Jutaan Jemaah Haji Wuquf di Arafah
Sejak pagi Khamis jutaan umat Islam mula menuju ke Padang Arafah di bahagian barat Arab Saudi. Banyak jemaah yang berkemah sejak malam di dataran luas mengelilingi Gunung Arafah, namun sebahagian besar mula tiba saat fajar.
Lelaki, wanita, dan anak-anak dari 189 negara menuju ke Arafah, mereka turut mendirikan khemah-khemah kecil berwarna-warni sebagai tempat mereka tidur dan berdoa.
“Kami datang dari Mekkah. Kami berjalan dari Masjidil Haram menuju Mina dan kemudian kami naik bas menuju Arafah. Semua untuk kecintaan kepada Nabi,” ujar salah seorang pria Mesir yang duduk di atas sebuah tikar jerami bersama anggota keluarganya.
“Semakin lelah yang kita dapatkan, semakin Allah akan membalas kita,” katanya.
Setelah solat subuh, para jemaah pergi menuju bukit kecil di padang Arafah. Banyak yang berdoa, air mata mengalir di wajah mereka.
Ini adalah kaki bukit tempat Nabi Muhammad Saw menyampaikan khutbah terakhirnya sebelum beliau wafat.
(SI ONLINE)
Pelajar 17 tahun buang anak baru lahir ke dalam tali air
Polis turut menahan tiga lagi individu termasuk teman lelaki pelajar berkenaan selepas mayat bayi itu ditemui mati kira-kira pukul 1 pagi dalam tali air yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumah pelajar itu.
Ketua Polis Perlis, SAC Zull Aznam Haron berkata, siasatan masih dijalankan bagi memastikan sama ada bayi itu masih hidup semasa dibuang atau dibunuh sebelum dicampak ke dalam tali air itu.
Hasil laporan itu, polis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menjalankan gerakan mencari dan menyelamat bayi berkenaan setelah mendapat maklumat bayi itu dibuang ke dalam tali air.
Zull Aznam berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan. – Bernama
Pelajar buang bayi ke dalam sungai
KANGAR – Dua remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan kerana disyaki membuang bayi yang baru dilahirkan oleh seorang pelajar perempuan sekolah agama yang juga rakan sebaya mereka ke dalam sungai di sini malam kelmarin.
Bayi perempuan yang cukup sifat itu dicampak dua remaja terbabit dari sebuah titi ke dalam Sungai Berembang di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat di sini kira-kira pukul 9.20 malam.
“Komplot mereka terbongkar setelah ibu bayi tersebut mengaku kepada doktor yang merawatnya setelah pelajar itu mengalami komplikasi pendarahan selepas melahirkan bayi itu.
“Ekoran itu, doktor berkenaan memaklumkan kepada polis. Siasatan dijalankan serta-merta sehingga penahanan dua remaja terbabit dan mencari lokasi bayi tersebut dibuang,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Kosmo
Bukti jelas ulama Umno hanyut, Asri jawab Fathul
SHAH ALAM – “Kenapa bila diajak berdialog tak mahu datang?” Ini persoalan dibangkitkan oleh bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin apabila ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya mempertikaikan komentar beliau bersabit dakwaan wujud tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno sebagai hanyut.
“Padahal idea berhubung peranan ulama menasihati pemimpin ini idea beliau. Bila dijemput dan beliau tidak datang, itu salah satu tanda beliau sudah hanyut,” kata Dr Asri kepada Sinar Harian Online.
Malah tambah Asri, komentar berhubung terdapatnya tokoh ulama dalam Umno terbabit politik wang dibangkitkan terlebih dahulu oleh panelis dari Umno sendiri.
“Itulah masalahnya apabila beliau tidak ada di situ. Wakil Umno yang sebut, dalam Umno kalau tak ada wang, tak boleh bergerak. Saya dan seorang lagi panel hanya mengulas.
“Sinar Harian sudah jemput, datanglah. Bukannya bising di media, di Facebook, di Twitter,” tegas Asri.
Dalam Wacana Sinar ke-15 yang membawakan tajuk ‘Peranan Ulama Menasihati Pemimpin’, Dr Asri menyifatkan segelintir tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno “hanyut” antara lainnya kerana tidak boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.
Menurut beliau, berdasarkan pengalaman sebelum ini menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai parti itu tidak berperanan disebabkan kewujudan amalan politik wang.
Malah dakwanya “masalah dalam parti pemerintahan, politik wang selalu digunakan dalam Umno, ini akan menyebabkan para ulama hanyut.”
Semalam, kenyataan Asri itu kemudiannya dibidas oleh Fathul Bari yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia sambil menekankan adalah “tidak adil” untuk menjatuhkan hukuman dan melabel ulama yang menyertai Umno sebagai “hanyut.”
“Jangan senang-senang pula menuduh mengenai rasuah atau politik wang jika tiada bukti. Membuat tuduhan tanpa bukti. Ini budaya apa? Kalau benar terlibat dengan politik wang, tolong buktikan,” tegas Fathul Bari.
Asri kemudiannya dengan nada sinis mempersoalkan apakah Fathul Bari merasakan pandangan beliau itu merujuk kepada dirinya.
“Adakah beliau merasakan ulama itu merujuk kepada beliau? Ini berlaku apabila beliau merasakan diri beliau sebagai ulama. Walhal bukan menjadi tradisi golongan ilmuan Islam mendabik dada diri sebagai ulama,” selar Asri.
Fathul Bari antara ulama muda yang dilihat lantang menyuarakan pendapat supaya pemimpin negara menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat seadil-adilnya.
Beliau kerap menekankan agar pemimpin sentiasa mengutamakan penjagaan agama, nyawa, maruah dan keturunan, harta benda, dan akal fikiran.
Fathul Bari menyertai Umno dua tahun lalu.
Sinar
Isu rogol: DAP tepuk meja bela Nik Aziz
DAP
hari ini berkobar-kobar mempertahankan PAS ekoran tuduhan pemimpin MCA
bahawa mursyidul am parti itu Datuk Nik Aziz Nik Mat membenarkan orang
Islam merogol bukan Islam.Bangkit mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", Anthony Loke (DAP-Rasah) menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie yang disokong Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap".
"Chua Soi Lek ialah presiden MCA yang paling biadap," katanya sambil menepuk meja.
Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia kemudiannya mematikan mikrofon Loke (atas) dan meminta anggota parlimen Rasah tidak membawa hujah politik luaran ke dalam dewan.
Bercakap dalam Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur kelmarin, Heng menuduh PAS membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.
Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat.
"Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?" tanya Heng di hadapan 1,032 perwakilan.
Kota Belud: Pandangan hanya tentang dasar negara
Dr Chua dalam sidang media selepas itu mempertahankan kenyataan Heng itu kerana mendakwa ia benar.
Di Parlimen juga, sebelum itu, Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) berkata, ucapan Dr Chua di AGM MCA semalam menghina Islam dan melukakan hati umat Islam.
Justeru, kata Dzulkefly, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang hadir dalam AGM itu patu patut bertanggungjawab terhadap kenyataan Dr Chua manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) patut memberikan respons.
Beliau mempersoalkan sama ada Umno terlalu lemah sehingga MCA berani mengeluarkan kenyataan sebegitu.
Bagaimanapun, pemimpin Umno Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) kemudiannya tampil berkata, Dr Chua hanya memberikan pandangan berhubung dasar negara dan bukan menghina Islam.
Soi Lek: negara amal hudud antara yang 'paling korup'
Presiden
MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, lapan daripada 11 negara yang
melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak
stabil dan tidak selamat.Dalam ucapannya di perhimpunan agung MCA ke-59 itu, Chua tidak menamakan mana-mana negara namun menggunakan dakwaan itu untuk menyerang Pakatan Rakyat.
"DAP berjaya meyakinkan orang bukan Islam bahawa hudud PAS akan mengurangkan jenayah dan rasuah di dalam negara. Ini satu lagi penipuan besar," katanya.
Dalam ucapan selama 45 minit itu, Chua secara umumnya menyerang seterunya DAP dan sesekali memuji perdana menteri.
Chua menyerang slogan Ubah DAP, yang menurutnya satu singkatan bagi "Untuk Bentuk Agama dan Hudud ala PAS".
VIDEO l 8.01 mins
No comments:
Post a Comment