Thursday, January 27, 2011

ADAKAH DENGAN BERTUDUNG ...MAKSIAT LAIN TERHINDAR.....SEDANG BERCAMPUR GAUL SECARA BEBAS DILARANG ISLAM SELAIN MUZIK......

HIBURAN


Gadis bertudung di Hollywood





PUAS dia bersembunyi dengan teki-teki sebenarnya, biarpun pada awal tahun ini dia sudah seakan-akan mengiakan kepada pihak media akan hubungan cintanya itu.
Namun kelmarin, Yuna akhirnya secara rasmi mengakui hakikat bahawa pengacara dan aktor utama drama bersiri popular Blogger Boy, Qushairi Razali atau Qi merupakan insan yang paling istimewa dalam hidupnya.
Sinar kegembiraan jelas terpancar pada seraut wajah gadis manis itu ketika bertentang mata dengannya di Restoran Spasso Milano, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, kelmarin.
Pelantun lagu Cinta Sempurna itu memberitahu, faktor keserasian yang terjalin antara mereka terutamanya minat mendalam bidang muzik merupakan punca penghubung yang mengeratkan lagi ikatan antara mereka berdua.
Menyedari ramai yang membuat spekulasi mengenai hubungannya bersama jejaka berusia 34 tahun itu, Yuna, 25, bukan mahu menafikan fakta tersebut, namun jujur dia mengakui tidak selesa untuk berkongsi cerita berkenaan perkara itu memandangkan antara mereka masih lagi dalam fasa mengenali hati budi.
"Kami memang sangat rapat dan saya memang tak berapa selesa nak cerita sangat kerana kami masih dalam proses mengenali.
"Kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa depan jadi sebab itu saya takut nak bercerita dan saya juga perlu menjaga nama baik keluarga kami berdua," tutur Yuna yang menyambung kontrak sebagai duta tuala wanita Libresse untuk tahun kedua.
Menyingkap episod perkenalan mereka yang sudah menjangkau tiga bulan itu, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai memberitahu, perkenalan antara mereka terjadi apabila masing-masing terlibat dalam program terbitan TV9, Kawanku Bintang Coca-Cola.
Hubungan mereka terbina selepas Qi berpisah dengan pelakon dan pengacara, Julie Woon yang pernah bergandingan dengan Qi menerusi drama bersiri, Blogger Boy.
Keakraban mereka mula dihidu media sejak kedua-duanya hadir bersama dengan berpakaian sedondon pada Shout! Awards, di Bukit Jalil Kuala Lumpur, November tahun lalu.
Malah, kedua-dua mereka sering dilihat bersama menghadiri beberapa majlis lain serta di tempat umum dan yang terbaru, mereka juga dilihat bersama-sama di Plaza Low Yat, di Bukit Bintang, Kuala Lumpur Selasa lalu.
"Ibu bapa kami sudah merestui hubungan ini dan doalah yang terbaik untuk kami. Tapi dalam masa terdekat perancangan untuk kahwin memang masih belum ada memandang saya sangat sibuk dengan projek album dan sebagainya," katanya yang akan terlibat dengan program berjudul Astro Hitz Yuna Inspired Powered by DiGi yang akan membawa diri dan muziknya ke Hollywood.
Kalau dilihat dengan teliti sememangnya muzik yang menyatukan mereka sementelah latar belakang Qi yang merupakan bekas pemain drum band popular, OAG.
"Saya suka dia sebab dia seorang yang tenang serta menghormati orang di sekelilingnya," ungkapnya.
Malah, Yuna tidak menolak sekiranya Qi adalah jodohnya tetapi dalam masa menafikan Qi melamar untuk mengahwininya dalam masa terdekat ini.

YUNA berjaya meyakinkan banyak pihak terhadap kredibilitinya dalam bidang muzik.


"Kalau ada jodoh, Insya-Allah, doakan kami. Namun, belum ada perancangan untuk kahwin kerana misi saya dalam memperjuangkan muzik baru sahaja bermula," jelasnya.
Ketika ditanya adakah dia akan menerima sekiranya Qi melamarnya untuk berkahwin, seperti berkias, Yuna pantas menjawab: "Qi juga mempunyai cita-citanya dalam bidang muzik."
Jojo Struys
Kehadiran Yuna di persada seni tanah air tempatan harus diakui telah mengubah iklim industri muzik tanah air.
Di kala pasaran muzik semakin suram, kemunculan gadis manis dengan imej bertudung ini pantas menarik perhatian ramai.
Usianya dalam muzik arus perdana baru setahun jagung tetapi populariti dan pengiktirafan yang diberikan kepadanya setaraf dengan penyanyi ternama sedia ada.
Gadis yang berasal dari Alor Setar, Kedah ini sudah pun menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman Feder Label dan bakal merakamkan lagu-lagu terbarunya di Kensaltown Studio.
Justeru, untuk berkongsi bersama para peminatnya, pengacara terkenal Jojo Struys akan mengarah sebuah program TV dan juga akan dimuatkan ke laman sesawang www.yunainspired.com mengenai perjalanan karier Yuna.
Program berjudul Astro Hitz Yuna Inspired Powered by DiGi itu akan memuatkan lagu terbaru dan muzik video penyanyi yang juga sedang popular dengan lagu Gadis Semasa itu.
Bagi Jojo, ini merupakan projek istimewanya yang pertama kali menjadi pengarah program TV. Menurutnya, program tersebut dibuat bagi menunjukkan fenomena nyanyian Yuna yang begitu berpengaruh dan berbakat dalam industri muzik tanah air dan turut terkenal di luar negara.
"Program itu akan menampilkan kerjasama Yuna dengan peminatnya dari Kuala Lumpur ke London dan New York sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur," katanya dan menambah program tersebut akan disiarkan menerusi 24 episod.
Program ini dibuat khusus untuk para peminat Yuna yang boleh turut sama mencipta lagu iaitu dengan membantu Yuna menyiapkan lirik lagu terbaru Yuna yang akan disiarkan melalui lawan sesawang.
"Saya akan meletakkan satu versi lagu dan akan meninggalkan satu ayat untuk dicipta oleh peminat yang boleh dihantar melalui laman sosial Facebook atau Twitter. Setiap minggu saya akan memuat naik satu versi dan para peminat boleh memberi cadangan sebagai inspirasi untuk saya menyiapkan lagu tersebut," kata Yuna.
Program itu membuka peluang buat peminat Yuna untuk memenangi hadiah mingguan antaranya hadiah istimewa dari Canon, sebuah gitar tajaan The Guitar Store yang akan ditandatanganinya, serta hadiah istimewa iaitu tiket konsert istimewa Yuna yang akan diadakan selepas tamatnya projek tersebut.
Selain itu, mereka juga berpeluang untuk muncul dalam muzik video Yuna.
Projek yang mendapat tajaan dan sokongan DiGi, Canon dan Malaysia Airlines selaku penerbangan rasmi Yuna ke Hollywood ini merupakan projek pertama Yuna yang akan berkolaborasi dengan para peminatnya.
Yuna yang sememangnya teruja dengan projek ini berkata, ia merupakan peluang keemasan buat dirinya untuk memasarkan dirinya bukan di dalam dan di luar negara.
Program yang akan diterbitkan oleh Kyanite Sdn. Bhd. itu akan mula disiarkan melalui www.yunainspired.com secara langsung selama lima minit mulai 14 Februari ini dan akan mula disiarkan di Astro Hitz bermula 27 Februari.

YUNA dan Jojo Struys (dua dari kiri) yang bakal bertindak sebagai pengarah program, Astro Hitz Yuna Inpired By DiGi.



Cipta minyak wangi
Di kala namanya kini yang berada di puncak glamor, Yuna bakal muncul dengan semburan minyak wangi ciptaannya sendiri.
Yuna yang kini gemar menggunakan minyak wangi Fobidden Affair keluaran Anna Sui mengakui dirinya sangat obses terhadap minyak wangi.
"Idea untuk mencipta minyak wangi ini muncul ketika saya hendak membeli minyak wangi.
Ketika itu saya yang tidak tahu jenama minyak wangi apa (yang hendak dibeli) dan saya sekadar berkata (pada diri sendiri) alangkah indahnya jika ada minyak wangi sendiri.
"Idea yang bodoh-bodoh ini akhirnya berjaya juga selepas saya dan Wawa (pengurus peribadi) berjaya menarik minat sebuah syarikat kosmetik dari Jepun yang bersetuju dengan cadangan kami," katanya yang akan memasarkan minyak wangi tersebut selepas selesai projek muziknya itu.
Minyak wangi yang masih belum dinamakan lagi itu akan dikeluarkan dalam dua versi iaitu yang menampilkan haruman gabungan bauan buah-buahan (fruity) dan gula-gula (candy) dan yang menggabungkan elemen bauan segar (fresh) dan sejuk (cool).
Ditebak, adakah dia melancarkan pelbagai projek sebagai mengambil peluang keemasan tatkala namanya yang sedang hangat ketika ini, Yuna jujur mengakui akan hal itu.
"Ya, memang saya gunakan kesempatan ini untuk expose (meraih pendedahan) semua, tapi bukan main rembat. Saya pilih (projek) mana yang bersesuaian sahaja," tegasnya yang masih mengutamakan bidang muzik walaupun mempunyai projek sampingan yang lain.



No comments:

Post a Comment