Monday, December 20, 2010

BILA ALLAH NAK MENURUNKAN MUSIBAH DAN TELAH MENENTUKAN TAKDIRNYA....SAPE TAK BOLEH LEPAS...MAKA MOHON PERLINDUNGAN DENGANNYA.....

Saksi nampak mayat bergelimpangan




IPOH - "Kemalangan yang berlaku begitu mengerikan. Terdapat mayat dipercayai terhumban ke luar di atas jalan dan di dalam longkang sejurus selepas pesiaran yang membawa pelancong Thailand terbabas," kata seorang saksi, Muhammad Shafwan Mohd Nan, 17, semalam.

Muhamad Shafwan yang mengikuti rombongan sekolahnya dalam perjalanan menuju ke Cameron Highlands berkata, beliau turut melihat mangsa yang cederamerangkak keluar daripada bas berkenaan untuk meminta pertolongan.

“Saya juga nampak ada kanak-kanak terbaring di longkang dipercayai tercampak dari bas. Semasa bas sampai di sini, kemalangan itu sudah pun berlaku dan saya tidak berani untuk melihat dengan lebih dekat," katanya yang masih terkejut kerana melihat kemalangan ngeri itu di depan matanya.

Seramai 22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Setakat ini, polis telah mengesahkan mangsa yang mati adalah 12 lelaki dan 15 wanita manakala identiti seorang lagi belum dikenal pasti.

Mereka yang cedera dibawa dengan ambulans ke hospital manakala mayat dibawa dengan lori polis dan Jabatan Pertahanan Awam.

Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, yang mempunyai banyak cerun, dibuka kepada lalu lintas pada tahun 2003 dan merupakan laluan alternatif ke Cameron Highlands selain jalan dari Tapah.

Laluan itu juga digunakan bagi mereka yang mahu pergi Gua Musang melalui Lojing di Kelantan.

Menurut sumber Tourism Malaysia, seramai 44 pelancong Thai menyertai pakej pelancongan ke Cameron Highlands menggunakan bas dua tingkat milik San Express Holiday dengan nombor pendaftaran AFX 2266 itu yang didaftar di Perak tetapi berpusat di Changloon, Kedah.

Pengarah Urusan syarikat itu, Sor Eng Hock yang kini berada di Bangkok kerana urusan perniagaan, ketika dihubungi Bernama berkata, sebelum ini tidak pernah berlaku kemalangan melibatkan syarikat itu.

“Tak sangka jadi macam ini. Saya tak tahu punca...saya kena balik dan bincang,” katanya.

Syarikat yang didaftarkan pada 2007 itu mempunyai enam buah bas.

Ditanya mengenai bentuk bantuan kepada mangsa, Eng Hock berkata syarikat akan merancang sesuatu.

“Buat masa ini saya amat sedih... Saya memang terkejut. Saya tak tahu nak fikir atau buat apa-apa. Tapi kita akan rancang sesuatu untuk mangsa,” katanya.

Kemalangan hari ini merupakan yang paling dahsyat dalam sejarah negara.

Kemalangan terburuk melibatkan sebuah bas sebelum ini berlaku pada 13 Ogos 2007, apabila 20 orang terbunuh dan sembilan cedera di KM229 Lebuh Raya Utara Selatan, di Bukit Gantang dekat Taiping.

NEGARA


Maut sebelum sempat naik pesawat


PASUKAN penyelamat bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands semalam.



IPOH – Kegembiraan sekumpulan 35 pelancong dari Hatyai, Thailand bercuti di pusat peranginan Cameron Highlands, Pahang bertukar tragedi apabila 25 daripada mereka terbunuh selepas bas yang dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini semalam.
Kemalangan membabitkan bas persiaran dua tingkat milik San Express Holiday pada pukul 11.40 pagi itu turut mengorbankan dua warga tempatan iaitu pemandu, Omar Shahidan, 48, dan pemandu pelancong berketurunan Siam Malaysia, Soontorn a/l Kian, 38.
Tragedi itu berlaku dalam jarak kira-kira 15 kilometer dari Simpang Pulai.
Polis tidak menolak kemungkinan tragedi berkenaan berpunca daripada masalah brek dan tayar tetapi siasatan lanjut mengenai nahas akan dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, 22 mangsa maut di tempat kejadian manakala lima lagi mati semasa dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini



NEGARA


Ratusan gagak petanda ajal menjemput pelancong


HOTEL yang menjadi tempat penginapan 35 pelancong Thailand sebelum 25 daripada mereka terkorban dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, Ipoh semalam.



IPOH – Ketika semua pihak masih tertanya-tanya mengenai punca kemalangan dan mengapa 25 daripada 35 pelancong dari Hatyai, Thailand itu menjadi korban, kakitangan di sebuah hotel yang didaftar masuk oleh kesemua mangsa sudah mempunyai jawapan tersendiri.
Menurut kakitangan yang enggan dikenali itu, pada hari pelancong tersebut mendaftar masuk pada pagi Ahad lalu, dia melihat ratusan burung gagak tiba-tiba bertenggek di atas bumbung hotel sambil membuat bising.
Apa yang menghairankan katanya, sebelum ini, senario seperti itu tidak pernah berlaku walaupun spesies burung berkenaan dikatakan banyak terdapat di kawasan tersebut. Ia seakan-akan memberi petanda awal mengenai tragedi itu.
“Tambah misteri lagi apabila burung-burung tersebut tetap bertenggek di situ dengan membuat bising sepanjang malam tadi (kelmarin). Ketika itu, entah kenapa kami tidak pula cuba menghalau burung tersebut.
“Senario tersebut mengundang keanehan kepada pekerja hotel dan pengunjung lain kerana ia seolah-olah salah satu babak di dalam filem yang selalunya dikaitkan dengan kematian seseorang,” ceritanya kepada Kosmo! semalam.


NEGARA


Ngeri lihat anggota badan putus


Mangsa-mangsa yang cedera dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands semalam.



IPOH – Mendengar jeritan dan melihat anggota badan pelancong yang terputus merupakan antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh seorang saksi kejadian yang berada di lokasi kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands semalam.
Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Damai, Ipoh, Mohd. Shafwan Mohd. Nan, 17, berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke pusat peranginan itu dengan menaiki sebuah bas henti-henti Ipoh-Cameron Highlands.
Katanya, ketika di atas bas, dia terkejut apabila melihat ada beberapa mangsa termasuk seorang kanak-kanak terpelanting di tepi jalan dalam keadaan berlumuran darah dan ada yang telah mati.
“Walaupun cemas dan takut dengan keadaan itu, saya memberanikan diri untuk turun. Bas dua tingkat tersebut remuk dan apa yang memilukan, saya terdengar mangsa-mangsa yang terselamat menjerit dan merintih kesakitan minta diselamatkan.
“Beberapa minit kemudian, pasukan penyelamat tiba untuk mengeluarkan mayat yang tersepit dan ketika itulah saya ternampak ada anggota badan mayat yang terputus,” ceritanya lagi ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

KEMALANGAN MAUT...Seramai 27 penumpang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi Isnin. - Foto THE STAR Oleh SAIFUL BAHRI
27 Terbunuh Kemalangan Bas Di Simpang Pulai
IPOH: Seramai 27 penumpang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi Isnin.
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian manakala empat lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di sini.
Katanya bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.
Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah menggerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.
Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.
Zakaria berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.
Menurutnya, identiti dan jantina mangsa yang terbunuh sudah dikenal pasti.- BERNAMA



Foto

Nahas terburuk
Oleh Shamsul Kamal Amaruddin, Mohd Feroz Abu Bakar, Nurhayati Abllah, Ravale Savarinathan dan Muhammad Saufi Hassan
bhnews@bharian.com.my
2010/12/21

 

27 termasuk 25 pelancong Thailand balik dari Cameron Highlands terbunuh

SIMPANG PULAI: Dahsyat dan mengerikan. Itulah gambaran keadaan nahas jalan raya terburuk dalam sejarah negara membabitkan sebuah bas persiaran dua tingkat yang mengorbankan 27 orang - 25 pelancong Thailand dan dua rakyat tempatan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai berhampiran Kampung Juang di sini, semalam.
Dalam nahas kira-kira jam 11.40 pagi, bas yang membawa 37 penumpang dari Cameron Highlands itu dikatakan terbabas dan melanggar pembahagi jalan ketika menuruni bukit serta melalui selekoh tajam sebelum terbalik dan terhumban ke dalam longkang sedalam dua meter di laluan bertentangan.
Nahas itu menyebabkan kedua-dua tayar depan bas terbabit tercabut dan tercampak ke longkang di laluan bertentangan, manakala bumbungnya ranap sama sekali dengan lebih 10 mayat bergelimpangan di jalan raya dan longkang manakala selebihnya termasuk yang cedera tersepit dalam kenderaan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof, berkata 22 penumpang mati di tempat kejadian, lima lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), manakala 10 cedera termasuk dua kritikal.

Dua rakyat tempatan yang terkorban ialah pemandu bas berkenaan yang bekerja sebagai pemandu bas syarikat SK Murni Travel & Tours, Omar Shahidan, 48, dari Kangar, Perlis, serta pemandu pelancong, Soontorn a/l Kian, 38. Pelancong Thailand yang maut pula membabitkan lapan lelaki dan 17 wanita.

Zakaria berkata, semua pelancong terbabit dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.
Bercakap kepada pemberita di lokasi kejadian, beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika bas yang dipandu laju itu menuruni bukit di satu selekoh tajam sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan.

"Pemandu bas dipercayai hilang kawalan menyebabkan bas itu terbalik dan terjatuh ke dalam longkang sedalam kira-kira dua meter. Ada di antara penumpang tercampak dan tersepit di bahagian tempat duduk menyebabkan kebanyakan mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pasukan penyelamat terdiri daripada 100 anggota dan pegawai polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kira-kira jam 12 tengah hari dan tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian," katanya.

Tinjauan Berita Harian di tempat kejadian mendapati dua tayar serta lampu isyarat kanan bas itu tercampak di laluan bertentangan dipercayai tertanggal ketika melanggar pembahagi jalan.

Kemalangan itu turut menyebabkan kesesakan lebih lima jam apabila polis terpaksa menutup kedua-dua laluan bagi menyekat aliran trafik untuk melancarkan operasi menyelamat serta mengeluarkan mangsa.

KRONOLOGI






  • 11 pagi – Bas dipercayai bergerak dari Cameron Highlands ke Simpang Pulai












  • 11.40 pagi – Bas terbabit kemalangan












  • 11.59 pagi – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai menerima panggilan kecemasan












  • 12.05 tengah hari – Laluan kedua-dua arah dari Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup














  • 12.10 tengah hari – Bantuan dari BBP Gopeng dan Ipoh tiba dan kerja mengeluarkan mangsa dilakukan














  • 12.13 tengah hari – Mangsa pertama dikeluarkan












  • 2.37 petang – Kren untuk mengangkat bas tiba












  • 2.55 petang – Mangsa terakhir dikeluarkan














  • 3.08 petang – Bas dialih untuk kerja mencari mangsa dilakukan












  • 4.00 petang – Kedua-dua laluan dibuka semula












  • 5.00 petang – Bas ditarik ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) di Simpang Pulai


    INFO
    Senarai mangsa yang terbunuh dalam nahas bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai


    Rakyat Malaysia


    1. Omar Shahidan, 48 (tahun) (pemandu bas)
    2. Soontorn a/l Kian, 38 (pemandu pelancong)


    Rakyat Thailand (lelaki)

    3. Poonporn Poolsaeng, 41
    4. Charcart Knagsuwan, 48
    5. Sumruay Swatphet, 48
    6. Pongthanest Akkrarachewwanont, 45
    7. Thitisak Pongtanarat, 51
    8. Ekachai Na Banexane, 64
    9. Phayone Krujinli, 49
    10. Weera Chungtanagon


    Rakyat Thailand (wanita)

    11. Natkritta Poolsaeng, 6
    12. Thanyarat Poolseng, 36
    13. Achara Wiwati, 36
    14. Nutthiya Inyim, 50
    15. Puthnaree Akkrarachewwanont, 42
    16. Sunchanchira Chaigueai, 40
    17. Sriwai Swatphet, 42
    18. Priya Prassakul Chai, 38
    19. Chutima Throukooi, 25
    20. Junpen Pongtanarat, 50
    21. Mantana Phromduang, 51
    22. Maliwan Mekmahaprom, 53
    23. Ampaiwan Thianhtham, 50
    24. Isariya Thiangtham, 25
    25. Darunee Songsern
    26. Rung Da
    27. Areena Songserm















  • Bas melulu ketika turun bukit Cameron Highlands

    SIMPANG PULAI: “Saya melihat bas persiaran itu terhoyong-hayang dan laju turun bukit membelok selekoh tajam. Selepas itu, bas dua tingkat itu terus langgar konkrit pembahagi jalan sebelum terbalik ke dalam longkang dengan bahagian bumbung menghentam batu bukit,” kata Monat Rahen, antara saksi terawal yang melihat kemalangan itu di Kilometer 15 di sini, pagi semalam.
    Monat, 19, berkata, dia menyaksikan kejadian itu ketika bersama seorang lagi rakan menaiki kereta dalam perjalanan menghala ke Cameron Highlands.
    “Kami lihat ada penumpang tercampak keluar dari bas, termasuk kanak-kanak dan warga emas. Keadaan menjadi cemas apabila kebanyakan penumpang cedera dan menjerit meminta tolong,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

    Seorang lagi saksi, Muhammad Shafwan Mohd Nan, 17, berkata ketika tiba di kawasan kemalangan itu, dia melihat ada seorang warga emas berusia lingkungan 60-an sudah tercampak keluar dari kenderaan itu.

    Dia juga melihat mayat bergelimpang atas jalan raya, termasuk ada kanak-kanak terbaring dalam longkang dipercayai tercampak dari bas serta beberapa mangsa yang cedera dan berlumuran darah keluar dari bas yang terbalik.

    “Saya bersama tiga lagi rakan lain dalam perjalanan bercuti di Cameron Highlands menaiki bas henti-henti bersama lebih 10 penumpang lain. Pemandu bas kami terpaksa menghentikan kenderaan selepas laluan itu ditutup. Saya dan penumpang lain berusaha membantu, tetapi keadaan terlalu ngeri.
    “Tangisan dan jeritan meminta tolong kedengaran dari bas yang terbalik, selain kelihatan banyak darah di bahagian tempat duduk. Sejurus kemudian, pasukan penyelamat tiba dan saya melihat ada mayat dibawa keluar dari bas berkenaan,” katanya.

    Sementara itu, Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh, Ahmad Aminudin Abdul Rahim, berkata ketika tiba di tempat kejadian kira-kira jam 12.10 tengah hari, beliau melihat ada beberapa tubuh bergelimpangan di jalan raya dan ada yang terhumban dalam longkang, tetapi tidak dapat mengesahkan sama ada mangsa sudah meninggal dunia.

    Bagaimanapun, katanya, kebanyakan kepala dan tubuh cedera parah, manakala semua mangsa dalam bas tersepit di tempat duduk.

    “Saya ada nampak seorang kanak-kanak dalam bas dan mendengar bunyi orang mengerang kesakitan, jadi kami berusaha menyelamatkan nyawa mereka,” katanya.

    Beliau berkata, mangsa pertama yang cedera dikeluarkan pada jam 12.13 tengah hari, manakala, mangsa terakhir pada jam 2.55 petang, manakala sebahagian besar mangsa duduk di tingkat atas bas berkenaan




    Pemandu baru 3 bulan kendali bas


    2010/12/21

    ANTARA mangsa  kemalangan bas yang meragut 27 nyawa.
    ANTARA mangsa kemalangan bas yang meragut 27 nyawa.
     

    Sepupunya, Julie Mahmud, 33, berkata beliau difahamkan Omar yang pernah menjadi pemandu lori pernah membawa keluarganya menaiki bas itu bersiar-siar di sekitar Perlis.
    Seorang rakan Omar yang bertugas di syarikat pengangkutan sama berkata, pula berkata, beliau tidak pasti sama ada Omar atau pembantu pemandu yang baru bertugas memandu bas ketika kejadian.
    “Omar adalah pemandu berpengalaman dan kerap diarah memandu bas membawa pelancong, terutama dari Thailand ke Malaysia. Bagaimanapun, saya mengesyaki bas itu dipandu pembantu pemandu ketika menuruni laluan berbukit di Cameron Highlands,” katanya.

    Julie juga berkata, sepupunya itu sempat membawa isteri dan tiga anaknya melancong di Hatyai, Selatan Thailand, pada Jumaat lalu dan sejurus pulang, dia diarahkan pemilik syarikat, memandu bas dari Thailand ke Cameron Highlands pada Sabtu lalu.

    Beliau dimaklumkan isterinya, Puspalela Ramli, 45, yang arwah akan pulang ke rumah esok dan bercadang melancong lagi ke Thailand sejurus selesai kerjanya.

    “Saya tidak menyangka lawatan ke Hatyai bersama isteri dan tiga anak adalah yang terakhir bagi arwah,” katanya yang menetap berhampiran rumah Omar ketika ditemui di Behor Empiang, dekat sini petang semalam.
    Beliau berkata, semua keluarga Omar, termasuk di sebelah mentuanya bergegas ke Hospital Ipoh sejurus dimaklumkan kemalangan pada jam 4.30 petang semalam.

    “Mereka hanya mendapatkan pengesahan berhubung kematian Omar daripada pemilik syarikat bas berkenaan kira-kira jam 3.30 petang.

    “Sebelum itu, keluarga di sini, masih samar-samar berhubung kemalangan selepas melihat berita terkini di televisyen kira-kira jam 1 tengahari,” katanya.

    Tinjauan Berita Harian mendapati keluarga terdekat Omar sedang membuat persiapan menerima jenazahnya yang dijangka tiba awal pagi ini.

    Turut maut dalam nahas berkenaan, pemandu pelancong, Soontorn a/l Kian, 38 tahun.

    Julie berkata, sebelum itu, anak sulung Omar, Siti Nazirah, 20, yang sedang berkerja di sebuah pasar raya di sini, menghubungi Puspalela untuk mengetahui mengenai kemalangan yang menimpa ayahnya.

    “Nazirah sudah dihubungi rakannya iaitu anak kepada rakan ayahnya yang bertugas sebagai pemandu yang memaklumkan kemalangan terbabit. Saya dan Pusparela dua kali menghubungi arwah menerusi dua telefon bimbit tetapi tidak dijawab walaupun ada nada dering selepas dimaklumkan kejadian itu. Dari situ, kami sudah mengesyaki sesuatu buruk berlaku," katanya.

    KRONOLOGI

    Nahas bas pada 2010






  • 16 Disember – Empat kakitangan Jabatan Penjara Tawau terbunuh apabila bas jabatan itu terbabas lalu terjatuh dalam gaung di Kampung Moyog, 35 kilometer dari Penampang dekat Kota Kinabalu.











  • 14 Disember – 14 pekerja kilang cedera apabila bas kilang terbabas dan terbalik di KM 156.2 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Nibong Tebal, Pulau Pinang, selepas bergesel dengan sebuah treler yang turut terhumban dalam parit.











  • 11 Disember – Tiga pelajar Institut Kemahiran Mara Jasin, Melaka parah apabila bas ekspres terbabas dan terbalik di Kilometer 304.5 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Gopeng, Perak.











  • 4 November – Seorang maut dan dua cedera parah selepas bas ekspres terbabas sebelum terbalik dalam sebuah tali air
    di Kampung Sungai Miang, di Kilometer 20 Jalan Pekan-Nenasi, Pahang.











  • 29 Oktober – Tujuh penumpang maut dan 39 cedera, termasuk 17 parah dalam kemalangan di KM36 Lebuhraya Karak ke Kuala Lumpur.











  • 10 Oktober – 13 penumpang maut dan 40 cedera apabila bas ekspres terbabit dalam kemalangan di Km 223 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat-Rembau.











  • 2 September – Lapan belas cedera apabila bas persiaran terbabas dan terbalik di Kilometer 35.1 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur.











  • 27 Ogos – Seorang pemandu bas ekspres terbunuh, manakala tiga cedera parah dan enam cedera ringan dalam kemalangan di KM306.2 Lebuh Raya Utara-Selatan.











  • 17 April – Seorang penumpang patah tulang rusuk, manakala enam cedera ringan apabila bas ekspres dari Johor Baharu ke ibu negara terbabas di KM32 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Kulai Jaya, Johor.











  • 20 Mac – 40 penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut apabila terbabas dan terperosok ke dalam tali air di KM42 Jalan Kuantan-Kemaman.











  • 4 Februari – 15 penumpang bas Ekspres Konsortium dalam perjalanan ke Kuala Lumpur nyaris maut selepas bas melanggar dua kenderaan lain di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang. 
















  •  








  • Tercampak sebelum diseret badan bas

    Oleh Kasdi Ali, Norhayati Abllah dan Ravale Savarinathan
    am@hmetro.com.my

    REMUK...keadaan bas yang terbabit

dalam nahas ngeri di Jalan Simpang

Pulai-Cameron Highlands, semalam.
    REMUK...keadaan bas yang terbabit dalam nahas ngeri di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, semalam.
    IPOH: “Kejadian berlaku begitu pantas dan saya melihat beberapa penumpang tercampak keluar selain ada antara mereka diseret badan bas yang menggelongsor lebih 50 meter,” kata Monat Rahen, 19, antara saksi terawal kemalangan terburuk dalam sejarah negara yang mengorbankan 27 nyawa, semalam.
    Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, 24 pelancong Thailand dan tiga rakyat tempatan terbunuh manakala 10 lagi parah apabila bas persiaran dua tingkat dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, berhampiran Kampung Juang, di sini.
    Monat berkata, sebelum kejadian dia yang memandu Proton Satria bersama seorang di sebelahnya, melihat bas terbabit yang datang dari arah bertentangan meluru laju ketika muncul dari selekoh tajam di depannya.

    Melihat keadaan itu, dia memperlahankan kenderaan kerana tidak sedap hati melihatkan keadaan badan bas dua tingkat itu yang tidak stabil dan senget seperti mahu terbalik.



    “Firasat saya benar-benar berlaku apabila bas itu merempuh konkrit pembahagi jalan menyebabkan ia terbalik ke laluan bertentangan dan menggelongsor sebelum terhumban ke dalam longkang satu meter,” katanya.

    Menurutnya, jarak kereta dipandunya dengan tempat bas itu terhumban ke dalam longkang kira-kira 50 meter.

    “Tindakan saya memperlahankan kelajuan menyelamatkan nyawa saya dan rakan kerana jika tidak pasti kereta kami dihimpit bas itu kerana kenderaan kami berada di depan sekali ketika kejadian,” katanya.

    Monat berkata, selepas memberhentikan kenderaannya, dia bersama rakan segera ke tempat kejadian dan hatinya sayu apabila melihat ramai penumpang bergelimpangan atas jalan.

    “Sebahagian besar mereka parah dan sudah tidak bergerak, dipercayai sudah meninggal dunia. Saya mengangkat beberapa mangsa yang parah ke tepi jalan,” katanya.

    Seorang lagi saksi yang menaiki bas henti-henti yang ketika itu berada tidak jauh di belakang kereta dinaiki Monat, Muhammad Shafwan Mohd Nan, 17, berkata dia tidak berani membantu mangsa kerana begitu ngeri melihat keadaan beberapa penumpang terutama yang tercampak atas jalan dan diseret bas.

    Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Damai, di sini, berkata dia menaiki bas itu bersama tiga rakannya untuk bercuti ke Cameron Highlands.

    “Bas kami berhenti mengejut sebelum pemandu memberitahu berlaku kemalangan. Saya bersama rakan turun untuk menghulurkan bantuan selepas melihat dari jauh terdapat ramai orang bergelimpangan atas jalan.

    “Bagaimanapun, saya membatalkan hasrat itu kerana terlalu takut melihat keadaan mangsa yang bergelimpangan dan tersepit dalam bas dalam keadaan mengerikan.

    “Saya percaya kebanyakan mangsa sudah meninggal dunia selain kaki dan tangan mereka patah, malah kepala beberapa mangsa juga pecah dengan otak bertaburan atas jalan. Keadaan ketika itu begitu menyayat hati dan menakutkan,” katanya


    Kemalangan bas persiaran berpunca dari pemandu dan masalah teknikal

    IPOH -- Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata polis percaya kemalangan bas pesiaran yang mengorbankan 25 pelancong Thai dan dua rakyat tempatan semalam berpunca daripada sikap pemandu dan masalah teknikal bas berkenaan.

    Beliau menafikan dakwaan kononnya kemalangan itu di Km15 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pada 11.40 pagi disebabkan oleh tompokan minyak di laluan terbabit.

    Bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, Zakaria bagaimanapun berkata terpulang kepada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Puspakom dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Komersial untuk menentukan punca sebenar kemalangan itu.

    Dua rakyat tempatan yang terkorban ialah pemandu bas dan pemandu pelancong. - BERNAMA




    No comments:

    Post a Comment