Monday, January 24, 2011

NILAILAH SENDIRI ARTIS2 MALAYSIA.....BAGAIMANA IA MEMAHAMI ISLAM...SERTA PENGHAYATAN ISLAMNYA....NI SUDAH TENTU AKAN JADI TREND REMAJA YANG LEMAH KEFAHAMAN ISLAMNYA JUGA.....

Bulan madu dalam lokap

Oleh Riadz Radzi
riadz@hmetro.com.my

RAMPAS...Abdul Ghafar (kanan) menunjukkan dadah yang dirampas.
RAMPAS...Abdul Ghafar (kanan) menunjukkan dadah yang dirampas.
ALOR SETAR: Baru seminggu bergelar raja sehari, sepasang suami isteri bukan sekadar meringkuk dalam tahanan, malah turut berdepan hukuman mati apabila kedua-duanya disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki terbabit dengan kegiatan pengedaran dadah.
Lelaki 35 tahun dan isterinya berusia 26 tahun, dianggap pasangan ‘sejiwa’ kerana kedua-duanya pernah ditahan beberapa kali atas kesalahan mengedar dadah sejak beberapa tahun lalu sebelum membuat keputusan berkahwin minggu lalu.
Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, lelaki itu ditahan di Plaza Tol Gurun, kira-kira jam 3 petang Sabtu lalu manakala isterinya ditahan di rumah mereka di Kepala Bukit, Gurun, sejam kemudian pada hari yang sama.

Beliau berkata, sepasukan polis dari Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah menahan lelaki terbabit yang ketika itu menunggang motosikal bersendirian dalam keadaan mencurigakan di plaza tol.

“Hasil pemeriksaan, kami menemui dua plastik lutsinar dipercayai heroin seberat 910 gram bernilai RM30,000 yang disorok di dalam plastik biskut dan diletak dalam raga motosikal Modenas Kriss itu,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Susulan penahanan itu, suspek membawa polis ke rumahnya di Kepala Bukit, Gurun dan hasil pemeriksaan menemui sembilan ketulan plastik mampat mengandungi heroin seberat 24.2 gram bernilai RM1,100.

Abdul Ghafar berkata, dadah yang diproses sebegitu kebiasaannya untuk tujuan penyeludupan dan suspek menelannya bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Kami masih menyiasat sama ada suspek melakukan taktik penyeludupan demikian yang biasanya dilakukan untuk menyeludup dadah ke dalam penjara,” katanya.

Turut dirampas, tiga telefon bimbit dan motosikal daripada pasangan itu.

Siasatan mendapati bekalan dadah itu diperoleh dari negara jiran dan polis masih menyiasat sama ada suspek menjalankan urusan jual-beli dadah ketika ditahan.

Abdul Ghafar berkata, kedua-dua suspek pernah beberapa kali ditahan akibat kesalahan dadah itu dikenakan tindakan Orang Kena Pengawasan (OKP) mengikut Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.


Nora bukan dalang

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

KINI HANYA KENANGAN...Fasha dan Jejai ketika menjalin hubungan.
KINI HANYA KENANGAN...Fasha dan Jejai ketika menjalin hubungan. 
 
KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama mengambil sikap tunggu dan lihat, Rizal Ashram Ramli, 34, atau Jejai semalam mengesahkan hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha sudah berakhir dan pada masa sama menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan itu.
“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.
Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.

Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.

Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip.


“Walaupun dalam penulisan (gosip di akhbar) tidak menamakan artis berkenaan, tapi sesiapa yang membaca pasti akan mengetahui siapa artis yang dimaksudkan. Sebenarnya ia tidak pernah berlaku seperti ditulis.

“Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya,” kata Jejai menerusi e-melnya.

Jejai turut menegaskan dakwaan mengatakan Nora gila talak amat keterlaluan.

“Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,” katanya.

Jejai turut menegaskan kenyataan diberikan mengenai isu perhubungan cintanya itu yang terakhir dan berharap ia tidak lagi diperkatakan atau ada pihak cuba menjadikan ia sebagai satu isu.


'Kami tiada jodoh'



KUALA LUMPUR: “Memang hubungan saya dengan Jejai sudah berakhir. Sukar untuk saya jelaskan sebab atau alasannya, namun itulah hakikat dan saya percaya ada hikmah di sebaliknya.
“Sejak dia (Jejai) pulang daripada bercuti bersama keluarganya di Jepun 18 Januari lalu, kami langsung tidak berhubung hingga hari ini. Entah kenapa, namun itulah yang berlaku. Justeru saya mengandaikan tiada jodoh antara kami berdua,” kata Fasha yang dihubungi Harian Metro, semalam.
Ditanya mengapa Jejai tidak lagi menghubunginya sejak pulang dari Jepun memandangkan sebelum ini Fasha pernah mengeluarkan kenyataan masih bahagia sewaktu mengulas gambar kontroversinya berbikini di Bali sebelum ini, aktres berusia 27 tahun ini hanya selesa untuk tidak mengulas lanjut.

“Sepanjang bercuti, setiap hari dia menghubungi saya dan tidak pernah lupa menghantar mesej. Saya masih lagi menyimpan semua senarai dan rekod panggilannya. Malah, sehari sebelum dia pulang ke Malaysia 17 Januari lalu, Jejai masih menghubungi saya.
“Perkara itu terlalu peribadi dan sukar untuk dijelaskan secara terperinci. Cukuplah saya nyatakan hubungan kami sudah tiada apa-apa lagi,” katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Samson Delaila.
Mengulas gosip kononnya bekas isteri Jejai, Nora Danish dikatakan punca hubungan mereka berantakan, Fasha tidak mahu mengulas lanjut.
“Jujurnya saya langsung tidak tahu menahu mengenai perkara itu. Namun, saya percaya Jejai ada alasannya sendiri dan mungkin ini jalan terbaik buat kami berdua.
“Saya harap tiada lagi pihak cuba mengaitkan kami berdua dan usah lagi bertanya saya mengenai Jejai. Berilah saya ruang untuk bernafas serta memikirkan soal diri sendiri dan kerjaya,” katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran dan menguruskan operasi perniagaan butik dandanan rambut, Chinta Salon di Wangsa Link yang akan memulakan operasi tidak lama lagi.
“Mungkin ini peluang bagi saya meletak sepenuh fokus kepada kerjaya lakonan yang Alhamdulillah tidak henti buat saya,” katanya.
Fasha menyifatkan perpisahan mengejut antaranya dengan ahli perniagaan berusia 34 tahun itu sebagai satu suratan.

“Bagaimana untuk saya lari daripada semua cerita ini? Saya bukan mahu meraih publisiti murahan atau sengaja membesarkan apa yang berlaku, namun sebagai anak seni saya akur dengan tuntutan media yang sentiasa memerhati saya daripada jauh.
“Alhamdulillah saya tidak pula tertekan atau terasa kecewa dengan apa yang berlaku. Biarlah semuanya berlalu dan pergi begitu saja,” katanya.


Aznah Hamid Persoalkan Sikap A.Aida

Aznah dan Sheera terkejut dengan tindakan penerbit drama Halimah Jongang
PETALING JAYA: Pelakon Aznah Hamid mempersoalkan kenapa baru sekarang penerbit A.Aida mahu memperkatakan anaknya, Sheera Iskandar tidak berdisiplin iaitu beberapa bulan selepas penggambaran drama bersiri Halimah Jongang musim kedua tamat pada bulan Ramadan lalu.
Aznah yang bertindak sebagai pengurus kepada Sheera Iskandar berkata dia juga terkejut apabila A.Aida mengambil keputusan untuk menyaman anaknya tanpa berbincang terlebih dahulu.
“Saya terkejut apabila membaca laporan akhbar Ahad lalu bahawa dia mahu menyaman Sheera dengan alasan tidak berdisiplin dan kurang ajar.
“Kenapa baru sekarang dia mahu mengambil tindakan tersebut sedangkan ketika penggambaran berlangsung dia tidak menghubungi saya tentang perkara ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online Isnin.
Aznah diminta mengulas tentang tindakan A.Aida yang mendakwa Sheera melanggar kontrak termasuk mengambil tawaran produksi lain ketika penggambaran Halimah Jongang.
A.Aida turut menyifatkan Sheera sebagai kurang ajar kerana memotong rambut sehingga menyebabkan berlakunya rombakan skrip dalam drama tersebut.
Menurut Aznah sebelum Sheera menandatangani kontrak, dia sudah memaklumkan terlebih dahulu kepada A.Aida tentang komitmen yang perlu diberikan kepada produksi lain.
A.Aida menganggap Sheera sebagai kurang ajar dan tidak berdisplin
Bagaimanapun, A.Aida masih berminat untuk mengambil Sheera bagi memegang watak Halimah dalam drama tersebut.
“A.Aida telefon saya ketika ingin menawarkan Sheera berlakon Halimah Jongang, dan kami sudah berbincang banyak perkara termasuk komitmen Sheera terhadap produksi lain.
“Namun A.Aida tetap mahukan Sheera menyertai drama tersebut menyebabkan Sheera terpaksa menerima tawaran itu,” katanya yang turut mempersoalkan tentang dakwaan kurang ajar yang dilemparkan A.Aida kepada anaknya.
Aznah juga berkata, buat masa ini dia hanya menunggu surat saman yang diberikan sebelum membuat sebarang tindakan.
“Saya hanya mahu melihat sahaja apa yang akan berlaku. Kalau boleh kami malas untuk bersuara atau memperbesarkan perkara ini,” ujarnya.
Sementara itu, Sheera menjelaskan perkara ini telah memberi tekanan kepadanya untuk berhadapan dengan masyarakat.
“Saya tidak tahu untuk bercakap apa-apa tentang perkara ini, saya tak mahu melenting atau melatah.
“Cuma saya tertekan dan malu untuk berhadapan dengan orang ramai yang menganggap saya bersalah. Yang pastinya ia menjadi pengajaran kepada saya,” katanya.


Ayu Raudhah & Zaquan Dirai Sempena 'Festival Pengantin Malaysia'

Ayu dan Zaquan akan dirai dalam sebuah majlis sempena Festival Pengantin Malaysia pada 26 Januari ini di Seri Kembangan. - Foto ASRI ABDUL GHANI
PETALING JAYA: Pasangan suami isteri Ayu Raudhah dan pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha akan diraikan sempena Festival Pengantin Malaysia 2011 pada Rabu ini di Beach Hut Mines Wellness Hotel, Mines Resort City, Seri Kembangan, Kuala Lumpur.
Majlis bertemakan “Ocean, Blue, Mediterranean - Hangatnya Cinta” anjuran Dirich Vision Sdn Bhd itu juga diadakan seiring dengan majlis pra pelancaran dan sidang media Festival Pengantin Malaysia yang akan berlangsung pada 4 hingga 6 Mac tahun ini di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan, Selangor.
Pasangan ini bernikah pada 21 Januari lalu di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Festival tersebut dianjurkan buat kali ketiga selepas kejayaan yang cemerlang di Karnival Pengantin Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada November 2010 dan Karnival Pengantin di Stadium Melawati Shah Alam pada Disember 2010.
Kali ini, pihak penganjur menjanjikan karnival yang terbesar dan terhebat seumpamanya dengan pelbagai acara dan aktiviti menarik serta lebih eksklusif.
MIECC dipilih kerana festival kali ini mendapat penyertaan lebih 200 syarikat yang terlibat dalam industri perkhidmatan andaman pengantin, perancang perkahwinan, fotografi dan videografi, percetakan kad jemputan, cenderahati perkahwinan, perhiasan dan aksesori, penyediaan lokasi majlis, ejen pelancongan, pusat kecantikan serta perkhidmatan penyediaan penyajian (katering).
Penganjuran kali ini menyasarkan lebih 30,000 pengunjung berdasarkan sambutanDi luar jangkaan pada penganjuran yang lepas.
Selain Dirich Vision sebagai penganjur, penganjuran kali ini dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategi penganjuran antaranya Mines Wellness Hotel dan Majalah Stailista agar festival kali ini lebih eksklusif dan berprestij.

No comments:

Post a Comment