Wednesday, December 22, 2010

PERKARA JAHAT ATAU BATIL...MENZALIMI ORANG.....INSYAALLAH AKAN BALAS DIDUNIA JUGA...DAN DISAMBUNG DIALHIRAT KELAK...

NEGARA


Pakar IT hina sultan ditahan


TIGA pegawai polis memeriksa barang-barang yang dirampas pada sidang akhbar
di Bukit Aman semalam.


KUALA LUMPUR – Selepas lima bulan pasukan khas polis memburu dalang yang mewujud dan mengendalikan akaun laman sosial Facebook dengan menyiarkan pelbagai komen menghina institusi diraja Johor, suspek yang licik itu akhirnya ditahan di Sentul di sini baru-baru ini.
Lelaki berusia 40 tahun itu dicekup di sebuah rumah sewa di Bandar Baru Sentul pada pagi 29 November lalu.
Suspek yang menggunakan alamat e-mel, pendekar.bentan@gmail.com untuk akaun laman sosial itu telah memaparkan status dan komen-komen yang mempunyai unsur-unsur menghina institusi diraja Johor.
Turut dirampas dalam serbuan itu adalah lima telefon bimbit, gajet pembantu peribadi digital (PDA) pelbagai jenis, empat komputer riba dan perkakas komputer yang digunakan oleh suspek untuk menjalankan aktivitinya.




NEGARA


25 mayat dihantar pulang


KERANDA 25 mayat warga Thailand disusun selepas dibawa keluar dari Rumah Mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh semalam.


IPOH – Suasana pilu menyelubungi Rumah Mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini semasa waris 25 mangsa warga Thailand yang terbunuh dalam nahas melibatkan sebuah bas persiaran di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands melakukan pengecaman mayat semalam.
Mereka yang diterbangkan dengan dua pesawat Hercules C-130 dari Bangkok, Thailand itu tiba pada pukul 11 pagi di pekarangan hospital dengan diiringi oleh Duta Thailand di Malaysia, Thana Duagratana.
Selepas proses pengecaman mayat selesai, kesemua 25 keranda yang mengandungi mayat mangsa nahas disusun di pekarangan Rumah Mayat HRPB bagi menjalani upacara keagamaan Buddha yang diketuai lima sami Tokong Wat Sri Bunyawana di sini.
Semasa upacara itu berlangsung, beberapa waris kelihatan sebak dan meraung meratapi pemergian insan tersayang.
Aummarine Kamolkunpipat yang merupakan suami kepada mangsa, Piyanon Klingchuay, 48, tidak dapat mengawal kesedihan dan memeluk keranda yang menempatkan mayat isterinya sebelum ditenangkan oleh seorang wakil Kedutaan Thailand.




NEGARA


Penduduk Malaysia kini berjumlah 27.6 juta orang


NOR MOHAMED (tengah) menunjukkan buku laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 sambil disaksikan Wan Ramlah (kanan) dan Ismail di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Malaysia kini mempunyai 27,565,821 penduduk dengan lelaki melebihi wanita pada nisbah 105:100.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, statistik itu berdasarkan laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.
Katanya, penduduk lelaki kini adalah 14,112,667 orang dan wanita 13,453,154 orang.
"Purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000 hingga 2010 ialah 2.17 peratus, menurun berbanding 2.60 peratus dari 1991 hingga 2000," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengumumkan laporan itu pada sidang akhbar di sini semalam.
Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan, Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof dan Timbalan Ketua Perangkawan (Program Sosial/Demografi), Ismail Yusoff.




NEGARA


Telefon selular tak sebabkan risiko barah otak


TIADA bukti menunjukkan penggunaan telefon selular menyebabkan barah otak. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Frekuensi elektromagnet telefon selular terbukti selamat dan tidak boleh mengakibatkan barah otak, berlainan dengan pendedahan kepada radiasi mengion seperti radiasi nuklear.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Joseph Salang berkata, maklumat itu diperoleh berdasarkan kepada kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tahun ini yang memutuskan bahawa tiada kaitan antara risiko barah otak dan penggunaan telefon bimbit.
"Frekuensi elektromagnet telefon selular ini adalah tergolong dalam radiasi tidak mengion atau non ionized radiation iaitu ia tidak mempunyai cukup tenaga untuk menukar molekul-molekul di badan kita," katanya di Dewan Negara semalam bagi menjawab satu soalan Senator Mohd. Khalid Ahmad.



NEGARA


Lebih sejuta dapat rebat bil TNB

KUALA LUMPUR - Seramai 1,068,000 pengguna domestik akan mendapat manfaat rebat bil elektrik dengan anggaran kos berjumlah RM138.48 juta tahun depan.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon berkata, langkah itu diharap dapat membantu golongan berpendapatan rendah dan mengurangkan perbelanjaan bulanan mereka, katanya semasa menjawab soalan Senator Datuk Fatimah Hamat di Dewan Negara di sini semalam.
Bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, Noriah berkata, kerajaan membelanjakan RM116.24 juta bagi menampung rebat kepada pengguna.
Rebat tersebut hanya akan diberi kepada pengguna yang bil elektrik kurang daripada RM20 sebulan.
Sementara itu, jurucakap Bahagian Perhubungan Media TNB pula berkata, berdasarkan kadar rebat itu, pengguna domestik TNB tidak perlu menjelaskan bil elektrik berjumlah RM20 dan ke bawah.
Bagaimanapun, pengguna yang menerima bil elektrik RM20 ke atas tidak layak untuk menerima rebat dan perlu menjelaskan kesemua caj yang ditetapkan.
Menurutnya, pemberian rebat itu bermula sejak 1 Oktober 2008 dan peringkat awal itu melibatkan 1.1 juta pengguna.




NEGARA


Dua premis Pathmanabhan disita


PEJABAT Pathmanabhan yang disita oleh pihak polis bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram.


KUALA LUMPUR - Polis menyita sebuah rumah teres dua tingkat dan bangunan pejabat milik bekas peguam, N. Pathmanabhan yang sebelum ini dituduh membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.
Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman semalam, tindakan menyita kedua-dua premis di Banting, Selangor itu dibuat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.
Timbalan Pendakwa Raya telah memutuskan untuk menyita premis tersebut yang berkuat kuasa pada 16 Disember lepas.
Jelas kenyataan itu lagi, tindakan itu dibuat mengikut Seksyen 51(1) Akta Anti Pengubahan Wang Haram dan Anti Pembiayaan Keganasan 2001.
"Ekoran itu pemiliknya, Pathmanabhan, 41, keluarga terdekat, pekerja atau mana-mana individu ditegah daripada menjalankan sebarang bentuk urus niaga dalam apa jua keadaan di dua premis tersebut," katanya.










NEGARA


Konstabel bebas tuduhan cabul inspektor wanita


YUSRI keluar dari Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam selepas dibebaskan daripada tuduhan cuba mencabul rakan sekerja berpangkat inspektor.


PETALING JAYA - Seorang konstabel polis dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini daripada tuduhan cubaan mencabul seorang inspektor wanita yang juga rakan setugasnya pada tahun lalu.
Majistret Aishah Hijriah Arshad membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Yusri Yusof, 35, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Petaling Jaya.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Yusri didakwa menggunakan kekerasan jenayah ke atas wanita berpangkat inspektor berusia 24 tahun itu dengan niat mencabul kehormatannya pada pukul 5.35 petang, 26 Mei 2009 di Pejabat Detektif, Cawangan Narkotik IPPD tersebut.
Aishah memutuskan Yusri tidak bersalah setelah mahkamah berpuas hati terdapat keterangan meragukan daripada mangsa yang juga pengadu kes itu dalam tiga sumber berbeza.
Ketika membacakan penghakimannya, Aishah berkata, mangsa didapati memberi keterangan bercanggah dalam laporan polis, keterangan semasa perbicaraan dan juga cerita yang disampaikan kepada teman sepejabat.





NEGARA


Nikahi budak 11 tahun tidak sah


Siti Sarnan (depan) bersama anak dan suaminya, Hussin meninggalkan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam memutuskan perkahwinan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 41 tahun yang popular dengan panggilan 'Sudin Ajaib' pada 19 Februari lalu adalah tidak sah.
Hakim Abdullah Man berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mahkamah mendapati, tidak ada asas membatalkan perkahwinan antara kanak-kanak terbabit dengan lelaki berkenaan kerana hubungan mereka berlangsung tanpa apa-apa dokumen yang sah mahupun sijil nikah.
Keputusan tersebut disambut dengan linangan air mata oleh ibu kanak-kanak itu, Siti Sarnan Mat Ail, 42, plaintif yang memfailkan tuntutan membatalkan perkahwinan tersebut.
Siti Sarnan dalam samannya memfailkan suaminya, Hussin Salleh, 54, sebagai defendan pertama manakala lelaki yang dikatakan bernikah dengan anaknya, Shamsudin Che Deraman atau 'Sudin Ajaib' sebagai defendan kedua.
Abdullah ketika membaca keputusan itu berkata, pernikahan antara kanak-kanak itu dengan defendan kedua hanya dakwaan pihak plaintif semata-mata kerana ikatan itu tidak disokong dengan dokumen yang lengkap untuk menjelaskan wujudnya pernikahan itu.

No comments:

Post a Comment