NEGARA
Warga asing bermaharajalela
KUALA SELANGOR - Penduduk tempatan di Taman Alam Jaya, Puncak Alam di sini mempunyai sebab untuk 'hidup dalam ketakutan' meskipun berada di negara sendiri.
Rata-rata mereka yang ditemui Kosmo! mendakwa, segelintir warga asing yang memonopoli kawasan perumahan tersebut sering bertindak keterlaluan sehingga mengganggu ketenteraman penduduk di situ.
Selain disyaki terlibat dengan kegiatan pecah rumah, segelintir warga asing terbabit juga sering membuat bising dan berkumpul sesama sendiri sehingga lewat malam.
Lebih teruk, koloni asing terbabit juga didakwa sering mabuk dan bergaduh sesama sendiri, selain turut mengusik gadis tempatan di tepi kaki lima.
Difahamkan, warga asing terbabit bermastautin di situ ekoran lokasinya yang terletak berhampiran kawasan perindustrian.
3 maut, kereta terjunam tali air
PEKAN – Tiga sekeluarga termasuk sepasang suami isteri terbunuh selepas kereta Datsun 120Y dinaiki mereka terbabas ke dalam sebuah tali air ketika mengelak daripada melanggar sebuah motosikal di Kilometer 31, Jalan Pekan-Batu Balik dekat Kampung Pulau Rumput, Pekan semalam.
Tiga mangsa yang terkorban ialah Maarof Mat Sham, 73, bersama isterinya, warga Indonesia mempunyai taraf penduduk tetap dikenali sebagai Karinah, 55, dan anak saudara pasangan itu hanya dikenali sebagai Mahmud, 36.
Hasil bedah siasat mendapati ketiga-tiga mangsa itu terkorban di tempat kejadian akibat lemas di dalam tali air sedalam lima meter.
Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahaya Othman berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 8 pagi ketika tiga mangsa itu dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Pulau Rumput menuju ke bandar Pekan manakala motosikal jenis Yamaha RXZ dari arah Pekan menuju ke Sekolah Teknik Muadzam Shah.
“Sampai di lokasi kejadian, motosikal ditunggangi seorang remaja gagal memotong sebuah traktor diekori menyebabkan ia bergesel dengan traktor itu sebelum motosikal itu terjatuh ke laluan bertentangan.
“Kereta dipandu Mahmud cuba membrek daripada melanggar motosikal terbabit menyebabkan kereta itu terbabas ke kanan jalan lalu terjunam ke dalam tali air dengan keadaan keempat-empat tayar kereta terbabit berada di atas,” kata beliau ketika ditemui di sini semalam.
Ajal di tali air
Oleh Mohd Fauzi Abdullah
fauzie@hmetro.com.my
fauzie@hmetro.com.my
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Karinah, 56, terbunuh bersama suaminya, Maarof Mat Sham, 73, serta anak saudaranya, Mahmud, 36, ketika mereka dalam perjalanan ke stesen bas di bandar ini untuk ke Johor.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila kereta Datsun dipandu Mahmud mengelak seorang penunggang motosikal yang terjatuh di tengah jalan ketika memotong sebuah traktor di depan.
Mahmud dipercayai gagal mengawal kenderaannya menyebabkan kereta itu terbabas ke dalam tali air lalu terbalik.
Ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat lemas selepas gagal diselamatkan kerana kemalangan berlaku begitu pantas dalam hujan lebat.
Ibu saudara Karinah, Rahmah Ibrahim, 59, berkata ketika kejadian, arwah dalam perjalanan menjemputnya di Pulau Manis, di sini, untuk bersama-sama menghantar wanita itu ke stesen bas di bandar ini ke Johor sebelum bertolak ke Riau.
“Dia dijadualkan menaiki bas ke Johor jam 10 pagi tadi (semalam), namun kira-kira jam 9 pagi, saya mendapat panggilan telefon memaklumkan arwah meninggal dunia dalam kemalangan bersama Maarof dan Mahmud,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Pekan (HP), di sini, semalam.
Menurutnya, Karinah berkeras pulang ke kampung asalnya semalam bagi menghadiri majlis kenduri kahwin anak saudaranya yang dijadualkan minggu depan.
Katanya, sebelum mengambil tiket bas minggu lalu, dia ada meminta Karinah pulang ke Riau hari ini, namun wanita itu berkeras untuk bertolak lebih awal.
“Bukan apa, saya kasihankan dia kerana pulang seorang diri ke Indonesia tanpa ditemani sesiapa, lagi pun kenduri itu akan diadakan minggu depan.
“Saya memintanya pulang esok (Sabtu) tetapi dia berkeras mahu pulang pagi ini (semalam),” katanya.
Menurutnya, kasihan dengannya, dia mengambil keputusan menghantar mangsa di stesen bas sebelum bertolak ke Johor.
“Saya tidak menyangka rupa-rupanya ada sesuatu menggamitnya, seolah-olah arwah tahu akan pergi meninggalkan kami selama-lamanya,” katanya sebak.
Sementara itu, menantu Maarof, Norehan Hassan, 53, berkata kali terakhir dia bertemu mangsa kira-kira seminggu lalu dan tiada sebarang tanda pelik ditunjukkan bapa mentuanya itu, juga warga Indonesia.
“Saya menetap di Muadzam Shah, Rompin, dan sering menjenguknya yang tinggal berdua dengan Maarof di Pulau Manis memandangkan adik-beradik lain kebanyakannya menetap di Kuala Lumpur.
“Kami reda walaupun sedih pemergiannya,” katanya yang memaklumkan jenazah ketiga-tiga mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Serambi, Pekan, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintendan Yahaya Othman, berkata mayat ketiga-tiga mangsa dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat yang tiba di tempat kejadian sejurus menerima maklumat kemalangan itu.
Katanya, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas.
NEGARA
Murid dirotan hingga terkencing
KUALA TERENGGANU - Seorang murid tahun empat trauma untuk pergi ke sekolah selepas mendakwa dia dirotan oleh seorang guru selepas menghantar kertas ujian di sebuah sekolah di Kuala Besut di sini pada Rabu lalu.
Semasa kejadian, Wan Mohd. Faris Wan Zukri, 10, mendakwa dia baru menghantar kertas ujian kertas pendidikan Islam sebelum dikejutkan dengan tindakan guru lelaki itu yang tanpa sebab telah merotan badannya secara tiba-tiba.
Tindakan guru itu menyebabkan dia terkencing di dalam kelas kerana menahan kesakitan.
"Waktu kejadian, cikgu itu bagi kertas ujian dan selepas saya hantar kertas ujian pada cikgu, saya jenguk kawan saya untuk tengok apa yang dia buat.
"Tiba-tiba cikgu datang terus rotan belakang badan saya. Selepas itu cikgu tanya sakit tak. Belum sempat saya jawab dia rotan saya sekali lagi," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Tumbuk cikgu
Oleh Rosli Ilham
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Guru berusia 43 tahun itu juga diacukan pisau berikutan bapa terbabit naik angin apabila mengetahui mangsa menampar anaknya.
Dalam kejadian Isnin lalu, guru sekolah rendah di bandar ini ditahan bapa murid tahun dua itu ketika dia dan dua anaknya dalam perjalanan pulang sebaik selesai mengajar.
Mangsa yang enggan dikenali berkata, dia ditahan kira-kira jam 2 petang tidak jauh dari sekolah sebelum diajak ke rumah konon mahu berbincang masalah anaknya.
Katanya, di rumah itu, dia dijemput masuk dan tidak mengesyaki apa-apa sebelum lelaki berkenaan bertanya apa yang dilakukan terhadap anaknya.
“Belum sempat menjawab, saya ditumbuk di muka sebelum dia mengeluarkan pisau menyebabkan saya takut,” katanya kepada Harian Metro, kelmarin.
Katanya, isteri lelaki itu menghalang perbuatan suaminya dan memintanya bersabar serta berbincang.
“Tiba-tiba, bapa saudara murid itu datang dan tanpa saya sedari, lelaki itu turut melepaskan satu tumbukan ke muka saya,” katanya.
Katanya, tumbukan itu menyebabkan mata kanan dan dahinya lebam selain bengkak tangan kanan akibat disepak bapa murid terbabit.
Mengulas punca kejadian, mangsa berkata, dia membawa sekumpulan murid tahun enam memasuki makmal sekolah kira-kira jam 12.30 tengah hari, Ahad lalu.
Ketika itu, sekumpulan murid tahun dua termasuk anak lelaki terbabit keluar dari makmal sebelum kanak-kanak itu menunjukkan isyarat lucah kepada seorang murid tahun enam.
“Saya memanggilnya dan bertanya kenapa dia menunjukkan isyarat lucah dan saya ada memulas telinga dan menampar pipinya, tetapi dia tidak langsung menangis. Jika tamparan itu kuat, tentu sudah menangis,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor, ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.
NEGARA
Ibu tunggal dihalau suami tinggal dalam stor
KUALA LUMPUR - Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, itulah nasib yang menimpa seorang ibu tunggal Fatimah Abdullah, 42, apabila dihalau daripada rumah selepas diceraikan suaminya kira-kira sebulan lalu.
Malah disebabkan tidak mampu membayar rumah sewa baru, dia kini menumpang sementara di sebuah stor di Pusat Rekreasi, Jalan Kenangan di sini sehingga menanti permohonan mendapatkan rumah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diluluskan.
Ibu kepada empat orang anak itu berkata, dia tidak dapat membayar sewa rumah kerana pendapatannya sebagai pembuat roti di sebuah pasar raya tidak mencukupi.
"Walaupun saya telah dihalau keluar daripada rumah tanpa anak-anak bersama tetapi saya tetap menyara kehidupan mereka yang kesemuanya masih bersekolah.
"Saya terpaksa membantu bekas suami yang kini tidak dapat berkerja lagi selepas dia ditimpa kemalangan sebaik sahaja mereka bercerai," katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.
Kesemua anak Fatimah kini tinggal bersama bekas suami di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Peel di sini.
Fatimah yang memeluk Islam sejak 24 tahun yang lalu, berkata, desakan keluarga di Sarawak supaya pulang juga menyebabkan dia semakin susah hati kerana mereka mahu dia kembali ke agama asal.
Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal, Warga Emas dan Orang Kurang Upaya Cheras, Hamiddah Sidek berkata, beliau simpati dengan keadaan yang menimpa Fatimah dan mahu membantunya bangun semula membina hidup baru.
NEGARA
Dua wanita jual bayi didakwa
|
|
AMPANG - Dua wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan memperdagangkan seorang bayi perempuan berusia seminggu bagi tujuan eksploitasi di Ampang Jaya di sini dua minggu lalu.
Tertuduh Yoong Thim Thai, 53, warga tempatan dan Aling Athu, 36, seorang pendatang tanpa izin dari Indonesia didakwa dengan niat bersama telah memperdagangkan bayi perempuan itu di tempat letak kereta pasar raya Tesco Ampang, Ampang Jaya pada pukul 2.30 petang 14 Januari lalu.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan boleh dihukum penjara tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan denda.
No comments:
Post a Comment