Tuesday, October 16, 2012

ELOK NIKAH DAN MAJLIS KENDURI KELUAR DARI POKET SENDIRI

Pocong tanah kubur

Oleh Siti Nadirah Hafidzin
nadirah@hmetro.com.my

BUKTI...Pandak melihat objek menyerupai pocong dicampak 
di depan rumahnya, semalam.
BUKTI...Pandak melihat objek menyerupai pocong dicampak di depan rumahnya, semalam.
JOHOR BAHRU: Seorang pengamal perubatan tradisional tercampak sejauh tiga meter ketika cuba mengambil objek seakan-akan pocong yang dicampak di depan rumah Ahli Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Pandak Ahmad, 49, di Taman Mutiara Rini, di sini, semalam.
Bagaimanapun, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, selepas membaca ayat suci al-Quran selama beberapa minit baru pengamal perubatan Islam terbabit berjaya mengangkat objek yang dipercayai menjadi medium ilmu hitam itu.
“Saya tidak menyangka sihir digunakan terlalu kuat sehingga tubuh saya boleh tercampak,” kata pengamal perubatan berusia 50-an itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ustaz.

Menurutnya, selepas mengangkat objek sepanjang 45 sentimeter itu dan melakukan pemeriksaan, ia didapati penuh dengan serbuk pewarna merah, dicucuk jarum dan tulisan Siam.Katanya, objek pocong itu dipercayai diisi menggunakan tanah kubur dan diwarnakan merah melambangkan darah manakala tulisan Siam yang tertera adalah sebahagian mantera.

‘Saya malu...’

Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my

KESAL...Qasem bersama bakal isteri, Nor Azuriana menunjukkan laporan polis yang dibuat.
KESAL...Qasem bersama bakal isteri, Nor Azuriana menunjukkan laporan polis yang dibuat.
KUALA LUMPUR: Ketika berdebar menunggu tarikh pernikahan yang dijangka berlangsung pada Sabtu ini, pelakon Mohd Nazim Atim atau Qazem Nor, 38, dan pasangannya, Nor Azuriana Amirudin atau Embun, 28, terpaksa berhadapan pula masalah pembatalan saat akhir majlis resepsi perkahwinan mereka oleh penaja.
Qazem yang ditemui di Balai Berita semalam berkata, dia meminta maaf kepada semua pihak yang sudah menerima kad undangan daripadanya di atas pembatalan majlis resepsi yang mendapat penajaan penuh Mawex Sdn Bhd yang merancang penganjuran program Malaysia Wedding Expo 2012.

“Mengikut perancangan, majlis persandingan saya dan Embun akan berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MIECC) di The Mines Resort City, Selangor sejurus selepas pernikahan kami pada 20 Oktober nanti. “Pun begitu, ia tiba-tiba dibatalkan pihak penaja di saat akhir.
“Saya dihubungi penaja jam 6.30 petang, 12 Oktober lalu memaklumkan mereka membatalkan segala penajaan pakej perkahwinan yang dijanjikan itu dengan alasan tidak cukup wang untuk menampung segala kos ekspo termasuk majlis persandingan disebabkan tiada sambutan pada penjualan gerai.

“Saya sangat kesal, kecewa dan tidak berpuas hati dengan apa yang mereka lakukan dan berasa sangat tertipu. “Sebagai selebriti, maruah saya dijatuhkan berikutan majlis pernikahan pun semakin hampir dan kad undangan juga sudah diedarkan. Jadi, ia mendatangkan masalah cukup besar kepada saya.

“Tidak sepatutnya mereka berbuat seperti ini kerana bukan saya yang meminta penajaan itu. Sebaliknya, mereka yang datang kepada saya. Malah, atas persetujuan lisan dibuat, mereka juga memilih saya sebagai duta untuk program Malaysia Wedding Expo 2012 itu dan akan menaja keseluruhan majlis persandingan.
“Selain itu, mereka juga menjanjikan saya pakej bulan madu ke Bali,” katanya memaklumkan pernah hadir di majlis sidang media diadakan penaja terbabit berhubung pelantikannya sebagai duta dan penganjuran program Malaysia Wedding Expo 2012 di MIECC pada 18 Julai lalu dan artikel mengenainya disiarkan di akhbar New Straits Times pada 27 Julai lalu.

Menurut Qazem lagi, bagi tindakan selanjutnya berupa tuntutan saman kepada pihak berkenaan, dia sudah pun membuat laporan polis di Balai Polis Pudu, pada 14 Oktober lalu. Malah, Qazem juga sudah mengadakan pertemuan dengan pihak Seniman dan sidang media berhubung perkara ini akan dibuat esok di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), jam 3 petang.
Sehubungan itu, Qazem berkata, tarikh majlis persandingannya ditunda awal November nanti. Katanya, tindakan undang-undang diambil sebagai pengajaran kepada pihak penganjur yang tidak bertanggungjawab dan menjadikan selebriti sepertinya mangsa masalah dihadapi.

‘Ustaz’ salah kiblat

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

GOMBAK: Temberang seorang lelaki yang pura-pura bersolat bagi mengelak daripada dicekup berkhalwat dalam sebuah bilik di kedai menjual pakaian milik pasangannya di Selayang, dekat sini, kelmarin, tidak berhasil apabila dia tersalah arah kiblat.
Lelaki 46 tahun itu dan pasangannya yang berusia 37 tahun, dicekup suami wanita berkenaan selepas curiga dengan kehadiran lelaki terbabit dalam kedai isterinya yang ketika itu tertutup.
Menurut sumber, sebelum kejadian si suami yang berusia 37 tahun mahu menjemput isterinya keluar makan pada jam 12 tengah hari, namun berasa pelik apabila mendapati kedai isterinya tertutup seolah-olah tidak beroperasi.

“Mengesyaki ada sesuatu tak kena, si suami masuk dalam kedai, tetapi masih tidak menemui isterinya. Dia kemudian ke sebuah bilik di bahagian belakang dan menemui kasut isterinya diletakkan di tepi pintu.
“Lelaki itu memanggil isterinya dan mengajaknya keluar makan tengah hari, namun wanita itu enggan, malah memberitahu dia akan pergi sendirian kerana ada urusan perlu diselesaikan,” katanya.

Mati kempunan

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my

KUANTAN: “Aji sudah tembak adik saya.” Itu antara laungan seorang abang apabila melihat adiknya tersembam di atas tanah selepas ditembak majikannya yang menyangka mangsa adalah beruk yang memanjat pokok mangga di Kampung Paya Bungor, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 1.40 tengah hari itu, mangsa, Kanisus Leu, 39, yang berasal dari Kepulauan Lembata, Indonesia, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahu dan kening selepas terkena satu das tembakan peluru penabur yang dilepaskan pemilik kebun berkenaan.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang baru beberapa bulan bekerja di kebun berkenaan, memanjat pokok mangga kerana teringin memakan buahnya.

Bagaimanapun, satu buah yang dipetik itu terjatuh di atas atap zink rumah majikannya menyebabkan warga emas berusia 71 tahun yang digelar ‘Pak Haji’ dan sedang berehat di dalam rumah, terperanjat sebelum bergegas mengambil selaras senapang patah milik anaknya. Tanpa memeriksa, warga emas itu melepaskan satu das tembakan yang tepat mengenai bahu dan kening kanan sebelum mangsa terjatuh dari pokok mangga itu.

Umpan bakso cabul budak



SUBANG JAYA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang mahu membeli makanan kegemarannya terpaksa menghadapi detik hitam dalam hidupnya apabila dicabul warga asing menjual makanan itu di rumah lelaki terbabit di Batu 13, di Bukit Puchong di sini, Khamis lalu.
Lelaki berusia 43 tahun itu dikatakan mengumpan kanak-kanak berkenaan menggunakan bakso yang dijualnya dan membawa budak itu pulang ke rumahnya untuk dicabul.

Menurut sumber, dalam kejadian jam 3.30 petang itu, kanak-kanak itu ke gerai menjual bakso di depan rumah seorang diri.
“Ketika di rumah selepas kejadian itu, dia memberitahu ibunya mengenai suspek, seorang warga asing, mengajaknya makan bakso di rumah.

“Mangsa turut menceritakan perbuatan suspek ‘mengusik’ kemaluannya beberapa kali sehingga sakit sebelum menyerahkan bakso dibelinya untuk dibawa pulang,” katanya.

Terkejut mendengar cerita anaknya, ibu mangsa membawa anaknya membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Puchong.Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua yang mengesahkan kejadian, berkata hasil maklumat ibu mangsa, polis ke rumah suspek dan menahannya sehari selepas laporan dibuat.

Main wayang

Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my

SHAH ALAM: Seorang suami yang berdrama sedih berikutan kematian isterinya serta mahu berita kematian itu tidak dihebahkan, ditahan polis selepas bedah siasat mayat wanita itu mendapati lehernya mempunyai kesan lebam.
Lelaki berusia 36 tahun itu bergegas menghantar isterinya ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk rawatan lanjut selepas mangsa tidak sedarkan diri di rumah mereka kira-kira jam 1 tengah hari, Sabtu lalu.

Namun, sebaik tiba di HSB, pihak hospital mengesahkan wanita berusia 39 tahun itu sudah meninggal dunia dan meminta suspek membuat laporan polis sebelum proses bedah siasat dijalankan.

Berdasarkan keputusan bedah siasat yang dijalankan, pihak hospital mengesan kesan lebam pada leher wanita yang juga seorang Eksekutif Teknologi Maklumat di sebuah syarikat swasta itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, keputusan bedah siasat bercanggah dengan laporan polis yang dibuat suspek yang mendakwa isterinya tidak sedarkan diri akibat jatuh dalam tandas di rumah mereka di Taman Bukit Subang, di sini.

Jururawat pelatih nyaris buta



STOKE: Seorang jururawat pelatih cedera dimuka selepas dilibas dengan pisau oleh seorang penceroboh di kediamannya.
Gemma Ball, 20, terpaksa menjalani jahitan dalaman selepas terkena pisau lelaki itu yang ditemuinya di belakang taman rumahnya di Stoke-on-Trent, Staffs.

Pelatih itu ketakutan selepas penceroboh bertutup kepala itu menendang anjingnya sebelum melibas pisau itu pada mukanya, kira-kira tiga sentimeter dari matanya dalam kejadian yang berlaku siang hari itu.

Gemma berkata: “Ibu dan bapa saya keluar kerja awal dan saya masih tidur apabila dikejutkan oleh bunyi salakan anjing. “Saya bawa anjing peliharaan saya, Rosie dan Bella, keluar dan mereka terus berlari ke hujung taman.

“Saya mengekori mereka dan ternampak lelaki itu. Saya tergamam dan menjerit ke arahnya supaya keluar.

“Bella meluru ke arahnya sambil menyalak. Tetapi lelaki itu menendang anjing saya, menyebabkan dia tercampak ke tembok.

“Saya sangka dia mahu menikam Bella, menyebabkan saya memeluk anjing itu.

Kemudian saya menyedari dia berlumuran darah.“Hanya selepas berlari melintas sebuah cermin baru saya tahu darah itu datang daripada saya.” DM

No comments:

Post a Comment