Friday, December 24, 2010

TAKDIR YANG BERBEZA...MALANG TIDAK BERBAU....BERHATI2....PERTOLONGAN ALLAH AMAT PERLU...

Kereta terbabas langgar buaya



IKAT...anggota bomba menunjukkan buaya tembaga terbabit.
IKAT...anggota bomba menunjukkan buaya tembaga terbabit.
TAWAU: Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas selepas melanggar buaya tembaga lebih tiga meter yang melintas di Jalan Apas, Batu 5, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa yang enggan dikenali berusia 20 tahun dalam perjalanan pulang ke rumahnya terkejut apabila mendapati buaya itu melintangi jalan.

Pemandu terbabit bagaimanapun gagal mengelak melanggar reptilia itu menyebabkan tayar Proton Wira dipandunya pecah sebelum terbabas ke dalam parit di kanan jalan.
Namun, mangsa tidak cedera, tetapi buaya tembaga betina dianggarkan seberat lebih 150 kilogram parah di mulut.

Difahamkan, lelaki itu pada awalnya menyangka haiwan yang melintangi jalan itu biawak kerana keadaan jalan agak gelap, namun tanggapannya meleset sebaik menghampiri dan mendapati ia buaya.

Sejurus kejadian, pemandu itu menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau untuk menyelamatkan haiwan berkenaan yang cedera selain bimbang menimbulkan ancaman kepada pengguna jalan raya lain

Sementara itu, Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Tawau, Julius John Steven berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan daripada pemandu berkenaan.

“Sebaik tiba ditempat kejadian, buaya itu masih bergerak dan tersepit di dalam parit

“Bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengeluarkan haiwan berkenaan,” katanya.

Julius berkata, buaya tembaga itu diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan selanjutnya.



Kami Dipindahkan Lebih 100 Kali Oleh Penculik Di Filipina, Kata Penternak Rumpai Laut
Mangsa culik Tsen Vui Chung, 42, (tengah) dipeluk oleh isterinya Chua Mui Ling, 41, (kanan) dan keluarga terdekat ketika bertemu buat kali pertama sejak kejadian culik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Terminal 2, Jumaat. - Foto BERNAMA
KOTA KINABALU: Pengalaman dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain lebih 100 kali dalam tempoh 10 bulan dan 12 hari, dengan tangan terikat ketika diculik, merupakan perkara yang tidak mungkin dapat dilupakan dua penternak rumpai laut.
Tsen Vui Chung, 41, berkata beliau dan Lai Wing Chou, 33, sering dipindahkan oleh penculik mereka yang bersenjata bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa Filipina.
"Namun kami tidak pernah dicederakan dan mereka beri kami makanan. Kami hanya tidur di atas papan lapis dalam sebuah kem," katanya kepada pemberita di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini, sejurus tiba dari Manila, Jumaat.
Tsen dan Lai diculik dari sebuah ladang rumpai laut di Pulau Sebangkat, Semporna pada 8 Februari lepas.
SELAMAT PULANG... Mangsa culik Tsen Vui Chung, 42, (duduk, dua, kiri) dan Lai Wing Chau, 33, (duduk, kanan) menceritakan peristiwa pahit mereka pada sidang akhbar.
Mereka diselamatkan oleh anggota keselamatan Filipina pada 22 Disember.
Tsen berkata ketika diculik pada 1.30 pagi, mereka tidak mempunyai pilihan kecuali menurut segala arahan kerana senapang diacukan ke kepala sebelum dibawa enam lelaki dengan dua 'pump boat' menuju satu kawasan hutan.
Sepanjang tempoh ditahan, Tsen yang mempunyai dua anak berusia 11 dan 15 tahun berkata, penculik berkenaan hanya meminta nombor telefon tempat beliau dan Lai bekerja.
Beliau juga berkata mereka tidak berani melarikan diri kerana semua penculik bersenjata.
Mangsa culik Tsen Vui Chung, 42, diberi ciuman oleh anaknya Jun Hien Tsen, 11.
Sementara itu, isteri Tsen, Chua Moi Leng berkata beliau tidak dapat tidur selepas menerima berita yang suaminya telah diselamatkan.
"Saya sentiasa yakin dia akan pulang. Saya tidak pernah berhenti daripada mempercayainya sepanjang tempoh tersebut," katanya yang berhasrat mengadakan satu majlis ringkas bagi menolak bala apabila tiba di rumah mereka.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Peter Pang En Yin, Duta Besar Malaysia ke Filipina Datuk Seri Dr Ibrahim Saad, Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Seri Nasir Tun Sakaran dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Negeri SAC Tan Kok Lian. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment