Monday, January 24, 2011

JIN BERADA DIMANA2...KUATKAN AKIDAH....BANYAKKAN ZIKIR....TAAT PADA ALLAH...DAN SENTIASA MOHON PERLINDUNGAN DARI ALLAH SWT.....

NEGARA


Penapis air pembawa mudarat


ROOWINA bersama pelajar KJP meminum air terus daripada paip sebagai bukti air yang dirawat Syabas selamat diminum di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Tahukah anda penggunaan penapis air yang tidak diselenggara dengan baik boleh membahayakan kesihatan penggunanya?
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), dua tahun lalu mendapati, penapis air boleh menghilangkan klorin sehingga menyebabkan berlaku pembiakan bakteria.
Menurut Pengarah Eksekutif Bahagian Kualiti Air Syabas, Roowina Merican A. Rahim Merican, air yang dibekalkan pihaknya adalah berkualiti tinggi namun pemasangan penapis air memberikan kesan sebaliknya.
"Kita memang tidak menggalakkan orang ramai memasang penapis air kerana air yang kita bekalkan memang terbaik dan menepati piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," katanya.


NEGARA


Lari ke Mekah untuk bersembunyi


KAWASAN penempatan di Mekah yang menjadi lokasi pilihan Ummu Jah untuk bersembunyi daripada dikesan pihak berkuasa agama Malaysia.



BANGI – Ketua Sidang Parlimen Roh, Ummu Jah kini dikatakan bersembunyi di Mekah, Arab Saudi ekoran tindakannya cuba menghidupkan semula ajaran Al-Arqam yang difatwakan sesat telah dihidu pihak berkuasa agama negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata, pihaknya percaya Ummu Jah, 57, kini bersembunyi di negara berkenaan selepas tindakannya itu dikesan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Menurut beliau, ketika ini Jakim sedang memantau pergerakan saki-baki pengikut ajaran terbabit dan dibantu oleh Majlis Agama Islam kesemua negeri terutama Majlis Agama Islam Selangor (JAIS).
“Kami percaya dia (Ummu Jah) kini (bersembunyi) di Mekah. Berdasarkan trend (ketua) ajaran sesat sebelum ini, kita percaya dia tidak akan tampil membantu siasatan.
“Ketika ini (dakwaan cuba menghidupkan semula Al-Arqam) sedang dipantau secara serius,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Peserta Diploma Pentadbiran Islam di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bandar Baru Bangi di sini semalam.


NEGARA


Pelajar histeria jilat darah sendiri


ANGGOTA bomba cuba menyelamatkan pelajar yang diserang histeria di Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar di Temerloh semalam.



TEMERLOH - Para pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar di sini semalam melalui detik seram dan cemas apabila bukan saja terkejut dengan serangan histeria terhadap seorang pelajar perempuan malah menyaksikan cubaan membunuh diri oleh pelajar itu.
Selain gempar dengan tindakan pelajar tingkatan tiga pada pukul 8.30 pagi itu, lebih 1,000 pelajar termasuk kakitangan sekolah itu juga merasa seram menyaksikan bagaimana pelajar itu menjilat darah di tapak tangannya yang luka dipercayai terkena cermin tingkap.
Kejadian berlaku apabila mangsa yang berada di dalam kelasnya yang terletak di tingkat dua bangunan itu tiba-tiba menjerit-jerit mengatakan dia hendak terjun dari kelasnya yang mempunyai ketinggian lapan meter itu.
Lebih cemas apabila mangsa kemudian dapat melompat ke balkoni melalui tingkap kelasnya selepas setengah jam menjerit-jerit.
Keadaan bertambah kecoh apabila mangsa berlari-lari di sepanjang balkoni itu sebelum berdiri di hujung balkoni sambil mendepakan kedua-dua belah tangan.




Kecoh mahu terjun

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my

CEMAS...kombinasi gambar menunjukkan saat-saat genting pelajar cuba terjun, semalam.
CEMAS...kombinasi gambar menunjukkan saat-saat genting pelajar cuba terjun, semalam.
TEMERLOH: Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abu Bakar, dekat sini, yang dipercayai diserang histeria bertindak luar dugaan apabila berdiri di koridor bangunan sekolah itu sebelum cuba untuk terjun, semalam.
Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu mengakibatkan hampir 1,000 pelajar sekolah itu terpaksa berhenti memberi tumpuan dalam kelas selepas melihat aksi menakutkan pelajar terbabit yang turut berlari atas koridor sambil mendepakan tangan seperti mahu terjun.

Lebih mencemaskan, pelajar terbabit yang dikatakan tiba-tiba menjerit kelihatan seperti hilang akal turut mencabut sekeping cermin tingkap kelas sebelum membaling ke bawah hingga menyebabkan tangannya cedera.

Rakan sekelas mangsa yang enggan dikenali, berkata dia yang melihat kejadian itu tergamam apabila rakannya itu menjilat darah yang mengalir di tangannya akibat tercedera ketika membaling cermin berkenaan.

“Tidak cukup dengan itu, dia turut bertindak agresif dengan membuka tudung lalu melemparkan ke bawah sambil kedua-dua kaki memijak lantai koridor seperti mahu terjun.



“Kejadian terlalu pantas menyebabkan sesi pembelajaran terganggu, malah saya sendiri tidak menyangka dia akan bertindak sedemikian,” katanya yang masih terkejut dan trauma dengan kejadian itu, semalam.

Menurutnya, dia terpaksa menjauhkan diri kerana bimbang turut diserang histeria selain berdoa semoga terselamat daripada serangan histeria itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Md Nor Mansor, berkata sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Temerloh, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan polis bergegas ke tempat kejadian dalam usaha menyelamatkan pelajar terbabit.

Menurutnya, pengurusan SMK Abu Bakar turut bertindak meletak beberapa keping tilam bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Katanya, pada masa sama, beberapa ahli keluarga mangsa yang tiba di tempat kejadian selepas menerima panggilan cuba memujuk mangsa, namun gagal sebelum pelajar terbabit diselamatkan pasukan penyelamat.

Beliau berkata, pelajar terbabit kemudian dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hohah) untuk menerima rawatan.

Pegawai Pelajaran Daerah, Mohd Nadzri Ab Wahab, berkata pada masa sama, beberapa pelajar lain turut terkena histeria, tetapi keadaan terkawal dan pihaknya mengucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat kerana pantas mengambil tindakan.

Tipu kerajaan angkara hutang

KUALA LUMPUR – Terdorong untuk melangsaikan hutang kad kredit berjumlah RM80,000, seorang bekas Penolong Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Putrajaya sanggup menipu memalsukan beberapa butiran pernyataan tuntutan palsu dua tahun lalu.
Akibatnya tertuduh Mohd. Nazri Mohd. Radzi, 28, dikenakan hukuman denda sebanyak RM230,000 dan dipenjara 14 hari oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam setelah disabitkan bersalah atas empat tuduhan berkaitan.
Daripada denda sebanyak RM230,000 itu, Hakim Rozilah Salleh bersetuju supaya tertuduh membayar secara ansuran sebanyak RM46,000 selama lima bulan bermula pada 28 Januari ini.
Terdahulu, Mohd. Nazri menukar pengakuan tidak bersalah kepada mengaku bersalah selepas keempat-empat tuduhan dibacakan kepadanya sekali lagi semalam.
Sebelum hukuman dijatuhkan, Rozilah bertanyakan kepada tertuduh untuk apa dia memerlukan wang yang banyak.
Mohd. Nazri dengan wajah murung memberitahu, dia memerlukan wang bagi membayar hutang kad kredit yang kesemuanya berjumlah RM80,000.


Penuntut Malaysia perlu bantuan segera


BANJIR yang berlaku di Brisbane yang turut melibatkan pelajar dari Malaysia dan bantuan daripada kerajaan didakwa masih belum diterima. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR - Bantuan segera perlu disalurkan kepada lebih 170 penuntut Malaysia yang menjadi mangsa banjir di Brisbane, Australia sejak dua minggu lalu.
Pengerusi Biro Antarabangsa Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub berkata, pihaknya terkilan kerana sehingga kini tiada bantuan disalurkan kepada para penuntut berkenaan.
"Perkara ini telah lama disuarakan oleh pelajar-pelajar itu, namun banyak pihak memandang ringan tentang isu ini. Kenapa sehingga kini tiada yang memberi bantuan segera kepada mereka," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, penuntut Malaysia terbabit kini berada dalam keadaan bimbang berikutan bencana alam yang berlaku, malahan ada di kalangan penuntut terpaksa berkongsi makanan setelah terputus bekalan makanan.
"Pihak-pihak terlibat misalnya Kedutaan Malaysia di Australia, Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) dan Wisma Putra perlu berbuat sesuatu agar perkara ini tidak berlarutan," katanya.


NEGARA


Kaunter bas ekspres kena sita


ZAKARIYA (kiri) menyita sebuah kaunter tiket bas ekspres yang gagal melunaskan tunggakan sewa di Bandar Darulaman, Jitra semalam.



JITRA - Seorang petugas di kaunter tiket bas ekspres di Bandar Darulaman di sini tergamam apabila menerima 'kunjungan' penguat kuasa Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) yang bertindak menyita premis itu kerana gagal melunaskan tunggakan sewa lebih empat bulan di sini semalam.
Ketika tindakan sita dilakukan di kaunter itu, beberapa petugas kaunter lain bergegas mengemas barangan mereka serta menutup pintu kaunter dan berlegar-legar di kawasan tersebut dengan melihat dari jauh operasi penguat kuasa tersebut.
Operasi sita yang bermula pukul 10.30 pagi itu berjalan dengan baik, biarpun ada antara pengusaha kedai dan petugas kaunter tiket cuba merayu agar premis mereka tidak disita.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa dan Tunggakan Hasil MDKP, Zakariya Ahmad memberitahu, dalam operasi itu pihaknya menyita tujuh kaunter tiket bas dan tujuh gerai makan di medan selera berhampiran stesen bas tersebut.

No comments:

Post a Comment