Ayah rentung dalam van
Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my
maryvictoria@hmetro.com.my
PILU...Nor Aini Syahirah (kiri) dan adiknya, Nor Aina Syafiqah (tengah) ditenteramkan ahli keluarga. Gambar kecil, Daud.
Dalam kemalangan jam 9.15 pagi itu, anggota polis berpangkat koperal, Daud Talib, 46, rentung selepas tersepit di tempat duduk pemandu dan gagal diselamatkan.
Turut terkorban dalam kemalangan jam 9.15 pagi itu ialah Adibah Hashim, 48, pemandu kereta Proton Iswara yang bertembung van dipandu Daud.
Isteri Daud, Salina Kadis, 44, parah manakala empat anak dan tiga anak saudara berusia lima hingga 17 tahun yang berada dalam van sama cedera ringan.Kejadian berlaku apabila Adibah hilang kawalan sebelum kereta dipandunya termasuk ke laluan bertentangan dan bertembung van dinaiki Daud sekeluarga.
130,000 tetamu rai pengantin
Oleh Muhammad Hatim Ab Manan
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
SEPADAN...Mohd Ridhwan dan Nur Azieha berarak masuk ke Dewan Tun Ali, semalam.
HADIR...Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa turut memeriahkan majlis.
Perkara itu disahkan wakil Malaysia Book of Records (MBR) yang turut berada di majlis berkenaan dan sijil disampaikan wakil MBR, Zulhairi Md Zin kepada Mohd Ali pada jam 5.30 petang.
Persandingan Mohd Ridhwan, 26, dan Nur Azieha Mohd Ali, 26, berlangsung dengan penuh meriah.
Keberangkatan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut menyerikan lagi majlis persandingan pasangan pengantin baru itu.
Antara tetamu kehormat yang hadir adalah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob dan isteri, Toh Puan Zurina Kassim: Tengku Syarif Temenggung Perlis, Datuk Seri Diraja Syed Amir Abidin Tuanku Syed Putra Jamalullail dan isteri, Che Puan Temenggung Perlis, Datin Seri Diraja Farinawati Mohamat Din dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Othman Muhamad dan Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Mohammad Azlan Abdullah.
Majlis dihiburkan dengan dendangan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.
Ali Rustam pecah rekod tetapi duit siapa..
Harakahdaily, | 30 Sep 2012 |
MELAKA: Majlis perkahwinan anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam memecahkan rekod apabila 130,000 tetamu menyertai majlis yang berlangsung lapan jam itu.
Majlis yang berlangsung di Dewan Tun Ali Bukit Katil, Ayer Keroh itu adalah untuk perkahwinan anak lelakinya, Mohd Ridhwan, 26, dengan isterinya, Nur Azieha Mohd Ali, juga 26.
Antara tetamu yang hadir adalah Sulatn Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop dan bekas Ketua Menteri Abu Zahar Ithinin yang juga bapa pengantin perempuan.
Ekoran jumlah tetamu itu, Ali menerima sijil Malaysian Book Of Rekod (MBR) dari wakilnya, Zulhairi Md Zin.
Anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming memalui Twitternya berkata, jika satu orang dibelanjakan RM30, kosnya sebanyak RM4 juta.
"Itu duit siapa?" soal beliau.
Namun Lim Kit Siang meramalkan kosnya lebih tinggi. Beliau menganggarkan kos setiap orang adalah RM100. Jika begitu, beliau menjangkakan kos untuk makan sahaja adalah RM13 juta?.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim pula dalam kenyataannya berkata, Umno tentu bangga kerana mempunyai pemimpin Melayu yang boleh mengumpulkan 130,000 orang untuk makan percuma.
Sebelum ini, Ali pernah menerima hukuman dari Umno sendiri setelah terbukti memberikan rasuah.
Muka kebiruan, nafas tercungap
Oleh Zaitie Satibi dan Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my
idayu@hmetro.com.my
MAUT...jenazah Mohamad Samsul disembahyangkan di bilik mayat HS.
TINGGAL KENANGAN...Mohamad Samsul tidak sedarkan diri sebelum sempat menamatkan perlumbaan.
Mohd Faris berkata, dia kemudian diberitahu rakan peserta lain yang Mohamad Samsul meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk menerima rawatan ke Hospital Serdang (HS) jam 12 tengah hari.
Mohamad Samsul dari Kelab Basikal Pasoh Satu antara 1,700 peserta yang menyertai perlumbaan sejauh 40 kilometer itu yang dianjurkan Desa Tasek Mountain Bike Club yang bermula kira-kira jam 8 pagi.
Rakan sepasukannya, Azmi Abd Aziz, 43, yang dihubungi Harian Metro berkata, mangsa yang juga jirannya di Kampung Pasoh Satu, Jelebu, dekat Negeri Sembilan, berada dalam keadaan sihat sebelum perlumbaan dan sungguh bersemangat.
“Namun selepas sejam berlumba iaitu di kilometer (km) ke-18 dia mengadu pening kepala dan sakit dada lalu berhenti untuk berehat. Seorang rakan mengurut dada Mohamad Samsul sebelum kami semua meneruskan semula kayuhan.
Duit sendiri bina kedai
Oleh Ardyhansah Amat
ardyhansah@hmetro.com.my
ardyhansah@hmetro.com.my
PERLU BANTUAN...lapan daripada sembilan peniaga terbabit di hadapan tapak bangunan baru yang dalam pembinaan.
Pada awalnya pelbagai pihak muncul menjanjikan bantuan, terutama dalam bentuk wang ringgit bagi membolehkan bangunan baru dibina di tapak sama memandangkan peniaga tinggal sehelai sepinggang apabila semua barangan perniagaan hangus.
Malangnya, menurut peniaga, Kamal Abdullah, 38, selepas lebih setahun, bantuan yang dijanjikan hanya tinggal janji menyebabkan peniaga tersepit kerana kehilangan mata pencarian.
“Tahun lalu, ramai pihak mengunjungi kami menyatakan simpati serta ingin menghulurkan bantuan. Berita itu menggembirakan kerana kami tidak mampu akibat kerugian yang ditanggung terutama untuk membina bangunan baru.
“Bagaimanapun, sehingga kini tiada bantuan kewangan diterima kecuali RM2,000 yang diberikan kepada setiap peniaga ketika awal kejadian,” katanya.
Menurutnya, bantuan itu tidak mencukupi untuk mereka membina bangunan baru yang dianggarkan bernilai RM1.5 juta. Setakat ini, peniaga menggunakan duit sendiri untuk membina bangunan dua tingkat tanpa mendapat bantuan pihak luar.
“Ada sebahagian peniaga terpaksa menyewa ruang kecil di kedai berhampiran dengan bayaran RM500 sebulan bagi meneruskan perniagaan manakala sebahagian lagi hilang punca pendapatan,” katanya.
“Sudah lebih 50 tahun saya berniaga di sini. Sejak kebakaran itu berlaku, semua barang dan peralatan menjahit saya terbakar.
“Disebabkan tiada tempat baru untuk berniaga, saya terpaksa menjahit dari rumah. Masalahnya, pelanggan sukar mencari rumah saya menyebabkan pendapatan berkurangan dari sehari ke sehari,” katanya.
Difahamkan disebabkan usia bangunan lama mencecah 80 tahun, peniaga gagal mendapatkan perlindungan insurans menyebabkan mereka tidak dapat membuat tuntutan ganti rugi akibat kebakaran berkenaan.
Ditambah dengan umur lanjut peniaga, pihak institusi kewangan enggan meluluskan pinjaman kewangan bagi membolehkan mereka membina semula bangunan baru.
Bagi Sapura Syed Othman, 62, kehidupan peniaga terus tersepit kerana itu satu-satunya punca pendapatan mereka yang diwarisi sejak turun-temurun.
Pasangan pengantin pilu naik pelamin
Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari itu, kereta Proton Wira dinaiki mangsa, Isnah Othman, 52, dari Taman Intan, Kluang dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuan di Kampung Berong Laut, Rengit sebelum bertembung sebuah Proton Waja dari arah bertentangan.
Kemalangan itu menyebabkan suami Isnah, Jumat Talib, 52, yang juga pemandu Proton Wira berkenaan patah tulang rusuk kiri dan kini dalam keadaan kritikal.
Tiga lagi penumpang Proton Wira terbabit turut parah dan dua daripadanya kini dirawat di Hospital Batu Pahat (HBP) manakala seorang lagi di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.
Sementara itu, pemandu dan penumpang Proton Waja, Osman Binti, 64, dan Solehah Othman, 68, juga meninggal dunia di tempat kejadian.
Anak tiri Isnah, Mohd Ridwan, 25, berkata, bapa menghubunginya setengah jam sebelum kemalangan dan memaklumkan rombongan berkenaan sudah berada di Ayer Hitam.
“Saya memintanya menelefon semula sekiranya sudah dekat dengan rumah pengantin sementara saya menunggu ketibaan mak andam.
“Bagaimanapun, saya terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada seorang rakan beberapa minit selepas itu yang memaklumkan kereta dipandu bapa terbabit kemalangan,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik HBP.
Sembur lada curi RM448,000
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa berusia 19 tahun yang tinggal berseorangan terkejut apabila tiga lelaki bersenjatakan parang dan penyembur lada masuk ke dalam kediamannya.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata selepas menyembur serbuk lada ke mata mangsa ketiga-tiga suspek menggeledah rumah.
“Mereka kemudian mengambil wang tunai RM6,000, barangan kemas, pelbagai jam tangan berjenama dan sebuah komputer. Turut dilarikan sebuah kereta Mercedes Benz milik keluarga mangsa menjadikan nilai keseluruhan hasil samun dianggarkan RM448,000,” katanya.
Wan Abdul Bari berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 dan usaha mengesan suspek kini giat dijalankan.
Berbalas tembak
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
mhafis@hmetro.com.my
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, polis yang menerima maklumat orang awam mengesan kereta Proton Waja berwarna perak dipandu suspek di hadapan pusat beli-belah MidValley, di sini, dalam keadaan mencurigakan dan cuba ditahan polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek bagaimanapun melarikan diri menghala ke Taman Desa Water Park dan dikejar polis sebelum kenderaan itu terbabas ketika tiba di kawasan tempat letak kereta di taman itu.
Menurutnya, suspek kemudian melepaskan beberapa das tembakan ketika cuba ditahan menyebabkan polis turut melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri sebelum menembaknya sehingga mati.
“Hasil pemeriksaan, kereta Proton Waja berwarna perak yang dipandu suspek adalah kenderaan curi dan dilaporkan hilang di Kelana Jaya pada 12 Ogos lalu dengan kenderaan didaftarkan di Negeri Sembilan.
Mati terbabas kejar konvoi 70 motosikal
Dalam kejadian jam 10.20 pagi itu, mangsa, Muhammad Azlan Mohamad, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Razak, Cheras, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa bersama 70 peserta konvoi dipercayai dari arah ibu kota menuju ke Melaka, menaiki motosikal jenis Kawasaki Ninja 150 RR.
Abang mangsa, Muhammad Faizal, 29, berkata, dia dimaklumkan jiran mengenai adik bongsunya itu terbabit dalam kemalangan, jam 12 tengah hari. “Saya terkejut apabila dimaklumkan adik meninggal dunia, malah tidak mengetahui arwah menyertai konvoi bersama rakan lain “Malah, saya dimaklumkan ketika kejadian, arwah ketinggalan di belakang dan ingin mengejar kumpulan konvoi itu sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan,” katanya ketika ditemui di Bahagian Forensik, Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini, semalam. Jurucakap polis berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal ketika berada di lorong paling kanan lebuh raya sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan.
“Akibat rempuhan itu, mangsa dipercayai terpelanting di tengah lebuh raya dan maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan serius di kepala.
“Sama ada kepala mangsa digilis kenderaan lain atau tidak, ia masih dalam siasatan polis,” katanya. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Tonton kawan kena perkosa
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
mfirdaus@hmetro.com.my
Dalam kejadian jam 7 pagi, 24 September lalu, mangsa yang berjalan ke ke sekolahnya di Kundang dikatakan dipujuk rakan sebaya dengannya ponteng sekolah pada hari berkenaan.
Menurut sumber, mangsa dibawa ke kedai mencuci kereta sebelum dirogol dan dikurung di kawasan berkenaan hampir dua hari.
“Mangsa meloloskan diri dan tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Pelong, di sini, jam 8 pagi (kelmarin),” kata sumber itu kepada Harian Metro semalam.
Menurutnya, di dalam aduannya mangsa mendakwa dia dibawa ke sebuah kedai mencuci kereta dengan motosikal dinaiki dua lelaki tidak dikenalinya berusia awal 20-an.
‘Jaga tepi kain orang’
Menurutnya, gejala sosial yang wujud sekarang bukan seperti pada tahun-tahun sebelum ini, kerana ia berlaku sepanjang masa, tidak secara bermusim.
Berikutan itu, kata beliau, masyarakat perlu bertindak seiring dengan tanggungjawab kepada keluarga memastikan perlakuan anak sendiri, anak jiran dan rakan dipantau bersama serta diketahui tidak kira sama ada mereka masih bersekolah atau tidak.
“Kami risau segala perlakuan negatif termasuk perkhidmatan seks yang biasanya ditawarkan warga asing kelak, menjadi kerjaya kepada belia Islam memperoleh kesenangan dunia dengan cepat.
“Sehubungan itu, tanggungjawab kita bukan hanya mendidik anak sendiri sebaliknya mengambil tahu perihal jiran tetangga. Jangan kita sangka gejala sosial yang negatif itu akan hanya terjadi kepada anak orang lain,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Beliau berkata demikian mengulas laporan muka depan Metro Ahad semalam, mengenai pakej ‘kekasih kontrak’ yang ditawarkan sindiket tertentu bagi mendapatkan keuntungan segera serta mengelak kerugian jika diserbu pihak berkuasa.
Petir masuk rumah
Oleh Rosli Ilham
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Menurutnya, ketika kejadian dia duduk di atas sebuah sofa bermain dengan anak saudaranya yang berusia dua tahun di ruang tamu rumah jam 3.30 petang.
“Hujan lebat disusuli dua panahan petir sebelum itu tidaklah kuat. Tiba-tiba satu lagi panahan petir yang kuat sehingga cahayanya masuk ke rumah menyebabkan saya dan anak saudara tercampak dari kerusi sofa,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Beliau berkata, dia segera memeluk anak saudaranya yang menangis begitu kuat sebelum terpandang dinding rumah jirannya mula dibakar api.
“Saya yang cemas dan hanya mampu menjerit memberitahu jiran melalui tingkap rumah kerana bimbang turun dari rumah berikutan hujan lebat dan bimbang dipanah petir,” katanya.
Janji manis racun berbisa
“Dia mesti kutuk (kerajaan), mereka mesti tentang (kerajaan). Selepas itu, mereka hasut dan kemudian mereka menabur janji. Seperti yang saya katakan, mereka menjanjikan bulan, bintang dan waima cakerawala,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-41 Gerakan di sini, semalam.
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, rakyat perlu berfikir janji manis ditabur pakatan pembangkang yang akhirnya terserlah sebagai racun berbisa buat mereka.
“Adakah ia benar-benar baik untuk rakyat atau membawa musibah kepada negara. Inilah rakyat mesti fikir, sebab nak jadi pembangkang senjatanya ada tiga - kutuk, hasut, janji,” tegas Perdana Menteri. Najib berkata, untuk menjadi pembangkang yang berwibawa dalam sistem Parlimen, mereka perlu memenuhi beberapa syarat asas, satu daripadanya ialah menggunakan satu simbol saja.
“Pendek kata, anda perlu berdaftar sebagai sebuah parti. Tetapi, Pakatan Rakyat bukan berdaftar sebagai sebuah parti atau mereka mempunyai satu simbol bersama,” katanya.
Perdana Menteri berkata, BN menggunakan satu simbol saja, dengan semua calonnya bertanding di bawah simbol atau lambang BN pada pilihan raya.
“Simbol tak sama, kita tak pasti sama ada mereka bentang manifesto sama,” katanya dan menurutnya malah pergaduhan berhubung hukum hudud di kalangan pakatan pembangkang juga berlaku secara terbuka.
Najib berkata, negara tidak seharusnya diperintah pakatan pembangkang yang berterusan menabur janji yang tidak mampu ditunaikan.
Beliau berkata, 75 peratus janji dibuat kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih tidak ditunaikan manakala BN terpaksa campur tangan untuk menyelesaikan isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang pimpinan DAP.
Perdana Menteri juga berkata, pemimpin perlu adil dan saksama, sikap yang tidak terdapat pada diri ketua pembangkang yang cuba menghalang seorang pegawai kanan pelajaran yang kompeten di Pulau Pinang daripada dinaikkan pangkat satu ketika dulu.
“Bila saya semak perkara itu, saya sanggup mengambil risiko. Dia (ketika itu) Timbalan Perdana Menteri, saya pula Menteri Pendidikan...saya kata ‘tidak’, pegawai itu mesti diberikan jawatan Pengarah Pelajaran. Dan saya bersedia menghadapi akibatnya demi menegakkan prinsip. Seorang pemimpin perlu bersikap adil dan saksama,” katanya.
Beralih kepada Belanjawan 2013 yang dibentangkan beliau pada Jumaat, Najib berkata mantera falsafah kerajaan dalam penyediaannya adalah mendahulukan rakyat dan segala langkah dibuat adalah untuk rakyat. - Bernama
‘Beri kami peluang sekali lagi’
Beliau berkata, Gerakan bertekad melakukan lebih banyak dan lebih baik lagi untuk mengubah nasib rakyat di negeri itu. Koh turut menyifatkan negeri yang menjadi kubu Gerakan selama 40 tahun itu sebelum kecundang pada pilihan raya 2008, sebagai jantung hati Gerakan sambil menyatakan hati dan minda Gerakan sentiasa bersama negeri dan rakyat Pulau Pinang. “Kita meminta peluang supaya dapat terus berkhidmat. Kami bertekad melakukan lebih banyak di Pulau Pinang. Sekiranya kita benar-benar bersatu hati, rakyat tentu memberi peluang kepada kita," katanya pada Persidangan Perwakilan Nasional ke-41 Gerakan yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di sini, semalam.
Warga Myanmar mati diketuk lesung batu
Saksi yang enggan dikenali berkata, dia kemudian memanggil beberapa ahli keluarganya sebelum seorang daripada mereka bergegas ke balai polis berhampiran membuat laporan.
Katanya lagi, dia tidak menyangka berlaku pembunuhan di rumah berkenaan kerana tidak mendengar sebarang bunyi bising seperti pergaduhan sebelum kejadian, tetapi mengetahui rumah berkenaan dihuni tiga warga Myanmar masing-masing seorang wanita dan dua lelaki termasuk mangsa.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 30-an maut akibat cedera di kepala dipercayai diketuk dengan lesung batu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Jani Ahmad berkata, polis menemui lesung batu di dapur rumah berkenaan dengan kesan darah dan dipercayai digunakan suspek untuk memukul kepala mangsa.
Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa tinggal bersama dua lagi rakan namun kedua-duanya sudah melarikan diri sebaik pembunuhan berlaku.
Bahaya Sindrom X
Oleh Dr Norman Mohd Norawi
Anda menyalahkan diri anda kerana ‘dah tua’, stres, makan banyak, terlalu sibuk bekerja hingga tidak bersenam. Senaman adalah salah satu puncanya, tetapi ada satu lagi perkara yang kita tidak sedari. Pemakanan seharian kita yang terlalu tinggi dengan karbohidrat menyebabkan sindrom metabolik atau juga dikenali sebagai Sindrom X. Ia berlaku apabila kita mengambil makanan terlalu banyak karbohidrat yang tidak berkadaran dengan jumlah penggunaan tenaga atau kalori keperluan seharian kita.
Kita selalunya peka dengan pengambilan lemak atau minyak berlebihan dalam makanan setiap hari, tetapi setiap hari kita makan makanan yang tinggi karbohidrat tanpa rasa bersalah.
Akibatnya kita mengalami masalah Sindrom X tanpa kita sedari kerana kita tidak memahami bahawa karbohidrat dikelaskan mengikut kadar ‘kepantasan’ ia ditukarkan kepada glukosa dalam darah sewaktu proses penghadaman. Kadar kepantasan pertukaran ini diberi istilah oleh saintis sebagai ‘Indeks Glisemik’ atau GI. Apa itu Indeks Glisemik? Pada tahun 1981 satu laporan ditulis dalam Jurnal Perubatan Nutrisi Klinikal Amerika (American Journal of Clinical Nutrition) mengenai konsep Indeks Glisemik ini sebagai panduan untuk seseorang mengekalkan kestabilan gula dalam darah.
Laporan itu mengklasifikasikan karbohidrat berdasarkan bagaimana tubuh manusia bertindak balas kepadanya. Kadar penyerapan karbohidrat dan kepantasannya menjadi glukosa dalam darah dikira sebagai satu indeks atau petunjuk yang dipanggil Indeks Glisemik (GI). Ia diberi satu sistem pernomboran dalam skala 0 hingga 100 mengikut paras sesuatu makanan itu menaikkan paras gula dalam darah selepas ia di makan. Makanan yang cepat dihadamkan dan ditukar menjadi glukosa dalam darah dipanggil GI Tinggi dengan nilai GI lebih daripada 70. Makanan yang lebih lambat menjadi glukosa pula dipanggil GI Rendah dengan nilai GI kurang daripada 55.
Nilai GI di antara 56 dan 69 pula dipanggil GI Sederhana atau Medium. Makanan yang tinggi nilai GI menyebabkan kenaikan paras glukosa dalam darah dengan cepat. Sebaliknya, makanan rendah nilai GI menaikkan paras glukosa dalam darah secara beransur-ansur.
Makanan berkarbohidrat yang tidak sihat adalah mempunyai nilai GI yang tinggi seperti, gula pasir (sukrosa) mempunyai GI 75 berbanding karbohidrat daripada buah-buahan (fruktosa) mempunyai GI 19 saja. Oleh itu makan buah-buahan adalah lebih sihat dan akan membantu menurunkan berat badan berbanding mengambil makanan atau minuman manis.
Pengambilan gula di kalangan masyarakat Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia kerana itulah jumlah pesakit yang menghidap masalah kencing manis semakin meningkat setiap tahun dan situasi ini amat membimbangkan kerajaan.
Makanan seperti kentang mempunyai GI 85 dan roti sandwic putih mempunyai GI 75 dan untuk nasi mempunyai GI 64. Makanan berasaskan tepung gandum yang diproses secara umumnya mempunyai GI yang tinggi. Ironinya ramai di kalangan kita yang memilih untuk makan lebih banyak roti dan meninggalkan makan nasi untuk menguruskan badan.
Hakikatnya, makan nasi boleh menurunkan berat badan jika dimakan dengan kuantiti yang sesuai dan juga dengan pengambilan sayur-sayuran dan ulam-ulaman ketika makan nasi.
Dengan cara ini boleh menurunkan lagi GI hidangan itu sehingga di bawah 55. Makan makanan dengan dua nilai GI yang berbeza (iaitu satu tinggi dan satu rendah) akan menurunkan nilai GI hidangan tersebut secara purata.
GI sederhana dan rendah bantu turun berat badan Dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika (Jama) pada edisi Mei 2002 melaporkan lebih daripada 311 kajian berkenaan GI dijalankan dan teori bahawa karbohidrat yang mempunyai nilai GI tinggi adalah salah satu punca kepada masalah kegemukan dan kencing manis dibuktikan secara saintifik.
Makan makanan berkarbohidrat dengan GI tinggi seperti ‘gula pasir’ akan menyebabkan kenaikan paras glukosa dalam darah yang memuncak. Insulin dirembeskan oleh tubuh untuk menurunkan paras glukosa dengan segera.
Sebahagian dapat digunakan sebagai tenaga dan selebihnya disimpan sebagai lemak. Tubuh akan mula berasa lapar semula apabila paras gula turun mendadak dan ini menyebabkan rasa lapar yang berulang-ulang (craving) walaupun baru sekejap kita makan sebelumnya.
Lemak simpanan terus disimpan dan berkumpul semakin lama semakin banyak. Lemak berkumpul di abdomen dan di sekeliling organ dalaman manusia yang menyebabkan masalah ‘buncit’. Kajian sains perubatan membuktikan perut buncit atau saiz pinggang sangat berkaitan dengan risiko serangan jantung yang tinggi. Di Amerika Syarikat, NCEP (National Cholesterol Education Program) – ATP (Adult Treatment Panel) pada 2001 memberikan beberapa kriteria Sindrom X ini.
Sindrom X menyebabkan keadaan pradiabetik, darah tinggi, meningkatkan risiko penyakit jantung koronari dan kolesterol berlebihan. Dengan pengambilan makanan dengan GI rendah akan membantu mencegah Sindrom X dan menurunkan berat badan secara mudah. Kita perlu mengurangkan pengambilan gula, kurangkan minuman yang manis, kurangkan makan makanan proses, kurangkan pengambilan makanan berasaskan tepung gandum dan makanan segera. Banyak makan sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan mempunyai kandungan serat yang tinggi dan minum air kosong. Penulis Pengamal Perubatan Am (Aesthetik, Anti Aging & Perubatan Regeneratif)
Ejen Perancis bunuh Gaddafi
GADDAFI ditahan oleh pemberontak Libya sebelum ditembak mati di Sirte pada 20 Oktober 2011.
Dia didakwa menyusup masuk ke dalam kumpulan yang menahan Gaddafi tahun lalu sebelum menembaknya di kepala.
Motifnya, menurut sumber di Libya ialah untuk menghalang Gaddafi daripada disiasat mengenai hubungan rapatnya dengan Sarkozy, Presiden Perancis ketika itu.
Bekas pemimpin Barat lain, termasuk Perdana Menteri Britain, Tony Blair, juga rapat dengan pemimpin Libya itu.
Dia sering mengunjungi mereka dan membantu untuk memudahkan urusan perniagaan berjumlah berbilion dolar.
Sarkozy yang pernah menyambut Gaddafi sebagai ‘saudara pemimpin’ ketika lawatan pemimpin Libya itu ke Paris, dikatakan menerima jutaan dolar daripadanya untuk membiayai kempen pilihan rayanya pada 2007.
Teori konspirasi itu sudah pasti menjadi kebimbangan besar kepada Britain yang mengerahkan jet untuk mengebom Libya tahun lalu dengan matlamat ‘untuk menyelamatkan orang awam.’
Mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang membenarkan serangan itu dengan jelas menyatakan, Barat tidak boleh mencampuri urusan dalaman Libya.
Sebaliknya, pengeboman hampir setiap hari itu berakhir dengan penggulingan Gaddafi sementara penasihat tentera Perancis dan Britain dikatakan membantu pemberontak Libya di darat.
Mahmoud Jibril yang menjadi Perdana Menteri sementara selepas penggulingan Gaddafi memberitahu televisyen Mesir semalam: “Ejen asing menyusup ke dalam briged revolusi untuk membunuh Gaddafi.”
Sementara itu, sumber diplomatik di Tripoli memberitahu akhbar Itali, Corriere della Serra, pembunuh asing itu mungkin rakyat Perancis.
“Sejak Nato mula menyokong revolusi Libya, yang mendapat sokongan kuat daripada kerajaan Nicolas Sarkozy, Gaddafi secara terbuka mengancam mendedahkan hubungannya dengan bekas Presiden Perancis itu, termasuk wang berjuta-juta dolar yang diberikan untuk membiayai kempen pilihan rayanya pada 2007,” lapor akhbar itu.
Satu sumber di Tripoli berkata: “Sarkozy mempunyai banyak alasan untuk menutup mulut Gaddafi dan ia perlu dilakukan secepat mungkin.”
Pandangan itu disokong oleh maklumat yang dikumpulkan oleh penyiasat di Benghazi, bandar kedua terbesar Libya dan tempat revolusi ‘Kebangkitan Arab’ menentang Gaddafi bermula pada awal 2011.
Bekas Ketua Perhubungan Awam Majlis Peralihan Libya, Rami El Obeidi berkata, dia tahu Gaddafi dijejaki menerusi sistem telekomunikasi satelit ketika pemimpin itu berbual dengan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Pakar Nato berjaya mengesan komunikasi antara mereka dan menjejaki Gaddafi di bandar Sirte, tempat dia dibunuh pada 20 Oktober 2011.
Jet Nato menyerang konvoi Gaddafi sebelum pemberontak mengheretnya keluar dari sebuah longkang, tempat dia bersembunyi dan kemudian menjadi sasaran serangan ganas. - DM
Iran tawar e-mel, enjin carian ganti Google
Timbalan Menteri, Ali Hakim Javadi berkata, pihak berkuasa Iran akan mempertimbangkan menarik balik sekatan Gmail tetapi masih mahu memperkenalkan alternatif e-mel tempatan: enjin carian Fakhr (Kebanggaan) dan perkhidmatan e-mel Fajr (Fajar), lapor Aftab.
Minggu lalu, Iran menyekat Gmail, tetapi tidak enjin carian Google, sebagai tindak balas terhadap arahan mahkamah yang berkait dengan penyebaran video bajet rendah anti-Islam dikeluarkan dari YouTube. - AP
Gadis Ukraine ubah diri jadi karakter kartun animasi Jepun
Peminat kartun animasi komputer, Anastasiya Shpagina telah mengubah dirinya menjadi karakter kartun, lengkap dengan pinggang yang ramping dan rambut berwarna terang serta mulut bermuncung.
Gadis Ukraine berusia 19 tahun itu memperoleh inspirasi gaya itu daripada kartun dan animasi komputer yang mempunyai ramai pengikut di Jepun.
Malah, Anastasiya juga kini menggunakan nama Jepun, Fukkacumi.
Karakter animasi sering mempunyai mata besar dan kepala yang lebih besar berbanding dengan tubuh mereka.
Anastasiya yang hanya setinggi 159 sentimeter dilapor melangsingkan badannya kepada hanya 38 kilogram dalam usaha untuk menjadikan dirinya karakter animasi hidup.
Anastasiya dijangka akan bertindak lebih jauh untuk mendapatkan wajah yang diinginkannya.
Gadis itu yang mempunyai lebih 10,000 peminat dalam Facebook, juga memuatnaikkan video menerusi YouTube, menunjukkan bagaimana dia bermekap.
Satu klip video yang menunjukkan dia bersolek ditonton sebanyak lebih 150,000 kali.
Bagaimanapun, Anastasiya bukan gadis pertama menggunakan gaya yang diperoleh daripada dunia fantasi.
Dakota Rose atau Kota Koto dari Amerika Syarikat digelar ‘Barbie hidup’ kerana matanya yang besar dan tubuhnya yang genit.
Langkahnya memuatnaikkan bimbingan fesyen dan kecantikan menerusi YouTube ditonton oleh pengunjung dari seluruh dunia. - DM
No comments:
Post a Comment