Sunday, January 23, 2011

BILA PEMIMPIN TERLALU KAYA....RAKYAT MISKIN MELARAT....MANA SLOGAN MEMBELA DAN PENTINGKAN RAKYAT...ADAKAH SLOGAN AUTA...BEGITU MANA PUSAT ZAKAT...ORANG BAYAR ZAKAT...DUIT TAK SAMPAI SECARA MENYELURUH...KAYANYA SEORANG HINGGA HANTARAN RIBUAN RINGGIT....MANA SEMANGAT MEMBANTU ORANG MISKIN......

Rumah usang tempat si yatim

Oleh MUHAMMAD SAUFI HASSAN

UZUR... Rumah anak-Anak Yatim Hawa Kinta perlu bantuan.
UZUR... Rumah anak-Anak Yatim Hawa Kinta perlu bantuan.
IPOH: “Saya dan adik gembira di sini sejak 11 tahun lalu biarpun kemudahannya daif dan asrama tempat tinggal kurang selesa. Malah, hubungan semua penghuni di sini sangat rapat dan saya anggap kami seperti sebuah keluarga besar.
“Jika ada yang mengalami kesusahan, semua penghuni lain membantu sedaya upaya. Semua aktiviti seperti memasak dan membasuh pakaian juga dilakukan secara gotong-royong,” kata Nor Suhaila Mohd Sharif, 17, seorang daripada 23 penghuni Rumah Anak-Anak Yatim Hawa Kinta, dekat sini.

Tinjauan Metro Ahad mendapati, sebuah rumah papan lama yang usang dijadikan tempat tinggal penghuni yang berusia tujuh hingga 19 tahun dan lebih menyedihkan, kontena yang diubahsuai dijadikan pejabat, pusat sumber serta surau di rumah anak yatim terletak dalam kawasan seluas kira-kira 0.2 hektar.
Namun segala kekurangan itu tampak tidak menjejaskan moral penghuni yang kelihatan ceria kerana bagi mereka, memiliki penjaga yang sudi memelihara mereka dengan ikhlas seperti anak sendiri tanpa mengharapkan balasan serta rakan yang dianggap adik beradik, lebih daripada memadai.

Nor Suhaila, pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Main Convent, di sini, berkata perasaan sedih tetap dirasai setiap kali dia dan adiknya berusia 15 tahun mengenangkan nasib diri dan keluarga kandung, terutama ibu yang hidup susah sejak kematian bapa mereka.

“Saya tahu ibu mengambil keputusan paling sukar dalam hidupnya ketika menghantar saya dan adik ke rumah ini ketika kami berusia enam dan empat tahun kerana kedaifan hidup.


“Justeru, kami bersyukur dan anggap diri bernasib baik dapat tinggal di sini kerana ada rakan senasib lain yang terpaksa menjalani kehidupan penuh ranjau disebabkan tiada tempat tinggal dan menumpang kasih,” katanya.

Beliau berkata, dia berhasrat mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal dihadapi tahun ini dan melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi demi membela nasib diri dan adik.
Apapun, surat diterima daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) kira-kira tiga bulan lalu membawa khabar gembira buat 23 penghuni rumah berkenaan apabila PKNP berhasrat menyediakan tanah untuk pembinaan asrama baru.

Pengetua Rumah Anak-Anak Yatim Hawa Kinta, Abdul Wahadi Abdul Wahab berkata, hasrat PKNP menyediakan tanah untuk pembinaan asrama baru itu memberi sinar kebahagiaan baru buat penghuni rumah terbabit.

“Kami menyambut baik hasrat PKNP biarpun tiada hitam putih mengenai perkara itu kerana segala-galanya masih di peringkat awal perbincangan.

“Harapan kami bahawa segala-galanya berjalan lancar dan setelah ada hitam putih baru kami akan melaksanakan tabung dana untuk membiayai kos pembinaan asrama itu yang terletak bersebelahan asrama sedia ada,” katanya kepada Metro Ahad ketika dihubungi di sini, semalam.

Abdul Wahadi berkata, kos pembiayaan rumah anak yatim itu bergantung kepada pemberian derma individu mahupun badan korporat lain yang sudi menghulurkan bantuan kewangan, termasuk agensi lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk meringankan beban.

Beliau berkata, jika dipersetujui semua pihak terbabit, beliau berharap pembinaan asrama baru dimulakan tahun ini juga untuk memberi keselesaan kepada penghuninya dan tidak perlu menjalankan aktiviti di dalam kontena yang jelas tidak selesa.




Rayu anak, isteri pulang



PADANG BESAR: Seorang suami di Felcra Lubuk Sireh, dekat sini, tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih apabila mendengar suara isterinya yang meninggalkan rumah bersama anak gadis berusia 16 tahun sejak hampir sebulan lalu menerusi perbualan telefon hasil penyamaran yang dilakukan, semalam.
Raut wajah Samsri Mat Arob, 41, berubah manakala air matanya berlinang sebaik mendengar suara isterinya, Noriza Said, 40, yang berbual hampir 30 saat dengan wakil Metro Ahad yang menyamar kononnya tersilap mendail nombor telefon bimbit kepunyaan suri rumah berkenaan.

Paling menyedihkan, Noridza yang bekerja di sebuah kilang di Jejawi, dekat sini, sanggup meninggalkan dua anak perempuannya berusia tujuh dan 12 tahun, dengan membawa anak sulungnya, Nurshafifi dipercayai mengikut teman lelaki anak gadis berkenaan ke Johor, 28 Disember lalu.
“Sah... itu suara Aya (panggilan manja isteri)... cepat tanya, dia ada kat mana,” celah Samsri yang bekerja sebagai buruh binaan sebaik mendengar perbualan telefon terbabit di rumah mentuanya di Lubuk Sireh.

Menerusi perbualan telefon berkenaan, Noridza dan anak gadisnya mendakwa kini berada di Pontian, Johor dan baru beberapa hari bekerja di sebuah kedai makan di situ.

Sementara itu, Samsri berkata, sejak meninggalkan rumah pada 28 Disember lalu, beliau setiap hari tidak jemu-jemu menelefon dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada isteri merayunya pulang, namun semuanya tidak dijawab.


“Ratusan SMS dan panggilan telefon saya buat setiap hari, namun semuanya tidak dijawab isteri. Dua lagi anak saya, Nurshaza Yasmin, 7, dan Nurdayang Suhana, 12, demam sejak beberapa hari kerana rindukan ibu mereka yang meninggalkan rumah secara tiba-tiba tanpa perselisihan faham.

“Saya menyedari kehilangan isteri dan anak sulung sebaik pulang daripada bekerja pada petang hari kejadian. Anak kedua saya memaklumkan, ibu dan kak long keluar rumah menerusi pintu belakang dengan membawa beg besar.
“Isteri ketika itu memaklumkan kepada anak kedua hendak pergi mengikuti rombongan melancong anjuran majikannya di Pahang dengan membawa anak sulung yang hanya menamatkan persekolahan setakat tingkatan dua dan kini bekerja sementara di kilang sama,” katanya.

Samsri berkata, seorang rakan isteri yang bekerja di kilang terbabit selepas dihubungi pada malam berkenaan menafikan majikan ada menganjurkan rombongan melancong ke Pahang seperti dinyatakan isterinya.

Susulan kejadian itu, dia membuat laporan di Balai Polis Kaki Bukit, dekat sini, berhubung kehilangan isteri dan anak gadisnya pada 29 Disember lalu.



Jangan putus asa



KUALA LUMPUR: “Pelbagaikan kaedah rawatan. Jika kaunseling tidak berjaya, jangan putus asa... cuba pula berjumpa pakar psikiatri kerana mungkin punca kepada pelakuan si isteri yang baran itu boleh dikenal pasti.
“Tidak perlu malu berjumpa pakar psikiatri kerana kes seperti itu sememangnya ada,” kata Presiden Persatuan Psikiatri dan Mental Asean, Prof Dr Mohamad Hussain Habil ketika mengulas masalah isteri baran.

Menurut Hussain, beberapa kes yang diterima berkaitan sikap isteri baran ada kaitan dengan beberapa punca, antaranya gejala sebelum haid (PMS), personaliti terlalu sensitif dan gangguan dwipolar.
“PMS berlaku seminggu sebelum haid datang. Perubahan hormon yang berlaku mempengaruhi psikologi seseorang itu sehingga menyebabkan kemurungan.

“Personaliti terlalu sensitif pula menjadikan seseorang itu tidak boleh ditegur, dikritik sehingga mudah marah dan meradang.

“Gangguan dwipolar turut menjadi punca menyebabkan seseorang itu kadangkala marah tidak tentu pasal dan masalah itu akan berlarutan jika tidak dirawat,” katanya.


Hussain berkata, masalah baran yang tidak dirawat dibimbangi akan mendorong seseorang wanita itu bertindak di luar batasan.

“Isteri yang baran berisiko memukul anak. Kita tidak mahu kes penderaan kanak-kanak bertambah.
“Si suami pula selain dalam keadaan terdesak terpaksa menceraikan isteri, beban emosi yang berpanjangan memungkinkannya diserang penyakit jantung,” katanya.



Wawa nikah dapat RM70,000


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Personaliti televisyen, Azwaliza Azman, 30, mendapat kejutan di majlis pernikahannya apabila menerima wang hantaran berjumlah RM50,000 dan mas kahwin RM20,000 daripada suaminya, Abdul Kadir Abdul Rashid, 32.
Azwaliza yang bertunang dengan Kadir, ahli perniagaan dan bekas pengurus kumpulan Ruffedge lebih setahun lalu, selamat dinikahkan jurunikah dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Haiyazid Mohammad di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Ternyata wang hantaran dan mas kahwin diterima setinggi itu mengejutkan Azwaliza kerana mengikut perjanjian awal sewaktu majlis pertunangan diadakan, keluarga kedua-dua pihak bersetuju menjadikan senaskah al-Quran sebagai hantaran utama dan tiada jumlah wang disebut.
“Saya tidak sangka di majlis pernikahan kami, saya menerima senaskhah al- Quran dan wang tunai RM70,000. Begitulah suami, suka membuat kejutan.

“Bila saya tanya mengapa, katanya ia hadiah daripadanya untuk saya,” katanya yang kelihatan anggun dengan persalinan kurung moden berwarna putih.



1,930 mangsa dagang selamat



KUALA LUMPUR: Kira-kira 1,930 mangsa kes pemerdagangan orang dari 20 negara berjaya diselamatkan oleh pihak penguatkuasa tempatan sejak 2008 hingga Disember tahun lalu.
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata, daripada jumlah itu, 708 orang dikenal pasti sebagai mangsa sebenar dan diberi perintah perlindungan, manakala selebihnya diserahkan ke kedutaan masing-masing untuk tindakan lanjut.

“Selain itu, 434 orang ditangkap berkaitan kes berkenaan dan pertuduhan dibuat terhadap mereka oleh Jabatan Peguam Negara,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Kesedaran Antipemerdagangan Orang anjuran Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) Peringkat Wilayah Persekutuan, di sini, semalam.
“Statistik ini memuaskan hati berbanding negara lain yang turut menguatkuasakan Akta AntiPemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran yang sama,” katanya.

Raja Azhar berkata, bagaimanapun kesedaran orang ramai mengenai kesalahan memperdagangkan manusia masih di tahap kurang memuaskan kerana ramai tidak bekerjasama dengan penguatkuasa tempatan dalam menangani masalah itu.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai yang curiga mengenai pergerakan kumpulan tertentu terus menghubungi talian 999 yang diwujudkan kerajaan bagi menyalurkan apa saja maklumat mengenai mereka yang melanggar peraturan negara.



Facebook punca cerai



LONDON: Laman sosial Internet, Facebook didakwa menjadi punca kepada peningkatan kes perceraian apabila semakin ramai suami atau isteri ditangkap berkelakuan curang dalam laman itu.
Seorang peguam memberitahu akhbar The Sun demikian mengenai bagaimana kes yang diuruskannya sejak sembilan bulan lalu membabitkan Facebook.

Menurutnya, pengguna yang sudah berkahwin terdedah untuk menipu pasangan mereka apabila berkenalan dengan pengguna lain dalam laman sosial itu.

Mesej berbau seks dan gambar kekasih baru selepas perceraian digunakan oleh bekas suami atau isteri dalam prosiding perceraian.


Kini, peguam menasihatkan pasangan yang bertelingkah supaya berhenti menggunakan Facebook dan laman lain seperfti Second Life, Illicit Encounters dan Friends Reunited sehingga prosiding perceraian masing-masing berakhir.

Emma Patel dari Syarikat Guaman Hart Scales & Hodges di Dorking, Surrey berkata, pihaknya menangani 30 kes perceraian sejak Mei lalu dan semuanya membabitkan Facebook.

Katanya: “Suami isteri yang curiga terhadap pasangan masing-masing menggunakan laman itu untuk mengintip dan mencari bukti kelakuan curang pasangan mereka.

“Penemuan bukti itu akan membawa kepada peceraian,” katanya.

Emma juga berkata, beliau sering memberi amaran kepada pasangan yang bertelingkah supaya mengelak daripada menggunakan laman itu selagi kes perceraian mereka belum berakhir. - The Sun


Tukang cuci dijel 6 bulan kerana mencabul



DUBAI: Seorang tukang cuci dipenjara enam bulan semalam selepas menceroboh masuk bilik tidur seorang wanita Britain dan mencabulnya ketika mangsa tidur dengan suaminya.
Hakim, Hamad Abdul Latif Abdul Jawad berkata, tertuduh, SP, warga Sri Lanka, akan dihantar pulang ke negara asalnya selepas menjalani hukuman itu.

Tertuduh juga akan dihadapkan ke mahkamah lain atas tuduhan minum arak. - GN

No comments:

Post a Comment