Ugut potong telinga guru
DICARI...Manoharan (tengah) menunjukkan gambar enam suspek termasuk tiga beradik yang dicari untuk membantu siasatan polis.
Dalam kejadian pada 24 Ogos lalu, guru berusia 42 tahun itu dipukul tiga beradik terbabit dikenali sebagai Azizan Awang, 34, Afizol, 39, dan Anuar, 47, selepas berang mangsa menampar kanak-kanak berkenaan yang dikatakan membuat bising ketika di masjid.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas kanak-kanak itu tidak mengendahkan teguran guru terbabit beberapa kali.
sebelum kejadian guru itu menegur anak suspek kerana bising dalam masjid namun tidak diendahkan kanak-kanak terbabit.
Menurutnya, mangsa kemudian menampar kanak-kanak itu yang memaklumkan bapanya menyebabkan guru berkenaan dipukul tiga beradik itu.
“Akibatnya, mangsa cedera dan dirawat di Hospital Besut sebelum membuat laporan polis. Bagaimanapun perasaan tidak puas hati suspek tidak berakhir di situ apabila mereka melawat mangsa di hospital dan mengugut memotong telinganya jika mangsa enggan menarik semula laporan polis yang dibuat.
“Usaha memburu tiga beradik itu sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan (KK) kerana sengaja menyebabkan cedera parah dan Seksyen 506 KK sama kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini, semalam.
Katanya, Che Wan Sharmizie Che Mat, 31, dipercayai menetak seorang guru sekolah rendah dengan parang panjang hingga cedera parah di badan, kaki dan tangan, Selasa lalu.
“Dua suspek lain ialah Mohd Amir Che Ya, 24, yang disiasat mengikut Seksyen 148 KK kerana memiliki senjata bahaya dalam rusuhan hingga mencederakan seorang lelaki pada 1 Oktober lalu dan Zamri Husin, 30, atau dikenali sebagai Awie bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 KK.
“Kami memandang serius beberapa siri jenayah kekerasan di Terengganu terutama Besut dan menubuhkan jawatankuasa khas bagi memburu suspek.
bagi memastikan mereka yang bersalah dikenakan tindakan sewajarnya.
“Keluarga atau rakan diingatkan tidak cuba melindungi suspek dan memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan mereka,” katanya.
Mereka mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di talian 09-6956222 atau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, 09-6246222.
Ular sawa disangka kain buruk
Menurut Sazali, dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, dia yang baru masuk ke dalam bot untuk meletakkan jaring ikan terpijak ekor ular sawa berkenaan.
“Ketika hendak masuk ke dalam bot saya lihat objek berkenaan bergumpal di sudut bot dan tidak menyangka sama sekali ia seekor ular sawa.
“Bimbang berlaku sesuatu tidak diingini, saya terus melompat keluar dari bot kerana melihat ular itu agak agresif cuba menerkam ke arah saya,” katanya ketika ditemui.
Menurutnya, dia kemudian menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Alor Gajah untuk melaporkan perkara itu.
Sementara itu, Ketua Operasi JPAM daerah Alor Gajah, Mohd Ridzuan Rahmat berkata, pihaknya yang menerima maklumat bergegas ke lokasi bagi menangkap ular berkenaan.
“Ular sawa ini agak agresif ketika usaha menangkapnya dilakukan namun dengan kemahiran menangkap ular serta pengalaman, ular itu berjaya ditangkap,” katanya.
Panik lahir luar nikah
Oleh Aininulniza Mohd Yusof
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Perbuatan itu terbongkar selepas pelajar perempuan berusia 17 tahun itu terpaksa dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, selepas mengalami komplikasi akibat kelahiran berkenaan.
Difahamkan, pelajar berkenaan melahirkan bayinya kira-kira jam 5 petang kelmarin sebelum teman lelakinya, abang kandung pelajar berkenaan berusia 20 tahun serta sepupu lelakinya berusia 18 tahun bertindak membuang bayi berkenaan ke dalam sungai.
Hasil pemeriksaan lanjut, doktor mengesan tanda kelahiran membabitkan pelajar berkenaan lalu menyoal lanjut sebelum suspek menceritakan perkara sebenar dan mengaku melahirkan seorang bayi perempuan yang sudah dibuang teman lelakinya ke dalam sungai.
Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Haron berkata, gerakan mencari bayi perempuan itu dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) di sungai itu digerakkan selepas menerima maklumat seorang doktor di HTF yang merawat pelajar berkenaan.
Wanita tagih cinta toreh pipi isteri orang
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5 pagi ketika mangsa berusia 56 tahun bersama suaminya pergi ke sebuah gerai dan ketika sedang makan, mereka didatangi seorang wanita berusia 53 tahun yang tiba-tiba terus memarahi dan memaki-hamun mangsa selain menghambur kata-kata kesat kepada pasangan berkenaan.
Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal, wanita berkenaan bertindak demikian selepas perasaan cintanya terhadap suami mangsa berusia lingkungan 50-an tidak dilayan, malah enggan membawanya keluar bersiar-siar menyebabkan suspek berang terhadapnya.
“Suspek kemudian dipercayai mengeluarkan sebilah pisau pemotong kertas dari dalam saku seluarnya dan cuba menikam mangsa, namun sempat dielak sebelum terkena pipi kiri,” katanya.
Katanya, akibat torehan itu menyebabkan mangsa cedera dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.
“Mangsa dilaporkan terpaksa menerima 10 jahitan pada pipinya sebelum membuat laporan di Balai Polis Sungai Nibong.
Menurutnya, suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut untuk siasatan lanjut dan hasil semakan mendapati dia tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Menurutnya, pihak akan menyiasat mengikut pelbagai aspek terhadap kejadian yang menyebabkan suspek bertindak nekad dan agresif sedemikian.
‘Memang saya kahwin, cerai banyak kali’
Dia sebelum itu sedia ditemu bual kerana ingin memberi penjelasan mengenai dakwaan dia berkahwin 11 kali yang dibuat sebahagian isterinya, seperti dilaporkan Metro Ahad pada 21 Oktober lalu.
“Ya, memang saya kahwin, cerai banyak kali, tetapi tak sampai 11 dan saya tak pernah ada tujuh isteri sekali gus. Saya berkahwin lapan kali dalam tempoh 10 tahun.
“Daripada jumlah itu, enam daripadanya sudah saya ceraikan dan kini dalam proses perceraian dengan ‘isteri ketujuh’ yang dinikahi pada Februari tahun lalu,” katanya.
‘Syukur...dia kena tahan’
Demikian kata Achik, 22, seorang daripada isteri Mohd Razis Ismail, 30 yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sebelum didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, semalam atas tuduhan memalsukan dokumen untuk bernikah dan bernikah tanpa kebenaran mahkamah.
Dia berharap, penahanan lelaki itu akan membolehkan keadilan ditegakkan dan nasib semua isteri serta bekas isterinya terbela.
“Saya juga amat berterima kasih kepada Jais yang mengambil tindakan dengan segera dan aduan kami nampaknya diambil berat pihak berkuasa itu,” katanya.
Seorang lagi isteri Mohd Razis, Naimah Ismail, 24 yang kini mempunyai kes tuntutan fasakh di mahkamah berharap penahanan lelaki itu menghentikan kegiatannya.
JANGAN CAKAP JE...MUHASABAH AKIDAH MASING2
Muslim wajib pertahan akidah
Demikian perutusan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena Aidiladha yang disambut umat Islam, hari ini.
Beliau berkata, ia sejajar dengan tuntutan memelihara agama sebagai tujuan utama syariah atau maqasid syariah dalam Islam.
“Bagi kita umat Islam, Aidiladha memberi makna bahawa keimanan kepada Allah tonggak kehidupan paling utama bagi seorang mukmin.
“Tiada lain yang lebih penting dalam kehidupan seorang mukmin selain keimanan dan kecintaan kepada Allah,” katanya.
Sambil mengucapkan selamat menyambut Aidiladha daripadanya sekeluarga, Muhyiddin berkata, ibadat korban yang dilaksanakan pada Aidiladha dan hari-hari tasyrik berikutnya adalah lambang keimanan dan keakraban umat Islam kepada Allah.
Kata beliau, Aidiladha memberi erti perpaduan ummah yang berasaskan kesatuan tauhid dan persaudaraan dalam Islam tanpa mengira perbezaan bangsa dan warna kulit adalah sesuatu yang amat dituntut agama.
HAL-HAL YANG MEMBATALKAN KEISLAMAN SESEORANG
Dr. Yusuf Al-Qardhawi
Pertanyaan:
Apa yang menyebabkan Islam seseorang menjadi batal?
Jawab:
Setiap manusia, apabila telah mengucapkan dua kalimat
Syahadat, maka dia menjadi orang Islam. Baginya wajib dan
berlaku hukum-hukum Islam, yaitu beriman akan keadilan dan
kesucian Islam. Wajib baginya menyerah dan mengamalkan hukum
Islam yang jelas, yang ditetapkan oleh Al-Qur'an dan
As-Sunnah.
Tidak ada pilihan baginya menerima atau meninggalkan
sebagian. Dia harus menyerah pada semua hukum yang
dihalalkan dan yang diharamkan, sebagaimana arti (maksud)
dari ayat di bawah ini:
"Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang Mukmin dan tidak
(pula) bagi wanita yang Mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya
telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka
pilihan (yang lain) tentang urusan mereka ..." (Q.s.
Al-Ahzab: 36) .
Perlu diketahui bahwa ada diantara hukum-hukum Islam yang
sudah jelas menjadi kewajiban-kewajiban, atau yang sudah
jelas diharamkan (dilarang), dan hal itu sudah menjadi
ketetapan yang tidak diragukan lagi, yang telah diketahui
oleh ummat Islam pada umumnya. Yang demikian itu dinamakan
oleh para ulama:
"Hukum-hukum agama yang sudah jelas diketahui."
Misalnya, kewajiban salat, puasa, zakat dan sebagainya. Hal
itu termasuk rukun-rukun Islam. Ada yang diharamkan,
misalnya, membunuh, zina, melakukan riba, minum khamar dan
sebagainya.
Hal itu termasuk dalam dosa besar. Begitu juga hukum-hukum
pernikahan, talak, waris dan qishash, semua itu termasuk
perkara yang tidak diragukan lagi hukumnya.
Barangsiapa yang mengingkari sesuatu dari hukum-hukum
tersebut, menganggap ringan atau mengolok-olok, maka dia
menjadi kafir dan murtad. Sebab, hukum-hukum tersebut telah
diterangkan dengan jelas oleh Al-Qur'an dan dikuatkan dengan
hadis-hadis Nabi saw. yang shahih atau mutawatir, dan
menjadi ijma' oleh ummat Muhammad saw. dari generasi ke
generasi. Maka, barangsiapa yang mendustakan hal ini,
berarti mendustakan Al-Qur'an dan As-Sunnah.
Mendustakan (mengingkari) hal-hal tersebut dianggap kufur,
kecuali bagi orang-orang yang baru masuk Islam (muallaf) dan
jauh dari sumber informasi. Misalnya berdiam di hutan atau
jauh dari kota dan masyarakat kaum Muslimin.
Setelah mengetahui ajaran agama Islam, maka berlaku hukum
baginya.
---------------------------------------------------
FATAWA QARDHAWI, Permasalahan, Pemecahan dan Hikmah
Dr. Yusuf Al-Qardhawi
Penerbit Risalah Gusti
Cetakan Kedua, 1996
Jln. Ikan Mungging XIII/1
Telp./Fax. (031) 339440
Surabaya 60177
10 PERKARA YANG MEMBATALKAN ISLAM
10 PERKARA YANG MEMBATALKAN ISLAM.
Saudara muslim! Ketahuilah, bahawa terdapat beberapa perkara yang
boleh membatalkan Islam seseorang. Antara yang paling banyak terjadi
ialah sepuluh perkara. Maka hindarilah diri anda daripadanya.Pertama:
Syirik iaitu mempersekutukan Allah dalam ibadat. Firman Allah swt:
{ إِنَّهُ ُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ
فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا
لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ } (المائدة: 72)
“Sesungguhnya sesiapa yang mempersekutukan Allah, nescaya Allah,
mengharamkan Syurga baginya dan tempat tinggalnya (kelak) adalah neraka,
dan tiada penolong bagi orang-orang yang zalim”. (Al-Maidah: 72)Antara perbuatan syirik tersebut ialah: Meminta doa dan pertolongan dari orang-orang yang telah mati, bernazar dan menyembelih korban kepada mereka.
Kedua:
Menjadikan sesuatu sebagai perantara di antara dirinya dengan Allah, meminta doa dan syafaat serta berserah diri (tawakkal) kepada perantara itu. Orang yang melakukan perkara tersebut, menurut kesepakatan (ijma’) ulama’ adalah kafir.
Ketiga:
Tidak mengkafirkan orang musyrik atau ragu-ragu terhadap kekufuran mereka atau membenarkan fahaman mereka. Dengan melakukan demikian, ia telah kafir.
Keempat:
Berkeyakinan bahawa petunjuk yang lain daripada petunjuk Nabi saw adalah lebih sempurna atau berkeyakinan bahawa hukuman yang lain daripada hukuman Nabi saw lebih baik seperti mereka yang mengutamakan peraturan thaghut (peraturan manusia yang melampaui batas dan menyimpang dari hukum Allah) dan mengenepikan hukum Rasulullah saw. Maka orang yang berkeyakinan seperti itu adalah kafir.
Sebagai contoh:
a-Berkeyakinan bahawa peraturan atau perundangan yang dibuat oleh manusia lebih utama daripada Syariat Islam;
- atau perundangan Islam tidak sesuai dilaksanakan di abad kedua puluh satu.
· atau Islam hanya mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya sahaja dan bukan urusan kehidupan dunia.
b-Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah swt dalam perkara hukum hudud seperti memotong tangan pencuri dan merejam penzina yang telah berkahwin (muhsan) tidak sesuai lagi pada masa kini.
c- Berkeyakinan bahawa dibolehkan untuk mengamalkan perundangan yang lain daripada syariat yang diturunkan oleh Allah swt samada dalam hukum mu’amalat (perdagangan) atau dalam melaksanakan hukum hudud (jenayah) atau lainnya sekalipun tidak disertai dengan keyakinan bahawa hukum-hukum tersebut lebih utama daripada Syariat Islam, kerana dengan sedemikian ia telah menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah menurut ijma’ ulama.
Setiap orang yang menghalalkan perkara yang sudah jelas dan tegas diharamkan oleh Allah swt dalam agama seperti zina, arak, riba dan melaksanakan perundangan yang lain dari syariat Islam adalah kafir menurut kesepakatan umat Islam (ijma’).
Kelima:
Membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasulullah saw sebagai syariat walaupun ia mengamalkannya. Dengan melakukan demikian, ia telah menjadi kafir, kerana firman Allah:
{ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ }
“Demikian itu adalah kerana mereka benci terhadap sesuatu yang
diturunkan oleh Allah, maka Allah menghapuskan (pahala) segala amal
perbuatan mereka”. (Muhammad: 9)Keenam:
Mempersendakan Allah swt atau kitab-Nya atau Rasulullah saw atau sesuatu daripada ajaran agama, maka ia telah menjadi kafir, kerana firman Allah swt:
{ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآَيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ، لا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ } (التوبة: 65-66)
“Katakanlah (wahai Muhammad): Adakah terhadap Allah dan
ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu sekelian memperolok-olok main? Tiada
ertinya kamu meminta maaf kerana kamu telah kafir setelah beriman”.
(At-Taubah: 65-66)Ketujuh:
Sihir, di antaranya ilmu guna-guna (sarf), iaitu mengubah kecintaan seorang suami terhadap isterinya menjadi benci dan ilmu pengasih, iaitu menjadikan seseorang mencintai sesuatu yang tidak disenanginya dengan cara-cara syaitan. Mereka yang mengamalkan sihir atau rela dengannya adalah kafir kerana firman Allah swt:
{ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلا تَكْفُرْ } (البقرة: 102)
“Sedangkan kedua-dua malaikat itu tidak mengajarkan (suatu sihir)
kepada sesiapa pun sebelum mengatakan: sesungguhnya kami hanya cubaan
bagimu, oleh itu janganlah kamu menjadi kafir”. (Al-Baqarah: 102)Kelapan:
Membantu dan menolong orang musyrikin untuk memusuhi kaum muslimin kerana firman Allah swt:
{ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ } (المائدة: 51)
“Dan barangsiapa di antara kamu yang mengambil mereka (Yahudi dan
Nasrani) menjadi pemimpin, maka dia termasuk di dalam golongan mereka.
Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang
zalim”. (Al-Maidah: 51)Kesembilan:
Berkeyakinan bahawa sesetengah individu diperbolehkan untuk tidak mengikuti syariat Muhammad saw. Orang yang berkeyakinan sedemikian adalah kafir kerana firman Allah swt:
{ وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآَخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ } (آل عمران: 85)
“Dan sesiapa yang menghendaki selain Islam sebagai agama, maka tidak
akan diterima agama itu darinya, dan di akhirat ia tergolong di kalangan
orang-orang yang rugi”. (Aali Imran: 85).Kesepuluh:
Berpaling daripada agama Allah swt atau perkara-perkara yang menjadi syarat sah sebagai muslim tanpa mempelajarinya dan tanpa melaksanakan ajarannya. Firman Allah swt:
{ وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ ذُكِّرَ بِآَيَاتِ رَبِّهِ ثُمَّ أَعْرَضَ عَنْهَا إِنَّا مِنَ الْمُجْرِمِينَ مُنْتَقِمُونَ } (السجدة: 22)
“Tiada yang lebih zalim daripada orang-orang yang telah mendapat
peringatan melalui ayat-ayat Tuhannya kemudian ia berpaling daripadanya.
Sesungguhnya kami akan menimpakan balasan kepada orang-orang yang
berdosa”. (As-Sajadah: 22)Firman Allah swt:
{ وَالَّذِينَ كَفَرُوا عَمَّا أُنْذِرُوا مُعْرِضُونَ } (الأحقاف: 3)
“Dan orang-orang yang kafir berpaling daripada perkara yang diperingatkan kepada mereka”. (Al-Ahqaf: 3).Dalam perkara yang membatalkan Islam ini, hukumnya tidak berbeza sama ada secara bergurau atau bersungguh-sungguh, sengaja melakukannya atau takut, kecuali apabila diancam dan dipaksa.
Semoga Allah melindungi kita semua daripada melakukan perbuatan yang mendatangkan kemurkaan Allah swt dan seksaan yang sangat pedih.
Dari Buku: Panduan Untuk Jemaah Haji Dan Umrah Serta Pengunjung Masjid Rasul Saw.
20 Oktober 2011 – 22 Zulqa’dah 1432H.
http://abuanasmadani.blogspot.com/2011/10/10-perkara-yang-membatalkan-islam.html
Perkara-perkara yang membatalkan Islam
Sumber : Dr. Yusuf Al Qardawi
Setiap
manusia, apabila telah mengucapkan dua kalimat Syahadat, maka dia
menjadi orang Islam. Baginya wajib dan berlaku hukum-hukum Islam, yaitu
beriman akan keadilan dan kesucian Islam. Wajib baginya menyerah dan
mengamalkan hukum Islam yang jelas, yang ditetapkan oleh Al-Qur'an dan
As-Sunnah.Tidak ada pilihan baginya menerima atau meninggalkan sebagian.
Dia harus menyerah pada semua hukum yang dihalalkan dan yang
diharamkan,
sebagaimana arti (maksud) dari ayat di bawah ini:
"Dan
tidaklah patut bagi laki-laki yang Mukmin dan tidak (pula) bagi wanita
yang Mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan sesuatu
ketetapan, akan ada bagi merekapilihan (yang lain) tentang urusan mereka
..." (Surah Al-Ahzab: 36) .
Perlu diketahui bahwa ada
diantara hukum-hukum Islam yang sudah jelas menjadi kewajiban-kewajiban,
atau yang sudah jelas diharamkan (dilarang), dan hal itu sudah menjadi
ketetapan yang tidak diragukan lagi, yang telah diketahui oleh ummat
Islam pada umumnya. Yang demikian itu dinamakan oleh para ulama:
"Hukum-hukum agama yang sudah jelas diketahui." Misalnya, kewajiban
salat, puasa, zakat dan sebagainya. Hal itu termasuk rukun-rukun Islam.
Ada
yang diharamkan, misalnya, membunuh, zina, melakukan riba, minum khamar
dan sebagainya. Hal itu termasuk dalam dosa besar. Begitu juga
hukum-hukum pernikahan, talak, waris dan qishash, semua itu termasuk
perkara yang tidak diragukan lagi hukumnya. Barangsiapa yang mengingkari
sesuatu dari hukum-hukum tersebut, menganggap ringan atau
mengolok-olok, maka dia menjadi kafir dan murtad. Sebab, hukum-hukum
tersebut telah diterangkan dengan jelas oleh Al-Qur'an dan dikuatkan
dengan hadis-hadis Nabi S.A.W yang shahih atau mutawatir, dan menjadi
ijma' oleh ummat Muhammad saw. dari generasi ke generasi.
Maka,
barangsiapa yang mendustakan hal ini, bererti mendustakan Al-Qur'an dan
As-Sunnah. Mendustakan (mengingkari) hal-hal tersebut dianggap kufur,
kecuali bagi orang-orang yang baru masuk Islam (muallaf) dan jauh dari
sumber informasi. Misalnya berdiam di hutan atau jauh dari kota dan
masyarakat kaum Muslimin. Setelah mengetahui ajaran agama Islam, maka
berlaku hukum baginya./ Fatwa Dr. Yusuf Al-Qardhawi
Perkara yang boleh membatalkan shahadah
Pertama
Syirik dalam ibadat kepada Allah (SWT). Allah (SWT) berfirman,yang bermaksud:-
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَغۡفِرُ أَن يُشۡرَكَ بِهِۦ وَيَغۡفِرُ مَا دُونَ
ذَٲلِكَ لِمَن يَشَآءُۚ وَمَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱفۡتَرَىٰٓ
إِثۡمًا عَظِيمًا (٤٨
"Sesungguhnya
Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan
sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi
sesiapa yang dikehendakiNya" (4: 48)
لَقَدۡ
ڪَفَرَ ٱلَّذِينَ قَالُوٓاْ إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلۡمَسِيحُ ٱبۡنُ
مَرۡيَمَۖ وَقَالَ ٱلۡمَسِيحُ يَـٰبَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ ٱعۡبُدُواْ
ٱللَّهَ رَبِّى وَرَبَّڪُمۡۖ إِنَّهُ ۥ مَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ
حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ ٱلۡجَنَّةَ وَمَأۡوَٮٰهُ ٱلنَّارُۖ وَمَا
لِلظَّـٰلِمِينَ مِنۡ أَنصَارٍ۬ (٧٢)
"…bahawasanya
sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka
sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah
Neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku
zalim. "(5:72)
Contoh perbuatan syirik adalah berdoa kepada
orang-orang yang telah mati dan memohon pertolongan dari mereka;
bersumpah janji kepada mereka dan menyembelih binatang untuk mereka
seperti orang-orang yang menyembelih binatang untuk jin atau kuburan.
Kedua
Barangsiapa
yang menjadikan sesuatu sebagai perantaraan antara dirinya dan Allah
(SWT), dan berdoa dan meminta syafa’at dari mereka, serta bertawakkal
kepada mereka, telah kufur menurut ijmak ulamak.
Ketiga
Barangsiapa
yang tidak mengkafirkan orang-orang mushrik (seperti Hindu dan Majus),
atau ragu-ragu terhadap kekufuran mereka, atau menganggap cara dan agama
mereka benar; telah melakukan kufur.
Keempat
Barangsiapa
yang percaya bahawa ada petunjuk yang lain yang lebih sempurna dari
petunjuk dan ajaran Nabi (SAW), ataupun hukum selain dari hukumnya
adalah lebih baik; seperti orang-orang yang memilih hukum taghut ke atas
hukumnya, maka orang itu adalah kafir.
Kelima
Barangsiapa yang membenci sesuatu daripada apa yang dibawa oleh Rasulullah (SAW) , walaupun ia beramal dengannya, telah kufur.
Firman Allah (SWT):-
ذَٲلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَرِهُواْ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأَحۡبَطَ أَعۡمَـٰلَهُمۡ
"Berlakunya
yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang
diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak
yang diterangkan di dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal
mereka." (Muhammad :9)
Keenam
Barangsiapa yang memperolok-olokan sesuatu daripada agama Islam ataupun daripada ganjaran dan seksaannya telah kufur.
Firman Allah (SWT):
سَيَحۡلِفُونَ
بِٱللَّهِ لَڪُمۡ إِذَا ٱنقَلَبۡتُمۡ إِلَيۡہِمۡ لِتُعۡرِضُواْ عَنۡہُمۡۖ
فَأَعۡرِضُواْ عَنۡہُمۡۖ إِنَّہُمۡ رِجۡسٌ۬ۖ وَمَأۡوَٮٰهُمۡ جَهَنَّمُ
جَزَآءَۢ بِمَا ڪَانُواْ يَكۡسِبُونَ (٩٥)
يَحۡلِفُونَ لَڪُمۡ
لِتَرۡضَوۡاْ عَنۡہُمۡۖ فَإِن تَرۡضَوۡاْ عَنۡہُمۡ فَإِنَّ ٱللَّهَ لَا
يَرۡضَىٰ عَنِ ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡفَـٰسِقِينَ (٩٦)
"Mereka
akan bersumpah dengan nama Allah kepada kamu apabila kamu kembali
kepada mereka (dari medan perang), supaya kamu berpaling dari mereka
(tidak menempelak mereka); oleh itu berpalinglah dari mereka kerana
sesungguhnya mereka itu kotor (disebabkan mereka telah sebati dengan
kufur) dan tempat kembali mereka pula ialah Neraka Jahanam, sebagai
balasan bagi apa yang mereka telah usahakan. (95) Mereka bersumpah
kepada kamu supaya kamu reda akan mereka; oleh itu jika kamu reda akan
mereka, maka sesungguhnya Allah tidak reda akan kaum yang fasik. "
(At-Taubah:65-66)
سَيَحۡلِفُونَ بِٱللَّهِ لَڪُمۡ إِذَا ٱنقَلَبۡتُمۡ إِلَيۡہِمۡ لِتُعۡرِضُواْ عَنۡہُمۡۖ فَأَعۡرِضُواْ عَنۡہُمۡۖ إِنَّہُمۡ رِجۡسٌ۬ۖ وَمَأۡوَٮٰهُمۡ جَهَنَّمُ جَزَآءَۢ بِمَا ڪَانُواْ يَكۡسِبُونَ (٩٥)
يَحۡلِفُونَ لَڪُمۡ لِتَرۡضَوۡاْ عَنۡہُمۡۖ فَإِن تَرۡضَوۡاْ عَنۡہُمۡ فَإِنَّ ٱللَّهَ لَا يَرۡضَىٰ عَنِ ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡفَـٰسِقِينَ (٩٦)
Ketujuh
Sihir.
Dan daripadanya adalah membuat orang membenci atau menyayangi sesuatu.
Maka barangsiapa yang melakukan sihir atau meredhainya telah kufur.
Firman Allah (SWT):
سُوۡرَةُ البَقَرَة
وَٱتَّبَعُواْ
مَا تَتۡلُواْ ٱلشَّيَـٰطِينُ عَلَىٰ مُلۡكِ سُلَيۡمَـٰنَۖ وَمَا ڪَفَرَ
سُلَيۡمَـٰنُ وَلَـٰكِنَّ ٱلشَّيَـٰطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ
ٱلسِّحۡرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلۡمَلَڪَيۡنِ بِبَابِلَ هَـٰرُوتَ
وَمَـٰرُوتَۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنۡ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا
نَحۡنُ فِتۡنَةٌ۬ فَلَا تَكۡفُرۡۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنۡهُمَا مَا
يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيۡنَ ٱلۡمَرۡءِ وَزَوۡجِهِۦۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ
بِهِۦ مِنۡ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا
يَضُرُّهُمۡ وَلَا يَنفَعُهُمۡۚ وَلَقَدۡ عَلِمُواْ لَمَنِ ٱشۡتَرَٮٰهُ
مَا لَهُ ۥ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنۡ خَلَـٰقٍ۬ۚ وَلَبِئۡسَ مَا شَرَوۡاْ
بِهِۦۤ أَنفُسَهُمۡۚ لَوۡ ڪَانُواْ يَعۡلَمُونَ
Mereka
(membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang
dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman,
padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran
itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan
sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa
yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil
(Babylon), sedang mereka
berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka
menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan
(untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan
mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari
dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang
suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali
memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun
melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara
yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka
dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui
bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat
bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang
mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 102)
Kelapan
Menolong dan membantu orang-orang mushrikin ke atas orang-orang Islam.
Firman Allah (SWT):
يَـٰٓأَيُّہَا
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ ٱلۡيَہُودَ وَٱلنَّصَـٰرَىٰٓ
أَوۡلِيَآءَۘ بَعۡضُہُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٍ۬ۚ وَمَن يَتَوَلَّهُم
مِّنكُمۡ فَإِنَّهُ ۥ مِنۡہُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهۡدِى ٱلۡقَوۡمَ
ٱلظَّـٰلِمِينَ
…sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka itu. (5:51)
سُوۡرَةُ البَقَرَة
وَٱتَّبَعُواْ مَا تَتۡلُواْ ٱلشَّيَـٰطِينُ عَلَىٰ مُلۡكِ سُلَيۡمَـٰنَۖ وَمَا ڪَفَرَ سُلَيۡمَـٰنُ وَلَـٰكِنَّ ٱلشَّيَـٰطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحۡرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلۡمَلَڪَيۡنِ بِبَابِلَ هَـٰرُوتَ وَمَـٰرُوتَۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنۡ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحۡنُ فِتۡنَةٌ۬ فَلَا تَكۡفُرۡۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنۡهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيۡنَ ٱلۡمَرۡءِ وَزَوۡجِهِۦۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنۡ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمۡ وَلَا يَنفَعُهُمۡۚ وَلَقَدۡ عَلِمُواْ لَمَنِ ٱشۡتَرَٮٰهُ مَا لَهُ ۥ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنۡ خَلَـٰقٍ۬ۚ وَلَبِئۡسَ مَا شَرَوۡاْ بِهِۦۤ أَنفُسَهُمۡۚ لَوۡ ڪَانُواْ يَعۡلَمُونَ
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ ٱلۡيَہُودَ وَٱلنَّصَـٰرَىٰٓ أَوۡلِيَآءَۘ بَعۡضُہُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٍ۬ۚ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمۡ فَإِنَّهُ ۥ مِنۡہُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ
Kesembilan
Barangsiapa
yang percaya bahawa sebahagian manusia adalah bebas untuk keluar
daripada shariah Nabi Muhammad (SAW), seperti bebasnya Al-Khidir
daripada shariah Nabi Musa, maka orang itu adalah kafir.
Firman Allah (SWT):
وَمَن يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَـٰمِ دِينً۬ا فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِينَ
Dan
sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima
daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.
(Ali-Imran:85)
Kesepuluh
Berpaling dari agama Allah (SWT) dengan tidak mempelajarinya maupun beramal dengannya.
Firman Allah (SWT):
وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِـَٔايَـٰتِ رَبِّهِۦ ثُمَّ أَعۡرَضَ عَنۡهَآۚ إِنَّا مِنَ ٱلۡمُجۡرِمِينَ مُنتَقِمُونَ
Dan
tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan
ayat-ayat Tuhannya, kemudian dia berpaling daripadanya. Sesungguhnya
Kami tetap membalas orang-orang yang berdosa. (As-Sajadah:22)
Dan
tiada perbezaan dalam semua pembatal-pembatal shahadah ini antara orang
yang melakukannya sama ada ia berlawak, atau bersungguh-sungguh, atau
takut; kecuali yang dipaksa. Semua pembatal-pembatal shahadah ini adalah
daripada yang terbahaya dan paling banyak berlaku dalam masyarakat.
Maka
adalah satu kemestian untuk seorang muslim berjaga-jaga darinya, dan
takut akan dirinya melakukan perkara-perkara itu. Dan kami memohon
lindungan Allah (SWT) daripada kemarahan dan seksaannya. Dan selawat
serta salam ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarganya dan sahabatnya.
Bagi mengekalkan iman, akidah, Islam pada tahap
yang memberangsangkan, maka setiap Muslim itu perlu mengetahui
perkara-perkara yang boleh membatalkan akidah, Islam, atau juga disebut
dua kalimah syahadah bertujuan untuk menyelamatkan dirinya di akhirat
bersama dengan Rasulullah s.a.w. Ia terlalu banyak untuk diperkatakan,
tetapi dalam kesempatan ini, hanya beberapa perkara pokok sahaja
disenaraikan.
Perkara-perkara yang membatalkan Islam
1. Terlibat pada perkara syirik atau mengadakan sekutu dalam beribadah kepada Allah.
2. Menjadikan sesuatu atau seseorang sebagai wasilah (perantara) dalam doa, syafa'at dan tawakkal.
3. Tidak mengkafirkan orang-orang musyrik, menyangsikan kekafiran mereka malah membenarkan keyakinan mereka.
4. Meyakini bahawa petunjuk selain petunjuk Nabi Muhammad s.a.w. adalah lebih sempurna dan lebih baik.
5. Membenci hal-hal yang berasal daripada ajaran Rasulullah s.a.w. walaupun mengamalkannya.
6. Mengolok-olok sebagian ajaran yang dibawa Rasulullah s.a.w. seperti pahala atau balasan yang akan diterima.
7. Melakukan sihir, karena pelakunya dihukumi kafir.
8. Menyokong orang kafir serta memberikan bantuan dan pertolongan kepada orang musyrik untuk memerangi Muslimin.
9. Beranggapan bahawa manusia dengan mudah boleh terkeluar dari syariat atau ajaran Nabi Muhammad s.a.w.
10. Berpaling dari agama Allah SWT baik kerana tidak mahu mempelajarinya atau kerana tidak mahu mengamalkannya.
11.
Mengganggap suatu hukum atau undang-undang selainnya lebih baik
daripada syari'at Rasulullah s.a.w. dan lebih mengutamakan hukum thaghot
daripada hukum Rasulullah s.a.w. Apabila ada seseorang meyakini bahwa
undang-undang yang dibuat manusia lebih utama dan lebih baik daripada
syari'at Islam, maka ia telah kafir.
12. Apabila seseorang Muslim
itu menganggap bahawa syariat Islam sudah tidak sesuai lagi dengan
perkembangan zaman, atau bahkan beranggapan bahawa agama Islam hanya
menyangkut hubungan ritual antara hamba dengan Rabbnya dan tidak ada
kaitannya sama sekali dengan masalah duniawi. Demikian pula apabila
seseorang memandang bahawa pelaksanaan syari'at Islam, misalnya masalah
rajam dan qishash, sudah tidak sesuai lagi dengan peradaban modern (atau
Hak Asasi Manusia).
13. Begitu pula mereka yang beranggapan
bahawa seseorang dibolehkan untuk tidak berhukum dengan hukum atau
syari'at Allah SWT dalam hal kemasyarakatan dan hukum-hukum lainnya,
maka ia telah kafir, meskipun belum sampai pada keyakinan bahawa hukum
yang dianutnya lebih utama dari hukum Islam.
14. Bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah.
15. Ingkar nikmat Allah sama ada yang terang atau yang sembunyi, yang mudah difikirkan atau yang memerlukan kajian.
16. Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah kerana Allah tidak menyukainya.
17. Menggubal undang-undang mengikut kemahuan manusia bukan mengikut ketentuan Allah.
18. Menumpukan segala ketaatan kepada selain Allah dengan cara yang tidak disukai-Nya.
19. Menjalankan hukum selain dari hukum Allah atau tidak merujuk kepada hukum Allah dalam sesuatu perkara.
20. Benci atau menentang sesuatu perkara yang berhubung dengan Islam atau menbenci agama Islam seluruhnya.
21.
Mencintai kehidupan dunia mengatasi kecintaan akhirat dan menjadikan
dunia ini sebagai matlamat utama yang unggul dalam hidupnya.
22.
Menghina sesuatu daripada kitab Allah atau sunnah Rasulullah s.a.w. atau
orang-orang alim yang menegakkannya atau mempersendakan hukum-hukum
daripada hukum Allah atau syiar-syiar Islam.
23. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan sebaliknya.
24. Tidak beriman dengan semua sumber-sumber (punca) hukum daripada kitab Allah dan As-Sunnah.
25. Melantik orang-orang kafir dan munafik menjadi pemimpin serta tidak mencintai orang-orang yang berakidah Islam dan mukmin.
26. Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah s.a.w.
27.
Rasa takut, lemah hati di dalam menegakkan Tauhidullah dan rasa lapang,
terbuka dan riang dalam menegakkan perkara-perkara syirik.
28. Menyatakan bahawa al-Quran terdapat pertentangan di antara ayat yang dan isi yang terkandung di dalam ayat itu.
29.Tidak
mengetahui tentang marifat Allah dan pengenalan yang jelas serta ingkar
dengan sifat-sifat ketuhanan-Nya dan ingkar nama-nama-Nya.
30.
Tidak mengetahui atau mengenali Rasul dengan betul atau menafikan adanya
sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah kepadanya atau
menghina sifat-sifat kepujian atau mengitiqad bahawa baginda adalah
contoh utama bagi manusia.
31. Mengkafirkan orang yang mengucap
dua kalimah syahadah serta tidak mengkafirkan orang yang telah ingkar
syahadah dan tidak menghalalkan berperang dengan mereka.
32.Membuat
sesuatu pekerjaan (ibadah) bukan kerana Allah, sujud dan tawaf
berkiblatkan kepada selain Baitullah dengan niat mendekati Allah.
33.
Banyak jenis syirik yang menggugurkan syahadatain yang dinamakan syirik
kecil seperti mengerjakan solat kerana hendak mendapatkan pujian,
bersedekah kerana sungutan orang atau supaya orang datang kepadanya
seolah-olah dia berjihad iaitu supaya orang mengenang jasa dan namanya.
Dan
banyak lagi yang perlu diketahui secara mendalam dan terperinci yang
mesti digarap oleh setiap Muslim menerusi kuliah-kuliah akidah yang
tidak boleh dipelajari secara santai, kerana ia merupakan asas dan
benteng yang kuat daripada terjebak pada penentangan terhadap Allah
sekali gus layak mendapat kutukan-Nya.
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya
Rasulullah Salawatu Alai Wasalam. bersabda; "Bersegeralah kamu beramal
sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang
sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada
waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau (Syak Perawi Hadis) seseorang
yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia
sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata
benda dunia.
H.R.Muslim
Firman Allah (Ali Imran:102)
“Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan
sebenar-benarnya dan janganlah kamu mati melainkan sebagai orang Islam
(yang menyerah diri kepada Allah secara sepenuhnya).
Nabi SAW bersabda yang bermaksud
”
Sesungguhnya hati itu lebih cepat berubah daripada makanan yang sedang
mendidih dalam periuk”. Sebab itu Nabi mengajarkan kita doa mengukuh
pendirian dan ketetapan hati melalui sabdaan Baginda yang diriwayatkan
Malik r.a :
“Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati tetapkanlah
hati kami dalam agama-MU.” Seterusnya para sahabat bertanya: Adakah hati
itu boleh dibolak-balikkan? Lalu baginda menjawab: Ya, Sesungguhnya
hati-hati itu berada di antara jari-jari ALLAH dan DIA
membolak-balikkannya sebagaimana yang dikehendaki-NYA.” - Hadis sahih
riwayat Tirmizi no. 2140 dan Ibn Majah no.3834.
” Wahai Tuhan
Kami! Jangan lah Engkau sesatkan hati kami, sesudah Engkau tunjuki kami
ke jalan yang benar dan berilah kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya
Engkau amat suka memberi..” Surah Ali Imran:8
Keempat
Barangsiapa yang percaya bahawa
ada petunjuk yang lain yang lebih sempurna dari petunjuk dan ajaran Nabi
(SAW), ataupun hukum selain dari hukumnya adalah lebih baik; seperti
orang-orang yang memilih hukum taghut ke atas hukumnya, maka orang itu
adalah kafir.Hukum-hukum dan perbuatan khalifah Umar yang bertentangan
dengan nas tetapi dianggap sebagai ijtihad melebihi 107
perkara sebagaimana dicatat oleh para ulama Ahl al- Sunnah di dalam buku-buku mereka. Di antaranya:
1.
Khalifah Umar melarang mengerjakan sembahyang sunat selepas fardhu
'Asar, sedangkan Nabi SAWA tidak pernah meninggalkan sembahyang dua
rakaat sunat selepas sembahyang 'Asar.'Urwah bin al-Zubair daripada
bapanya, daripada 'Aisyah dia berkata:"Rasulullah SAWA tidak pernah
meninggalkan dua rakaat sembahyang sunat selepas fardhu 'Asar.[Muslim,
Sahih,I, hlm.50]
2. Khalifah Umar juga melarang dan mengharamkan
seorang itu "menangis" ke atas mayat, sedangkan ia adalah harus dan
dilakukan oleh Rasulullah SAWA ke atas Hamzah RA. Oleh itu hadith Umar
yang menyatakan "mayat diazab dengan tangisan orang yang hidup" adalah
bertentangan dengan hadith Rasulullah SAWA yang melarang Umar dari
menegah wanita-wanita menangis ke atas mayat. Rasulullah SAWA
bersabda:"Wahai Umar biarkan mereka menangis, kerana jiwa berdukacita,
mata mengalirkan air mata..."[Ibn Majah, al-Sunan,I,hlm. 481; al-Hakim,
al-Mustadrak, I,hlm. 381; Ibn Hanbal,
al-Musnad, II, hlm. 408] Dan
ianya juga bertentangan dengan firman-Nya di dalam Surah an-An'am (6):
164:"Dan seseorang yang membuat dosa tidak akan memikul dosa orang
lain." Lantaran itu kenapa simati disiksa kerana tangisan orang yang
hidup?
3. Khalifah Umar mengatakan tidak wajib sembahyang(solat) bagi
orang yang berjunub ketika tidak ada air.[Ibn Majah, al-Sunan,I,hlm.
200; al-Nasai, al-Sunan,I,hlm. 59] Oleh itu ijtihadnya itu adalah
bertentangan dengan Surah al-Maidah (5):6"…maka hendaklah kamu
bertayammum dengan tanah...."
4. Khalifah Umar memberi hukuman bahawa
talak tiga jatuh sekaligus. Sedangkan talak pada masa Rasulullah SAWA
dan khalifah Abu Bakar ialah tiga kali sebagaimana terdapat di dalam
al-Qur'an.[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad,I,hlm. 314; Muslim, Sahih,I,hlm.
574] Ijtihadnya itu adalah bertentangan dengan Sunnah Nabi SAWA dan
firman Tuhan di dalam Surah al-Baqarah (2): 229:"Talak (yang dapat
dirujuk) dua kali. Setelah itu boleh dirujuk lagi dengan cara yang baik
atau menceraikan dengan cara yang baik." dan banyak lagi...
Jabatan Hal Ehwal Kajian, petua, dakwah dan bimbingan agama yang
diketuai
oleh Sheikhna wa Ustadzna al Syeikh ABDUL AZIZ BIN BAZ dalam risalahnya
kepada jemaah haji telah memberi amaran tentang
perkara-perkara yang membatalkan Islam dengan katanya:
Ketahuilah
wahai saudara se Islam, bahawa ada beberapa perkara yang membatalkan
Islam dan yang paling banyak berlaku ialah sepuluh perkara, maka
jauhilah daripadanya. Perkara-perkara tersebut ialah:
1. Syirik (mempersekutukan) Allah s.w.t. dalam beribadat.
Firman Allah s.w.t.: Maksudnya:
"Sesungguhnya
orang-orang yang syirik (mempersekutukan) Allah nescaya Allah akan
mengharamkan syurga baginya, dan tempat tinggalnya kelak adalah neraka,
dan tiada seorang penolong pun bagi orang-orang yang zalim." (Surah Al
Maidah: Ayat 72)
Dan di antara perbuatan syirik itu ialah berdoa dan meminta
pertolongan kepada orang-orang yang telah mati, begitu juga bernazar dan menyembelih qurban kerana mereka.
2. Menjadikan sesuatu sebagai perantaraan di antara dirinya dengan
Allah
s.w.t. dengan berdoa dan meminta syafa'at serta bertawakkal kepada
perantaraan itu. Yang melakukan hal tersebut menurut Ijma' (sepakat)
Ulama' adalah kafir.
3. Tidak mengkafirkan orang-orang musyrikin
atau ragu akan kekafiran mereka, atau membenarkan faham (ideologi)
mereka, dengan demikian dia telah kafir.
4. Barangsiapa yang beri'tiqad bahawa petunjuk yang lain daripada
Nabi
s.a.w. itu lebih sempurna atau hukum ciptaan orang lain daripada Nabi
s.a.w. lebih baik seperti mereka mengutamakan hukum thoghut (orang yang
melampaui batas Allah s.w.t.) lebih daripada hukum Rasulullah s.a.w.
maka dia menjadi kafir, contohnya ialah:
i. Beri'tiqad bahawa peraturan-peraturan dan undang-undang yang
dicipta
oleh manusia lebih afdhal daripada syari'at Islam, atau nidzam Islam
itu tidak sesuai dipraktikkan di abad ke 20 ini. Atau menganggap Islam
menjadi sebab kemunduran kaum muslimin. Atau mengongkong Islam di
sekitar hubungan manusia dengan Tuhannya sahaja tanpa dimasukkan dalam
urusan kehidupan yang lain.
ii. Berpendapat bahawa melaksanakan
hukum Allah s.w.t. dalam memotong tangan pencuri ataupun merejam orang
yang berzina (yang telah kahwin) tidak sesuai lagi di zaman kini.
iii. Beri'tiqad dengan dibolehkan beramal dengan hukum-hukum yang
lain
daripada hukum Allah s.w.t. didalam mu'amalah syaritat, atau hukum
hudud atau lainnya sekalipun tidak beri'tiqad bahawa hukum-hukum
tersebut lebih baik daripada syari'at Islam. Kerana dengan demikiah dia
telah menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t. menurut
Ijma' (sepakat) sedangkan sesiapa yang menghalalkan apa yang diketahui
umum akan haramnya seperti zina, arak, riba' dan berhukum dengan yang
lain daripada syari'at Allah s.w.t. maka dia menjadi kafir dengan Ijma'
Muslimin.
5. Sesiapa yang benci akan sesuatu yang telah dibawa oleh Rasulullah
s.a.w. walaupun orang itu beramal dengannya maka dia telah menjadi
kafir, kerana firman Allah s.w.t.:
Maksudnya:
"Demikian itu adalah kerana mereka itu benci terhadap apa yang
diturunkan oleh Allah, maka Allah menghapuskan (pahala) segala amal
mereka." (Surah Muhammad: Ayat 9)
6.
Sesiapa yang mempersenda-sendakan terhadap sesuatu daripada ajaran
Rasulullah s.a.w. atau terhadap pahala atau balasan siksaNya maka dia
menjadi kafir, kerana Allah s.w.t. berfirman:
Maksudnya:
"Katakanlah
(wahai Muhammad) adakah terhadap Allah dan ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya
kamu mempersenda-sendakan? Tiada makna kamu meminta uzur (maaf) kerana
kamu telah menjadi kafir setelah beriman." (Surah At Taubah: Ayat 65-66)
7. Sihir, di antaranya ilmu guna-guna yakni mengubah kecintaan
seseorang
suami terhadap isterinya sehingga menjadi benci. Begitu juga ilmu
pengasih yakni menjadikan seseorang itu mencintai sesuatu yang tidak
disenanginya dengan cara syaitan, maka sesiapa yang melakukannya atau
redha dengannya maka dia menjadi kafir, kerana firman Allah s.w.t.:
Maksudnya:
"Sedangkan kedua-dua Malaikat itu tidak mengajarkan sihir kepada
seseorang
pun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami hanyalah cubaan bagimu",
sebab itu maka janganlah kamu kafir." (Surah Al Bagarah: Ayat 102)
8. Membantu dan menolong orang-orang musyrikin untuk menentang
orang-orang Islam, kerana Allah s.w.t. berfirman:
Maksudnya:
"Wahai
orang-orang yang beriman! Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka
(Yahudi dan Nasrani) menjadi pemimpin maka dia termasuk dalam golongan
mereka, sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang
yang zalim." (Surah Al-Maidah: Ayat 51)
9. Sesiapa yang beri'tiqad sebahagian manusia dibolehkan tidak
mengikut akan syariat Nabi Muhammad s.a.w. maka menjadi kafir, kerana firman Allah s.w.t.:
Maksudnya:
"Barangsiapa menghendaki selain Islam sebagai agama (ad deen) maka
tidak akan diterima daripadanya dan di akhirat nanti dia termasuk di
kalangan orang-orang yang rugi." (Surah Ali Imran: Ayat 85)
10. Berpaling secara keseluruhan dari agama Allah s.w.t. atau
daripada
perkara-perkara yang menjadi syarat mutlak kepada sahnya Islam tanpa
mempelajarinya atau tanpa beramal dengannya, kerana firman Allah s.w.t.:
Maksudnya:
"Tiadakah yang lebih zalim daripada orang yang telah mendapatkan
peringatan melalui ayat-ayat Tuhannya, kemudian dia berpaling
daripadanya, sesungguhnya Kami akan menimpakan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa." (Surah As Sajdah: Ayat 22)
"Dan orang-orang yang kafir berpaling dari apa yang diperingatkan
kepada mereka." (Surah Al Mukminun: Ayat 71)
Tidak ada beza dalam perkara yang membatalkan Islam ini dari segi
hukumnya di antara bermain-main dan bersungguh-sungguh, sengaja
melanggar atau kerana takut kecuali kerana dipaksa:
Kami memohon perlindungan dari Allah dari perkara-perkara mewajibkan kemurkaanNya dan kepedihan azabNya.
sumber: http://agamaku.tripod.com/batalislam.html
Semoga dijauhkan dari melakukan perkara yang membatalkan Iman..Amin.. Ya-Allah.. Peliharalahku dalam keimanan hingga hujung nyawa..Amin
Mendekat diri kepada Allah
Oleh Dr Aminudin Mansor
Sempena Aidiladha, umat Islam disunatkan supaya memperbanyakkan amalan bertakbir pada malam hari raya tersebut. Takbir Aidiladha bermula dari Subuh hari Arafah (9 Zulhijah) sampai kepada waktu Asar hari Tasriq (13 Zulhijah).
Sayidatina Aisyah r.a meriwayatkan hadis mengenai kelebihan hari Arafah, ujarnya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Tiada hari yang lebih banyak Allah Taala memerdekakan hamba-Nya daripada api neraka selain daripada hari Arafah (hari wukuf) dan sesungguhnya Allah Azza wa Jalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan malaikat serta dia memperkenankan apa-apa yang dikehendaki oleh mereka.” Daripada Anas r.a, katanya, Nabi bersabda yang bermaksud: “Puasa pada hari Arafah (dengannya) aku berharap Allah menukarkan kejahatan yang dilakukan tahun sebelumnya dan tahun selepasnya dengan kebaikan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Menurut riwayat Abu Thufail yang didengarnya daripada Ali bin Abu Talib dan Ammar bin Yasir mengatakan mereka mendengar Rasulullah melafaz takbir mengerjakan solat fardu sejak subuh hari Arafah hingga selesai mengerjakan sembahyang Asar pada hari akhir Tasyriq (13 Zulhijah).
Pada pagi Hari Raya Aidiladha adalah lebih baik untuk tidak makan sehingga selesai mengerjakan solat sunatnya dan makan daging korban jika seseorang itu melakukan ibadat korban. Jika tidak memadailah dengan makanan yang termampu olehnya atau makan di rumah.
Hal ini diriwayatkan oleh Al Bukhari dan Muslim daripada Abu Saed, katanya, Nabi Muhammad keluar pada Hari Raya Korban dan Aidilfitri ke tempat solat.
Jika tidak mampu menyembelih binatang korban tersebut, mustahak bagi mereka yang berkorban menyaksikan penyembelihan berkenaan.
Dibersihkan jiwa manusia dengan ibadat korban itu bermaksud, orang yang melakukan ibadat korban itu dengan rasa ikhlas bergembira menyedekahkan daging itu kepada umat Islam, terutama golongan fakir miskin akan memperoleh pahala besar di sisi Allah pada hari kiamat.
Binatang korban mestilah seperti biri-biri dan kambing berumur lebih dua tahun, unta berumur lebih daripada lima tahun, kerbau atau lembu berumur lebih daripada dua tahun. Tujuannya supaya binatang korban tersebut cukup usianya dan tidak terlalu muda.
Memadai dan harus berkorban dengan seekor unta, lembu atau kerbau dengan dikongsi tujuh orang. Sebaliknya, kambing dan biri-biri hanya untuk seorang dan ini lebih afdal. Bagi korban nazar semua dagingnya hendaklah disedekahkan dan tidak boleh dimakan sendiri.
Apa yang lebih penting adalah daging korban dapat di sedekah kepada golongan fakir miskin dalam kariah masjid tempat ibadah korban atau golongan fakir miskin yang berada di kawasan sekitarnya. Selain dapat membantu mereka daging korban juga akan dapat dinikmati oleh golongan fakir miskin yang tidak mampu melaksanakan ibadah korban disebabkan harga atau bayaran untuk korban semakin meningkat.
Melalui ibadah korban juga akan dapat merapatkan dan mengeratkan hubungan masyarakat Islam. Daripada kerjasama mengumpul mereka yang ingin menunaikan ibadah korban, menyembelih, melapah, menyiang dan membahagi-bahagikan, memasak dan makan daging korban akan dapat mengeratkan permuafakatan ummah. Melaksanakan ibadah korban termasuk dalam amalan yang baik. Abu Hurairah melaporkan, Nabi pernah bersabda: “Sesiapa yang membebaskan orang Islam daripada kesusahan di dunia ini, Allah membebaskan dia daripada kesusahan pada hari akhirat. Sesiapa yang meringankan kesulitan orang lain, Allah meringankan kesusahan di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutupi aib seorang Muslim, Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat. Allah menolong hambanya selama mana hambanya menolong saudara seagama. Sesiapa yang meniti jalan meniti ilmu. Allah memudahkan jalannya ke syurga.” Penulis berkelulusan PhD Persuratan Melayu
Hina Rasulullah
Oleh Khairulmizan Yahya
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Walaupun menerima pelbagai komen berbentuk cemuhan dan nasihat supaya bertaubat, namun lelaki dikenali sebagai Amar dan menggunakan nama samaran Ajaxi Gunn Gotto (Tuan Muda Kudus) itu tetap mengulangi perbuatan berkenaan.
Dalam status sama, dia turut mendakwa menerima bisikan suara individu bernama Fuad dan Wan Kedi serta suara kanak-kanak selain pernah melakukan solat Asar dengan hanya tiga rakaat sebelum menerima bisikan memberitahu rakaat sebenar.
Kali terakhir lelaki yang mempunyai 914 rakan facebooknya serta 82 pelanggan (subscribers) mengemas kini laman sosialnya ialah 17 Oktober lalu dengan menukar gambar profil manakala status terakhir dimuat naik sehari selepas itu.
Bagaimanapun, Harian Metro difahamkan lelaki berkenaan ditahan pihak berkuasa selepas beberapa aduan dibuat orang ramai yang tidak senang dan marah dengan apa ditulisnya.
No comments:
Post a Comment