Sunday, September 30, 2012

TURUN GELANGGANG TERMASUK AJAK DEBAT...PATUT KITA TERIMA

Gian tarian tiang darling Betong

SEORANG lelaki membawa dua pelacur untuk dihantar kepada pelanggan di hotel.


BETONG (Selatan Thailand) – Melihat aksi ghairah penari tiang pada waktu siang selain dibelai manja sambil meminum arak di meja masing-masing menjadi salah satu sebab mengapa ramai lelaki Malaysia gian untuk ke sini berulang kali.
Situasi tersebut bukan asing di kawasan itu terutamanya di premis-premis pusat hiburan yang membolehkan lelaki Malaysia ‘cuci mata’ sebelum ‘mengangkut’ gadis pilihan dikenali sebagai darling ke bilik hotel untuk mengadakan hubungan seks. Harga yang perlu dibayar ialah antara RM150 hingga RM300.
Tinjauan Kosmo! di kawasan itu mendapati, premis dua tingkat yang terletak di sebuah lorong di pekan ini hanya dibuka selama lima jam bermula dari pukul 12 tengah hari hingga 5 petang.
Pelanggan hanya perlu membayar harga minuman dan tiada cas dikenakan untuk melihat tarian bogel yang dilakukan gadis berketurunan Thai itu.

Gadis larikan diri dari rumah buat kali kedua

KUALA TERENGGANU – Selepas menghilangkan diri kali pertama dari rumahnya di Chendering di sini pada Mei tahun lalu, seorang gadis, Noor Farah Hieza Mokhtar, 17, mengulangi tindakan serupa bulan lalu.
Tahun lalu, gadis tersebut yang ketika itu berusia 16 tahun berjaya ditemui semula di Johor Bahru selepas 17 hari menghilangkan diri dari rumah.
Berlainan pula dengan kehilangannya kali ini, sudah 40 hari gadis itu tidak pulang selepas keluar dari rumah pada 2 Syawal lalu atau pada 20 Ogos.
Ibunya, Zakiah Abdul Majid, 49, memberitahu, kehilangan anak bongsu dari empat beradik itu menyebabkan dia dan suami Mokhtar Harun, 51, sentiasa resah selain sering menyebabkan kedua-dua mereka jatuh sakit.
“Pulanglah Farah. Semua risau pasal Farah sebab macam-macam jenis orang ada di luar sana. Kami takut jika terjadi apa-apa nanti,” katanya sebak ketika berkunjung ke pejabat Kosmo! semalam.

Berani ‘turun ke gelanggang’


NAJIB (tengah) disambut meriah sebahagian daripada perwakilan Persidangan Perwakilan Nasional ke-41 Gerakan di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) harus berani ‘turun ke gelanggang’ untuk berjuang membela nasib rakyat walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran.
“Jangan takut, jangan takut lagi, masuk ke gelanggang, inilah semangat yang kita mesti ada,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-41 Gerakan di sini semalam.
Turut hadir Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, keberanian seperti itu menjadi lambang semangat perjuangan yang sebenar.
“Tunjuk kekuatan kita, kita ada semangat untuk berjuang, lawan apabila anda dalam keadaan terdesak,” tegasnya.

Wang tebusan di siling kuil


AHMAD (tengah) bersama dua pegawainya menunjukkan wang tebusan yang ditemui semula yang disorok di sebuah kuil di Taman Sutera, Sungai Petani semalam.


ALOR SETAR – Polis Kedah berjaya menemui semula wang tebusan sebanyak RM349,700 yang disorok oleh sekumpulan penculik di sebuah kuil di Taman Sutera, Sungai Petani dekat sini pada Jumaat lalu.
Difahamkan wang tersebut disembunyikan dengan cara melekatkannya pada siling kuil yang sedang dalam proses pembinaan itu.
Ketua Polis negeri, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, kumpulan penjenayah terbabit hanya sempat membelanjakan wang tebusan sebanyak RM300 sahaja sebelum ditahan polis.
“Polis berjaya menyelesaikan kes ini dalam tempoh 48 jam dengan penahanan lima suspek iaitu dua di Alor Setar dan tiga lagi di Sungai Petani,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini semalam.
Lima suspek melibatkan tiga warga tempatan dan dua warga asing masing-masing dari India dan Myanmar.

Penjenayah tegar mati ditembak


ANGGOTA polis memeriksa sebuah kereta Proton Waja selepas menembak mati seorang penjenayah dalam kejadian di Taman Tema Air Taman Desa semalam.


KUALA LUMPUR – Tindakan kejam seorang penjenayah yang mencederakan dua anggota polis ketika hendak membuat pemeriksaan di Jalan Kuchai Lama Rabu lalu berbalas apabila dia maut dalam kejadian berbalas tembak di tempat letak kereta Taman Tema Air Taman Desa di sini semalam.
Difahamkan, suspek berusia 32 tahun tersebut maut pada pukul 3.30 pagi selepas terkena tiga das tembakan di kaki dan perut yang dilepaskan oleh pasukan khas yang ditugaskan untuk memburu suspek.
Suspek dari Lanchang, Mentakab, Pahang merupakan pengedar dadah kecil-kecilan dan dikenali sebagai penjenayah tegar kerana sering keluar masuk lokap berdasarkan enam rekod jenayah termasuk berkaitan dadah yang dilakukan.
Menurut sumber, pihaknya yang telah mengenal pasti suspek kemudian telah menjejak dan mengekorinya sejak kejadian dua anggota polis, Koperal R. Subramaniam, 52, dan Koperal Nor Azlan Abu Bakar, 41, cedera ditembak di perut dan leher pada pukul 6.45 petang 26 September lalu.

Anggota polis rentung nahas ngeri


BEGINILAH keadaan sebuah van yang rentung hingga mengakibatkan Daud dan Adibah meninggal dunia dalam kemalangan di Kota Tinggi semalam.


KOTA TINGGI – Hasrat seorang anggota polis untuk beriadah bersama keluarganya di Tanjung Balau tidak kesampaian apabila dia ditemui rentung selepas van jenis Nissan yang dinaiki bersama lapan lagi anggota keluarganya rentung dalam kemalangan ngeri semalam.
Kejadian pukul 9.15 pagi di Kilometer 11, Jalan Lok Heng-Mawai di sini itu mengakibatkan anggota polis kompleks mahkamah Muar, Daud Talib, 46, maut selepas dia gagal menyelamatkan diri ekoran tersepit di tempat duduk pemandu.
Turut maut dalam kejadian itu ialah pemandu kereta Proton Saga, Adibah Hashim, 48.
Ketika kejadian, Daud bersama isteri, empat anak dan tiga anak saudaranya dalam perjalanan dari Felda Lok Heng Barat menuju ke Tanjung Balau manakala Adibah bersama anak lelakinya, Amirul Fahmi Mohd. Amin, 12, dalam perjalanan ke Felda Lok Heng Selatan dari Felda Air Tawar 2.

Suami isteri pilu rumah hangus


ABDUL RAHMAN bersama salah seorang anaknya meninjau keadaan rumahnya yang musnah dijilat api di Kampung Bahagia, Klebang Besar, Melaka kelmarin.


MELAKA – Kegembiraan sepasang suami isteri yang bakal menyambut kehadiran bayi kelima yang dijangka pada Mac tahun depan bertukar pilu apabila rumah yang didiami mereka hangus terbakar di Kampung Bahagia, Klebang Besar kelmarin.
Lebih menyedihkan, kejadian pada pukul 9.15 malam itu telah menyebabkan pasangan suami isteri berkenaan hanya tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan barang-barang berharga mereka termasuk semua persiapan yang sudah dibeli untuk bayi kelima mereka.
Menurut Abdul Rahman Ahmad Ali, 40, ketika kejadian, mereka sekeluarga tiada di rumah kerana membantu persiapan kenduri perkahwinan keluarga kakaknya di Krubong, di sini, sejak beberapa hari lalu.
“Kali terakhir sebelum saya dan isteri (Faridah Ali, 40) singgah di rumah sebelum terbakar ialah petang semalam (kelmarin) iaitu untuk mandi dan keluar semula selepas memastikan rumah ditinggal dalam keadaan yang baik.
“Bagaimanapun, pada pukul 9.30 malam, saya terperanjat apabila menerima panggilan daripada seorang jiran yang mengatakan rumah saya terbakar,” katanya yang telah mendiami rumah tersebut sejak 15 tahun lalu.

130,000 hadir persandingan anak Ketua Menteri Melaka


PASANGAN pengantin, Mohd. Ridhwan dan Nur Azieha bersalaman dengan tetamu pada majlis persandingan mereka di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka semalam.


MELAKA – Seramai 130,000 tetamu hadir pada majlis persandingan anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan isteri, Datin Seri Asmah Abdul Rahman di Dewan Tun Ali, Bukit Katil di sini semalam.
Majlis itu juga diiktiraf Malaysia Book of Records (MBR) sebagai tetamu teramai pada majlis perkahwinan.
Sijil pengiktirafan itu disampaikan oleh wakil MBR, Zulhairi Md. Zin kepada Mohd. Ali.
Majlis persandingan Mohd. Ridhwan, 26, dan pasangannya, Nur Azieha Mohd. Ali, 26, yang bermula pada pukul 10 pagi dimeriahkan dengan kehadiran masyarakat pelbagai kaum dari seluruh negeri Melaka.
Turut berangkat ke majlis itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang kemudian berkenan menepung tawar pasangan yang mengenakan pakaian berona coklat.

Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin yang merupakan datuk kepada pengantin perempuan turut hadir.

Ali Rustam pecah rekod tetapi duit siapa..

Harakahdaily, 30 Sep 2012

MELAKA: Majlis perkahwinan anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam memecahkan rekod apabila 130,000 tetamu menyertai majlis yang berlangsung lapan jam itu.

Majlis yang berlangsung di Dewan Tun Ali Bukit Katil, Ayer Keroh itu adalah untuk perkahwinan anak lelakinya, Mohd Ridhwan, 26, dengan isterinya, Nur Azieha Mohd Ali, juga 26.

Antara tetamu yang hadir adalah Sulatn Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop dan bekas Ketua Menteri Abu Zahar Ithinin yang juga bapa pengantin perempuan.

Ekoran jumlah tetamu itu, Ali menerima sijil Malaysian Book Of Rekod (MBR) dari  wakilnya, Zulhairi Md Zin.

Anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming memalui Twitternya berkata, jika satu orang dibelanjakan RM30, kosnya sebanyak RM4 juta.

"Itu duit siapa?" soal beliau.

Namun Lim Kit Siang meramalkan kosnya lebih tinggi. Beliau menganggarkan kos setiap orang adalah RM100. Jika begitu, beliau menjangkakan kos untuk makan sahaja adalah RM13 juta?.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim pula dalam kenyataannya berkata, Umno tentu bangga kerana mempunyai pemimpin Melayu yang boleh mengumpulkan 130,000 orang untuk makan percuma.

Sebelum ini, Ali pernah menerima hukuman dari Umno sendiri setelah terbukti memberikan rasuah.

Lagi protes di Jakarta

SEBAHAGIAN penunjuk perasaan berhimpun di luar Kedutaan Amerika Syarikat
di Jakarta semalam.


JAKARTA, Indonesia - Beribu-ribu penunjuk perasaan berarak di sekitar ibu kota Indonesia di sini untuk memprotes filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Jurucakap polis Jakarta, Kolonel Rikwanto menganggarkan sekurang-kurangnya 5,000 orang menyertai demonstrasi itu yang berlangsung semalam.
Mereka berarak menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS) yang dikawal ketat oleh ratusan anggota polis.
Demonstrasi tersebut berlangsung dalam suasana aman.
Tunjuk perasaan tersebut dianjurkan oleh sebuah parti politik berteraskan Islam, Parti Keadilan Sejahtera yang melaungkan slogan anti-AS.
Ramai antara mereka memakai jubah putih dan membawa sepanduk yang membidas kebebasan bersuara di AS.
Protes terhadap filem tersebut turut diadakan di beberapa buah bandar lain di Indonesia baru-baru ini. - Agensi

Tentera Bashar bedil kawasan pemberontak


BEBERAPA anggota tentera pemerintah berlari semasa pertempuran berlaku dengan anggota-anggota kumpulan pemberontak di Tal al-Zarazir, utara Aleppo kelmarin.


ALEPPO, Syria - Tentera Presiden Bashar Al-Assad membedil kawasan yang dikuasai kumpulan pemberontak di seluruh Syria semalam ketika beberapa pertempuran sengit dilaporkan berlaku di bandar raya ini.
Sebuah pasar lama turut terbakar semasa pertempuran tercetus di sini semalam.
Kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia memberitahu, pertempuran di bandar raya ini melibatkan bedilan meriam.
Menurut kumpulan tersebut, serangan artileri menyebabkan sejumlah rumah musnah dan sekurang-kurangnya lima orang termasuk dua penduduk awam terbunuh.
Bandar raya ini yang merupakan bandar berpenduduk paling padat di Syria menjadi medan peperangan utama dalam konflik yang telah berlanjutan selama 18 bulan itu.
Namun, pertempuran di sini memuncak sejak beberapa hari lalu.
Kebanyakan keganasan berlaku di sekitar Bandar Lama di sini yang turut menyaksikan sebuah pasar lama terbakar.
Seorang koresponden agensi berita AFP dan kumpulan pemerhati itu memberitahu, banyak kedai musnah dalam kebakaran tersebut.
Pertempuran sengit turut dilaporkan berlaku di wilayah Aleppo, utara Syria dengan dua helikopter milik tentera rejim Bashar di lapangan terbang tentera Al-Nairab rosak terkena bedilan mortar pemberontak.
Di wilayah Damsyik pula, pemberontak yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria (FSA) membunuh lapan askar pemerintah dalam serangan ke atas sebuah pos kawalan tentera di sebatang jalan yang menghubungkan bandar raya Damsyik dengan bandar Qatana, di selatan negara itu.
Sementara itu, jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Khaled Al-Masri memberitahu, Ketua Pejabat Utusan Keamanan PBB-Liga Arab di Syria, Mokhtar Lamani mengadakan pertemuan dengan seorang komander FSA, Kolonel Kassem Saadeddine di tengah negara berkenaan.
Namun, agenda perbincangan mereka tidak didedahkan.
Menurut kumpulan pemerhati berkenaan, seramai 118 orang iaitu 48 orang awam, 41 askar dan 29 pemberontak terbunuh dalam keganasan di seluruh Syria kelmarin.
Laporan yang sama menyatakan lebih 30,000 orang terkorban sejak kebangkitan rakyat Syria menentang pemerintahan Bashar tercetus pada Mac 2011. - AFP

1,000 banduan menari tarian kuda


PSY (tengah) menari tarian kuda di New York pada 14 September lalu.


MANILA - Seramai 1,000 banduan di Filipina menari tarian kuda yang dipopularkan oleh penyanyi rap Korea Selatan, Psy menerusi lagu Gangnam Style.
Klip video mengenai tarian kuda selama empat minit oleh banduan itu dimuat naik di laman perkongsian video YouTube oleh pihak berkuasa penjara di bandar Cebu kelmarin.
Para banduan tersebut menari di pekarangan penjara Pusat Pemulihan dan Tahanan di Cebu.
Sebahagian daripada banduan tersebut memakai baju berwarna oren.
Sejumlah lagi penari memakai baju berwarna hitam.
Rangkaian televisyen GMA melaporkan, lebih 1,000 orang telah menonton klip video itu di YouTube setakat ini.
Ia merupakan persembahan awam pertama oleh banduan berkenaan sejak Februari lalu.
Banduan-banduan tersebut pernah menjadi terkenal di internet pada 2007 selepas mereka meniru tarian Michael Jackson menerusi klip video Thriller.
Tarian kuda itu kini menjadi popular di kebanyakan negara termasuk di Amerika Syarikat.
Muzik video Gangnam Style itu telah ditonton lebih 324 juta kali di YouTube sejak ia dimuat naik pada 15 Julai lalu. - AFP

Pelajar Brazil lelong dara

FLORIANOPOLIS, Brazil - Seorang pelajar wanita, Catarina Migliorini bekerjasama dengan seorang pembikin filem dari Australia untuk melelong daranya kepada pembida tertinggi dalam usaha untuk mengumpulkan dana bagi tujuan kebajikan, lapor akhbar dalam talian Huffington Post kelmarin.
Migliorini, 20, setakat ini menerima tawaran tertinggi berjumlah AS$160,000 (RM498,000).
Dia berhasrat menyalurkan wang lelongan itu kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk membina beberapa buah rumah moden di negeri kelahirannya, Santa Catarina.
Gadis itu yang menolak dakwaan dirinya sebagai pelacur berkata, dia percaya pada cinta tetapi menganggap lelongan tersebut sebagai peluang untuk melakukan perubahan positif kepada masyarakat.
Bagaimanapun, tindakan pelajar jurusan pendidikan jasmani itu mengundang kontroversi kerana setiap langkahnya akan diekori seorang kru filem Australia.
Kru itu merakamkan kehidupan Migliorini untuk sebuah dokumentari yang berjudul, Virgins Wanted.
"Saya menganggap melelong dara sebagai satu perniagaan. Saya berpeluang untuk melancong, menjadi sebahagian daripada filem selain mendapat bonus," kata Migliorini.
"Jika anda melakukannya cuma sekali, anda bukannya seorang pelacur," tambahnya.
Migliorini menandatangani kontrak untuk projek tersebut dua tahun lalu apabila dia melihat iklan syarikat produksi Thomas Williams yang mencari seorang wanita dara untuk menghasilkan dokumentari tersebut.
Pengarah dokumentari itu, Justin Sisely akan merakamkan emosi Migliorini sebelum dan selepas dia melakukan hubungan seks buat kali pertama.
Pelajar wanita itu akan menerima wang tunai sebanyak AS$20,000 (RM61,130) dan 90 peratus daripada harga lelongan tertinggi yang akan berakhir pada 15 Oktober ini.
Pemenang lelongan tersebut akan menjalani ujian perubatan bagi memastikan dia bebas daripada sebarang penyakit kelamin sebelum dibenarkan meniduri Migliorini.
Mereka akan melakukan hubungan seks di dalam sebuah pesawat yang terbang antara Australia dan Amerika Syarikat bagi mengelak didakwa menerusi undang-undang pelacuran.
Pemenang juga diwajibkan memakai kondom semasa dia melakukan hubungan seks. - Agensi

Main 'golf rimba' dengan bola tenis


SEORANG peserta yang mengambil bahagian pada permainan 'golf rimba'.


UVALY - Sebuah kelab golf di Republik Czech menganjurkan acara permainan 'golf rimba' bagi peminat sukan itu pada 23 September lalu.
Permainan unik itu menggunakan batang kayu pokok ceri dan bola tenis.
Ia dianjurkan sebuah kelab golf dekat kampung ini sejak sepuluh tahun lalu.
Acara berkenaan diadakan di sebuah hutan sekali gus mencabar kemahiran para pemain. - Agensi

Badan kereta diperbuat daripada buluh


PARDO memandu 'kereta buluh' di sebatang jalan raya di Bogota pada Jumaat lalu.


BOGOTA, Colombia - Seorang artis seni, Jose Mauricio Pardo membina badan sebuah kereta dengan menggunakan sejumlah batang buluh.
Dia memandu kereta tersebut di sekitar bandar raya ini pada Jumaat lalu.
Kereta itu turut dilengkapi dengan enjin dan tayar. - Agensi

15,000 orang bersenam serentak


SEBAHAGIAN daripada 15,000 orang yang bersenam di Kiev semalam.


KIEV - Kira-kira 15,000 orang bersenam pada waktu pagi di sini semalam sebagai usaha untuk mencipta rekod baharu Guinness World Records.
Menurut pihak penganjur, para peserta itu berusaha mencipta rekod baharu bagi kategori bilangan orang yang paling ramai bersenam pada waktu pagi. - Reuters

Lori simen terjatuh ke dalam lubang


SEBUAH lori simen terjatuh ke dalam lubang di sebatang jalan raya di Xi'an pada Jumaat lalu.


XI'AN, China - Sebuah lori simen terjatuh ke dalam sebuah lubang di sebatang jalan raya di sini pada Jumaat lalu.
Menurut media tempatan, tiada kecederaan dilaporkan ekoran kejadian itu.
Beberapa anggota penyelamat memotong bekalan gas bagi mengelakkan kebocoran akibat kewujudan lubang tersebut.
Punca sebenar lubang itu terbentuk masih belum diketahui. - Agensi

No comments:

Post a Comment