Pilih ‘teman’ dalam kereta
Oleh KASDI ALI DAN HIDAYATUL AKMAL AHMAD
metahad@hmetro.com.my
metahad@hmetro.com.my
STRATEGIK... kawasan sekitar yang agak sunyi membolehkan sindiket dan pelanggan berurusan bagi mendapatkan khidmat teman pengiring.
Berdasarkan penyamaran wartawan Metro Ahad, urus niaga itu dijalankan secara terbuka di tepi jalan dengan pelanggan dikehendaki menunggu di dalam kereta berhampiran sebuah hentian teksi.
Orang tengah yang dipanggil abang kemudian akan menemui bakal pelanggan yang menunggu di dalam kereta untuk bertanyakan ciri wanita pengiring dikehendaki dan harga ditetapkan.
Dia akan menyusup masuk ke kawasan bangunan berhampiran sebelum muncul bersama seorang wanita. Jika berkenan, pelanggan dikehendaki membuat bayaran kepada orang tengah terbabit sebelum membawa wanita berkenaan ke tempat diingini.
Abang akan membawa wanita lain untuk dipilih jika pelanggan tidak bersetuju dengan teman pengiring pertama.
Bayar ikut hari
Itulah kegiatan terlampau dilakukan segelintir remaja perempuan belasan tahun yang tinggal di flat awam yang sesak dengan penghuni di sekitar ibu kota.
Terpengaruh dengan gaya hidup rakan sebaya yang banyak duit dan memakai pakaian berjenama, Hani, 19, mengaku terjebak dengan kegiatan itu sejak berusia 16 tahun, tiga tahun lalu.
“Saya melakukan pekerjaan ini selepas bekas rakan sekolah yang juga jiran memperkenalkan saya kepada seorang abang angkat. Saya tidak fikir panjang kerana tertarik melihat rakan sebaya hidup mewah tanpa perlu bekerja keras.
“Lagi pun, ketika itu saya tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan banyak menghabiskan masa dengan lepak bersama rakan atau duduk di rumah selepas dibuang sekolah kerana masalah disiplin,” katanya.
Kaut RM2,000
“Saya berhijrah ke ibu kota ketika berusia 18 tahun selepas dituduh menggatal dengan bapa saudara sehingga meruntuhkan rumah tangganya, walaupun sebenarnya dialah yang cuba menggoda,” katanya.
Namun, orang tua terutama ibu tetap mempertahankan adik kandungnya yang bijak berhelah. Sedih, tidak tahan dengan cemuhan orang kampung terutama keluarga bekas isteri bapa saudara, dia nekad melarikan diri ke ibu kota.
“Pada beberapa bulan pertama, saya menumpang di rumah seorang rakan dan mendapat tahu mengenai kerja ini daripada beberapa rakan sebaya yang tinggal di flat sama. Mereka yang tinggal bersama keluarga turut melakukan kerja ini. Bagi mengelakkan ia terbongkar, mereka beritahu keluarga kononnya bekerja di kedai serbaneka, jualan langsung atau pelayan restoran.
“Saya akui kerja ini berdosa besar tapi dengan pendidikan setakat tingkatan satu, ia satu-satunya kerja yang membantu menampung kos sara hidup saya di ibu kota. “Lagi pun, ia mudah. Dengan melayan 20 pelanggan sebulan, saya boleh dapat lebih RM2,000, belum termasuk tip dan kerja dilakukan pada hari cuti,” katanya.
Ammy berkata, perasaan rindu bertemu keluarga memang ada tapi buat masa ini belum terlintas berbuat demikian. Sejak 2006 sehingga sekarang, dia tidak pernah menjengah mereka kerana masih berkecil hati dengan apa yang berlaku. “Saya dimaklumkan bapa saudara saya ditangkap khalwat tahun lalu di rumahnya dan yang paling menggembirakan ialah bapa saya turut sama memberkasnya.
Apapun, katanya, sebagai anak sulung, dia tak pernah abaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan mengirimkan wang paling kurang RM300 setiap bulan sejak dua tahun lalu. “Saya akui, berdasarkan pengalaman melihat bekas rakan, tempoh laku kami hanya sehingga berusia 28 hingga 30 tahun,” katanya.
Minta rakan perkenal pelanggan poket tebal
“Saya mula bergaul bebas dengan rakan di kalangan jiran sejak sekolah menengah kerana rimas duduk di rumah sempit dan tiada privasi disebabkan terpaksa berkongsi bilik dengan adik dan kakak,” katanya. Dia mendakwa, ibu bapanya jarang mengambil tahu kehidupan sosialnya kecuali bising jika mendapat tahu dia ponteng sekolah. “Selepas tamat persekolahan, saya bekerja sambilan di sebuah pasar raya. Sejak itu saya mendapat lampu hijau untuk pulang lewat kerana lepak di rumah rakan yang tinggal bujang. Saya akui tidak selesa tinggal bersama keluarga di rumah pangsa.
“Jika pulang ke rumah, saya menghabiskan kebanyakan masa tidur dan jarang menonton televisyen kerana letih duduk atas lantai disebabkan ruang tamu terlalu sempit dan tidak mempunyai ruang meletakkan sofa.
“Malah adik dan kakak juga jarang melekat di rumah. Kebanyakan masa terluang kami dihabiskan dengan keluar berjalan atau melepak bersama rakan,” katanya yang enggan gambarnya dirakamkan kerana bimbang dicam anggota keluarga.
“Bagaimanapun, saya keberatan untuk berpindah kerana kebanyakan rakan baik masih tinggal di sini. Sejak bekerja saya hanya mengeluarkan belanja membeli barangan dapur manakala sewa rumah dibayar bapa.
“Ini membolehkan saya berbelanja mewah dengan membeli barangan keperluan peribadi berjenama terutama sejak diperkenalkan rakan dengan pekerjaan sebagai teman pengiring. Namun saya tidak bekerja sepenuh masa, sebaliknya bergerak secara sambilan dengan meminta rakan memberi nombor telefon saya kepada pelanggan yang berpoket tebal,” katanya.
Rosak badan, otak
Oleh KASDI ALI dan HIDAYATUL AKMAL AHMAD
metahad@hmetro.com.my
metahad@hmetro.com.my
BOB... mendakwa ubat batuk campuran baru mencerdaskan otak.
Bagaimanapun, perbuatan kreatif tidak bertempat ini boleh mengundang maut jika diambil secara berlebihan selain menyebabkan kerosakan paru-paru, hati, sistem penghadaman, buah pinggang, otot badan mengecut dan berat badan menurun secara mengejut.
Penemuan kaedah baru menghasilkan formula yang murah dan mudah didapati ini menjadi faktor utama peningkatan penyalahgunaan ubat batuk di kalangan remaja.
Kos untuk menghasilkannya iaitu RM6 jauh lebih murah berbanding ubat batuk haram yang dijual antara RM50 hingga RM80 sebotol (150-200 mililiter), manakala bekalan ubat batuk mudah diperoleh di farmasi sekitar Lembah Klang.
Pendedahan mengejutkan ini berjaya dibongkar Metro Ahad hasil tinjauan dan siasatan selama seminggu di beberapa daerah di Selangor dan di sini.
Beli ubat batuk seludup RM80
Selain melapangkan fikiran dan menenangkan perasaan, ubat batuk turut meningkatkan kecerdasan minda saya terutama ketika mengulang kaji pelajaran.
Sejak mengambilnya ketika di sekolah menengah sehingga sekarang saya belum lagi ‘kantoi’ baik di sekolah mahupun di universiti. Berbanding kesan pengambilan sesetengah dadah yang mudah dikesan orang, sukar untuk mengenal pasti penyalahgunaan ubat batuk berbanding ganja, E (Ecstacy), ice (syabu) dan ‘ubat’ (morfin).
Saya mula mengenali dadah sejak berusia 16 tahun. Dadah pertama saya ialah ‘boh’ (ganja) kerana ia antara jenis dadah paling mudah diperoleh dan ramai rakan sekolah turut mengambilnya.
Apapun, saya mengambil boh untuk suka-suka saja dan hanya menghisapnya ketika ponteng sekolah di rumah rakan. Saya tidak begitu sukakan boh kerana kesan khayalnya agak teruk dan pengambilannya mudah dikesan orang ramai berikutan mata akan menjadi kemerah-merahan serta berair.
Namun, saya berhenti mengambil ganja selepas diperkenalkan dengan ubat batuk oleh seorang rakan dari pantai timur. Kali pertama mencubanya saya gagal tangkap ‘feel’ (nikmat) kesan khayalnya kerana tidak pandai ‘melayannya’.
Biasanya saya akan ‘tong-tong’ (kongsi) bersama beberapa rakan untuk membeli ubat batuk yang dijual pada harga RM80 sebotol (150 mililiter) dan mengambilnya selang dua hari sekali.
Ajal ketika tengok bola
Oleh RIADZ RADZI dan MOHAMAD NAUFAL MOHAMMAD IDRIS
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
SOLAT... ahli keluarga dan rakan menunaikan solat jenazah di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Nik Mohd Eppendi berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, iaitu pada minit ke-63 perlawanan, rakannya tiba-tiba menjadi tidak bermaya menyebabkan dia segera memangku bahagian belakang badan Suharto daripada rebah mengenai penonton lain yang duduk di belakangnya.
“Waktu itu pasukan Kelantan sedang hebat mengasak dan semua penyokong bersorak. Kebanyakan penonton berdekatan tidak menyedari kejadian itu sebelum saya menjerit meminta tolong. Beberapa penonton kemudian membantu mengusung arwah yang sesak nafas ke tingkat bawah tempat duduk penonton stadium berkenaan,” katanya.
Katanya, mereka kemudian meminta bantuan anggota polis di situ sebelum dibawa ke sebuah hospital swasta di Shah Alam menggunakan van milik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Bagaimanapun, Suharto disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital berkenaan pada jam 10.50 malam dipercayai akibat serangan jantung sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, untuk bedah siasat.
Menceritakan kejadian itu, Nik Mohd Appendi berkata, dia bersama Suharto dan seorang rakan dikenali sebagai Mat Yaacob menaiki penerbangan Firefly dari Kota Bharu jam 3 petang kelmarin sebelum tiba di Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Subang, kira-kira sejam kemudian. Mereka kemudian dijemput seorang lagi rakan dengan teksi untuk ke Stadium Shah Alam.
“Sepanjang bersama arwah semalam (kelmarin), dia nampak sihat dan ceria, malah begitu bersemangat untuk memberi sokongan kepada pasukan Kelantan. Sebelum masuk ke stadium kira-kira jam 7.30 malam, kami berdua sempat membeli beberapa helai jersi pasukan Kelantan dan makan malam,” katanya.
Katanya, sepanjang separuh masa pertama perlawanan, Suharto juga bersemangat dan bersorak bersama ribuan penyokong Kelantan serta tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda kesihatannya terganggu.
Sementara itu, isteri Suharto, Mazlina Othman, 43, berkata, suaminya penyokong setia skuad The Red Warriors dan tidak pernah ketinggalan menonton aksi pasukan itu di Stadium Sultan Mohammed IV, Kota Bharu.
Kerap cerita pasal mati
Oleh SALMAN HAMAT
salman@hmetro.com.my
salman@hmetro.com.my
MENUNGGU...keluarga dan rakan mangsa kemalangan maut menunggu jenazah di Rumah Mayat, Jabatan Forensik, Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Gambar kecil, Mohamad Aufa.
Rakannya, Nuraina Syazana Arif, 20, berkata selain kata-kata itu, dia dan rakan lain turut hairan dengan perlakuan Natasya ketika mereka berbual tiga minggu lalu apabila arwah kerap bercerita mengenai kematian.
“Natasya seorang yang periang dan gemar bergurau dengan rakan sekelas. Bagaimanapun, sejak beberapa minggu lalu, dia lebih suka menyendiri.
“Malam sebelum kejadian, Natasya keluar bersama beberapa rakan untuk ke sebuah hotel di Pasir Gudang bagi menghadiri majlis makan malam. Dia dikatakan keluar bersama teman lelakinya selepas majlis itu selesai. Menurut rakan serumah Natasya, dia terserempak dengan kemalangan itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah tetapi tidak menyangka ia membabitkan arwah,” katanya.
Nur Natasya meninggal dunia selepas motosikal dibonceng bersama teman lelakinya, Mohamad Aufa Arshad, 20, bertembung dengan sebuah motosikal lain dari arah bertentangan.
Dua lagi yang maut ialah K Thinakaran, 18, berasal dari Taman Rinting, Masai dan rakannya, S Suthan, 20, dari Pasir Gudang.
Menurut Syazana, kawan serumah Natasya hanya tahu tragedi itu selepas dimaklumkan rakan lain yang menerima panggilan daripada polis memaklumkan kemalangan maut itu menggunakan telefon milik mangsa yang ditemui di lokasi kejadian.
Sebelum itu, Menurut Rais, dia melihat Aufa bergembira ketika menyaksikan perlawanan bola sepak antara Kelantan dan Selangor yang berkesudahan ‘The Red Warriors’ menang dengan jaringan 2-0 sekali gus layak ke perlawanan akhir.
“Saya hairan kerana arwah belum pulang selepas jam 5 pagi dan hanya tahu kemalangan itu selepas dihubungi rakan yang melihat motosikal Aufa tersadai di tepi jalan pada jam 7 pagi.
“Saya hampir terduduk selepas melihat keadaan motosikal Aufa yang rosak teruk,” katanya.
Sementara itu, Thinakaran tidak sempat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) November ini selepas maut dalam kemalangan itu.
Keempat-empat mangsa dihantar Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) Pandan untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga masing-masing.
Jenazah Natasya dijangka dibawa pulang ke kampungnya di Bagai Serai, Perak, manakala Aufa di Selama. Kedua-dua mangsa adalah rakan baik sejak sekolah.
Natasya adalah pelajar semester lima Diploma Pengurusan Pelancongan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) manakala Aufa bertugas sebagai jurukimpal di Pasir Gudang.
Lesap ketika sujud
Oleh ZUL IKHWAN MUHAMMAD
metahad@hmetro.com.my
metahad@hmetro.com.my
Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid berkata, dalam kejadian itu, mangsa yang juga seorang perempuan sedang solat Maghrib di surau berkenaan.
“Mangsa berasal dari kampung berkenaan sedang sujud apabila begnya tiba-tiba dilarikan seorang lelaki.
“Jemaah surau berkenaan kemudian mengejar suspek namun lelaki terbabit dapat melarikan diri dalam kegelapan malam,” katanya, semalam.
Menurut Mohd Nor, mangsa membuat laporan berkaitan kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing pada malam itu juga.
Mohd Nor berkata, pihaknya menyerbu kediaman suspek yang juga sekampung dengan mangsa namun gagal menemui lelaki terbabit.
“Mohd Ikhwan dipercayai menghilangkan diri ke Johor Bahru sejurus kejadian. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek diminta menghubungi IPD Mersing di talian 07-7992222 atau mana- mana balai polis berhampiran,” katanya.
Ibu bapa kena berpada-pada memanjakan anak
Menurutnya, jika remaja berkenaan ada iman dan rasa malu pasti mereka tidak akan melakukan perbuatan terkutuk itu. Apa pun, peranan ibu bapa sendiri paling penting ketika mendidik anak-anak.
“Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka namun perlu ikut cara yang betul. Tidak salah memanjakan anak namun biar berpada-pada. Ibu bapa juga tidak boleh hanya berharap pendidikan agama setakat di sekolah saja kerana itu tidak cukup.
“Mereka sendiri perlu tahu dan ajar anak mengenai perkara yang haram dan halal. Sebab itu pendidikan yang baik bermula daripada rumah,” katanya.
Katanya, sikap menyibuk ibu bapa perlu bagi mengawal pergaulan anak mereka. Misalnya perlu tahu anak mereka berkawan dengan siapa, berada di mana, siapa nama kawan dan sebagainya.
“Tahu sajalah pada usia remaja mereka suka mencuba dan melakukan sesuatu di luar kawalan. Lagi ditegah lagi dibuat. Sebab itu peranan ibu bapa sangat besar terhadap anak. “Selain ibu bapa, jiran tetangga turut memainkan peranan penting. Biarlah orang kata kita 'menyibuk' asalkan untuk kebaikan. “Zaman ini institusi kejiranan dilihat sangat rapuh terutama di bandar. Ada yang tidak kenal jiran sendiri padahal ia sangat penting,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai hal itu, beliau berkata, keadaan rumah yang sempit dan terhad menyebabkan anak berada dalam keadaan tidak selesa seterusnya keluar kononnya mahu mencari ketenangan dan keseronokan.
“Fikirlah sampai bila boleh bertahan buat kerja begitu? Akhirnya nanti akan makan diri. Kembalilah ke pangkal jalan sebelum terlambat kerana tiada istilah lambat dalam Islam,” katanya.
Tercabar buat benda bodoh
Oleh MUHD IZAWAN BAHARIN
izawan@hmetro.com.my
izawan@hmetro.com.my
Pengarah Urusan Hushim Motivational & Counselling Consultancy, Hushim Salleh berkata, hubungan intim pasangan suami isteri menyentuh soal emosi, pemikiran dan psikologi.
“Kadang kala disebabkan emosi terganggu mungkin akibat tekanan kerja menyebabkan lelaki cepat klimaks ketika melakukan hubungan seks.
“Disebabkan rasa tercabar ini, mereka mula menggunakan pelbagai cara termasuk memasang cincin di kemaluan yang tidak mendapat pengiktirafan pihak berkuasa sehingga menyebabkan risiko termasuk kecederaan,” katanya yang dihubungi semalam.
Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai tambahan bidang tugas anggota bomba dan penyelamat yang terpaksa memotong cincin tersangkut di kemaluan lelaki.
Dalam kes terbaru, minggu lalu khidmat anggota bomba dan penyelamat Ipoh ditagih pihak hospital bagi memotong nat besi yang tersekat pada kemaluan seorang lelaki berusia 30-an.
Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Mahir Mat Saad dilaporkan berkata, lelaki itu dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh selepas nat besi bersaiz syiling 50 sen yang disarungkan pada pada kemaluannya gagal dikeluarkan.
“Tetapi apabila ada orang memilih membeli di tepi jalan kerana harganya lebih murah, risikonya bukan sekadar membahayakan kesihatan malah terpaksa menanggung malu apabila cincin yang dipakai tidak dapat ditanggalkan sehingga perlu mendapatkan pertolongan.
16 korban bom kereta
Sasaran serangan di bandar Darra Adam Khel itu adalah anggota prokerajaan yang dibentuk untuk memerangi kumpulan Taliban. Jumlah kematian mungkin meningkat kerana 30 yang lain cedera dan beberapa lagi berada dalam keadaan kritikal.
Insiden itu memusnahkan 15 kedai dan lapan kenderaan, kata pegawai kanan kerajaan tempatan, Sahibzada Anees.
Tentera Pakistan, satu daripada yang terbesar di dunia melancarkan beberapa serangan ke atas Taliban dan kumpulan militan lain yang mensasarkan untuk menggulingkan kerajaan disokong Amerika Syarikat itu. Namun, operasi yang bertumpu di kubu kuat Taliban di kawasan etnik Pashtun di sepanjang sempadan Afghanistan itu gagal mematahkan rangkaian militan terbabit. - Reuters
7 cedera dirempuh peragawati mabuk
NOVI mengaku ambil dadah, minum arak sebelum memandu.
Jurucakap Polis Jakarta, Komisioner Kanan Rikwanto berkata, Novi Amalia yang hanya berseluar dalam enggan menurut arahan polis supaya berpakaian selepas insiden itu. Dia yang memandu kereta Honda Jazz secara membuta-tuli di pusat bandar melanggar seorang penunggang basikal dan penjaja jalanan pada jam 5.30 petang Khamis lalu. “Dia yang terus memandu kemudian merempuh dua anggota polis di Taman Sari Jakarta Pusat,” katanya.
Laporan media menyatakan seorang daripada anggota polis itu cuba untuk menghentikan kereta Novi selepas wanita terbabit melanggar deretan penjaja jalanan. Novi kemudian memecut kenderaannya sebelum merempuh van mini awam hingga pemandunya cedera. Dia turut melanggar seorang penunggang motosikal dan sebuah lagi van mini.
Semua mangsa cedera dan dirawat di Hospital Husada di Jakarta Pusat.
Menurut Rikwanto, polis belum mendakwa Novi kerana dia masih tidak stabil secara fizikal dan mental, selain perlu menjalani ujian psikologi terlebih dulu.
“Novi mengakui mengambil ecstasy dan meminum arak di kediamannya sebelum memandu,” katanya.
“Dia hanya memakai seluar dalam ketika ditahan. Dia juga membuang dompetnya keluar dari kereta ketika memandu,” katanya.
No comments:
Post a Comment