Saturday, October 20, 2012

MACAM2 ADA...YANG PENTING HUKUM ALLAH TAK KAN TERLEPAS DIAKHIRAT KELAK

Indra Putra julang Kelantan

Posted on the October 21st, 2012 under Sukan by admin

KELANTAN melabuhkan tirai Liga Malaysia (Liga-M) 2012 dengan penuh bergaya apabila mengungguli gelaran trebel pada musim ini.
Skuad The Red Warriors merangkul trofi ketiga selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi.
Kelantan membuka jaringan menerusi penyerang berbisa, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-44 tetapi ATM berjaya mengikat kedudukan menerusi gol Rezal Zambery Yahya pada minit ke-48.

Selang dua minit kemudian, Norshahrul kembali menggandakan kedudukan tetapi penyerang import ATM, Marlon Alex James kembali menyamakan kedudukan apabila menewaskan penjaga gol No. 1 negara, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-62.
Perancang skuad The Red Warriors, Indra Putra Mahayuddin muncul sebagai wira pasukan apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-96, sekali gus melengkapkan koleksi trofi Liga-M dengan menjuarai Liga Super serta Piala FA pada musim ini.
Beraksi pada separuh masa pertama di hadapan kira-kira 90,000 penyokong, Kelantan hampir berjaya untuk membuka jaringan menerusi tandukan penyerang pinjaman, Muhammad Afiq Azmi yang bijak memanfaatkan hantaran pemain pertahanan kiri The Red Warriors, Mohd. Daudsu Jamaluddin.
Bagaimanapun, percubaan tersebut berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol ATM, Farizal Harun pada minit kelima.
Kelantan yang terus menggandakan asakan dalam usaha untuk mendahului perlawanan apabila Norshahrul berjaya melepasi dua pertahanan ATM namun tendangan lemah itu masih gagal untuk menembusi gawang pasukan yang dikenali dengan nama jolokan The Gladiators pada minit ke-12.
Begitupun, pemain kelahiran Terengganu itu meletakkan juara Liga Super itu di depan dengan menjaringkan gol menerusi tendangan leret yang gagal didakap kemas oleh Farizal, sekali gus menyaksikan keputusan 1-0 kekal di babak pertama perlawanan.
Bersambung di babak kedua, ATM kembali mengatur serangan dalam misi dalam usaha untuk mengikat keputusan perlawanan namun kehebatan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi berjaya mengagalkan setiap percubaan The Gladiators.
ATM akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Rezal Zambery.
Begitupun, jaringan bekas pemain Negeri Sembilan itu sekadar bertahan seminit apabila Norshahrul kembali meletakkan The Red Warriors di depan dengan menewaskan Farizal untuk kali kedua menerusi rembatan leret yang kencang.
The Gladiators kembali mengasak benteng pertahanan Kelantan daan hasilnya, skuad kendalian B. Sathianathan menyamakan kedudukan menerusi jaringan penyerang import, Marlon.
Tersentak dengan jaringan penyamaan itu, Kelantan kembali mempamerkan corak agresif namun benteng pertahanan ATM berjaya mengekang asakan Norshahrul, Indra Putra dan Mohd. Badri Mohd. Radzi, sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan selepas terikat 2-2 dalam tempoh 90 minit.
Sementara itu, Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan menjadi milik Norshahrul manakala Penjaring Terbanyak diraih Marlon.
Kosmo

Kelantan juara Piala Malaysia 2012

Posted on the October 21st, 2012 under Sukan by admin

KELANTAN membuktikan kehebatan sebagai gergasi Pantai Timur apabila mencatat kejuaraan treble musim ini dengan merangkul Piala Malaysia 2012 setelah menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 di Stadium Shah Alam, malam ini.
Sebelum ini, Kelantan menjuarai Liga Super dan Piala FA.
Indra Putra Mahayuddin menjadi wira pasukan Kelantan apabila menjaringkan gol kemenangan sekali gus memastikan Piala Malaysia menjadi milik The Red Warriors setelah hampa pada tahun lepas.

Kelantan, juara Piala Malaysia 2010, tiga kali mendahului ATM sebelum wisel penamat masa tambahan.
Tahun lalu, Kelantan kalah Negeri Sembilan.
Dalam perlawanan malam ini, ATM hampir mendapatkan jaringan awal pada babak awal perlawanan menerusi pemain pertahanannya bagaimanapun, sepakannya tersasar.
ATM sekali lagi hampir menjaringkan gol tetapi percubaan Kaptennya, Hairuddin Omar berjaya dikekang oleh pertahanan Kelantan.
Kelantan terus mengatur strategi dan melakukan serangan, namun percubaan Muhammad Afiq Azmi berjaya ditepis oleh Mohd Farizal Harun pada minit keenam.
Pada minit ke-12, Kelantan sekali lagi hampir mendahului lawan tetapi tendangan NorShahrul Idlan Talaha sedikit melencong ke tepi tiang gol.
Susulan serangan pasukan Kelantan, ATM melakukan serangan balas. Kali ini tandukan Hai-0 sekali lagi melambung tinggi pada minit ke-13.
Kelantan mula menemui rentak permainan apabila terus melakukan serangan diketuai Kaptennya, Mohd Badhri Radzi.
Begitupun, serangan menerusi Indra Putra dan Afiq terus gagal membolosi gawang lawan apabila berjaya didakap oleh Farizal Harun.
Keghairahan Kelantan dalam memburu gol pertama akhirnya tertunai apabila rembatan kencang NorShahrul Idlan Talaha berjaya menewaskan Farizal Harun pada minit ke-43.
Bersambung babak kedua, tidak sempat Kelantan mengatur rentak permainan, ATM terlebih dahulu menjaringkan gol penyamaan menerusi Rezal Zambery Yahya iaitu minit ke-48.
Selang satu minit kemudian, Kelantan memperkemaskan corak permainan dengan aksi lebih tersusun dan Mat Yo sekali lagi menjadi wira apabila menjaringkan gol kedua.
Kegembiraan Kelantan bagaimanapun tidak bertahan lama, apabila jaringan Marlon Alex James pada minit ke-61 berjaya menyamakan kedudukan, sekali gus menggegarkan stadium dengan sorokan penyokong ATM.
Setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2, perlawanan diteruskan di masa tambahan selama 30 minit.
Umpama mendapat semangat dari gol kedua, anak didik B.Sathianathan melancarkan gerakan bertali arus melalui kombinasi pemain Hai-0, Marlon dan Aidil namun berjaya dikekang oleh pertahanan Kelantan.
Sebaliknya, Kelantan yang mendapat sorokan lebih 60,000 penyokong nyata menyuntik semangat dalam diri mereka.
Dengan itu, pada minit kelima masa tambahan, gerakan menarik Indra Putra akhirnya berjaya menewaskan penjaga gol ATM, Farizal Harun sekali gus memadam impian skuad The Army untuk menjulang Piala Malaysia buat julung kali.
Berikut kedudukan jaringan:
ATM (2) mln Kelantan (3)
Jaringan ATM:
Rezal Zambery Yahya minit ke-48
Marlon Alex James minit ke-61
Jaringan Kelantan:
Norshahrul Idlan Talaha minit ke-43 dan minit ke-49
Indra Putra minit ke-95
Sinar

Suami, isteri dan cucu maut dihempap buah sawit

Posted on the October 21st, 2012 under Tempatan by admin

PEKAN – Sepasang suami isteri dan cucu mereka yang berusia setahun maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah lori membawa buah kelapa sawit dan dua buah kereta di Kilometer 9, Jalan Salong-Chini, dekat Pekan, hari ini.
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata, kejadian pukul 2.30 petang itu meragut nyawa pemandu kereta Perodua Kancil, Abdul Malek Mohamed Saman, 62; isterinya, Faridah Hamzah, 56; dan cucu mereka, Nur Syafiqa Shalily Mohd Khairul Nizam, setahun; kesemuanya dari Felda Chini 4, dekat sini.
“Ketika tiba di tempat kejadian, buah kelapa sawit lebih muatan yang dibawa oleh sebuah lori yang datang dari arah bertentangan tiba-tiba terjatuh dan menghempap kereta Kancil,” katanya kepada pemberita di sini.

Menurut Yahaya pada masa yang sama sebuah kereta Proton Iswara yang berada di belakang kereta Kancil itu tidak sempat mengelak lalu melanggarnya mengakibatkan pemandunya patah tangan.
Katanya semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat dan rawatan lanjut.
Beliau berkata pemandu lori sawit itu kini ditahan untuk siasatan lanjut. – Bernama

‘Saya ingatkan cucu bergurau’

Posted on the October 20th, 2012 under Tempatan by admin
Hazesah dan cucunya melakonkan semula kejadian dia disamun penjenayah bertopeng, petang kelmarin.
MASJID TANAH – “Saya ingatkan cucu nak bergurau dengan saya,” kata Hazesah Amit, 65, ketika menceritakan detik cemas di samun penjenayah bersenjata sebilah kerambit di rumahnya di Kampung Solok Duku, dekat sini.
Dalam kejadian kira-kira 4.05 petang kelmarin, Hazesah baru saja masuk ke dalam dapur rumah dengan membiarkan pintu rumah terbuka selepas memberi makan ikan di kolam ternakannya di hadapan rumah.

“Ketika itu, saya sedang mengambil telefon bimbit untuk menghubungi anak saya. Tak sampai beberapa saat, ada seseorang memaut leher saya sambil mengacu pisau kerambit.
“Pada mulanya saya sangka cucu saja bergurau hendak kenakan saya. Tapi bila saya hendak pusingkan kepala untuk melihat, pisau kerambit diacu itu menghiris leher saya,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Hazesah berkata, penyamun lelaki itu mengarahkannya membuka gelang tangan yang dipakai serta mengugut akan sembelih sekiranya kemahuannya tidak dituruti.
“Saya cuba tolak tangan penyamun itu dengan tangan kanan saya, tapi tidak berdaya sebelum saya cuba menolak guna tangan kiri pula. Ketika itu, gelang tangan saya direntap.
“Semasa cuba melawan, kerambit dipegang penyamun itu terhiris pada ibu jari kiri saya sebelum senjata itu tercampak kira-kira dua meter. Penyamun itu tolak saya hingga jatuh,” katanya.
Menurutnya, ibu jarinya berdarah sehingga menitis, sebelum penyamun terbabit melarikan diri menggunakan motosikal yang diletakkan di hadapan rumah yang tidak dimatikan enjinnya.
“Kemudian, dua cucu saya datang dan terkejut melihat keadaan saya sebelum maklumkan kejadian kepada anak saya. Kami terus membuat laporan di Balai Polis Masjid Tanah,” katanya.
Menurut Hazesah, kira-kira 2 pagi sebelum itu, salah seorang cucunya ada memberitahu dia ada terserempak dengan seorang lelaki menaiki motosikal dan berhenti di belakang rumahnya untuk beberapa minit, sebelum beredar.
Katanya, kehilangan gelang tangan itu menyebabkan dia kerugian kira-kira RM7,000.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian.
Katanya, setakat ini polis sedang menyiasat mereka yang terlibat dan kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.
Sinar

Lelaki OKU diajar jadi penagih

Posted on the October 20th, 2012 under Tempatan by admin

PARIT BUNTAR: Hati ibu mana tidak remuk apabila anak lelakinya yang menghidap sindrom Down diperbodohkan kumpulan penagih dadah dan turut diasuh menjadi ‘mayat hidup’.
Ibu berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Ani, 70-an, berkata, anak lelakinya berusia 30-an yang juga orang kelainan upaya (OKU) kini menjadi penagih dadah selepas dipengaruhi pemuda liar supaya menghidu gam, dua tahun lalu
“Selain disuruh menghidu gam, anak saya turut diajar merokok dan diberikan rokok mengandungi ganja oleh pemuda kampung yang liar dan terbabit penagihan dadah.

“Akibatnya, anak saya kini penagih dadah seperti mereka,” katanya yang ditemui ketika menemani anaknya menjalani sesi rawatan dan pemulihan penagih dadah anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kerian, di sini.
Menurutnya, masalah ketagihan dialami anaknya itu yang hanya mahu dikenali sebagai Kamal, menyebabkan hidupnya yang sedia susah bertambah sukar.
Harian Metro

Rantai anak untuk kerja

Posted on the October 20th, 2012 under Luar Negara by admin
JIANG Manqi diikat datuknya pada basikal.
GUANGZHOU: Dua kanak-kanak dirantai pada sebuah bangunan di bandar raya ini ketika ibu bapa mereka bekerja.
Budak lelaki dan kakaknya, berusia tiga dan empat tahun diikat dengan rantai besar supaya mereka tidak boleh melarikan diri atau diambil oleh orang tidak dikenali.
Kanak-kanak berkenaan, yang ibu bapanya pekerja pendatang yang miskin, pernah dilihat menangis mengenangkan keadaan mereka yang terpaksa di rantai itu.

Penduduk berhampiran berkata, ibu bapa kanak-kanak itu berasal dari Hunan, wilayah selatan China dan melakukan pelbagai jenis kerja di kawasan itu.
Terlalu bahaya untuk membawa mereka ke kawasan pembinaan ketika mereka bekerja.
Kerana itu, pasangan berkenaan merantai anak mereka untuk memastikan mereka selamat.
Si bapa berkata, dia dan isteri sedar mereka tidak sepatutnya merantai anak mereka sedemikian.
“Isteri saya sudah beberapa kali menangis kerana terpaksa merantai mereka.
Tetapi, kami tidak punyai pilihan,” katanya.
Perbuatan itu menggambarkan kemiskinan melampau yang dihadapi ramai keluarga di China.
Sebahagian ibu bapa tidak mampu membayar penjagaan anak atau anggota keluarga yang kurang upaya ketika mereka keluar bekerja.
Bulan lalu, gambar mendedahkan nasib seorang gadis berusia 13 tahun, Jiang Manqi, yang diikat pada basikal berenjin di Fuzhou, wilayah Fujian.
Dia diikat sedemikian untuk membolehkan datuknya mengutip sampah untuk dikitar semula.
Keluarganya tidak mampu untuk mengubati penyakit sawannya. Kerana itu dia diikat pada basikal supaya anggota keluarganya boleh mengawasinya.
Sementara itu, di Nanjing, timur China, seorang wanita merantai anaknya dalam sebuah bilik sejak 21 tahun lalu.
Hong Chunlin, 37, menghabiskan sebahagian besar masanya dengan tangan dirantai pada katil.
Dia dijaga oleh ibunya, Chen Jiufang yang beryusia 71 tahun.
Wanita itu berkata, dia bertindak demikian selepas kelakuan anaknya menjadi ganas. – DM

Pasangan kekasih bunuh anak dihukum gantung

Posted on the October 20th, 2012 under Tempatan by admin
SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang mekanik dan teman wanitanya selepas didapati bersalah membunuh anak wanita itu yang berusia tiga tahun 10 bulan tahun lalu.
Hakim Datuk Nurchaya Arshad membuat keputusan itu terhadap Tan Peng Tong, 29, dan Wong Mei Ting, 26, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Peng Tong dan Mei Ting didakwa membunuh Jasmine Lee Siew Hui, 3, di rumah No. D-3-15, Blok D, Tingkat 3, Pangsapuri Bayu, Taman Bukit Serdang, Serdang dekat sini antara 12 tengah malam, 1 Mac 2010 dan 7.50 pagi, 14 Mac tahun sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fadzillah Begum Abdul Ghani dan kedua-dua tertuduh diwakili peguam bela, T.L. Chen.
Terdahulu, Chen memohon hukuman ringan dikenakan atas anak guamnya kerana pasangan itu tidak berniat membunuh dan menyesal dengan apa yang berlaku.
Bagaimanapun, Fadzillah Begum membantah dengan menyatakan terdapat lebih 66 kecederaan pada tubuh anak kecil itu akibat didera menggunakan penyangkut besi dan plastik selain disepak dan dicubit.
Kosmo! sebelum ini melaporkan Jasmine disahkan mati pada pukul 7.45 pagi selepas dihantar oleh kekasih ibunya kerana tidak sedarkan diri.
Mangsa dipercayai mati dua jam sebelum itu. Menyedari sesuatu yang tidak kena berdasarkan kesan-kesan lebam pada seluruh badan mangsa, pihak hospital memaklumkan kepada polis mengenai perkara itu.
Kosmo

Bayi mangsa dera meninggal: Datuk masih terbayang-bayang keletah Balkis

Posted on the October 20th, 2012 under Tempatan by admin
Laporan akhbar ini semalam berkenaan Balkis yang meninggal dunia dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya.
BATU PAHAT – “Wak tidak akan maafkan dia sampai mati,” demikian kata datuk kepada Nur Irisyafida Balkis, bayi berusia lapan bulan yang meninggal dunia dua hari lepas selepas dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya.
Balkis menemui ajal setelah tidak sedarkan diri selama enam hari sejak Khamis minggu lepas kerana mengalami tiga keretakan di tempurung kepala, patah tangan kanan dan kaki kiri.

Wak Ashak, 71, berkata, dia amat terasa dengan kehilangan cucu kesayangannya itu kerana telah menjaga arwah sejak usianya dua bulan.
Menurutnya, tambahan pula ibu mangsa yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik tinggal serumah dengannya.
“Balkis sudah pandai panggil Wak dengan panggilan apak. Dia jantung hati kami sekeluarga dan sentiasa menceriakan rumah ini.
“Bila Wak hendak keluar, Balkis melonjak-lonjak mahu ikut dan bila Wak pulang begitu juga, seolah-olah menyambut kepulangan Wak. Bila makan, mulut Balkis terkumat-kamit mahu makan apa yang dijamah kami. Tetapi itu semua hanya tinggal kenangan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Kelambu, Peserai, semalam.
Hanya mampu mengalirkan air mata, Wak Ashak berkata, dia berdoa agar orang yang menyebabkan kematian cucunya mendapat pengadilan sewajarnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, suspek yang berusia 34 tahun disambung reman hingga Selasa ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sinar

Subhanallah! Fenomena Air Terjun Bergerak Ke Udara

Posted on the October 19th, 2012 under Luar Negara by admin

Jika secara normal kita melihat air terjun sifatnya menuruni bukit, namun apakah perasaan kita apabila menyaksikan video fenomena air terjun bergerak ke udara pula.
Mana mungkin air terjun boleh bergerak ke udara, sedangkan secara normal kita lihat air terjun hanya boleh bergerak ke bawah. Namun itu hakikat yang berlaku apabila satu kejadian ganjil berlaku di Sydney apabila air terjun didapati bergerak ke udara akibat tiupan angin yang kuat pada minggu lalu. Kejadian yang ganjil itu berjaya dirakamkan menerusi kamera dan ia kemudian disiarkan di You Tube.
Air terjun itu tidak turun dari kawasan tinggi seperti kebiasaan. Apa yang terjadi ialah air terjun itu dipaksa angin bergerak ke udara.Kejadian itu berlaku akibat tiupan angin kencang yang melanda kawasan air terjun tersebut sehingga mencecah 120 kilometer sejam.

Seorang penyelidik mengenai perubahan cuaca dunia sebuah pertubuhan bukan kerajaan Oxfam, John Magrath berkata, Bumi menyampaikan satu mesej kepada kita.
“Mesej itu ialah cuaca keterlaluan akan menjadi satu kebiasaan,” katanya.

 


 Sumber: Melayukini

Pelik! Wanita Lahirkan Anak Kuda

Posted on the October 19th, 2012 under Luar Negara by admin

Sebenarnya banyak kita dengar kes-kes tentang wanita melahirkan anak tetapi dalam bentuk fizikal haiwan. Seperti sebelum-sebelum ini kita juga pernah mendengar kes melahirkan ular dan sebagainya. Kejadian pelik kali ini pula berlaku di Benin City, Nigeria di sebuah gereja. Seorang wanita yang dikatakan tidak pernah mengandung selama 11 tahun telah melahirkan sesuatu yang amat pelik, iaitu seorang bayi yang menyerupai kuda. Bahkan ada juga yang mengatakan ia menyerupai seekor kambing.
Seorang saksi, Puan Veronica Egiebor, seorang jururawat, menyatakan bahawa wanita itu adalah seorang penjual sayur-sayuran dan telah berkahwin. Tujuannya datang ke gereja adalah berdoa dan memohon diberikan anak.
Beliau telah memegang kaki seseorang itu dengan pakaian kerana dia menolak sukar untuk bayi untuk keluar. Kemudian, ada sesuatu yang kelihatan jatuh. Namun bila dilihat, sesetengah orang memanggilnya kambing tetapi ia kelihatan seperti kuda. Ianya mempunyai leher yang panjang dan telinga yang panjang. Ia adalah sama seperti kuda, walaupun ia adalah dalam bentuk bayi.

Kejadian tersebut berlaku dalam sebuah gereja yang di gelar World Liberation Ministry, Evuoriaria Community di Nigeria sewaktu sessi berdoa oleh paderi.
Bayi berupa kuda itu dikatakan mati setelah beberapa ketika, ianya dibiarkan diatas lantai gereja untuk tatapan orang ramai sebelum dibuang pada keesokkan harinya.
Sumber: Melayukini

Pasangan Blog Seks Bercakap Di YouTube

Posted on the October 19th, 2012 under Tempatan by admin
PETALING JAYA: Tidak gelisah dengan kenyataan dan tindak balas bersifat penghinaan terhadap blog erotik mereka, pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee memberitahu pengkritik mereka untuk berundur.
Dalam mesej video yang disiarkan pada Selasa, Tan dan Lee menjawab soalan yang sering ditanya tentang mereka sejak blog erotik mereka Sumptuous Erotica dipaparkan media Singapura.
Ditanya adakah mereka akan mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka, Tan menghamburkan perkataan pedas kepada pengkritiknya.
“(Membuat meminta maaf) tidak pernah terlintas di fikiran saya. Saya perlu meminta maaf untuk apa? Untuk menyakitkan perasaan lembut dan sensitif anda?

“Atau, saya tidak tahu, melanggar beberapa kod moral yang dipegang dan begitu bernilai kepada untuk anda sendiri, yang saya tidak memegangnya?
“Jadi, tidak, saya tidak akan membuat permohonan maaf secara terbuka,” katanya, sambil Lee berkata: “No Way”.
Pada masa yang sama, Tan seorang pemegang biasiswa Asean di University of Singapore, fakulti undang-undang berkata kehidupan mereka berubah menjadi lebih baik sekarang selepas tampil secara terbuka.
“Kami benar-benar menghargai perhatian media. Sebelum ini, tidak banyak orang mengambil berat tentang apa yang kami lakukan atau kata, tetapi kini ramai orang seolah-olah mengambil berat tentang apa yang kami lakukan, atau sekurang-kurangnya buat sementara waktu, jadi ia sangat baik.
“Kami tidak mahu lari dari perhatian. Kita mahu selesa dengan kontroversi dan belajar bagaimana untuk menguruskan perhatian media. Jadi, saya tidak tahu bagaimana kehidupan kita boleh terjejas, “katanya.
Mereka juga berkata bahawa mereka akan terus melakukan apa yang telah mereka lakukan selama ini.
“Tetapi masa adalah persoalannya. Kita mungkin tidak akan meneruskan lagi begitu sahaja…(Atau) menyiarkan begitu cepat, kita akan mencari cara yang lebih sesuai untuk mengedarkan bahan pada masa depan,” kata Tan.
Dalam video sembilan minit yang disiarkan di Youtube, pasangan itu, berpakaian sepenuhnya, ditanya jika mereka melakukan perbuatan seks luar biasa.
“Saya tidak tahu. Saya seorang lelaki yang berfikiran terbuka. Saya akan melakukan segala-galanya sekali. Ia terpulang kepada Vivian,” katanya.
Lee, 23, baru sahaja tamat pengajian dalam jurusan perniagaan dan sedang mencari pekerjaan.
mStar

Jual isteri demi arak

Posted on the October 19th, 2012 under Luar Negara by admin

KERALA : Seorang lelaki di selatan India, dikatakan menjual isterinya dengan harga Rs6,000 (RM419) untuk membiayai perangai buruknya yang suka minum arak.
Akhbar Makkal Osai melaporkan, Medula Rajender, 42 tahun, bekerja sebagai buruh.
Apabila dia kehabisan wang untuk membeli arak, dia membuat perjanjian dengan seorang broker untuk menjual isterinya, Medula Ammayi, 36 tahun, Sabtu lalu.

Kejadian itu didedahkan apabila polis menerima aduan daripada anak lelaki pasangan itu yang berusia 18 tahun.
Rajender mengheret isterinya ke tempat menunggu bas dan menyuruhnya menunggu seseorang di situ.
Medula berjaya melarikan diri ke kampung lain dan pergi ke rumah saudaranya dan menceritakan kepada mereka masalah yang dihadapi.
“Kami sudah berkahwin hampir 20 tahun dan saya tidak sangka yang dia akan berbuat demikian kepada saya,” katanya.
Pasangan itu mempunyai dua anak lelaki lain yang berusia 12 dan 15 tahun.
Polis berkata, Rajender sering mengganggu Medula untuk wang. – Asiaone


Upah pekerja tampar jika layari Facebook

Posted on the October 19th, 2012 under Luar Negara by admin
SAN FRANCISCO: Seorang juruprogram komputer mengupah seorang wanita untuk menamparnya setiap kali dia melayari Facebook ketika bekerja.
Maneesh Sethi membayar upah kira-kira RM25 sejam kepada wanita terbabit, dikenali sebagai Kara, bagi membantunya menumpukan perhatian kepada kerja, sekali gus meningkatkan produktiviti. Sebelum ini, Maneesh memaparkan iklan mencari seseorang yang mampu memerhatikannya bekerja di pejabat.
Kata Maneesh, dia malu selepas mendapati dia menghabiskan masa kira-kira 19 jam seminggu melayari Facebook.

“Saya membuat keputusan untuk bertindak selepas menyedari masa sebanyak itu diluangkan melayari laman sosial berkenaan,” katanya. Maneesh berkata, di depan komputer tanpa pengawasan menyebabkan seseorang hanya produktif tiga hari seminggu. – TS

SKMM keberatan mendakwa pasangan kekasih berkenaan blog seks

Posted on the October 19th, 2012 under Tempatan by admin
KUALA LUMPUR, 18 Okt — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini berkata keberatan untuk mendakwa pasangan muda Malaysia yang menyiarkan gambar dan video aksi seksual mereka dalam blog kerana ia akan menjejaskan masa depan pasangan tersebut.
“Jika saya pergi mencari mereka, ia akan menjadi kes jenayah … masa depan mereka akan terjejas,” Pengerusi SKMM, Datuk Sharil Tarmizi memberitahu The Malaysian Insider.
“Cukuplah,” tambah beliau merujuk kepada penyiasatan telah diumumkan oleh Lembaga Disiplin Universiti Nasional Singapura (NUS).

Alvin Tan Jye Yee rakyat Malaysia yang mengambil jurusan undang-undang pemegang di NUS dan teman wanitanya Vivian Lee dilihat terlibat dalam beberapa perbuatan seks dalam laman blog “Sumptuous Erotica” milik mereka.
Dilaporkan awal hari ini bahawa kedua-duanya menghadapi kemungkinan pendakwaan jenayah dan dipenjarakan jika disabitkan kesalahan kerana mempamerkan bahan-bahan lucah selepas mereka memasukkan gambar-gambar dan video aksi seks mereka di blog, yang telah dibuang selepas heboh baru-baru ini.
Polis Jenayah Komersil Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata semalam bahawa pihak berkuasa mempertimbangkan mengambil tindakan terhadap kedua-duanya pasangan tersebut kerana melanggar undang-undang menyebarkan bahan-bahan lucah.
Beliau mengatakan perkara tersebut akan dirujuk kepada SKMM terlebih dahulu.
Di bawah seksyen 292, Kanun Keseksaan, pasangan itu boleh didakwa di bawah undang-undang tersebut adalah penjara selama tiga tahun atau denda.
Terdahulu hari ini, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim (gambar) telah dipetik sebagai berkata bahawa beliau akan membiarkan orang ramai untuk menilai sama ada tingkah laku pasangan tersebut boleh diterima atau tidak.
Pada Jun tahun lalu, trio ‘Datuk T’ ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas bendahari agung Perkasa Shuib Lazim dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, telah didakwa di bawah seksyen yang sama, Kanun Keseksaan, kerana memiliki dan menyiarkan bahan lucah berhubung video yang mereka katakan menyerupai Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan pelacur.
Ketiga-tiga mereka mengaku bersalah dan kemudiannya didenda. Shazryl Eskay didenda RM3, 000 atau penjara tiga bulan, Shuib didenda RM1, 500 atau dua bulan penjara, dan Abdul Rahim didenda RM1, 000 atau penjara sebulan.
Dalam blog seks mereka, Lee dan Tan berkongsi gambar-gambar seks dan video yang menggambarkan pasangan tersebut dalam pelbagai aksi telanjang dan melakukan seks.
Imej-imej berbeza daripada potret artistik pasangan tersebut, untuk menutup kemaluan mereka.
Posting tersebut telah pun dipadam oleh pasangan itu, meninggalkan hanya halaman diarkibkan dengan posting sebelumnya sejak dari bulan 20 September sehingga 15 Oktober, akan tetapi gambar-gambar dan video dari blog itu telah pun diedarkan oleh laman “Gutter Uncensored”.
Malaysian Insider

Imam masjid dipecat kerana tegur karaoke dalam kawasan surau

Posted on the October 19th, 2012 under Tempatan by admin
SEORANG imam di Masjid Dato’ Abdul Ghani, Kampung Sagil, Parit 2 Ledang, Tangkak Johor dipercayai telahdipecat gara-gara menegur satu aktiviti berkaraokedi dalam kawasan surau.
Tambah mengejutkan, surat pemecatan imam tersebut diserahkan ketika beliau hendak menaiki mimbar bagi menyampaikan khutbah solat Jumaat. Tongkatnya dikatakan dirampas oleh pegawai agama yang bertugas menyerahkan surat tersebut.
Sumber memberitahu bahawa imam tersebut, Ustaz Mohd Nazri Bin Musa telah menghantar satu mesej pesanan ringkas kepada Ketua Cawangan Umno Parit 1, Senin Kadong menegur penganjuran karaoke untuk program anak angkat UTHM di dalam kawasan Surau Parit 1.

Keesokan harinya, Ketua Cawangan Umno Parit 1 itu bagaimanapun berang lalu ke rumah imam tersebut memarahi dan menengkingnya. Ketua Cawangan itu mendakwa imam tersebut telah mengganggu tugasnya malah dia turut menghalau imam itu agar berambus keluar dari Sagil.

Tidak cukup dengan itu, dia juga turut memberi amaran akan meminta Menteri Besar Johor dan Kadi untuk memecat Ustaz Nazri yang bertugas sebagai Imam 1 di Masjid Dato’ Abdul Ghani.
Ustaz Nazri telah dipecat sebagai imam dengan alasan ia merupakan keputusan sebulat suara mesyuarat Ahli Jawatankuasa Masjid. Namun apabila ditanya kepada ahli jawatankuasa masjid, mereka langsung tidak mengetahui tentang pemecatan tersebut.
Kes ini sudah difailkan di mahkamah untuk mencabar pemecatan tersebut dengan menamakan Pejabat Kadi Daerah Ledang, Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan Majlis Agama Islam Negeri Johor sebagai respondens.
Sumber: MiLo SuaM

Ibu cekik anak lepas bersalin

Posted on the October 18th, 2012 under Luar Negara by admin

DUBAI: Polis Emiriah Arab Bersatu semalam melancarkan gerakan mencari seorang wanita yang mereka percaya melahirkan anak dan kemudian mencekiknya di sebuah tandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, sebelum meninggalkan negara itu dengan menaiki pesawat.
Wanita itu dikenal pasti menerusi rakaman kamera keselamatan selepas mayat bayi itu ditemui dalam tong sampah di Terminal Satu lapangan terbang berkenaan. Dia didakwa memutuskan tali pusat bayi lelakinya dengan tangan dan menjerut anaknya itu dengan kain sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.
Bayi itu ditemui selepas seorang penumpang wanita memaklumkan kepada seorang pekerja lapangan terbang mengenai darah di dalam tandas.

Kesan darah itu membawa pekerja berkenaan ke tong sampah tempat mayat bayi itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah, bersama-sama dengan tali pusatnya yang dibungkus dalam beg plastik.
Bayi itu dikatakan masih bernafas tetapi pasukan perubatan dan sukarelawan gagal menyelamatkannya.
Media tempatan melaporkan, pihak berkuasa berusaha mendapatkan bantuan Interpol untuk mengesan dan mengekstradisi wanita yang disyaki warga Habsyah dan berusia 30-an itu. Beberapa media lain hanya melaporkan wanita itu berketurunan Afrika. Jika ditangkap, dia berdepan tuduhan membunuh dengan niat.
Melahirkan anak tanpa berkahwin adalah kesalahan besar di Emiriah.
Sehingga ini tidak dapat dipastikan sama ada wanita itu penduduk Dubai. Bagaimanapun, polis mengesyaki dia hamil akibat hubungan seks haram hingga mendorongnya untuk membunuh bayi itu. – Agensi

Kebakaran di Kg Selamat Seporna pagi tadi

Posted on the October 18th, 2012 under Tempatan by admin

Semporna – 18hb okt 2012: Kebakaran Besar di kawasan Kampung Selamat semporna memusnahkan lebih 100 buah rumah penduduk tempatan , Kebakaran yg berlaku pada lebih kurang jam 1000 Hrs ini dikatakan Berpunca dari dapur sebuah rumah yg terlibat dgn kebakaran berkenaan dan merebak hingga ke rumah rumah yg lain.menurut sumber habbal min sampuilna.
Kelibat jentera Bomba Semporna hanya kelihatan setelah sejam kebakaran itu berlaku ia itu dalam jam 11 pagi, Masih lagi masalah air punca kenapa begitu banyak rumah yg tak dapat di selamatkan oleh pihak Bomba Semporna, apa bila bekalan air dan pili bomba tidak terdapat dikawasan ini.
Dalam kebakaran itu turut kelihatan bantuan Dari YB haji Nasir dan krew krew DUN SENALLANG yg tidak berputus asa coba membantu masyarakat yg ditimpa musibah berkenaan.dari awal kejadian hingga semuanya selasai krew krew DUN SENALLANG ini masih kelihatan berada di lokasi ini.

Semoga penduduk di kawasan berkenaan tabah dan sabar terhadap musibah ini semoga ianya membawa rakmat kepada semua.

Soi Lek: Hudud akan jejas pekerjaan 1.2 juta rakyat

Posted on the October 18th, 2012 under Politik by admin

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.
Chua yang memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali, menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas denga kehilangan pekerjaan yang didakwa itu, sekiranya hudud dilaksanakan.
Dakwanya, ia termasuk pekerjaan di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut.

Beliau membuat dakwaan itu melalui blog video dan Facebook hari ini, berdasarkan SMS yang didakwanya diterima pagi ini.
Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan pengirim tersebut kerana panggilannya tidak disambut, katanya.
Malaysiakini

Diana Amir Malu Lihat Lakonan Sendiri

Posted on the October 18th, 2012 under Artis by admin

Pelakon Diana Amir mengakui segan untuk menghadiri tayangan filem lakonannya, ‘Pe3′ kerana tidak sanggup melihat dirinya yang berpakaian seksi sebelum bertudung.
Pun begitu, Diana nyata bersyukur kerana banyak pihak termasuk tunangnya, Mohd Habib Bullah A. Rahman yang memahami situasinya sebelum berhijab.
“Alhamdulillah, tunang saya memang sangat memahami dan dia seorang yang berfikiran ke hadapan dan kerana itu jugalah dia sendiri tidak pernah mempersoalkan mengenai lakonan saya sebelum berhijrah.

“Saya juga bersyukur kerana ramai pihak yang memahami dan memberi semangat kepada saya terutama sekali David Teo dan Farid Kamil,” ujar Diana yang dipetik melalui portal Murai.com.
Dalam perkembangan sama, pengarah filem Pe3, Farid Kami terlebih dahulu meminta maaf kepada Diana Amir kerana terpaksa menayangkan filem lakonananya ini selepas dia berhijrah.
Media Hiburan

Gempar motosikal terbang, 3 tiga remaja cedera

Posted on the October 18th, 2012 under Tempatan by admin
Motosikal yang ditunggang remaja terbabit tersangkut di atap rumah milik Ramlah.
JENGKA 4 – Penduduk Felda Jengka 4 digemparkan dengan kejadian motosikal terbang dan tersangkut di atas atap garaj salah sebuah rumah milik peneroka tanah rancangan terbabit, petang kelmarin.
Motosikal terbabit yang dinaiki tiga remaja berusia 16 tahun itu dikatakan terbabas sebaik sahaja keluar dari satu simpang kerana gagal mengawal brek lalu merempuh atap garaj rumah milik Ramlah Seman, 55, yang berada dalam kedudukan kira-kira tiga meter lebih rendah dari jalan tersebut.

Ramlah berkata, ketika kejadian, dia dan anak serta cucunya sedang berehat di dapur rumahnya.
“Tiba-tiba saya terdengar satu dentuman kuat seakan-akan bunyi guruh namun tidak mengesyaki apa-apa.
“Tidak lama kemudian saya mendengar riuh rendah di luar rumah memanggil nama saya dan memberitahu ada motosikal tersangkut di atap garaj rumah saya,” katanya.
Sebaik sahaja keluar rumah, Ramlah memberitahu, orang ramai sedang berkerumun di hadapan rumahnya menyaksikan kejadian yang belum pernah terjadi sepanjang tinggal di tanah rancangan terbabit.
“Saya meminta jiran-jiran untuk menurunkan dua orang remaja yang tercampak di atas atap rumah saya,” katanya yang memberitahu jiran-jiran turut membantu menurunkan motosikal tersebut dari bumbung rumahnya.
Suaminya, Mat Yusuf Noh, 66, berkata, kejadian yang berlaku sekitar jam 4.30 petang itu menyebabkan sebahagian atap garaj rumahnya rosak.
“Kejadian ini sebenarnya bukan kejadian pertama menimpa keluarga saya di mana sebelum ini, rumah ini pernah dilanggar sebuah kereta yang terbabas di simpang di hadapan rumah saya ini.
“Sebahagian dinding batu roboh, namun bernasib baik kerana secara kebetulan, tiada kereta diletakkan di bawah garaj tersebut,” katanya.
Penunggang motosikal terbabit, Muhammad Fikri Saridan, 16, yang patah kaki dan tangan, sempat terjun dari motosikal tersebut sebelum tercampak ke atas atap.
Sinar Harian dimaklumkan, dua rakan sebaya Muhammad Fikri yang membonceng motosikal tersebut turut tercampak ke atas atap.
Salah seorangnya patah tangan dan masih di rawat di Hospital Jengka manakala seorang lagi cedera ringan.
Sinar

Tragedi hitam wanita jalan bersendirian sebelum diperkosa

Posted on the October 18th, 2012 under Tempatan by admin
CHERAS: Seorang wanita melalui detik hitam dalam hidupnya selepas dia yang berjalan sendirian bukan saja ‘diculik’ tiga lelaki, malah turut diperkosa seorang daripada lelaki terbabit.
Difahamkan, wanita berusia awal 30-an yang trauma selepas menjadi mangsa nafsu serakah lelaki terbabit pada malam Isnin lalu membuat laporan di Bali Polis Petaling, kelmarin.
Menurut sumber, ketika kejadian, mangsa keluar rumah untuk ke sebuah kedai berhampiran Taman Kampung Muhibbah, di sini, jam 9.30 malam.
“Ketika mangsa berjalan sendirian, sebuah kereta dinaiki tiga lelaki tidak dikenali menghampiri mangsa. Seorang daripada mereka keluar daripada kereta itu sebelum menarik mangsa.

“Mangsa yang terkejut dengan tindakan lelaki terbabit cuba mempertahankan diri dengan meronta dan menjerit,” katanya.
Sumber berkata, tindakan mangsa itu bagaimanapun gagal sebelum dia ditolak ke dalam kereta dan dilarikan ke sebuah kawasan kilang berhampiran.
Beliau berkata, selepas kejadian berkenaan, mangsa dibawa semula ke lokasi mangsa dilarikan sebelum ditinggalkan.
Berikutan itu, mangsa pulang ke rumahnya sebelum membuat laporan di Balai Polis Petaling, di sini.
Harian Metro

Budak koma jatuh tingkat 4

Posted on the October 18th, 2012 under Tempatan by admin

JOHOR BAHRU: “Saya sangka ia bunyi sampah dibuang tapi terkejut apabila mendapati sebenarnya anak jiran terjatuh dari tingkat empat,” kata Mariam Husin, 50, di Flat Geharu, Taman Rinting, Masai, dekat sini, semalam.
Mariam individu pertama menemui Almuziri Said, kanak-kanak berusia lima tahun yang terjatuh dari tingkat empat kediaman keluarganya di flat berkenaan pada jam 5.30 petang kelmarin.
Mariam berkata, sebaik menyedari apa sebenarnya berlaku, dia menjerit untuk menarik perhatian jiran dan mangsa kemudian dihantar orang awam ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Pandan.

Sebelum kejadian, Almuziri dipercayai memanjat tingkap bilik ibunya, namun terjatuh dan ketika itu ibu saudara, Adelin Ismail, 17, yang menjaganya sedang membancuh susu di dapur manakala ibunya, Fauzieh Ismail, 30, keluar bekerja di Pasir Gudang.
Akibat kejadian itu, tempurung kepala Almuziri retak dan dia kini koma serta dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSI.
Menurut Mariam, dia kerap melihat Almuziri bermain di kawasan parkir kenderaan berdepan rumahnya.
“Dia kanak-kanak yang periang. Kami sedih dengan kejadian menimpa Almuziri dan akan melawatnya dalam masa terdekat. “Ini kejadian pertama berlaku di sini dan kami harap, keluarganya tabah dengan ujian ini,” katanya.
Sementara itu, Fauzieh ketika ditemui di HSI berkata, dia berdoa agar anak tunggalnya itu selamat.
“Saya sedang bekerja sebelum dihubungi adik yang memaklumkan Almuziri terjatuh dari tingkat empat sebelum bergegas pulang.
“Saya terkejut melihat kecederaan anak dan berdoa supaya dia segera sembuh. Doktor memaklumkan Almuziri akan menjalani pembedahan di kepala dalam masa terdekat,” katanya yang juga ibu tunggal.
Fauzieh turut berterima kasih kepada jiran yang membantu, kakitangan HSI serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permas Jaya, Datuk M M Samy yang melawat dan menghulurkan sumbangan kecemasan.
M Samy berkata, pihaknya akan memantau perkembangan Almuziri dan menghulurkan bantuan lain yang bersesuaian.
“Kami simpati dengan kemalangan yang menimpa Almuziri dan berharap Fauzieh tabah. Kami akan bantu keluarga berkenaan mengikut keperluan,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Masyarakat Sabah Pasir Gudang, Alex Puspah, menasihatkan komuniti itu yang tinggal di flat memasang jeriji di kediaman masing-masing.
“Ada di kalangan masyarakat Sabah tidak memasang jeriji pada kediaman di flat menyebabkan anak mereka berisiko untuk jatuh jika bermain di tingkap bilik atau dapur.
“Itulah yang berlaku terhadap Almuziri. Jika kediaman itu dipasang jeriji, kemalangan itu mungkin boleh dielakkan. Ia perlu dijadikan pengajaran kepada semua,” katanya.
Harian Metro

Samun bayi berusia 55 hari

Posted on the October 18th, 2012 under Tempatan by admin
USAHA JEJAK…Ron menampal poster mengenai kehilangan bayi terbabit.
SUNGAI BULOH: Seorang ibu hanya menangis sepanjang hari sejak bayi lelakinya berusia 55 hari dilarikan lima lelaki yang sebelum itu turut menyamunnya berdekatan rumah sewanya di Taman Saujana Akasia, dekat sini, malam kelmarin.
Ketika kejadian jam 7.45 malam itu, mangsa, Cho Cho Tun, 33, berasal dari Myanmar, dalam perjalanan pulang ke rumah bersama bayinya, Mikalithu selepas membeli barang di pasar malam yang hanya tiga minit perjalanan dari rumah sewanya.
Suami mangsa, Nay Soe Aung, 29, berkata, ketika isterinya berjalan pulang bersendirian, dia dihampiri lima lelaki yang menaiki beberapa motosikal.

“Dua daripada lelaki terbabit mengacukan pisau ke leher dan perut isteri saya sebelum memintanya menyerahkan bayi dan barangan berharga.
“Apabila isteri saya enggan, kumpulan lelaki itu marah. Mereka merampas beg tangan berisi RM800 dan mengambil bayi yang didukung isteri sebelum memecut ke Matang Pagar, Sungai Buloh,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Harian Metro

Dua Buah Ferrari Berkecai di Lebuh Raya

Posted on the October 18th, 2012 under Luar Negara by admin

Macam-macam hal yang boleh berlaku di negara China. Ini adalah kejadian terbaru yang berlaku di sana. Dua hari lalu, dua buah kereta Ferrari mengalami kemalangan dan hancur berkecai. Kemalangan itu berlaku di Kilometer 10 utara Ansai, di Lebuh Raya Shaanxi Baomao.
Pada mulanya, keadaan di lebuh raya itu basah kerana hujan turun. Sebanyak 10 buah kereta Ferrari sedang konvoi bersama-sama melalui lebuh raya itu. Tetapi, dua kereta Ferrari dari kumpulan itu telah terbabas dan berlanggar antara satu sama lain.
Keadaan kedua-dua kereta itu hancur dan sebahagian enjinnya sudah tercabut dan tercampak di atas jalan raya.





Sumber: mynewshub

Dipukau wanita berjubah hitam

Posted on the October 18th, 2012 under Tempatan by admin
SITI SHAMSHIAH menunjukkan beg tangan yang menjadi tempat dia menyimpan barangan kemas di Kulim semalam.
KULIM – Seorang bekas pekerja Telekom Malaysia kerugian lebih RM20,000 selepas barang kemas dan jam tangan miliknya dilarikan oleh seorang wanita berjubah hitam di Padang Serai di sini Jumaat lalu.
Mangsa, Siti Shamshiah Ahmad, 60, mendakwa, dia tidak menyedari kehilangan barangan tersebut kerana telah dipukau oleh wanita tersebut.

Ceritanya, ketika kejadian, dia bersama suami serta beberapa ahli keluarga lain keluar untuk membeli barangan keperluan di pekan Padang Serai kira-kira pukul 10.30 pagi.
Ujarnya, ketika singgah di sebuah gerai menjual ubat tradisional, dia tiba-tiba dihampiri oleh seorang wanita yang tidak dikenalinya.
“Wanita itu mendakwa dia mengalami sakit mata dan meminta saya melihat ke arah matanya yang merah.
“Saya mengikut arahannya dan sebaik melihat mata wanita itu secara dekat, saya tidak sedar apa yang berlaku selepas itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Keladi Lambok di sini semalam.
Kosmo

Terlelap: Guru besar sekolah agama maut

Posted on the October 18th, 2012 under General by admin
KERETA Perodua Kancil dan treler yang bertembung di Batu 16, Jalan Bakri-Air Hitam, Muar kelmarin.
MUAR – Seorang guru besar sebuah sekolah agama di sini terpaksa menahan kesakitan selama 20 minit akibat tersepit dalam kereta dipandunya sebelum meninggal dunia dalam kemalangan di Batu 16, Jalan Bakri-Air Hitam dekat sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 7.30 malam itu, Mukinah Warno, 52, yang baru beberapa bulan bertugas sebagai Guru Besar Sekolah Agama Bukit Naning baru meninggalkan sekolahnya selepas tamat sesi persekolahan pada hari tersebut.

Mangsa yang memandu kereta Perodua Kancil dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Batu 17 namun tiba di tempat kejadian, Mukinah dikatakan terlelap menyebabkan keretanya terbabas masuk ke laluan bertentangan.
Kosmo

Bayi didera mati di pangkuan ibu

Posted on the October 18th, 2012 under Tempatan by admin
ANGGOTA keluarga mengangkat jenazah Nur Irisyafida Balkis untuk dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tambak, Batu Pahat, Johor semalam.
BATU PAHAT – Setelah enam hari bertarung nyawa, seorang bayi berusia lapan bulan yang mengalami keretakan di tempurung kepala dipercayai akibat didera, meninggal dunia dalam dakapan ibunya di sini kelmarin.
Bayi malang itu, Nur Irisyafida Balkis Abdul Azim, meninggal dunia pukul 2.30 petang di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini setelah dimasukkan ke hospital itu pada 11 Oktober lalu.

Bayi itu yang turut mengalami patah tangan kanan dan kaki kiri dipercayai didera teman lelaki ibu mangsa, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tambak di sini, pukul 5 petang semalam.
Ibu mangsa, Rafidah Mohd. Ashak, 29, berkata, ketika dimasukkan ke hospital Khamis lalu, doktor memberitahu anaknya itu tidak mempunyai peluang untuk hidup.
Kosmo

Bayi 8 bulan mangsa dera meninggal dunia

Posted on the October 17th, 2012 under Tempatan by admin
Nur Irisyafida Balkis dimasukkan ke hospital itu Khamis lalu setelah tidak sedarkan diri selama enam hari, dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya.
BATU PAHAT – Seorang bayi berusia lapan bulan meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selama enam hari, dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya.
Nur Irisyafida Balkis, dimasukkan ke hospital itu Khamis lalu kerana mengalami tiga keretakan di tempurung kepala, patah tangan kanan dan kaki kiri. Masih belum diketahui bagaimana bayi itu didera.

Dia meninggal dunia jam 2.30 petang semalam di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini.
Ibu mangsa, yang dikenali sebagai Aida, 29, ketika ditemui berkata, sewaktu Balkis dimasukkan ke hospital, dia terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan.
Aida terkilan kerana Balkis, yang sudah pandai merangkak dan baru hendak belajar berjalan, tidak sempat menggunakan ‘baby walker’ yang dibelinya.
Sinar

Blog Porno: Pelajar Malaysia Bakal Dikenakan Tindakan Disiplin

Posted on the October 17th, 2012 under Tempatan by admin

PETALING JAYA: Seorang pelajar Malaysia di Singapura telah menimbulkan kekecohan di alam siber selepas dia memuat naik gambar bogel dia bersama teman wanitanya di blognya yang dikenali dengan nama ‘Sumptuous Erotica’.
Alvin Tan Jye Yee, 24, pelajar jurusan undang-undang National University of Singapore (NUS), dan teman wanitanya, Vivian Lee, 23 yang juga seorang rakyat Malaysia memuat naik gambar tidak senonoh dan video lucah mereka.

Blog tersebut telah dinyahaktifkan selepas kedua-duanya, Tan dan Lee dikecam hebat oleh orang ramai ekoran penyebaran gambar dan video lucah mereka.
Bagaimanapun, kedua-duanya tidak menyesal atas perbuatan mereka.
Difahamkan pasangan itu kini pulang ke Malaysia dan Tan akan kembali ke NUS pada Januari bagi menghabiskan pengajian undang-undangnya di sana.
Tan merupakan penerima biasiswa Asean 2004 dan pernah menuntut di Sekolah Menengah Xinmin dan Raffles Junior College sebelum memasuki NUS.
Tan dan Lee telah berkenalan di laman sosial Facebook serta mula memuat naik gambar lucah mereka di blog tersebut.
“Satu hari, ketika kami sedang bermain-main saya mendapat idea untuk mengambil gambar bogel saya dan teman wanita saya.
“Selepas kami mengambil banyak gambar, saya terfikir untuk kami mendapat pengiktirafan atas kerja kami jadi kami memuat naik gambar ini di Facebook tetapi kami mengaburi bahagian-bahagian sulit,” katanya ketika ditemubual oleh Yahoo! Singapore.
Dia menambah telah mula memuatnaik gambar sejak September lalu namun gambar-gambar di Facebook telah dipadamkan oleh pihak pentadbiran laman sosial tersebut.
Dia turut memberitahu Yahoo! Singapore bahawa dia dan Lee telah didatangi oleh syarikat pakaian dalam dan pengeluar permainan seks di Singapura.
Sementara itu, Singapore Staraits Times melaporkan bahawa Tan mungkin menghadapi masalah apabila ingin memasuki Singapura kelak.
Memetik peguam Bryan Tan daripada Keystone Law Corp, yang dilaporkan oleh akhbar harian itu berkata anak guamnya itu mungkin akan dikenakan tindakan atas kesalahan melanggar Akta Perfileman kerana menghasilkan dan memuat naik video lucah.
Peguam itu dilaporkan berkata Tan juga telah melanggar peraturan dan kod etika pelajar NUS.
Jurucakap NUS berkata dia tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenai mana-mana pelajar mereka kerana ia adalah sulit.
Dalam pada itu, The Straits Times pula melaporkan Tan dipetik sebagai berkata: “ Apa yang (NUS) boleh buat? Menghentikan biasiswa atau membuang saya? Saya tidak boleh cakap saya setuju dengannya, tapi jika ia berlaku, saya boleh menerimanya.”
Sementara itu, Guan Ming Daily melaporkan Lee tidak kisah dengan kontroversi yang dia dan Tan telah berlaku ke atas berlaku.
Dia berkata dia tidak risau walaupun isu tersebut akan membuat keluarganya kecewa atau apa yang difikirkan oleh kedua-dua ibu bapanya.
Lee berkata dia dan Tan tidak kisah dengan pendapat orang lain mengenai mereka dan akan meneruskan ‘aktiviti’ tersebut kerana ia memberikan keseronokkan kepada mereka.
mStar

Pelajar ketagih cerpen lucah di telefon bimbit

Posted on the October 17th, 2012 under Tempatan by admin

IPOH: Kecanggihan aplikasi di dalam telefon bimbit masa kini disalahgunakan segelintir remaja untuk membaca cerpen lucah lengkap bergambar dari Indonesia dengan bayaran langganan RM17 seminggu.
Mendedahkan aktiviti tidak bermoral itu, seorang pelajar dikenali sebagai Rosli, 15, berkata, dia dan ramai rakan kini seronok, malah ada yang mula ketagih membaca cerpen lucah dari negara jiran itu.
Menurutnya, ada ratusan cerpen lucah boleh dilayari dan dibaca dengan mudah menerusi skrin telefon bimbit yang setiap satu turut memaparkan gambar pornografi wanita dari negara berkenaan.

“Dengan bayaran Internet RM17 seminggu, tidak sukar untuk memasuki laman web menawarkan bahan bacaan lucah itu kerana pautannya boleh dicapai dengan perkataan tertentu.
“Walaupun kebanyakan laman web lucah tempatan sudah disekat, kami masih boleh menikmati cerita lucah dari Indonesia dengan menggunakan perkataan tertentu menggunakan bahasa Indonesia,” katanya.
Harian Metro

Rogol budak 12 tahun: Buruh dipenjara, disebat

Posted on the October 17th, 2012 under Tempatan by admin
Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Temerloh, semalam, sebaik dijatuhi hukuman kerana merogol.
TEMERLOH – Seorang buruh warga asing dihukum penjara 12 tahun dan empat sebatan selepas mengaku bersalah merogol pelajar berumur 12 tahun tujuh bulan pada 18 Julai lalu.
Hukuman dijatuhkan Hakim Mahkamah Sesyen Temerloh, Dasuki Ali, selepas tertuduh dikenali dengan nama Kabit, 37, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca ke atasnya, semalam.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah pekerja di alamat nombor 27 D-1, Ladang Bukit Senorong, Kemayan, Bera, sekitar jam 11 pagi hingga 1.30 tengah hari pada 18 Julai lalu.
Dasuki memutuskan tertuduh dihukum 12 tahun penjara dan empat sebatan bermula dari tarikh dia ditangkap pada 19 Julai lalu.
Berdasarkan fakta kes, ibu mangsa menerima panggilan daripada guru bahawa anaknya tidak hadir ke sekolah selama empat hari.
Selepas siasatan mendapati, anaknya berada di rumah tertuduh pada hari kejadian dan ibu mangsa mengesyaki sesuatu berlaku sebelum bertindak membuat laporan polis.
Laporan perubatan mengesahkan ada kesan koyakkan baru dan lama pada kemaluan mangsa dan mangsa turut disahkan mengandung 11 minggu.
Tertuduh disiasat di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol dan pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mustafa.
Sinar

No comments:

Post a Comment