Thursday, January 27, 2011

MANA PUSAT ZAKAT....MANA KEBAJIKAN MASYARAKAT....NI LAH KESAN JIKA TIADA KRONI ATAU SOMEBODY KITA KENAL.....PIHAK YANG MENGABAIKAN...ESOK JAWAB AJE DIHADAPAN ALLAH SWT...TAK MENYALURKAN WANG ZAKAT.....

‘Tak apa, Allah selamat’

Oleh Rosli Ilham
am@hmetro.com.my

GEMBIRA...Mat Rani selamat meskipun  rumahnya di Kampung Pak Sabah runtuh, semalam.
GEMBIRA...Mat Rani selamat meskipun rumahnya di Kampung Pak Sabah runtuh, semalam.
DUNGUN: “Tak apa, Allah selamat,” itulah ungkapan pertama diluah seorang lelaki warga emas, Mat Rani Mahamud, 62, sebaik merangkak keluar dari runtuhan rumahnya di Kampung Pak Sabah, di sini, semalam.
Dia yang mengalami masalah mental mengulangi ungkapan itu apabila ditanya penduduk kampung selepas tempat tinggalnya itu runtuh dalam kejadian angin kencang kira-kira jam 10 pagi.

Ketika kejadian, mangsa yang bekerja mengutip barang terbuang sedang menyusun kotak dipungut dalam rumah sebelum bencana berlaku.
Berikutan kejadian itu, mangsa mengalami luka di belakang badan dipercayai terkena kayu dan atap selepas terperangkap kira-kira 15 minit di bawah runtuhan itu.

Pemilik rumah berkenaan, Ismail Awang, 65, berkata rumah pusaka miliknya itu sudah berusia lebih 30 tahun dan dia membenarkan mangsa tinggal di situ sejak belasan tahun lalu.

Katanya, dia yang tinggal tidak jauh dari rumah itu mulanya bercadang merobohkan rumah itu, namun tidak berbuat demikian kerana kasihan kepada mangsa tiada rumah dan saudara-mara.

“Saya tidak mengenakan sewa dan membenarkan dia tinggal di situ dan sama sekali tidak menyangka kejadian itu menimpanya, begitupun saya bersyukur kerana dia terselamat,” katanya.

Ismail berkata, kehidupan mangsa hanya bergantung kepada simpati jiran.

“Dia tiada kad pengenalan diri dan keadaan itu menyulitkannya menerima sebarang bantuan dan saya berharap pihak berwajib berusaha mendapatkan dokumen itu untuknya,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah, Wan Zabariah Wan Harun berkata, pihaknya akan segera menempatkan mangsa di Rumah Sejahtera Taman Bahagia di Marang.

Katanya, kakitangan JKM sudah menghantar mangsa ke rumah itu dan akan mendapat penjagaan sempurna.

No comments:

Post a Comment