Monday, October 31, 2011

JANGAN TANYA BAB ISLAM PADA NON MUSLIM...KERANA IA BUKAN BERIMAN....SEPATUT TAK BOLEH KOMEN SEBAB BELIAU NON MUSLIM...MANUSIA BUKAN TAHU PERKARA2 KEDEPAN...BELIAU PUN TAK TAHU BILA MATI....TAK KAN BELIAU LEBIH BIJAK DARI ALLAH...TANYA SOALAN BUKAN BIDANGNYA...NAYA AJE...BIMBANG ORANG ISLAM PERCAYA KATANYA...DAN MENENTANG HUDUD...NON MUSLIM MENENTANG MEMANG PATUT SEBAB MEREKA TAK BERIMAN PADA ALLAH SWT....

Gadis sunti mangsa buli hilang


MUHD. ZUKI menunjukkan laporan polis manakala Siti Hajar memegang gambar Nur Ainina yang dilaporkan hilang selepas dihantar ke sekolah di Lunas baru-baru ini.



KULIM – Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang selepas dihantar ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lunas dekat sini pada Isnin lalu dipercayai tidak tahan dibuli serta diejek rakan-rakan semata-mata kerana dia lembam dan ketinggalan dalam pelajaran.
Misteri kehilangan Nur Ainina Adila Muhd. Zuki, itu bermula selepas ibu saudaranya, Rosnah Ahmad menghantar gadis itu ke sekolah dengan motosikal untuk sesi persekolahan petang.
Rosnah bagaimanapun mulai resah apabila mendapati anak buahnya itu masih tidak muncul selepas sesi persekolahan tamat petang hari kejadian.
“Dia (Rosnah) menunggu Nur Ainina sehingga 30 minit tetapi anak saya itu masih tidak muncul dari dalam kawasan sekolah,” kata bapa pelajar itu, Muhd. Zuki Jahaya, 47, kepada pemberita di rumahnya di Kampung Perenggan, Lunas semalam.
Menurutnya, mereka diberitahu oleh beberapa kawan sekelas anaknya itu yang Nur Ainina sebenarnya tidak hadir ke sekolah pada hari berkenaan.

Pengawal keselamatan maut ditembak

31/10/2011 7:30pm

KUALA LUMPUR – Seorang pengawal keselamatan maut ditembak selepas diserang tiga lelaki dalam kejadian samun melibatkan RM170,000 berhampiran Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, laporan awal menunjukkan Mohd Burhanuddin Jamaluddin, 23, mati akibat ditembak pada bahagian tulang rusuk kiri oleh seorang suspek bermotosikal dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi.
Beliau berkata, mangsa yang berada di bahagian hadapan tempat duduk penumpang sebuah kenderaan pacuan empat roda bersama dua lagi rakan sekerjanya, baru selesai mengambil wang di kawasan itu.
"Kejadian berlaku ketika kenderaan itu berhenti di persimpangan lampu isyarat sebelum ketiga-tiga suspek menghampiri dan berhenti di bahagian kiri dan kanan kenderaan itu.
"Seorang daripada mereka melepaskan dua das tembakan ke arah kiri kenderaan jenis Toyota Hilux kepunyaan sebuah syarikat keselamatan,” kata Wan Abdul Bari kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, mangsa meninggal dunia di PPUM pada pukul 10.57 pagi dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Dua lagi rakan mangsa tidak cedera. – Bernama

Pelajar maut nahas motosikal, ambulans

31/10/2011 5:50pm

ALOR SETAR – Seorang pelajar tingkatan satu terbunuh selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah ambulans Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) yang dalam perjalanan untuk mengambil seorang pesakit dekat sini malam tadi.
Kejadian berlaku di persimpangan Kampung Pokok Asam pada 8 malam tadi ketika Muhammad Mu”az Johari, 13, dipercayai dari arah Pekan Langgar tidak sempat mengelak sebuah ambulans yang sedang membelok masuk ke kampung itu untuk mengambil pesakit.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata, Muhammad Mu”az, dari Kampung Alor Raja, Langgar dekat sini, cedera parah di kepala selain patah kaki kanan.
"Ambulans yang membawa tiga pegawai perubatan itu kemudiannya membawa mangsa ke hospital tetapi dia meninggal dunia pukul 10 pagi tadi di HSB,” katanya kepada pemberita.
Adzaman berkata, pemandu serta tiga pegawai perubatan yang berada dalam ambulans itu tidak mengalami sebarang kecederaan. – Bernama

Lima cedera, balkoni diubah suai runtuh

31/10/2011 7:28pm

PETALING JAYA – Lima pekerja binaan rakyat tempatan cedera apabila balkoni rumah tiga tingkat yang sedang dalam pengubahsuaian di Jalan Love Lane, Kampung Baru Sungai Buloh, runtuh di sini hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harun berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, kesemua mangsa yang berusia antara 36 dan 44 tahun itu cedera selepas ada yang terjatuh selain terkena serpihan batu yang runtuh dari balkoni di tingkat dua.
"Mangsa dikenali sebagai Ah Peng, 42; Ah Hin, 36; Kuan Leong, 39; Ah Choy, 44; dan Wee Hing, 40, dan kesemua mereka dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, bomba menerima panggilan dari orang awam kira-kira pukul 9.30 pagi sebelum satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh tiba kira-kira 10 minit kemudian.
"Seramai 11 pegawai termasuk anggota bersama Unit Pengesan Anjing (K9) turut dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa,” katanya. – Bernama

Wujudkan sistem rekod pembelian asid

KUALA LUMPUR – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) semalam mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan satu sistem bagi merekod butiran peribadi dalam prosedur jual beli asid.
Naib Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, dengan adanya sistem tersebut pihak polis dapat mengesan penjenayah dengan mudah.
“Sekarang ini tidak perlu daftarkan nama, tidak perlu nyatakan sebab pembelian atau kegunaan untuk membeli asid serta cuka getah ini,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Beliau mengulas cadangan Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Khairun Aseh supaya kerajaan memperketatkan prosedur jual beli asid terutama cuka getah bagi mengelakkan jenayah simbah asid ini terus berlaku.

Cubaan lari dari sekatan gagal



SEORANG penunggang motosikal yang ditahan ketika cuba melarikan diri.


KUALA LUMPUR – Cubaan seorang penunggang motosikal untuk melarikan diri dari sekatan jalan raya gagal apabila dia ditahan dalam satu operasi bersepadu di sekitar Dataran Merdeka di sini semalam.
Lelaki berusia 20 tahun itu sempat mengangkat sebelah tangannya kepada pihak berkuasa yang bertugas sebelum bertindak memecut sejauh 500 meter dari lokasi operasi dijalankan.
Bagaimanapun, dua anggota polis yang menyedari kejadian itu bertindak mengejar lelaki berkenaan sebelum menahannya kira-kira 10 minit selepas itu.
Dalam operasi yang diadakan selama empat jam bermula pada pukul 11.30 malam itu juga menyaksikan pelbagai aksi berbahaya beberapa penunggang motosikal dan pemandu kereta yang memecut bagi melarikan diri daripada pemeriksaan pihak berkuasa.
Pegawai Turus dan Operasi Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Ng Fook Long berkata, dalam operasi itu, sebanyak 130 saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal dan pemandu yang didapati melakukan pelbagai kesalahan.


Dicekup ketika ghairah berjudi

atikah.mohddali@kosmo.com.my">


Sebahagian kaki judi yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat beli-belah di Ampang Jaya, Selangor semalam.



AMPANG JAYA – Keghairahan 34 kaki judi mempertaruhkan wang simpanan untuk dihabiskan di sebuah premis judi yang berselindung di sebalik pusat hiburan terbantut apabila kesemuanya ditahan dalam serbuan di Taman Muda di sini semalam.
Serbuan Ops Dadu pukul 1 petang itu dilakukan selepas polis menerima maklumat mengenai kegiatan haram yang dijalankan di tingkat dua sebuah pusat beli-belah di taman tersebut.
Difahamkan, pemilik premis berjaya menarik minat orang ramai melaburkan wang mereka di situ apabila menyediakan khidmat judi secara talian dan mesin judi selama 16 jam bermula pukul 10 pagi. Premis itu juga pernah diserbu beberapa kali tetapi pemiliknya didapati masih berdegil.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, dalam serbuan itu, pihaknya merampas sebanyak 143 buah mesin judi dan 16 buah komputer yang disyaki digunakan untuk aktiviti perjudian.

Pembunuh upahan mengaku sudah insaf



SURESH (kanan) menyuap makanan kepada ibunya pada majlis pertemuan banduan dan keluarga sempena Deepavali di Penjara Pokok Sena, Alor Setar semalam.



ALOR SETAR – “Saya sudah insaf kerana bagi saya, kasih sayang ibu dan keluarga yang paling bernilai dan saya sanggup kehilangan wang ringgit jika diminta pilih keluarga.”
Demikian pengakuan seorang banduan yang pernah menjadi pembunuh upahan dan menyebabkan kematian seorang lelaki di Pahang empat tahun lalu dengan diberi upah lebih RM200,000.
Dia yang mahu dikenali sebagai Suresh memberitahu, kehidupan di penjara banyak memberi pengajaran kepadanya dan apa yang dimahukannya sekarang adalah kemaafan daripada ahli keluarga.
“Di penjara, saya rindukan kasih sayang keluarga dan saya harap mereka memaafkan perbuatan saya kerana setiap manusia ada buat kesilapan,” ujarnya yang memiliki ijazah pereka gaya rambut dari sebuah kolej swasta.
Suresh ditemui pada majlis pertemuan antara 13 banduan beragama Hindu dengan keluarga masing-masing sempena Deepavali di Penjara Pokok Sena di sini semalam.
Dia terpaksa meringkuk di penjara selama 10 tahun atas kesalahan di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian seorang lelaki di Pahang empat tahun lalu.

Honda lesap selepas dilanggar

HULU SELANGOR – Kumpulan penjenayah menggunakan taktik langgar dan samun kenderaan mangsa muncul lagi.
Dalam kejadian Isnin lalu, seorang pengurus sebuah syarikat dekat sini kerugian lebih RM160,000 apabila kereta Honda Accord miliknya dilarikan tiga lelaki di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Lembah Beringin di sini.
Kejadian berlaku pada pukul 7.15 pagi ketika mangsa dalam perjalanan dari USJ, Subang menghala ke Pulau Pinang.
Sumber polis berkata, semasa kenderaan mangsa sampai di lokasi kejadian, kereta tersebut tiba-tiba dilanggar oleh sebuah kenderaan lain jenis BMW warna kelabu dari belakang.
Akibat perlanggaran itu mangsa diarah pemandu kereta BMW supaya memberhentikan keretanya di lorong kecemasan di tepi lebuh raya itu.
Kata sumber itu lagi, sebaik mangsa berhenti, tiga lelaki dari kereta BMW itu keluar dan salah seorang suspek terus mengacukan pisau ke arah mangsa yang semasa kejadian memandu seorang diri.

Dua wanita dedah payudara ditangkap



DUA wanita yang tidak memakai baju memanjat pagar semasa mereka membuat tunjuk perasaan di depan Stadium Lviv, Ukraine kelmarin.



LVIV, Ukraine - Dua wanita yang mendedahkan payudara dalam satu tunjuk perasaan menentang pelancongan seks, pelacuran dan penjualan minuman keras semasa Pusingan Akhir Kejohanan Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah berlangsung pada tahun depan ditangkap polis di sini kelmarin.
Kedua-dua mereka yang tidak memakai baju dan hanya berseluar panjang membuat tunjuk perasaan tersebut di depan Stadium Arena Lviv.
Mereka yang merupakan anggota hak asasi wanita yang dikenali sebagai FEMEN membuat tunjuk perasaan itu sebelum majlis pembukaan stadium berkenaan berlangsung.
Stadium itu menjadi salah satu lokasi pertandingan kejohanan tersebut. - Agensi

Pelacur pakai topeng tengkorak



SEBAHAGIAN pekerja seks memakai topeng tengkorak dalam satu perarakan di bandar raya Mexico kelmarin.



BANDAR RAYA MEXICO - Lebih 100 pekerja seks memakai topeng tengkorak dalam satu perarakan di sini kelmarin.
Mereka memakai topeng itu dan berarak bagi memperingati kematian beberapa pekerja seks terutamanya yang mati akibat pembunuhan ganas. - Reuters

Karpal: Penjenayah bebas di bawah hukum hudud
Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh menolak cadangan kerajaan negeri Kelantan bahawa undang-undang sivil harus setegas seperti undang-undang hudud .

Karpal, seorang peguam yang berpenfgalaman luas, berkata bahawa ia tanggapan salah untuk mentafsirkan bahawa hukum hudud atau undang-undang yang tegas seperti hukuman mati boleh menghalang seseorang daripada membuat kesalahan.

NONEKatanya, penyokong hukum akan berhujah, tidak seperti undang-undang jenayah, standard pembuktian adalah sangat tinggi bagi kes-kes jenayah.

Walaupun standard pembuktian bagi undang-undang jenayah adalah "tanpa sebarang keraguan yang munasabah", undang-undang hudud adalah berdasarkan "kepastian", katanya.

"Sebagai contoh, empat orang saksi Islam cukup syarat diperlukan untuk membuktikan kes-kes zina mengikut undang-undang hudud. Ini adalah mustahil dan tidak sesuai untuk negara ini," kata Karpal, pada sidang akhbar di Pulau Pinang, semalam.

"Ia akan menjadi mustahil untuk membuat dakwaan. Penjenayah akan bebas kerana adalah mustahil bagi pihak pendakwa membuktikan kes kerana mememerlukan empat saksi beragama Islam yang cukup syaratnya.

"Malah, akan berlaku lebih banyak jenayah di negara ini apabila penjenayah tahu betapa sukarnya untuk membuktikan kes dan menghukum mereka. Perkara ini perlu dijelaskan kepada semua orang," kata Karpal lagi.


  • Nik Bahrum · Patner di Nor Bahrum & Co.
    dilepaskan dibawah hudud tidak semestinya terlepas dari hukuman takzir... mengajilah habis dulu sebelum nak komen...

    • Wan Abdul Hakim · Pengulas Tertinggi · Syar'ie Prosecutor Officer di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JaHEAT)
      setuju.. ini baru pandangan yang betul...

    • Smile Ukhwah
      sekiranya karpal mencari kelemahan hudud, umat islam perlu mencari kelebihan hudud. jgn yg islam pun sama ja dgn bukan islam.

    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Saudara karpal. sila ambil perhatian, statement awk yg kata zina itu jenayah pun dah x btul. Klau rogol boleh la dikatakan jenayah. Smentara zina adalah suka sama suka, dan bukannya jenayah sperti rogol. Apa la awk ni berhujah dgn kata klau nak buktikan kes zina pun susah, maka susah la nak buktikan jenayah. Maka berleluasalah jenayah. Statement awk pun dah x betul in first place. Awk ni nak kena byk blaja lagi. sila rujuk pakar2 perundangan Islam. Terima kasih...

  • Laksamana Chu Hai Ree · Pengulas Tertinggi · UTM Skudai
    Tak payah komen lah Karpal pasal undang2 Islam jika kau pun tak paham pasal Islam... kau dgn Chua Soi Lek sama sahaja! Hanya zina sahaja yang perlukan 4 saksi kerana ia melibatkan hal2 peribadi.. kes lain seperti bunuh, rogol, rompak dll tak perlukan 4 saksi dan pembuktian seperti video, DNA jugak diteirma.

    • Ahmad Nazri Mohd Yusoh
      ni lah yang dinamakan pandai tak boleh diikut.... bodoh tak boleh di ajar

    • Honduk Pangazou · Pengulas Tertinggi · UPM
      Kenapa kes Zina sahaja lebih ringan kes nya...sedangkan Zina ini boleh dimanipulasi. Contoh kes rogol akan dijadikan kes zina, jadi kena cari 4 orang saksi....Kalau tak dapat saksi...bebaslah si perogol tu. Kalau dia rogol salah seorang dari ahli keluarga kamu. Apa komen?

    • Laksamana Chu Hai Ree · Pengulas Tertinggi · UTM Skudai
      Kes zina yang paling berat utk dibuktikan .. perlukan 4 orang saksi kerana ini melibatkan dosa peribadi .. dosa sembunyi2 ... selain itu Islam melarang kita suka2 fitnah orang berzina tanpa saksi.

  • Diplomatik Bebas · · Pengulas Tertinggi
    Karpal... Karpal... ko kan bukan Islam, kenapa nak masuk campur urusan Islam?

    Ko mati dan hidup 3 kali pun ko tak kan faham apa itu Hukum Allah. Pasal Tuhan ko lain. Cuba aku cakap Tuhan Singh ko tu TAK BETUL, menyesatkan MANUSIA, marah tak?

    Ya Allah, Ya Tuhanku, Kau berikanlah hidayah kepada Karpal Singh ini.

    TUMBANGKAN BN pada PRU ke 13!

    • Xyza Caution · Pengulas Tertinggi
      dengan Kapal ni aku x marah lagi...sbb dia bercakap melalui pemikiran dia yg bukan Islam...yang aku nak marahnya....wartawan2 yg p tanya soalan tu...akhbar2 yg minta wartawan tu p temu ramah kapal...yg jenis Islam...haram jaddah la duk tanya hal agama dgn orang bukan ahlinya....p tanya pomen motor tentang pasaran gula....mampus la pomen tu nak menjawab...jawab pong mengarut....bengong betul la hal2 agama Islam p ni duk tanya orang bukan Islam....

    • Keladi Kelad · Pengulas Tertinggi
      hoi karpal...kau xsuka bole blah, jgn nk kata apa2 pasal hudud paham??!!!!!!!

    • Roronoa Zoro · Pengulas Tertinggi · Swordsman and Pirate di Straw Hat Pirates
      Xyza Caution : betul tu, kes ini macam wartawan tanya artis pasal hududla.. sepatutnya wartawan yang beragama islam x perlu tanya orang bukan islam pasal hukum islam...

  • Hisham Yahya · Pengulas Tertinggi
    Karpal .. siapah anda yang hendak memberikan komen mengenai hukum ISLAM ? Dalam syariah ada HUDUD, QIAS, TAQZIR & QISAS ...anda mengaji dulu hukum syariah & baru anda tahu betapa indahnya ISLAM...

    • Zahary Ezanne · Pengulas Tertinggi · Kaunselor di Guru
      belum menang pun dah bercanggah pendirian DAP tentang islam. sekejap langkah mayat, sekejap pertahan islam, sekejap serang islam. patutlah ridhuan tee kata tak boleh tolak ansur takut nanti mereka ansur2 tolak islam. takpalah nak buat mcm mana tahaluf siyasi katakan..... jgn katakan serang islam,nak buang islam pun takpa..... semoga Allah melindungi pejuang islam sejati seperti hassan ali yg mendahulukan perintah Allah lebih daripada perintah parti.

  • Aq Pasrah · Pengulas Tertinggi
    Nik Abdul Aziz Nik Mat.
    Saya tertarik dengan kenyataan yg dikeluarkan oleh YB Karpal Sing seperti yang tersiar di dalam portal berita Malaysiakini. Katanya, hudud boleh menyebabkan penjenayah terlepas kerana pembuktian empat orang saksi yang sukar diperolehi. Saya mengalu-alukan pandangan rakan-rakan Pakatan Rakyat utk memantapkan kefahaman mereka. Dalam hal ini, ada sedikit silap faham saudara Karpal Singh. Sekiranya seseorang terlepas dari hukuman hudud, seseorang itu masih boleh dikenakan hukuman di bawah hukuman takzir. Bersalah tetap bersalah dan tetap dihukum. Apapun, dalam konteks pelaksanaan hudud di Kelantan, kenyataan hanya akan dikeluarkan oleh YB Dato Mohd Amar Abdullah.

    • Andak Koyan
      Alhamdulillah...mcm ni lah hendaknya...jangan cepat melatah jelaskan kepada mereka yang tak paham...

    • Madzamtoklah Orangni · Pengulas Tertinggi · Pegawai Jangan Cabar di Kementerian Jangan Cabar Nanti Demam
      Kita telah bersetuju untuk bersetuju antara satu sama lain DAN kita juga telah bersetuju untuk tidak bersetuju antara satu sama lain dalam sesuatu pendapat dan pandangan.

    • Fairuz Ariffin · Pengulas Tertinggi · Bodyguard di Shannan's Pub
      Andak Koyan ----> mmg kte jgn cepat mlatah dgn diorg ni sbb tangjwp kte utk bg penerangan... tp ble mlibatkn 2 alien yg bebal dtg dr planet mana ntah benda ni wat aku sbgi umat islam jd marah.. dh xnk terima tu xpe la tp jgn nk plekeh n suka2 bg komen... klu xtau btanya ni ble baca apa yg diorg baca wat ati jd skt je... ble tang umat islam kte bsabar, bg penerangan bagi nasihat, btolak ansur tp ble ada 2 alien yg dok merapu ni kte dok diam je mana leh... kte leh beri penerangan tp ble mlibatkn dua makluk tu korg xyah buang masa la.. dlm hal lain mybe kte spendapat.. tp ble mlibatkn ajaran islam yg alien 2 org ni mintak diam la...

  • Ariff Yusoff · Bekerja di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan
    Seseorang yang beriman kepada Allah dan Rasul, akan sentiasa percaya bahawa undang2 hudud adalah merupakan satu hukuman yg perlu diinsafi (diterima) oleh yg bersalah... Dgn harapan tidak dibalas oleh Allah di Hari Pembalasan yg tidak boleh dijangkau oleh pemikiran org2 yg tidak beriman kepada Hari Akhirat...

  • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
    Karpal. Awk ni nak kena byk belajar lagi. sila rujuk pakar2 perundangan Islam. Klau awk kata dgn pelaksanaan hudud maka jenayah akan berleluasa, maka saya bagi awk satu contoh yg teramat nyata. Kita ambil contoh arab saudi yg amalkan sistem hudud. Berapa kerat sgt penjenayah yg dihukum atas kesalahan membunuh? Hampir x ada. yg dihukum atas jenayah mencuri, lagi la x ada. So, ini adalah hujah akal dan bukti depan mata, krn awk berhujah dgn hujah akal. Jenayah hampir tak berlaku diarab saudi dgn berkat pelaksanaan hudud...

    • Zahary Ezanne · Pengulas Tertinggi · Kaunselor di Guru
      belum menang pun dah bercanggah pendirian DAP tentang islam. sekejap langkah mayat, sekejap pertahan islam, sekejap serang islam. patutlah ridhuan tee kata tak boleh tolak ansur takut nanti mereka ansur2 tolak islam. takpalah nak buat mcm mana tahaluf siyasi katakan..... jgn katakan serang islam,nak buang islam pun takpa..... semoga Allah melindungi pejuang islam sejati seperti hassan ali yg mendahulukan perintah Allah lebih daripada perintah parti.

  • Zurani Serikandi Ayah · Pengulas Tertinggi · Director di Own business
    ADA BENAR KATA KARPAL SINGH, BUKAN MUDAH HENDAK MENCARI 4 SAKSI YANG BOLIH DI-PERCAYAI DAN BERAGAMA. SAYA BIMBANG NANTI AKAN TIMBUL SAKSI PALSU KERNA KEPINTINGAN TERTENTU. DI-WAKTU INI PUN BANYAK YANG TAK IKUTI DAN TURUTI PERINTAH ALLAH, BANYAK YANG MEMBUAT SUMPAH PALSU UNTUK KEPINTINGAN TERTENTU.

    • Zaidi Deezura · Pondok lanai
      Hukum allah tetap hukum allah iaitu hudud,kita yg tak reti nii tak payah lah pertikai serahkan kepada bidang kuasa hakim2 pengamal undang2 ulama2 dan alim2 tok2 guru.kita sebagai umat dan hamba allah setuju sahaja akan perintah allah,dia yg menjadikan manusia dan segala2 nya,biar kan agama lain nk pertikaikan sebab dia tak tau,nii yg masalah kita umat islam,yg percaya rukun iman,percaya kitab alquran tapi menafikan hukum2 d dlm nya,genaaa nii ckp tak serupa bikin

    • Zaidi Deezura · Pondok lanai
      Hukum allah tetap hukum allah iaitu hudud,kita yg tak reti nii tak payah lah pertikai serahkan kepada bidang kuasa hakim2 pengamal undang2 ulama2 dan alim2 tok2 guru.kita sebagai umat dan hamba allah setuju sahaja akan perintah allah,dia yg menjadikan manusia dan segala2 nya,biar kan agama lain nk pertikaikan sebab dia tak tau,nii yg masalah kita umat islam,yg percaya rukun iman,percaya kitab alquran tapi menafikan hukum2 d dlm nya,genaaa nii ckp tak serupa bikin

    • Zaidi Deezura · Pondok lanai
      Hukum allah tetap hukum allah iaitu hudud,kita yg tak reti nii tak payah lah pertikai serahkan kepada bidang kuasa hakim2 pengamal undang2 ulama2 dan alim2 tok2 guru.kita sebagai umat dan hamba allah setuju sahaja akan perintah allah,dia yg menjadikan manusia dan segala2 nya,biar kan agama lain nk pertikaikan sebab dia tak tau,nii yg masalah kita umat islam,yg percaya rukun iman,percaya kitab alquran tapi menafikan hukum2 d dlm nya,genaaa nii ckp tak serupa bikin

  • Combat Roslee Ahmad · Pengulas Tertinggi · General manager di Me, Myself, and I Inc.
    dia ni bkn ape cume takut esok bile ade hudud dia XDE KES NK LAWAN KT MAHKAMAH.. hahaha TAKUT XDE KOMISEN UTK DIA hahaha.

  • Mohd Zailani Mohd Yunus · Pengulas Tertinggi
    Karpal berpengalaman luas dalam bidang SIVIL dan bukannya dalam bidang SYARIAH sbb tu dia kata cam tu...akal dan Ilmu manusia amat terbatas. Wahai saudaraku yakin lah akan ayat Allah.
    وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ " Ertinya : “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha kuat lagi Maha perkasa,” (QS. Al Hajj : 40)... Tahniah kpd PAS coz semakin kuat tentangan dan halangan yg dihadapi menandakan betapa ISTIQAMAH nya PAS dalam menegakkan agama Allah... tak macam golongan sekular yang langsung tak de tentangan coz mereka mmg tak berniat untuk melaksanakan hukum Allah.

  • Zoe Jaafar · Pengulas Tertinggi · SGGS, Penang
    DON'T TELL ME BAWAH UNDANG SIVIL SEKARANG PENJENAYAH TAK BEBAS.....sekarang semua pakai hujah saje...PEGUAM KOWTIM DGN HAKIM....semua terlepas....tambah2 undang2 ciptaan manusia...HUDUD dari ALLLAH....HARAP2 KARPAL SINGH ( SALAH SEORG YG DI ANNGAP D BEST LAWYER IN M'SIA) DI BERI HIDAYAH N D BUKAK PINTU OLIH ALLAH...MEMAHAMI HUKUM ALLAH.......NOTHING TO LOOSE.....ABU ASSIDIQ PUN BOLEH BERUBAH ( org yg cuba nak bunuh NABI SAW)...BOLE JADI THE BEST KHALIFAH.......sama2 kita berdoa........AMEEEEN.

  • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi
    Bangang Punya Karpal Singh.. Woii Jgn Baca Enakmen Hudud! Undang Islam bersekali dgn Hudud, Qisas dan Takzir - ia cuma Undang2! yang menentukan sama ada Tuduhan atau pendakwaan itu dibawah Hudud, Qisas atau Takzir ia terletak dibawah pihak Pendakwaan.. jika tak cukup Syarat Hudud, Pendakwaraya boleh Mendakwa pesalah dibawah Hudud.. Woii bagi Karpal dan UMNO yg Bangang Sekalian.. Dizaman Nabi ade Hamba Allah yg Datang Mengaku dia Berzina pun.. Nabi Tolak sehingga 3 kali.. suruh dia balik.. Karpal dgn UMNO sama je.. mengelirukan.. dan merosakkan Aqidah mcm UMNO!

  • Kelab Melayu Muda · Pengulas Tertinggi · Hanya kuli biasa di Agensi Kerajaan Negara
    Mr. Karpal; HUDUD adalah ruang untuk menghukum ORANG ISLAM dengan hukuman tuhannya. Jika tiada BUKTI, hukuman TAKZIR (seperti SIVIL) akan digunakan, begitu juga QISAS (Bunuh balas Bunuh) jika tiada cukup bukti dan saksi, HAKIM akan menghukumnya mengikut kebijaksanaan atau termaktub dalam UNDANG-UNDANG seperti SIVIL.KeSESUAIANnya ada di ZAMAN ini dan PELAKSANAANnya yang akan melengkapkannya nanti. BELUM RASA, SUDAH MAHU, BELUM CUBA BELUM TAHU.

  • Zainal Abidin Hussin · · Pengulas Tertinggi · Universiti Sains Malaysia
    Harus terima kasih kepada saudara Karpal. Kemusykilan yang ada jawapan jelas jika diberi kefahaman penuh. Seperti gading pada gajah. Gading bukan gajah tapi bukan gajah kalau tiada gading. Hudud hanya "part of" penyelesaian masalah jenayah dalam pakej tawaran keselamatan Islam yang menyeluruh seperti seekor gajah. Jangan marah Karpal. berikan dia penjelasan seperti yang dia mahukan.

  • Shohor Enes · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    HUDUD adalah "mandatori", tetapi jika jika pada kes tertentu ada sedikit 'keraguan yang munasabah' ia akan dipindahkan kepada TAKZIR. Maka mana2 hukuman ynag 'tiadk melampaui/mencabuli hudud' dengan sendirinya akan terpakai....termasuklah mana2 bentuk hukuman yang sudah ada sekarang....bukan semuanya akan di"tolak mentah-mentah".

  • Muhd Fadzli · Bekerja di Tukang Jentik Telinga
    wartawan pun satu bengong...tanya dengan org bukan islam memang le dia bangkang....apa sebab dia nak sokong islam, bukan agama dia...toksah dok tanya pendapat dgn org yg bukan ahli sebab nanti yang akan keluar jawapan yang bodoh dan dangkal!

  • Pemuda Padang Terap · · Padang Terap, Kedah, Malaysia
    Baguslah..lawanlah lagi karpal agar rakyat Malaysia semakin celik dan faham hukum Allah..kefahaman rakyat Malaysia terhadap hukum Allah semakin memberansangkan hasil usaha PAS.

  • حسن الإشراف · Pengulas Tertinggi
    Dalam hal ini, ada sedikit silap faham saudara Karpal Singh. Sekiranya seseorang terlepas dari hukuman hudud, seseorang itu masih boleh dikenakan hukuman di bawah hukuman takzir. Bersalah tetap bersalah dan tetap dihukum.

  • Nordin Othman · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Ns2 Network
    jika hudud tak cukup syarat ....tok Hakim akan timbang ikut takzir pulak....itu stepnya...kalau tak ngaji mmg ulas pun mcm Zul nordin..

    • Kayz Kitaro · Pengulas Tertinggi · SMK manir, kuala terengganu
      karpal kena mendalami lg hukum2 islam ini..ALLAH SWT mengetahui segalanya ynag berlaku diatas bumi milik-NYA ini...undang2 ALLAH amat sesuai setiap masa,di mana shaja..sma2 la mengambil tgjwab menerangkan dengan teperinci dan betul contohnya kpd yang tak faham lg..

    • Zahary Ezanne · Pengulas Tertinggi · Kaunselor di Guru
      belum menang pun dah bercanggah pendirian DAP tentang islam. sekejap langkah mayat, sekejap pertahan islam, sekejap serang islam. patutlah ridhuan tee kata tak boleh tolak ansur takut nanti mereka ansur2 tolak islam. takpalah nak buat mcm mana tahaluf siyasi katakan..... jgn katakan serang islam,nak buang islam pun takpa..... semoga Allah melindungi pejuang islam sejati seperti hassan ali yg mendahulukan perintah Allah lebih daripada perintah parti.

    • Kayz Kitaro · Pengulas Tertinggi · SMK manir, kuala terengganu
      dia tak berapa faham lg..sbb krajaan tak pernah terangkan kpd rakyat tentang hukum hudud sebenarnya...malah ckp tak sesuai..ustaz2 bahlul u*m* plak ustaz 20sen mengampu tak inagt dosa dah..mcmna org bkn islam nak faham,org islam sndiri pn nak lwn hukum tuhan...adoi

  • Triple Dimension · Pengulas Tertinggi
    Karpal nampaknya tak faham tentang Hudud.

    Walaupun standard pembuktian bagi undang-undang jenayah adalah "tanpa sebarang keraguan yang munasabah", undang-undang hudud adalah berdasarkan "kepastian", katanya.

    "Sebagai contoh, empat orang saksi Islam cukup syarat diperlukan untuk membuktikan kes-kes zina mengikut undang-undang hudud. Ini adalah mustahil dan tidak sesuai untuk negara ini," kata Karpal, pada sidang akhbar di Pulau Pinang, semalam.

    Karpal kena memahami betapa murninya Islam. Hukum hudud jelas sekali meletakkan perkara yang pertama ialah tidak bersalah dan keduanya tuduhan bersalah. Pertuduhan ini perlu mengemukakan empat saksi berwibawa menurut perspektif Islam. Kalau tidak dilepaskan daripada tuduhan. Apa pengertian zina?

  • Mohamad Heder Roslan · Pengulas Tertinggi · University experience of life
    Allah S.W.T lebih mengetahui dari apa yg kita ketahui...Jika ikut akal apa yg Karpal ckp mungkin betul sbb tu dia masih x peluk Agama Islam sbb x faham...Kita sbgai Islam pun jika sama berfikir mcm tu x taulah nak ckp.....kan lebih baik kita ckp mcm ni...kenapa lembu2 ni beri manusia yg jaga, kan lebih baik biar lembu menjaga kumpulan lembu....Dan manusia soallah kat Allah kenapa Allah nak jaga manusia, biarkan manusia jaga manusia?

  • Wak Senggol · Pengulas Tertinggi · Uitm
    wak rasa isu2 jenayah Islam termasuk zina biarlah di terjemahkan oleh org2 Islam sendiri yg lebih pakar kpd perundangan tersebut, wibawa hukum itu sendiri ada kesantunannya jika tidak terdapat pada 4 org saksi masih boleh dibicarakan kpd bukti yg yg lain yg boleh disabitkan kpd undang2 takzir (Denda dan sebagainya) kalau terlepas pada hudud ia masih boleh didakwa kpd undang2 takzir, wak rasa pak singh perlu dpt pemahaman yg lebih jelas kalau dia berminat sebelum membuat sebarang penjelasan yg tidak jelas, nanti isunya kan dimanipulasi pulak oleh media2 utama mereka, jgn marah pak singh wak ingatkan aja.

  • Melayu Terakhir · Pengulas Tertinggi · UTM Skudai
    diharap bijak pandai islam jangan pandang sepi dengan pandangan karpal ini...sila bagi jawapan yang menyakinkan tentang kelebihan dan keistimewaan hukum islam...jangan biarkan islam nampak lemah...dato asri, silakan bagi pandangan...kalau pasal bantahan pemuda pas, begitu cepat bagi statement, sila jawab pasal karpal ni pulak....

  • Fais Al-Hajari · · Pengulas Tertinggi · Pengerusi Lajnah Ekonomi di Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu
    bila karpal singih ragu2 pasal hudud, adalah difahami sebab dia ni mmg kafir dan tak tau apa2 pasal hukum Islam. bak kata nik bahrum, kena mengaji bebetul dulu baru komen atau bagi pandangan.

    tp bila ada org yg mengaku Islam sendiri senada dengan karpal pasal hudud terutamanya tang "tak sesuai kat negara ni" (pepaham je la sapa) maknanya, dia ni sama kafir dengan karpal singh ni la..

    • Fais Al-Hajari · · Pengulas Tertinggi · Pengerusi Lajnah Ekonomi di Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu
      karpal singh is old story already - dah menghampiri expiry date dalam politik dan guaman. peguam2 non muslim yg jauh lebih muda kebanyakannya menyokong perlaksanaan hudud dengan mahu menjadikan kelantan sebagai model terlebih dahulu.

      belajar dulu ye karpal. u may be old but u r not wiser than b4.

    • Azman Muhammad · UMKL
      Sebenarnye die takut dgn byg2 sendiri,die yg penjenayah sebenarnye, penjenayah mcm die ni bebas bile hukum manusia digunakan coz die boleh manipulate dgn senang, bile hudud dilaksanakan, org yg mcm ni (setan bertopeng manusia) akan jd takut dan terus menjadi lemah dalam cubaan untuk menyesatkan umat islam,

  • Dewan Muslimat Pas Lenggong · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Parti Islam SeMalaysia (PAS)
    Ya Allah! Kau permudahkan & percepatkanlah proses perlaksanaan sistem perundangan-Mu agar lebih cepat mereka semua menyaksikan keindahan sistem perundangan jenayah syariah ciptaan-Mu.

  • Mohd Azie · Pengulas Tertinggi
    si tua keparat ni tak habis habis nak main isu sensitif.....kalau tak tahu hukum hakam islam tanya org yg ariff dlm islam...bukan dok tanya dkt lim kit siang or lim guang eng...tanya dkt tok guru nik aziz.....bodoh punya kapal singh........

No comments:

Post a Comment