Tuesday, October 23, 2012

ADAKAN KITA MAMPU MELAWAN@MENYEKAT KEKUASAAN ALLAH SWT

Kastam rampas gading gajah hampir 4 tan


GADING gajah yang dirampas dipamerkan kepada pihak media di Hong Kong kelmarin.


HONG KONG -Pihak kastam di sini merampas 1,209 gading gajah seberat hampir empat tan bernilai sekitar HK$26.7 juta (RM10.3 juta), kata beberapa pegawai kelmarin.
Beberapa pegawai berkata, semua gading tersebut ditemui di dalam beberapa kontena bertanda "kacang roscoco" dan "barangan lusuh plastik" yang dihantar dari Kenya dan Tanzania ke pulau ini pada awal minggu ini.
"Keseluruhan gading itu adalah seberat 3.81 tan sekali gus rampasan terbesar di sini," kata satu kenyataan jabatan kastam Hong Kong.
Menurut kenyataan tersebut, rampasan dibuat berdasarkan maklumat oleh pihak berkuasa China.
Media tempatan, RTHK melaporkan, polis China telah menahan tujuh individu termasuk seorang penduduk pulau ini susulan rampasan tersebut.
Di bawah undang-undang pulau ini, sesiapa yang didapati bersalah mengimport gading gajah boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan didenda HK$2 juta (RM787,000). - AFP

Panas Meletop!!!! 11 artis wanita top malaysia masuk PAS!!!!!!

BERITA PANAS MELETOP YG GUA BARU DAPAT TAU BEB..


11 ARTIS MALAYSIA MASUK PASTI - Pasti Aku Suka Tudung Ini.

PAS - Perwatakan Aku Sopan.


1. Fazura
10 artis cantik bertudung


2. Tiz Zaqyah
10 artis cantik bertudung
ala ala bucuk bucuk... comelnya dia.. ekekeke

3. Fouziah Gous
10 artis cantik bertudung


4. Erra Fazira
10 artis cantik bertudung


5. Neelofa
10 artis cantik bertudung


6. Nora Danish
10 artis cantik bertudung


7. Lisa Surihani
10 artis cantik bertudung


8. Maya Karin
10 artis cantik bertudung


9. Fasha Sandha
10 artis cantik bertudung


10. Siti Nurhaliza
10 artis cantik bertudung



Suri rumah dan bayi baru lahir ditemui mati

Posted on the October 23rd, 2012 under Tempatan by admin
KULIM – Seorang suri rumah dan seorang bayi baru lahir ditemui mati dalam bilik utama dan bilik air sebuah rumah teres di Taman Kekwa di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ghuzlan Salleh berkata polis mendapat maklumat yang membawa penemuan dua mayat itu kira-kira pukul 2.30 petang daripada seorang jiran mangsa yang dikatakan hairan kerana mangsa tidak keluar dari rumah dan mengambil anak-anaknya di sekolah seperti biasa.
“Jiran tersebut memaklumkan kepada polis yang kemudian pergi ke rumah berkenaan dan mendapati mayat seorang perempuan yang dikenali sebagai Shaniza Idris, 27, berlumuran darah dalam keadaan tertiarap dalam bilik utama sementara mayat seorang bayi yang baru dilahirkan pula ditemui dalm bilik air rumah tersebut,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata mangsa adalah isteri kepada seorang konstabel sokongan yang bertugas di Balai Polis Kulim dan ketika kejadian sedang berkursus di Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan.

Ghuzlan berkata kematian mangsa pada awalnya dipercayai akibat keguguran tetapi dalam siasatan polis mendapati bahawa tiada sebarang rekod daripada Klinik Kesihatan dan sebagainya yang ditemui mengesahkan bahawa mangsa sedang mengandung.
Katanya mayat kedua-duanya dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat, yang sedang dijalankan pakar forensik dari Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar dan mungkin keputusannya akan dapat diketahui lewat petang ini.
“Kita mengkategorikan kematian tersebut adalah mati mengejut,” katanya.
Sementara itu, jiran mangsa yang tinggal di hadapan rumah berkenaan, Rohizat Abdul Rahim, 49, dan isterinya Normah Ali, 48, telah pergi ke rumah mangsa setelah mendengar salah seorang dari tiga anak mangsa menangis.
Rohizat berkata setiap hari Shaniza akan menghantar anaknya ke sekolah dan selepas pulang terus menutup pintu dan berada dalam rumah, dan pukul 1 tengah hari akan keluar sekali lagi mengambil anaknya di sekolah.
“Semalam anak sulungnya pulang bersendirian dan saya dengar anak yang lain menangis kuat dalam rumah itu lalu saya suruh isteri saya ke rumah mangsa untuk memastikan sebab anak itu menangis,” Rohizat.
Sementara itu, Normah berkata apabila dia masuk ke dalam rumah itu dia mendapati terdapat beberapa tompokan darah di lantai dari bilik air hingga ke bilik tidur utama rumah itu dan mendapati Shaniza terlentang kaku hanya memakai coli tanpa pakaian lain dan sudah tidak bernyawa lagi.
“Lalu saya menjerit minta tolong daripada jiran-jiran bersebelahan dan menutupnya dengan sehelai selimut. Pada ketika itu saya tidak pasti sama ada terdapat mayat seorang bayi dalam bilik air di rumah itu kerana saya menumpukan untuk membantu Shaniza dengan meminta bantuan jira-jiran memanggil polis dan ambulans,” katanya yang merupakan orang pertama masuk ke rumah tersebut untuk mengetahui sebab salah seorang anak mangsa menangis begitu kuat.
Suami mangsa Asmadi Ahmad, 28, yang ditemui di bilik forensik Hospital Kulim kelihatan sugul dan trauma atas tragedi yang berlaku terhadap terhadap isterinya.
Dia yang tidak banyak bercakap berkata mayat isteri dan anaknya itu akan dikebumikan di Pokok Sena petang ini.
“Kematian ini adalah satu tragedi pada diri saya dan saya amat terkilan lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi, kerana anak-anak kami tanpa ibunya di hari raya ini,” katanya dengan nada tertekan.
Hasil perkongsian hidup Asmadi dan Allahyarham Shaniza, mereka mempunyai tiga orang anak iaitu dua lelaki Mohd Danial, 7, yang bersekolah di Tahun Satu, dan Mohd Dani, 4, serta Puteri Dayana, 1. – Bernama

Boleh tegur pemimpin, tapi dengan tertib

Posted on the October 23rd, 2012 under Politik by admin

SHAH ALAM – Mana-mana pemimpin masyarakat patut ditegur secara terbuka jika melakukan kesalahan yang melibatkan hak rakyat.
Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, perkara seperti itu perlu dibahas secara terbuka dengan tertib.
“Soal masalah awam boleh dicakap dengan terbuka. Tetapi kita tak patut memaki, jadi orang profesional.

“Kritik kesalahan dan pengurusan itu tapi pilih perkataan yang elok seperti manusia yang bertamadun. Sebut perkataan yang tegas dan berkmasud,” katanya pada siri Wacana Sinar Harian ke-15 hari ini.
Asri turut mempersoalkan pihaknya melarang ulama untuk membuat teguran secara terbuka kepada pemimpin negara.
“Golongan yang kata ulama tak bole tegur terang-terangan, tegur ulama terang-terangan. Itu boleh?
“Dosa manusia ada dua. Satu antara dia dengan Tuhan. Dosa dalam kategori ini tidak patut dibahasa dalam khalayak awam,” katanya.
Tambah beliau, keseluruhan rakyat Malaysia beraga Islam bersetuju bahawa ulama mesti berperanan dan menegur pemerintah.
Menurut Asri, peranan ulama dalam pemerintahan bukan sesuatu yang baru tetapi telah wujud sejak zaman nabi lagi.
Katanya, tokoh agama turut diheret dalam usaha mendapat pengaruh politik.
Sinar

Hudud: Mufti perlu tegur pendirian Soi Lek

Posted on the October 23rd, 2012 under Politik by admin
(Dari kanan) Syahrin, Mohd Asri, Siddiq Fadzil dan Maszlee Malik. – Foto Sinar Harian oleh Safwan Mansor, Azmi Aryanto, Rosli Talib, Muhammad Zulfadhli Mohd Zaki
SHAH ALAM – Moderator Wacana Sinar Harian ke-15, Dr. Maszlee Malik menggesa para mufti menyatakan pendirian mengenai kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengenai hudud yang kebelakangan ini didakwa semakin lantang memainkan isu itu.
Menurutnya, pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ahad lalu, yang tidak mengkritik kenyataan Soi Lek, seolah-olah menunjukkan pandangan Soi Lek adalah benar.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia menambah, “para mufti dan ilmuan setiap negeri mesti memberi pendirian dan pendapat sama ada mereka bersetuju dengan kenyataan Soi Lek atau pun tidak.”
“Sama ada mereka redha atau apakah pendirian dan langkah yang perlu diambil, Perdana Menteri pun tidak menafikan apabila Soi Lek mebuat kenyataan seperti itu, seolah-olah membenarkannya walaupun ketika Perdana Menteri turut hadir dalam perhimpunan MCA baru-baru ini,” katanya pada sidang media selepas Wacana Sinar Harian ke-15: Peranan Ulama Menasihati Pemimpin hari ini, di sini.
Wacana itu dianjurkan oleh Sinar Harian, produk terbitan Kumpulan Media Karangkraf.
Minggu lalu, Soi Lek dilaporkan mengeluarkan kenyataan yang menghina hudud, antara lain berkata jika hukum hudud yang dihasratkan Pas dilaksanakan, ia akan menyebabkan 1.2 juta rakyat hilang pekerjaan.
Sehubungan itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Pas terus menggesa Soi Lek bagi memohon maaf keatas keterlanjurannya mengeluarkan kenyataan yang berbaur penghinaan kepada hukum hudud itu.
Dalam pada itu, hadirin Wacana Sinar hari ini juga mengajukan soalan berhubung kenyataan Soi Lek, mendakwa ia memperlekehkan pelaksanan hukum Hudud di negara ini tetapi tiada seorang pun ulama Umno “membuka mulut” mempertahankan Islam.
Exco Pergerakan Pemuda Umno, Syahrin Md Jamaluddin bagaimanapun mempertahankan Umno mengatakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut melakukan perkara tersebut iaitu mempermainkan soal hudud terhadap Pas.
“Kalau mahu sebut soal mempermainkan hudud, DAP juga buat perkara yang sama juga kan? Jadi tidak ada beza pun dengan MCA lakukan terhadap Umno,” kata beliau yang juga Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi Malaysia.
Selain Syahrin turut menjayakan wacana hari ini ialah Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Datuk Dr Siddiq Fadzil dan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zaindul Abidin.
Syahrin bagaimanapun tidak menafikan perlunya pelaksanaan hukum hudud di negara ini tetapi perlu memikirkan kaedah atau pendekatan yang harus diguna dalam merealisasikan perkara ini.
“Kami (Umno) tidak pernah menafikan soal hudud ini malah konsisten ke arah pelaksanaan hudud,” tegas Syahrin.
Beliau turut menafikan yang Umno tidak mahu merealisasikan pelaksanaan hukum hudud di negara ini.
“Bukan tidak mahu buat, tetapi apa yang penting ialah pendekatan dan kaedah yang perlu kita gunakan dalam merealisasikan perkara (hudud) ini,” katanya.
Sementara itu, Asriberkata, ulama patut bersuara berhubung kenyataan Soi Lek berkenaan isu hudud.
“Ulama sepatutnya bersuara berhubung perkara ini. Kita tengok sehari dua lagi, ulama Umno akan kritik MCA,” katanya.
Sinar

Gaji minimum tukang cuci di Singapura dinaikkan kepada RM2,500

Posted on the October 23rd, 2012 under Luar Negara by admin
SINGAPURA: Struktur gaji baru diusulkan untuk tukang cuci, dengan SG$1,000 (RM 2,497) ditetapkan sebagai permulaan gaji pokok bulanan.
Tindakan yang tidak pernah dibuat sebelum ini oleh pegawai kesatuan sekerja, syarikat pembersihan dan kerajaan itu akan menaikkan bayaran gaji tukang cuci sebanyak 23 peratus. Pada masa ini, bayaran gaji kasar bulanan pencuci pejabat ialah RM2,035 sebulan, menurut Kementerian Tenaga Buruh. Panduan asas bayaran turut menetapkan gaji yang tinggi untuk tukang cuci yang melakukan kerja lebih sukar, menjamin bayaran minimum mereka patut dibayar.
Panduan asas pembayaran gaji yang diusulkan ini diumumkan Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Nasional (NTUC), Heng Chee How yang bertindak selaku pengerusinya dalam satu acara semalam.

Dia berkata, sementara tanda aras bayaran gaji ini hanya satu bentuk pembayaran indikatif, dia berharap syarikat akan melaksanakannya.
NTUC telah berjuang untuk menaikkan bayaran gaji dalam sektor pembersihan berikutan ia tidak meningkat sejajar dengan pertumbuhan ekonomi Singapura. Tukang cuci adalah pekerja kedua paling rendah bayaran gaji di Singapura, memperoleh lebih banyak daripada pekerja cuci kereta yang mendapat RM1,872 sebulan. Mengikut panduan asas diusulkan, tukang cuci dikategorikan kepada tiga kumpulan: Mereka yang membersihkan pejabat, estet perumahan dan pusat penjaja atau medan selera. – Straits Times

Doktor umpan telefon bimbit cabul budak

Posted on the October 23rd, 2012 under Tempatan by admin
ANGGOTA polis mengiringi seorang doktor yang diberkas bagi membantu siasatan kes cabul di Nusajaya, Johor semalam.
NUSAJAYA: Bermodalkan telefon pintar berjenama sebagai umpan, seorang doktor di sebuah klinik swasta di Bukit Indah, di sini, bertindak mencabul seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun bagi memuaskan nafsu songsangnya, Sabtu lalu sebelum menghadiahkan alat telekomunikasi itu untuk ‘menutup mulut’ mangsa.
Malah, doktor lelaki berusia 40 tahun yang masih bujang dipercayai sudah melakukan perbuatan terkutuk itu kepada beberapa kanak-kanak lain yang dikenalinya, namun dirahsiakan sebelum ini.

Bagaimanapun, doktor yang menjadikan kliniknya sebagai tempat mencabul kanak-kanak lelaki akhirnya ditahan polis pada kira-kira jam 1 tengah hari semalam, selepas bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, perkara itu disedari bapa mangsa yang juga seorang jurugambar bebas selepas mendapati anaknya memiliki telefon pintar baru.
Mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku, bapa mangsa memaksa anaknya menceritakan perkara sebenar.
Harian Metro

Kerajaan umumkan larangan bertudung setelah umat Islam di Russia Meningkat

Posted on the October 23rd, 2012 under Luar Negara by admin
Keadaan umat Islam di Rusia makin merosot setelah Presiden Vladimir Putin menentang keras pemakaian tudung di persekitaran sekolah-sekolah. Ucapan Presiden Putin ini semakin menambah kontroversi yang berkembang di Rusia tentang larangan keras bagi murid perempuan Muslim yang bertudung untuk bersekolah.
Ucapan Presiden Putin ini pada Khamis lalu ketika ditanya pendapatnya tentang kes sebuah sekolah di selatan Rusia yang melarang pelajar Muslim memakai tudung semasa di sekolah.
Kes ini muncul ketika lima pelajar Muslim dilarang masuk ke kelas di sekolah mereka di Desa Kara-Tyube di selatan Stavropol minggu lalu lantaran memakai tudung. Sekalipun pada awalnya mereka masih boleh masuk sekolah pada September lalu secara bertudung. Namun akhirnya lima pelajar ini diberitahu bahawa mereka tidak boleh lagi masuk sekolah kecuali tidak bertudung.

Pengetua Sekolah Marina Savchenko mempertahankan keputusan itu. Menurutnya, pelajar yang memakai tudung dianggap telah melanggar peraturan sekolah, yang memerlukan para pelajar untuk memakai pakaian sekuler secara Umumnya Larangan Bertudung Disekolah
Kes ini membuat para ibubapa pelajar mengemukakan tuntutan ke pejabat kerajaan tempatan. Mereka mengeluh kerana sekolah telah melanggar hak-hak berperlembagaan kana.-kanak untuk mendapatkan pendidikan dan kebebasan beragama.
Pihak pendakwa akan melakukan penilaian undang-undang atas kejadian itu dalam masa 30 tahun dan mengambil tindakan yang tepat bila pengetua sekolah dianggap telah melanggar undang-undang.
Media massa Rusia menafsirkan ucapan Putin sebagai ungkapan sokongannya untuk larangan bertudung. Dalam menyuarakan penentangannya atas pemakaian tudung di sekolah, Putin menegaskan bahawa negara perlu mewujudkan keadaan yang sama untuk semua warga negara dan menyeru untuk menerapkan keseragaman di sekolah.
Putin menilai keupayaan untuk berdiri ke luar dari komuniti multiagama akan membuat penganut agama lain merasakan hak dan kebebasan mereka berkurang. Ia juga mencadangkan kerajaan daerah untuk memperkenalkan lagi sebuah sekolah yang tunggal di seluruh Rusia, sistem yang pernah dilaksanakan di Kesatuan Soviet.
Persekutuan Rusia dihuni kira-kira 23 juta umat Islam yang tinggal di wilayah Caucasus dan beberapa republik di selatan iaitu Chechnya, Ingushetia dan Dagestan. Islam adalah agama kedua terbesar Rusia selepas Kristian Ortodoks dan mewakili 15 peratus dari 145 juta orang, menurut Ucapan Presiden Putin umat Islam di Rusia semakin banyak jumlahnya, tengoklah cerita seorang peguam muslim bandar Moscow di akhir musim sejuk lalu.
Menurutnya, umat Islam di ibu negara Rusia ini makin hari makin banyak dan kini dianggarkan lebih dari 2 juta orang jumlahnya. Pada solat hari raya Aidil Fitri di sebuah masjid agung bandar Moskow.
Halim Islam

Umat Islam di Jerman Rindukan Panggilan Azan

Posted on the October 23rd, 2012 under Luar Negara by admin

HAMBURG – Menara hijau dan putih itu menjulang dengan berani ke langit. Namun, tidak setinggi menara gereja. Di samping Masjid Pusat di St George, ada kedai Turki dan bangunan pejabat dan juga pejabat polis. Di Steindamm yang jauh dari kebisingan jalan, umat Islam di sini boleh mendengar panggilan azan dari muazin. Masyarakat berfikir tentang hal itu, dan meminta para anggotanya untuk melaksanakan solat di Masjid.
“Kami sedang mempertimbangkan untuk membuat sebuah permintaan,” kata Ramadhan Ucar. Dia adalah ketua masyarakat Islam di utara Jerman, dan juga merancang untuk menghantar permintaan untuk melakukan panggilan azan melalui pembesar suara. Di sana, rancangan tersebut telah menyebabkan protes keras dari warga negara sebagaimana dilaporkan. “Di St George kami masih melakukan perbincangan-perbincangan dalam masyarakat,” kata Ucar. Namun, tidak menyinggung tentang fakta bahawa beberapa anggota masyarakat bahkan melewatkan muazin di St George.
Di ruang bawah tanah bangunan itu, yang digunakan sebagai Masjid, terdapat restoran, kafe dan seorang tukang gunting. Jika anda bertanya kepada orang-orang apa yang dia fikirkan keinginan, mereka semua tidak berkata apa-apa, tetapi merujuk kepada Dewan Bandar. Astrid Hassan hanya pulang dari kedai rotinya, dan berjalan melintasi Masjid. Dia telah berkahwin 58 tahun dan telah lama menjadi Muslim, ia sendiri dulunya seorang Kristian. Hassan tidak menentang doa mingguan dan kebebasan beragama itu penting, tapi juga mengatakan: “Banyak orang Jerman yang mempunyai imej yang salah terhadap Islam. Muslim perlu lebih banyak menyampaikan mesej damai kepada mereka.”

Edip Mogurtay (36), pemilik kedai roti di empangan, berkata: “Saya tidak akan terganggu oleh panggilan azan. Saya tidak menentang deringan loceng gereja. Bagaimana mungkin saya kesal kerana suara dari Masjid?” Ramazan Ucar menunjukkan dengan bangga ke video di YouTube: Di sana sekali lagi anda boleh menyaksikan pembukaan menara baru pada tarikh 6 September. Pada waktu itu, seorang muazin menyuarakan azan untuk merayakan hari itu. Masjid tersebut telah berdiri sejak tahun 1977, dan menaranya sejak 1991. “Kami ingin menyelaraskan rancangan kami dengan pihak berkuasa,” kata Ucar.
Dan sementara di negara-negara Muslim dapat mengumandangkan suara azan di kala subuh, Ucar berfikir azan hanya akan terdengar di St George pada solat Jumaat. Itu akan menjadi saat makan siang, untuk jangka masa tiga hingga empat minit. “Dan tidak begitu keras, sehingga tidak mengganggu warga,” tegas Ucar. Markus Schreiber, kepala pejabat daerah pusat mengatakan, “Akan memastikan bahawa masalah suara dipenuhi,”. Ketua berkuasa mempertahankan pertukaran intensif dengan cara masyarakat Islam. Dia percaya: “Sebahagian besar ahli gereja tidak mahu berdoa.”
“Saya secara peribadi mempunyai simpati untuk idea tersebut,” kata Gunter Marwege, seorang pendeta di Gereja Lutheran paroki St George-Borgfelde. Marwege menganggap bahawa rakyat tidak punya masalah jika mendengar panggilan muazin kerana “mereka dikenali untuk menghadapi bentuk-bentuk kehidupan yang lain dengan terbuka.” Bahkan Helmut negara Voigt, Ketua Persatuan Warga di daerah, akan baik jika akan mendengar panggilan azan muslim di St George. “Ada dentingan loceng gereja Kristian, jadi mengapa tidak?” Voigtland tahu bahawa ini merupakan tugas penting untuk menyampaikan toleransi Islam ini kepada orang-orang, “dan panggilan untuk doa harus terdengar sesekali waktu.”
Sementara itu, seorang seniman di Hamburg Boran Burchhardt telah dipuji untuk melukis menara-menara Masjid di St George kelmarin. Artis 36 tahun dari Hamburg itu, telah mengatakan dua menara setinggi 20 meter itu adalah untuk projek seni dan segienam yang dicat hijau. Pada awal bulan September keduanya ditempatkan di menara seberat 7,5 tan, pada saat itu di depan mata anggota masyarakat. Tindakan yang menakjubkan itu telah menimbulkan kehebohan di Turki, yang tentu peduli akan apa yang terjadi jika masa depan di Hamburg. “Kami masih belum terlalu jauh,” kata Ucar, “Tetapi pada 2010 tersebut boleh memberikan dorongan kuat ke arah sana.”
Halim Islam

Ibu muda didakwa campak bayi dari tingkat 3

Posted on the October 23rd, 2012 under Tempatan by admin
PETALING JAYA: Seorang ibu muda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi perempuan yang baru dilahirkannya, bulan lepas.
Siti Fazlena Sahili, 20, didakwa dengan sengaja mencampak bayi seberat 2.8 kilogram tersebut dari tingkat tiga blok kediamannya dan menyebabkan bayi jatuh ke tempat letak motosikal di bawah.
Siti Fazlena, seorang pekerja kilang didakwa melakukan kesalahan itu di No. B1-3-23, Blok 1, Flat Desa Mentari, Jalan PJS 6/5E Sungai Way, di sini, pada 11 pagi, 16 Sept lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 309A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 309B akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Chong Yin Xin menawarkan wang jaminan RM20,000 dengan dua orang penjamin.
Bagaimanapun peguam Kamarul Zaman Abdul Rahman yang mewakili Siti Fazlena memohon mahkamah agar jaminan dikurangkan berikutan tertuduh berpendapatan rendah yang perlu menanggung ayahnya yang baharu mengalami kemalangan.
Hakim Yasmin Abdul Razak membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Nov untuk sebutan semula kes. – Bernama

Rumah Terbakar, Wang Tunai RM18,000 Hangus

Posted on the October 23rd, 2012 under Tempatan by admin
KOTA BAHARU: Enam sekeluarga tinggal sehelai sepinggang dan kerugian wang tunai RM18,000 apabila rumah dua tingkat mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Pengkalan Nangka, Pangkalan Chepa, di sini, Isnin.
Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, peniaga kuih, Hafizah Hashim, 30, berkata beliau kerugian kira-kira RM15,000 selepas gagal menyelamatkan wang hasil jualan kereta terpakai milik suaminya dalam kebakaran itu.
“Ketika kejadian, saya berada di gerai di hadapan rumah kerana menjual colek buah serta kuih-muih dan menyedari kebakaran tersebut selepas anak sulung, Aiman Hafizuddin (4 tahun) menjerit mengatakan ada api.
“Saya kemudian bergegas ke tingkat atas rumah untuk cuba menyelamatkan wang dan pelbagai barangan lain, namun gagal berikutan api yang sedang marak,” katanya kepada pemberita, di sini.

Yang berada di rumah ketika kejadian adalah bapa Hafizah, Mohd Hashim Sulaiman, 65, dan anak bongsu berusia setahun lapan bulan.
Sementara itu, ibu Hafizah, Fatimah Yusof, 60, berkata beliau juga gagal menyelamatkan wang tunai berjumlah RM3,000 yang disimpannya di dalam rumah.
“Saya berada di gerai bersama Hafizah, manakala suami, Hashim berada di dalam rumah ketika kebakaran itut berlaku.
“Saya hanya sempat menyelamatkan dokumen dan pengenalan diri sahaja,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Mohd Fakri Mazlan berkata pihaknya menerima panggilan pada 2.53 petang dan dua jentera bersama 10 anggota ditugaskan ke tempat kejadian untuk mengawal kebakaran. – BERNAMA

Dipenjara tiga bulan curi syampu

Posted on the October 22nd, 2012 under Tempatan by admin
Tertuduh, Mohd Azri Hafiz mengaku mencuri tiga botol syampu dan tiga kotak ubat gigi milik kedai runcit Rohani Ahmad di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.
KUALA TERENGGANU- Seorang penganggur mengambil jalan mudah menjadi ‘pemborong’ tanpa mengeluarkan sebarang modal dengan mencuri barangan runcit di sebuah kedai runcit di kampungnya sebelum menjual semula dengan harga ‘borong’ iaitu tiga barang hanya RM10 kepada warga Indonesia di kawasan berkenaan.
Bagaimanapun, perbuatan tidak pernah serik tertuduh, Mohd Azri Hafiz Aziz, 28, dari kawasan perpindahan Chendering, di sini, yang sudah beberapa kali keluar masuk penjara kerana kesalahan mencuri sebelum ini menerima pembalasan selepas dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Tidak cukup dengan itu, Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi turut memutuskan agar dia dikenakan tamba-han penjara dua minggu lagi sekiranya gagal menjelaskan jumlah denda berkenaan.
Semua hukuman itu diputuskan selepas Mohd Azri Hafiz mengaku bersalah mencuri tiga botol syampu jenama Pantene; dua kotak ubat gigi Fresh & White dan sekotak ubat gigi jenama Darlie di sebuah kedai runcit milik Rohani Ahmad, 39, di Jalan Sekolah Kebangsaan Chendering, di sini.
Mohd Azri Hafiz mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan itu pada 14 Oktober lalu lebih kurang jam 11.02 pagi.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superitendan Ngiam Ooi Ming manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Berdasarkan fakta kes, ketika hari kejadian, Mohd Azri Hafiz yang dikenal sebagai Hafiz oleh mangsa telah datang ke kedai runcit milik mangsa bersama seorang lagi lelaki sebayanya dipercayai rakannya.
Hafiz yang turut mengenali mangsa berlagak selamba dan sempat bersembang dengan mangsa sebelum keluar dari kedai runcit itu bersama barang dicuri yang bernilai keseluruhan RM46.70.
Mangsa sebelum itu langsung tidak menyedari perbuatan Hafiz, bagaimanapun terkejut selepas terlihat Hafiz sedang memasukkan barangan berkenaan di dalam seluar dan baju dipakainya melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang.
Yakin Hafiz telah melakukan perbuatan terkutuk itu, mangsa terus membuat laporan di Balai Polis Chendering dan susulan laporan dibuat, pada 17 Oktober lalu, lebih kurang jam 12.50 tengah hari, dia ditahan di kediaman keluarga angkatnya di kawasan perpindahan Chendering iaitu di tepi pantai Chendering, di sini.
Harian Metro

No comments:

Post a Comment