Umpan doktor ‘songsang’
Oleh Siti Nadirah Hafidzin
nadirah@hmetro.com.my
nadirah@hmetro.com.my
Malah, doktor lelaki berusia 40 tahun yang masih bujang dipercayai sudah melakukan perbuatan terkutuk itu kepada beberapa kanak-kanak lain yang dikenalinya, namun dirahsiakan sebelum ini.
Bagaimanapun, doktor yang menjadikan kliniknya sebagai tempat mencabul kanak-kanak lelaki akhirnya ditahan polis pada kira-kira jam 1 tengah hari semalam, selepas bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, perkara itu disedari bapa mangsa yang juga seorang jurugambar bebas selepas mendapati anaknya memiliki telefon pintar baru.
Mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku, bapa mangsa memaksa anaknya menceritakan perkara sebenar.
Derita anak
Oleh Siti Fatimah Hassan
sfhassan@hmetro.com.my
sfhassan@hmetro.com.my
SAKIT KULIT...Rohimah menunjukkan tapak kaki Nurirmayanti.
Jika dilihat sekali imbas, keadaan Nurirmayanti Semaun dari Kampung Kedondong, mirip ‘Orang Pokok’, Dede, 40, dari Cililin Kabupaten Bandung, Jawa Barat, Indonesia yang mendapat perhatian selepas kisahnya tersiar di dokumentari ‘My Shocking Story’ di saluran Discovery Channel, pada November 2007.
Bagaimanapun Dede menderita ketumbuhan ketuat seperti kulit kayu pada sebahagian besar tubuhnya, tetapi Nurirmayanti yang turut menghidap sindrom Down merintih kesakitan setiap hari apabila keadaan fizikalnya semakin teruk akibat kulitnya menggelupas dan ditumbuhi keruping, malah kakinya seperti ‘berakar’.
Dia yang sebelum ini bersekolah di Sekolah Pendidikan Khas, Tendong terpaksa menangguhkan persekolahan dan kini dijaga ibunya, Rohimah Salleh, 51, setiap masa.
Apa yang merunsingkan ialah bapanya, Semaun Ismail, 59, hanya bekerja sebagai tukang kebun dengan berpendapatan tetap RM500 dan sebanyak RM200 digunakan untuk membeli ubat-ubatan anak bongsunya itu.
Takdir suami lumpuh
Oleh Mahaizura Abd Malik
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
KASIH ABANG...Abdul Razak membantu Ismail yang lumpuh minum air.
Lebih mendukacitakan, wanita berusia 46 tahun itu dikatakan sudah memfailkan tuntutan fasakh di mahkamah syariah di ibu negara bagi melepaskan tanggungjawabnya.
Wanita itu yang kini menetap di Gombak, Selangor, turut meninggalkan dua anak mereka untuk dijaga keluarga suaminya dan hanya beberapa kali menziarah mereka sejak awal tahun ini.
Perkara itu didedahkan Abdul Razak Ismail, 48, yang kini menjaga adik iparnya, Ismail Hashim, 41, yang lumpuh separuh badan, selain menghadapi kesukaran untuk bercakap dan lemah ingatan.
Dia ditinggalkan bersama dua anaknya, masing-masing seorang lelaki dan perempuan berusia 11 dan 15 tahun.
Menjunam dari siling
Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
“Saya terus memangkunya yang tidak sedarkan diri, namun dia masih menggerakkan bibir ketika saya mengajar mengucap sebelum meminta anak memanggil jiran,” kata Hayati Shafie, 50, isteri kepada Pegawai Bomba Kanan II, Isa Budin, 57, yang maut terjatuh dari siling rumahnya ketika memeriksa kebocoran pada tangki air, petang kelmarin.
Menurutnya, sehari sebelum kejadian, mangsa naik ke siling dengan anak dan memberitahu semuanya sudah ok (baik) sebelum berlaku kebocoran semula petang semalam (kelmarin).
“Dia sekali lagi naik ke siling untuk memeriksa sebelum tergelincir,” katanya sambil menahan sebak ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Aman di sini, semalam.
Hayati berkata, arwah yang membuat kerja sambilan membersih kolam di Simpang Ampat di sini, dikatakan mengajak anak lelaki mereka berhenti daripada melakukan kerja sebelum pulang ke rumah pada petang kejadian.
Tertekan kenang nasib suami
Menurut Maesaroh, sejak suaminya ditahan di sempadan Tebedu-Entikong kerana dituduh terbabit dalam kegiatan pemerdagangan orang pada 30 Jun lalu, hidupnya sekeluarga diselubungi kegelisahan.
Katanya, dia menghubungi suaminya melalui telefon bimbit kerana mahu memaklumkan mereka sekeluarga akan ke Pontianak untuk bertemu Konsulat Malaysia di sana.
“Suara suami agak berbeza mungkin kerana gementar selepas dimaklumkan peguam bahawa dia akan dihadapkan ke mahkamah lusa (esok) bagi mendengar pertuduhan pertama.
“Suami tidak banyak bercakap, malah hanya memaklumkan dalam keadaan baik. Dia juga memberitahu wakil Konsulat Malaysia di Pontianak ada bertemunya minggu lalu,” katanya ketika dihubungi, semalam “Selain itu ada beberapa rakan dari Kuching bertemunya hari ini (semalam) untuk bertanya khabarnya,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Salleh yang juga seorang peniaga ditahan di pintu sempadan selepas dikatakan cuba membawa seorang rakyat Indonesia berusia 19 tahun bagi dijadikan pengasuh anaknya.
‘Bukan rebut wanita’
“Mereka berniat menyamun saya kerana selama lebih 20 tahun menceburi bidang politik, seingat saya, tidak pernah saya bermusuh dengan sesiapa.
“Alhamdulillah, keadaan semakin pulih dan saya berterima kasih kepada semua pihak yang tidak putus memberikan sokongan dan semangat. Insya-Allah, saya akan teruskan perjuangan selepas ini,” kata Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali, 41.
Pertama kali tampil bersemuka dengan media semalam, beliau yang kelihatan masih lemah akibat terkena lima tetakan menceritakan kejadian diserang dua lelaki dipercayai warga asing pada 24 September lalu berhampiran rumahnya di Taman Dagang, di sini. Beliau yang juga Pengerusi Belia Islam Kepong berkata, dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, beliau baru keluar daripada keretanya untuk ke rumahnya selepas menonton perlawanan bola sepak di sebuah restoran.
Katanya, kebiasaannya beliau akan memerhatikan keadaan sekeliling sebelum keluar kereta, malah pada hari kejadian beliau melakukan rutin sama dan yakin tiada apa yang mencurigakan sebelum keluar.
Pencuri tebuk bank
Oleh Zaitie Satibi dan Norul Awatif Romli
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Polis menerima laporan kejadian itu pada jam 7.53 pagi semalam selepas kakitangan bank berkenaan membuka premis untuk memulakan operasi seperti kebiasaannya dan terkejut apabila mendapati lubang pada dinding manakala wang dalam peti besi lesap dilarikan.
Penjenayah lebih dua orang itu dipercayai menebuk ruang sampah di belakang bank berkenaan sebelum menembusi bilik pantri dan sekali lagi menebuk dinding bilik kebal yang menempatkan peti besi.
Penjenayah terbabit menutup alat pengesan pergerakan yang dipasang dalam bilik kebal itu dengan tin bagi mengelak sistem penggera berbunyi sebelum menggunakan alat pengimpal logam untuk memecah peti besi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata hasil siasatan di tempat kejadian polis menemui satu mesin penebuk yang ditinggalkan suspek. Selain itu, berdasarkan keadaan pintu bilik kebal, polis percaya suspek juga menggunakan alat pengimpal logam jenis gas Oxy-Acetylene bagi menebuk peti besi.
Katanya, kumpulan perompak itu amat licik dan dapat mengelak kegiatan mereka disedari berikutan mereka dipercayai mahir dalam jenayah samun bank dan melakukan perancangan rapi sejak sekian lama.
Dinoda dalam keadaan tidak sedarkan diri
Wanita terbabit dikatakan baru selesai mengadakan perbincangan dengan rakannya dan pulang ke bilik sebelum mendapati bekas alat tulisnya tertinggal lalu pergi mendapatkannya.
Menurut sumber, dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, mangsa berusia 22 tahun menyedari dirinya diekori ketika menuju ke lif bangunan berkenaan sebelum tidak sedarkan diri apabila menoleh ke belakang.
“Mangsa sedar dua jam selepas itu dalam keadaan terbaring dan berpakaian lengkap serta memegang bekas alat tulis miliknya itu di dalam lif berkenaan, seorang diri.
“Bagaimanapun, mangsa yang masih kebingungan terus balik ke bilik penginapannya di bangunan sama sebelum berasa sakit di kemaluannya ketika membuang air,” katanya.
Katanya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini, keesokan harinya selepas mengesyaki dirogol sepanjang masa dia tidak sedarkan diri itu.
Drama cinta monyet
Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Difahamkan, kejadian kira-kira jam 6 petang itu dipercayai berlaku apabila mangsa yang berusia 16 tahun tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia bakal ditinggalkan kekasihnya.
Sumber berkata, sebelum kejadian itu, mangsa bertengkar dengan teman lelakinya di luar kawasan sekolah berkenaan hingga menyebabkan teman lelakinya itu cuba terjun ke dalam laut sebelum dipujuk mangsa.
“Kejadian disedari pengawal keselamatan berusia 50-an yang membuat rondaan di sebuah sekolah berhampiran lokasi kejadian.
“Dalam hujan lebat, mangsa dan pasangannya dilihat bertikam lidah sebelum remaja lelaki itu cuba terjun ke laut,” katanya, di sini, semalam.
Anak bongsu Gaddafi maut, setahun selepas bapa dibunuh
Terdapat laporan bercanggah mengenai sama ada Khamis Gaddafi terbunuh ketika pertempuran atau dia cedera parah dan kemudian mati.
Jurucakap Kongres Kebangsaan Libya, Omar Hamdan berkata, Khamis, 28, mati dalam pertempuran tetapi tidak memberi butir lanjut.
Mayatnya dikatakan ditemui semalam selepas pertempuran sengit antara tentera pro-Gaddafi dengan kumpulan militia yang setia kepada kerajaan Libya di bandar Bani Walid.
Menurut laporan agensi berita Al-Arabiya yang dipetik oleh NBC News, sumber mendakwa Khamis ditemui dalam keadaan cedera parah, ditangkap dan kemudian mati.
Sebelum ini, beberapa laporan menyatakan, dia terbunuh, termasuk ketika serangan udara Nato pada Ogos 2011.
Laporan mengenai kematiannya disambut secara besar-besaran di Misrata, bandar yang pernah dikepung selama enam bulan oleh Briged ke-32 yang diketuai Khamis.
Terdahulu, kerajaan Libya berkata, tenteranya menahan jurucakap Gaddafi, Moussa Ibrahim.
Bagaimanapun, seorang lelaki yang mendakwa dirinya Moussa, menyangkal kenyataan itu dan berkata, dia tidak berada di Libya.
Khamis, yang belajar di sebuah akademi tentera di Russia, masih belum berkahwin. Abangnya, Saif al-Islam, ketika ini berada di penjara, menunggu untuk dibicarakan. Pasukan Briged ke-32 yang diketuainya didakwa terbabit merogol, membunuh dan menyeksa kumpulan penentang bapanya. - DM
2 pakar cipta jean mesra alam
HELEN bersama koleksi jean mesra alamnya.
Seorang ahli kimia dan seorang pereka fesyen menghasilkan seluar denim mesra alam yang dapat menghapuskan bahan buangan bahaya dalam udara.
Seluar berkenaan disalut dengan partikel titanium dioksida yang boleh bertindak terhadap cahaya dan udara bagi meneutralkan nitrogen oksida, bahan pencemaran yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang.
Produk sampingan yang tidak berbahaya dan nitrat larut air itu boleh terhapus apabila seluar itu dicuci.
Sama seperti pengubah bermangkin yang membantu mengurangkan pencemaran ketika kenderaan dipandu, seluar berkenaan boleh membantu menghijaukan planet. Kira-kira 1.3 juta kematian di seluruh dunia setiap tahun dikaitkan dengan kualiti udara yang buruk.
Semua jenis kain boleh digunakan sebagai Pakaian Bermangkin tetapi jean dianggap sebagai medium terbaik bagi proses itu kerana ia menjadi pakaian ramai penduduk dunia.
Hasil rekaan Helen pernah dipakai oleh bintang ternama, termasuk Madonna dan Cher.
Proses Pakaian Bermangkin sudahpun dikemukakan kepada syarikat sabun, Ecover untuk menghasilkan bahan tambahan pencuci yang diberi nama CatClo. Bahan itu terkandung dalam serbuk pencuci perapi fabrik.
Ujian keselamatan dilakukan terhadap produk berkenaan tetapi tidak ada bukti menunjukkan ia menjejaskan kulit manusia atau bekalan air.
Ia mungkin mula dijual dalam masa dua tahun lagi.
Helen berkata, jean menjadi bahan ideal pakaian untuk ciptaan mereka kerana terdapat lebih banyak jean di planet berbanding manusia. - DM
Amuk di spa: 3 terbunuh
Suspek, yang dikenali sebagai Radcliffe Haughton, 45 tahun, ditemui mati di tempat kejadian di Brookfield, di luar bandar Milwaukee.
Ketua Polis Brookfield, Dan Tushaus berkata, Radcliffe mati akibat tembakan sendiri.
“Kami percaya kejadian ini berkaitan keganasan domestik,” katanya.
Dan berkata, ada kebakaran kecil berlaku di dalam bangunan itu ketika anggota polis masuk dan mendapati suspek sudah mati.
Dan berkata, isteri Radcliffe mahu bercerai dan suspek telah menoreh tayar keretanya awal bulan ini lalu menyebabkan isterinya memohon perintah mahkamah menghalang lelaki itu mendekatinya.
Namun ia tidak menghalang Radcliffe daripada mensasarkan isterinya di tempat kerjanya. Polis tidak dapat mengesahkan lagi sama ada isterinya antara mangsa yang maut.
Polis belum lagi mengenal pasti mangsa yang mati selain daripada penembak itu.
Empat yang cedera tidak parah. Namun begitu seorang mangsa yang ditembak di leher mungkin hamil enam bulan, lapor Berita TMJ4.
Bapa suspek, Radcliffe Houghton Sr memberitahu TMJ4, “Bukan begini caranya saya membesarkan anak lelaki saya. Anak saya menghadapi masalah domestik. Semua orang menghadapi masalah tetapi tidak semua tahu menangani masalah mereka.”
Kejadian tembak itu merupakan kejadian kedua terbesar di Wisconsin, tahun ini.
Ogos lalu, enam terbunuh dalam kejadian tembak secara rawak di kuil Sikh di Oak Creek, Milwaukee. Penyerang dalam kejadian itu membunuh diri.
Sebelum ini, Dan berkata Radcliffe meninggalkan apa yang dipercayai sebutir bom buatan sendiri dan ia menghalang polis daripada menyiasat keseluruhan bangunan dua tingkat itu.
Dan berkata masih tidak dapat dipastikan sama ada tangki propana itu adalah IED atau bekas yang ditinggal oleh pekerja pembinaan. - AFP
Tunang Amir mahu semuka dengan model
Ia bertujuan untuk mengetahui sama ada Amir telah berlaku curang terhadapnya.
Faryal menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada model glamor, Natalie Fox, 28 meminta untuk bertemunya selepas mengesyaki Amir masih mempunyai hubungan dengan wanita itu.
Dia dipercayai terbaca SMS antara Amir, juara tinju dunia dua kali, dengan Natalie.
Model berambut perang itu mendakwa sebelum ini, dia berpacaran dengan Amir dua minggu sebelum peninju berkenaan dan Faryal bertunang secara rasmi pada Januari lalu.
Bagaimanapun, Amir, 25, menegaskan, ia berlaku setahun sebelumnya, sejurus sebelum berkenalan dengan Faryal menerusi rakan masing-masing.
Dia dilaporkan bersedia ke London untuk bersemuka dengan Natalie.
No comments:
Post a Comment