Monday, December 20, 2010

ELOK JODOH2KAN...BINA MASJID...RAMAIKAN UMAT...KERJA MULIA....BUKAN SAJA JANDA DAN DUDA TAPI BAGI SEMUA YANG BOLEH KAWIN....ELOK USAHA BEGINI....DARIPADA BERKAWAN2...PASTU BERZINA

NEGARA


Program Mencari Jodoh satukan duda, janda


MOHD. SHARIFF dan Maziah pada majlis perkahwinan mereka di Kampung Seri Pauh, Panji, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Seorang duda dan janda akhirnya bersatu melalui ikatan perkahwinan selepas diperkenalkan melalui program Mencari Jodoh anjuran Persatuan Wanita Harapan dan Armalah Kota Bharu.
Penyatuan dua hati itu mencipta sejarah bagi persatuan tersebut kerana pasangan Maziah Abdullah, 47, dan Mohd. Shariff Talib, 53, adalah pasangan pertama bertemu jodoh dalam program yang baru dua bulan dilancarkan.
Pernikahan mereka dilangsungkan di Kampung Seri Pauh, Panji di sini semalam.








Kaki parah digigit beruang


OSMAN menunjukkan kaki kanannya yang menerima jahitan setelah cedera diserang beruang di Jeli kelmarin.


JELI – Seorang penoreh getah tidak dapat melupakan saat nyawa mungkin melayang apabila diserang seekor beruang betina dipercayai bunting ketika dia menyemai anak getah di kebunnya di Kampung Kuala Balah di sini kira-kira pukul 4 petang kelmarin.
Serangan ganas dipercayai beruang jenis Matahari setinggi 2 meter itu yang tiba-tiba muncul dari arah semak berdekatan mengakibatkan kaki kanan Osman Salleh, 35, luka sedalam empat sentimeter dan menerima 11 jahitan.
Dia juga tidak dapat melupakan saat ngerinya terpaksa bertarung menyelamatkan nyawanya setelah dihempap haiwan seberat 50 kilogram itu sedangkan dia hanya bersenjatakan parang tumpul.
“Saya sedang menyemai anak getah, tiba-tiba beruang itu muncul dari kawasan semak dan terus menerkam menyebabkan saya terjatuh dan berlaku pergelutan.
“Selepas beberapa minit bergelut, saya tiba-tiba mendapat semangat untuk melepaskan diri setelah beruang itu menggigit kaki kanan saya.
“Saya terus capai parang di pinggang dan dapat menetak kepala beruang tersebut berkali-kali menyebabkan ia melarikan diri.
“Nasib saya baik kerana beruang itu merasa sakit walaupun tetakan itu tidak mencederakannya sebab parang saya tumpul,” ceritanya ketika ditemui di Hospital Tanah Merah dekat sini semalam.




NEGARA


Budak tujuh tahun takluk Selat Dinding


FIRMAN tiba di Jambatan Raja Permaisuri Bainun ketika merentasi Selat Dinding di Lumut semalam.


LUMUT – Kanak-kanak berusia tujuh tahun, Firman Hassanie Shariati Abdul Halim (gambar) mencipta sejarah baru dalam sukan maraton akuatik di negara ini apabila berjaya menjadi perenang termuda merentasi Selat Dinding di sini kelmarin.
Firman yang juga merupakan adik kepada perenang selat negara, Salman Ali Shariati, 13, dan Zahrah Masoumah, 19, berjaya merentasi selat sejauh 15 kilometer itu dalam masa 10 jam 20 minit kelmarin.
Pada Mac lalu, Salman dan Zahrah telah berjaya berenang sejauh 60 kilometer dari Tanjung Medang, Pulau Rupat di Indonesia ke Pantai Batu Empat, Port Dickson di Negeri Sembilan.








NEGARA


Penyangak Arab muncul semula


dua lelaki Arab dipercayai telah menggunakan pukau sebelum melarikan wang di sebuah kedai menjual telefon bimbit di Setiu kelmarin.


SETIU – Dua lelaki dipercayai dari Arab berjaya melarikan RM1,200 dari sebuah kedai telefon bimbit di Bandar Permaisuri di sini kelmarin selepas berpura-pura mahu mendapatkan wang dengan nombor siri bermula huruf M.
Pemilik premis tersebut, Mariam Long @ Ismail, 25, berkata, kejadian berlaku pada pukul 4.15 petang kelmarin ketika kedua-dua suspek datang ke kedainya dan bercakap dalam bahasa Inggeris untuk membeli sekeping kad prabayar bernilai RM10.
Menurutnya, salah seorang lelaki berkenaan mengeluarkan wang tunai not RM100 untuk membayar harga kad itu.
“Sebaik pekerja saya memulangkan baki wang itu sebanyak RM90 iaitu sekeping not RM50 dan empat keping not RM10, lelaki itu minta tukar not RM50 yang nombor sirinya bermula dengan huruf M.
“Perkara itu menyebabkan pekerja saya terpaksa mencari dan mengambil lebih 30 keping wang RM50 yang lain di dalam laci di kedai untuk ditunjukkan kepada suspek bagi memudahkan suspek sendiri mencari siri huruf M pada wang tersebut,” ceritanya ketika ditemui di kedainya di sini semalam





NEGARA


Bot karam, lima nelayan terjun laut

KUALA TERENGGANU - Lima nelayan terpaksa bertarung nyawa apabila bot yang mereka naiki karam ketika menangkap ikan kira-kira lima batu nautika dari Kuala Terengganu dekat sini semalam.
Kejadian berlaku pada pukul 3 petang apabila pukat yang sedang ditunda kumpulan nelayan itu tersangkut pada enjin bot menyebabkan enjin bot itu rosak.
Keadaan bertambah buruk apabila semasa kejadian angin kencang dan ombak tinggi melanda.
Tekong bot itu, Hafizi Hamid, 26, (gambar) berkata, dia dan empat awak-awak iaitu Jaunadi Che Mohd., 50, Azmi Daud, 24, Sukri Sapee, 19, dan Zainuddin Aziz, 34, cuba melepaskan pukat tersebut yang tersangkut pada enjin bot namun, gagal.
"Tiga kali kami cuba menarik pukat itu tetapi makin lama keadaan menjadi lebih teruk.
"Kemudian kami memotong pukat itu tetapi kipas enjin bot pula rosak," ceritanya ketika ditemui dekat sini semalam.
Menurutnya, ombak besar telah masuk ke dalam bot dan menyebabkan bot yang kami naiki tertolak ke arah pantai.
"Namun, kira-kira 300 meter dari pantai berhampiran Pusat Ekuestrian Terengganu, bot tersebut mula tenggelam," katanya lagi.
Melihat keadaan itu, Hafizi berkata, dia mengarahkan kesemua rakannya memakai jaket keselamatan sebelum bertindak terjun dan berenang ke tepi pantai.
"Ombak kuat menyukarkan kami untuk berenang tetapi kira-kira 15 minit kemudian kami berjaya sampai ke pantai," katanya.
Katanya, ini merupakan kejadian kedua melibatkan bot karam yang menimpanya dengan yang pertama berlaku pada awal tahun lalu.
Jelasnya, bot tersebut kemudian dihanyutkan ombak dan tersadai di tepi pantai.
Sementara itu, pemilik bot itu, Abdillah Ismail, 65, berkata, kejadian tersebut menyebabkan dia kerugian kira-kira RM300,000 kerana bot tersebut telah rosak teruk.
"Kejadian ini menyebabkan saya kerugian besar tetapi saya tetap bersyukur sebab semua berjaya menyelamatkan diri," katanya.



NEGARA


Sedia bilik khas pilih VCD lucah


SEORANG anggota polis memeriksa VCD yang dirampas di sebuah kedai di SS 15, Subang Jaya kelmarin.


SUBANG JAYA – Taktik sebuah premis menjual cakera padat video (VCD) di SS 15, Subang Jaya yang mengaut keuntungan dengan menjual bahan lucah tidak bertahan lama apabila diserbu polis petang kelmarin.
Biarpun pernah diserbu polis tahun lalu, pemilik premis tersebut bertindak licik dengan menempatkan sebuah bilik kecil yang terletak di bahagian belakang premis bagi memudahkan pelanggan untuk memilih VCD lucah kegemaran mereka.
Di dalam bilik khas itu, pelanggan kemudian diberi beberapa katalog yang mengandungi tajuk filem lucah untuk dilihat sebelum mereka membuat keputusan membeli.
Ketika serbuan pada pukul 5 petang kelmarin, terdapat empat pelanggan yang berusia lingkungan 20-an berada di dalam bilik khas tersebut.












NEGARA


Syiah bukan ancaman

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyifatkan aktiviti ajaran Syiah yang terdapat di negara ini tidak menimbulkan sebarang ancaman yang membimbangkan kepada keselamatan negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, hasil pemantauan pihaknya mendapati fahaman Syiah yang diamalkan di negara ini tidak mempunyai sebarang unsur militan dan keganasan sehingga boleh mengancam keselamatan.
"Dari segi fahaman, kita minta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan agensi berkaitan untuk memantau tetapi dari segi keselamatan ajaran tersebut ia tidak menimbulkan sebarang ancaman yang membimbangkan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Mesra Rakyat Bandar Ampang di Taman Industri Hata, Pandan Mewah di sini semalam.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat.
Kosmo! pada Khamis lalu melaporkan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berjaya membongkar satu kumpulan ajaran sesat yang dipercayai mengamalkan fahaman Syiah dalam satu serbuan di kawasan rumah kedai di Taman Sri Gombak.
Kumpulan tersebut dikatakan menghalalkan para pengikutnya bernikah secara kontrak, membenarkan sembahyang jamak dilakukan pada bila-bila masa dan percaya bahawa dosa mereka akan terhapus jika sanggup memukul dan mencederakan diri sendiri dengan rantai besi.
Jelas Hishammuddin, kerajaan sentiasa memantau aktiviti serta isu-isu berkaitan dengan keganasan militan dengan bekerjasama rapat dengan negara-negara seperti Arab Saudi, Iran selain Indonesia dan Singapura bagi mendapat sebanyak mungkin maklumat mengenai gerakan-gerakan tersebut.
"Bagi saya tidak kiralah agama Kristian, Buddha atau Islam yang penting ialah keganasan dan militan ini wujud di mana-mana dan terbukti terdapat di mana-mana negara," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya menjangkakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi indeks jenayah jalanan dan jenayah keseluruhan bakal diumumkan pada minggu kedua Januari tahun hadapan.






NEGARA


Penduduk bantah pengambilan tapak surau


PENDUDUK membawa pelbagai sepanduk ketika mengadakan bantahan secara aman
di hadapan Surau Al-Hidayah, Pekan Rawang semalam.


RAWANG – “Jangan cabar akidah dan maruah kami.”
Demikian tegas lebih 1,000 ahli kariah Surau Al-Hidayah, Pekan Rawang dan penduduk ketika mengadakan bantahan secara aman membantah usaha sebuah syarikat swasta didakwa untuk merampas tapak surau mereka secara tidak adil untuk tujuan pembangunan.
Menurut mereka, kesabaran ada hadnya dan akan bangkit menentang sebarang cubaan merampas tapak surau itu secara haram.
Pengerusi Badan Bertindak Surau Al-Hidayah, Bing Selamat Amir (gambar kecil) mendakwa, perubahan status lot surau kepada lapan lot komersial sudah diluluskan kerajaan negeri Selangor melalui anak syarikatnya, SAP Holdings Berhad tahun lalu.
Namun begitu, katanya, apabila surat bantahan dihantar, sehingga kini tiada maklum balas.

No comments:

Post a Comment