Majlis pertunangan tertutup
ADA MAJLIS... kanopi kelihatan dipasang di rumah keluarga Rita.
Ini kerana ramai jiran yang tinggal berhampiran kediaman itu tidak tahu menahu perkara itu, sebaliknya merasakan ada majlis tertentu di kediaman Rita berikutan beberapa khemah dipasang dalam pekarangan rumahnya.
“Entahlah, mungkin majlis pertunangan Rita... sebab kalau nak kata majlis arwah untuk emaknya rasa macam dah lama berlalu,” kata seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Nur, sebaik ditanya mengenai kehadiran kanopi putih rumah jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya itu.
Yang pasti, katanya, dia tidak menerima sebarang jemputan.
“Saya rasa majlis itu (pertunangan) terlalu peribadi dan majlis keluarga, jadi ia diraikan secara tertutup. Setakat ini saya hanya nampak keluarga dan rakannya,” katanya yang tinggal berhampiran rumah jutawan terbabit.
Seorang buruh yang hanya mahu dikenali sebagai Hasan dan bekerja berhampiran pula berkata, dia hanya nampak lori keluar masuk tetapi tidak pasti majlis yang diadakan.
“Saya cuma nampak lori bawa kerusi dan meja, tetapi tak tahu apa tujuannya.
“Sejak dua lalu, saya nampak kereta adiknya dikeluarkan bagi memberi laluan kepada lori memunggah barang,” katanya.
Sementara itu, peniaga gerai, Arifin Mohd Nor, 52, berkata dia juga tidak mendengar perkhabaran bahawa Rita bakal bertunang.
Katanya, tiada yang luar biasa dengan rutin Rita, malah menurut beberapa kariah masjid berhampiran, tiada jemputan atau berita mengenai pertunangan akan diadakan.
Abby reda
Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN
shakilawati@hmetro.com.my
shakilawati@hmetro.com.my
USAHA... Abby terima jika usaha memulihkan hubungannya dengan Zul tidak berhasil.
Kebetulan pada hari itu Zul menyambut ulang tahunnya ke-25. Abby secara terbuka mengakui sangat menyayangi aktor berdarah kacukan Melayu Belanda itu, namun apakan daya, keadaan dan nasib tidak menyebelahi mereka.
Harapan yang bersulam indah selama tiga tahun saling menyayangi hanya tinggal kenangan, namun dia reda biarpun hakikatnya kisah sedih itu sangat pedih untuk ditelan.
Ketika dihubungi kelmarin bagi mendapatkan penjelasan, Abby dengan rendah hati meminta supaya perkara ini tidak diperbesar-besarkan. Bukan tidak memahami tugas media, namun dia tidak tahu bagaimana untuk menceritakan keadaan yang sebenar.
“Saya bukan tidak mahu berkongsi, tetapi cukuplah dengan penjelasan yang saya tulis dalam blog pada 25 Oktober lalu. Saya meluahkan apa yang dirasa selepas kira-kira tiga minggu kami tidak bertemu.
“Adakalanya apabila kita sayangkan seseorang, kita kena bersedia melepaskannya. Mungkin itu adalah jalan yang terbaik dan apa penyebab hubungan kami renggang, itu tidak boleh saya ulas kerana terlalu peribadi. Biarlah ia menjadi rahsia antara saya dan Zul.
“Macam yang saya jelaskan sebelum ini, biarlah dia bahagia dengan kehidupannya dan sebagai insan yang menyayanginya, saya tumpang gembira dengan apa yang dia ada kini. “Tidak mengapalah andai dia tidak sedar saya selalu berada di sisinya selama ini,” katanya tenang.
Abby tidak menafikan ujian ini sangat berat baginya, malah tiada kata-kata dapat menggambarkan kesedihan yang bersarang di tangkai hati. Enggan meletakkan sebarang harapan, Abby berkata biarlah takdir yang menentukan apa kesudahan hubungannya dan Zul.
“Setiap kali terkenangkan doa peminat yang mengharapkan kami melangkah ke jinjang pelamin, hati saya dihimpit rasa sayu. Itulah juga harapan yang pernah kami rencanakan sebelum ini tetapi sebagai manusia kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.
“Mungkin ada kesilapan yang saya lakukan tanpa sedar sebelum ini dan inilah bayaran yang saya harus terima. “Saya tidak berani cakap apa kesudahan hubungan kami tetapi selepas luahkan apa yang saya rasa tempoh hari, Zul ada bertemu saya.
“Kami berbincang dan daripada situ, sedar perpisahan ini tidak sepatutnya berlaku.
“Sudah banyak cabaran yang kami tempuh bersama dan terasa janggal pula apabila terpaksa berjauhan. “Justeru itu, kami mengambil jalan tengah dengan cuba memperbaiki kelemahan masing-masing dan kita tengoklah macam mana selepas ini.
“Harap semuanya akan baik-baik saja dan keadaan akan kembali pulih seperti dulu tetapi andai tertulis sebaliknya, saya reda,” katanya
Fobia lihat asid
Oleh HADZLAN HASSAN
hadzlan@hmetro.com.my
hadzlan@hmetro.com.my
HAMPIR PULIH... Khairun membelek wajah Haikal sambil diperhatikan Aiman (kiri) dan Mat Safarzaidi.
Sikap kanak-kanak itu tidak dapat disembunyikan apabila dia beberapa kali mengelak dan menolak kerusi ke belakang untuk melarikan diri setiap kali Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Mohd Khairun Aseh memegang botol asid dalam sidang media khas di pejabat biro berkenaan di sini, semalam.
Ketakutannya menyebabkan Mohd Khairun, yang ingin memaklumkan media mengenai penjualan asid secara terbuka masih berlaku, mengarahkan kakitangannya mengalihkan segera botol cecair itu sebelum majlis diteruskan.
Ibu Aiman, Ruhashimah Julaili Mansur, 33, berkata selain cecair dalam botol, anak keduanya itu takut melihat dawai kokot kerana ia digunakan untuk menekap kulit pada muka dan badan selepas menjalani beberapa pembedahan.
“Dia akan lari atau memaling muka melihat kedua-dua objek berkenaan... mungkin kerana masih fobia, terutama selepas melihat dawai kokot pada kulit yang digunakan doktor untuk menutup lukanya,” katanya ketika ditemui selepas Mohd Khairun mengumumkan dua beradik itu dijadikan anak angkat biro terbabit, sekali gus bertanggungjawab meringankan bebanan keluarga dan membantu persekolahan mereka.
Dalam kejadian 19 Julai lalu, Aiman dan abangnya, Shafiq Haikal, 13, parah di muka dan badan selepas disimbah asid ketika bermotosikal dalam perjalanan pulang mengambil buku ulang kaji di Felda Ketumbar, Jengka 9, Maran, Pahang.
Haikal yang kabur mata kiri akibat insiden itu berkata, ketika kejadian, dia terlupa membawa buku, lalu berpatah balik sejurus tiba di rumah rakan untuk mengulang kaji pelajaran sebelum seorang lelaki tiba-tiba mencampakkan sesuatu ke arah mereka hingga motosikal terbalik.
“Masa itu rasa panas, tak nampak apa-apa tapi ada orang bantu. Kami sebenarnya baru lepas mengaji dan terus ke rumah rakan, adik masih bersongkok.
“Sebaik disimbah, saya mengelak cecair itu, lalu ia terkena adik tapi dia bernasib baik kerana asid tidak kena kepalanya tetapi terpercik ke muka dan badan,” katanya.
Muhd Khairun pula kecewa kerana selepas beberapa pihak, termasuk menteri mengeluarkan kenyataan supaya penjualan asid diperketatkan, aktiviti penjualan bahan itu masih dilakukan secara terbuka.
“Buktinya, kami di biro ini boleh mendapatkan cecair itu pada harga RM2.50 tanpa perlu mendaftarkan nama atau menyerahkan kad pengenalan kepada kedai hardware (pertukangan).
“Siapa saja boleh dapatkannya... nampaknya kenyataan dua menteri mengenai penjualan asid sebelum ini tidak dipedulikan.
“Selaku pengerusi biro, saya akan membawa perkara ini ke perhatian pihak terbabit dan jika perlu, saya akan menghantar memorandum,” katanya di majlis yang turut dihadiri bapa kanak-kanak itu, Mat Safarzaidi Che Sam, 33.
Menurutnya, dia bimbang tragedi yang menimpa Aiman dan Haikal akan berlaku lagi jika penjualan asid tidak dibendung sepenuhnya.
“Kedua-dua kanak-kanak ini mempunyai impian tinggi, seorang mahu menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan seorang lagi ingin menjadi doktor, namun kejadian yang menimpa menyebabkan impian mereka terjejas.
“Sebagai keluarga angkat, kita akan bantu sekadar termampu seperti memastikan pembelajaran mereka tidak terjejas melalui kelas dalam wad dan ia akan diusahakan dengan kerjasama kementerian berkaitan.
“Bagi memastikan wajah mangsa pulih kita akan usaha membekalkan kelengkapan seperti penyaman udara kerana mangsa perlu memakai topeng muka 23 jam sehari,” katanya.
Setakat ini, mereka menjalani pembedahan pemindahan kulit paha yang ditampal pada muka manakala Haikal pula menjalani pembedahan tambahan apabila kulit cuping telinganya terpaksa diambil untuk membaik pulih kelopak mata dan beberapa siri pembedahan susulan akan dilakukan.
No comments:
Post a Comment