Bajet 2013: Rayuan Najib, sindirian Anwar
Anwar berkata, pembentangan bajet itu hanya memberi kekayaan ekonomi kroninya sahaja.
“Tapi Najib perlu menyatakan isu-isu berkaitan harga barang keperluan dan perkhidmatan (GST) perlu difokuskan bukannya dengan hanya memberi insentif,” katanya kepada pemberita di luar bangunan Parlimen petang ini.
Sebelum ini, ramai pihak termasuklah pemimpin PR mengatakan Najib akan menggunakan Bajet 2013 sebagai menaikkan kembali popularitinya.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini pernah berkata, bajet yang akan dibentangkan Najib hari ini akan menjadikannya sebagai platform untuk meraih kembali popularitinya.
Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, kemungkinan trend semasa akan naik semula memandangkan Najib akan mengumumkan Bajet 2013 hari ini.
Justeru, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, bajet yang dibentangkan Najib bersifat gimik politik dan bukan untuk rakyat.
Tambahnya, pembentangan bajet tersebut hanya mengetengahkan ekonomi negara yang kukuh tetapi tidak menekankan cara untuk meningkatkan pendapatan negara.
Dalam ucapannya, Najib yang juga Menteri Kewangan dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, masanya hampir tiba apabila rakyat akan membuat pilihan bagi menentukan masa depan mereka dan anak-anak mereka sambil menggesa rakyat memberikan mandate kepada kerajaan yang ada untuk meneruskan dan menambahbaik apa yang ada.
Perdana Menteri berkata persoalan yang perlu ditanya semasa membuat keputusan ialah sama ada kehidupan mereka hari ini lebih baik berbanding semalam dan sama ada hari esok menjanjikan harapan yang sarat dengan peluang serta potensi.
“Jika jawapannya ya, maka tanpa ragu-ragu berilah mandat kepada kerajaan yang ada untuk meneruskan dan menambahbaik apa yang ada,” katanya ketika membentangkan Bajet 2013 berjumlah RM251.6 bilion di Dewan Rakyat, hari ini.
Najib yang mengumumkan bahawa Bajet 2013 sebagai yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13, berkata ia merupakan antara siri-siri belanjawan yang akan mendorong negara tercinta ke arah pencapaian wawasan nasional.
“Sebagai parti yang telah dimandatkan, kami menyeru rakyat menilai secara kritikal dan rasional akan titipan rekod kejayaan yang dimiliki oleh Barisan Nasional (BN). Kerajaan BN dan sebelum itu perikatan telah selama 55 tahun mencipta kehidupan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Beliau berkata, hakikat rakyat telah memberi mandat kepada kerajaan BN sebanyak 12 kali tanpa putus sejak 1959 bermakna sesuatu yang betul telah dilakukan oleh kerajaan sedia ada.
“Kita tahu ada pihak yang menyeru supaya mereka diberi peluang untuk membentuk kerajaan. Secara berlapang dada, dalam sebuah negara yang demokratik, kita faham tidak salah menawarkan diri, kerana mereka juga ada hak, namun pada akhirnya, rakyatlah yang akan menentukan siapa akan mendapat mandat melalui peti undi,” kata beliau.
Sambil memetik madah pujangga, bumi mana tak ditimpa hujan, gading mana yang tidak retak, Najib turut mengakui bahawa kerajaan BN tidak bebas daripada kekhilafan tetapi yang membezakan BN dengan pakatan pembangkang ialah mereka tidak mempunyai ketawadu’an untuk mengakui kesilapan sebaliknya mencipta alasan demi alasan dengan penuh gempita menyalahkan orang lain.
Najib berkata, pucuk pangkalnya, pihak yang menawarkan alternatif ini juga perlu dinilai catatan rekod mereka.
“Kerana mereka bukan tidak dikenali rakyat Malaysia. Malah, ada di kalangan mereka pernah diamanahkan sebagai kepimpinan tertinggi yang mengurus khazanah negara. Tidak cukup dengan itu, hari ini di beberapa negeri mereka juga mengepalai kerajaan.
“Kalau hari ini mereka menjanji itu dan ini, rakyat Malaysia harus bertanya, apabila kerajaan berkenaan, ketika masih berjawatan dulu, kenapa tidak melaksanakan apa yang dikokokkan.
“Hakikatnya, jika kita berpeluang, tidak melaksanakan segala yang dijanji, apatah pula jaminan mereka akan melunaskannya jika diberi kuasa sekarang,” katanya.
“Bukankah apabila berhadapan dengan krisis kewangan Asia, hampir ranap negara ini dibuatnya?” kata beliau.
Katanya jika kini, di negeri-negeri yang ditadbir mereka, apa yang terkandung dalam manifesto mereka sendiri pun masih tinggal janji, mana mungkin mereka boleh dipercayai dengan amanah dan kuasa.
“Ini berbeza dengan kerajaan BN. Apabila berjanji, ditepati. Bahkan sebelum berjanji pun lagi, kita bersikap bertanggungjawab, dengan menentukan sama ada janji itu boleh ditunaikan atau tidak. Bukannya mengambil sikap asal menang, segala-galanya sanggup dipertaruhkan. Sebaliknya bila menang, janji hilang entah ke mana.”
Najib berkata, kerajaan BN juga pada hakikatnya tidak pernah menjanjikan bulan, bintang mahupun cakerawala kepada rakyat sebaliknya sentiasa menawarkan penyelesaian serta kepimpinan terhadap segala masalah mereka.
Memetik kata-kata seorang ahli falsafah Yunani “The measure of a man is what he does with power” Najib berkata justeru pada hari ini, untuk berkuasa, ada sesetengah pihak sanggup mengadu domba antara agama dan bangsa, sanggup menggadai segala-galanya hatta prinsip sekalipun demi kerakusan kuasa.
Katanya, kerajaan BN dibimbing prinsip “fastabiqul khairat” seperti yang terkandung dalam ayat al-Quran yang dibacanya di awal ucapannya, iaitu berlumba-lumba melakukan kebaikan.
Beliau turut membidas sikap pihak tertentu yang mencadangkan supaya keseluruhan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan dan menyifatkannya sebagai perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab kerana jika dimansuhkan, rakyat Malaysialah yang akan terbeban menanggung lebih RM30 bilion hutang PTPTN.
Katanya, pada hakikatnya kerajaan BN adalah perintis kepada perpaduan kaum yang menjadi teras kestabilan nasional tetapi pihak lain yang ingin menjadi kerajaan merintis kekuatan melalui konflik dan kebencian dan kerajaan difitnah serta dituduh semahunya.
“Maka, saya menyeru rakyat Malaysia supaya menghakimi Kerajaan BN dengan amal perbuatan bukannya retorik. Marilah bersama-sama saya dan rakan-rakan untuk kita melepas bebaskan segala potensi yang ada bagi membina sebuah negara yang boleh kita banggakan. Sebuah negara yang mana yang susah dibantu, yang lemah dilindungi, yang berada membantu, yang kuat melindungi, yang muda dikasihi, yang tua dihargai, yang memerlukan dikhidmati dan yang berbakat digilap.
“Sesungguhnya kita mahukan Malaysia yang tersanjung di persada antarabangsa. Malaysia yang makmur dan aman. Malaysia yang menjadi cahaya dan oasis di tengah-tengah ketidaktentuan global. Mudah-mudahan dengan izin-Nya dan sokongan padu rakyat, kita bakal membina sebuah realiti dari impian.
Kepada ALLAH kita berserah,” katanya mengakhiri ucapan pembentangan Bajet 2013 itu.
Sinar
Bajet: Pencen minimum pesara kerajaan RM820
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pelarasan pencen itu akan mengambil kira bayaran pencen bermula 1 Jan 2012.
“Langkah ini melibatkan seramai 50,371 pesara, termasuk penerima pencen terbitan, dengan peruntukan tambahan sebanyak RM60 juta setahun,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Sementara itu, kerajaan turut mencadangkan pengurangan caj bayaran pemprosesan pasport berkuatkuasa Januari 2013 dalam usaha mengiktiraf golongan warga emas.
Najib berkata caj bayaran pemprosesan pasport untuk tempoh sah laku selama lima tahun bagi warga emas akan dikurangkan sebanyak 50 peratus daripada RM300 kepada RM150.
“Manakala, bagi caj bayaran pengurusan pasport untuk tempoh dua tahun dikurangkan kepada RM80,” katanya.
Tambahnya, pengurangan caj bayaran pasport itu turut diperluaskan kepada kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah. – Bernama
Belia beli telefon pintar 3G dapat rebat RM200
KUALA LUMPUR – Golongan belia akan menikmati rebat sebanyak RM200 secara one-off atau bayar sekali bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G, yang bertujuan membuka akses untuk golongan itu kepada lebuh raya maklumat, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini.
Perdana Menteri berkata, pakej khas itu, yang akan diperkenalkan kerajaan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan syarikat telekomunikasi, terbuka kepada belia berumur antara 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.
“Sebanyak RM300 juta disediakan dan akan memanfaatkan 1.5 juta belia,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat, hari ini.
Kementerian Belia dan Sukan sebelum ini berjaya mengumpulkan kehadiran 1.5 juta belia pada Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya pada Mei lepas.
Najib berkata dalam usaha melahirkan generasi belia yang berpersonaliti tinggi, berintergriti, kreatif dan berinovasi, kerajaan melancarkan program Y-Creative yang melibatkan persatuan belia di seluruh negara.
Bagi mengiktiraf peranan belia dalam pembangunan negara, kerajaan akan melancarkan Pertandingan Lautan Biru 1Malaysia for Youth atau 1M4U bagi golongan
itu mempersembah idea-idea kreatif dan inovatif menerusi pertandingan di peringkat tempatan, negeri dan kebangsaan.
“Tiga idea terbaik akan diberikan peruntukan daripada Dana Sukarelawan 1Malaysia,” kata Najib.
Katanya bagi membantu usahawan muda dalam bidang informasi, komunikasi dan teknologi (ICT), sebuah yayasan dengan nama New Entrepreneur Foundation akan ditubuhkan dengan peruntukan permulaan sebanyak RM50 juta bagi program latihan dan bimbingan.
Selain itu, Young Entrepreneur Fund juga diwujudkan dengan peruntukan RM50 juta, disediakan oleh SME Bank.
Dana pinjaman mudah alih ini adalah untuk belia berumur 30 tahun ke bawah dengan subsidi kadar pinjaman sebanyak dua peratus dan had maksimum pinjaman sebanyak RM100 serta bayaran balik selama tujuh tahun.
Buang sifat angkuh, Mustapa nasihat jentera BN
1 Oktober 2012
Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pemimpin dan ahli parti perlu mengelak sifat angkuh dan takbur bagi menarik sokongan rakyat Kelantan bersama perjuangan parti itu.
"Kita tidak mampu nak tanggung kehilangan undi, terutama dalam jangka masa pilihan raya yang terlalu dekat.
"Kita perlu lebih berhati-hati kerana pembangkang akan menaikkan isu yang boleh menjatuhkan kredibiliti BN," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kelantan dan BN Kelantan di sini, semalam.
Sebelum ini, Penyelidik kendalian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menunjukkan peratusan jangkaan memihak kepada BN Kelantan bertambah daripada 27 peratus pada Mac- April lalu kepada 32 peratus bulan ini.
Bagaimanapun sokongan jangkaan kepada Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pas yang mentadbir Kerajaan Negeri, susut tiga mata daripada 44 peratus kepada 41 peratus sepanjang tempoh itu.
Dalam PRU13 kali ini, BN Kelantan menyasarkan untuk menguasai 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) daripada 45 kerusi sekali gus merampas pentadbiran Pas sejak lebih 20 tahun lalu.
Bagi tujuan itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, pihaknya akan menganjurkan kursus melibatkan pemimpin dari 14 bahagian negeri.
"Kita akan memperbaiki dan memperbanyakkan program bersama belia, kita cuba dekati golongan ini yang amat penting, kita juga akan memperkemaskan aktiviti bersama rakyat," katanya.
Mengulas mengenai isu kenaikan harga gula, Mustapa berkata, kenaikan itu akan mengurangkan bilangan pesakit kencing manis dalam kalangan penduduk di Kelantan.
Menurutnya, Kelantan merupakan antara negeri yang mempunyai bilangan pesakit kencing manis tertinggi di seluruh Negara.
"Jumlah kenaikan harga ini, jauh lebih rendah, jika dibandingkan dengan kos rawatan yang perlu dikeluarkan, sekiranya menghidap penyakit merbahaya itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kelantan dan Barisan Nasional (BN) Kelantan di sini, semalam.
Beliau berkata, sekiranya isi rumah menggunakan dua kilogram gula dalam masa seminggu, ia akan menghasilkan kenaikan harga gula sebanyak RM20 setahun.
Menurutnya, Kerajaan masih menanggung subsidi gula sebanyak 37 sen sekilogram yang melibatkan perbelanjaan sebanyak ratusan juta ringgit.
Sebelum ini, subsidi gula dikurangkan sebanyak 20 sen sekilogram, selepas diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika Pembentangan Bajet 2013 di Dewan Rakyat, Jumaat lalu.
Jangan takut turun gelanggang, Najib nasihat pemimpin BN
30 September 2012
"Jangan takut...jangan takut lagi, masuk ke gelanggang, inilah semangat yang kita mesti ada," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-41 Gerakan di sini, hari ini.
Najib yang juga Pengerusi BN berkata bahawa keberanian seperti itu menjadi lambang semangat juang yang sebenar.
"Tunjuk kekuatan kita, kita ada semangat untuk berjuang, lawan apabila anda dalam keadaan terdesak," tegasnya pada majlis yang turut dihadiri Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Perdana Menteri berkata berbekalkan semangat juang yang tinggi, kerja keras, semangat berpasukan dan perancangan stategik, BN dapat memastikan segala usaha untuk menawan hati rakyat berjaya.
Selain itu, Najib berkata masanya telah tiba untuk Parti Gerakan menjadi lebih ofensif dan tidak takut untuk membuat perubahan terutama dalam usaha merampas semula Pulau Pinang daripada DAP, sekali gus memastikan lebih banyak pembangunan dapat dilaksanakan untuk rakyat.
"Jangan takut, kita ada kes yang kuat. Pembangunan di Pulau Pinang sangat baik. Sebab apa? Sebab adanya kerjasama daripada Umno, MCA, MIC dan juga kerajaan.
"Oleh itu dalam perhimpunan ini, saya minta diperbaharui semangat, jadi rakan yang baik dan berharga kepada BN. Hanya dengan itu, anda akan mencapai kejayaan yang diimpikan," kata Najib.
Dalam pada itu, beliau turut memuji Koh berhubung hasratnya untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang selain menyifatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebagai seorang pemimpin yang telah menyumbang banyak kepada parti dan negara.
"Saya nak ucap terima kasih. Banyak yang telah beliau lakukan bukan sahaja kepada Pemandu (Unit Pelaksanaan dan Pengurusan Prestasi), tapi juga dalam soal perpaduan dan Rukun Tetangga.
"Beliau seorang pemimpin yang boleh diharap yang sentiasa memberikan nasihat bernas. Macam inilah yang kita nak untuk masa depan kita," kata Najib. - Bernama
Najib pengecut, gagal sahut cabaran Anwar debat Bajet 2013
Posted on Monday, October 01 @ 06:04:23 UTC
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever
Sumber KeadilanDaily
Ahli parlimen BN takut untuk hadir dalam perbahasan bajet 2013 oleh Pakatan Rakyat! Memalukan!
KUALA
LUMPUR 1 Oktober: Kelibat Datuk Seri Najib Razak tidak kelihatan pada
perbahasan Bajet 2013 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermula jam
11.30 pagi tadi.
Ini jelas menunjukkan ketakutan beliau berdebat dengan Ketua Pembangkang itu.
Malah ramai di kalangan Menteri turut memonteng sesi itu hari ini.
Tiada Menteri mahupun Ahli Parlimen (MP) BN yang bangun mencelah, kecuali MP Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.
Beberapa MP BN, antaranya Datuk Idris Haron (Tangga Batu) dan Timbalan
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim pula dilihat berada di
luar Dewan ketika Anwar berucap.
Ketiadaan Najib menyebabkan beberapa MP BN terpaksa mempertahankan
kelemahan Kerajaan Pusat, walaupun menggunakan maklumat yang salah.
Antaranya, berhubung isu ekonomi masyarakat Melayu Pulau Pinang dan pencapaian ekonomi Kerajaan Selangor.
Anwar berkata, sudah menjadi tradisi Menteri Kewangan untuk hadir ke Parlimen ketika sesi bahas belanjawan negara.
“(Sudahlah) debat tak berani, bahas dalam Parlimen pun tak sanggup.
(Akhirnya Menteri Kewangan) Suruh ‘backbenchers’ (Ahli Parlimen biasa)
pertahan, sedangkan mereka tiada dalam kabinet kerajaan dan tidak tahu
dasar (yang tepat),” tempelak Ketua Umum KEADILAN itu.
Baru-baru ini, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mencabar Perdana Menteri berdebat mengenai Bajet 2013.
Separuh ucapan Najib pada penggulungan Bajet 2013 Jumaat lalu mengkritik Pakatan Rakyat.
“Ayuh kita berdebat, Pakatan Rakyat lawan Barisan Nasional. Kamu kata kamu demokrat bukan,” cabar Anwar.
Beliau turut bersedia memberikan masa tambahan 10 minit kepada Najib jika berani menyahut cabaran itu.
Dalam sesi itu, Anwar juga menyentuh mengenai dasar-dasar kebajikan di negeri-negeri Pakatan.
Mengulas Bajet 2013, Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan ia sebagai bajet politik semata-mata.
Katanya, pelbagai insentif diberikan dalam bentuk ‘one off’ kepada
sasaran tertentu memperlihat tindakan kerajaan mahu menawan hati rakyat
menjelang pilihan raya umum nanti.
Sementara itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, ucapan Najib
ketika membentangkan Belanjawan 2013 lalu yang bertukar kepada ucapan
pilihan raya membayangkan ketakutan Perdana Menteri.
“Ia jelas bahawa pembentangan Bajet 2013 menunjukkan Najib sangat tidak
yakin dan dibayangi rasa fobia kerana merasakan ucapan belanjawan
keempat ini merupakan ucapan belanjawan terakhir Umno dan BN di
Parlimen.
Anwar : Najib Cabut Lari Bila Ajak Debat Posted on Sunday, September 30 @ 00:00:00 UTC Dilulus untuk paparan oleh teori |
Sumber Hafizan Taib
“Saya secara bergurau berkata kepada Najib dalam masa lebih kurang setengah jam saudara menyerang saya. Apa kata kalau kita debat Najib dengan tajuk belanjawan? Dia sambil ketawa pegang beg terus blah (berlalu).''
“Pimpinan ini dia mesti berani pertahankan hujahnya. Itu prinsipnya. Jadi kalau kita gunakan media untuk meuar-uarkan jadi alat propaganda dan tidak boleh diulas itu jadi masalah,” katanya ketika berucap dalam majlis Makan Malam Perdana Bersama Pimpinan PR di Stadium Malawati di sini malam Jumaat lalu.
SHAH ALAM 30 SEPT : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menolak cabaran debat dilontarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pembentangan bajet 2013 dibuatnya di Parlimen Jumaat lalu.
Anwar
yang juga Ketua Pembangkang mengulangi cabarannya itu selepas Menteri
Kewangan itu menggunakan sebahagian masa dalam tempoh pembentangan bajet
tersebut bagi menyerang dirinya dan pemimpin Pakatan Rakyat(PR).
“Saya
secara bergurau berkata kepada Najib dalam masa lebih kurang setengah
jam saudara menyerang saya. Apa kata kalau kita debat Najib dengan tajuk
belanjawan? Dia sambil ketawa pegang beg terus blah (berlalu).
“Pimpinan
ini dia mesti berani pertahankan hujahnya. Itu prinsipnya. Jadi kalau
kita gunakan media untuk meuar-uarkan jadi alat propaganda dan tidak
boleh diulas itu jadi masalah,” katanya ketika berucap dalam majlis
Makan Malam Perdana Bersama Pimpinan PR di Stadium Malawati di sini
malam Jumaat lalu.
Beliau berkata, selaku Ketua Pembangkang dia akan mengulas secara
panjang lebar mengenai bajet 2013 yang dibentangkan Najib dalam sidang
dewan pada Isnin ini serta berharap Perdana Menteri menghadirinya.
“Saya masih ingat semasa saya jadi Menteri Kewangan, saya tidak pernah
tidak hadir ulasan awal Ketua Pembangkang walaupun pedih telinga
(mendengar). Masa itu YB Lim Kit Siang jadi Ketua Pembangkang.
“Bukan senang nak dengar tetapi saya fikir oleh kerana dia dengar ucapan
kita selaku Menteri Kewangan maka wajarlah untuk menghormati sistem
demokrasi dan memuliakan Parlimen,” lata bekas Timbalan Perdana Menteri
itu.
Anwar : Najib Cabut Lari Bila Ajak Debat
DARI FB
Assalamualaikum.....
Dlm suatu majlis ilmu, seorang ustaz menjelaskan perihal HUDUD..."org kita(Islam) bising bila ada org Penang(DAP) bantah..... yg itu sy tak risau, kes kecil shj, dia bukan Islam tak timbul soal akidah hanya urusan kita sesama manusia....sy kata kesnya kecik sbb kita hanya perlu runding dgn dia, kita beri dia kefahaman bahawasanya " INI HAK KAMI, PERSOALAN AGAMA KAMI, URUSAN KA
PASIR PUTEH – “Setelah melalui segala jalan syahwat, ALLAH SWT memberi aku gambaran akhirat. Maka aku mencari kebenaran dengan masuk ke gerbang hijau yang bertonggak ulama dan ditakuti pencinta dunia,” demikian luah Bob Lokman selepas mengambil keputusan menyerahkan borang ahli Pas kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, awal tahun ini.
Bob atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman, 48, yang mengakui terabai dengan kefahaman Islam walaupun lahir dalam keluarga Islam keturunan ulama, bersyukur kerana diberi petunjuk untuk berjuang bersama Pas.
Bagaimanapun katanya, beliau tidak pernah berhasrat bertanding dalam pilihan raya atau menjadi wakil rakyat.
“Menawarkan diri untuk menjadi wakil seperti meletakkan sebelah kaki
ke dalam neraka dan saya sememangnya tidak pandai menjadi wakil rakyat.
“Biarlah saya terus membantu Pas mengikut kemampuan,” katanya pada Majlis Jalinan Mesra Muslimat Pas Kawasan Pasir Puteh bersama Bob Lokman di sini, kelmarin.
Bob Lokman memang dikenali dalam industri hiburan dan keputusan beliau menjadi ahli Pas memulakan fenomena penyertaan ramai selebriti ke dalam parti itu seperti Aishah, Abby Abadi, Renggo Arrow dan Hairie Othman.
Ketika diminta mengulas fenomena itu, beliau berkata, mereka membuat pilihan tersebut kerana menyedari Pas lebih baik berbanding parti lain di negara ini.
“Apabila usia meningkat, pemikiran semakin matang lalu mereka memilih untuk menyokong kebenaran dan peribadi baik Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga merupakan faktor orang tertarik untuk bersama Pas.
“Saya berharap lebih ramai rakan artis menyertai Pas pada masa akan datang,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau mengakui menghadapi pelbagai cabaran selepas menyertai Pas, namun dianggap lumrah kerana bertekad menjadikan Pas sebagai wadah perjuangan untuk mempopularkan ALLAH SWT, seperti dicatat dalam blog beliau, ‘Demi ALLAH’.
Bob yang terkenal sebagai pelakon, pelawak dan penulis lirik juga berkata, beliau tidak akan meneruskan aktiviti seni kerana menganggap bidang itu mengundang banyak keburukan.
“Saya sudah lama bergelumang dalam bidang ini dan saya mengakui secara jujur bahawa hiburan memudaratkan, tidak perlu beri alasan kerana seni,” katanya.
BENTONG – Hasrat pasangan suami isteri untuk menimang cahaya mata
sulung tidak kesampaian apabila mereka terbabit dalam kemalangan di
Kilometer 9.5 Jalan Baru Bentong-Raub, kira-kira jam 9 malam kelmarin.
Ketika itu, Jefri Khusairi, 28, bersama isterinya, Norazila Amira Radzuan, 24, yang mengandung lapan bulan dalam perjalanan balik dari rumah keluarga mereka di Kampung Lebu ke Kuala Lumpur menaiki kereta jenis Persona.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata,
setibanya di tempat kejadian, sebuah kereta Wira dipandu anggota
tentera, Mohd Romdan Ideris, 25, dari arah Bentong ke Raub dipercayai
hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan.
Menurutnya, kereta Wira itu dipercayai berpusing sebelum bertembung dengan kereta dinaiki pasangan suami isteri tersebut.
“Mohd Romdan yang memandu seorang diri, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. Manakala, Norazila Amira pula disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bentong bersama kandungannya.
“Jefri pula cedera parah dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh,” katanya.
Abdul Aziz berkata, mayat kedua-dua mangsa dituntut keluarga masing-masing tengah hari semalam untuk dikebumikan.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sinar
MELAKA – Hajat seorang lelaki mahu membuka perniagaan menjual alat
penggera dan kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Melaka Perdana, Alor
Gajah pada Sabtu ini tidak kesampaian apabila dia mati rentung selepas
kenderaan Toyota Innova yang dipandunya melanggar pokok di Lebuh AMJ
berhampiran Cheng di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 4.45 pagi itu, Chan Yan Seng (gambar kecil), 32, mati di tempat lokasi apabila kenderaan yang dipandunya hangus terbakar manakala mangsa tidak sempat menyelamatkan diri.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd.
Rahman berkata, semasa kejadian, Yan Seng memandu seorang diri dari arah
Cheng Perdana menuju ke Alor Gajah.
“Ketika tiba di tempat kejadian, kenderaan tersebut terbabas ke bahu jalan dan melanggar sebatang pokok menyebabkan kenderaan itu terbakar dan mangsa yang tersepit rentung,” kata beliau ketika dihubungi di sini.
Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.
Kosmo
1 Oktober 2012
KEDAIK - “Walaupun saya menyesal kahwin dengan lelaki warga asing,
tetapi bersyukur kerana mempunyai anak-anak yang memahami penderitaan
yang saya alami,” demikian kata seorang wanita Ramlah (bukan nama
sebenar), 32.
Ramlah berkata, perkahwinannya dengan seorang lelaki warga asing tidak memberinya kebahagiaan, malah dia didera fizikal dan mental meskipun mempunyai tiga orang zuriat hasil perkahwinan mereka.
Menurutnya, dia juga ditinggalkan tidak bertali oleh warga asing itu yang suatu ketika dahulu pernah bekerja di sebuah ladang kelapa sawit syarikat swasta berhampiran kediamannya.
“Saya tidak bahagia berkahwin dengan lelaki asing kerana saya seolah-olah menjadi hamba kepadanya. Segala kemahuannya perlu saya turut, malah saya juga sering dipukul dan diterajang,” katanya kepada Sinar Harian.
Ramlah berkata, sehingga kini, bekas suaminya itu lari meninggalkannya dan anak-anak tanpa nafkah, malah kesal dengan sikap lelaki itu yang disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab.
“Inilah suratan yang terpaksa saya terima kerana bersuamikan lelaki warga asing.
"Perkahwinannya dengan saya mungkin hanya sekadar nafsu semata-mata tanpa memikirkan hal kami anak beranak,” katanya.
Menurutnya, dia sekali lagi diduga apabila perkahwinannya dengan lelaki Sarawak juga tidak lama apabila diceraikan oleh lelaki itu setelah tiga tahun mendirikan rumah tangga.
“Memang tiada keserasian antara kami berdua. Saya dan dia mempunyai seorang cahaya mata dan perkahwinan kami juga tidak bertahan lama memandangkan sikapnya yang kaki botol dan panas baran,” katanya.
Katanya, dia yang kini terpaksa bekerja di sebuah restoran di Johor Bharu bagi menampung kehidupannya dan anak-anak bagi memastikan nasib mereka terbela pada masa depan.
“Sayalah ibu dan sayalah bapa kerana dengan wang pendapatan RM900 sebulan ini saya berjimat cermat untuk membeli keperluan anak-anak kerana hanya mereka saja dapat memberi kekuatan kepada saya untuk meneruskan kehidupan,” katanya.
Assalamualaikum.....
Dlm suatu majlis ilmu, seorang ustaz menjelaskan perihal HUDUD..."org kita(Islam) bising bila ada org Penang(DAP) bantah..... yg itu sy tak risau, kes kecil shj, dia bukan Islam tak timbul soal akidah hanya urusan kita sesama manusia....sy kata kesnya kecik sbb kita hanya perlu runding dgn dia, kita beri dia kefahaman bahawasanya " INI HAK KAMI, PERSOALAN AGAMA KAMI, URUSAN KA
MI DGN
TUHAN KAMI....dan kamu harus menghormatinya kerna kami tdk akan masuk
campur urusan agama kamu".......Yg kita risau dan jd masalah besar bila
org kita(Islam) sndiri juga membantah, ia jd kes sangat besar, sbb ia
berkait soal asas, soal akidah kita, soal 'kepatuhan', soal 'tunduk'
kepada Allah. Islam itu maknanya tunduk, patuh, taat dan tawadduk kpd
Allah iaitu kita beriman dengan Allah...Dlm Al-Quran, setiap kali Allah
tegaskan berkaitan HUDUD ini misalnya surah Albakarah, ayat 178(klu x
silap) berkaitan hukum KISAS...Allah akan nyatakn hal berkaitan dgn
menyebut..."Ya ayyuhallajina amanu....wahai org2 yg beriman...maknanya
orang kita orang Islam....klu Allah kata "Ya ayyuhannas....itu lain utk
semua manusia. Persoalan berat disini ialah kita org Islam bila TOLAK
hukum Allah ini apa maknanya? Kita menetang Allah
tuan2...naujubillah.... Ini kes berat tuan2, berkaitan akidah kita bukan
soal politik PAS atau Umno itu sendiri, ini soal akidah kita orang
Islam...... jadi kita sedar keupayaan kita terbatas kerana faktor
politik, ttp kita blh bebaskan diri dari tanggungjwb ini bila berdepan
dgn Allah esok sekurang2nya dgn menyokong usaha ke arah perlaksanaan
HUDUD ini selain kita menjelaskan kpd saudara2 kita yg belum beragama
Islam semoga mereka faham dan tidak ditakut2kan berkaitan hal
ini......wallahualam.
Bob Lokman tidak mahu tanding PRU13
PASIR PUTEH – “Setelah melalui segala jalan syahwat, ALLAH SWT memberi aku gambaran akhirat. Maka aku mencari kebenaran dengan masuk ke gerbang hijau yang bertonggak ulama dan ditakuti pencinta dunia,” demikian luah Bob Lokman selepas mengambil keputusan menyerahkan borang ahli Pas kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, awal tahun ini.
Bob atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman, 48, yang mengakui terabai dengan kefahaman Islam walaupun lahir dalam keluarga Islam keturunan ulama, bersyukur kerana diberi petunjuk untuk berjuang bersama Pas.
Bagaimanapun katanya, beliau tidak pernah berhasrat bertanding dalam pilihan raya atau menjadi wakil rakyat.
“Biarlah saya terus membantu Pas mengikut kemampuan,” katanya pada Majlis Jalinan Mesra Muslimat Pas Kawasan Pasir Puteh bersama Bob Lokman di sini, kelmarin.
Bob Lokman memang dikenali dalam industri hiburan dan keputusan beliau menjadi ahli Pas memulakan fenomena penyertaan ramai selebriti ke dalam parti itu seperti Aishah, Abby Abadi, Renggo Arrow dan Hairie Othman.
Ketika diminta mengulas fenomena itu, beliau berkata, mereka membuat pilihan tersebut kerana menyedari Pas lebih baik berbanding parti lain di negara ini.
“Apabila usia meningkat, pemikiran semakin matang lalu mereka memilih untuk menyokong kebenaran dan peribadi baik Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga merupakan faktor orang tertarik untuk bersama Pas.
“Saya berharap lebih ramai rakan artis menyertai Pas pada masa akan datang,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau mengakui menghadapi pelbagai cabaran selepas menyertai Pas, namun dianggap lumrah kerana bertekad menjadikan Pas sebagai wadah perjuangan untuk mempopularkan ALLAH SWT, seperti dicatat dalam blog beliau, ‘Demi ALLAH’.
Bob yang terkenal sebagai pelakon, pelawak dan penulis lirik juga berkata, beliau tidak akan meneruskan aktiviti seni kerana menganggap bidang itu mengundang banyak keburukan.
“Saya sudah lama bergelumang dalam bidang ini dan saya mengakui secara jujur bahawa hiburan memudaratkan, tidak perlu beri alasan kerana seni,” katanya.
Wanita hamil 8 bulan maut
Ketika itu, Jefri Khusairi, 28, bersama isterinya, Norazila Amira Radzuan, 24, yang mengandung lapan bulan dalam perjalanan balik dari rumah keluarga mereka di Kampung Lebu ke Kuala Lumpur menaiki kereta jenis Persona.
Menurutnya, kereta Wira itu dipercayai berpusing sebelum bertembung dengan kereta dinaiki pasangan suami isteri tersebut.
“Mohd Romdan yang memandu seorang diri, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. Manakala, Norazila Amira pula disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bentong bersama kandungannya.
“Jefri pula cedera parah dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh,” katanya.
Abdul Aziz berkata, mayat kedua-dua mangsa dituntut keluarga masing-masing tengah hari semalam untuk dikebumikan.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sinar
Peniaga rentung di dalam Innova
Dalam kejadian pada pukul 4.45 pagi itu, Chan Yan Seng (gambar kecil), 32, mati di tempat lokasi apabila kenderaan yang dipandunya hangus terbakar manakala mangsa tidak sempat menyelamatkan diri.
“Ketika tiba di tempat kejadian, kenderaan tersebut terbabas ke bahu jalan dan melanggar sebatang pokok menyebabkan kenderaan itu terbakar dan mangsa yang tersepit rentung,” kata beliau ketika dihubungi di sini.
Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.
Kosmo
Menyesal kahwini warga asing
1 Oktober 2012
Ramlah berkata, perkahwinannya dengan seorang lelaki warga asing tidak memberinya kebahagiaan, malah dia didera fizikal dan mental meskipun mempunyai tiga orang zuriat hasil perkahwinan mereka.
Menurutnya, dia juga ditinggalkan tidak bertali oleh warga asing itu yang suatu ketika dahulu pernah bekerja di sebuah ladang kelapa sawit syarikat swasta berhampiran kediamannya.
“Saya tidak bahagia berkahwin dengan lelaki asing kerana saya seolah-olah menjadi hamba kepadanya. Segala kemahuannya perlu saya turut, malah saya juga sering dipukul dan diterajang,” katanya kepada Sinar Harian.
Ramlah berkata, sehingga kini, bekas suaminya itu lari meninggalkannya dan anak-anak tanpa nafkah, malah kesal dengan sikap lelaki itu yang disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab.
“Inilah suratan yang terpaksa saya terima kerana bersuamikan lelaki warga asing.
"Perkahwinannya dengan saya mungkin hanya sekadar nafsu semata-mata tanpa memikirkan hal kami anak beranak,” katanya.
Menurutnya, dia sekali lagi diduga apabila perkahwinannya dengan lelaki Sarawak juga tidak lama apabila diceraikan oleh lelaki itu setelah tiga tahun mendirikan rumah tangga.
“Memang tiada keserasian antara kami berdua. Saya dan dia mempunyai seorang cahaya mata dan perkahwinan kami juga tidak bertahan lama memandangkan sikapnya yang kaki botol dan panas baran,” katanya.
Katanya, dia yang kini terpaksa bekerja di sebuah restoran di Johor Bharu bagi menampung kehidupannya dan anak-anak bagi memastikan nasib mereka terbela pada masa depan.
“Sayalah ibu dan sayalah bapa kerana dengan wang pendapatan RM900 sebulan ini saya berjimat cermat untuk membeli keperluan anak-anak kerana hanya mereka saja dapat memberi kekuatan kepada saya untuk meneruskan kehidupan,” katanya.
No comments:
Post a Comment