Thursday, October 25, 2012

WALAUPUN UNTUK NON MUSLIM JUDI NI...MELAYU ISLAM TUMPANG SEMANGKUK...MALAH MUNGKIN BERMANGKUK2

Apple perkenal iPad mini


IPAD mini (kiri) dipamerkan bersama generasi keempat iPad di San Jose, California kelmarin.- Agensi


SAN JOSE – Syarikat Apple Inc. yakin kehadiran iPad mini yang diperkenalkan kelmarin mampu mengatasi pasaran komputer tablet daripada beberapa pesaing terdekatnya seperti Amazon, Google dan Samsung.
“Komputer ini bukan versi mini bagi iPad, tetapi satu gajet rekaan baharu secara keseluruhannya,” kata Timbalan Presiden Pemasaran Apple, Phil Schillernya pada majlis perasmian iPad mini di sini.
Paparan skrin sentuh iPad mini lebih kecil iaitu 20 sentimeter (sm) berbanding 24 sm untuk iPad.
Sebuah iPad mini 16 gigabit (GB) dengan sambungan wi-fi dijual di Amerika Syarikat (AS) pada harga AS$329 (RM1,003), manakala versi dilengkapi WiFi dan keupayaan selular pula berharga AS$459 (RM1,400).
Bagi iPad mini 64GB dengan wi-fii dan keupayaan selular pula berharga AS$659 (RM2010).
IPad mini turut dilengkapi kamera hadapan dan belakang sama seperti iPad.
Tempahan iPad mini boleh dibuat bermula esok di AS.
Proses penghantaran iPad mini versi Wi-Fi akan bermula pada 2 November depan ke beberapa buah negara di rantau Asia, Eropah dan Amerika.
Pada masa yang sama Apple turut memperkenalkan komputer tablet iPad generasi keempat pada harga bermula daripada AS$499 (RM1,522) bagi model 16GB dengan sambungan wi-fi.
Apple menjual lebih 100 juta iPad sejak dua setengah tahun lalu.
Lebih 35 bilion pengguna juga telah memuat turun sebahagian daripada 275,000 aplikasi sedia ada bagi pengguna iPad.
Apple mencetuskan fenomena pasaran komputer tablet dengan mememperkenalkan iPad pertamanya pada awal 2010.
Walaupun iPad mini paling murah ditawarkan pada harga AS$329, tetapi gajet tersebut masih lagi lebih mahal daripada komputer tablet keluaran Amazon, Google dan Samsung yang dijual pada harga bermula harga AS$199 (RM607).
Mengulas berhubung produk terbaharu Apple itu, seorang penganalisis teknologi, Jeff Kagan berkata, iPad mini boleh menyebabkan iPad biasa menjadi kurang popular.
“Namun, kehadiran gajet baharu itu mampu meningkatkan lagi dari segi jumlah pelanggan yang membeli produk Apple,” katanya. – AFP

Empat trak, lima treler berlanggar


KEADAAN sebuah treler yang berlanggar di lebuh raya Interstate 5 kelmarin.


NEWHALL, California - Dua kemalangan berturut-turut melibatkan empat buah trak dan lima treler menyebabkan kesesakan lalu lintas selama beberapa jam di lebuh raya Interstate 5 di sini kelmarin.
Pihak berkuasa Peronda Lebuh Raya California (CHP) berkata, nahas sekitar pukul 2.20 pagi (waktu AS) itu berlaku apabila seorang pemandu lori sampah gagal mengawal kenderaannya yang menyebabkan pelanggaran empat buah trak.
Menurut CHP, pemandu-pemandu lain mula memperlahankan kenderaan mereka susulan nahas tersebut dengan lima buah treler yang menuju ke lokasi kejadian berlanggar sejurus selepas itu.
Stesen televisyen AS, KTLA melaporkan seorang pemandu treler mengalami kecederaan serius dalam kemalangan tersebut tetapi berada dalam keadaan stabil di sebuah hospital di sini.
Tiada laporan mengenai kecederaan lain setakat ini.
Kemalangan itu turut menyebabkan sejumlah 1,514 liter minyak diesel tumpah di atas lebuh raya tersebut. - Agensi

Ki-Moon 'cemburu' kejayaan Psy


PSY mengajar Ki-Moon tarian kuda di ibu pejabat PBB di New York kelmarin.


NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon terpaksa mengakui kelmarin popularitinya sebagai warga Korea Selatan paling terkenal di dunia diketepikan oleh penyanyi rap negara itu, Psy.
Psy, 34, mencipta nama menerusi lagu Gangnam Style.
Ki-Moon berkata, beliau merasakan dirinya kini dibayangi Psy yang terkenal dengan aksi menari tarian kuda.
"Saya sedikit cemburu. Dua hari lalu seseorang memberitahu, saya merupakan orang Korea Selatan paling terkenal di dunia. Kini, saya harus melepaskannya," ujar Ki-Moon.
Ki-Moon turut diajar menari tarian kuda semasa lawatan Psy ke pejabat PBB kelmarin.
Bintang popular tersebut juga memuji pemimpin PBB berusia 68 tahun itu.
"Jadi kini terdapat warga Korea Selatan pertama dan kedua paling terkenal di dalam bangunan yang sama.
"Dia berkata telah menonton video saya, dia juga mengira jumlah tontonan video saya" kata Psy.
Muzik video Gangnam Style kini ditonton lebih 530 juta kali sejak dimuat naik di laman perkongsian video YouTube pada Julai lalu. - AFP

Pelajar sara hidup dengan RM3 sehari


GAMBAR pada 2010 menunjukkan (dari kiri) Sean Leonard, Zach Ingrasci, Chris Temple and Ryan Christoffersen
di kampung Pena Blanca, Guatemala.


BANDAR RAYA GUATEMALA - Beberapa orang pelajar kolej Amerika Syarikat (AS) menghabiskan musim panas mereka dengan menetap di Guatemala berbekalkan perbelanjaan harian cuma AS$1 (RM3).
Jumlah itu merupakan pendapatan harian golongan miskin di negara Amerika Tengah berkenaan dan lebih 1 bilion penduduk di seluruh dunia.
Dua pelajar terbabit, Chris Temple dan Zach Ingrasci kemudian menerbitkan sebuah filem, Living on One untuk menceritakan pengalaman mereka.
Bercorak dokumentari, filem itu memaparkan kesukaran mereka membeli makanan, selain terpaksa membayar bil dan menangani situasi kecemasan apabila seorang daripada mereka jatuh sakit dengan berbekalkan wang yang sedikit itu.
Living on One juga cuba memaparkan cara penduduk miskin tegar menguruskan wang mereka dan bagaimana skim mikro kredit dapat membantu meringankan beban golongan tersebut.
"Kami percaya jika kami sendiri berbelanja cuma AS$1 sehari, kami dapat memaparkan dengan lebih jelas kepada penonton tentang kesukaran yang dialami penduduk miskin dalam menjalani kehidupan harian," kata Temple.
Untuk kajian sosial berkenaan, dua pelajar Kolej Claremont McKenna di California itu tinggal menyewa selama 56 hari di sebuah pondok usang di kampung Pena Blanca pada 2010 bersama dua pelajar lain, Sean Leonard dan Ryan Christoffersen.
Perkampungan tersebut terletak di sebuah kawasan tanah tingi di Guatemala.
Sepanjang tempoh tersebut, mereka membelanjakan wang sebanyak AS$224 (RM683.30 ) atau bersamaan AS$1 untuk setiap seorang selama 56 hari.
Wang itu digunakan untuk membeli kayu api, beras, kacang dan makanan ruji lain di samping sewa pondok. Pondok itu tidak mempunyai bekalan air paip. Kumpulan pelajar itu juga terpaksa mencuri tenaga daripada talian elektrik bagi menjana bateri kamera video mereka. - Agensi

12 lelaki Islam beli nombor ekor ditahan JHEANPP

25/10/2012 12:25pm

BUTTERWORTH – Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Pulau Pinang (JHEANPP) menahan 12 lelaki Islam sedang membeli nombor ekor di tiga premis sekitar negeri ini, dalam operasi petang semalam.
Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEANPP, Khairul Azman Azizan berkata, mereka yang berusia antara 25 dan 40 tahun itu ditahan dalam operasi bermula pukul 4.30 hingga 6.30 petang.
"Daripada 12 orang yang ditahan, lima adalah warga asing beragama Islam dari Indonesia dan Pakistan, manakala selebihnya orang tempatan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau berkata, JHEANPP kini mempergiatkan operasi sedemikian dan kali ini bertumpu di premis sepanjang Jalan Seri Bahari yang dikenal pasti menjadi lokasi popular kaki judi tegar segelintir masyarakat Islam di negeri ini.
"Ketika serbuan, mereka tidak sempat melarikan diri, malah ada yang tidak sedar ada operasi dijalankan kerana sibuk mengejar masa berikutan kedai sudah hendak tutup,” katanya.
Khairul Azman berkata, semua yang ditahan dibawa ke Pejabat Agama Islam di Butterworth untuk siasatan lanjut dan kes itu disiasat menurut Seksyen 18 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 kerana berjudi. – BERNAMA

Pelajar maut tengkuk patah ditindih rakan

DI sinilah Saravannan mati selepas bergaduh dengan dua pelajar ketika sedang menunggu bas di stesen bas Pulau Sebang, Tampin semalam.


ALOR GAJAH – Perang mulut antara dua pelajar berlainan sekolah yang sering ejek-mengejek antara satu sama lain ketika menunggu dan menaiki bas sampai ke kemuncaknya apabila salah seorang daripada mereka mati selepas tengkuknya patah akibat ditindih dengan lutut semalam.
Kejadian pukul 2.30 petang di stesen bas Pulau Sebang, Tampin di sini itu mengakibatkan pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Pulau Sebang, K. Saravannan, 14, maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tampin.
Ekoran itu, polis menahan dua pelajar masing-masing berusia 14 tahun empat jam kemudian bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh. Sabit kesalahan, mereka boleh dihantar ke pusat tahanan Henry Gurney, Melaka untuk satu tempoh yang ditetapkan mahkamah.
Kedua-dua suspek merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansur Shah di sini. Kedua-dua sekolah itu terletak bersebelahan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Abd. Rahman Jid berkata, pergaduhan tercetus apabila mangsa yang sedang melepak di tingkat satu bangunan itu sementara menunggu bas untuk pulang ke rumah ibu saudaranya di Rembia di sini didatangi dua suspek berkenaan.

Guru mangsa cemburu buta


SEORANG guru parah selepas ditetak dengan parang panjang oleh dua lelaki di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan, Besut kelmarin.


KUALA TERENGGANU – Seorang guru pendidikan khas sebuah sekolah rendah di Besut menjadi mangsa cemburu buta pihak tertentu apabila dia cedera parah selepas ditetak lebih 10 kali dengan parang panjang oleh dua lelaki yang menyangka mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan isteri orang kelmarin.
Difahamkan, kejadian pukul 6.30 petang di depan bangunan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan, Kampung Raja, Besut, itu berlaku apabila guru lelaki yang menjalankan perniagaan sampingan menjual barangan kosmetik datang ke situ selepas dihubungi oleh seorang wanita.
Dalam perbualan itu, wanita tersebut berpura-pura menyatakan minat untuk membeli barangan kosmetik yang dijual mangsa dan berjanji untuk berjumpa di depan bangunan tersebut.
Guru berusia 35 tahun dan masih bujang itu kemudian pergi ke tempat yang dimaksudkan dengan menaiki sebuah kereta bersama adik lelakinya berumur 19 tahun.
Sebaik sampai, mangsa telah menunggu wanita tersebut di luar kereta manakala adiknya duduk di dalam kenderaan tersebut.
Tidak lama kemudian, dua buah kereta jenis Proton Iswara dan Perdana bercermin gelap mendekati mangsa sebelum dua lelaki yang menutup muka dengan kain biru keluar sambil masing-masing membawa parang panjang.
Suspek kemudian telah menetak mangsa berkali-kali tanpa belas kasihan sebelum melarikan diri selepas mendapati guru tersebut cedera parah. Adik mangsa bagaimanapun tidak diapa-apakan.

Banglo bekas menteri musnah terbakar


BEGINILAH keadaan dalam banglo Murugiah yang hangus dalam kebakaran di Gombak semalam.


GOMBAK – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah mengalami kerugian kira-kira RM400,000 apabila banglo tiga tingkat miliknya musnah terbakar dipercayai akibat litar pintas dekat Jalan Berlian 1, Taman Perwira di sini kelmarin.
Bagaimanapun, kejadian pada pukul 8.30 malam itu tidak melibatkan sebarang kecederaan kerana kesemua lapan ahli keluarga bekas Presiden Parti Progresif Penduduk itu termasuk pembantu rumahnya keluar.
Mengimbau semula kejadian itu, Murugiah, 49, berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh jiran dan pengawal banglonya setengah jam kemudian ketika dalam perjalanan untuk mengambil anak sulung lelakinya berusia 23 tahun yang tiba dari London di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Katanya, mereka pergi ke KLIA dengan menaiki dua buah kereta untuk menjemput anaknya yang baru menamatkan pengajian dalam bidang Pentadbiran Perniagaan Antarabangsa.
“Kami bergegas pulang sebaik mengambil anak. Sebaik sampai, saya dapati api telah dipadamkan.
“Seluruh rumah dari tingkat bawah hingga aras tiga hangus dijilat api,” ceritanya ketika ditemui.

Sindiket kaut untung RM5 juta


DUA anggota penguat kuasa memeriksa minyak diesel subsidi yang disimpan dalam sebuah tangki di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Dalam tempoh lima bulan sahaja, satu sindiket penyelewengan diesel subsidi yang beroperasi di sebuah gudang di kawasan perindustrian Seksyen 33 di sini mampu mengaut keuntungan lumayan hampir RM5 juta dengan menjual bahan api itu secara haram kepada pihak industri.
Bagaimanapun kegiatan sindiket terbabit terbongkar apabila sepasukan pegawai dan anggota Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Selangor menyerbu gudang itu kelmarin selepas membuat intipan selama sebulan.
Ketua Pegawai Penguat kuasa, Othman Nawang (gambar kecil) berkata, dalam serbuan tersebut, pihaknya merampas sebuah lori tangki membawa 18,000 liter diesel subsidi bernilai RM32,400.
Selain itu, sebuah tangki statik kosong yang diletakkan di gudang berkenaan bersama sebuah lori tangki lagi yang digunakan untuk membawa diesel turut disita.
Pihaknya bagaimanapun tidak membuat tangkapan memandangkan gudang tersebut kosong ketika serbuan dijalankan.
“Modus operandi sindiket ini ialah menggunakan lori tangki bagi mengisi diesel subsidi di beberapa stesen minyak di sekitar Klang dan Shah Alam untuk disimpan di gudang tersebut sebelum dijual kepada pihak industri,” katanya kepada pemberita di gudang berkenaan.

Dua juta kenderaan guna lebuh raya

JIKA orang ramai tidak merancang perjalanan, mereka mungkin berhadapan dengan jalan sesak seperti di Plaza Tol Sungai Besi ini berikutan cuti Aidiladha dan cuti hujung minggu.


KUALA LUMPUR - Kira-kira dua juta kenderaan dijangka menggunakan laluan lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mulai hari ini berikutan cuti sempena Aidiladha pada Jumaat dan diikuti dengan cuti hujung minggu.
Ketua Komunikasi Korporat PLUS Mohd. Nizam Ismail berkata, angka itu mencatatkan peningkatan sebanyak 23 peratus berbanding 1.6 juta kenderaan sehari pada hari biasa.
"Kami jangkakan dua juta kenderaan ini kerana pada setiap waktu puncak dan musim-musim perayaan, jumlah kenderaan akan meningkat," katanya di sini semalam.
Mohd. Nizam berkata, data itu merangkumi jumlah trafik yang menggunakan semua lebuh raya di bawah kendalian PLUS termasuk Lebuh Raya Baru Lembah Klang, Lebuh Raya Persekutuan Laluan 2, Lebuh Raya Elite, Lebuh Raya Linkedua, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Lebuh Raya Butterworth-Kulim dan Jambatan Pulau Pinang.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya mematuhi nasihat waktu perjalanan (TTA) yang dikeluarkan PLUS untuk mengelak mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Tersepit satu jam dihempap balak


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan pemandu lori balak yang tersepit dalam kemalangan di Bukit Tangga, Seremban semalam.


SEREMBAN – Seorang pemandu lori balak terpaksa menahan kesakitan hampir satu jam akibat dihempap beberapa batang kayu balak yang terjatuh selepas kenderaan berat yang dipandunya terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Pantai-Jelebu di Bukit Tangga di sini semalam.
Kejadian kira-kira pukul 3 petang itu berlaku apabila lori yang dipandu mangsa yang belum dikenal pasti identiti bersama seorang kelindan, V. Radakrishnan, 48, dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh lereng bukit laluan berkenaan.
Kelindan lori terbabit bagaimanapun berjaya dikeluarkan oleh orang ramai sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).
Difahamkan, lori balak berkenaan yang dalam perjalanan dari arah Jelebu menuju ke Seremban hilang kawalan ketika menuruni bukit sebelum melanggar lereng bukit terbabit.
Pegawai Operasi Kanan Bomba Seremban, A. Gonaselan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3 petang dan sampai di lokasi kejadian kira-kira pukul 3.27 petang.

Rakyat Kelantan paling ramai mohon kerja melalui SPA

KOTA BHARU - Rakyat Kelantan adalah yang paling ramai memohon pekerjaan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sejak tiga tahun lalu.
Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam berkata, sejak tahun 2009 sehingga tahun lalu seramai 495,000 daripada 1.2 juta pemohon pekerjaan dari Gred 1 sehingga Gred41 berasal dari negeri ini.
Menurutnya, sejak lima tahun lalu, seramai 12,831 pemohon dari Kelantan diterima bekerja di sektor pekerjaan di sektor awam.
"Peluang pekerjaan yang terhad di Kelantan adalah antara punca banyak permohonan diterima daripada rakyat negeri tersebut.
"SPA dengan kerjasama semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan akan berbincang untuk mencari penyelesaian dalam membuat penambahbaikan dalam soal memberikan ruang pekerjaan ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Sesi Interaksi Pengerusi SPA Dengan Ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Badan-badan Berkanun, Persatuan-persatuan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Zon Timur di sini semalam.
Mahmood berkata, SPA sentiasa terbuka dan memberi peluang yang sama rata kepada semua rakyat untuk mendapatkan pekerjaan.
"Pemilihan adalah berdasarkan meritokrasi tanpa melihat keturunan, bangsa, agama, budaya dan pemohon anak kepada siapa," katanya.

Sorok mercun dalam kotak daging babi


BEBERAPA anggota polis memeriksa pelbagai jenis mercun yang dirampas di sebuah banglo di Kuching semalam.


KUCHING – Polis berjaya merampas kira-kira 600 kotak yang berisi pelbagai jenis mercun bernilai RM75,000 di sebuah banglo di Jalan Dongan, Batu Kawa di sini semalam.
Dalam serbuan pada pukul 10 pagi itu, polis turut menahan seorang lelaki berusia 35 tahun yang berada di dalam rumah berkenaan.
Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak terbabit dalam serbuan berkenaan.
Menurutnya, kejayaan rampasan itu adalah hasil maklumat risikan yang mendapati kediaman berkenaan telah dijadikan tempat menyimpan mercun.
“Pemeriksaan lanjut terhadap rumah banglo dua tingkat itu mendapati setiap ruang kediaman termasuk bahagian dapur dan tingkat atas dipenuhi kotak-kotak berisi mercun.
“Polis akan menyiasat kes ini mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman tujuh tahun penjara atau RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

6 pelajar UTM buat kajian di Gunung Everest


DARI kiri, Nur Fadzillah, Anis Zulaikha, Azim Afif dan Mohammad Syafiq membuat persiapan sebelum memulakan misi ke Gunung Everest di Johor Bahru semalam.


SKUDAI – Enam penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini bakal melakar sejarah apabila menjadi kumpulan pelajar pertama dari negara ini melakukan kajian ilmiah di Gunung Everest, Himalaya selama sebulan bermula 2 November ini.
Mereka yang terlibat ialah Azim Afif Ishak, 23, pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer; Anis Zulaikha Zabani, 22, Ijazah Sarjana Pangkalan Data; Nur Fadzillah Nawawi, 20, Ijazah Sarjana Muda Petroleum dan Mohammad Syafiq Ab. Rashid, 20, Ijazah Sarjana Muda Petroleum.
Turut serta ialah Siti Norizati Azmi, 20, pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dan Rafiqin Iman Ramlan, 19, Ijazah Sarjana Muda Harta Tanah.
Mereka akan turut diiringi oleh Pro Canselor UTM, Tan Sri Dr. Salleh Mohd. Nor, 72, dan dua staf bukan akademik universiti itu.

Kecewa ubat RM40,000 gagal selamatkan isteri


FATT SOON (kiri) dan Michael menunjukkan ubat kanser berharga RM5,000 sebotol yang dijual seorang tabib di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang warga emas berasa kecewa selepas ubat tradisional yang dibelinya daripada seorang tabib dengan harga RM40,000 didakwanya tidak berkesan bagi mengubati penyakit kanser hati isterinya.
Lelaki tersebut, Bay Fatt Soon, 73, berkata, ubat dalam bentuk kapsul yang dihasilkan daripada rumput yang menjadi makanan landak itu dibelinya beberapa bulan lalu.
Katanya, pada mulanya dia sendiri kurang yakin sama ada ubat berkenaan benar-benar mujarab namun membelinya kerana mahu menyelamatkan nyawa isterinya yang sakit tenat ketika itu.
“Saya terus membeli ubat itu tanpa bertanya kepada pakar perubatan kerana bahan makanan landak itu dikatakan mampu mengubati banyak jenis penyakit dan ia juga jarang didapati di pasaran.
“Lagipun, pada masa itu doktor menyatakan isteri saya tidak dapat hidup lebih daripada dua bulan. Saya membeli ubat itu kerana tabib tersebut mendakwa ia boleh membantu isteri saya bertahan selama enam bulan,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.
Fatt Soon berkata, bagaimanapun ia tidak menjadi kenyataan apabila isterinya meninggal dunia pada bulan lalu iaitu selepas kira-kira sebulan memakan ubat yang bernilai RM5,000 sebotol itu.

Malaysia, Singapura runding semula harga air

KUALA LUMPUR – Hubungan dua hala Malaysia-Singapura yang semakin baik pada masa ini mungkin dapat memberikan suasana positif kepada kedua-dua negara untuk berunding semula harga bekalan air mentah dari Johor ke republik itu, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot.
Beliau berkata, kerajaan perlu mengambil kira beberapa faktor dalam menimbangkan cadangan untuk mengadakan rundingan itu seperti keperluan air yang meningkat oleh rakyat negeri Johor dan kesediaan pihak Singapura mengadakan rundingan itu.
“Dalam usaha menyelesaikan isu ini, kerajaan Malaysia dan Singapura telah mengadakan beberapa rundingan sejak tahun 1998 namun tidak mendatangkan hasil yang positif.
“Dalam hal ini, kedua-kedua kerajaan perlu berbincang dengan lebih lanjut untuk menetapkan langkah seterusnya yang perlu diambil bagi menangani isu ini,” katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 pada persidangan Dewan Rakyat semalam.
Terdahulu, anggota Parlimen Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) memberikan pandangan bahawa isu tertunggak antara Malaysia dan Singapura harus diselesaikan termasuk isu air.

No comments:

Post a Comment