Monday, October 31, 2011

ADAKAH MEREKA MENANG JUGA DIAKHIRAT SEBAB LANGGAR HUKUM ALLAH....DERHAKA SATU DOSA...KHLAWAT SATU DOSA LAGI....AKHIRAT JAWAB...AHLI MAKSIAT ADALAH BERAMAL SEBAGAI AMALAN2 AHLI2 NERAKA....

Bawa parang tikam isteri

Oleh Junaidi Ladjana
djuns@hmetro.com.my

SANDAKAN: Seorang wanita kini bertarung dengan maut akibat ditetak di kepala manakala perutnya ditikam menggunakan parang jenis ‘barung’ oleh suaminya yang mengamuk kerana sering dituduh mengamalkan ilmu hitam.
Mangsa, Amah Mohd Ali, 36, dan kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Mangkalinau di sini, pada jam 7.30 malam kelmarin.
Sebelum kejadian, Amah bertengkar dengan suaminya yang berusia 30 tahun kerana lelaki itu mengamalkan ilmu hitam dan menuntut ajaran sesat dengan seorang ‘tok guru’ sejak beberapa bulan lalu.

Suaminya yang tidak puas hati dengan tohmahan itu meninggalkan rumah sebelum kembali semula beberapa jam kemudian sambil membawa parang dan nekad menyerang isterinya yang menonton televisyen bersama tiga anak dan bapa mentua.


Seorang anak lelakinya berusia 16 tahun cuba menghalang lelaki itu daripada menyerang mangsa dan kesempatan itu digunakan wanita terbabit melarikan diri dan bersembunyi di sebuah kedai runcit berhampiran.

Lisdawati menang

Oleh Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my

LISDAWATI...saman. Gambar kecil, Nadia, kena bayar.
LISDAWATI...saman. Gambar kecil, Nadia, kena bayar.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, semalam memerintah pelakon Nadia Mustafa membayar ganti rugi RM50,000 kepada seorang lagi pelakon, Lisdawati berhubung saman fitnah terhadap penyiaran artikel di Majalah Media Hiburan, enam tahun lalu.
Hakim Yong Zarida Sazali membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan saman fitnah difailkan Lisdawati terhadap Nadia tahun lalu.
Beliau turut memerintahkan Nadia atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafa, 35, membayar kadar faedah empat peratus bermula dari tarikh penghakiman iaitu semalam hingga tarikh penyelesaian kes serta membayar kos mengikut skala.

“Selepas meneliti hujahan dan keterangan pihak-pihak, mahkamah membenarkan tuntutan plaintif,” katanya.


Nadia dan Lisdawati atau nama sebenarnya, Nisdawati Nazaruddin, 33, bagaimanapun tidak hadir pada prosiding semalam.

Panggilan maut hari ketiga kerja

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Anas Hassan
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Kami sekeluarga tak tahu pun arwah bekerja sebagai pengawal keselamatan,” kata Alias Jamaluddin, 40, abang kepada pengawal keselamatan yang mati ditembak penjenayah dalam kejadian rompakan di simpang lampu isyarat berhampiran Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, Mohd Burhanuddin Jamaluddin, 23, yang baru tiga hari bekerja sebagai pengawal keselamatan maut selepas ditembak tiga lelaki bermotosikal yang cuba menyamun wang dibawa mangsa bersama dua rakan setugas dianggarkan berjumlah RM173,000.
Ketika itu, mangsa bersama dua pengawal keselamatan yang menaiki Toyota Hilux dalam perjalanan keluar dari PPUM selepas mengambil wang dari Unit Kewangan pusat perubatan berkenaan.

Alias berkata, ketika berada di rumahnya di Triang, Pahang, dia menerima panggilan daripada anggota polis yang memintanya datang segera ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk berbincang.


“Kami sekeluarga tidak pernah dimaklumkan pekerjaan arwah kerana sejak tiga tahun tinggal di Kuala Lumpur, arwah tiada pekerjaan tetap,” katanya, semalam.

Dua madu sepakat khalwat

Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my

SEREMBAN: Seorang suami terpaksa melakukan tanggungjawab yang mungkin tidak pernah dibayangkannya sebelum ini iaitu menjamin dua isterinya yang ditahan pihak berkuasa kerana berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah hotel di Port Dickson, dekat sini.
Difahamkan dalam operasi itu, sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) melakukan pemeriksaan di sebuah bilik hotel berkenaan selepas menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat yang berlaku.

Kedua-dua wanita bermadu berusia 30-an itu ditahan selepas didapati bersekedudukan dengan lelaki berusia 30-an di sebuah hotel terkemuka di kawasan pantai peranginan popular itu.

Sumber berkata, ketika serbuan kira-kira jam 3 pagi Khamis lalu, anggota penguat kuasa memberi salam sebelum mengetuk pintu bilik beberapa kali dan menunggu kira-kira setengah jam sebelum dibuka seorang wanita berpakaian lengkap.

Menurutnya, anggota penguat kuasa melakukan pemeriksaan sebelum mendapati seorang lelaki dan wanita lain berpakaian lengkap juga berada di bilik hotel berkenaan.

“Ketika disoal siasat, dua wanita dan lelaki itu mengaku mereka bukan suami isteri atau mahram. Lebih mengejutkan, hasil soal siasat mendapati kedua-dua wanita berkenaan bermadu dan datang ke daerah itu kononnya untuk bercuti dari ibu kota,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.


Katanya, untuk membuktikan dakwaan dua wanita itu sahih, anggota penguat kuasa menghubungi suami mereka dan lelaki berkenaan turut mengakui kedua-duanya adalah isterinya yang sah.

“Hasil soal siasat, kedua-dua wanita itu mengakui mereka menipu suami mengatakan mahu pergi bercuti bersama di tempat peranginan itu. Malah, kedua-dua mereka memang madu yang baik dan rapat berdasarkan soal siasat dijalankan,” katanya.

Menurut sumber, ketika disoal siasat madu terbabit dengan keadaan muka yang pucat lesi memberi alasan mereka datang bercuti bersama.

Katanya, lebih menyedihkan, suami kedua-dua wanita itu terpaksa datang dari ibu kota semata-mata untuk menjamin isterinya yang curang.

“Semua mereka dilepaskan dengan jaminan sebelum didakwa di mahkamah atas tuduhan berkhalwat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguat kuasa JHEAINS, Ahmad Husaini Mustafa mengesahkan tangkapan berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 61 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana terbabit dengan kegiatan khalwat atau melakukan persetubuhan haram,” katanya.

No comments:

Post a Comment