Monday, December 20, 2010

BILA KITA JAUH DARI ALLAH..TIDAK BERTAQWA PADA ALLAH....SUKA MEMBUAT PERKARA2 KHURAFAT SERTA PEKERJAAN2 SYIRIK DAN MAKSIAT...

Wanita maut terjun dari tingkat 10



KUALA LUMPUR : Gara-gara mengalami tekanan perasaan, seorang wanita bertindak nekad terjun dari tingkat 10 sebuah pusat beli-belah di Jalan Raja Chulan, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa, Kong Poh Lee, 23, dari Johor, mati di tempat kejadian akibat parah kepala dan badan.

Mangsa sebelum itu dilihat duduk berseorangan di atas bumbung oleh seorang pengawal keselamatan kompleks beli-belah berkenaan. Mangsa sempat meluahkan perasaan sedih kepada pengawal keselamatan terbabit, namun tidak menghuraikan masalahnya.
Pengawal keselamatan yang cemas dengan keadaan itu terus menghubungi bomba dan pada masa sama cuba memujuk mangsa.

Namun, mangsa terjun sebelum sempat sempat bomba sampai ke tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.



Sebutan semula keluar Islam 14 Februari



KUALA TERENGGANU: Permohonan dua individu untuk meninggalkan agama Islam di negeri ini sekali lagi ditangguhkan semalam, apabila Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu menetapkan 14 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes mereka.
Kedua-dua lelaki mualaf memohon untuk keluar daripada Islam itu, Mohammad Rajiman Chin, 48, dan Mohd Ramzan Manjarasan, 38, namun kegagalan mereka mengemukakan dokumen lengkap berkaitan permohonan menyebabkan kes perlu disebut semula.

Hakim Syarie, Rosdi Harun menetapkan tarikh sebutan permohonan kedua-dua pemohon dijalankan pada hari yang sama.
Ketika sebutan kes yang berjalan selama 10 minit semalam, kedua-dua pemohon gagal mengemukakan dokumen afidavit secara lengkap serta alasan kukuh sebagai keterangan untuk keluar daripada Islam.

Rusdi berharap agar tempoh panjang yang diberikan itu �digunakan sebaik-baiknya kedua-dua pihak untuk membuat persediaan memandangkan kes yang akan didengar itu serius dan tidak boleh dipandang ringan.

“Permohonan yang dikemuka hari ini, (semalam) membabitkan maruah agama dan ia berkait rapat dengan akidah, ia sesuatu yang serius serta tidak boleh dipandang ringan


“Permohonan yang dikemukakan hari ini perlu disertakan dengan alasan yang kukuh dan jelas untuk keluar agama Islam serta dua agensi yang menjaga kepentingan orang Islam di Terengganu perlu bersedia dengan dokumen lengkap untuk berhadapan dengan tuntutan itu,” katanya



Rawatan buang sel kulit mati hari ini



JOHOR BAHRU: Nur Ain Ashikin Jemedi, 17, mangsa yang ditikam 19 kali dan disimbah asid di rumahnya di Kampung Sungai Redan, Ulu Tiram di sini, pagi Khamis lalu, akan menjalani rawatan membuang sel kulit mati hari ini berikutan 70 peratus badan termasuk mukanya melecur teruk.
Ketua Pergerakan Wanita Umno Johor, Senator Datuk Sharifah Azizah Syed Zin berkata, keadaan mangsa semakin stabil tetapi masih memerlukan rawatan susulan.

“Nur Ain sudah sedar daripada koma dan boleh membuka mata, malah ketika menegurnya, dia memberi maklum balas positif serta faham apa yang berlaku terhadapnya.
“Ini perkembangan positif dan saya berharap dia segera sembuh,” katanya selepas melawat mangsa di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI), semalam.

Menurut Sharifah, pihaknya sedia membantu Nur Ain apabila sembuh kelak seperti memberikan kaunseling dan yang berkaitan sebagai persediaan untuknya meneruskan kehidupan.



Anak artis bertunang muda

Oleh Muhd Izawan Baharin dan Yusmizal Dolah Aling
am@hmetro.com.my

SUNGAI BULOH: Meskipun bapanya dikecam banyak pihak kerana menjalinkan percintaan dengan dramatis, Norwati Sadali atau Watie sehingga didakwa menjadi sebab perceraian perkahwinan kedua, anak hasil perkahwinan pertama penyanyi dan pelakon, Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud merestui hubungan itu.
Anak sulung Joey, Syazwani Hanaziah, 15, berkata asalkan bapanya masih menjalankan tanggungjawab serta menyayangi dia dan adiknya, apa saja cakap-cakap orang mereka tidak peduli.

“Selepas berita mengenai perpisahan (perkahwinan kedua) disiarkan media, pelbagai cerita timbul tetapi bagi saya, hubungan dengan bapa selepas itu bertambah baik berbanding sebelumnya.
“Saya sebagai anak hanya mampu mendoakan yang terbaik buatnya dan saya harap dia menjalankan tanggungjawab terhadap kami walaupun sudah ada kehidupan baru,” katanya yang ditemui selepas mengikat tali pertunangan dengan Muhammad Amirul Abd Rahim, 18, semalam.

Menurutnya, hubungan dia dan dan adiknya dengan Watie juga baik malah bapanya juga semakin rapat.

“Kami tidak kisah hubungannya dengan Watie, dia tetap bapa kami dan kami menyayanginya sebagai seorang bapa,” katanya


Joey, 37, tidak hadir ke majlis pertunangan itu kerana sibuk menjalani penggambaran.
Kisah percintaan Joey dengan Watie hangat apabila isteri keduanya, Noraini Nasir, 44, mendakwa dramatis itu menjadi punca keruntuhan rumah tangga mereka.
Joey sebelum ini turut dilaporkan menafikan Watie menjadi punca keruntuhan rumah tangganya dan meminta pelakon itu tidak dikaitkan dengan masalah itu.

Kes perceraian Joey dengan Noraini kini dalam perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Kajang.

Syazwani berkata, bapanya turut memberi restu kepadanya untuk berkahwin pada usia muda.

“Mengikut perancangan, perkahwinan akan dilangsungkan dalam tempoh dua tahun lagi. Bapa ada menghubungi saya dan memberitahu asalkan pertunangan ini baik untuk saya, dia merestuinya,” katanya.

Sementara itu, bekas isteri Joey, Shawalni Hanaziah, 35, berkata dia juga tidak ambil kisah dengan cakap-cakap orang terhadap bekas suaminya itu.

“Hubungan saya dengan bekas mentua juga masih baik sehingga sekarang. Pada saya jika dia menjalankan tanggungjawab sebagai bapa yang baik kepada dua anak kami itu sudah cukup,” katanya.


Keluarga senyap



JOHOR BAHRU: Keluarga remaja perempuan berusia 17 tahun masih membisu siapa bertanggungjawab terhadap kehamilan anaknya yang masih berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas ditikam 19 kali dan disimbah asid oleh seorang lelaki dikenali, kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin berkata, hingga kini pihaknya juga masih tidak menerima sebarang maklumat mengenai pasangan mangsa terbabit.

Bagaimanapun, katanya, sekiranya terdapat keperluan, ia menjadi tugas pihak hospital bagi menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Menurutnya, pihaknya juga tidak menerima sebarang maklumat mendakwa suspek berusia 44 tahun ditahan kelmarin mempunyai sebarang kaitan dengan kandungan enam bulan mangsa yang disahkan meninggal dunia selepas remaja perempuan itu dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

"Mengenai soal sama ada suspek bertanggungjawab ke atas kehamilan mangsa, hanya dapat diketahui sekiranya ada ujian DNA dilakukan terhadap janin itu kerana hingga kini keluarga tidak memberi maklumat.

"Malah polis masih meneruskan siasatan berkaitan kematian kandungan mangsa itu," katanya yang enggan mengulas sama ada mangsa sudah berkahwin.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Semalam, Harian Metro melaporkan kisah malang seorang bakal ibu berusia 17 tahun yang hamil terpaksa bertarung dengan maut di ICU akibat ditikam 19 kali serta disimbah asid oleh seorang lelaki dikenali di rumahnya di Kampung Baru Sungai redan, Ulu Tiram, di sini, pagi kelmarin.


Penuntut kolej gantung diri

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
iskandar@hmetro.com.my

SEREMBAN: Seorang ibu tersentak apabila menemui mayat anak perempuannya yang juga penuntut kolej swasta dalam keadaan tergantung di kediaman mereka di Taman Permai, di sini, malam kelmarin.
Difahamkan, mangsa dikenali sebagai M Himala, 20, dijumpai di sebuah bilik oleh wanita berusia 40-an berkenaan yang baru pulang daripada bekerja, kira-kira jam 8.30 malam.

Jurucakap polis berkata, gadis itu dipercayai tinggal di rumah berkenaan bersendirian berikutan ibunya pergi bekerja manakala seorang adiknya turut keluar.
“Ibu mangsa yang tiba di rumah mula mengesyaki sesuatu apabila tiada sahutan diberi selepas beberapa kali mengetuk pintu bilik anaknya.

“Sejurus membuka pintu bilik itu, dia terkejut apabila mendapati mangsa tergantung dalam keadaan tidak bernyawa,’’ katanya, semalam.

Beliau berkata, pihaknya mendapati mangsa menggantung diri dengan sehelai kain yang diikat pada siling bilik terbabit.

“Siasatan awal tidak menolak kemungkinan mangsa dipercayai meninggal dunia beberapa jam sebelum ditemui ahli keluarga,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin yang mengesahkan perkara berkenaan berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.



Waris saka keluarga



KUALA LUMPUR: Nafsu buas Ramli, 26, yang hanya ghairah bersama isteri dengan perlakuan seks ganas dan pelik boleh dianggap sebagai satu penyeksaan terhadap pasangannya.
Menurut Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah, Ustaz Mohd Suhaimi Rozali, apa yang dilakukan Ramli terhadap isterinya itu tidak mustahil disebabkan keturunan atau saka yang diwarisi daripada keluarga.

Suhami berkata, jika suami berkelakuan demikian ia boleh dikategorikan sebagai sakit jiwa dan wajar mendapatkan rawatan bagi mengubah sikap buas lelaki berkenaan ketika melakukan hubungan seks. “Ia boleh dianggap melayan isteri seperti binatang, dan perbuatan begini ditegah sama sekali dalam Islam kerana membuatkan pasangan mereka terseksa.
“Dalam hal begini jiwa mereka perlu dirawat, supaya mereka (suami) boleh bersikap waras untuk memberi layanan yang wajar kepada isteri mereka, selain ingin mendapatkan keghairahan semata-mata,” katanya.

Daripada pengalaman Suhaimi, punca suami yang gemar melakukan seks ganas begini boleh dikategorikan kepada tiga iaitu disebabkan nafsu semata-mata, jiwa mereka dan gangguan daripada sihir atau saka. Katanya, apa yang menjadi masalah jika ia membabitkan dorongan nafsu kerana tiada ubat dapat merawatnya melainkan lelaki itu sendiri mahu berubah.

“Masalah ini menjadi sukar memandangkan ia akan membuat lelaki berkenaan ketagih, malah jika dibiarkan mungkin mereka akan bertindak lebih ganas daripada sebelumnya. “Ada kala juga suami tidak sedar apa yang dia lakukan itu sebenarnya satu penyeksaan buat pasangan mereka, dalam hal ini isteri tadi boleh mengambil tindakan kerana mereka berhak,” katanya.

Bagi Suhaimi, cara terbaik menangani masalah ini, selain mendapatkan rawatan secara Islam, pegangan agama dan iman juga perlu dikukuhkan. “Cari panduan agama untuk mendapat manfaat dan berkat daripada hubungan suami isteri, bukannya didorong dengan keghairahan serta nafsu.

“Ini tidak, ada yang sanggup menggunakan sihir dan ubat-ubatan untuk melakukan hubungan kelamin bersama isteri, kononnya untuk dapat bertahan lama dan mendapat kepuasan. Itu cara yang tidak betul,” katanya




Gangguan mental



KUALA LUMPUR: Suami berselera pelik dan hanya ghairah melihat isteri menderita kesakitan ketika bersama adalah satu penyakit mental yang berbahaya dan sewajarnya memerlukan rawatan.
Presiden Persatuan Psikiatri dan Mental Asean, Prof Dr Mohamad Hussain Habil berkata, dalam terma dan ungkapan moden ia boleh dipanggil sebagai penyakit sadistik, atau sadomasochism yang merujuk kepada gangguan psikologi dan mental terhadap perhubungan seks ganas.

“Penyakit ini boleh saja berlaku sama ada untuk lelaki mahupun perempuan, mereka gemar memukul, merantai dan mencederakan pasangan mereka untuk menikmati kepuasan (seks). “Mereka perlu dirawat dan jalan terbaik adalah mendapat khidmat kaunseling dan psikoterapi. Namun bukan mudah merawat penyakit yang membabitkan mental dan emosi ini, tetapi rawatan mesti dilakukan juga,” katanya.
Menurut Hussain, individu yang menderita akibat perlakuan sadomasochism ini sebenarnya adalah satu perbuatan penderaan terhadap pasangan mereka.

Katanya, mana-mana individu yang terseksa akibat perlakuan seks ganas ini berhak mendapatkan pengadilan dan melaporkan kepada pihak berkuasa.

“Sadomasochism akan menjadi satu kesalahan jika pelaku melampaui batas hingga mencederakan pasangan mereka. Dengan itu, individu yang menderita akibat perlakuan seks begini boleh membuat pendakwaan



“Bagaimanapun, jika masih boleh dirawat, maka rawatan lanjut perlulah dilakukan. Ini kerana kadangkala pelaku itu sendiri tidak menyedari tindakan mereka itu adalah salah,” katanya.

Hussain menjelaskan, ada banyak faktor yang menyebabkan individu boleh mengalami sadomasochism, sama ada faktor pengalaman silam seperti penderaan ataupun pengaruh media dan bahan lucah seperti paparan video.
“Terapi mental adalah langkah terbaik, sama ada kaunseling dan psikoterapi untuk memulihkan mental mereka,” katanya.

Menyingkap pengalamannya berhadapan kes begini, Hussain berkata pada awal 1980-an ramai isteri mengalami masalah ini tetapi tidak berani tampil mengemukakan masalah mereka kerana malu.

“Kes yang saya temui kebanyakan secara kebetulan apabila merawat pesakit yang terdapat kesan lebam pada bahagian tertentu. Saya dapati, ramai di kalangan wanita tidak menyedari mereka sebenarnya didera secara fizikal dan mental.

“Kini, ramai yang berani tampil untuk menyatakan masalah mereka ini dan ia cukup baik. Wanita juga perlu sedar gangguan sadomasochism yang dialami adalah satu kesalahan serius yang membabitkan mental,” katanya

No comments:

Post a Comment