Perasaan takut, malu punca wanita buang anak
Pendaftar Besar Kanak-kanak Yang Memerlukan Perlindungan di Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Fatimah Zuraidah Salleh berkata, berdasarkan kajian dilakukan remaja dan wanita terlanjur dan hamil tidak mampu mengadukan hal berkenaan kepada sesiapa, seperti keluarga sebelum bertindak sendiri.
“Keluarga dan sahabat sebenarnya memainkan peranan penting bagi menangani isu pembuangan bayi yang makin menular dalam masyarakat ketika ini.
“Ini kerana, wanita yang mengandung luar nikah tidak dapat berfikir dengan betul disebabkan perasaan takut dan sebagainya, justeru sokongan keluarga amatlah penting untuk menerima perkara ini sebelum memberikan nasihat,” katanya.
Katanya, faktor lain yang turut dikenal pasti adalah khuatir dikenakan hukuman jika didapati mengandung luar nikah selain kurang didikan agama dan tidak dapat membezakan perkara buruk dan baik.
“Peranan institusi keluarga menjadi asas utama membentuk sebuah masyarakat yang lebih maju dan bertamadun perlukan perhatian,” katanya.
Suami Pelakon Wilma Meninggal Dunia
Rakan pelakon itu, penyanyi Ramziela Radzillah, memaklumkan kematian tersebut ketika dihubungi mStar Online, Jumaat.
“Arwah suami Wilma meninggal dalam tidur di rumahnya pada malam semalam (Khamis). Saya agak terkejut juga kerana setahu saya arwah tidak menghidap penyakit jantung.
“Arwah merupakan juruterbang Firefly dan selalu membuat pemeriksaan doktor. Bagaimanapun, saya bersimpati dengan keadaan Wilma yang masih terkejut untuk menerima kematian suaminya.
"Tambahan pula dia perlu menyara lima orang anak yang masih kecil dalam keadaannya yang tidak bekerja,” kata penyanyi lagu Gemilang Cinta itu.
Jenazah Mahir dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara selepas solat Jumaat.
Panggung Anniversary saji pelbagai persembahan percuma
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail berkata, tarikh perasmian belum diumumkan, namun tidak menolak kemungkinan bakal dilakukan dalam masa terdekat sejurus menerima maklum balas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, sebelum ini, persembahan tradisional dan klasik saja menghiasi panggung berkenaan dan permulaan baru itu dianggap bertujuan menarik kedatangan setiap lapisan masyarakat. Beliau berkata, perubahan itu dilihat strategik bagi mempromosikan panggung terbabit yang tidak beroperasi hampir dua tahun berikutan proses naik taraf. “Lebih menarik, orang ramai yang ingin mengadakan persembahan tanpa mengira konsep muzik, boleh membuat permohonan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) secara percuma,” katanya.
Amy, Awie gegar ‘Wow Putrajaya’
Karnival dari 11 hingga 13 Februari di Tapak Pasar Tani Presint 2 itu, bakal menyaksikan tiga artis tersohor itu bersama kumpulan Hijau, Mila dan Ito menggerakkan persembahan berkonsepkan ‘Rock and Blues’ pada hari perasmian karnival itu yang dilakukan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada 12 Februari.
Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Samsudin Osman, berkata karnival itu bertujuan mengajak orang ramai khususnya komuniti di daerah itu bersama mengenang pencapaian Pusat Pentadbiran Kerajaan di Putrajaya selain menonjol suasana lebih ceria selepas waktu kerja dan hujung minggu.
Beliau berkata, persembahan artis yang dijangka menggegarkan Putrajaya itu akan bermula selepas perasmian karnival berkenaan, kira-kira jam 8 malam.
“Selain itu, pelbagai gerai jualan dan pameran turut disediakan sepanjang karnival yang menjurus kepada konsep suasana meriah dan berwarna-warni bagi pengunjung sekali gus menjanjikan pengalaman seronok bagi seisi keluarga.
“Bukan itu saja, kita juga menyediakan Pavillion dijangka menjadi tarikan utama sebagai tempat pameran berkaitan satu dekad kecemerlangan Putrajaya, perancangan dan pembangunan serta promosi tempat menarik di Putrajaya kepada orang ramai,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Karnival ‘Wow Putrajaya’, di sini, kelmarin.
Mengulas lanjut, Samsudin berkata, pihaknya menjangka kehadiran pengunjung pada tahun ini melebihi kira-kira 50,000 orang yang dicatatkan tahun lalu. Tanpa berselindung, Samsudin berkata, beliau mengalu-alukan kehadiran pengunjung bagi memeriahkan karnival itu bagi menyaksikan pencapaian dan kemajuan Putrajaya sejak diisytiharkan Wilayah Persekutuan pada 2001.
Artis popular meriahkan larian amal ntv7
Pengurus Besar ntv7, Airin Zainul, berkata ntv7 ‘Saluran Ceria Anda’ berhasrat untuk berkongsi detik keriangan bersama orang awam dengan aktiviti larian menyeronok dan menyihatkan yang mana ia terbuka kepada seluruh warga negara Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan usia.
Airin berkata, larian yang memfokuskan kepada semangat kekitaan, kesihatan dan kebajikan bakal menjadikan acara ini sesuai untuk penyertaan awam terutamanya badan korporat.
“Acara ini adalah sebuah larian amal yang lengkap dengan aktiviti menarik untuk seisi keluarga supaya masyarakat Malaysia kekal sihat dan cergas,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Larian Amal ‘Feel Good Run’, di sini, semalam.
Perasmian itu disempurnakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Gan Ping Sieu. Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Amrin Awaluddin dan Pengarang Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa ntv7, TV8, TV9 dan Rangkaian Radio Kumpulan Media Prima, Datuk Manja Ismail dan Ketua Pegawai Operasi, Pembangunan, Perniagaan dan Antarabangsa Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid.
No comments:
Post a Comment