Biar anak lapar
Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my
maryvictoria@hmetro.com.my
KETAGIH...Sara (duduk) bermain permainan komputer membiarkan anaknya tertidur di sebuah pusat siber di Pasir Gudang.
Lebih mengejutkan, akibat ketagihan permainan itu, wanita bergelar ibu yang menjadi pelanggan tetap kafe siber berkenaan membawa anak lelakinya berusia tiga tahun ke pusat terbabit sejak lebih setahun lalu.
Lebih malang, wanita terbabit tidak memberikan anaknya makan hingga kanak-kanak berkenaan terpaksa mengutip sisa makanan di kawasan berhampiran termasuk makanan kucing.
Pengurus pusat siber berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Raihan, 30, berkata, wanita dari Masai itu mengunjungi pusat sibernya sejak lebih setahun lalu bersama seorang kanak-kanak lelaki yang diakui anak tunggalnya.
Menurutnya, wanita terbabit mendakwa dirinya suri rumah dan dipercayai tidak bekerja serta meluangkan masa dari pagi hingga petang di pusat siber itu kerana ketagih bermain permainan komputer.
Diserang 200 Mat Rempit
Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my
mohamad@hmetro.com.my
TERUK...kereta mangsa dipecahkan kumpulan bermotosikal, kelmarin.
ADU...mangsa memberi keterangan kepada pegawai polis bertugas.
Kejadian kira-kira jam 2 pagi itu menyebabkan mangsa remaja berusia 18 tahun parah di kepala serta badan dan kini masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, manakala rakannya berusia 21 tahun dirawat sebagai pesakit luar HSB.
Difahamkan, sebelum kejadian, kedua-dua mangsa menaiki Proton Saga Aeroback dikatakan dalam perjalanan ke sebuah restoran di Lebuh raya Darulaman, di sini, untuk menikmati makan tengah malam bersama rakan.
Sebaik tiba di satu persimpangan lampu isyarat, pemandu kereta itu mahu membelok ke kiri sebelum dikatakan terlanggar seorang Mat Rempit sehingga terjatuh menyebabkan kumpulan berkenaan mengejar mangsa bersama rakan-rakannya sejauh satu kilometer.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan berkata, kumpulan remaja yang menunggang motosikal itu dipercayai menyerang dan terus membelasah mangsa serta memecahkan cermin kereta mangsa menggunakan topi keledar dan besi papan tanda.
Lengan dikapak peragut
Oleh Junaidi Ladjana dan Cleo Will
hmkk@hmetro.com
hmkk@hmetro.com
NGERI...kesan tompokan darah daripada kecederaan dialami mangsa yang ditetak.
Sebelum kejadian, mangsa berusia 30-an dikatakan mengunjungi sebuah pasar raya sebelum didatangi seorang suspek dari belakang dipercayai warga asing, kira-kira jam 6 petang.
Sumber berkata, suspek menarik beg tangan itu menyebabkan mangsa terkejut dan cuba menghalang.
“Mangsa yang tidak menyedari suspek membawa senjata cuba melawan selain menggenggam erat beg tangannya.
“Lelaki terbabit yang berang mengeluarkan kapak lalu menetak lengan wanita itu menyebabkan mangsa rebah,” katanya.
383 cap jari dikesan
Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
rnoraina@hmetro.com.my
SALAM... Tun Hisan ditemani Lee bermesra dengan wakil penduduk Ampang Jaya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, daripada jumlah itu, 96 peratus cap jari milik penjenayah tegar manakala hanya 3.6 peratus milik individu yang baru melakukan jenayah.
“Berdasarkan peratus berkenaan, ia menggambarkan penjenayah yang bebas selepas diberi jamin polis, diberi jamin mahkamah mahupun sudah menerima hukuman penjara, aktif kembali melakukan jenayah sama.
“Oleh itu, saya menyeru masyarakat supaya membantu polis dalam memastikan penjenayah yang dibebaskan tidak mengulangi perbuatan jenayah secara berulang,” katanya ketika sidang media selepas menghadiri program ‘Bersatu Mencegah Jenayah’ di Dewan Serbaguna Taman Cempaka, Ampang, di sini, semalam.
Hadir sama Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, Datuk Wong Pui Lam dan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin.
Tun Hisan berkata, kebanyakan penjenayah kembali melakukan jenayah sama selepas dibebaskan kerana tidak mempunyai peluang pekerjaan lain dan tidak diterima masyarakat.
Tonto himpit kereta JPJ
Malah lebih teruk, tonto dengan beraninya ‘berkampung’ di luar pekarangan ibu pejabat JPJ Perak seolah-olah sengaja mencabar pihak berkuasa.
Sumber JPJ berkata, kumpulan tonto itu bertindak sebagai pelindung pelbagai kegiatan haram, termasuk sindiket curi pasir, perlombongan atau pembalakan haram, lori hantu, penjualan cakera padat digital (DVD) cetak rompak dan pelbagai jenayah lain.
Menurutnya, tonto terbabit bukan sahaja bersikap samseng, tetapi kini lebih berani dengan menyerang dan mencederakan pihak berkuasa yang menjalankan tugas.
“Kumpulan tonto bukan sahaja menjadi ‘orang hadapan’ memberi maklumat kepada pelanggan mereka mengenai kehadiran anggota penguatkuasa, malah berani mencabar, menghalang malah mengugut anggota penguatkuasa.
“Mereka dibayar sindiket antara RM50 dan RM100 sehari, malah ada turut dibekalkan minyak oleh tauke setiap hari demi memastikan misi mengawasi pergerakan pihak berkuasa berkesan,” katanya.
“Identiti kumpulan samseng ini mudah dikenal pasti kerana menggunakan kenderaan mempunyai banyak antena pada bumbung supaya memudahkan mereka menggunakan walkie-talkie selain menghantar maklumat kepada pemandu lori supaya mengelak menggunakan laluan yang ada pihak berkuasa.
Terbaru, kumpulan tonto bertindak menghimpit kenderaan JPJ yang mengejar sebuah lori membawa muatan berlebihan di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) sebelum pemandu lori berkenaan membuang muatan tanah dibawanya di atas jalan utama berhampiran Taman Gemilang, di sini.
Ambil peluang berkhalwat
Oleh Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my
iskandar@hmetro.com.my
Difahamkan, perbuatan wanita berkenaan disedari jiran berdekatan yang melihat kelakuan mencurigakan seorang lelaki berusia 40-an yang memasuki rumah didiami wanita berusia lewat 20-an itu.
Bertindak atas maklumat itu, penduduk setempat diketuai Imam Masjid Al-Abrar Semabok, Muhammad Taufik Khalil melakukan pemeriksaan lanjut sebelum menemui pasangan berkenaan di kawasan rumah berkenaan jam 8.30 malam.
Muhammad Taufik berkata, beliau dimaklumkan perkara itu apabila dihubungi seseorang ketika berada di masjid, jam 7.15 malam.
“Individu itu memberitahu yang seorang lelaki dilihat memasuki rumah wanita berkenaan dalam keadaan mencurigakan, selain turut menutup pintu pagar.
DAP dicabar bertanding kawasan Melayu
“Jika DAP parti pelbagai kaum, saya cabar mereka bertanding di kawasan Melayu. Anda tahu orang Melayu sudah muak dengan DAP...semuanya karut,” katanya semasa merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-59 di sini, semalam.
Antara yang hadir Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Timbalan Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai, dua Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Najib juga bersetuju dengan Presiden MCA bahawa pemimpin DAP kononnya mengutamakan pelbagai kaum, tetapi pada hakikatnya tidak begitu.
“Bersikap demokratik...adakah mereka lebih demokratik daripada kami (BN)? Jika anda mahu tahu, tanya Tunku Aziz (bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Tunku Abdul Aziz Ibrahim), beliau akan beritahu anda,” kata Najib sambil menegaskan mesej BN ialah perubahan sebenar dan kemajuan pesat sedang berlaku di Malaysia.
“Reformasi sekadar satu slogan,” katanya. Najib berkata, orang boleh mempersoalkan dasar dan keadilan kerajaan, tetapi tidak harus mempersoalkan asas negara yang dibina berasaskan Perlembagaan. Perdana Menteri berkata, kerajaan membuat banyak keputusan yang berisiko politik hanya untuk memastikan ia adil kepada semua rakyat di negara ini.
Gadis bermisai, berjambang
Tetapi tidak bagi Nana, 16, yang baru-baru ini ditumbuhi bulu lebat pada muka dan tubuhnya selepas menjalani rawatan untuk menyelamatkan nyawa.
Dia kini lebih rela menghabiskan masa bersendirian, berkurung di dalam bilik.
Gadis warga China itu, yang hanya mahu dikenali dengan nama pertamanya, menunjukkan janggut dan misai lebat yang tumbuh kerana menghidap penyakit ganjil, hirsuitism, selepas menjalani rawatan.
“Doktor berkata, penyakitnya amat serius dan dia boleh mati jika tidak dirawat,” kata ibu gadis itu kepada agensi berita China, Zinhua.
Nana terpaksa dimasukkan ke hospital selepas disahkan menghidap ‘aplastic anemia’ pada 2010, penyakit yang menyebabkan tulang sumsum Nana tidak menghasilkan sel darah baru secukupnya.
Kesihatannya semakin pulih selepas menjalani rawatan dengan memakan ubat.
Bagaimanapun, keadaan fizikalnya mula berubah.
“Selepas memakan ubat itu, jambang lebat tumbuh pada muka sementara ketiak dan kakinya dilitupi bulu yang juga lebat,” menurut laporan Liao Shen Evening News.
“Setiap hari dia menangis, ingin ke sekolah,” kata ibunya.
Gadis itu berhenti sekolah pada 2010 kerana keadaannya itu.
Si ibu menyifatkan anaknya sebelum ini sebagai periang tetapi sejak menghadapi masalah itu, dia mula memencilkan diri dan memakai topeng kertas untuk melindungi mukanya dan kemeja lengan panjang setiap kali keluar rumah.
“Dia kini tidak mahu bercakap walaupun sepatah dan lebih banyak menghabiskan masa di bilik, membaca buku,” lapor Zinhua. - DM
No comments:
Post a Comment