NEGARA
Majikan terdesak mencari amah
KUALA LUMPUR - Berpuluh ribu rakyat Malaysia kini berhadapan dengan kesulitan ekoran masalah kekurangan pembantu rumah warga asing bergaji murah yang melanda negara ini.
Sumber industri menganggarkan isu itu sudah membelenggu sekurang-kurangnya 35,000 keluarga yang masih berada dalam senarai menunggu untuk mendapatkan pembantu rumah.
Masalah tersebut berlarutan gara-gara rundingan penetapan gaji minimum pembantu rumah yang diminta oleh Indonesia sebanyak RM800 sebulan masih tertangguh.
"Saya mengalami kesusahan tanpa pembantu rumah," demikian pengakuan ibu kepada tiga orang anak yang hanya mahu dikenali sebagai Maz.
Dia sedang berfikir untuk berhenti kerja sebagai pegawai jualan demi menjaga anak-anaknya yang berusia di antara satu hingga lima tahun.
Sejak menjadi ibu yang bekerja, Maz pernah mempunyai dua pembantu rumah yang tinggal bersama keluarga sehingga kontrak mereka selama dua tahun berakhir.
NEGARA
Banglo Ummu Jah anak beranak
|
|
KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa sedang menyiasat sebuah banglo 18 bilik yang dihuni oleh Ummu Jah, isteri kedua pengasas ajaran Al-Arqam, Allahyarham Ashaari Mohamad bersama lapan anaknya sejak Jun tahun lalu di Haramain, Mekah.
Menurut sumber, Ummu Jah, 57, perlu mengeluarkan belanja dianggarkan sebanyak RM240,000 (Riyal 294,762) setahun atau lebih kurang RM20,000 (Riyal 24,563) sebulan kepada pihak ketiga untuk banglo yang masih belum dapat dipastikan sama ada dimiliki oleh seseorang atau pihak bank.
Ummu Jah menetap di situ sejak 28 Jun 2010 bersama anak-anaknya hasil perkahwinannya dengan Ashaari atau lebih dikenali dengan gelaran Abuya.
“Siasatan mendapati, Ummu Jah telah membuka dua restoran yang dinamakan Restoran Ashaari di Mekah dan Jordan. Kita percaya dia mendapat pulangan yang agak lumayan untuk menampung kehidupannya di sana termasuk membayar banglo itu.
NEGARA
Lelaki temui ajal dalam tali air
|
|
ALOR SETAR - Hajat seorang tukang kebun Istana Anak Bukit untuk menghantar kuih seri ayu di sebuah kafeteria hospital berkecai apabila dia maut selepas diserang sakit jantung ketika dalam perjalanan ke premis itu di Hutan Kampung di sini semalam.
Kejadian pukul 8.30 pagi itu mengakibatkan motosikal yang ditunggang Roslan Hashim, 52, terbabas ke dalam tali air hingga menyebabkan berpuluh kuih seri ayu yang dibawa di dalam bakul bertaburan.
Mayat yang lengkap beruniform dengan logo istana tersebut ditemui di sisi motosikalnya oleh orang ramai sebelum menghubungi polis.
Difahamkan mangsa yang menetap di Taman Aman, Anak Bukit di sini menggunakan batas ban yang merupakan laluan pintas untuk menghantar kuih yang dibuat isterinya untuk dijual di kafeteria Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sejak enam tahun lalu.
Isteri Roslan, Remlor Rejab, 50, memberitahu, suaminya keluar rumah pada pukul 7 pagi dan dia dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira dua jam kemudian.
NEGARA
Hairuman bakal hilang kaki kiri pula
|
|
KLANG - Mangsa renjatan elektrik bervoltan tinggi, Muhamad Hairuman Miskon yang baru kehilangan kedua-dua belah tangannya minggu lalu, bakal berdepan satu lagi dugaan apabila doktor mengesahkan salah satu daripada kakinya akan dipotong.
Ketua Aduan Majlis Belia Malaysia, HM Rizan ketika dihubungi berkata, pihaknya mendapat berita sedih itu petang semalam.
"Saya sendiri terkejut apabila doktor memaklumkan Muhamad Hairuman akan dimasukkan ke dewan bedah petang esok (hari ini) bagi membolehkan kaki kirinya dipotong.
"Kami rasa sangat sedih dan terkejut tetapi doktor memberitahu perkara itu terpaksa dilakukan atas faktor perubatan," katanya ketika dihubungi di sini petang semalam.
NEGARA
Hukuman dera amah ditambah 11 tahun
|
|
KUALA LUMPUR - Seorang ibu tunggal menyambut perayaan Tahun Baru Cina dalam suasana muram apabila bukan sahaja rayuan untuk ketepikan hukuman terdahulu ditolak malah Mahkamah Tinggi di sini semalam mengenakan hukuman penjara 11 tahun berbanding lapan tahun sebelum ini kerana mendera bekas pembantu rumah, Siti Hajar Sadli tiga tahun lalu.
Hau Yuan Tyng, 45, hanya mampu mengalirkan air mata sambil ditenangkan ahli keluarga dan peguam, M. Manoharan yang mewakili tertuduh sejurus prosiding selesai di hadapan Hakim Ghazali Cha.
Hakim Ghazali sebelum itu menolak rayuan Yuan Tyng untuk mengenepikan hukuman terdahulu sebaliknya memerintahkan ejen hartanah tersebut dipenjara lima tahun bagi setiap dua tuduhan dera menggunakan air panas dan tukul besi.
Bagi tuduhan ketiga, Yuan Tyng dikenakan hukuman penjara setahun. Kesemua hukuman diarah berjalan secara berasingan mulai 20 Mei 2010.
NEGARA
Terlepas hukuman gantung
|
|
GEORGE TOWN – Seseorang pekerja kilang menangis teresak-esak apabila dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam atas tuduhan membunuh bayi yang baru dilahirnya, dua tahun lalu.
Nurul Syuhada Shamsudin, 21, yang berjubah putih terpaku selepas Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim membacakan keputusannya di akhir kes pendakwaan lantas mengucapkan terima kasih kepada Zamani.
Dalam penghakiman ringkasnya, Zamani berkata, tiada bukti kukuh menunjukkan tertuduh telah membunuh bayi yang baru dilahirkannya di dalam tandas kilang tempat wanita itu bekerja.
Menurut beliau, keterangan termasuk daripada pakar patologi tidak dapat memberi penjelasan dan bukti mengenai punca sebenar kematian bayi itu sama ada akibat faktor alam seperti kurang oksigen, lemas atau pendarahan.
No comments:
Post a Comment