Tuesday, July 24, 2012

MEMANG WANITA DAN LELAKI PATUT DIASING BAGI MENGELAKKAN ZINA DAN SEBAGAINYA...INI PERINTAH ALLAH...YANG MENCIPTA KITA...CUMA KITA BANYAK ULAMAK2 TAKUT PADA PEMIMPIN DAN KAKI BODEK PEMIMPIN KERANA MENGHARAP HABUAN DUNIA...HABUAN AKHIRAT ALLAH SAJA YANG TAHU...JANGAN NILAI DIRI SENDIRI...RAKYAT TAHU KEDUDUKAN SEBENAR ...TELUS ATAU TAK...ALLAH LAGI LAH TAHU...AKHIRAT PENENTU SEMUA...NERAKA MENUNGGU JIKA SABIT

Rakyat Syria hampir menang


KEMUSNAHAN yang berlaku akibat pertempuran antara tentera Syria dengan kumpulan pemberontak di al-Mezza, Damsyik kelmarin.



ISTANBUL - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mendakwa kebangkitan rakyat Syria menentang Presiden Bashar Al-Assad semakin hampir menuju kemenangan.
Beliau juga memberi amaran bahawa Turki akan bertindak balas jika terdapat sebarang tindakan permusuhan daripada Syria.
Turki sebelum ini meminta Bashar meletakkan jawatan selepas beliau gagal untuk membawa pembaharuan.
Ribuan penduduk Syria mendapatkan perlindungan di sempadan Turki ekoran pertempuran antara kumpulan pemberontak dengan tentera Bashar.
Pertempuran itu bermula sejak Mac tahun lalu yang menyebabkan lebih 19,000 orang terbunuh.
Hubungan antara Turki dengan Syria merosot pada bulan lalu apabila sebuah jet Turki ditembak jatuh oleh pasukan pertahanan udara Syria.
Syria menyatakan ia menembak jet pejuang F-4 yang terbang rendah pada kelajuan tinggi kerana tidak mengetahui ia milik Turki.
Sementara itu, para pemberontak Syria menyatakan bahawa tentera pemerintah telah memindahkan senjata kimia ke lapangan terbang dekat sempadan negara tersebut.
Kelmarin, jurucakap Kementerian Luar Syria, Jihad Makdisi menyatakan negaranya tidak akan menggunakan sebarang senjata kimia atau bukan konvensional terhadap penduduk awam.
Seorang pegawai pertahanan Israel semalam menyatakan bahawa senjata kimia itu masih berada dalam kawalan pemerintah Syria.
"Kebimbangan pastinya, rejim Bashar akan menjadi tidak stabil dan kawalan senjata itu juga menjadi tidak stabil," kata pegawai tersebut, Amos Gilad kepada Radio Israel.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama turut meminta Bashar tidak melakukan kesilapan dengan menggunakan senjata kimia.
"Mereka (rejim Bashar) akan dipertanggungjawabkan oleh masyarakat antarabangsa dan AS jika mereka melakukan kesilapan dengan menggunakan senjata tersebut," katanya.
Dalam perkembangan yang sama, seramai 14 orang terbunuh di seluruh Syria semalam.
Menurut Pemantau Hak Asasi Untuk Syria, sejumlah 116 orang mati kelmarin.
Antara yang terbunuh itu ialah empat orang awam dan seorang pemberontak di bandar Aleppo, empat penduduk awam di Damsyik, seorang pemberontak di Deir Ezzor serta empat askar Syria di Idlib. - Agensi

Bakar kapal selam kerana mahu pulang awal


GAMBAR fail menunjukkan kapal selam nuklear USS Miami.



PORTLAND, Maine - Seorang buruh di Amerika Syarikat membakar kapal selam nuklear milik tentera negara ini, USS Miami kerana dia mahu pulang awal, kata beberapa penyiasat tentera laut AS kelmarin.
Perbuatannya itu telah menyebabkan kerosakan sebanyak AS$400 juta (RM1.2 bilion) ke atas kapal selam tersebut.
Buruh itu, Casey James Fury, 24, yang berasal dari Portsmouth, New Hampshire berdepan hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah berhubung dua tuduhan menyebabkan kebakaran USS Miami.
Ketika terbakar, kapal selam itu berada di sebuah limbungan kering pada 23 Mei lalu.
Kebakaran kedua berlaku di luar kapal selam berkenaan pada 16 Jun lalu.
Menurut afidavit yang difailkan sebuah mahkamah daerah AS di Portland kelmarin, Fury yang mengambil ubat untuk mengatasi masalah kerunsingan dan kemurungan memberitahu pihak berkuasa bahawa dia mencetuskan kebakaran supaya dapat pulang lebih awal.
Menurutnya, dia mencetuskan kebakaran kedua selepas runsing memikirkan tentang seorang lelaki menjalinkan hubungan dengan bekas teman wanitanya.
Kebakaran pertama yang menyebabkan kerosakan pada bilik peluru berpandu torpedo USS Miami berlaku di Limbungan Kapal Tentera Laut Porstmouth di sini. - AP

Kafe internet khas untuk wanita



BEBERAPA wanita menggunakan komputer di kafe Sahar Gul, Kabul pada 22 Julai lalu. - AFP



KABUL - Sebuah kafe internet khas untuk wanita telah dibuka di sini baru-baru ini.
Kafe itu diberi nama Sahar Gul sempena nama seorang pengantin perempuan berusia 15 tahun yang pernah didera dan dikurung oleh suaminya.
Kafe itu dibuka oleh sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Wanita Muda Untuk Berubah.
Menurut kumpulan itu, wanita tidak menggunakan kafe internet yang dikuasai lelaki di sini.
Keadaan itu berlaku kerana wanita berdepan dengan gangguan daripada lelaki, kata kumpulan tersebut.
"Sebagai usaha menyediakan akses internet kepada wanita, kami kerap mengadakan sesi latihan untuk gadis bagi mengajar mereka tentang cara menggunakannya dan pentingnya media sosial sebagai cara meningkatkan kesedaran berhubung hak mereka," kata pengurus kafe tersebut, Tooba Ahmadyar. - AFP


SPRM berjaya buktikan keupayaan






KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu menunggu sehingga 10 tahun untuk membuktikan keberkesanan menangani rasuah di negara ini, kata Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Datuk Abdul Rahman Dahalan (gambar).
Beliau berkata, sebagai rujukan, badan pencegah rasuah yang paling terkenal di dunia seperti Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) di Hong Kong juga memerlukan sekitar 10 tahun sebelum membuktikan kejayaan dan keberkesanan operasi mereka.
"Saya rasa kita tidak perlu ambil masa sampai begitu lama untuk menjadikan SPRM sebagai sebuah agensi antirasuah yang berkesan. Rakyat hanya perlu memberi sokongan moral kepada SPRM sekarang," katanya dalam entri terbaru blognya, mpkotabelud.blogspot.com.
Abdul Rahman yang dilantik untuk penggal kedua sebagai ahli jawatankuasa berkenaan berkata, sepanjang penggal pertama, beliau mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan mengenai perjalanan SPRM dan fenomena rasuah di negara ini.
Antara cadangan lain yang masih dalam perhatian kerajaan ialah memberi kuasa pendakwaan kepada SPRM tanpa perlu melalui Peguam Negara dan cadangan meletakkan SPRM di bawah seliaan Parlimen secara langsung dan bukan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Katanya, bagi menurunkan kuasa mendakwa kepada SPRM tanpa melalui Peguam Negara memerlukan pindaan perlembagaan dan untuk diluluskan di Parlimen sekurang-kurangnya dua pertiga undi anggota Parlimen mesti menyokong usul tersebut.
"Saya sebenarnya agak risau dengan cadangan ini kerana walaupun nampak baik kerana tidak perlu kebenaran Peguam Negara, namun ia melanggar prinsip pengasingan fungsi menyiasat dan menuduh seperti dalam sistem kehakiman kita di mana polis menyiasat, Peguam Negara menuduh dan hakim mengadili," katanya.

Gagal berkelahi besar-besaran



KESEMUA 93 samseng yang diberkas kerana merancang untuk bergaduh ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang bagi membantu siasatan.



GEORGE TOWN - Perancangan dua kumpulan gengster Geng 04 dan Geng 24 untuk bergaduh secara besar-besaran ekoran dendam kesumat yang terbuku di hati masing-masing gagal apabila seramai 93 ahli termasuk ketuanya diberkas di pusat hiburan sebuah hotel di Persiaran Gurney di sini kelmarin.
Gengster-gengster itu diberkas pukul 12.30 tengah malam selepas polis menyerbu sebuah bilik karaoke di tingkat dua hotel berkenaan yang dijadikan tempat ketua kedua-dua kumpulan tersebut bermesyuarat bagi merancang perkelahian itu.
Daripada jumlah itu, seramai 23 merupakan ahli Geng 04 dan 70 anggota Geng 24. Mereka diberkas oleh pasukan polis yang diketuai Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat, Ibu Pejabat Kontijen Polis Pulau Pinang, Deputi Superintenden Zailanni Amit.
Mereka berusia 16 hingga 42 tahun dengan 20 orang positif dadah.
Geng 04 banyak terlibat dalam jenayah peras ugut pemaju perumahan di kawasan Timur Laut dan Barat Daya dengan meminta wang perlindungan. Kumpulan tersebut akan membuat kacau sehingga kehendak mereka dituruti.
Samseng Geng 24 pula akan menggunakan kekerasan untuk memaksa atau mempengaruhi para peniaga di kawasan Timur Laut supaya berurusan dengan mereka.
Mereka juga kerap membuat kacau di pusat hiburan dengan datang beramai-ramai tanpa memesan minuman.

1,600 orang berbuka puasa di Masjid Putra setiap hari



SEBAHAGIAN daripada orang ramai yang berbuka puasa di Masjid Putra di Putrajaya semalam.



PUTRAJAYA – Jika anda mahu menikmati suasana berbuka puasa yang lebih afdal, mungkin Masjid Putra di Presint 1 di sini menjadi tempat yang sesuai untuk anda mencubanya.
Masjid tersebut sudah 14 tahun berturut-turut menganjurkan program berbuka puasa secara percuma untuk pengunjungnya sejak tahun 1999.
Kebanyakan mereka yang berbuka puasa di masjid tersebut bukan sahaja terdiri daripada warga Putrajaya malah pelajar dan pelancong asing.
Imam Besar, Abd. Manaf Mat berkata, lazimnya kira-kira 4,000 jemaah memenuhi masjid untuk solat Maghrib, Isyak dan tarawih.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, kira-kira 1,600 jemaah akan berbuka puasa di masjid berkenaan berbanding sekitar 1,300 orang pada tahun sebelumnya.
“Kami menyediakan kurma, kuih-muih dan air untuk berbuka puasa sebelum menunaikan solat Maghrib.
“Selepas itu, barulah kesemua jemaah berbuka dengan nasi dan lauk-pauk,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Palsukan kad kredit beli diesel



ABDUL GAFFAR menunjukkan sebahagian kad kredit palsu yang dirampas daripada empat lelaki pada sidang akhbar di Ipoh semalam.



IPOH - Kelicikan empat lelaki yang membuat dan menggunakan kad kredit palsu untuk membeli diesel bersubsidi sebelum diseludup ke negara jiran sejak tiga bulan lalu terbongkar apabila kesemuanya ditahan di sebuah stesen minyak di Jalan Taiping di sini Ahad lalu.
Suspek-suspek berusia antara 25 hingga 42 tahun itu diberkas pada pukul 3.30 pagi ketika sedang mengisi bahan bakar itu ke dalam sebuah lori satu tan yang telah diubah suai.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Abdul Gaffar Mohamad berkata, pihaknya bergegas ke stesen minyak itu selepas dihubungi pemiliknya yang curiga dengan transaksi dilakukan oleh dua daripada empat suspek tersebut.
Katanya, pemilik stesen minyak itu sebelum ini telah dua kali tertipu dengan sindiket yang sama.
"Ketika suspek sedang mengisi minyak, dua lagi rakan mereka datang untuk membantu dengan menaiki sebuah kereta jenis Mercedes Benz. Ketika itulah kesemuanya diberkas oleh anggota peronda," kata Abdul Gaffar pada sidang akhbar di sini semalam.
Tambahnya, pemeriksaan di dalam kereta Mercedes itu menemui 193 keping kad yang telah dipalsukan termasuk kad kredit, kad kesetiaan dan kad keahlian untuk tujuan menipu.
Menurut Abdul Gaffar, hasil soal siasat, polis kemudian dibawa ke sebuah premis di Seberang Perai, Pulau Pinang. Di sana polis merampas sebuah komputer riba, telefon bimbit, mesin pengimbas dan kad sim. Premis itu disyaki dijadikan tempat untuk memalsukan pelbagai kad itu.
"Modus operandi mereka ialah mengutip resit pembayaran petrol dan diesel menerusi kad kredit yang dibuang pelanggan bagi mengesan nombor pada kad kredit.
"Selepas itu, salah seorang suspek yang mempunyai kepakaran memalsukan maklumat pada kad tersebut akan mereka kad yang serupa selain memanipulasi jalur magnetiknya untuk dipadankan dengan kad kredit mangsa ketika diimbas pada mesin," katanya.

Azab 3 jam tersepit dalam bas



HAMDAN menahan kesakitan sementara menunggu kaki kirinya yang tersepit dalam bas diselamatkan anggota bomba selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 188.8 Lebuh Raya Utara-Selatan bertentangan Hentian Sebelah Kampung Bemban, Jasin kelmarin.



JASIN - Seorang pemandu bas ekspres terpaksa menanggung azab hampir tiga jam sebelum dapat diselamatkan apabila kaki kirinya tersepit selepas merempuh belakang sebuah treler membawa muatan kelapa sawit kelmarin.
Kejadian pukul 4.50 petang di Kilometer 188.8 Lebuh Raya Utara-Selatan bertentangan Hentian Sebelah Kampung Bemban arah utara di sini mengakibatkan Hamdan Mohd. Arif, 52, hanya mampu meraung kesakitan sebelum dia dapat dikeluarkan oleh sepasukan anggota bomba.
Difahamkan, ketika itu Hamdan sedang membawa 17 penumpang dan lima daripadanya cedera ringan ekoran kejadian tersebut. Mangsa-mangsa yang cedera dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Melaka manakala bakinya meneruskan perjalanan menggunakan bas gantian.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mohd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, kejadian berlaku apabila bas ekspres KKKL yang dalam perjalanan dari Kluang, Johor ke Kuala Lumpur itu tiba-tiba merempuh belakang treler berkenaan.

Farid Ismeth: ‘Saya tak pernah jumpa Rosmah’

Posted on the July 24th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share
Farid Ismeth yang ditemu bual wartawan RTM mendakwa beliau sudah muak dengan dakwaan kaitan dengan Rosmah Mansor. – Foto ihsan blog Zam Zarina Zambri
SHAH ALAM – Pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) dikenali ramai, Farid Ismeth Emir menegaskan, beliau tidak pernah bersua muka dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor walaupun banyak pihak mengaitkan dengannya.
“Saya tidak pernah berjumpa dengan beliau (Rosmah) secara peribadi, tak pernah. Dari akhbar, kita tahulah kan, kita mestilah menghormati seorang perdana menteri kan? Itu saja. Tidak pernah, demi ALLAH tidak pernah,” kata beliau.



Ketika ditanya bagaimana beliau dikaitkan dengan Rosmah, Farid Ismeth berkata, “itu yang menjadi tanda tanya. Dari mana sumber kan?”
“Anak lelaki saya, anak perempuan saya (pun) tanya, ayah macam mana cerita Rosmah muncul. Pernah juga mereka tanya betulkah bapa pernah kahwin dengan Datin Seri. Saya kata saya tidak pernah.
“Sebenarnya tidak ada apa-apa, mereka sudah besar sekarang, sudah tentu mereka faham,” kata Farid Ismeth sambil menambah, beliau sebenarnya tidak boleh muncul di “luar untuk membuat penafian.”
“Perkara ini sudah lama dah, sudah 11 tahun, saya pun sudah muak. Balik balik itu, balik balik itu (cerita) yeah,” kata beliau dalam temu bual dengan pengacara RTM, Zam Zarina Zamri.
Sehubungan itu, kata Farid Ismeth, beliau memang melalui kehidupan yang sukar apabila dikaitkan dengan Rosmah.
Kata beliau, spekulasi mengaitkan dirinya dengan Rosmah membuatkan dirinya malu, tertekan dan memendam rasa terutamanya apabila berhadapan dengan orang ramai.
Beliau juga berkata, gosip seumpama itu boleh dikaitkan dengan mana-mana pihak, antaranya golongan artis tetapi tidak harus dilontarkan ke atas perdana menteri.
“Sama ada kita suka atau tidak, kita kena menghormati perdana menteri. Sebab beliau adalah perdana menteri kita. Kalau benda betul, okey tetapi kalau benda tak betul, ia sangat tidak baik,” katanya lagi.
Sambil mengakui tertekan dengan dakwaan ini, beliau berkata: “Saya tertekan sejak isu ini dikaitkan dengan diri saya, tapi saya terpaksa berdiam dan simpan semuanya.”
“Bila saya menghadiri kenduri, ada saja orang yang akan berbisik-bisik melihat saya. Saya tahu perkara apa yang sedang mereka bisikkan,” kata Farid Ismeth, yang turut menjelaskan bahawa beliau kadangkala takut untuk keluar kerana isu tersebut.
Bagaimanapun jelas Farid Ismeth, beliau bersyukur kerana memiliki isteri yang memahami dan tidak mudah melatah apabila berita itu tersebar.
“Isteri sangat memahami siapa saya,” katanya sambil menambah, “saya katakan, saya hormati beliau dan saya sokong beliau kerana beliau seorang yang ada intergriti.”
Sinar

1,200 CCTV jadi perintis

JOHOR BAHRU - Polis Johor mengenal pasti sebanyak 1,200 televisyen litar tertutup (CCTV) milik beberapa syarikat swasta di negeri itu yang akan disaran sebagai perintis Projek CCTV Bersepadu.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, projek yang diperkenalkan oleh Kementerian Dalam Negeri di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) itu merupakan yang pertama di Malaysia bertujuan untuk meningkatkan sistem kawalan keselamatan secara global.
"Kita telah tawarkan agar pemilik CCTV ini bekerjasama dengan pihak polis dengan menghubungkan CCTV di premis mereka terus ke pusat kawalan Ibu Pejabat Pejabat Polis Kontinjen Johor dan pemantauan boleh dilakukan secara bersama.
"Bagaimanapun, kos pemasangan kabel untuk mengaktifkan sistem ini perlu ditanggung oleh pemilik premis," katanya selepas majlis perjumpaan dan taklimat keselamatan bersama 50 pengurus pasar raya seluruh Johor di sini semalam.
Jelas beliau, pemilik premis yang enggan menghubungkan CCTV mereka dengan polis juga masih boleh turut serta dengan projek tersebut dengan syarat mereka harus memasang pelekat khas serta menyimpan setiap imej yang dirakam dan menyerahkannya kepada pihak polis sekiranya berlaku kejadian jenayah di kawasan mereka.
Katanya, memorandum persefahaman akan ditandatangani antara pihak polis dan pemilik premis pada 25 Ogos ini.
Pada perjumpaan tersebut juga, Mohd. Mokhtar menggesa pengusaha pusat beli-belah meningkatkan kualiti keselamatan di premis masing-masing dengan menggaji pengawal keselamatan yang mencukupi.

Warga emas terlantar 13 tahun



ZAHARAH bersama suaminya yang terlantar akibat parkinson di rumah mereka di Kampung Lubok Bonggor, Jeli semalam.



JELI - Seorang warga emas di Kampung Lubok Bonggor di sini hanya mampu terlantar di rumahnya sejak 13 tahun lalu kerana penyakit parkinson yang dideritainya.
Keadaan yang menimpa Che Hussin Kila, 80, membuatkan isterinya, Zaharah Ishak, 60, dihimpit kesusahan apabila perlu sentiasa berada di sisi suaminya yang tidak mampu bergerak sendiri.
Zaharah berkata, sebelum ini suaminya bekerja menoreh getah selain melakukan kerja-kerja kampung sebelum terpaksa meninggalkan semua pekerjaan itu apabila menghidap parkinson pada tahun 1999.
"Setelah suami saya diserang penyakit ini, dia tidak dapat membuat sebarang kerja dan tidak dapat bergerak ke mana-mana, hanya berada di rumah setiap hari.
"Jadi, sejak 13 tahun lalu saya hanya menjaga dia dan tidak dapat membuat sebarang kerja disebabkan dia tidak boleh berseorangan kerana tidak mampu bergerak lagi," katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di rumahnya semalam.
Kata Zaharah, mereka mempunyai lapan orang anak namun masing-masing sudah mempunyai keluarga sendiri dan pendapatan mereka juga tidak seberapa untuk membantunya.
"Anak-anak sudah ada keluarga sendiri dan tinggal berjauhan. Ada di Johor dan Perak. Mereka juga tidak dapat menanggung ayah mereka yang sedang sakit sebab gaji mereka pun hanya cukup untuk menyara keluarga masing-masing.

38 minutes ago


Bismillahir rohma nir rohim


SANTAPAN ROHANI - PAGI RABU 25 JULAI 2012
SABAR DALAM MENGHADAPI UJIAN DAN DUGAAN HIDUP


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya orang mukmin akan menerima TEKANAN HIDUP, kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan, melainkan Allah akan MENGANGKAT DARJATNYA satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.” (HR al-Hakim)...

Pengajaran Hadith:

1] Tribulasi atau UJIAN adalah seiringan dengan kehidupan... Oleh itu ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah...

2] ALLAH JADIKAN UIJIAN DAN DUGAAN, untuk mengukur sama ada keimanan seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajaranNya adalah benar, dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan, ATAU, hanya terhenti setakat KATA-KATA DI MULUT sahaja...

3] Umat Islam akan diuji dengan LIMA perkara iaitu:
a - SAUDARA SEAGAMA yang sentiasa dengki terhadapnya,
b - ORANG MUNAFIK yang sentiasa membencinya,
c - ORANG KAFIR yang sentiasa memeranginya,
d - SYAITAN yang sentiasa berusaha menyesatkannya, dan
e - Bisikan HAWA NAFSU yang sentiasa menggoncang keimanannya...
Semuanya ini menuntut KESABARAN dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT...

4] Lawan bagi sabar adalah MENGELUH DAN MERUNGUT, dan ia merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh dan merungut akan membuatkan semangat menjadi lemah, dan terbitnya perasaan kecewa dan putus asa, sedangkan Allah SWT berfirman dengan maksudnya: ”Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran, akan disertai kemudahan.”.. (Surah al-Insyirah:6)...

5] Tanpa masalah atau ujian TIDAK AKAN WUJUD KEMATANGAN, kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah GURU TERBAIK dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan....

No comments:

Post a Comment