Thursday, October 4, 2012

MEMBERI PENYAKIT ALLAH...MENYEMBUHNYA JUGA ALLAH...ALLAH TURUNKAN UBATNYA DULU...BARU ALLAH TURUN PENYAKITNYA

TNC UTHM didakwa rasuah


Abdul Aziz yang didakwa meminta dan menerima rasuah dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Timbalan Naib Canselor (TNC) Akademik dan Antarabangsa, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Se- syen di sini semalam atas dua pertuduhan rasuah pada 2010 dan 2011.
Profesor Ir. Dr. Abdul Aziz Abdul Samad (gambar kecil), 52, didakwa meminta dan menerima rasuah wang tunai berjumlah RM15,000 daripada seorang kontraktor, Mohammad Anal Talhah, 41, kononnya sebagai dorongan untuk membantu kontraktor itu mendapatkan kerja-kerja dari Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Harta Bina UTHM.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta suapan RM15,000 tersebut pada Disember 2010 manakala bagi pertuduhan kedua dia didakwa menerima wang tunai berkenaan daripada orang yang sama pada 28 Januari 2011 yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya di Bank Muamalat cawangan UTHM Batu Pahat.
Kedua-dua kesalahan tersebut didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

NI KESAN LANGGAR HUKUM...AGAMA MELARANG BERDUA2AN BUKAN MUHRAM...HUDUD PULAK DINAFI

Kasanova terlibat kes rogol, kikis duit wanita ditangkap

Di sebuah bilik hotel di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur inilah seorang kasanova dari Kelantan ditangkap kelmarin.


KUALA LUMPUR – Seorang kasanova memperalatkan rupa paras dan kata-kata manis dimilikinya bagi memperdaya wanita untuk membolehkannya menampung kehidupan sebagai penganggur selama berbulan-bulan.
Lebih malang mangsa-mangsa yang tergoda dengan penampilan fizikal lelaki berusia 32 tahun itu sanggup melakukan hubungan seks dengan suspek.
Aksi ranjang antara mangsa dan suspek itu pula dirakam menggunakan telefon bimbit lelaki itu.
Suspek kemudian turut menjadikan rakaman itu sebagai alat memeras ugut setiap mangsa bagi mendapat duit dengan cara mudah.
Bagaimanapun, tembelang kasanova dari Ketereh, Kelantan itu terbongkar apabila seorang model berusia 31 tahun membuat laporan polis pada 29 September lalu mendakwa dia dirogol dan ditipu suspek.

Pil AS-MQ FDC mampu rawat malaria dalam masa 3 hari



TIONG LAI menunjukkan pil antimalaria AS-MQ FDC di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Para pesakit malaria kini mempunyai pilihan ubat baharu bagi merawat penyakit tersebut dengan lebih berkesan dan cepat iaitu fixed-dose combination treatment of Artesunate-Mefloquine atau dikenali AS-MQ FDC.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ubat AS-MQ FDC diperkenalkan oleh sebuah institut penyelidikan bebas yang berpangkalan di Switzerland, Drugs for Neglected Diseases Initiatives (DNDi) dan ia mampu merawat penyakit tersebut dalam tempoh tiga hari berbanding tujuh hingga 14 hari sebelum ini.
Katanya, AS-MQ FDC adalah gabungan dua jenis dadah yang digunakan untuk merawat malaria iaitu Artesunate dan Mefloquine yang dahulunya dimakan secara berasingan tetapi kini didatangkan dalam satu pil sahaja.
“Pesakit hanya perlu makan pil itu sebiji sehari dan dimakan selama tiga hari. Hasilnya juga cepat dan memberangsangkan berbanding sebelum ini kerana pesakit mengambil masa yang lama iaitu sehingga 14 hari untuk sembuh.
“AS-MQ FDC dijual pada harga RM9 untuk tiga biji bagi dewasa dan RM4 hingga RM5 untuk kanak-kanak,” katanya pada sidang akhbar semalam.

BELILAH DAN BUATLAH...SEBAB MASA DULU BELUM BUAT

BN beli tanah Taman Manggis



TONG KEONG (tengah) bersama para pemimpin BN membawa wang tunai RM224,073 untuk membeli tanah di Taman Manggis, George Town semalam.


GEORGE TOWN – Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menerima tawaran daripada kerajaan negeri untuk membeli tapak sebidang tanah kosong seluas 0.445 hektar di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini untuk dibangunkan dengan perumahan kos rendah.
Ketua Pemuda BN Pulau Pinang, Oh Tong Keong berkata, pihaknya telah membuat bayaran secara tunai sebanyak RM224,073 iaitu satu peratus daripada keseluruhan harga tanah tersebut sebanyak RM22 juta kepada kerajaan negeri pimpinan DAP sebagai tanda setuju untuk membeli tanah tersebut.
Menurutnya, kerajaan negeri melalui Setiausaha Politik, Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik telah menghantar surat tawaran menjual tanah tersebut kepada BN Pulau Pinang pada 4 September lalu dengan sebut harga bagi satu kaki persegi tapak tanah itu pada kadar RM450.
“Selepas ini segala urusan perjanjian dan terma serta syarat akan diuruskan oleh peguam,” katanya kepada pemberita sebelum menyerahkan wang tunai itu kepada wakil kerajaan negeri di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini semalam.

Buruh didakwa miliki murai batu

KOTA TINGGI – Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tiga tuduhan memiliki 129 ekor burung murai batu yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) pada bulan lalu.
Abd. Rahim Tahir, 48, membuat pengakuan tersebut selepas kesemua tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Shahid Abd. Malik.
Bagi tuduhan pertama, dia didakwa memiliki 90 ekor burung murai batu jantan comman shama (copsychus malabaricus) iaitu burung liar yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di perairan Teluk Ramunia, Pengerang di sini pada pukul 11.15 pagi pada 26 September lalu.

Lelaki itu berhadapan dakwaan mengikut Seksyen 60(2) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) yang boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

TOLONGLAH...SEBAB MEMBAYARNYA TAK BERDISIPLIN

Lagi desak PKNS langsai hutang



SEBAHAGIAN penduduk Seksyen 7 yang mengadakan demonstrasi di pekarangan pejabat PKNS di Seksyen 13, Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Seramai 200 pembeli pangsapuri kos rendah di sini yang gagal membayar hutang rumah ekoran kesempitan hidup turut mendesak supaya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengambil alih hutang mereka berjumlah RM15 juta daripada pihak bank.
Ini merupakan tuntutan kedua dilakukan oleh pembeli rumah PKNS di Selangor selepas 350 pembeli dari Kelana Jaya dekat sini dan Shah Alam menuntut perkara sama Isnin lalu.
Tuntutan kali ini dibuat oleh pembeli pangsapuri di Seksyen 6, 7 dan 20 di sini yang membeli rumah di kawasan tersebut pada harga antara RM45,000 hingga RM80,000 dengan ansuran bulanan antara RM400 hingga RM600 sebulan.
Setiausaha Pertubuhan Perikatan Prihatin, S. Vijayakumar berkata, desakan itu dibuat atas dasar sama seperti sebelum ini memandang PKNS sanggup membeli hutang Talam Corporation Bhd. (Talam) sebanyak RM392 juta.
Menurutnya, jika PKNS mampu berbuat demikian, mengapa perkara sama tidak boleh dilakukan untuk membantu rakyat miskin di negeri itu.

Bakar van selepas rompak RM1 juta



SEORANG anggota bomba memadamkan sebuah van keselamatan yang dibakar perompak di Taman Eng Ann, Klang semalam.


KLANG – Sekumpulan lima penjenayah bersenjata pistol berjoli sakan apabila dapat melarikan RM1 juta daripada sebuah van keselamatan yang dirompak sebelum membakar kenderaan itu di Jalan Tiong Off Taman Eng Ann di sini semalam.
Kejadian pukul 5.30 petang itu berlaku apabila van yang dinaiki dua pengawal keselamatan ditawan oleh perompak berkenaan selepas mangsa memungut wang pertaruhan di sebuah agensi nombor ramalan di Jalan Meru di sini.
Perompak menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja.
Salah seorang suspek kemudian merampas selaras senapang mangsa sebelum mengacukan pistol lalu mengarahkan mereka memandu ke arah taman perumahan tersebut yang terletak kira-kira dua kilometer dari lokasi rompakan.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Shukor Sulong berkata, rakan-rakan suspek kemudian mengekori van itu dengan menaiki kereta Proton Waja berwarna hijau terbabit.

Konstabel mabuk tembak pelayan

DI pub inilah seorang anggota polis melepaskan tiga das tembakan sehingga mencederakan seorang pelayan di Padungan, Kuching kelmarin.


KUCHING – Seorang anggota polis berpangkat konstabel berusia 21 tahun berlagak samseng apabila dengan selamba melepaskan tiga das tembakan selepas gagal mengawal emosi ketika bertengkar dalam keadaan mabuk di sebuah pub di kawasan hiburan Travilion Mall, Padungan di sini semalam.
Kejadian pukul 3 pagi itu mengakibatkan seorang pelayan premis cedera apabila terkena serpihan peluru di lehernya.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila anggota yang bertugas di Bahagian Tugas Am Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman itu pergi berhibur di premis berkenaan bersama seorang rakannya selepas menyertai satu operasi di Serian. Anggota itu menyertai pasukan polis sejak lebih setahun lalu.

BIASALAH KAWASAN YANG ADA PENGAWAL...KECURIAN TANGGUNG SENDIRI....KAWALANNYA KENA BAYAR

Bayar mahal tetapi berisiko



SALAH satu papan tanda yang mempamerkan syarat pengusaha parkir tidak bertanggungjawab terhadap kenderaan pelanggan di Ampang, Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR – Sudahlah bayaran yang dikenakan mahal, tetapi keselamatan kenderaan pula tidak ada jaminan.
Malah sekiranya berlaku kerosakan dan kecurian, ia menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik kenderaan sendiri.

Itu dilema kepada kebanyakan warga kota sekiranya mahu memeletakkan kenderaan di premis letak kereta swasta di ibu kota pada masa ini.
Seorang pekerja swasta, Mohd. Ashraf Adlan, 25, berkata, syarat yang dikenakan itu seolah-olah menunjukkan pengusahanya lepas tangan dan tidak bertanggungjawab kepada sebarang risiko yang berlaku kepada kenderaan pelanggan.
Malah menurutnya, syarat itu juga digunakan oleh sesetengah premis parkir kereta yang mempunyai pengawal keselamatan serta sistem kamera litar tertutup (CCTV) sekali pun.
“Pengguna tidak ada pilihan lain sebab kadang-kadang memang itu sahaja tempat meletakkan kenderaan yang ada dan terpaksa akur.
“Kalau parkir ‘bersepah-sepah’ nanti takut kena tunda atau saman dengan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur),” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

40 maut di bandar Syria

GAMBAR menunjukkan lokasi letupan tiga bom kereta di Aleppo, Syria semalam.


ALEPPO, Syria - Tiga bom kereta menggegarkan bandar raya ini semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh manakala 90 lagi cedera dengan kebanyakan mereka ialah anggota tentera, kata Kumpulan Pemantau Syria Bagi Hak Asasi Manusia.
Kumpulan pemerhati berkenaan memberitahu, dua bom kereta itu meletup di sekitar Dataran Al-Jabiri berdekatan sebuah kelab dan hotel pegawai tentera di sini.
Menurutnya, bom ketiga pula meletup tidak lama kemudian di pintu masuk Bandar Lama dalam daerah Bab Jnein dekat sini.
"Saya mendengar dua letupan kuat seperti pintu neraka sedang dibuka," kata seorang lelaki berusia 30 tahun, Hassan yang bekerja di sebuah hotel berdekatan.
"Saya melihat asap tebal dan saya membantu seorang wanita di kaki lima berdekatan. Tangan dan kakinya terkehel," tambah lelaki itu.
Stesen televisyen rasmi Syria, Al-Ikhbariya melaporkan sekurang-kurangnya 31 terbunuh manakala puluhan yang lain cedera dalam 'tiga letupan pengganas' di bandar raya ini.
Pihak berkuasa Syria merujuk kepada pemberontak yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria (FSA) sebagai pengganas.
Stesen televisyen itu turut menyiarkan kemusnahan besar di dataran berkenaan.
Rakaman tersebut menunjukkan sekurang-kurang dua bangunan runtuh sepenuhnya dengan mayat-mayat bergelimpangan di dalam timbunan runtuhan.
Bandar raya ini yang dihuni oleh 1.7 juta penduduk menjadi pusat pertempuran antara FSA dengan tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad sejak kebangkitan rakyat menentang pemimpin tersebut bermula pada Mac tahun lalu. - AFP

Buaya gergasi kembali lapar


REX mengunyah daging lembu.


SYDNEY, Australia - Seekor buaya yang bernama Rex dan mempunyai berat 700 kilogram semalam kembali 'berselera' untuk makan di Zoo Sydney di sini.
Buaya itu selama ini tidak memakan sebarang makanan selama tiga bulan ketika musim sejuk.
Ia dianggap sebagai kejadian semula jadi yang berlaku ke atas haiwan itu.
Seorang kakitangan zoo memberikan buaya itu daging lembu.
Daging itu diikat dengan tali pada sebatang kayu sebelum Rex timbul di permukaan air untuk memakan daging tersebut.
Haiwan itu kembali lapar semasa ketibaan musim panas.
Buaya tersebut sudah berada di zoo itu sejak 2009.
Sebelum dihantar ke zoo itu, Rex ditempatkan di sebuah kolam buaya dekat Darwin, utara Australia. - Agensi

No comments:

Post a Comment