Ketar lihat nahas ngeri
Oleh Ramli Ibrahim
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Demikian kata lelaki yang mahu dikenali sebagai Hussin, 45, saksi kemalangan ngeri di Kilometer 10 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, berhampiran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Renok Baru, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa yang juga ibu kepada tiga anak, Halijah Satar, 26, dari Kampung Batu Dua, Kuala Nerus, dekat sini, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di badan.
Rakannya, Masitah Ramli, 30, membonceng motosikal ditunggang Halijah cedera parah dan kini dirawat di Hospital Kuala Krai.
Dalam kejadian itu, motosikal dinaiki mereka dikatakan dirempuh sebuah Proton Satria yang gagal memotong sebuah lori, menyebabkan Halijah terseret di bawah kereta itu dalam jarak beberapa meter.
Tragedi pulang awal sambut Aidiladha
REMUK...mayat Lajat dikeluarkan bomba selepas kereta dipandu terbabit nahas, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, Koperal Lajat Padilat, 52, yang memandu kereta Proton Persona dari Johor Bahru maut apabila kereta dipandunya memasuki laluan bertentangan lalu bertembung kereta Toyota Vios dinaiki tiga guru dari Endau.
Difahamkan, tiga guru berkenaan dalam perjalanan ke Felda Endau di sini untuk mengambil seorang rakan mereka sebelum menghadiri kursus di Batu Pahat.
Dalam kejadian itu, Nor Suriati dan dua anaknya, Mohd Afik, 10, dan Farah, 13, cedera akibat pertembungan dua kereta berkenaan di kawasan berbukit berhampiran Felda Endau.
Pemandu kereta Toyota Vios, Koh Chong Sia, 50, dan penumpang depan, Zaidi Tahar, 37, cedera ringan, manakala penumpang belakang, Amizah Baharom, 29, cedera parah di kepala.
Menceritakan kejadian itu, Nor Suriati berkata, selepas dua jam perjalanan mereka berhenti berehat di satu simpang berhampiran lokasi kemalangan selama beberapa minit, sebelum meneruskan perjalanan.
“Saya tidak ingat apa-apa dan tersedar apabila kereta kami terbabit dalam kemalangan.
Sementara itu, Mohd Afik ketika ditemui di Klinik Kesihatan Endau masih trauma dengan kemalangan itu dan tidak dapat mengingati kejadian.
Ketika itu, dia dan ibunya belum mengetahui mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kemalangan itu.
Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Mersing sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, kecuali Zaidi yang meminta dibawa ke Hospital Kuantan, Pahang untuk mendapatkan rawatan lanjut, manakala dua anak Lajat hanya dirawat sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Endau.
Kilang ‘ghaib’ tiba-tiba
Oleh Ravale Savarinathan
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
KOSONG...bangunan kilang tiada sebaliknya hanya tinggal tapak. Gambar kecil, kilang yang didirikan dengan kos RM50,000.
Pemilik kilang berusia 40-an itu yang tinggal di ibu negara, menyedari kehilangan bangunan kilangnya di kawasan seluas dua hektar ketika melawat premis berkenaan kira-kira jam 10 pagi.
Difahamkan, mangsa membina kilang itu pada 2005 dengan kos melebihi RM50,000 untuk operasi memproses bahan karbon sebelum menyewakannya kepada individu lain sejak 2009.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Mohd Zaki Harun berkata, mangsa kali terakhir melawat kilang berkenaan, kira-kira empat bulan lalu sebelum menyedari ia ghaib kelmarin.
Menurutnya, selepas mendapati keseluruhan struktur bangunan kilangnya ditanggalkan dan dipercayai dicuri, mangsa membuat laporan di Balai Polis Hutan Melintang pada hari sama.
Mati kehabisan oksigen
Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my
mohamad@hmetro.com.my
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, mangsa bersama sembilan lagi rakan dikatakan pergi memancing di perairan berkenaan sejak Ahad lalu.
Bagaimanapun, mangsa dipercayai lemas selepas alat pernafasannya kehabisan oksigen dan tidak timbul ke permukaan dalam jangka masa lama sebelum ditemui kira-kira jam 11.45 pagi.
Azman berkata, arwah sedang menyelam bersama beberapa rakan lain di perairan berkenaan, namun tidak timbul selepas beberapa jam menyebabkan seorang daripada mereka menyelam semula untuk mencari mangsa.
“Seorang rakan kami, Haris Abdullah, 44, terus menyelam untuk mencari arwah kerana dia tidak timbul selepas beberapa jam menyebabkan kami risaukan keselamatannya.
“Apabila Haris menemui arwah didapati dia sudah meninggal dunia dipercayai alat pernafasan kehabisan oksigen manakala Haris dalam keadaan kritikal sebaik naik ke atas bot,” katanya yang ditemui di Jeti Kuala Kedah, semalam.
“Arwah meninggalkan seorang isteri dan dua anak. Kami pasrah dengan kejadian ini dan berdoa arwah ditempatkan dalam kalangan golongan beriman,” katanya.
Peniaga paut kereta dikelar penyamun
Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa yang berpaut pada pintu kenderaan miliknya itu sebaik kumpulan terbabit cuba melarikannya terpaksa melepaskan genggamannya selepas kedua-dua pergelangan tangannya dikelar seorang daripada suspek. Menurut sumber, kejadian bermula apabila lelaki terbabit berhenti di bahu jalan selepas dilanggar sebuah Toyota Harrier dari arah belakang sebelum didatangi tiga lelaki berusia lewat 20-an yang memaksanya menyerahkan kunci keretanya. Sumber berkata, sebaik memperoleh kunci kereta berkenaan, semua suspek terbabit cuba masuk ke dalam kenderaan itu. “Mangsa cuba memberkas seorang daripada suspek ketika penjenayah terbabit mahu masuk dalam kenderaan itu. “Tindakannya itu menyebabkan berlaku pergelutan sebelum suspek mengarahkan rakannya memecut,” katanya. Sumber berkata, mangsa sempat berpaut pada pintu bahagian penumpang sebelah kiri kenderaan menyebabkannya diseret beberapa meter. Mangsa yang tidak dapat menahan kesakitan akibat dikelar di kedua-dua pergelangan tangannya melepaskan genggamannya itu. Sumber berkata, mangsa yang terpelanting ke bahu jalan menghubungi ahli keluarganya sebelum dibawa ke Hospital Selayang dan membuat laporan di Balai Polis Kepong.
Ibu mati berdarah, bayi berbungkus kain
Oleh Azahar Hashim
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Mayat Syaniza Idris, 27, ditemui jam 2.40 petang dalam keadaan berlumuran darah atas tilam dalam bilik tidur utama manakala bayi lelakinya yang dipercayai tidak cukup bulan ditemui berbalut dengan kain dalam bilik air.
Jiran mangsa, Rohaizat Abdul Rahim, 49, berkata, dia meminta isterinya, Normah Ali, 48, pergi ke rumah Syaniza selepas mengesyaki sesuatu berlaku apabila melihat anak lelaki jirannya itu, Mohd Danial Asmadi, 7, yang bersekolah dalam tahun satu pulang dari sekolah dengan berjalan sendirian.
Menurutnya, sebelum ini, setiap pagi arwah keluar rumah menghantar anak lelakinya ke sekolah menaiki kereta sebelum mengambilnya semula jam 12 tengah hari.
Rohaizat berkata, dia difahamkan, suami Syaniza, Asmadi Ahmad, 28, seorang konstabel polis tiada di rumah ketika itu kerana berkursus di Pulau Pinang.
Ketawa manja isteri curang
Oleh Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my
iskandar@hmetro.com.my
Difahamkan, kecewa dengan perbuatan curang isterinya yang berusia 24 tahun, lelaki berusia 36 tahun yang ketika kejadian sedang bekerja pergi ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) meminta serbuan dilakukan bagi mencekup mereka.
Pegawai Jaim yang menyerbu dan melakukan pemeriksaan jam 4.15 pagi kelmarin, mendapati tiga orang berada dalam rumah berkenaan termasuk seorang lagi wanita berusia 30-an dan mereka ditahan untuk siasatan.
Kontraktor berkenaan yang mahu dikenali sebagai Salman, mendakwa ketika keluar bekerja pada jam 8 pagi Ahad lalu, dia memberitahu isterinya tidak pulang kerana bertugas di luar kawasan.
“Dia (isteri) yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah di negeri ini, biasanya mula bertugas jam 9 pagi hingga 11 malam.
Ketawa manja isteri curang
Oleh Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my
iskandar@hmetro.com.my
Difahamkan, kecewa dengan perbuatan curang isterinya yang berusia 24 tahun, lelaki berusia 36 tahun yang ketika kejadian sedang bekerja pergi ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) meminta serbuan dilakukan bagi mencekup mereka.
Pegawai Jaim yang menyerbu dan melakukan pemeriksaan jam 4.15 pagi kelmarin, mendapati tiga orang berada dalam rumah berkenaan termasuk seorang lagi wanita berusia 30-an dan mereka ditahan untuk siasatan.
Kontraktor berkenaan yang mahu dikenali sebagai Salman, mendakwa ketika keluar bekerja pada jam 8 pagi Ahad lalu, dia memberitahu isterinya tidak pulang kerana bertugas di luar kawasan.
“Dia (isteri) yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah di negeri ini, biasanya mula bertugas jam 9 pagi hingga 11 malam.
Titik noda cinta maya
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my
kalidevi@hmetro.com.my
Sebaik mengetahui kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan polis kelmarin sebaik mengetahui rakan maya anaknya yang berasal dari India itu berada di negara ini bagi membolehkan polis menahan lelaki itu pada hari sama.
Difahamkan, mangsa yang berkenalan dengan rakan mayanya itu menjadi mangsa pemuas nafsu lelaki itu ketika datang ke negara ini dua bulan lalu dan sejak kejadian itu, mangsa bersikap murung dan menjauhkan diri daripada ahli keluarga yang lain.
Sumber polis berkata, ibu mangsa yang menyedari perubahan pada diri anak bongsunya berusia 23 tahun itu meminta bantuan anak sulungnya untuk memperhatikan kelakuan mangsa dan pada mulanya mereka menyangka mangsa putus cinta.
Menurutnya, abang mangsa yang syak kelakuan adiknya itu mempunyai kaitan dengan komputer riba yang sering dibawa mangsa sebagai teman baik itu bertindak memasang program khas pada peralatan itu.
120 penampar dalam 1/2 jam
RAKAMAN video menunjukkan guru wanita (membelakangkan kamera) menampar seorang daripada muridnya.
Perbuatan kejam itu terbongkar selepas aksi guru terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sebuah pusat pendidikan di Taiyuan, utara Shanxi.
Melalui rakaman video selama 30 minit itu, guru terbabit dilihat menampar empat muridnya lebih 120 kali apabila mereka gagal menjawab soalan diberi. Insiden itu disiasat selepas seorang daripada bapa murid terbabit - cuma dikenali sebagai Han kehairanan apabila muka anak perempuannya merah dan bengkak. Media semalam melaporkan, Han pergi bertemu pentadbiran prasekolah berkenaan dan menuntut untuk melihat rakaman CCTV di situ.
Menurut Han, melalui rakaman berkenaan, dia melihat anaknya serta tiga kanak-kanak lain menjadi mangsa dera seorang guru.
“Dalam tempoh setengah jam, guru wanita terbabit menampar anak saya 43 kali, selain menendangnya dua kali,” katanya. Mengenai tiga kanak-kanak lain, Han berkata, mereka masing-masing ditampar 43, 27 dan 10 kali dalam tempoh sama. “Wanita itu tidak sepatutnya menjadi guru. Dia bukan manusia, tetapi jembalang!” katanya. Menurut Han, bukan sekali anak perempuannya pulang dengan muka merah dan membengkak tetapi menyangka ia disebabkan kecederaan ketika bermain. Melalui rakaman itu, Han berkata, guru matematik terbabit meminta anaknya mencampurkan dua angka lebih daripada 10.
Apabila anaknya mengaku tidak tahu, guru terbabit menamparnya. Sementara itu, media China melaporkan, guru wanita itu kini dipecat dari sekolah berkenaan. - DM
Lelaki tikam isteri kerana bekerja di luar
Jurucakap polis berkata, lelaki terbabit ditahan di rumahnya di Herat. Katanya, mangsa dikenali sebagai Kulsoom dan terbunuh selepas ditikam lapan kali Jumaat lalu.
“Suspek bernama Abdul Rahim dan dia kini ditahan atas tuduhan membunuh,” katanya. Jurucakap polis berkata, pasangan itu berkahwin sejak enam tahun lalu dan dikurniakan dua orang anak. Kejadian itu berlaku hampir seminggu selepas seorang wanita lain, Mah Gul, 20, dipancung iparnya di wilayah sama kerana enggan menjadi pelacur. Pengarah Wilayah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Abdul Qader Rahimi, berkata keganasan ke atas wanita meningkat mendadak di situ akhir-akhir ini. “Sepanjang tahun ini, kami merekodkan 100 kes keganasan ke atas wanita di wilayah barat Afghanistan dan percaya, banyak lagi kejadian tetapi tidak dilaporkan,” katanya. - AFP
No comments:
Post a Comment