Nyaris maut elak anak kerbau melintas
1 Oktober 2012
Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi di Kampung Pematang, Kuala Sungai Baru, di sini, kereta jenis Honda Accord dipandu Khairul Azhar Mokti@Khalid, 29, bersama adiknya, Badrul Izhan, 27, yang dalam perjalanan dari rumah di Tanjung Agas, Port Dickson ke pekan Kuala Sungai Baru, dekat sini untuk membeli barangan keperluan untuk perniagaannya.
Menurut Khairul Azhar, ketika melalui selekoh 'S' dia terkejut apabila tiba-tiba seekor anak kerbau melintas dan dia cuba mengelak ke kanan namun membatalkan hasrat apabila terlihat sebuah lori di laluan bertentangan.
"Disebabkan itu kereta dipandu hilang kawalan dan menjunam ke pembetung,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian.
Khairul Azhar berkata, dia bagaimanapun dia bersyukur mereka tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
Sementara itu, jurucakap polis trafik ketika dihubungi berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan polis mengenai kemalangan, namun difahamkan tiada sebarang kecederaan serius dan kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
Sengaja berbogel depan rumah
1 Oktober 2012
Bukan sahaja membuat bising dan mabuk, malah ada warga asing yang menyewa rumah di sekitar Jalan Seng Meng Lee, di sini, sengaja berbogel di hadapan rumah.
Penduduk, Tang Kam Sing, 60, berkata, sejak setahun lalu kehidupan keluarganya tidak tenteram dengan kehadiran sekumpulan warga asing yang menyewa di hadapan rumahnya.
Menurutnya, paling merimaskan keluarganya ialah tindakan lelaki berusia 20-an itu yang dipercayai warga Bangladesh sengaja berbogel di hadapan pintu rumah.
“Setiap pagi isteri saya akan bersenam di hadapan rumah dan dia pula sengaja membuka pintu dan tingkap supaya isteri saya dapat melihatnya.
“Meskipun dia tidak mengganggu kami namun tindakannya yang berbogel amat merimaskan," katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Kam Sing berkata, dia pernah menasihatkan rakan serumah lelaki terbabit supaya menasihati rakannya itu agar menjaga tingkah laku.
“Atas semangat kejiranan, saya sekadar mahu menegurnya dan tidak tergamak mahu menghalau mereka tetapi sehingga kini masih tiada perubahan,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Low Chin Han, 45, berkata, hampir 100 warga asing di sekitar kampung berkenaan sering berkeliaran setiap malam.
“Mereka buat bising setiap malam dan sentiasa dalam keadaan mabuk.
“Kami bimbang dengan keselamatan anak perempuan kerana mereka juga selalu ganggu wanita yang sering berjalan kaki pulang ke rumah,” katanya.
Menurutnya, ketiadaan polis peronda bagi mengawal keselamatan penduduk juga amat mendukacitakan.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Temiang, Ng Chin Tsai berkata, aduan mengenai masalah itu telah diajukan kepada pihak berkenaan.
“Saya harap polis melakukan rondaan secara berkala di kawasan ini bagi mengelak kejadian tidak diingini.
“Saya juga berharap, Jabatan Imigresen dapat melakukan siasatan terhadap warga asing di sini, sama ada mereka mempunyai dokumen sah atau tidak,” katanya.
'Ibarat dikikis pisau tajam'
1 Oktober 2012
Ia merupakan derita tanpa henti buat Zabariah Fakir Mohd, 31, yang menetap di Rumah Rakyat Sungai Layang, di sini bersama keluarganya.
Ibu kepada dua anak berusia dua dan tujuh tahun ini menderita sejak melahirkan anak pertama apabila mula mengalami sakit tulang dan sendi yang begitu kerap.
Sehingga akhirnya doktor di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban mengesahkan dia menghidap rheumatoid arthritis.
Bagaimanapun, menurutnya, dia bersyukur kerana hanya menanggung kos yang dikenakan hospital kerajaan bagi ubat suntikan yang boleh diguna sebanyak tujuh kali dalam masa 14 minggu sebanyak kira-kira RM300 berbanding harga sebenar di pasaran iaitu melebihi RM4,000.
“Suntikan ubat ini tidak boleh menyembuhkan penyakit, sebaliknya hanya dapat mengawal daripada menjadi lebih teruk. Saya perlu bergantung kepada ubat ini sepanjang hidup saya dan situasi ini benar-benar menyebabkan saya buntu kerana menghadapi masalah kewangan susulan tidak mampu bekerja.
“Oleh itu, saya sangat berharap agar permohonan bantuan Baitulmal yang bakal diajukan tidak lama lagi mendapat maklum balas positif pihak berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya, di sini, semalam.
Sementara itu, Zabariah berkata, ketika dia mengandungkan anak kedua, dia berasa sangat pelik kerana selama kira-kira sembilan bulan penyakitnya langsung tidak menyerangnya dan dia mampu menguruskan diri serta keluarga.
Bagaimanapun, selepas anak keduanya dilahirkan, dia terkejut kerana terpaksa menanggung kesakitan dua kali ganda sehingga sering mendapatkan rawatan di hospital.
“Kini, pergerakan saya makin terbatas apabila sendi tangan dan kaki semakin membengkok. Malah, saya juga tidak boleh berdiri terlalu lama kerana kaki saya semakin tidak kuat.
Sementara itu, bapanya, Fakir Mohd Samsudin, 59, berkata, walaupun sudah berusia, dia kini terpaksa bekerja lebih kuat dengan menjual putu mayam dari kampung ke kampung bagi memenuhi keperluan kira-kira 15 anggota keluarga yang menetap bersamanya.
“Menantu saya hanya bekerja kampung dengan upah sekitar RM500 sebulan dan dalam masa sama dia perlu menanggung kos perubatan anak saya.
"Oleh itu, saya sangat berharap agar keluarga kami ini akan mendapat bantuan yang sewajarnya terutamanya bagi perubatan Zabariah,” katanya.
Tauke jadi mangsa fitnah dera, pukul pekerja
1 Oktober 2012
Pemiliknya, Salmidah Palmaany, 40, turut menafikan dia membayar gaji kurang daripada jumlah sepatutnya dan mengarahkan kesemua pekerja warga negara India dan Pakistan berusia 25 hingga 35 tahun itu berhenti kerja dalam tempoh 24 jam.
Menurutnya, kejadian bermula selepas suaminya, Yusof Kasim, 41, menegur lima pekerja yang minum minuman keras di asrama disediakan di Taman Kerjasama, di sini berhampiran, sehingga tidak datang bekerja pada 19 September lalu.
“Pada 19 haribulan, suami minta pekerja menunjukkan sijil sakit selepas mereka tidak datang bekerja dengan alasan tidak sihat, mereka yang kemudian datang ke restoran bertindak lari selepas ditegur suami kerana minum arak menyebabkan mereka tidak boleh bekerja pada hari tersebut.
“Dua hari selepas itu, empat orang lagi pekerja kami pula tidak datang bekerja dipercayai dihasut oleh lima pekerja yang terdahulu,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini semalam.
Salmidah berkata, dia dan suami terkejut apabila dihubungi rakan-rakan dan memberitahu mengenai kenyataan dalam laporan akhbar (bukan Sinar Harian) dibuat pekerja terbabit pada 28 September lalu.
“Menurut laporan akhbar itu, kami sebagai majikan telah memukul, tidak membayar gaji dengan jumlah sebenar terhadap sembilan pekerja termasuk lima pekerja yang kini telah mula bekerja sebelum laporan itu dikeluarkan.
“Kami terkejut mengenai laporan itu yang menuduh kami berbuat sedemikian sedangkan ia tidak benar sama sekali,” katanya yang mempunyai 21 pekerja setakat ini.
Menurutnya, berikutan hal itu, dia dan suami membuat laporan terhadap fitnah pekerjanya di Balai Polis Melaka Tengah pada hari sama, selain membuat keputusan membatalkan permit empat pekerja sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing.
“Kami kesal dengan apa yang berlaku, sedangkan kami menyediakan kemudahan kepada pekerja termasuk rumah penginapan yang dipenuhi kelengkapan,” katanya.
'Apalah nasib kami...'
30 September 2012
Pengerusi Nelayan Telok Gong, Mohamad Arshad, berkata, kejadian itu bukan pertama kali berlaku dan pembinaan pengadang ombak yang dibina terlalu pendek menyebabkan peralatan nelayan rosak teruk dipukul ombak.
“Jika musibah ini dibiarkan tanpa diberi perhatian tidak mustahil suatu hari tiada lagi nelayan mencari hasil laut, di sini,” katanya.
Difahamkan, kebimba-ngan itu turut dikongsi lebih 150 nelayan berdaftar di sini membabitkan 15 bot dan sampan, yang kebanyakannya berdepan risiko peralatan rosak akibat bencana ombak besar.
“Nelayan terpaksa tanggung kerugian malah ada sampan hilang dibawa arus hingga ke tengah laut,” katanya.
Justeru katanya, pihaknya berharap pihak berkenaan dapat mendengar keluhan nelayan supaya tembok pengadang ombak di situ ditambak lagi ke hadapan bagi mengurangkan risiko kerosakan.
“Setiap kali ombak besar, bot serta sampan milik nelayan yang disusun rapat di tepi jeti nelayan berlaga satu sama lain dan keadaan ini menyebabkan banyak sampan pecah dan rosak.
“Jika angin kencang datang waktu siang masih sempat lagi diselamatkan tapi jika ia berlaku waktu malam tiada siapa yang tahu bila sedar sebelah pagi banyak sampan dah rosak,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi nelayan, Arifin Gembor, 62, berharap pihak berkaitan dapat mencari alternatif lain untuk menyelamatkan peralatan nelayan.
“Sebagai inisiatif, kami terpaksa ikat bot dan sampan rapat-rapat bagi mengelak ia berlaga, namun masih ada yang musnah,” katanya.
Dalam pada itu, Exco Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri Melaka, Datuk R Perumal, ketika dihubungi berkata, Kerajaan Negeri sentiasa memandang serius masalah yang dihadapi nelayan.
Katanya, pihaknya akan meninjau keadaan jeti nelayan berkenaan secepat mungkin bersama wakil Jabatan Perparitan dan Saliran Negeri (JPS) bagi menyelesaikan masalah berkenaan.
Ali Rustam pecah rekod tetapi duit siapa..
Harakahdaily, | 30 Sep 2012 |
MELAKA: Majlis perkahwinan anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam memecahkan rekod apabila 130,000 tetamu menyertai majlis yang berlangsung lapan jam itu.
Majlis yang berlangsung di Dewan Tun Ali Bukit Katil, Ayer Keroh itu adalah untuk perkahwinan anak lelakinya, Mohd Ridhwan, 26, dengan isterinya, Nur Azieha Mohd Ali, juga 26.
Antara tetamu yang hadir adalah Sulatn Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop dan bekas Ketua Menteri Abu Zahar Ithinin yang juga bapa pengantin perempuan.
Ekoran jumlah tetamu itu, Ali menerima sijil Malaysian Book Of Rekod (MBR) dari wakilnya, Zulhairi Md Zin.
Anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming memalui Twitternya berkata, jika satu orang dibelanjakan RM30, kosnya sebanyak RM4 juta.
"Itu duit siapa?" soal beliau.
Namun Lim Kit Siang meramalkan kosnya lebih tinggi. Beliau menganggarkan kos setiap orang adalah RM100. Jika begitu, beliau menjangkakan kos untuk makan sahaja adalah RM13 juta?.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim pula dalam kenyataannya berkata, Umno tentu bangga kerana mempunyai pemimpin Melayu yang boleh mengumpulkan 130,000 orang untuk makan percuma.
Sebelum ini, Ali pernah menerima hukuman dari Umno sendiri setelah terbukti memberikan rasuah.
Lebih 100,000 tetamu hadir majlis persandingan anak Ketua Menteri Melaka
30 September 2012
Majlis persandingan Mohd Ridhwan, 26, dan pasangannya Nur Azieha Mohd Ali, 26, yang bermula 10 pagi tadi dimeriahkan dengan kehadiran masyarakat pelbagai kaum dari seluruh negeri Melaka.
Majlis tersebut dimeriahkan dengan kehadiran Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang kemudian berkenan menepung tawar pasangan yang mengenakan pakaian berona coklat.
Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop serta bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Ithinin yang merupakan datuk kepada pengantin perempuan turut hadir di majlis tersebut.
Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan suami Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa serta pelakon, Dira Abu Zahar.
Siti Nurhaliza turut mendendangkan beberapa buah lagu di majlis berkenaan.
Mohd Ridhwan, anak sulung Ketua Menteri itu selamat diijabkabul bersama pasangannya di rumah Abu Zahar di Merlimau Pasir di sini, Jumaat lepas.
- Bernama
Hajat beriadah tak sampai
1 Oktober 2012
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik, dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, anggota polis terbabit, Daud Talib, 46, yang menaiki sebuah van jenis Nissan bersama isteri, empat anak dan tiga anak saudaranya sedang dalam perjalanan dari Felda Lok Heng Barat menuju ke Tanjung Balau.
Menurutnya, tiba-tiba van yang dipandu hilang kawalan menyebabkan ia bertembung dengan sebuah Proton Saga yang masuk ke laluan bertentangan.
Kereta tersebut dipandu seorang wanita yang merupakan pekerja kilang elektronik bersama anak lelakinya berusia 12 tahun.
“Difahamkan van tersebut terbalik lalu terbakar, mangsa yang tersepit pula gagal diselamatkan dan rentung di tempat kejadian. Isteri, anak serta anak saudaranya berjaya menyelamatkan diri. Sementara itu, pemandu wanita terbabit Adibah Hashim, 48, juga meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya, Amirul Fahmi Mohd Amin hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.
Che Mahazan berkata, Adibah dikatakan baru sahaja mengambil anaknya di Felda Air Tawar 2 selepas pulang bekerja di Taman Desa Cemerlang, Johor Bahru. Menurutnya, difahamkan kedua-dua beranak itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Felda Lok Heng Selatan sebelum terbabit dalam kemalangan.
Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Nampak ayah tersepit sebelum pengsan
Dalam pada itu, anak anggota polis terbabit, Noraini Shahira Daud, 17, yang turut berada di dalam van ketika kejadian berkata, dia sedang tidur dan hanya sedar apabila berlaku hentakan kuat sebelum melihat asap keluar dari dalam kenderaan.
“Kami dalam perjalanan dari rumah nenek di Felda Lok Heng Barat untuk mandi-manda di Tanjung Balau. Saya tidur ketika itu dan tidak menyedari apa-apa. Apabila sedar dan nampak asap, saya terus menyelamatkan diri bersama yang lain.
“Saya juga dapat melihat ayah dalam keadaan tersepit di dalam van, tetapi semuanya kabur apabila saya pengsan dan hanya sedar apabila tiba di hospital,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT), di sini.
Menurut anak kedua dari lima beradik itu, mereka ke Felda Lok Heng Barat untuk melawat nenek yang sedang sakit.
Jumpa isteri satu jam sebelum kejadian
Sementara itu, suami Adibah, Mohd Amin Rahiman, 63, berkata, dia tidak menyangka pertemuan dengan isterinya satu jam sebelum kejadian adalah yang terakhir bagi mereka.
Menurutnya, rancangan untuk mengadakan majlis bacaan Yassin di rumah kedua mereka di Felda Lok Heng Selatan yang dijadual petang ini (semalam) juga terpaksa dibatalkan dan diganti dengan kenduri tahlil.
“Pada pagi kejadian, isteri saya baru pulang bekerja sebelum mengambil anak kami di rumah saya di Felda Air Tawar 2 untuk pulang ke Felda Lok Heng Selatan membuat persiapan kenduri. Dia memang beria-ia nak bawa anak.
“Kira-kira satu jam selepas mereka bergerak, saya menerima panggilan daripada anak saudara yang memberitahu isteri terlibat dengan kemalangan. Saya tidak menyangka yang dia akan pergi selamanya. Namun begitu saya bersyukur kerana anak tunggal kami terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.
Kedua-dua jenazah telah dituntut oleh keluarga masing masing. Jenazah Daud dikebumikan di Kampung Usaha Jaya, Labis, manakala jenazah Adibah dikebumikan di Felda Bukit Ramun.
Rumah kerap dimasuki air
1 Oktober 2012
Penduduk, M Jayaraman, 50, berkata, masalah itu menyebabkan kediamannya dan penduduk lain yang berada di kedudukan rendah kerap dimasuki air setiap kali hujan lebat walaupun dalam tempoh seketika.
“Masalah ini sudah berlanjutan sejak 10 tahun lalu dan saya sendiri sudah mengadukannya kepada pihak berwajib dan wakil rakyat kawasan beberapa kali, namun hingga ke hari ini masih belum ada sebarang tindakan diambil.
“Setiap kali hujan, air longkang dari kawasan tinggi yang tidak mengalir dengan lancar akan melimpah ke jalan raya seterusnya memasuki pekarangan dan dalam rumah yang terletak di kawasan rendah.
“Keadaan ini menyebabkan perabot dan perkakas elektrik rumah kami terpaksa diganti baru kerana mengalami kerosakan,” katanya.
Jayaraman berkata, sebagai alternatif untuk mengelakkan rumahnya terus dimasuki air, dia ada membina benteng menggunakan batu bata selain membuat lubang bagi memastikan limpahan air tersebut mengalir ke longkang.
Bagaimanapun katanya, tindakan diambil tidak memberi kesan, sebaliknya hujan lebat terus membawa limpahan air sehingga kadang kala boleh mencapai paras buku lali memasuki rumahnya.
“Saya lihat penyelesaian masalah ini adalah membesarkan sistem perparitan khususnya di kawasan tinggi selain memastikan ia tidak tersumbat dengan sampah sarap. Jika perkara ini tidak diambil serius, sampai bila-bila kami terpaksa melalui masalah ini,” katanya.
Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Permas, Syed Othman Syed Abdullah berkata, tandatangan penduduk yang tidak berpuas hati mengenai masalah ini sedang cuba dikumpul untuk diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Biro Pengaduan Awam (BPA).
“Kami mahu menekan pihak PBT supaya mereka dapat bertindak segera demi kesejahteraan penduduk. BPA juga akan diberitahu mengenai masalah yang sudah diadukan beberapa kali, tetapi tidak diambil perhatian pihak berkenaan,” katanya.
Pondok judi dalam ladang
30 September 2012
Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Mohammad Abdul Hamid berkata, strategi itu digunakan selepas pihaknya mendapati menerusi risikan dibuat bahawa setiap kenderaan yang memasuki kawasan berkenaan mudah dicam seterusnya memberi peluang kaki judi melarikan diri.
Menurutnya, hasil daripada serbuan dibuat, pihaknya menemui wang tunai berjumlah RM24,925 dan S$500 dipercayai digunakan untuk pertaruhan oleh kaki judi.
“Polis terpaksa menggunakan taktik lain untuk mengelirukan tonto sarang judi haram terbabit dalam serbuan jam 1 pagi ini. Serbuan diketuai oleh Pegawai Operasi D7 IPK Johor, Asisten Superitendan Md Yazid Mohd Yew bersama empat pegawai dan 11 anggota.
“Mereka menjadikan sebuah pondok berhampiran kebun nenas dan orkid di lokasi ini sebagai sarang judi melibatkan taruhan ribuan ringgit setiap malam untuk bermain judi ‘See Go Lak’.
"Dengan dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengawasi pemain, pondok ini tidak ubah seperti sebuah kasino,” katanya, di sini, semalam.
Mohammad berkata, ketika serbuan dilakukan, kaki judi hanya sempat melarikan diri ke kawasan belukar berhampiran sebelum berjaya dikesan anggota polis.
“Seorang wanita yang dikesan bersembunyi di celah tanaman nenas mendakwa berada di sarang judi berkenaan untuk menemani teman lelakinya. Seramai 19 kaki judi termasuk dua wanita berusia lingkungan 25 hingga 67 tahun ditahan dalam serbuan ini.
“Polis turut merampas peralatan berjudi termasuk tiga biji dadu dan sembilan keping cip plastik berwarna hijau,” katanya.
Semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
No comments:
Post a Comment