Wednesday, November 2, 2011

SYAITAN TAK PILIH BULU...PENSYARAH BUKAN ERTI IA BERTAQWA...BAIK BUDI PERKERTI DAN TAK LANGGAR UNDANG2...HUKUM HUDUD PENYELESAIANNYA...INI HUKUM ALLAH....MUSUH2 ISLAM@SYAITAN MENGUNAKAN APA CARA UNTUK MENJAHANAMKAN IMAN SERTA AKIDAH UMAT ISLAM...BERTAUBAT DAN BERTAQWALAH...DEKATILAH ALLAH SWT...

Gambar bogel isteri boros

Oleh Michelle Gun
michellegun@hmetro.com.my

KESAL...Amri melihat facebook milik isterinya yang digunakan untuk menjual gambar bogel.
KESAL...Amri melihat facebook milik isterinya yang digunakan untuk menjual gambar bogel.
KUCHING: Sekali lagi facebook disalahgunakan untuk tujuan terlarang. Kali ini membabitkan seorang isteri yang menjual gambar separuh bogelnya dengan menjadikan laman sosial di Internet itu sebagai medium untuk mencari pelanggan dan proses tawar-menawar.
Selepas lelaki yang berminat memasukkan wang ke dalam akaun banknya, wanita berusia 35 tahun itu menghantar gambar separuh bogelnya kepada lelaki terbabit melalui khidmat pesanan multimedia (MMS) di telefon bimbit.
Perbuatan menjijikkan itu terbongkar selepas suami wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Amri, 43, diberitahu seorang daripada lelaki yang pernah membeli gambar isterinya itu.

“Hancur hati saya apabila mendapati apa dikatakan lelaki itu benar selepas saya memeriksa telefon bimbit serta komputer isteri.


“Malah, saya menyamar dengan menggunakan nombor telefon lain untuk berurusan dengan isteri melalui facebook dan maklum balas diterima membuktikan dia tergamak menjual gambar separuh bogelnya untuk mendapatkan wang,” katanya.

Bayi muntah bebola jeli

Oleh Khairulmizan Yahya
am@hmetro.com.my

MALANG...Ifti Ilya Farhana ditemani Siti Aisyah di HTAA. Gambar kecil, Mohd Khairuddin menunjukkan bebola jeli yang dikeluarkan dari perut anaknya.
MALANG...Ifti Ilya Farhana ditemani Siti Aisyah di HTAA. Gambar kecil, Mohd Khairuddin menunjukkan bebola jeli yang dikeluarkan dari perut anaknya.
KUANTAN: Gara-gara tertelan bebola jeli yang digunakan sebagai baja pokok hiasan, seorang bayi perempuan berusia 19 bulan terpaksa dibedah bagi mengeluarkan bahan berkenaan yang sudah mengembang di dalam perutnya.
Ifti Ilya Farhana Mohd Khairuddin demam teruk selain muntah-muntah dan tidak boleh makan atau minum selepas usus kecilnya dipenuhi agar-agar berkenaan yang sudah mengembang beberapa kali ganda berbanding saiz asalnya.
Bayi malang itu selamat menjalani pembedahan selama dua jam di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, kelmarin, dan kini dilaporkan stabil.

Ibunya, Siti Aisyah Yusof, 27, berkata, kejadian berlaku pada 26 Oktober lalu apabila anak sulungnya itu tertelan dua daripada tiga bebola agar-agar yang ditemuinya dalam pek makanan ringan.


“Makanan ringan itu dipercayai dibeli di kedai runcit berdekatan perumahan kami di Taman Seri Mahkota, Batu 11 oleh kanak-kanak lain yang kemudian diberikan kepada anak saya,”katanya ketika ditemui di HTAA di sini, semalam.


Pensyarah hati syaitan

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan kolej swasta diheret dari sebuah tempat letak kereta di Sentul di sini, sebelum dirogol pensyarahnya sendiri, pagi kelmarin.
Sebelum kejadian, pensyarah berusia lingkungan 40-an berkenaan memperdaya mangsa berjumpa di pejabatnya di sebuah kolej swasta di ibu kota dengan alasan berbincang mengenai pelajaran, jam 9 pagi.

Sebaik mangsa tiba di biliknya, lelaki terbabit mengugut akan menggagalkan pelajar itu dalam peperiksaan pada setiap semester jika enggan keluar bersarapan dengannya.
Sumber polis berkata, mangsa yang bimbang dengan ugutan berkenaan terpaksa akur, namun sebaik masuk ke dalam kereta, pensyarah itu membawa pelajar itu ke rumahnya di Sentul. “Ketika dalam perjalanan, telefon bimbit mangsa dirampas dan sejurus tiba di kawasan letak kereta di kediamannya, pensyarah itu mengheret mangsa hingga ke rumahnya.

“Sebaik masuk ke dalam rumah, mangsa dipukul dan dua tangannya diikat. Baju mangsa dikoyak sebelum dia dirogol pensyarah itu,” katanya.

Menurutnya, sebelum meninggalkan pelajar itu bersendirian, pensyarah berkenaan membasahkan pakaian mangsa dipercayai bagi mengelakkannya melarikan diri.

“Biarpun pakaiannya basah, mangsa tetap memakai semula pakaiannya sebelum cuba meloloskan diri namun gagal disebabkan pintu berkunci.

“Lelaki itu mengugut membunuh mangsa jika menceritakan kejadian itu kepada sesiapa,” katanya.
Sumber itu berkata, lelaki terbabit menghantar mangsa ke stesen transit aliran ringan (LRT) di Jalan Tun Razak, di sini, sebelum sekali lagi mengugut membunuh mangsa sekiranya mendedahkan kejadian itu kepada orang lain.

Katanya, mangsa menghubungi kakaknya sebelum menceritakan kejadian berkenaan.

Mangsa yang ditemani kakaknya membuat laporan di Balai Polis Sentul di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Katanya, sehingga kini masih belum ada tangkapan dibuat namun usaha mengesan suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan.

Ini kejadian kedua dalam tempoh tidak sampai seminggu membabitkan pensyarah melakukan jenayah seksual terhadap penuntut wanita masing-masing.

Pada 29 0ktober lalu, Harian Metro melaporkan perbuatan seorang pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Lembah Klang berusia lingkungan 50-an yang mencabul pelajar perempuan di bilik universiti berkenaan.

Pensyarah terbabit didakwa memaksa pelajar berusia 23 tahun berkenaan melakukan aksi ringan-ringan dengan mengumpan meluluskan pelajar itu dalam peperiksaan.

No comments:

Post a Comment