NEGARA
'Saya dikerah seperti hamba'
SHAH ALAM – Seorang bekas penuntut di pusat tahfiz, Ambang Kota, Lukut mendakwa, dia pernah dikerah seperti seorang hamba untuk menjalankan kegiatan jualan amal sehingga lewat malam setiap hari.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Naufal, 21, memberitahu, dia mula menuntut di pusat tahfiz tersebut ketika berusia 11 tahun sebelum berpindah ke pusat tahfiz yang sama di Yan, Kedah ketika berusia 13 tahun.
Menurut Naufal, sepanjang enam tahun berada di kedua-dua pusat tahfiz berkenaan, dia diperlakukan seperti seorang hamba dengan setiap pelajar mesti mencapai sasaran jualan sehingga RM300 sehari.
“Jika ia gagal dicapai, kami akan dimarahi dan dikenakan denda. Saya pernah didenda ketuk ketampi sampai lutut saya lembik serta tidak bermaya.
“Biasanya, kami yang tinggal di Yan ketika itu, akan dihantar sekitar Kuala Lumpur selama tiga hari untuk melakukan aktiviti jualan,” ceritanya sambil menyatakan dia meninggalkan pusat tahfiz berkenaan ketika di tingkatan 4 dan kembali ke pangkuan keluarga kerana tidak tahan diperlakukan seperti hamba
NEGARA
Duda tak serik
|
|
KUALA TERENGGANU – Seorang duda berusia 56 tahun yang pernah merengkok dalam penjara selama 34 tahun sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua tuduhan mengedar dadah jenis heroin dua minggu lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Abdul Jalal Daud dari Kuala Besut, Besut ketika jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang baru dibebaskan dari Penjara Marang pada Jun tahun lalu didakwa mengedar heroin seberat 46.32 gram (g) di hadapan Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, di sini pada pukul 6 petang, 13 Januari lalu.
NEGARA
Hilang ikut pengkid
|
|
KUALA LUMPUR – Lemas dengan belaian dan layanan yang diberikan oleh pengkid menyebabkan seorang remaja perempuan ‘lupa’ kepada keluarganya hingga dia enggan kembali semula ke pangkuan mereka sejak menghilangkan diri dua bulan lalu.
Bagaimanapun, kedegilan Yusnashuha Yusoh, 13, untuk pulang ke rumah keluarganya di Kampung Kolam Abu, Machang, Kelantan berakhir apabila dia ditemui pukul 1 pagi semalam di sebuah rumah di tingkat 14 Kondominium Vista Saujana, Kepong, di sini, milik seorang pengkid bernama Mail (bukan nama sebenar).
Ketika ditemui oleh kakaknya, Yusrina Yusoh, 33, anak bongsu daripada 10 beradik itu dikatakan sedang beristirehat kerana baru sahaja pulang daripada rumah rakannya di Pandan Indah, Ampang. Ketika itu Mail, 20-an, turut berada di rumah tersebut.
NEGARA
Guru dipenjara 11 tahun, 10 sebatan
|
|
MELAKA – Sepatutnya seorang guru perlu memberi contoh teladan yang baik kepada masyarakat terutama bab penyalahgunaan dadah yang menjadi musuh nombor satu negara.
Namun semalam, seorang guru Bahasa Melayu sekolah rendah di Tengkera dihukum penjara 11 tahun dan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini atas dua pertuduhan memiliki dadah tahun lalu.
Hakim Datuk Ahmadi Asnawi menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd. Sallehin Abu Samah, 29, yang mengaku salah dan selepas meneliti semua fakta kes yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Salwa Mhd. Asrar.
Pada pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 270.86 gram di tempat letak kereta Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir pada 11 Mac 2010 pukul 7 petang.
NEGARA
Restoran di KL wajib ada WiFi tahun depan
KUALA LUMPUR – Semua pengusaha restoran di ibu negara akan diwajib menyediakan perkhidmatan kemudahan Internet jalur lebar tanpa wayar (WiFi) di premis masing-masing mulai tahun depan.Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail (gambar) berkata, jika mereka ingkar, lesen perniagaan restoran sedia ada tidak akan diperbaharui manakala bagi pengusaha baru, ia akan menjadi syarat kepada pemberian lesen.
Katanya, peraturan baru itu dibuat bagi memastikan sasaran untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah ibu negara maju pada tahun 2020 tercapai.
“Kita akan lakukan pindaan terhadap syarat lesen perniagaan untuk memastikan arahan ini dipatuhi.
“Lesen baru tidak akan dikeluarkan dan lesen pengusaha restoran sedia ada tidak akan diperbaharui jika syarat ini gagal dipatuhi,” katanya pada sidang akhbar sempena Hari Wilayah di Angkasapuri di sini semalam
NEGARA
Empat adik-beradik akhirnya dapat sijil lahir
AMPANG - Penantian empat beradik yang tidak mempunyai sijil kelahiran berikutan masalah ketiadaan dokumen perkahwinan ibu bapa mereka berakhir semalam.
Adik-beradik tersebut, Mohammad Amirul, 12; Mohamad Akhmal, 11; Nuraliah Maisarah, 8, dan Nurayuni Layla Witra, 5, menerima sijil lahir masing-masing di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Selangor di sini.
Pengarah JPN negeri, Mustafha Mohammad memberitahu, pihaknya membantu kanak-kanak tersebut selepas masalah mereka didedahkan Kosmo! baru-baru ini.
"Hasil siasatan mendapati masalah itu berlaku kerana ketiadaan dokumen perkahwinan ibu bapa mereka, Syawal Potrah, 36, dan Duanah Abdul Latif, 39.
"Dalam tempoh 10 hari selepas masalah mereka disiarkan oleh Kosmo!, kakitangan JPN berjaya menyelesaikan masalah mereka seterusnya mengeluarkan sijil lahir," katanya selepas menyerahkan sijil lahir kepada empat kanak-kanak tersebut.
NEGARA
Setengah jam bertarung nyawa
PASIR PUTEH - Lima nelayan terpaksa berhempas pulas selama setengah jam bagi menyelamatkan diri selepas bot laut dalam yang mereka naiki terbalik dipukul ombak besar ketika cuba memasuki muka muara Kuala Tok Bali di sini semalam.
Semasa kejadian pada pukul 8.30 pagi, kelima-lima mangsa terpaksa berpaut pada perut bot yang beberapa kali terbalik dipukul ombak setinggi lima meter ketika bot itu cuba memasuki kuala muara terusan Semerak.
"Ketika bot hanyut dibawa ombak menghampiri pantai, saya memberanikan diri terjun berenang ke pantai," kata salah seorang nelayan So Hon Yu, 51, ketika ditemui di Hospital Tengku Anis (HTA) di sini semalam.
No comments:
Post a Comment