Thursday, October 25, 2012

JANGAN GHAIRAH BAWA WARGA ASING...FIKIR KESAN2 BURUK JUGA...YANG BAWA MASUK KEJAR KEUNTUNGAN...YANG MENGAJIKAN PUN UNTUNG....SEBAB GAJI DITAWARKAN RENDAH

Tonton aksi mati dibelasah

Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my

SIASAT...anggota polis menjalankan siasatan di tempat kejadian, semalam. Gambar kecil, Mala.
SIASAT...anggota polis menjalankan siasatan di tempat kejadian, semalam. Gambar kecil, Mala.
ALOR GAJAH: Lebih 30 individu termasuk pelajar sekolah serta orang dewasa hanya menjadi penonton dan langsung tidak berusaha meleraikan pergaduhan membabitkan tiga pelajar yang berakhir dengan seorang daripadanya meninggal dunia, semalam.
Insiden menyedihkan itu berlaku di Perhentian Bas Pulau Sebang, di sini, jam 2.30 petang semalam dan mangsa K Saravannan, 14, ditumbuk bertubi-tubi selama hampir 30 minit oleh dua pelajar sebaya yang menyerangnya sehingga pengsan.
Selepas pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Pulau Sebang itu terbaring tidak sedarkan diri, lebih 30 individu yang menjadi penonton itu kelam-kabut melarikan diri dan meninggalkan mangsa terbaring sendirian di tempat kejadian.

Mangsa dikejarkan rakannya ke Hospital Tampin, Negeri Sembilan dengan kereta namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, siasatan awal mendapati sebelum pergaduhan, berlaku cabar-mencabar antara mangsa dengan dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mansur Shah.

‘Jangan tarik...saya sakit!’

Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my

SAKIT...pemandu lori yang tersepit diselamatkan anggota bomba selepas menahan sakit hampir sejam.
SAKIT...pemandu lori yang tersepit diselamatkan anggota bomba selepas menahan sakit hampir sejam.
SEREMBAN: “Tolong jangan tarik saya, sakit,” rintih seorang pemandu lori balak yang terpaksa menahan azab hampir sejam selepas dihempap kayu balak apabila lori dinaiki membawa muatan hasil hutan itu terbalik di Jalan Seremban-Jelebu di Bukit Tangga, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, lori balak dipandu mangsa bersama seorang kelindan dalam perjalanan dari Jelebu ke Gemencheh dipercayai menurun bukit di satu selekoh apabila hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh lereng bukit laluan berkenaan.
Bagaimanapun, kelindan lori, V Radakrishnan, 48, dapat dikeluarkan orang ramai sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) oleh ambulans manakala identiti pemandu lori belum dikenal pasti.

Saksi kejadian, Amirul Haziq Amir, 18, berkata, ketika kejadian dia yang menunggang motosikal sendirian dalam perjalanan menghala ke Seremban terkejut sebaik melihat lori balak itu terbalik di lereng bukit.

“Saya berhenti di tepi jalan dan cuba membantu mangsa, namun tidak berjaya berikutan dia tersepit teruk di bawah timbunan balak.

Doktor suruh buka baju

Oleh Siti Nadirah Hafidzin
nadirah@hmetro.com.my

LAPOR...Nurul menunjukkan laporan polis dibuatnya.
LAPOR...Nurul menunjukkan laporan polis dibuatnya.
JOHOR BAHRU: “Disebabkan mempercayainya, saya hanya mengikut arahan apabila diminta membuka baju dan coli, namun dia meramas buah dada saya hingga saya berasa sakit.
“Saya mula curiga dan takut apabila doktor itu menyatakan saiz buah dada saya besar selain mengajak saya melakukan hsubungan seks,” kata ibu tunggal hanya mahu dikenali sebagai Nurul, 34, yang mendakwa dicabul seorang doktor sebuah hospital swasta, di sini.
Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi Jumaat lalu ketika dia ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan susulan berikutan masalah darah tinggi, hidung berdarah, sakit perut dan sukar membuang air.

Nurul berkata, dia mengenali doktor berusia lingkungan 40-an itu kerana pernah mendapatkan rawatan daripadanya sebelum ini.

Menurutnya, sebelum kejadian mencabul itu berlaku, doktor terbabit mengarahkannya berbaring sambil memberitahu mahu memeriksa tekaknya.

Polis jalankan siasatan terperinci kes Nurul

JOHOR BAHRU: Polis menjalankan siasatan terperinci berhubung kes Nurul, 34, yang mendakwa dicabul seorang doktor ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di sini, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, pihaknya sudah menerima laporan mangsa dan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

“Hasil siasatan mendapati, mangsa sebelum ini adalah pesakit doktor terbabit dan baru sebulan selesai menjalani pembedahan membuang buasir,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Johor, Dr Mohd Khairi Yakub berkata, berdasarkan etika perubatan, seseorang doktor perlu ditemani jururawat atau kakitangan lain ketika menjalankan pemeriksaan dan memberikan rawatan bagi mengelak perkara mencurigakan.

Menurutnya, sehingga kini pihaknya belum menerima laporan mengenai kes membabitkan Nurul, namun memberi jaminan jika dakwaan itu benar, doktor terbabit bakal berdepan tindakan sewajarnya kerana kesalahan dilakukannya serius.

“Kes ini akan diserahkan kepada polis sekiranya mangsa sudah membuat laporan, namun siasatan akan dijalankan Majlis Perubatan Malaysia bagi mengenal pasti hukuman setimpal yang bakal dikenakan kepada pesalah,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Tangkap ular sawa tiga meter bawah kontena



KUALA LUMPUR: Seekor ular sawa sepanjang tiga meter ditemui di bawah sebuah kontena di Jalan Khatib Koyan, Kampung Baru, di sini, Isnin lalu.
Reptilia berkenaan ditemui penduduk sebelum menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Penduduk, Rohany Mohd Darus, 71, berkata, sebelum ini haiwan liar seperti ular jarang dilihat di kawasan itu, bagaimanapun sejak beberapa projek pembangunan termasuk lebuh raya dibina di situ, haiwan berkenaan dipercayai cuba mencari perlindungan di kawasan kampung.
“Anak saya pernah tangkap tiga ular sawa dan digigit ketika cuba melawan reptilia itu,” katanya. Seorang lagi penduduk, Umar Hamid, 75, berkata, sejak kawasan itu didatangi spesis ular berkenaan, rumahnya tidak lagi diganggu tikus.

“Mungkin ular itu lari dari kawasan pembangunan dan mula ‘berkampung’ di sini kerana saya dapat lihat kesan lubang yang banyak di sepanjang tebing Sungai Bunus,” katanya ditemui semalam.

Pengerusi Jiran Wanita Rukun Tetangga Hujung Pasir, Maizan Ariff berkata, dia sering menerima aduan penduduk dan berpendapat ular terbabit bersarang di rumah seorang penduduk di situ.
“Kami temui kulit ular sawa di sebuah rumah penduduk namun tidak dapat melancarkan operasi menangkap ular itu bersama JPAM kerana pemilik tiada.

“Isnin lalu ular sepanjang tiga meter ditangkap di bawah kontena dan kejadian ini menyebabkan kami berasa tidak selamat kerana kawasan ini ramai kanak-kanak dan warga emas,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi JPAM, Kolonel (PA) Mohd Yusoff Samad berkata, faktor kebersihan penting di samping kesedaran awam terhadap haiwan berkenaan.

“Orang ramai perlu bertenang jika terserempak ular dan segera hubungi pihak yang sepatutnya,” katanya.

Lelaki hilang daki gunung ditemui



HULU LANGAT: Seorang lelaki berusia 32 tahun yang hilang sejak Isnin lalu ketika mendaki Gunung Nuang, di sini, ditemui semula anggota bomba yang melancarkan operasi mencari dan menyelamat, petang semalam.
Mangsa ditemui jam 5.50 petang dalam keadaan keletihan di Kem Pacat di atas gunung berkenaan sebelum dibawa turun dan dihantar ke Hospital Ampang.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada jam 12.48 tengah hari sebelum mengarahkan anggota Balai Bomba Kajang ke tempat kejadian.
Menurutnya, anggota bomba dari Balai Bomba Kajang dibantu Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) Bomba Puchong, EMRS Bomba Pandan tiba di tempat kejadian pada jam 1.46 tengah hari.

“Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan polis membantu gerakan mencari mangsa yang ditemui semula dalam keadaan selamat pada jam 5.50 petang di Kem Pacat di atas gunung berkenaan,” katanya.

Katanya, mangsa dihantar dengan jentera bomba ke hospital untuk menerima rawatan.

Ahli perniagaan didakwa bunuh



KAJANG: Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan membunuh seorang pengusaha kedai tayar dan teman wanitanya, seorang model sambilan yang mayat mereka ditemui dalam keadaan berlumuran darah di Taman Segar Perdana, Batu 9, Cheras, bulan lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, K Kalaivanan, 48, yang berasal dari Gemas Baru, Johor apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.

Mengikut pertuduhan, Kalaivanan bersama lima yang sudah dituduh selain seorang yang masih bebas didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Leong Kian Sheong, 37, dan Vivien Wong, 20, di sebuah rumah di Taman Segar Perdana, antara jam 6.10 pagi hingga jam 6.45 pagi, pada 13 September lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya R Siamala manakala tertuduh diwakili peguam bela, Geethan Ram Vincent.

Mahkamah menetapkan 5 Disember sebagai sebutan semula.
Sebelum ini, isteri Leong, Yau Chooi Thin, 29, dan empat lelaki, Ismail Ahmad, 58; S Dheepak, 27; S Sandrasagran, 37, dan V Rajendra Prakash, 33, didakwa di mahkamah sama atas pertuduhan sama.

Dituduh cabul pelajar kolej



KAJANG: Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas enam pertuduhan mencabul seorang pelajar kolej berusia 18 tahun sejak dua tahun lalu.
Tertuduh, Abd Jalil Nasir, 49, yang juga Setiausaha Agung, Dewan Perdagangan dan Perindustrian Muslim Malaysia, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila semua pertuduhan dibacakan.

Abd Jalil didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah hotel di Jalan Mendaling, Kajang jam 10 malam, Ogos 2010.
Dia turut didakwa bagi lima lagi pertuduhan melakukan perbuatan sama ke atas mangsa antara Mei 2011 dan September 2012.

Tiga daripada lima perbuatan itu didakwa dilakukan di hotel di Jalan Mendaling, manakala dua lagi di rumah tertuduh di Lot 17850, Jalan Melati 2, Kampung Sungai Kantan, Kajang.

Amukan suami cemburu

Oleh Zaid Salim
am@metro.com.my

KUALA TERENGGANU: Seorang guru lelaki parah selepas menjadi mangsa amukan seorang suami yang dipercayai cemburu dengan hubungan mesra guru berkenaan dengan isterinya dalam kejadian di depan Maktab Perguruan Sultan Mizan, Kampung Raja, Besut, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, guru berkenaan cedera parah di belakang badan, tangan dan kaki akibat ditetak lelaki terbabit menggunakan sebilah parang panjang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, sebelum kejadian, guru berusia 35 tahun yang bertugas di sebuah sekolah kebangsaan di daerah ini, dihubungi seorang wanita yang mahu membeli barangan kosmetik daripadanya.
Menurutnya, bagi memudahkan menyerahkan barangan kosmetik itu, wanita berkenaan meminta guru itu menunggunya di depan Maktab Perguruan Sultan Mizan sebelum mangsa tiba di kawasan dijanjikan pada jam 6.20 petang.

“Selepas kira-kira 10 minit menunggu, guru yang ditemani adik lelakinya berusia 19 tahun, dikejutkan dengan ketibaan dua kereta dinaiki sekumpulan lelaki.

“Dua lelaki termasuk seorang mereka memakai topeng biru dan bersenjatakan parang, turun dari sebuah kereta lalu menyerang mangsa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini, semalam.
Menurutnya, serangan itu menyebabkan guru berkenaan cedera di badan, tangan dan kaki akibat ditetak dengan parang oleh seorang daripada lelaki terbabit.

Manoharan berkata, adik mangsa tidak berani melawan dan hanya mampu melihat abangnya ditetak sebelum membawa mangsa ke Hospital Besut untuk rawatan selepas kumpulan lelaki berkenaan meninggalkan tempat kejadian.
“Mangsa yang kehilangan banyak darah, dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut,” katanya.

Laporan kejadian dibuat adik mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.

“Hasil siasatan awal polis percaya kes berkenaan bermotifkan cemburu dan kami kini memburu suspek yang berasal dari Kampung Baru Batu Tumbuh, Kampung Raja, Besut,” katanya.

Ubah suai tangki isi diesel subsidi

Oleh Mohamad Naufal Mohamad Idris
am@hmetro.com.my

PERIKSA...Othman memeriksa tangki lori yang diubah suai untuk mengisi diesel bersubsidi dalam gudang terbabit.
PERIKSA...Othman memeriksa tangki lori yang diubah suai untuk mengisi diesel bersubsidi dalam gudang terbabit.
SHAH ALAM: Taktik satu sindiket menjual diesel bersubsidi menggunakan lori yang tangkinya diubah suai terbongkar selepas perbuatan mereka dikesan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor yang menyerbu sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Elite Bukit Kemuning, Seksyen 33, di sini, petang kelmarin.
Dalam serbuan jam 2.30 petang itu, KPDNKK Selangor merampas 18,000 liter diesel bersubsidi yang dianggarkan bernilai RM32,400.

Turut dirampas sebuah lori bernilai RM70,000 dengan tangkinya diubah suai dipercayai untuk mengisi diesel bersubsidi dari beberapa stesen minyak di bandar raya ini dan Klang. Pengarahnya, Othman Nawang berkata, pihaknya melakukan intipan sejak sebulan lalu sebelum menyerbu gudang itu, kelmarin. “Siasatan awal mendapati, mereka yang terbabit aktiviti berkenaan menggunakan lori tangki mengambil diesel bersubsidi dari stesen minyak di Shah Alam dan Klang untuk disimpan di gudang sebelum diedar kepada pihak ketiga. “Namun, tiada tangkapan dibuat pada serbuan kali ini,” katanya dalam sidang media di lokasi serbuan di sini, malam kelmarin. Othman berkata, jumlah keseluruhan diesel bersubsidi dirampas kali ini sedikit berikutan anggota sindiket terbabit menyedari kehadiran anggota penguat kuasa dan memindahkan bahan api itu dari gudang berkenaan.
“Hasil siasatan kami mendapati gudang terbabit tempat simpanan diesel bersubsidi berkenaan dan mereka sudah menjalankan kegiatan itu sejak empat bulan lalu,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu terbabit manakala syarikat pula denda tidak melebihi RM250,000.

‘Mini Dhaka’ diserbu

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

SUNGAI BULOH: Sekumpulan warga Bangladesh menjadikan Kampung Baru Sungai Buloh, di sini, sebagai ‘Mini Dhaka’ apabila menjalankan pelbagai perniagaan termasuk gerai makan, kedai runcit dan kedai gunting rambut bagi mencari pendapatan tambahan.
Malah, ada juga warga Nepal dan Myanmar yang menjalankan perniagaan sama hingga menyebabkan warga tempatan yang berada di kawasan itu seolah-olah merasai berada di luar negara dan bukan di negara sendiri.

Berikutan itu, Jabatan Imigresen Putrajaya menyerbu perkampungan berkenaan, malam kelmarin.
Operasi diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (Kanan) Putrajaya, Nik Shanizam Ahmad bermula jam 8 malam itu menyerbu lebih 20 premis di kawasan berkenaan dan menahan 66 warga asing terdiri Bangladesh, Myanmar, Nepal, Kemboja, India dan Indonesia berusia 20 hingga 30 tahun.

Menurutnya, dengan kekuatan seramai 50 pegawai dan anggota, pihaknya yang menerima maklumat orang awam berhubung kegiatan perniagaan dimonopoli warga asing yang semakin berani dengan memilik sendiri kedai di lokasi itu membuat serbuan.

“Kami membuat pemeriksaan seramai 265 orang dan menahan 66 warga asing iaitu 35 warga Bangladesh, Myanmar (11), Nepal (sembilan), Kemboja (lima), Indonesia (lima) dan India (seorang).
“Kami menahan mereka kerana melakukan pelbagai kesalahan seperti tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, tinggal lebih masa dan menyalah guna pas lawatan sosial serta pas pelajar,” katanya kepada pemberita selepas tamat operasi terbabit, malam kelmarin.

Nik berkata, hasil pemeriksaan lanjut pihaknya mendapati terdapat lebih 20 premis menjalankan pelbagai perniagaan dimiliki sendiri oleh warga asing terbabit terutama dari Bangladesh.
“Mereka yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Putrajaya dan disiasat mengikut Peraturan Akta Imigresen di bawah Seksyen 6 (1) (c) dan 15 (1) serta seksyen 39 9b) peraturan Imigresen 1963,” katanya.

No comments:

Post a Comment