‘Bos suruh bakar kau’
Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my
maryvictoria@hmetro.com.my
BUKTI...Julie menunjukkan kesan calar pada keretanya akibat dibawa ke kawasan semak dekat ladang.
“Pada masa sama, penculik turut menggunakan walkie-talkie dan mengikut arahan diberikan seseorang termasuk mengelar sedikit leher saya selain menoreh bahagian bawah ibu jari tangan kiri saya menggunakan pisau,” kata deejay radio, Julie Diana Omar Shariff, 34, yang lebih dikenali sebagai JD di sini, semalam.
Menurut Julie, dia diculik pada jam 1 pagi, Sabtu lalu, di Danga Bay ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerjanya.
Mengimbau kejadian, Julie yang ditemui berkata, sebelum kejadian dia yang memandu Proton Satria Neo diekori sebuah kereta Proton Iswara merah.
Dua suspek diberkas polis
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Johor, Datuk Dr Hashim Haron yang mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menahan dua lelaki dipercayai suspek kes terbabit.
“Kedua-dua suspek yang berusia 40-an ditahan pada jam 4 petang kelmarin (Ahad lalu).
“Kami menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif kejadian. Kami masih mengesan tiga hingga lima lagi suspek yang dipercayai terbabit kes ini,” katanya, semalam.
Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan beberapa individu sudah direkodkan keterangan bagi membantu siasatan.
Kencing likat darah
Oleh Suraya Roslan dan Sitie Nurhajatulziemah Mohd Nor
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
DERITA...Muhammad Fahmi dirawat di HTJS.
Demikian masalah kesihatan dialami seorang mangsa buli di sebuah sekolah menengah agama di Pedas, dekat sini, akibat didera senior yang memaksa mangsa melakukan ketuk ketampi melebihi 200 kali hanya gara-gara tidak mengambil air minuman.
Mangsa, Muhammad Fahmi Mazzalan, 14, yang kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) berkemungkinan menghadapi masalah buah pinggang dan hati akibat ‘senaman’ melampau dalam kejadian 26 September lalu.
“Tiga hari selepas kejadian itu, sejurus kencing saya terkejut mendapati mangkuk tandas dipenuhi darah berwarna hitam pekat,” kata pelajar tingkatan dua itu ketika ditemui wartawan Harian Metro di wad HTJS, di sini, semalam.
Tidak rahsia lagi
Oleh Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my
razis@hmetro.com.my
MENGAKU...Leuniey dan Apek dalam fasa mengenali satu sama lain.
Metro Ahad kelmarin melaporkan pengakuan Leuniey hubungannya dengan Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek, kini lebih daripada sekadar kawan biasa.
Menurut Leuniey, dia dan Apek kini dalam fasa mengenali antara satu sama lain.
Apek berkata, masih terlalu awal untuk dia dan Leuniey merancang untuk bertunang atau berkahwin kerana mereka kini sedang mengenali hati budi masing-masing.
“Jika kami benar-benar bersedia untuk bertunang dan seterusnya berkahwin, kami akan maklumkan kepada semua.
“Kami tidak akan rahsiakan tarikh pertunangan dan perkahwinan kami,” katanya ceria ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, dengan penjelasan diberikan, diharap tidak timbul lagi gosip mengenai dirinya dan Leuniey yang sedikit sebanyak mengganggu fokusnya dalam bidang sukan.
Katanya, dia mengakui mula mengenali Leuniey yang juga pemilik butik pengantin dengan lebih rapat selepas mereka terpilih menjadi model untuk iklan minyak wangi ‘SimplySiti Eau De Parfum’ milik penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin. Sebelum ini, nama Leuniey menjadi sebutan apabila didakwa putus tunang kerana Apek membuatkan dia tampil memberi penjelasan dengan menafikan dirinya ada kaitan dengan penjaga gol bola sepak negara itu.
Leher dihiris pembahagi besi jalan
MAUT...anggota polis trafik menutup jenazah mangsa.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Alfa Sa’am, 39, berasal dari Pantai Dalam, dekat sini, dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Seremban bersama tunangnya.
Bagaimanapun, tunang mangsa yang terjatuh dari motosikal cedera ringan.
Difahamkan, kejadian itu berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh besi penghadang jalan di sebelah kanan lebuh raya.
Sumber polis trafik berkata, akibat rempuhan itu, kepala mangsa tersangkut pada besi berkenaan dan terseret hingga lehernya hampir putus akibat terhiris besi itu.
“Mangsa mati di tempat kejadian manakala motosikalnya terseret beberapa meter menyebabkan tunangnya tercampak di atas jalan,” katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
100 pembeli emas berang
Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Serbuan dijalankan mulai jam 2 petang dengan kerjasama polis dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) selepas syarikat terbabit dipercayai menjalankan aktiviti mengambil deposit secara haram daripada lebih 50 ribu pelanggan.
Menurut jurucakap BNM, syarikat sama yang beroperasi sejak 2007 dan didaftarkan di bawah Sendirian Berhad, pernah didakwa kerana kesalahan sama pada 2009.
“Selepas didakwa, syarikat terbabit menukar nama pada tahun lalu dan meneruskan aktiviti perdagangan.
“Sehingga kini, BNM dan agensi berkenaan yang turut menjalankan serbuan sedang menyiasat mengikut akta dan kesalahan di bawah bidang kuasa masing-masing,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, serbuan serentak turut dijalankan ke atas sebuah lagi syarikat pelaburan emas yang didaftarkan mengikut nama sama di Singapura dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengesan sama ada syarikat itu mempunyai kaitan dengan syarikat di Malaysia.
Dalam serbuan itu, BNM merampas dokumen urus niaga syarikat terbabit, komputer, emas dan wang tunai untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 25 (1) Bafia dan Seksyen 4 (1) Akta Pengubahan Wang Haram.
Sehingga jam 10 malam tadi, tiga pejabat urusan syarikat terbabit dipenuhi ratusan pelanggan yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak penguat kuasa melakukan serbuan menyebabkan sepasukan polis ditempatkan di lokasi serbuan bagi mengelak kejadian tidak diingini.
“Serbuan ini menyebabkan kami gagal mendapat emas yang dibeli kerana ia mungkin disita pihak berkuasa untuk siasatan.
“Ini menyebabkan urusan pengagihan imbuhan pembelian emas kepada pembeli di bawah perunding masing-masing akan tergendala,” katanya.
Sementara itu, BNM dalam kenyataan akhbar berkata, pihaknya mengadakan serbuan dengan kerjasama polis dan KPDNKK terhadap syarikat itu dan serbuan sama dijalankan terhadap syarikat nama sama di Singapura.
Mayat terputus dua ditemui di jalan pintas
Mayat lelaki yang lengkap berpakaian itu ditemui dalam keadaan telentang serta dipercayai mati lebih dari tiga hari berdasarkan keadaannya yang hampir reput.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam jam 6 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian.
Katanya, mayat yang terbakar di seluruh bahagian atas badannya itu ditemui di jalan pintas antara Blok C PPR Kampung Muhibah dan perkampungan setinggan berhampiran.
“Hasil pemeriksaan ke atas mayat mangsa, polis tidak menemui dokumen pengenalan diri.
“Keturunan mangsa juga sukar dikenal pasti berikutan keadaan mayatnya yang hampir reput,” katanya.
Ku berkata, mangsa memakai baju-T, berseluar jean berwarna gelap serta stoking tanpa kasut.
“Keadaan mayat terputus dua daripada bahagian pinggang ke bawah dan terdapat kesan tetakan di tempurung kepala, paha kiri dan kanan serta kesan luka seperti dikelar di tangan kanan, dada dan leher,” katanya.
Pembaca berita sambilan diacu gunting pokok
Dua daripada tiga suspek itu bagaimanapun ditahan selepas teman lelaki mangsa yang baru menghantarnya terdengar jeritan wanita berusia 31 tahun terbabit sebelum mengejar dua motosikal dinaiki penjenayah itu dengan keretanya.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, dalam kejadian jam 2.40 pagi itu, mangsa baru dihantar teman lelakinya, 38, apabila tiga lelaki menaiki dua motosikal menghampirinya dan mengacukan gunting pokok.
“Seorang daripada suspek merampas beg tangan mangsa bagaimanapun, mangsa cuba melawan dan menjerit sehingga didengari teman lelakinya yang masih berada berhampiran tempat kejadian.
“Menyedari mangsa disamun, lelaki terbabit memecutkan kereta mengejar suspek dan dalam masa sama, jeritan wanita itu didengari polis peronda yang membuat rondaan di kawasan berkenaan,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini, semalam.
Nekad lawan penyamun
Dalam kejadian jam 7.10 malam itu, dua penjenayah terbabit menaiki sebuah kereta Mercedes berwarna hitam lalu berhenti di persimpangan berhampiran rumah mangsa sebelum seorang daripada suspek turun dan mengacukan pistol terhadap mangsa berusia 30-an yang juga pemilik kereta BMW itu.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, suspek yang mengacukan pistol mengugut mangsa menyerahkan kereta itu atau wang tunai berjumlah RM40,000, tetapi mangsa dan ahli keluarganya yang berada di dalam kenderaan itu enggan.
Hukuman penjara 12 tahun kekal
Keputusan sebulat suara itu dicapai panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Clement Allan Skinner yang berpendapat tidak ada sebab untuk mahkamah itu mengganggu dapatan Mahkamah Tinggi.
Bagaimanapun, Hakim Skinner berkata, Mahkamah Rayuan mengambil kira fakta perayu sudah menjalani hukuman penjara dua bulan ketika direman pada 2008.
Oleh itu, Yim hanya perlu menjalani tempoh hukuman penjara selama 11 tahun 10 bulan. Sejurus selepas keputusan, Yim, 44, menangis dan memeluk suami, anggota keluarganya.
Tunang durjana
Oleh Iskandar Shah Mohamed dan Arifin Salleh
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Hukuman itu diputuskan Majistret Mohd Firdaus Salleh selepas Ramli Kamarudin, 30, mengaku bersalah atas empat pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapnya.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh dari Bachang didakwa menipu Rasyidah Muhamad Noor, 27, dengan mengambil kereta Proton Persona mangsa yang bernilai RM53,000 di Batu 16, Solok Duku, Masjid Tanah, kira-kira jam 2 petang, 26 April lalu. Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Ramli didakwa turut melakukan perbuatan sama masing-masing dengan mengambil satu gelang tangan emas bernilai RM5,000 dan sebuah komputer riba jenis Acer bernilai RM1,600 di lokasi sama, sekitar Januari lalu. Mengikut pertuduhan terakhir, tertuduh sekali lagi menipu wanita itu dengan mengambil sebuah telefon bimbit jenama Samsung Galaxy Tab bernilai RM800 di lokasi sama, Disember tahun lalu. Berikutan itu, bagi semua pertuduhan, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan denda jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, mangsa meminjamkan kereta Persona berkenaan kepada Ramli yang ketika itu tunangnya, 26 April lalu. Tertuduh yang berjanji untuk memulangkannya semula pada keesokan hari bagaimanapun tidak berbuat demikian dan gagal dihubungi selain turut mengambil sebuah telefon bimbit dan komputer riba mangsa. Menyedari diri terpedaya, wanita itu tampil membuat laporan polis dan tertuduh berjaya ditahan di Hospital Sungai Buloh, Selangor, 21 September lalu.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Meran anak Emai manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Ramli memohon hukuman diringankan dengan alasan dia masih mempunyai kedua ibu bapa yang sudah tua.Meran bagaimanapun meminta mahkamah menjatuhkan hukuman berat dan penjara secara berasingan.
‘Ulat’ Arab samseng
Oleh Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my
sab@hmetro.com.my
Perkara itu didedahkan Mahfuz ketika bertanya menerusi soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop yang ingin mengetahui langkah diambil dalam mengekang kehadiran ulat Arab terbabit.
“Saya ingin mendapatkan penjelasan. Baru-baru ini dikatakan bahawa pelajar luar negara yang menjalankan kegiatan pada waktu siang dan malam untuk mengambil penumpang membabitkan pelancong Arab menggunakan kenderaan sewa dan sebagainya.
“Malah, mereka mengancam pemandu teksi di sekitar Kuala Lumpur sekali gus menyebabkan pemandu berkenaan tertekan apabila ada kumpulan pelajar Arab mengugut mereka,” katanya dalam soalan tambahan.
Menurutnya, individu yang digelar ‘ulat Arab’ ini turut menggunakan senjata tajam terhadap pemandu teksi berkenaan.
“Saya lihat bagi isu berkenaan perlu bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN) bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana kesalahan dilakukan ulat Arab berkenaan mengancam keselamatan pemandu teksi,” katanya.
“Berhubung pelajar asing yang mengugut pemandu teksi, bagi polis, jika ada laporan dibuat, pihak berkenaan akan mengambil tindakan tegas dengan bekerjasama bersama JPJ mengatasi masalah berkenaan,” katanya.
Dalam jawapan utamanya, Abu Seman berkata, selaras dasar semasa negara yang menggalakkan kemasukan pelancong dan menjadi hab pendidikan serantau, kedatangan warga asing sentiasa dialu-alukan.
“Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan pada tahun 2011, 11 kes iaitu tiga kes mendatangkan cedera serta lapan kes curi membabitkan pelajar asing direkodkan dan daripada jumlah itu 16 tangkapan dibuat.
“Selain kes jenayah dinyatakan, 128 pelajar asing ditahan bagi kesalahan berkaitan penyalahgunaan, penyeludupan dan pengedaran dadah manakala 305 pelajar asing pula ditahan bagi kesalahan berkaitan jenayah komersial,” katanya.
Menurutnya, tahun ini bermula dari Januari hingga Ogos, 101 pelajar asing ditahan atas kesalahan berkaitan penyalahgunaan, penyeludupan serta pengedaran dadah, manakala 227 pelajar asing ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan jenayah komersial.
“Sehubungan itu, KDN sentiasa menguatkuasakan undang-undang tegas bagi memastikan warga asing termasuk pelajar yang melakukan kesalahan tidak mengulanginya, selain memberi pengajaran kepada yang lain,” katanya.
Rela gadai nyawa demi anak jiran
FONANGWAN (tengah) bersama Aneta (dua dari kiri) serta suaminya, Piotr Jedilkowski, dan anak mereka Kamila Brodowska (kiri) dan Adam.
FONANGWAN bersama Adam yang diselamatkannya.
Sejurus sebelum itu, Nelson Fonangwan, 16, lena tidur tetapi terjaga apabila terdengar jeritan jirannya meminta tolong di kawasan kediaman mereka di Southampton, Hampshire.
Menurut Fonangwan, dia mendapati asap tebal keluar dari sebuah rumah tidak jauh dari situ.
Pada masa sama, ibu kepada dua anak, Aneta Jedlikoswka, 32, menumbuk pintu dapurnya untuk membolehkan dia menggapai tangan anaknya yang baru berusia dua tahun, Adam.
Melihat keadaan itu, Fonangwan bergegas ke rumah berkenaan, manakala ibunya menghubungi talian kecemasan 999.
Kata Fonangwan, Aneta memecahkan kaca tingkap rumah itu bagi membolehkan Adam diselamatkan.
“Wanita itu memang dapat membuat lubang pada tingkap dapurnya, tetapi pada masa sama tangannya luka dan berdarah akibat terkena serpihan kaca.
Menurut Fonangwan, Aneta tidak dapat berbahasa Inggeris dengan baik tetapi cuma mampu menunjuk ke arah dalam rumah berkenaan sambil berkata: “Baby.” Melihat keadaan itu, kata Fonangwan, dia tahu tidak ada pilihan lain, kecuali bertindak pantas menyelamatkan anak Aneta. Insiden itu berlaku apabila Aneta keluar membuang sampah dan tiupan angin pula menolak daun pintu menyebabkan ia terkunci.
Ketika itu juga, kuali di atas dapur di dalam rumah Aneta mula terbakar. Fonangwan berasal dari Cameroon dan kini menuntut di Southampton. - DM
Harimau Benggala 200kg, manusia bercanda untuk hiburkan pengunjung Zoo Arizona
ANTARA lagak ngeri tetapi amat menghibur dilakukan Harwell bersama Akasha di Zoo Arizona. Pertunjukan itu diadakan di depan pengunjung zoo berkenaan setiap hari.
Rutin itu dilakukan Jeff Harwell, 30, bersama Akasha untuk menghiburkan ribuan pengunjung Zoo Arizona.
Akasha berusia 12 tahun dengan berat badan kira-kira 200 kilogram. Kata Harwell, dia melakukan pertunjukan itu bersama Akasha sejak mula bekerja di situ kira-kira lima tahun lalu. Kebanyakan pengunjung pula begitu kagum dengan kepercayaan tinggi yang terjalin di antara Harwell dan Akasha. Beberapa pengunjung percaya, aksi itu dapat dilakukan kerana wujud hubungan amat istimewa di antara manusia dan haiwan liar berkenaan.
Zoo Arizona adalah satu daripada lima zoo paling popular di kalangan kanak-kanak di Amerika Syarikat. - TS
5 pelancong Jerman rentung
Seramai 14 orang cedera dalam nahas waktu pagi itu ketika bas yang menghubungkan Beijing dan bandar Tianjin itu merempuh belakang trak berkenaan, kata pegawai agensi berita Xinhua. Polis masih menyiasat punca kemalangan.
China tidak mengenakan tol jalan raya sempena hari cuti itu, mendorong 85 juta pengguna menggunakan jalan raya - lebih 13.3 peratus berbanding tahun lalu, kata Kementerian Pengangkutan.
Pihak berkuasa menjangkakan sejumlah 740 juta perjalanan akan dibuat.
Nahas jalan raya antara punca kematian utama di China, dengan ramai pemandu baru yang kurang terlatih memandu di jalan raya. - Reuters
7 mayat dicincang ditemui dalam kereta
Polis di Nuevo Laredo menerima maklumat melaporkan beberapa mayat ditemui dalam dua kereta yang ditinggalkan di sebuah pusat beli-belah, kata pendakwa raya negara dalam satu kenyataan. Satu sumber di pejabat pendakwa raya berkata, mayat berkenaan adalah enam lelaki berusia antara 30 hingga 35 tahun dan seorang lagi dengan jantina dan umurnya belum dapat disahkan.
Pada 14 September lalu, 16 mayat ditemui berselerakan di dua lokasi di Nuevo Laredo. Insiden menggerunkan itu berlaku ekoran penahanan ketua kartel dadah Teluk, Eduardo Costilla, atau “El Coss,” di Tampico, Tamaulipas pada 12 September lalu. - AFP
No comments:
Post a Comment