Monday, October 15, 2012

ARTIS NI SETELKAN BAB AURAT...BERCMPUR GAUL LELAKI PEMPUAN...PEGANG DAN PELUK LELAKI PEMPUAN BUKAN MUHRAM...TAK SOLAT KITA TAHU LAH...BARU LAH FIKIR NAK DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN KEBAIKAN

Masih fokus Kelantan

Oleh Ibrahim Isa dan Mohd Nor Asri Yaacob
am@hmetro.com.my

Khairul Fahmi Che Mat
Khairul Fahmi Che Mat
KOTA BHARU: Penjaga gawang skuad bola sepak Kelantan dan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat kini menjadi sebutan apabila dikatakan mendapat tawaran RM3 juta oleh pasukan lain dan bayaran itu termasuk RM800,000 bagi menebus kontraknya dengan Kelantan yang masih berbaki tiga tahun.
Sekiranya khabar angin itu menjadi kenyataan, Khairul Fahmi, 23, atau lebih dikenali dengan panggilan Apek bakal menjadi pemain bola sepak tempatan termahal, mengatasi bekas penyerang Selangor, Safee Sali yang menerima bayaran lebih RM2 juta untuk mewakili kelab Indonesia, Pelita Jaya FC.
Khabar angin mengenai tawaran RM3 juta untuk Apek itu tersebar di Internet terutama laman sosial, facebook dan tawaran berkenaan dikatakan dibuat pasukan Johor.

Ketika diminta komennya mengenai khabar angin itu, Apek enggan mengulas lanjut, namun mengakui ada pasukan dari negeri lain yang cuba ‘memancingnya’.

“Saya perlu menghormati kontrak (bersama skuad Kelantan) yang masih ada. Saya tidak tahu bagaimana cerita ini timbul dan enggan memikirkannya,” katanya.

Ahli KK Merah

Oleh Mohd Fauzi Abdullah
fauzie@hmetro.com.my

TUMPAS...Sharifuddin menunjukkan pistol dan parang yang ditemui dalam kereta dipandu Muhamad Azirywan.
TUMPAS...Sharifuddin menunjukkan pistol dan parang yang ditemui dalam kereta dipandu Muhamad Azirywan.
KUANTAN: Suspek utama kes bunuh warga emas dalam kejadian samun di Kampung Baru Simpang Sanggang, Temerloh, pada 14 September lalu, Muhamad Azirywan Mohd Azlan, 21, yang ditembak mati oleh polis, awal pagi semalam, dipercayai menganggotai satu kumpulan penjenayah yang dikenali sebagai KK Merah yang sering terbabit dalam pelbagai siri jenayah samun bersenjata dan kekerasan di sekitar Pahang.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata, ketua kumpulan KK Merah, Mohd Hairie Abdul Malik, 28, beralamat di Kampung Tebing Tinggi, Temerloh, masih diburu dan dipercayai dalang utama semua kegiatan jenayah kumpulan berkenaan.

“Polis kini masih memburu dua lagi ahli geng terbabit iaitu Mohd Hairie dan Mohd Ridzuan Khaidir, 22, yang alamatnya tidak dapat dipastikan,” katanya.
Sharifuddin berkata, pada jam 1.30 pagi, 7 Oktober lalu, polis menahan seorang daripada ahli geng terbabit, Mohamad Ashraf Nordin, 16, beralamat di Kampung Sungai Dingin, Batu 2, Jalan Temerloh, Temerloh.

“Dia ditahan di Jalan Panjang, Pekan Awah, Maran. Hasil siasatan lanjut terhadap suspek itu membolehkan polis mengenal pasti identiti anggota KK Merah. Suspek yang ditahan itu mempunyai lapan rekod jenayah membabitkan samun berkawan bersenjata dan satu kes bunuh di Temerloh,” katanya.

Menurut Sharifuddin, Muhamad Azirywan yang dipercayai terbabit dalam kes bunuh seorang peniaga di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh, Abdul Talib Yadin, 56, pada jam 2.30 pagi, 14 September lalu, mempunyai lapan rekod jenayah lampau, dikehendaki polis kerana dipercayai terbabit dalam beberapa siri rompakan bersenjata.

Anak longlai dihempap TV

Oleh Muhaamadd Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

ANGKAT...jenazah Haris dibawa bapanya selepas dibedah siasat di Hospital Ampang, semalam. Gambar kecil, Nor Azlin, tangisan terhenti.
ANGKAT...jenazah Haris dibawa bapanya selepas dibedah siasat di Hospital Ampang, semalam. Gambar kecil, Nor Azlin, tangisan terhenti.
AMPANG: “Ketika suami mengangkat peti televisyen itu, anak saya sudah tidak bermaya. Telinga, hidung dan mulutnya juga berdarah,” kata Nor Azlin Mohd Ali, 31, ibu kepada kanak-kanak berusia dua tahun yang mati dihempap televisyen di rumahnya di Taman Ampang Saujana, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, kanak-kanak terbabit Haris Hariz Khairil Anuar meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Ampang.

Nor Azlin berkata, kejadian berlaku ketika anak bongsunya itu bermain-main dengan pakaian yang dimuatkan dalam laci almari setinggi satu meter di dalam bilik tidur yang turut menempatkan televisyen bersaiz 29 inci (73.6 sentimeter).

“Saya dan suami ketika itu berada di dalam bilik sementara dua lagi anak kami berusia lima dan lapan tahun bermain permainan komputer di dalam bilik saya.

“Tiba-tiba saya terdengar bunyi benda jatuh dan terus berpaling ke arah Haris sebelum terkejut apabila mendapati peti televisyen sudah menghempapnya,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Ampang, di sini, semalam.

Syor artis sertai skuad pengguna



SANTAI...Ismail bersama artis yang menyertai program lepak santai kepenggunaan, semalam.
SANTAI...Ismail bersama artis yang menyertai program lepak santai kepenggunaan, semalam.
PUTRAJAYA: Pengaruh artis di Malaysia yang mampu menarik orang ramai mengikut segala perkara dan tindakan mereka sepatutnya digunakan untuk tujuan baik terutama dalam meningkatkan kesedaran terhadap isu kepenggunaan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi menzahirkan matlamat itu pihaknya menyarankan artis supaya mendaftar secara percuma sebagai ahli skuad pengguna, sekali gus menjalankan peranan menyedarkan masyarakat terhadap isu berkenaan.

“Bagi golongan artis mereka ada ramai pengikut dan apa yang dibuat menjadi ikutan orang lain. Malah, sekiranya artis memberi pandangan, ramai terpengaruh dengan pandangan mereka.

“Justeru, jika mereka terbabit skuad pengguna, mereka boleh menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing.

“Pada masa sama kami boleh menjemput artis itu untuk memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai isu dan hak kepenggunaan,” katanya selepas program lepak santai kepenggunaan media dan artis di Pusat Maritim, di sini, semalam.

Tak sempat joli RM700,000

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Hasrat sekumpulan enam penculik untuk ‘joli sakan’ dengan wang tebusan RM700,000 selepas menculik seorang remaja lelaki berusia 15 tahun lebur apabila empat daripada mereka ditahan di sebuah flat di Butterworth, Pulau Pinang, Jumaat lalu.
Kumpulan penculik terbabit ditahan pasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) antara jam 9 hingga 11 malam ketika urusan pembayaran wang tebusan dilakukan bapa mangsa berusia 40-an.

Menurut sumber, remaja lelaki terbabit diculik dua lelaki tidak dikenali menaiki sebuah kereta di hadapan restoran bapanya di Taman Midah, Cheras, di sini, seminggu lalu.
“Remaja terbabit dibawa ke sebuah flat di Butterworth sebelum dikurung di situ. Kumpulan penculik itu menghubungi keluarga mangsa dan meminta wang tebusan lebih RM1 juta.

“Bagaimanapun, bapa mangsa melaporkan kejadian kepada polis,” katanya.

Menurutnya, sebaik menerima laporan, satu pasukan khas ditubuh bagi mengesan dan menyelamatkan remaja berkenaan.
“Kumpulan penculik itu dilapor beberapa kali menghubungi bapa mangsa meminta wang tebusan sebelum berlaku tawar-menawar antara kedua-dua pihak.

“Akhirnya, kedua-dua pihak bersetuju dengan bayaran RM700,000 sebelum kumpulan penculik mengarahkan wang diserahkan di sebuah flat di Butterworth,” katanya.
Sumber itu berkata, selepas memastikan remaja terbabit selamat ketika sesi pertukaran dilakukan, polis melakukan serbuan sebelum menahan empat individu termasuk seorang wanita berusia 25 hingga 30 tahun.

“Semua yang ditahan dibawa ke IPKKL untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya sambil memberitahu remaja terbabit tidak cedera, namun masih trauma dengan kejadian menimpanya itu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan, namun enggan mengulas lanjut.

Buta ICT mudah ditipu anak



KUALA LUMPUR: “Macam mana hendak tahu pergerakan anak jika ibu bapa mendidik anak menggunakan kaedah tradisional sedangkan zaman sudah moden,” kata Presiden Lembaga Kaunselor Profesional Malaysia, Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din.
Menurutnya, kejahilan segelintir ibu bapa dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkini seperti facebook, twitter dan blog menyebabkan mereka mudah diperdaya anak yang terbabit aktiviti tidak bermoral.

Katanya, Rasulullah sendiri menasihati setiap Muslim supaya mendidik anak-anak mereka sama seperti di zamannya.
“Remaja zaman ini terdedah begitu banyak kemudahan di alam maya dan keadaan bertambah buruk apabila ibu bapa pula buta ICT menyebabkan mereka mudah ditipu.

“Cuba kalau mereka bijak menggunakan Internet, sudah tentu mudah untuk memantau pergerakan anak atau tembelang anak akan dapat dihidu dengan cepat seterusnya menyelamatkan mereka terbabit kancah kejahatan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas laporan muka depan Metro Ahad semalam bertajuk ‘Pandu Angkut’ yang mendedahkan taktik terbaru ‘orang jual orang’ menggunakan sistem ala pandu lalu kepada lelaki hidung belang.
Urus niaga untuk memilih teman pengiring itu dijalankan di tepi jalan dengan pelanggan dikehendaki menunggu dalam kereta sebelum anak gadis dari flat berhampiran dibawa untuk dipilih.

Wanita tidak tahan tekanan terjun kondo



KUALA LUMPUR: Akibat mengalami tekanan dipercayai selepas bergaduh dengan suami melalui telefon, seorang wanita berusia 37 tahun maut selepas terjun dari tingkat enam dalam kejadian di Kondominium Suria Kinrara, dekat Puchong, di sini, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa yang mempunyai seorang anak berusia empat tahun nekad terjun dari bangunan itu akibat tidak tahan dengan masalah yang dihadapi.

Sumber berkata, seorang rakan mangsa cuba menghalang wanita itu dari terjun, namun tidak berjaya.
“Mangsa cedera parah di bahagian badan sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) namun meninggal dunia pada jam 8.30 pagi ketika menerima rawatan,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Budak lari dari rumah ditemui



IPOH: Selepas melarikan diri dari rumah tanpa pengetahuan keluarga hampir seminggu, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun akhirnya ditemui orang awam dan anggota Rukun Tetangga (RT) Bercham berhampiran sebuah restoran di Taman Bercham Baru, di sini, kelmarin.
Kanak-kanak dikenali sebagai Sean dari Anjung Bercham Utara itu dipercayai melarikan diri dari rumah kerana enggan dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak, The Salvation Army Ipoh Children’s Home di bandar raya ini.

Kehilangan Sean disedari ibunya, hanya dikenali sebagai Lee, 47, yang meminta bantuan RT Bercham mengesan anaknya selain membuat aduan di Balai Polis Bercham.
Lee berkata, setiap hari dia berusaha mencari anaknya yang hilang sejak 8 Oktober lalu dan bersyukur selepas bertemu semula anak lelakinya itu dalam keadaan sihat tanpa berlaku kejadian tidak diingini.

“Dia bukan seorang yang nakal, tetapi pergaulan bebas bersama rakan membuatkannya terjebak dengan kegiatan tidak bermoral.

“Sebelum ini, dia seorang anak yang mendengar nasihat dan rajin, tetapi sejak berkawan dengan rakan baru, sikapnya berubah menjadi malas dan tidak menghormati keluarga,” katanya.
Menurutnya, walaupun berat hati menghantarnya ke pusat jagaan itu, tetapi kerana terpaksa selain memikirkan masa depannya membuatnya serba salah.

“Sekurang-kurangnya hidupnya akan terbela dan kami berharap dia mendapat kehidupan lebih baik di tempat itu. Walaupun berat hati melepaskannya, saya terpaksa menghantarnya ke pusat jagaan itu demi masa depannya,” katanya.
Katanya, dia terpaksa menjadi ketua keluarga dan menanggung mereka sekeluarga selepas suami, Eric Lee Siew Hong, 45, disahkan menghidap barah hidung sejak empat tahun lalu.

“Saya pernah bekerja sebagai kerani, tetapi selepas suami sakit, saya berhenti kerja di syarikat lama dan kini bekerja sebagai pelayan restoran dari jam 7 pagi hingga 1 tengah hari setiap hari dengan gaji RM600 sebulan,” katanya.

“Selepas selesai bekerja, saya pulang ke rumah dan menjaga suami dan anak-anak,” katanya.

Sean ketika ditemui hanya memakai kemeja-T dan berseluar pendek paras lutut berkata, sepanjang meninggalkan rumah dia tidak pernah berfikir mengenai keluarganya dan menghabiskan masa melepak di pusat siber dengan bermain permainan komputer.

'Balasan terhadap dosa selama ini’



KUANTAN: Cukup ironi apabila genap sebulan selepas seorang peniaga di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh, Abdul Talib Yadin, 56, mati ditikam ketika disamun, pembunuhnya pula menemui ajal dalam kejadian tembak-menembak dengan polis di kawasan ladang sawit Sanggang 1 dan 2, Temerloh, awal pagi semalam.
Lelaki dikenali sebagai Muhamad Azirywan Mohd Azlan, 21, berasal di Perkampungan Cenderawasih di sini, dan mempunyai lapan rekod jenayah, disahkan mati pada jam 2.30 pagi iaitu waktu yang sama dengan kematian Abdul Talib, 14 September lalu.

Ahli keluarga Abdul Talib menerima berita itu dengan pelbagai perasaan dengan anak sulungnya, Anita Natasha, 27, tidak mengharapkan pengakhiran sebegitu kepada pembunuh bapanya.
“Saya tidak berdendam dengan penjenayah terbabit sebaliknya berharap mereka mendapat pembalasan sewajarnya. “Saya terima berita mengenai kematian pembunuh ayah melalui ibu yang menghubungi saya jam 9 pagi tadi. Secara jujur saya lega kerana penjenayah yang membunuh ayah tewas. Saya hanya mengharapkan suspek mendapat pembalasan sewajarnya terhadap apa yang mereka lakukan, mahu mereka ditangkap namun tidak menyangka pula mati ditembak polis,” katanya ketika dihubungi, semalam.

“Kami sentiasa berdoa semoga penjenayah terbabit dapat ditahan segera sekali gus kematian ayah mendapat pembelaan sewajarnya,” katanya.

Dalam kejadian pada 14 September jam 2.30 pagi di Kampung Baru Simpang Sanggang, Temerloh, Abdul Talib yang ditikam bertubi-tubi maut di tempat kejadian manakala isterinya, Siti Rohani Salleh, 48, yang ditikam berpura-pura pengsan bagi mengalih perhatian penyamun terbabit merangkak berlumuran darah menuruni jalan berbukit 200 meter mendapatkan bantuan.
Wang tunai RM700 dan barangan kemas iaitu gelang tangan dan kaki serta tiga telefon bimbit keseluruhannya bernilai RM4,000 milik pasangan malang itu turut dilarikan penjenayah terbabit.

Pasangan itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar baki akhbar tidak terjual di sebuah kedai di kampung bersebelahan sejurus menutup operasi kedai serbaneka mereka di R&R Temerloh arah Kuala Lumpur.
Sementara itu, abang mangsa, Mohd Johar Yadin, 59, berkata kematian pembunuh adiknya itu boleh dianggap sebagai balasan terhadap dosa yang dilakukannya selama ini.

“Ini pembalasan terhadap dosa yang mereka lakukan kepada arwah adik saya dan isterinya yang kini trauma.

“Sekurang-kurangnya ia menyenangkan hati kami yang dibelenggu kejadian itu. Apa dosa adik saya sehingga tergamak mereka membunuhnya, dia (arwah) baik dan kehilangannya dirasai kami adik-beradik,” katanya ketika dihubungi.

Bekas bos TV kerajaan laku gangguan seksual dihukum penjara



ALGERIA: Sebuah mahkamah di sini menjatuhkan hukuman enam bulan tangguhan penjara dan denda ke atas ketua stesen televisyen kerajaan berusia 76 tahun atas dakwaan gangguan seksual terhadap tiga wartawan wanita.
Said Lamarni yang dipecat dari jawatannya sebagai Ketua Pengarah Rangkaian TV4 Berber, diarahkan membayar denda 200,000 dinar (RM7,922).

Pendakwa raya meminta mahkamah memenjarakan Said untuk setahun dalam kes yang menyebabkan kemarahan orang ramai di Algeria, di mana pengkritik berkata hukuman atas kesalahan gangguan seksual tidak dikuatkuasa.

Berpuluh-puluh orang terutama aktivis hak asasi manusia hadir di mahkamah sebagai menunjukkan sokongan kepada mangsa yang menangis apabila hukuman dibacakan. - AFP

NI KESAN HUDUD DINAFI

Jumlah anak luar nikah naik



CASABLANCA: Jumlah bayi ditinggalkan oleh ibu tidak berkahwin semakin membimbangkan, kata aktivis
Mereka menyalahkan prejudis di dalam masyarakat dan undang-undang lapuk sebagai punca masalah itu.

Penganjur persidangan mengenai keganasan dan diskriminasi terhadap ibu tunggal dan kanak-kanak, Omar Kindi berkata, “Menurut maklumat yang kami kumpul daripada golongan yang menjaga kanak-kanak yang dilahirkan luar nikah, jumlah mereka semakin ramai.”

Omar adalah Presiden Insaf, iaitu badan bukan kerajaan yang memberi sokongan kepada wanita dan kanak-kanak dalam kesusahan


Menurut kajian yang dibuat oleh Insaf, 27,200 wanita muda melahirkan anak luar nikah pada 2009, dan sejumlah 8,760 bayi ditinggalkan iaitu bersamaan purata 24 bayi setiap hari.

Pertumbuhan penduduk di Maghribi meningkat dan peningkatan bandar baru sejak berpuluh tahun kebelakangan ini meningkatkan interaksi antara lelaki dan wanita bujang di negara Islam konservatif ini.

Omar dan aktivitis lain berkata, sikap dan undang-undang gagal menurut perubahan sosial seperti yang termaktub di dalam Artikel 490 Undang-Undang Jenayah di mana sesiapa yang didapati bersalah mengadakan seks luar nikah boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga setahun.

Katanya, doktor di hospital bersalin enggan merawat wanita muda yang belum berkahwin walaupun mereka mangsa rogol majikan. - AFP

No comments:

Post a Comment