Monday, December 20, 2010

DAH BANYAK NEGARA SEKAT LAMAN WEB PORNO....BILA PULA MALAYSIA...MEMANG WAJIB DISEKAT....MANA MUFTI2 DAN ILMUAN2 ISLAM...KENAPA TAK TAMPIL MEMPERJUANGKANNYA....

Jel 56 tahun, denda RM620,000




KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Ketua Pengarah 1 Jabatan Imigresen, Yusof Abu Bakar (gambar) dijatuhi hukuman penjara 56 tahun dan denda RM620,000 selepas didapati bersalah terhadap 14 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM121,500 bagi meluluskan lanjutan pas lawatan warga China dua tahun lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Abu Bakar Katar memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan keterangan pihak pendakwaan bahawa Yusof, 56, bersalah terhadap kesemua pertuduhan itu pada Khamis lalu.
Beliau menjatuhkan hukuman penjara minimum di antara dua tahun dan denda RM10,000 serta maksimum enam tahun dan denda RM92,000 bagi setiap pertuduhan.
Bagaimanapun, Abu Bakar memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dan itu bermakna Yusof hanya perlu menjalani hukuman selama enam tahun bermula daripada tarikh beliau dijatuhi hukum.


NEGARA


Tiga senjata bunuh pelajar ditemui

BATU PAHAT - Siasatan polis mendapati tiga jenis senjata digunakan dalam pembunuhan seorang pelajar perempuan yang mayatnya ditemui di ladang kelapa sawit, di Parit Ju Darat, Tongkang Pechah, di sini, Jumaat lepas.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata senjata berkenaan merupakan sebilah parang, sebilah pisau lipat dan satu buku lima serta dua guni dipercayai digunakan suspek bagi melakukan jenayah tersebut.
"Kesemua barangan itu ditemui dalam serbuan polis terhadap salah seorang daripada tiga suspek yang ditahan Jumaat lepas.
"Polis turut menemui telefon bimbit milik mangsa di dalam rumah salah seorang suspek berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga pelajar perempuan berkenaan di Kampung Parit Ju Darat, di sini semalam.


NEGARA


Penculik baik lepaskan mangsa




KUANTAN - Nasib menyebelahi anak perempuan Ketua Pemuda MCA Kuantan apabila dua lelaki yang 'menculiknya' di Bukit Pelindung di sini petang kelmarin, bertindak melepaskan mangsa kira-kira dua setengah jam kemudian.
Andy Chew Yoke Theng, 46, berkata, peristiwa 'penculikan' anaknya yang berusia lapan tahun itu disedarinya kira-kira pukul 5.30 petang apabila beliau dimaklumkan oleh isterinya.
"Semasa anak saya sedang bermain dengan anak jiran di hadapan rumah kami, tiba-tiba datang dua lelaki menaiki kereta dipercayai berwarna hijau.
"Kedua-dua lelaki itu kemudian menangkap dan melarikan anak kedua saya itu. Isteri kemudian menelefon saya dan beritahu mengenai anak kena culik," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.








NEGARA


Dipenjara ugut bekas isteri

MELAKA – Gara-gara mengeluarkan kata-kata ugutan kepada bekas isteri, seorang kontraktor dijatuhi hukuman penjara lima hari dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Mohd. Fairuz Johari menjatuhkan hukuman itu terhadap Harun Zainal, 37, selepas meneliti semua fakta kes yang dikemukakan Pegawai Pendakwa, Inspektor Rosli Rasi.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menakutkan secara jenayah yang boleh menyebabkan kematian atau cedera parah terhadap Jamilah Nikmat, 43, dengan mengeluarkan perkataan aku mahu bunuh kau pada 2 Julai lalu, pukul 5.30 petang.


DUNIA


Luna Maya tonton video seks di mahkamah


GAMBAR yang disiarkan akhbar KOMPAS.com semalam menunjukkan Luna Maya menangis di pekarangan sebuah mahkamah di Bandung. Gambar kecil Ariel


JAKARTA - Pengacara terkenal, Luna Maya menonton klip video seks yang menunjukkan seorang lelaki mirip penyanyi Ariel melakukan hubungan seks dengan seorang wanita miripnya, lapor akhbar KOMPAS.com semalam.
Luna Maya menonton video seks itu sebanyak tiga kali dalam perbicaraan tertutup melibatkan Ariel yang merupakan kekasihnya di sebuah mahkamah di Bandung.
Dia turut menyatakan bahawa rambut lelaki yang melakukan hubungan seks itu kelihatan mirip Ariel.
Ariel dituduh mengedarkan klip video seks yang menampilkan seorang lelaki miripnya dengan dua wanita iaitu Cut Tari yang merupakan bekas kekasihnya dan Luna Maya yang merupakan kekasihnya.
Pada minggu lalu, Cut Tari yang juga seorang pengacara mengaku di mahkamah sama bahawa wanita dalam salah satu klip video seks itu merupakan dirinya yang sedang melakukan hubungan seks dengan Ariel.
Ariel menafikan dia lelaki dalam video tersebut.
Namun, semasa Luna Maya memberi keterangan semalam, dia menyatakan bentuk tubuh wanita dalam video seks yang didakwa sebagai dirinya itu kelihatan samar-samar.
"Untuk (susuk) wanita (dalam video itu), dia (Luna Maya) menyatakan wanita tersebut kelihatan samar-samar. Untuk lelaki itu, memang ada kemiripan dari rambutnya dengan terdakwa (Ariel)" kata pendakwa raya, Rusmanto selepas perbicaraan itu ditangguhkan.
Menurut Rusmanto, ekoran Luna Maya mengaku wajah wanita tersebut samar-samar, dia diminta supaya melihat klip video seks itu sebanyak tiga kali.
Pendakwa raya itu menyatakan bahawa perbicaraan itu melibatkan keterangan daripada tujuh orang saksi.
Saksi-saksi itu ialah Reza Rizaldy (Redjoy atau RJ), Puri Lasmi, Anggit Gagah Pratama, Luna dan Sarah Amalia.
"Saksi ialah dari ibu pejabat polis," kata Rusmanto.
Luna Maya yang menjadi saksi pertama tidak keberatan apabila diminta menonton klip video seks tersebut menerusi sebuah komputer riba.
Sebelum perbicaraan bermula, Luna Maya tidak berhenti-henti memandang Anggit yang menundukkan wajah untuk mengelakkan dia dirakamkan oleh jurugambar. Anggit menutup wajahnya dengan memakai topi dan memakai cermin mata hitam.
Luna Maya turut kelihatan menangis semasa menunggu perbicaraan bermula.
Bekas pengurus Luna Maya, Puri Lasmi yang juga seorang saksi kes dilihat cuba menenangkan Luna Maya, yang menangis itu.
Ariel yang nama sebenarnya Nazriel Izham, duduk tidak jauh dari Luna Maya hanya terdiam apabila melihatnya menangis.
Penyanyi itu berdepan tuduhan mengedarkan klip video seks yang dikatakan menampilkan lelaki mirip dirinya dan dua orang wanita iaitu Luna Maya dan pengacara Cut Tari. Pendedahan klip video seks itu menggemparkan Indonesia yang mempunyai undang-undang pornografi. - Agensi


DUNIA


Salji ganjil di Australia


GAMBAR yang dirakamkan semalam menunjukkan sebuah kampung diselubungi salji di Mt. Hotham, Australia semalam.


SYDNEY - Salji muncul buat kali pertama di Australia semalam dalam bulan Disember yang pada kebiasaannya mengalami cuaca panas.
Beberapa tempat di negeri-negeri pantai timur seperti New South Wales dan Victoria diselubungi salji yang menyebabkan beberapa resort ski yang sebahagiannya bebas salji dalam bulan ini dipenuhi dengan salji setebal 10 sentimeter.
"Ia putih, semuanya putih," kata Pengurus Besar Hotel Kosciuszko, Michelle Lovius di Charlotte Pass.
Beliau berkata, pada kebiasaannya, jumlah salji itu adalah sesuatu yang luar biasa pada awal Disember.
"Kami berharap ia akan kekal selama lima hari lagi dan kami akan meraikan Krismas dalam suasana bersalji," katanya.
Di negeri Victoria, kawasan Mt. Hotman diselubungi salji setebal 10 sentimeter kelmarin manakala di Mt. Buller salji setebal sehingga lima sentimeter. - AFP



DUNIA


Wanita ketiga dakwa digoda pengasas WikiLeaks


Julian Assange


LONDON - Reputasi pengasas laman web WikiLeaks, Julian Assange semakin tercemar apabila seorang lagi mangsa tampil mendedahkan bahawa dia digoda pada minggu yang sama Assange meniduri dua orang wanita, lapor sebuah akhbar semalam.
Assange didakwa menggoda wanita itu ketika makan bersama dengan beberapa orang wartawan Amerika Syarikat (AS) di sebuah restoran di Stockholm, Sweden.
Pendedahan tersebut menghangatkan skandal pengasas laman WikiLeaks itu.
Insiden itu berlaku hanya dua hari sebelum Assange melakukan hubungan seks dengan seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Miss A dan lima hari sebelum dia melakukan perkara sama ke atas wanita kedua atau Miss W.
"Bukan sahaja merupakan hubungan seks yang paling teruk di dunia, ia juga ganas," dakwa seorang rakan Miss A kepada polis.
Semalam, seorang wartawan AS memberitahu Assange tidak menghiraukan dirinya sebaliknya cuba memikat teman wanitanya.
"Apabila mereka tidak balik selepas keluar menghisap rokok selama 45 minit, saya keluar untuk melihat apa yang berlaku. Mereka berdua berdiri sangat hampir di hujung jalan dan Assange berbisik ke telinganya," jelasnya.
Wartawan itu kemudian melihat Assange berjalan berpegang tangan dengan teman wanitanya.
"Assange dilihat berseronok dengan mengaibkan saya," kata wartawan tersebut yang tidur berseorangan pada malam kejadian.
Assange ditahan di Britain pada 7 Disember lalu oleh pihak berkuasa Britain sebelum dia dibebaskan dengan ikat jamin pada Khamis lalu.
Dia yang kini berada di England akan diekstradisi ke Sweden atas dakwaan mencabul dan merogol dua orang wanita yang dikenali sebagai Miss A dan Miss W di Sweden.
Assange ditangkap selepas laman web WikiLeaks yang diasaskannya itu mendedahkan lebih 250,000 kabel diplomatik Amerika Syarikat yang mengandungi maklumat rahsia.
Maklumat rahsia itu meliputi percakapan beberapa pemimpin dunia selain penilaian yang dibuat oleh diplomat AS mengenai setuasi beberapa buah negara. - Agensi


DUNIA


Laman web porno akan disekat di Britain

LONDON - Golongan dewasa di Britain yang ingin melayari laman web pornografi mungkin perlu memilih sistem pilihan untuk menonton laman berkenaan kerana ia akan di disekat secara automatik di komputer rumah, lapor sebuah akhbar semalam.
Langkah itu dibuat ekoran kerajaan Britain mahu mengubah situasi kini yang memberi kebebasan untuk melayari laman web lucah sehingga ia boleh diakses oleh sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak.
Rancangan tersebut juga memerlukan pengguna untuk meminta penyedia perkhidmatan jalur lebar mengalihkan sekatan itu.
Kerajaan juga berharap dapat memujuk firma-firma Internet agar mengaplikasikan sistem itu secara sukarela. Namun undang-undang mengenainya akan digubal jika ia tidak dilaksanakan.
Rancangan itu yang dicadangkan oleh Jabatan Perniagaan, Inovasi dan Kemahiran itu dibuat ekoran peningkatan penggunaan televisyen untuk melayari Internet. - Agensi


DUNIA


Orang utan diberi layanan kelas pertama


SEEKOR orang utan duduk di kelas pertama sebuah feri dari Sepanyol ke Dorset, Britain baru-baru ini.


LONDON - Seekor orang utan berusia 11 bulan yang diberi nama Silvestre diberi layanan istimewa apabila ia dibenarkan duduk di kelas pertama dalam perjalanan feri dari Sepanyol ke Dorset, lapor sebuah akhbar baru-baru ini.
Haiwan itu dibawa ke Pusat Menyelamat Mawas Dunia dekat Wareham di Dorset dari Zoo Santillana di Sepanyol selepas ibunya meminggirkannya selepas ia dilahirkan.
Perpindahan haiwan itu diiringi oleh beberapa kakitangan zoo tersebut. - Agensi

No comments:

Post a Comment