau berasa bertanggungjawab dan terpanggil mengupas lebih banyak perkara mengenai apa diketahuinya menerusi bahan tidak rasmi iaitu Internet.
“Selepas mendapat tahu kisah masyarakat Islam Rohingya sendiri menerusi pembacaan di Internet, saya ingin mengetahui sejauh mana kebenaran cerita ini dan sejak itulah saya mula mendapatkan kaedah serta cara untuk ke sana,” katanya.
Katanya, matlamat asal adalah memasuki kawasan benar-benar dilanda tragedi dahsyat itu, tetapi atas faktor keselamatan, beliau hanya sempat melawat lokasi dijamin selamat untuk diselidiki.




Budhists are killing Muslims in Burma with no mercy !


Where are those countries who defend the world from terrorism ??


When u attack black people, They call it "Racism",
When u attack Jewish ppl, They call it "Anti-semitism" ,
When u attack Women, They call it "Gender discrimination" ,
When u attack Homosexuality, They call it "Intolerance",
When u attack your Country, They call it "Treason",
When u attack a Religious sect, they call it "Hate speech",
But when They attack at the dignity of our Prophet MUHAMMAD (S.A.W), They call it " Freedom of Expression , Freedom of speech" !!
Share if u can !

Bantah pemimpin zalim



KUALA LUMPUR: Kira-kira 50 etnik Rohingya melaungkan bantahan, membakar serta memijak poster pemimpin Myanmar, Thein Sien yang dianggap zalim sehingga ratusan ribu etnik mereka dibunuh dengan kejam selain harta benda musnah.
Malah, mereka yang juga pelarian dan menetap di sini mendakwa turut merasa penderitaan dialami keluarga, saudara-mara Islam di bumi sendiri apabila hampir setiap hari keluarga mereka dibunuh, tidak diberi makanan, manakala Bangladesh pula menutup pintu.

Selepas dinafikan hak kewarganegaraan Myanmar dan beragama Islam, orang Islam Rohingya di Arakan terus menjadi mangsa etnik Rakhine yang bermaharajalela menyerang dan membunuh, selain mayat mereka dihanyutkan sebagai makanan anjing.
Berikutan kekejaman itu, pelarian Rohingya semalam hadir menyerahkan memorandum di Wisma Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Damansara, di sini, sebagai membantah kekejaman pemimpin Myanmar dan mendesak negara itu memberi laluan bantuan kemanusiaan di Arakan.

Memorandum diserahkan Ketua Setiausaha Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid bertepatan Hari Solidariti Antarabangsa Sedunia untuk Rohingya yang disambut lebih 15 negara semalam.

MyDistress versi kedua

Oleh Rosyahaida Abdullah
rosyahaida@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Usaha mengurangkan kadar jenayah di negara ini akan lebih mudah dan efektif dengan adanya aplikasi telefon pintar dikenali sebagai MyDistress yang bakal diperkenalkan untuk versi kedua pada penghujung bulan ini.
Aplikasi itu yang mula dilancarkan kira-kira setahun lalu kini sudah pun dimanfaatkan hampir 100,000 pengguna telefon pintar di Selangor dan dijangka dapat diperluaskan ke seluruh negara menerusi Program Transformasi Kerajaan 2.0 (GTP 2.0).

Ketua Urusetia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kontinjen Selangor, Deputi Superintendan Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, pihaknya komited untuk memperluaskan aplikasi itu ke seluruh Malaysia memandangkan ketika ini ia hanya terhad untuk kegunaan di Selangor.
Menurut beliau, aplikasi itu membolehkan orang ramai yang berdepan kes jenayah membuat aduan segera kepada polis dan setiap aduan akan terus dihubungkan ke pusat kawalan paling hampir, sekali gus membolehkan polis bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan tangkapan.

“Inisiatif Ketua Polis Selangor (Datuk Tun Hisan Tun Hamzah) ini masih di peringkat percubaan, namun kecanggihannya yang sejajar perkembangan teknologi masa kini pasti akan dapat dimuatkan dalam GTP 2.0 pada 2013 dan 2015 nanti.

“Komunikasi yang lebih elektronik menerusi aplikasi ini akan mengurangkan masa pengadu untuk melaporkan kejadian jenayah yang dihadapi, sebaliknya semua maklumat mereka diperoleh menerusi sistem ini,” katanya pada Hari Terbuka Pelan Hala Tuju GTP 2.0 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam.

Antara ciri utama MyDistress adalah membolehkan polis mengesan lokasi pengguna sebaik ‘help button’ ditekan.

Aplikasi itu boleh didapati di http://mydistress.net untuk semua jenis telefon pintar meliputi BlackBerry, iPhone dan Android.

Staf sendiri jadi dalang

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Siti Norhidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my

PUCHONG: Hasil bantuan seorang pekerja berusia 17 tahun, empat lelaki dipercayai membuat perancangan rapi sebelum menyamun sebuah panggung wayang di sebuah pusat beli-belah, di sini dan melarikan wang tunai RM140,000, tengah malam kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 12.30 tengah malam itu, empat lelaki bertopeng bersama remaja bawah umur yang bekerja lebih setahun setengah di panggung berkenaan menyelinap masuk melalui laluan kakitangan di tingkat tiga panggung wayang itu.

Seorang kakitangan yang enggan dikenali berkata, kejadian dipercayai dirancang kakitangan itu berikutan orang awam tidak mengetahui laluan masuk yang mempunyai jalan keluar ke kawasan letak kereta di pusat beli-belah terbabit.
“Disebabkan pintu berkunci ketika itu, mereka menggunakan paksaan untuk membuka pintu sebelum menyelinap masuk ke pejabat panggung di aras sama bersenjatakan dua bilah parang.

“Ketika kejadian, dua staf sedang membuat kira-kira harian manakala ada seorang pencuci bangunan syif malam dalam pejabat yang tergamam dengan tindakan empat lelaki itu yang menyerbu masuk ke dalam pejabat,” katanya.

Menurutnya, sebaik masuk, empat lelaki itu mengacu parang ke leher seorang staf dan meminta seorang lagi memasukkan wang kutipan bernilai RM140,000 ke dalam beg milik penyamun itu.

Katanya, kakitangan cuba melawan, tetapi mereka diugut dikelar di leher menyebabkan kedua-dua staf itu akur dan mereka dijadikan tebusan sementara kumpulan itu menggeledah pejabat.

Beliau berkata, dalam tempoh 10 minit, mereka berjaya melarikan wang tunai sebelum mengunci kakitangan di dalam pejabat dan keluar melalui laluan yang sama.
“Mereka melarikan diri dengan menaiki Perodua Myvi diletakkan di tingkat tiga tempat letak kereta pusat beli -belah itu.

“Beberapa minit kemudian, sebaik dapat membebaskan diri, kakitangan berkenaan menghubungi pihak polis dan sepasukan polis dari Balai Polis Puchong dikejarkan ke lokasi untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, pengurusan panggung wayang berkenaan ketika ditemui Harian Metro enggan mengulas lanjut mengenai kejadian dan menyerahkan siasatan penuh kepada polis.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, susulan dari kejadian itu, pihaknya menahan seorang remaja berusia 17 tahun yang bekerja di panggung wayang berkenaan.

“Dia ditahan atas kesalahan bersekongkol dengan kumpulan penyamun itu dan kami mendapat tahu penglibatannya dalam kejadian ini berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCT) diperoleh daripada pihak pengurusan panggung.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan” katanya.

Keputusan menteri dibatal



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, semalam membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri mengisytiharkan gerakan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram, Julai tahun lalu.
Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya berkata, keputusan kerajaan mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai haram, dibuat secara tidak rasional iaitu tanpa mengambil kira fakta berkaitan.

Menurutnya, alasan untuk mengeluarkan perisytiharan bagi pengharaman Bersih 2.0 mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 tidak boleh diubah-ubah dalam masa beberapa hari.
“Adalah tidak munasabah apabila pada 1 Julai 2011, pertubuhan diisytiharkan haram atas sebab yang serius seperti menyebabkan prejudis kepada ketenteraman dan keselamatan awam. Bagaimanapun keputusan itu tidak dikekalkan pada 5 Julai 2011 atau 9 November 2011.

“Walaupun Bersih 2.0 boleh dikatakan sebagai pertuduhan yang digunakan bagi maksud memudaratkan keselamatan sebelum perintah itu dibuat, tetapi tidak boleh dalam masa seminggu selepas perisytiharan itu dibuat, ia berubah kerana mengakibatkan alasan untuk mengharamkan persatuan itu tidak lagi sah untuk digunakan,” katanya.

Saman mata rosak

Oleh Murni Wan Omar
murni@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang penonton perlawanan bola sepak memfailkan tuntutan saman ganti rugi RM776,000 terhadap empat pihak selepas dia mengalami kecederaan mata kekal akibat terkena mercun ketika menyaksikan perlawanan Pra-Kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura, Julai tahun lalu.
Ahmad Jazimin Mohd Jalaludin, 30, yang bekerja sebagai pereka grafik memfailkan writ saman itu menerusi Tetuan N M Main & Associates di Pejabat Pendaftar Mahkamah tinggi di sini, semalam.

Beliau memfailkan writ saman itu terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai defendan pertama, Ketua Polis Selangor (defendan kedua), Ketua Polis Negara (defendan ketiga) dan Kerajaan Malaysia (defendan keempat).
Menerusi penyata tuntutan itu, Ahmad Jazimin mendakwa pada 28 Julai 2011 dia membeli tiket yang dikeluarkan oleh defendan pertama bagi menyaksikan perlawanan bola sepak itu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Plaintif itu mendakwa dia bersama penonton yang lain memasuki stadium selepas tiket masing-masing diperiksa oleh penjaga atau petugas defendan pertama.

Menurut plaintif, dia memasuki stadium tanpa melalui proses saringan atau pemeriksaan badan oleh anggota polis atau petugas lain.

Ahmad Jazimin mendakwa pada jam lebih kurang 8.45 malam, dia duduk di tempat duduk penonton dan secara tiba-tiba mercun dari arah tempat duduk penonton jatuh dan meletup serta terkena mata sebelah kanannya dan mengakibatkan kecederaan serius.

Dia mendakwa defendan pertama sebagai penganjur bertanggungjawab sepenuhnya memantau dan memastikan bukan saja perjalanan perlawanan bola sepak berjalan lancar, tetapi juga bertanggungjawab memastikan keselamatan penonton terjamin melalui pelaksanaan kaedah kawalan keselamatan dan penggunaan teknologi terkini.
Menurutnya, defendan pertama gagal dan cuai dalam mematuhi piawaian dan standard kualiti penganjuran perlawanan bola sepak antarabangsa yang ditetapkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Dia mendakwa, defendan pertama gagal mempraktikkan dan melaksanakan kaedah serta langkah keselamatan ketat bagi menjamin keselamatan penonton ketika perlawanan berlangsung.

Defendan pertama juga didakwa gagal memantau, mengawal selia, menasihati dan menyediakan prosedur keselamatan ketat serta sesuai kepada Jawatankuasa Keselamatan FAM untuk dilaksanakan sebelum, semasa, dan selepas perlawanan bola berlangsung.

Dia juga mendakwa defendan pertama gagal mengenal pasti lokasi yang digunakan pihak yang tidak bertanggungjawab menyeludup dan membawa masuk bahan terlarang dan merbahaya ke dalam stadium sebelum dan ketika perlawanan berlangsung.

Ahmad Jazimin juga mendakwa defendan kedua dan ketiga cuai dalam mewujudkan kawalan keselamatan ketat di pintu masuk stadium sehingga memungkinkan objek dan bahan terlarang seperti mercun dan bahan letupan dengan mudah dibawa masuk ke dalam stadium oleh mana-mana pihak.

Defendan kedua dan ketiga juga didakwanya gagal menempatkan jumlah anggota polis yang mencukupi bagi tujuan memperketatkan lagi kawalan keselamatan di pintu masuk stadium dan mengekang atau menghalang percubaan membawa masuk bahan dan objek terlarang ke dalam stadium oleh penonton atau mana-mana pihak.

Selain itu, plaintif turut mendakwa defendan kedua dan ketiga gagal mempraktikkan dan menggunakan kaedah kawalan keselamatan yang berkesan termasuk menggunakan peralatan canggih mengesan dan menyaring bahan atau objek terlarang di pintu masuk stadium.

Nikah tanpa ijab kabul

Oleh Syamsiah Sahat
am@hmetro.com.my

MELAKA: Terpedaya dengan janji manis lelaki, seorang wanita kini buntu selepas meragui status pernikahannya yang dibuat tanpa ijab kabul dalam satu majlis ringkas, lapan tahun lalu.
Lebih menyukarkan, hasil ‘perkahwinan’ itu, wanita berkenaan yang mahu dikenali sebagai Suzi, mempunyai empat anak yang tidak dapat dibin atau dibintikan nama suaminya selepas pejabat agama mengesahkan sijil pendaftaran nikah itu adalah palsu.

Bagai jatuh ditimpa tangga, Suzi mendakwa perkahwinan yang tidak mendapat restu keluarga itu mengalami masalah lantaran suami yang panas baran, kaki perempuan dan mengabaikan tanggungjawab.

“Saya mengambil keputusan berkahwin selepas mengenalinya selama dua bulan sewaktu bekerja di Johor Bahru.


“Namun oleh kerana cinta, saya bagaikan dipukau sehingga percaya biarpun majlis pernikahan dijalankan dengan suasana amat pelik iaitu tiada akad nikah dan hanya duduk di suatu sudut sehingga segalanya selesai,” katanya.

Kaki sangkut stereng

Oleh Yusmawati Mhd Yusof
yusmawati@hmetro.com.my

JASIN: Seorang pemandu bas ekspres yang parah kakinya terpaksa menahan sakit selama lebih dua jam akibat tersepit selepas bas dipandunya merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 188.8 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara, di sini, kelmarin.
Operasi menyelamat dan mengeluarkan Hamdan Arif, 52, mengalami kesukaran kerana kaki kirinya tersepit di bawah stereng bas dan bahagian belakang treler yang penuh dengan muatan sawit. Usaha mengeluarkan pemandu itu berjaya selepas 16 anggota dari tiga balai bomba dan penyelamat bertungkus-lumus selama dua jam.

Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, bas ekspres dipandu Hamdan yang dalam perjalanan dari Kluang, Johor ke Kuala Lumpur merempuh belakang treler dipandu Mat Saad Hashim, 38, yang berada di lorong kiri.

Akibat rempuhan itu, lima daripada 17 penumpang bas cedera dengan tiga daripadanya berusia antara 22 dan 25 tahun termasuk dua wanita dihantar ke Hospital Melaka.


Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang 1.5 kilometer apabila lorong kiri ditutup untuk semua kenderaan.

Bukan aksi filem



TERBAKAR...Johansson dijilat api apabila motosikalnya terbakar dan meletup.
TERBAKAR...Johansson dijilat api apabila motosikalnya terbakar dan meletup.
BABAK dalam filem Ghost Rider.
BABAK dalam filem Ghost Rider.
STOCKHOLM: Dalam kejadian menggerunkan seperti dalam filem Nicolas Cage, Ghost Rider, penunggang motosikal ini dirakam dengan dirinya dijilat api dan melompat dari motosikalnya yang terbakar.
Bagaimanapun, ini bukan rakaman filem atau persembahan aksi berani.
Ia adalah saat sebenar apabila motosikal 1950cc penunggang Sweden, Greger Johansson terbakar ketika dia bersiap sedia untuk satu perlumbaan di Stockholm.

Johansson melakukan pemanasan biasa untuk memanaskan tayarnya apabila superbike itu gagal berfungsi di Tierp Arena, utara Stockholm ketika pusingan kelayakan perlumbaan FIA/UEM Antarabangsaa Sweden.


Penunggang itu bagaimanapun tidak cedera dalam kemalangan itu.

Jurugambar, Andy Will- sheer, yang berjaya merakamkan saat itu apabila motosikal berkenaan meletup menyifatkan kejadian sebagai menakjubkan.

“Greger sedang memanaskan tayar belakang untuk perlumbaan kelayakan bersama seorang pelumba lain. Berlaku satu letupan dan kemudian dia dijilat api.

“Ia berlaku dalam sekelip mata,” kata Willsheer.

Gambar itu juga menunjukkan serpihan enjin berkenaan yang terbang akibat meletup dan kemudian jatuh ke arah jurugambar itu.

“Ia terbang ke arah saya dalam keadaan terbakar. Tetapi mujur ia tidak datang seperti peluru. Ia hanya bersepai dan jatuh ke tanah.

“Perkara pertama saya lakukan ialah melihat pada kamera saya. Saya tidak percaya dapat merakam kejadian itu.

“Mujur penunggang itu tidak cedera,” kata Willsheer.

Motosikal Johansson itu yang digelar 'Blower Cat', terbabit dalam perlumbaan ‘drag’ antara dua penunggang kelas Super Twin.

Enjin berkembar 1950cc itu menggunakan campuran metanol dan nitrometana untuk menjana tenaga hingga kepada kelajuan 304 kilometer sejam.

Menurut Willsheer, pelumba Sweden itu kagum dengan gambar yang dirakamnya.

‘Johansson melihat gambar yang saya rakam. Dia gembira kerana ada orang yang merakam kejadian itu,” katanya. - DM

DOALAH...BERMUNAJATLAH...DOA SENJATA ORANG2 MUKMIN...YANG TAQWA...MOHON PADA ALLAH BEGINI 'YA ALLAH BALASLAH MEREKA YANG JAHAT INI SETIMPAL DENGAN KEJAHATAN MEREKA BUAT'...ADA BAIKNYA DOA KETIKA SUJUD(DOA DALAM HATI) DIWAKTU2 MUSTAJAB...CONTOH BULAN RAMADAN DAN WAKTU MALAM...DOA SENTIASA...TAK BERHENTI2...HINGGA ALLAH MAKBULKAN....

Perdana Resort rai OKU berbuka

Salmah Mat Husain I Foto Rizal Tahir, 24 Jul 2012

(Kambing bakar Perdana Resort)

KOTA BHARU: Walaupun keuntungan menjadi target utama, namun satu-satunya resort milik kerajaan negeri turut mengutamakan soal kebajikan.

Pengurus Besar Perdana Resort, Zaidon Ismail, ketika memberitahu media malam tadi berkata, sempena majlis berbuka puasa, pihaknya turut menjemput golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) untuk bersama-sama berbuka.

Katanya, mereka diundang untuk turut serta merasai bagaimana berbuka puasa di resort sebagaimana orang lain.

“Sebelum inipun pihak kami telah berusaha menyediakan sebuah rumah RM30,000 kepada salah seorang OKU di Pantai Cahaya Bulan (PCB) ini melalui peruntukkan kerajaan negeri,”ujarnya.

Alhamdulillah, sambungnya kediaman itu dalam pembinaan sekarang.

Sementara itu, lebih 350 orang jemputan dan pengunjung menikmati 108 jenis buffet Ramadhan yang disediakan Perdana Resort.

Kambing bakar, roti Taliban adalah menu utama resort itu sejak bertahun lamanya.

Selain itu, menu citarasa tempatan, China, colek, pencuci mulut western dan berbagai lagi turut disediakan.

Sementara itu, sebagaimana lazimnya, Bazar Ramadhan yang disediakan oleh Fama dan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB-BRI), telah dipenuhi orang ramai sejak 1 Ramadan lalu.

Kakitangan kerajaan yang pulang jam 4.00 petang dan Khamis 3.45 petang mengambil kesempatan untuk membeli juadah berbuka di situ.

Munajat Perdana bantah kekejaman atas Rohingya Jumaat ini

Harakahdaily, 24 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Sempena Ramadhan al Mubarak, seluruh ummat Islam prihatin digesa untuk mengadakan Munajat Perdana dan Bantah Kekejaman ke atas Ummat Islam Rohingya.

Munajat dan bantahan ini akan dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri - negeri dengan kerjasama ngo - ngo Islam yang lain di setiap masjid negeri masing - masing di seluruh negara.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata, program ini akan diadakan serentak di seluruh negara selepas Solat Jumaat
27 Julai 2012 ini di semua masjid negeri seluruh negara.

"Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan seluruh Ummat Islam bangkit berdoa dan bermunajat kepada Allah Azza wa Jalla agar menyelamatkan Ummat Islam Rohingya sekaligus menghancurkan regim zalim yang melakukan pembersihan etnik ke atas ummat Islam Rohingya," kata Nasrudin dalam kenyataannya.

Pemuda PAS, katanya, turut menggesa agar Kerajaan Malaysia mengambil satu langkah berkesan untuk memastikan ummat Islam Rohingya tidak lagi disembelih dan dibantai sedemikian kejam.

Melalui Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia,  katanya, memorandum rasmi akan dihantar ke Wisma Putra dan juga kepada pihak bertanggungjawab di peringkat antarabangsa seperti OIC, NAM dan lainnya untuk segera mengambil tindakan menghentikan kekejaman tersebut.

Harga kereta: Jangan terkejut Umno kata bankrapkan negara

Harakahdaily, 24 Jul 2012
TEMERLOH: PAS menegaskan akan memberikan sokongan terhadap cadangan untuk menghapuskan duit eksais ke atas setiap kereta sebagai langkah mengurang beban hutang isi rumah rakyat Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat menang PRU13 nanti.

Cadangan mengurangkan harga kereta itu dibangkitkan oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pagi tadi. Rafizi berkata perkara tersebut akan menjadi satu janji utama di dalam manifesto Pakatan Rakyat.

Cadangan itu bersifat serampang dua mata, di mana rakyat dapat mengurangkan pengambilan hutang untuk membayar cukai yang dikenakan ketika membeli kereta, di samping meningkatkan pendapatan boleh guna seisi rumah, terutamanya bagi rata-rata rakyat Malaysia yang berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata duit eksais kereta sememangnya membebankan rakyat selama ini.

“Selama ini rakyat terpaksa membayar harga kereta bukan pada harga sebenar. Bahkan, perjanjian AFTA yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat dengan penurunan harga kereta, turut tidak memberi apa-apa makna kerana dasar duti tersebut,” kata beliau.

Duti eksais diperkenalkan pada tahun 2006 untuk mengimbangi cukai import yang dikurangkan kerana Asian Free Trade Agreement (AFTA) mengenakan sekurang-kurangnya 60 peratus daripada harga kereta.

Tuan Ibrahim juga berkata pengumuman itu sangat dinantikan oleh rakyat, namun memberikan amaran awal kepada rakyat supaya tidak terkejut dengan reaksi para pemimpin Umno.

“Jangan terkejut kalau pemimpin Umno sekali lagi akan mengatakan negara akan bankrap bila duti eksais dihapuskan,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu.

Rafizi berkata Pakatan akan melihat kemungkinan menghapuskan duti eksais secara berperingkat untuk mengurangkan harga kereta.

BERITA BERKAITAN

Pakatan kaji turunkan harga kereta

Budaya kerajaan belanja akan mufliskan negara

Mohd Azmi Abdul Hamid, 24 Jul 2012
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) meneliti bahawa kerajaan di bawah Barisan Nasional kini mempunyai rekod budaya berbelanja yang sangat tinggi.



Jika trend ini berterusan negara ini akan mengarah kepada situasi ekonomi dan kedudukan kewangan yang sangat mudah terjejas oleh ketidakstabilan ekonomi dunia dan boleh menjadi muflis jika ia tidak dibendung.


Di satu segi PM sentiasa mengutarakan wawasannya untuk menjadikan negara sebagai negara berpendapatan tinggi namun di satu segi pula kerajaan menunjukkan contoh yang buruk dari segi perbelanjaan yang sangat tinggi.


Ternyata usaha mencapai negara berpendapatan tinggi akan menjadi sia-sia jika budaya berbelanja tinggi juga dijalankan serentak.


Kerajaan harus mengambil iktibar dari kejatuhan ekonomi Eropah yang menunjukkan contoh yang buruk dalam modelnya yang merangsang rakyat berbelanja tinggi untuk mengharapkan pertumbuhan ekonomi. Akhirnya seluruh ekonominya berhadapan krisis kewangan kerana tidak dapat mengendalikan hutang bank yang berada di kemuncak yang tinggi.


Kini keadaan di negara seperti Itali, Portugal, Perancis sedang menghadapi ekonomi yang parah kerana dasar berbelanja yang tinggi digalakkan dan dengan masa  yang sama pengurusan hutang di bank tidak terkawal.


Akhirnya seluruh sistem kewangan di institusi kewangan merudum jatuh. Sekarang untuk mengamal dasar perbelanjaan berjimat cermat yang terpaksa dijalankan oleh kerajaan telah menimbulkan kemarahan rakyatnya sendiri.


PM di akhir-akhir ini jelas tidak berhemat dalam mengumumkan pelbagai skim baru untuk meraih sokongan rakyat dalam PRU ke 13. Perbelanjaan yang tinggi diguna untuk memeriahkan acara pelbagai perhimpunan dan pelancaran untuk menunjukkkan rakyat menyokong BN.

Namun berjuta-juta wang rakyat diguna untuk majlis-majlis bersama PM yang akhirnya membebankan perbendaharaan.


Belum lagi krisis perbelanjaan oleh beberapa pemimpin kerajaan yang kini didedahkan dan ada yang diheret ke mahkamah. Ditambah buruk lagi perbelanjaan tinggi PM dan rombongan beliau bila keluar negara juga amat membebankan kewangan negara.


Jelas zaman PM dalam penggalnya yang pertama menunjukkan sikap berbelanja yang tidak terbatas sehingga Rang Undang-undang Perbelanjaan Tambahan sering dibentang setiap kali sidang parlimen. Sebab itu tidak mengejutkan belanjawan negara sentiasa berhadapan dengan defisit berturut-turut tahun.


Apakah ini contoh sebuah kerajaan yang sebenarnya mengutamakan rakyat sedangkan nasib mereka akan sengsara di masa akan datang bila kerajaan tidak lagi mempunyai wang yang cukup untuk mentadbir negara?

Apakah PM cuba mengambil pendekatan berbelanja semaksimanya untuk memenangi pilihanraya dan bila menang rakyat akan dipaksa menanggung segala beban hutang kerajaan dengan cara menaikkan cukai dan memotong subsidi?


Mapim mengesa kerajaan agar segera mengubah dasar perbelanjaan negara  kepada dasar berjimat cermat. Jika benar rakyat mahu didahulukan bukan dengan cara mengeringkan perbendaharaan negara tetapi dengan cara perbelanjaan yang mapan.



Penulis ialah Setiausaha Agung Mapim.

Lebuh Raya Rakyat terima sumbangan pelajar UK

Salmah Mat Husain, 24 Jul 2012

KOTA BHARU: Mahasiswa Malaysia di luar negara khususnya United Kingdom (UK) dan Ireland turut menyumbang untuk pembinaan Lebuh Raya Rakyat oleh kerajaan Kelantan.

Sebanyak RM8,000 dikumpul oleh pelajar jurusan perubatan untuk diserahkan pada kerajaan negeri untuk menjayakan pembinaan jambatan itu yang bakal dibina tidak lama lagi.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh wakil pelajar berkenaan, Mohammad Azli Omizi, 21, Mohd Azam Omizi, 23 dan Azri Che Hassan, 21 kepada anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.

Azli ketika ditemui memberitahu, sumbangan berkenaan sebahagian besarnya diberikan oleh pelajar Kelantan jurusan perubatan di dua universiti tersebut.

“Ianya adalah tanggungjawab kami untuk melihat projek untuk rakyat itu berjalan baik,” ujarnya.

Sementara itu, Husam pada sidang medianya semalam berkata, sumbangan orang ramai melalui online untuk pembinaan lebuhraya itu sudah meningkat RM1 juta.

Menurutnya pelbagai pihak telah menyalurkan sumbangan untuk menjayakan pembinaan itu, termasuk individu, syarikat koprat, anak Kelantan di perantauan, golongan artis dan berbagai lagi.

Semalam kita juga menerima sumbangan daripada KGT sendiri.

“Malah pada 4 Ogos ini dengan kerjasama dengan kumpulan media dengan dibantu anak Kelantan di perantauan akan menganjurkan program memungut derma untuk tujuan yang sama,” ujarnya.

Pembinaan Lebuh Raya Rakyat sejauh 73 kilometer untuk fasa pertama yang menelan kos RM1.8 juta itu terpaksa dibina sendiri oleh kerajaan negeri berikutan Kerajaan Pusat menarik balik pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai.

Bersih sah beri lonjakan motivasi kepada Juham

Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi, 24 Jul 2012
Jabatan Undang-undang & Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham) menerima keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) adalah sebuah pertubuhan 'haram' dengan penuh rasa gembira dan bersyukur.
Penat lelah dan pengorbanan rakyat Malaysia yang dilimpahi dan dihujani dengan gas pemedih mata serta air berasid ketika menyertai perhimpunan Bersih 2.0 yang lalu akhirnya menerima khabar berita yang cukup menggembirakan ini.

Bukan hanya dibedil gas pemedih mata, malah para peserta himpunan Bersih 2.0 turut dibelasah pihak polis tanpa belas kasihan, sehinggakan salah seorang daripada peserta yang diserbu polis ketika himpunan Bersih 2.0 tersebut iaitu Allahyarham Baharuddin Ahmad telah meninggal dunia.

Malah, Kerajaan Umno BN turut bertindak zalim apabila mengarahkan pihak polis melancarkan operasi penahanan habis-habisan terhadap individu-individu tertentu sebelum berlakunya perhimpunan Bersih 2.0 tersebut.

Antara penahanan yang dibuat ialah terhadap seorang yang bernama Musafri Abdullah Azmi di mana beliau telah bertindak memfailkan saman terhadap pihak Polis dan Menteri Dalam Negeri kerana mendakwa penahanan beliau adalah salah dan tidak sah, mala fide, melanggar hak dan kebebasan asasi manusia serta melanggar Pelembagaan Persekutuan.

Kes beliau telah ditetapkan untuk perbicaraan esok di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan beliau diwakili barisan peguam daripada Juham di mana keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang memutuskan Bersih 2.0 adalah entiti yang sah sedikit sebanyak memberikan lonjakan motivasi yang tinggi kepada barisan eguam Juham dalam tindakan saman ini.

Rentetan daripada keganasan-keganasan yang dilakukan oleh pihak Polis ketika menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0, Juham menggesa Kerajaan Umno BN meminta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya kepada ribuan rakyat Malaysia yang menghadiri perhimpunan Bersih 2.0 tersebut.

Permohonan maaf ini adalah perlu bagi membuktikan Kerajaan Umno BN menghormati keputusan mahkamah hari ini bahawa tindakan Kerajaan Umno BN yang mengharamkan Bersih 2.0 adalah suatu tindakan yang salah dan melanggar norma-norma hak asasi manusia sepertimana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Akhirnya, Juham melihat keputusan mahkamah pada hari ini telah memberikan satu dimensi yang baru kepada hak asasi di Malaysia di mana ia membuktikan intitusi kehakiman di Malaysia seharusnya bebas daripada sebarang cengkaman Kerajaan Umno BN.

Institusi Kehakiman haruslah dilihat konsisten dalam memastikan mereka dilihat adil dan bebas serta tidak dijadikan alat oleh Kerajaan Umno BN supaya Institusi Kehakiman di Malaysia benar-benar dilihat adil dan bebas sepenuhnya.

Keputusan mahkamah hari ini juga boleh dilihat sebagai suatu penghargaan kepada perjuangan murni seluruh rakyat Malaysia yang tidak gentar dan jemu berterusan berjuang dalam menuntut suatu pilihan raya yang adil dan bersih di Malaysia.

Ahmad Zamri ialah Pengarah Jabatan Undang-undang & Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham).

7 tahun tiada air di kawasan PM

Khairil Abdul Rahim, 24 Jul 2012


(Melihat tangki yang tidak menghasilkan air di Pekan)


PEKAN: "Kami hidup macam zaman sebelum merdeka, malu rasanya berada dalam parlimen dua orang Perdana Menteri (Datuk Seri Najib dan Tun Razak).

"Nak disembunyikan, kami sudah tidak mampu. Pihak berkenaan hanya berjanji dan terus berjanji... masalah ketiadaan air tetap tidak dapat diselesaikan."

Begitulah bunyinya rungutan Hasni Omar, seorang penduduk Taman Sepekan Makmur dekat sini, yang kecewa dengan Ahli Parlimen mereka yang juga Presiden Umno serta pemimpin tempatan yang gagal membela nasib mereka mengatasi masalah ketiadaan bekalan air.

Dalam aduannya kepada media, beberapa orang penduduk  di taman perumahan yang mempunyai 248 buah rumah itu telah mengalami masalah ketiadaan air sejak tujuh tahun yang lalu.
Menurut mereka, meskipun sudah berkali-kali masalah itu diajukan kepada pelbagai pihak berkaitan termasuk Perdana Menteri sendiri, namun hingga kini masih belum diselesaikan.

"Pada awalnya kami bersabar, namun selepas pinjaman perumahan mula dipotong daripada gaji kami maka terpaksalah berpindah ke sini kerana tidak mampu membayar sewa rumah lain.

"Banyak kali kami adukan masalah ini kepada Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang yang kini dah jadi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) namun tiada tindakan dibuat.

(Tangki ada tetapi air yang takda di kawasan PM ini)

“Sampai bila kami harus terus jadi mangsa keadaan. Mujurlah setakat ini belum ada lagi mana-mana penghuni yang mengadakan majlis kenduri perkahwinan dan sebagainya.

"Bayangkan jika ada, sudah pasti keadaan akan lebih merumitkan. Kami terpaksa memunggah air dari sungai berdekatan atau dari rumah saudara mara setiap hari. Teruk kami, tujuh tahun hidup begini.

“Rumah yang kami beli ini bukan rumah kos mewah cuma rumah kos sederhana dan kos rendah sahaja yang mana kebanyakan pembeli berpendapatan rendah dan sederhana.

"Kami terpaksa menanggung pembiayan bank sejak 2006 lagi dan ada pembeli yang tak sanggup tinggal di sini terpaksa menanggung rumah sewa diduduki sekarang," kata beliau lagi.

Sementara itu tinjauan mendapati segala kelengkapan untuk pengurusan bekalan air sudah disediakan.

Menara tangki, pam dan kipas juga sudah pun disiapkan sejak sekian lamanya oleh pemaju, namun air tetap tidak dibekalkan kepada penduduk hingga menyusahkan mereka.

Menurut penduduk, mereka difahamkan masalah timbul apabila pemaju taman perumahan terbabit iaitu Sepekan Sdn Bhd didakwa telah melanggar syarat dan membuat pembinaan tangki tanpa mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh PAIP.

"Tangki air taman perumahan terbabit didakwa tidak mengikut piawaian yang ditetapkan maka itu kebenaran tidak diberikan.

"Kini struktur semuanya sudah disiapkan, saluran paip pun sudah siap, tangki bawah dan pam semua sudah ada cuma kelulusan sahaja tidak diperolehi," katanya.

Ada pula yang berkata ia berpunca apabila pemaju dikatakan membeli tangki sedangkan kos berkaitan tidak dibayar sepenuhnya kepada pembekal.

Justeru, pembekal tidak mengeluarkan surat kepada pemaju sedangkan dalam masa yang sama PAIP perlukan surat tersebut untuk proses kelulusan.

Penduduk mengatakan, masalah mereka telahpun acap kali diadukan kepada Pegawai Daerah Pekan, Adun Peramu Jaya dan setiausaha politik Najib di Pekan.

Mereka berjanji untuk selesaikan, namun hingga kini tidak ada sebarang penyelesaian dilakukan.

“Apa lagi yang dapat kami lakukan jika tidak mendedahkannya kepada media? Cuba bayangkan jika masalah seperti kami ini berlaku dalam negeri Pakatan Rakyat,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment