Monday, December 20, 2010

SEX@ZINA...BUNUH...CURI..KEMALANGAN ..BUANG ANAK...AHLONG DLL...TELAH MENJADI CERITA LUMRAH....SUDAH JADI BIASA....NILAH KESAN MENAFIKAN HUKUM ALLAH...WALAUPUN KITA MENGATAKAN KITA MUKMIN DAN PERCAYA KESEMPURNAAN ALLAH...DALAM MASA YANG SAMA KITA INGKAR PERINTAH2 ALLAH...

TERKINI


CCTV lokasi pembunuhan warga emas diteliti

20/12/2010 5:32pm

GEORGETOWN - Polis sedang meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di Jalan Gat Lebuh Gereja bagi mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian bunuh seorang warga emas semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, polis telahpun mendapat salinan rakaman itu bagi melihat bagaimana kes pembunuhan itu berlaku.
"Berdasarkan keterangan beberapa saksi, ada seorang lelaki berbadan besar dan berpakaian t-shirt hitam dilihat keluar dari kereta mangsa dan mencampakkan sesuatu ke dalam longkang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Moey Guan Chin, 89, ditemui mati dalam sebuah kereta di tepi jalan Gat Lebuh Gereja dengan kesan kelar pada bahagian lehernya.
Kong Meng berkata, polis menemui sebilah pisau sepanjang 10 sentimeter dalam longkang berkenaan. - Bernama


TERKINI


Polis tahan 12 lelaki disyaki ah long

20/12/2010 8:53pm

KUCHING – Polis menahan 12 lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan ceti haram, atau ”ah long” dan merampas kira-kira 250 keping kad ATM daripada mereka, di sini hari ini.
Menurut sumber, semua lelaki yang berumur antara 18 dan 36 tahun itu ditahan dalam dua serbuan di sini selepas polis mendapat maklumat daripada orang awam.
Dalam serbuan pertama, polis merampas 102 keping kad ATM selepas menahan lima lelaki di sebuah bank di Jalan Satok di sini pada pukul 5 pagi, dan kira-kira satu setengah jam kemudian, polis polis menahan tujuh lagi lelaki dan merampas 146 keping kad ATM di sekitar tempat yang sama.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mun Kock Keong ketika dihubungi mengesahkan kes itu dan berkata, polis sedang menyiasat sekiranya semua kad ATM yang dirampas adalah kad palsu atau tulen. – Bernama



Rodok leher pengawal

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Muhammad Apendy Issahak
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang pengawal keselamatan menahan seorang pencuri licik di sebuah pasar raya di ibu kota berakhir tragedi apabila lehernya dirodok dengan gunting hingga memancut darah.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam kelmarin, suspek yang mencuri tiga kuali masakan di sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, di sini, menikam pengawal keselamatan terbabit lebih lima kali di lehernya dan beberapa anggota badan. Menurut sumber polis, suspek seorang lelaki berusia lewat 20-an ditahan pengawal keselamatan warga Nepal itu kerana mencurigakan.

“Suspek dibawa ke sebuah bilik untuk pemeriksaan dan pengawal terbabit ditugaskan menjaganya sebelum pegawai atasan tiba untuk melakukan pemeriksaan.
“Suspek mengeluarkan gunting dan menyerang mangsa. Mereka bergelut beberapa minit dan suspek menikam mangsa beberapa kali hingga cedera di leher, belakang kepala dan tangan,” katanya.

Sumber berkata, pengawal keselamatan terbabit diselamatkan rakan sekerjanya yang berada di luar bilik berkenaan dan suspek ditangkap sebelum dikawal lebih rapi sehingga polis tiba.

“Mangsa dihantar ke klinik berdekatan sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) “Pemeriksaan lanjut ke atas suspek menemui tiga kuali yang dipercayai dicuri dengan menyembunyikannya dalam sebuah beg,” katanya.

Menurutnya, rakan setugas mangsa membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi berhubung serangan itu dan suspek diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, suspek bekerja sebagai penghantar surat dan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau termasuk mencuri serta dadah.




Tubuh akta kawal sihir

KUALA LUMPUR: Penggunaan sihir atau ilmu hitam yang berleluasa di negara ini sewajarnya mendorong pihak berkuasa mengkaji keperluan penubuhan akta baru yang bertujuan mengawal perbuatan itu bagi memberi pembelaan sewajarnya kepada mangsa.
Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod, berkata bagaimanapun sejauh mana keberkesanan dan kesan daripada akta itu perlu diteliti secara mendalam supaya tidak ada pihak teraniaya. “Menggubal akta tidak susah, tetapi sejauh mana keberkesanan dan kesan akta itu perlu diteliti supaya tidak ada pihak teraniaya selepas hukuman dijatuhkan berikutan bukti dikemukakan di mahkamah tidak memihak si mangsa.

“Dalam semua peruntukan akta jenayah termasuk undang-undang Islam, pertuduhan ke atas tertuduh perlu berasas dan dibuktikan melalui perbuatan seperti peralatan dan barangan yang digunakan untuk menghantar sihir terbabit,” katanya ketika dihubungi.



Siti Mazni dikelar di leher, ditikam 3 kali



BATU PAHAT: Mangsa pembunuhan kejam di Kampung Parit Ju Darat, Tongkang Pechah, di sini, Siti Mazni Abdul Rahman, 14, Jumaat lalu, dikelar di leher dan ditikam tiga kali di bahagian depan badan.
Pendedahan itu dibuat bapa Siti, Abdul Rahman Hassan, 40, kepada Pengerusi Jawatan kuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Keluarga Johor, Dr Robiah Kosai yang melawat rumahnya semalam.

“Hasil bedah siasat mendapati kesan kelar di leher selain tiga luka dipercayai kesan tikaman di depan badannya.
“Bagaimanapun, saya tidak tahu maklumat lanjut kerana sibuk menguruskan jenazah untuk dibawa pulang dan dikebumikan,” katanya.

Siti yang juga pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Putra dilaporkan hilang selepas bertemu rakan, Rabu lalu. Mayatnya ditemui tertiarap dan berlumuran darah serta disembunyikan di bawah himpunan pelepah sawit di kebun kelapa sawit kira-kira 100 meter dari rumahnya.

Kakak angkat arwah, Haizatul Farhalena M Azman, 16, berkata dia terkejut kerana petang Rabu lalu, sebelum kejadian, dia terserempak mangsa di kawasan berhampiran.


“Bagaimanapun, kami hanya berbalas senyuman, ketika itu Siti memakai baju-T merah jambu, pakaian sama ketika mayatnya ditemui polis.

“Saya tidak sangka kejadian tragis ini akan berlaku. Sepanjang perkenalan, dia periang serta sentiasa tersenyum,” katanya.
Rakan arwah, Haizatul Alia Selamat, 14, berkata, dia pada mulanya tidak percaya apabila dimaklumkan berkaitan kematian Siti.

“Di kalangan rakan, kami tahu arwah dan seorang daripada suspek berkawan rapat, namun kami dapati sejak kebelakangan ini persahabatan mereka sedikit renggang,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Adnan Azizon ketika dihubungi berkata, pihaknya menyiasat kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan akan menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa raya tidak lama lagi.

“Kami menganggap kes selesai dengan penahanan dua suspek Jumaat lalu serta penemuan mayat, bagaimanapun, kami belum memastikan punca kematian kerana masih menunggu laporan bedah siasat,” katanya.



Bapa mahu hukuman pesalah juvana dipinda



BATU PAHAT: Bapa mangsa pembunuhan kejam, Siti Mazni, 14, yang ditemui di kebun kelapa sawit di Kampung Parit Ju Darat, Tongkang Pechah, di sini, Jumaat lalu, meminta kerajaan meminda hukuman pesalah juvana bagi mengelak kejadian sama berulang.
Abdul Rahman Hassan, 40, berkata remaja berusia bawah 18 tahun ketika ini dilindungi Akta Kanak-Kanak menyebabkan pesalah juvana dikecualikan daripada hukuman berat seperti gantung sampai mati.

“Bagaimanapun, jika pesalah juvana terus dikecualikan hukuman berat terutama apabila melakukan kesalahan serius seperti membunuh dan merogol, tidak wajar pengecualian itu diberikan kepada mereka,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Mengulas pembunuhan itu, Abdul Rahman berkata, dia reda dengan pemergian anaknya, tetapi masih sukar menerima cara kematian Siti.

“Saya minta pelakunya dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan supaya kejadian sama tidak berulang.

“Sebelum ini, hanya mereka berusia di atas 18 tahun dikenakan hukuman berat menyebabkan ada remaja jadi tidak bertanggungjawab kerana sedar hukuman tidak setimpal.


“Ketika ini, remaja bawah 18 tahun jika masuk ke rumah dan bunuh orang, semuanya berfikir akan dihantar ke sekolah pemulihan akhlak, tetapi jika mereka dijatuhkan hukuman berat, mereka akan takut melakukan jenayah,” katanya.

Abdul Rahman yang terlalu sedih menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
“Memang benar remaja belum matang membuat keputusan, tetapi kesalahan serius seperti merogol dan membunuh, takkan tidak boleh berfikir kerana bukan mudah melakukannya,” katanya.




‘Kami tak tahu Ain hamil’

Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: “Kami sekeluarga langsung tidak tahu Ain hamil dan terkejut apabila dimaklumkan doktor bahawa kandungannya yang berusia enam bulan, mati kerana kecederaan dialami akibat ditikam.
“Kami juga sudah menguruskan pengebumian janin cukup sifat itu di sebuah tanah perkuburan di bandar raya ini Jumaat lalu,” kata Marlina Jemedi, 30, ketika ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, semalam.

Kakak kepada mangsa tikam dan disimbah asid, Nur Ain Ashikin, 17, itu berkata doktor mengesahkan janin itu meninggal dunia dalam kandungan berikutan kecederaan dialami pada rahim ibunya akibat kesan tikaman. Katanya, sepanjang tempoh berkenaan, Ain tidak pernah memaklumkan bahawa dia hamil malah keluarga juga tidak mengesyaki remaja itu mengandung berikutan dia tidak menunjukkan sebarang tanda seperti wanita berbadan dua yang lain.
“Janin berkenaan dikeluarkan melalui pembedahan pada hari kejadian,” katanya yang enggan mengulas apabila ditanya berkaitan kandungan Ain dan menyerahkannya kepada polis untuk melakukan siasatan.

Menurutnya, Ain sudah bertunang dengan seorang lelaki berusia 20-an April lalu dan mereka sekeluarga merestui pilihannya itu.

“Sebelum ini kami hanya menguruskan hal pertunangan tetapi belum berbincang mengenai perkahwinan kerana mahu memberi masa kepada Ain dan tunangnya membiasakan diri,” katanya

Menurut Marlina, sejak dimasukkan ke wad, tunang adiknya itu serta keluarganya sentiasa berada di sisi Ain.

Ditanya keadaan terkini Ain, Marlina berkata, adiknya masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) HSI dan sudah sedarkan diri serta menunjukkan perkembangan positif.
“Paling menggembirakan, Ain bertindak balas apabila ditanya dan menggerakkan tangan serta kaki. Kami bersyukur dengan keadaannya itu.

“Setiap kali memberi salam atau ditanya soalan, dia menganggukkan kepala sebagai tanda untuk berkomunikasi. Ain juga kelihatan seperti ingin mengatakan sesuatu dengan cuba membuka mulut tetapi terbatas berikutan lidahnya turut melecur terkena asid,” katanya.

Mangsa dijangka menjalani pembedahan membuang sel kulit mati di HSI pagi ini (20 Disember 2010) selain pembedahan susulan mengambil kulit gantian di belakang badan.

Bagaimanapun, prosedur menampal kulit gantian itu bergantung kepada keadaan mangsa dan jika tidak mengizinkan, ia akan ditangguh ke tarikh lain.

Dalam kejadian Khamis lalu, Ain cedera parah di badan akibat ditikam 19 kali oleh lelaki berusia 42 tahun yang dikenalinya dalam kejadian di rumah mangsa di Kampung Baru Sungai Redan, Ulu Tiram.

Selepas menikam Ain dalam kejadian jam 9.15 pagi itu, suspek mencurah asid di badan remaja itu sebelum dia menyerah diri ke Balai Polis Ulu Tiram.


Halang tabiat suami pelik

Oleh Faizatul Farlin
farushkhan@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Isteri yang terpaksa berhadapan dengan selera seks suami pelik sehingga mendatangkan kemudaratan, boleh mendapatkan perintah injuksi daripada mahkamah syariah untuk menghalang suami daripada menyetubuhi mereka sehingga dia berubah dan kembali normal.
Peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain (gambar) berkata, isteri yang dianiayai suami masing-masing, mempunyai beberapa pilihan yang boleh dimohon melalui mahkamah syariah sekiranya mereka diperlakukan dengan ganas atau dilayan secara tidak sepatutnya oleh pasangan masing-masing.

Beliau berkata, bagi isteri yang mahukan perceraian, mereka boleh membuat permohonan fasakh kerana perlakuan suami itu jelas menyebabkan kemudaratan kepada tubuh badan mereka.
“Manakala bagi yang masih sayangkan perkahwinannya dan tidak mahu bercerai, ada beberapa pilihan yang boleh diambil seperti mendapatkan perintah injuksi bagi menghalang suami daripada menyetubuhi mereka sehingga suami pulih daripada perlakuan ganasnya.

“Pasangan itu juga boleh memohon untuk mendapatkan khidmat nasihat melalui kaunseling di pejabat agama demi memulihkan kembali hubungan suami isteri,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Zaidi berkata, kes perceraian akibat perlakuan seks ganas suami yang dibawa ke mahkamah syariah memang banyak tetapi ia selalunya hanya terbongkar ketika permohonan bagi kes perceraian dibuat.

Katanya, jika sudah dicerai pula, sikap buruk segelintir suami itu juga sering dibangkitkan isteri ketika hendak membuat permohonan mutaah bagi mendapatkan keadilan.

Harian Metro semalam melaporkan penyeksaan fizikal dan batin yang terpaksa ditanggung seorang isteri yang hanya mahu dikenali sebagai Niza, 26, yang tidak tahan dengan perlakuan seks suaminya seolah-olah beraksi dalam filem lucah ganas mat saleh.
Ada kalanya Niza diikat di katil dan dipukul atau setidak-tidaknya mencubit bahagian tertentu tubuhnya malah pernah juga suaminya itu memasukkan sesuatu pada kemaluannya untuk mendapat rangsangan seks.

Selepas hampir dua tahun diperlakukan begitu dan dikurniakan seorang cahaya mata, Niza akhirnya nekad melarikan diri untuk pulang ke pangkuan keluarganya yang menetap di sekitar Gombak, dekat sini, pada Oktober lalu.

Walaupun kerap menasihati suami supaya tidak melayannya sedemikian rupa, ia tidak pernah bertahan lama sehingga Niza mahu meminta cerai tetapi dinasihatkan keluarga untuk mendapatkan rawatan bagi mengubati suaminya.

Berikutan masih sayangkan isteri, suaminya tidak membantah malah bersedia mendapatkan rawatan bagi menyelamatkan rumah tangga selain membuang tabiat buruknya yang gemar menonton filem lucah ganas dan pelik serta bersikap normal dengan isteri ketika bersama.




Hanya tangan kanan, sebahagian badan ditemui



KOTA SAMARAHAN: Ratapan air mata menyelubungi tebing Sungai Samarahan sebaik dimaklumkan berita penemuan mayat seorang imam dalam keadaan mengerikan apabila mangsa hanya tinggal tangan kanan serta sebahagian anggota badan tanpa kepala selepas dibaham buaya, pagi semalam.
Episod sedih bermula selepas pasukan keselamatan yang mencari dan menyelamat menemui objek tersadai di tebing sungai kira-kira jam 8.45 pagi semalam dan mengesahkan ia mayat mangsa, Sidi Samad, 66, yang dilaporkan hilang selepas turun menjala udang di sungai berkenaan kira-kira jam 6.40 pagi Sabtu lalu.

Bagaimanapun, emosi ahli keluarga mangsa tidak mampu dikawal sebaik jasad arwah Sidi dibawa ke tebing sungai berikutan sebahagian anggota tubuh mangsa termasuk dua kaki serta tangan kirinya putus dan hilang.
Ketika itu, orang ramai mula memasang lensa kamera, namun menantu mangsa, Hamdan Razali merayu supaya gambar mengerikan itu tidak dirakamkan.

“Tolong jangan ambil gambar arwah. Saya bimbang gambar sebahagian anggota badan bapa mentua saya disebarkan mereka tidak bertanggungjawab. Hanya tangan kiri hingga ke pergelangan tangan manakala tangan kanan masih sempurna. Bagaimanapun, sebahagian anggota lain belum ditemui “Anggota badan yang ditemui ‘dihantar’ buaya di seberang sungai itu. Setakat ini, kami berdoa kepada Allah supaya sebahagian lagi anggota badan arwah ditemui pada hari ini (semalam),” katanya.

Menurutnya, dia menaruh harapan tinggi kepada pihak menjalankan operasi mencari saki-baki anggota tubuh mangsa yang hilang bagi membolehkan urusan pengebumian dijalankan dengan sempurna,” katanya.

Sementara itu, Inspektor Pangji Esing yang mengetuai gerakan mencari dan menyelamat mangsa berkata, usaha mencari sebahagian anggota badan mangsa masih terus dijalankan.

“Kami akan teruskan operasi ini hingga menemui semua anggota yang hilang. Jika perlu kami akan membunuh buaya berkenaan untuk mengesahkan anggota yang hilang itu,” katanya.

No comments:

Post a Comment