Friday, September 14, 2012

BELA DAN IKUT RASULLULLAH SAW MEMANG DITUNTUT...TAPI KITA YANG BELA DAN CAKAP IKUT TAPI BUAT MAKSIAT...TAK IKUT PUN SUNAH DAN PERATURAN YANG TELAH DIBAWA OLEH RASULULLAH SAW...MACAM BERIMAN TAHI KUCING JE

Badan berketul nafsu pula lemah

Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

KONGSI PENGALAMAN...Thomas menceritakan masalahnya kepada wartawan Harian Metro.
KONGSI PENGALAMAN...Thomas menceritakan masalahnya kepada wartawan Harian Metro.
ALOR SETAR: Keghairahan mengambil ubat-ubatan mengandung steroid jenis ‘testosterone’ bagi menambah kekuatan ketika menjalani latihan angkat berat menyebabkan seorang ahli bina badan kini menderita lemah tenaga batin dan kerandut zakar turut mengecil.
Malah, masalah dialami lelaki berusia 40-an itu turut menjejaskan keseluruhan hidupnya apabila ditinggalkan isteri selain sering mengalami pelbagai masalah kesihatan.
Dia yang tinggal di bandar raya ini dan hanya mahu dikenali sebagai Thomas berkata, doktor memberitahu masalah lemah tenaga batin yang dialaminya berpunca daripada pengambilan steroid jenis testosterone berlebihan sejak lebih tujuh tahun lalu.

Menurut Thomas, dia menceburi sukan bina badan sejak berusia 20 tahun dan pada mulanya hanya mengambil makanan kesihatan tambahan serta ubat-ubatan untuk meningkatkan tenaga fizikal.

Tangisan di sisi mayat ibu

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan dan Ravale Savarinathan

NORMAYA...ditemui mati
NORMAYA...ditemui mati
BAGAN DATOH: Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan dipercayai menangis berjam-jam sebelum ditemui di sisi mayat ibunya di kuarters guru di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh, di sini, pagi kelmarin.
Mayat Normaya Mokhtar, 33, yang juga guru Bahasa Jepun di sekolah berkenaan dan dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung, ditemui rakan yang ke rumahnya jam 8 pagi kelmarin.

Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, dia menghantar SMS, malam Rabu lalu, namun tidak dibalas, menyebabkan dia beranggapan mangsa sibuk.
“Saya pelik apabila mendapat tahu dia tidak hadir ke sekolah (pagi kelmarin) menyebabkan saya ke rumahnya yang tidak jauh dari sekolah itu. Sebaik tiba di rumahnya, saya dapati pintu rumah tertutup rapat biarpun berkali-kali dipanggil, namun tiada jawapan.

“Saya segera memeriksa keadaan sekeliling rumah dan mendapati kunci pendua disimpan di hadapan rak kasut rumah berkenaan sehingga membolehkan saya membuka pintu hadapan rumahnya,” katanya.

Menurutnya, sebaik melangkah masuk, dia terus mencari rakannya di setiap ruang sebelum mendapati mangsa terbaring di ruang bilik tidur utama dan bayinya berada di sisi.
“Dia ditemui dalam keadaan pucat dan terbaring di atas katilnya bersama bayinya yang menangis. Doktor yang memeriksa keadaannya selepas itu memaklumkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Menurut seorang lagi saksi yang enggan dikenali, dia terdengar tangisan bayi berpanjangan sehari sebelum mengetahui berita kematian guru berkenaan, namun dia tidak mengambil apa-apa tindakan.
“Arwah seorang guru bahasa Jepun dan sudah mengajar di sekolah berkenaan sejak lebih dua tahun lalu. Dia sangat disenangi rakan-rakan dan suka membantu,” katanya. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Mangsa meninggal dunia lewat petang Rabu lalu, namun hanya diketahui jiran dan rakan yang ke rumah mangsa pagi esoknya. Setakat ini polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut namun turut menjalankan siasatan bagi mengesan jika ada unsur jenayah,” katanya.

Difahamkan, mangsa dipercayai menetap di rumah berkenaan bersama bayinya yang berusia tujuh bulan, manakala suami bekerja di Johor Bahru.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Gajah petang kelmarin.

Sementara itu, Exco Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin ketika dihubungi merakamkan takziah kepada keluarga mangsa dan menyifatkan kematiannya satu kehilangan besar bagi warga pendidik.

“Saya dimaklumkan pengurusan sekolah berkenaan mengenai perkara itu. Saya sepatutnya mewakili Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid, namun terpaksa menghantar wakil kerana terbabit dengan program lain,” katanya.

Tubuh ‘ghaib’ kaki terjulur

Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my

TERPEROSOK...anggota bomba mengeluarkan lelaki yang terjatuh ke dalam longkang di Kampung Melayu Kepong, kelmarin.
TERPEROSOK...anggota bomba mengeluarkan lelaki yang terjatuh ke dalam longkang di Kampung Melayu Kepong, kelmarin.
KUALA LUMPUR: “Semasa tiba di tempat kejadian, saya lihat hanya kaki terjulur keluar dari permukaan lubang manakala tubuhnya terlipat membongkok,” kata Pegawai Bomba, Narmizi Hamzah, dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang yang mengetuai usaha menyelamatkan lelaki yang terjatuh ke dalam longkang di Kampung Melayu Kepong, di sini, kelmarin.
Menurut Narmizi, ketika diperiksa lelaki terbabit berusia 40-an tidak bergerak, malah tidak menyahut panggilannya dan disyaki pengsan selepas terperosok ke dalam longkang sedalam satu meter pada jam 9.25 malam.

“Saya tidak tahu berapa lama mangsa dalam longkang berkenaan yang terletak berhampiran rumah penduduk.
“Mujur longkang itu tidak ditenggelami air walaupun hujan lebat ketika kejadian,” katanya yang ke tempat kejadian bersama satu jentera dan enam anggota selepas menerima panggilan daripada orang awam.

Narmizi berkata, mangsa dipercayai terbabit kemalangan selepas motosikal ditunggangnya terbabas akibat jalan licin sebelum terjatuh ke dalam longkang itu.

“Berdasarkan laporan pemilik kediaman berkenaan, dia baru pulang ke rumah apabila ternampak motosikal tanpa penunggang rebah di tepi jalan berhampiran pintu pagar.
“Pemilik berkenaan yang curiga dengan keadaan itu memeriksa kawasan depan rumahnya dan menemui penunggang motosikal itu di dalam longkang,” katanya.

Katanya, kemalangan itu tidak disedari sesiapa berikutan hujan lebat selain persekitaran gelap manakala longkang itu pula dilindungi pokok hiasan merimbun.
“Saya bersama anggota lain mengeluarkan mangsa dan kerja menyelamat perlu berhati-hati kerana bimbang mencederakan mangsa.

“Ini kerana, longkang itu sempit dan berdinding konkrit. Mangsa diselamatkan dan dikejarkan ke Hospital Selayang,” katanya.

Pelajar melecur barbeku meletup

Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my

SAKIT...Muhammad Azreen yang parah menerima rawatan di PPUKM.
SAKIT...Muhammad Azreen yang parah menerima rawatan di PPUKM.
KUALA LUMPUR: Lima pelajar sebuah sekolah menengah di Taman Mulia, Bandar Tun Razak, Cheras, di sini, pagi semalam melecur teruk selepas berlaku letupan ketika mereka berbarbeku sempena majlis rumah terbuka Adilfitri di sekolah berkenaan jam 9.30 pagi semalam.
Mangsa membabitkan pelajar tingkatan empat dan seorang tingkatan lima dengan empat daripada mangsa parah akibat melecur 25 hingga 45 peratus dari paras pinggang hingga muka.

Menurut seorang daripada mangsa, Mohd Hidayad Mohd Yazid, 16, ketika kejadian dia bersama 20 rakan memerhati seorang guru mencurahkan cecair pelarut ke dalam api, apabila secara tiba-tiba berlaku letupan kuat serta api menyambar mereka yang berada di sekeliling alat barbeku.
“Baju saya terbakar pada bahagian seluar dan lengan, saya kemudian menanggalkan seluar dengan bantuan rakan.

“Selepas kejadian, guru yang mencurah cecair itu menghantar saya dan seorang rakan yang parah, Muhammad Azreen Rahim, 16, ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah mengesahkan menerima laporan kejadian itu daripada keluarga pelajar yang cedera.
Menurutnya, setakat ini kes berkenaan tiada unsur jenayah dan lebih menjurus kepada kemalangan.

Tauke tayar, kekasih dibunuh

Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my

KAJANG: Seorang ahli perniagaan yang mempunyai rangkaian kedai tayar di sekitar Lembah Klang dan teman wanitanya ditemui mati dibunuh dengan kesan tetakan pada badan, tangan dan leher di rumahnya di Taman Segar Perdana, di sini, malam kelmarin.
Mangsa dikenali sebagai Leong Kian Sheong, 37, dan Vivien Wong, 20, ditemui terbaring berlumuran darah dalam sebuah bilik di tingkat bawah rumah, kira-kira jam 10 malam.

Mayat mereka ditemui ahli keluarga dan rakan yang datang meninjau ke rumah itu selepas curiga apabila panggilan telefon tidak berjawab sejak awal pagi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid AB Wahab berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada jam 10.30 malam dan pemeriksaan mendapati kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan terbaring secara bertentangan dengan kesan darah berlumuran di keliling mereka.

Duda cemburu simbah asid

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Siti Norhidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang ‘gila talak’ sanggup bertindak kejam dengan menyimbah asid ke muka teman lelaki bekas isterinya berikutan permintaannya untuk rujuk semula ditolak dalam kejadian di Jalan Segambut, di sini, malam kelmarin.
Akibat kejadian itu, teman lelaki wanita itu, Abdul Rahman Othman, 41, hilang penglihatan mata kirinya dan turut melecur di muka dan tangan kirinya.

Menceritakan kembali kejadian itu, Abdul Rahman berkata, persahabatan dengan teman wanita dan bekas suami wanita itu sudah terjalin sejak 20 tahun lalu dan hubungan mereka terputus selepas mereka berkahwin.

Bagaimanapun, katanya, setahun lalu, dia terserempak dengan teman wanitanya itu yang sudah berstatus janda ketika bekerja dan wanita itu menceritakan masalah dan tekanan dihadapinya akibat sikap pemarah serta cemburu buta bekas suaminya itu.

Tunggakan cukai MBSA RM13 juta



SHAH ALAM: Tunggakan cukai taksiran keseluruhan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sehingga Disember tahun lalu mencecah RM13 juta membabitkan cukai taksiran industri, perdagangan, kediaman dan pertanian.
Timbalan Pengarah Korporat MBSA, Shahrin Ahmad berkata, cukai taksiran membabitkan kediaman faktor utama kepada pertambahan angka keseluruhan tunggakan cukai taksiran berkenaan.

Beliau berkata, kawasan perumahan jenis pangsapuri dan kondominium di Seksyen 7, Seksyen 13 dan Seksyen U5, di sini, antara kawasan yang mengundang kepada permasalahan berkenaan.
“Berdasarkan pemantauan MBSA, kami mendapati pegangan harta yang mempunyai jumlah tertunggak terbanyak adalah kediaman membabitkan hampir 8,000 akaun pemegang harta dengan jumlah tertunggak minimum RM300.

“Pihak MBSA amat berharap semua pemegang harta dapat menunaikan tanggungjawab untuk menjelaskan tunggakan serta cukai taksiran dikenakan,” katanya.

Shahrin berkata, MBSA kini giat melaksanakan tindakan undang-undang kepada pemilik harta yang gagal menjelaskan tunggakan cukai taksiran di seluruh kawasan pentadbirannya.
“Sebelum ini, langkah sama diambil terhadap premis perindustrian dan perdagangan yang menjurus kepada penurunan jumlah tunggakan,” katanya.

Menurutnya, MBSA menasihatkan pemilik harta yang menjual atau berpindah ke kediaman lain supaya dapat mengemas kini alamat surat menyurat dengan MBSA bagi mengelakkan bil serta notis dihantar ke alamat yang salah.

Pura-pura pengsan

Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz
rnorain@hmetro.com.my

TEMERLOH: Seorang isteri merangkak sejauh 200 meter menuruni jalan berbukit dalam keadaan berlumuran darah bagi mendapatkan bantuan selepas dia dan suaminya ditikam berulang kali di badan oleh tiga penjenayah.
Kejadian berlaku di Kampung Baru Simpang Sanggang, di sini, jam 2.30 pagi semalam dan mangsa, Siti Rohani Salleh, 48, berpura-pura pengsan, manakala suaminya, Abdul Talib Yadin, 56, yang turut ditikam, maut di tempat kejadian.

Wang tunai RM700 dan barangan kemas iaitu gelang tangan dan kaki serta tiga telefon bimbit keseluruhannya bernilai RM4,000 milik mereka dilarikan penjenayah.

Sumber berkata, ketika kejadian pasangan itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar baki akhbar tidak terjual di sebuah kedai di kampung bersebelahan selepas menutup operasi kedai serbaneka mereka di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh arah Kuala Lumpur.

Padah nak cepat tubuh sasa



KUALA LUMPUR: “Pelari pecut kebiasaannya menggunakan steroid jenis stonozolol manakala dianabol dan testosterone kerap digunakan ahli bina badan” kata bekas jaguh bina badan negara, Datuk Abdul Malek Mohamed Noor.
Bekas Mr Asia kategori ‘heavyweight’ sebanyak enam kali itu berkata, dianabol dan testosterone menjadi pilihan ahli bina badan kerana ia mampu menambah kekuatan dan mempercepatkan pembinaan otot.

Abdul Malek, 57, turut mengesahkan keghairahan atlet mengambil steroid untuk mendapatkan tubuh sasa dalam tempoh singkat bukan saja membuatkan mereka berdepan risiko kerosakan kesihatan, malah ia turut mengubah emosi serta menjejaskan hormon kelakian sehinggakan alat sulit menjadi kecil.
“Mereka yang ghairah mendapatkan badan sasa dengan cepat mungkin berjaya mencapai impian itu, tetapi berisiko berdepan masalah buah pinggang, jantung, tekanan darah tinggi, mati pucuk, sesetengahnya kemaluan mengecil, menjadi pemarah, malah boleh membawa maut.

“Saya sedar bukan orang awam yang mengidam badan menawan saja mengambilnya, malah ada atlet turut menggunakannya untuk mencapai prestasi terbaik.

“Contohnya, bagi pelari pecut wanita, penggunaan steroid memberi kesan sehingga wajah dan badan mereka kelihatan lelaki,” katanya. Abdul Malek, berkata, kesan penggunaan hormon pembesaran boleh dilihat melalui perubahan fizikal seperti dagu meruncing ke depan, gigi jarang dan tangan menjadi bengkok.
“Saya dapati penggunaan steroid sekarang serius dan meluas. Elakkan penggunaannya kerana saya sudah lihat kesan buruk kepada rakan saya sebelum ini. Untuk mendapatkan badan menawan, kita tidak perlu bergantung kepada steroid, tetapi faham kandungan makanan seperti kalori, karbohidrat dan protein. “Kalau mahu mengambil steroid juga, sila rujuk doktor bagi mengelak kesan sampingan buruk kepada fizikal dan mental,” katanya.

Rasulullah SAW contoh terbaik

Oleh Dr Norman Mohd Norawi

MENJAGA kesihatan suatu yang dituntut Islam. Rasulullah s.a.w amat menekankan kebersihan dalam kehidupan seharian. Hinggakan tidak sah ibadat khusus seperti solat tanpa berwuduk. Bersugi setiap hari juga dituntut dan ia dapat dinisbahkan zaman sekarang dengan menggosok gigi. Kita juga dituntut mandi dan membersihkan diri setiap hari. Mandi pula wajib untuk membersihkan diri selepas berhadas besar.
Kebersihan asas kepada kesihatan sebagaimana yang terbukti dalam ilmu perubatan moden. Dalam satu hadis dinyatakan kebersihan itu sebahagian daripada iman.

Rasulullah amat berhati-hati dan menekankan aspek pemakanan seharian. Banyak riwayat yang dituliskan keadaan fizikal baginda yang sederhana dan tidak gemuk. Baginda sangat cergas dan bertenaga, tidak syak lagi Rasulullah contoh terbaik menjadi seorang yang sihat.

Kesihatan yang optimum amat penting untuk kita melaksanakan semua yang dituntut Islam. Dalam rukun Islam, solat, puasa dan haji adalah suatu ibadah yang bersifat fizikal. Tanpa kesihatan yang sempurna ibadah itu tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Untuk mengeluarkan zakat harta kita memerlukan kekuatan fizikal untuk mencari nafkah.

Kita selalu makan berlebihan dan mengikut selera manakala akibat sibuk bekerja kita lupa bersenam. Senaman kunci kesihatan yang utama. Setelah berusaha mendapat kesihatan yang baik, barulah bertawakal dan berdoa supaya dikurniakan kesihatan.

Doa untuk kesihatan selalu kita baca dalam solat dalam bacaan duduk antara dua sujud begitu juga dalam doa qunut. Dalam satu hadis diriwayatkan Ibnu Abbas yang bermaksud: “Seorang Arab Badwi datang kepada Rasullullah s.a.w lalu dia bertanya, ‘apakah yang baik aku minta kepada Allah selepas selesai solat lima waktu? Rasulullah menjawab,‘Mintalah kesihatan.’ Orang Arab Badwi itu mengulangi soalannya, Rasulullah menjawab, ‘mintalah kesihatan.’ Maka untuk ketiga kalinya Rasulullah mengatakan, ‘mintalah kesihatan di dunia dan di akhirat’.”

Sesuailah dengan doa yang selalu dibaca Rasullullah s.a.w sebagaimana yang terdapat di dalam al-Mathurat yang bermaksud:

“Ya Allah, sihatkanlah badanku, Ya Allah, sihatkanlah pendengaranku, Ya Allah sihatkanlah penglihatanku...Amin”.

Adalah tidak munasabah jika kita berdoa untuk murah rezeki, kemudian kita malas bekerja dan mengharapkan diberikan rezeki yang melimpah-ruah daripada Allah. Samalah juga keadaannya jika kita berdoa diberikan kesihatan, tetapi amal perbuatan kita seharian langsung tidak menjuruskan diri mendapat kesihatan yang baik. Kesihatan yang baik itu rezeki kurniaan Allah dan rezeki ini perlu kita usahakan.

Jika kita meneliti apa yang dinyatakan dalam hadis, kita mendapati Rasulullah memberikan punca kenapa seseorang menjadi gemuk. Kegemukan adalah satu faktor untuk pelbagai penyakit.

Sebagaimana hadis diriwayatkan Ahmad, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah dari Miqdam bin Ma’di al-Kindi, beliau berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

“Tidaklah anak Adam memenuhi suatu wadah yang lebih buruk daripada (memenuhi) perut (dengan makanan). Cukuplah bagi anak Adam dengan beberapa suap makan yang dapat menegakkan tulang sulbinya. Jika tidak mungkin, maka sepertiga (perut) untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga untuk udara.”

Sabda Nabi Muhammad lagi, maksudnya:

“Perut itu tempat penyakit dan berpantang itu penyembuh yang utama. Asal segala penyakit itu hawa sejuk dan biasakanlah tubuh apa yang telah biasa.”

Melalui hadis di atas, Rasulullah mengingatkan bahaya terlebih makan punca obesiti. Sesungguhnya obesiti itu adalah satu penyakit.

Allah berfirman dalam surah Al-A’raf ayat 31, maksudnya: “Wahai anak Adam makan dan minumlah dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berlebih-lebihan.”

Dalam Surah al-Baqarah ayat 172, Allah berfirman:

“Wahai orang yang beriman! Makanlah daripada rezeki yang baik yang kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu hanya menyembah kepada-Nya.”

Di sini jelaslah suruhan Allah yang menggalakkan kita makan hanya daripada rezeki yang baik atau toyyiban sahaja. Jika kita teliti ayat Al Quran, selalunya setiap kali perkataan ‘halal’ seterusnya disertakan dengan perkataan ‘toyyiban’. Di sini jelas, makanan yang kita makan perlulah halal di samping itu ia perlu ‘toyyiban’ iaitu perlu ‘baik’. Yang baik ini boleh ditafsirkan sebagai makanan yang sihat dan menyihatkan badan kerana ada juga makanan yang halal tetapi tidak baik untuk kesihatan. Contohnya makanan segera yang berlambak di pasaran sekarang. Hasil kajian saintifik moden, pelbagai penyakit berbahaya kini seperti kanser berpunca daripada makanan segera yang tidak sihat.

Amalan yang lebih buruk lagi jika kita dengan sengaja melakukan tabiat tidak sihat seperti merokok, makan berlebihan dan malas bersenam. Amalan ini juga amat ditegah dalam Islam. Tidak hairanlah Majlis fatwa Kebangsaan memfatwakan rokok haram bersandarkan kepada aspek kesihatan merokok itu membahayakan kesihatan perokok dan orang di sekelilingnya. Tinggalkanlah tabiat buruk ini demi kesihatan.

Islam menyarankan sejak lebih 1400 tahun lalu kaedah yang betul untuk makan dan rahsia tidak menjadi gemuk. Melihat dalil di atas, ternyata Islam jauh mendahului sains moden dalam menemukan konsep keseimbangan makanan dan minuman. Al-Quran secara terang mengingatkan bahaya makan dan minum secara berlebihan terhadap tubuh manusia.

Kesihatan tubuh dan memelihara kesihatan hal pokok wajib dimiliki dan dipertahankan setiap Muslim yang beriman. Rasulullah menerangkan dalam beberapa hadis pentingnya kedudukan kesihatan dalam Islam.

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda:

“Daripada Abu Hurairah r.a, dia berkata: Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Yang pertama sekali ditanyakan kepada seorang hamba pada hari kiamat adalah mengenai nikmat yang diperoleh di dunia. Dikatakan kepadanya, tidakkah kami sihatkan badanmu dan kami berikan bekal kepadamu daripada air yang sejuk.” (Riwayat Tirmizi)

Sesungguhnya kesihatan itu nikmat kurniaan Allah yang tidak ternilai, sehinggakan ia ditanya Allah pada hari kemudian. Oleh itu janganlah kita mensia-siakannya.

Rasullullah juga menyatakan menjaga kesihatan adalah lebih afdal kerana kesihatan itu adalah nikmat Allah kepada seseorang manusia. Sebagaimana sebuah hadisnya yang bermaksud:

“Daripada Abdurrahman bin Abi Laila, daripada Abi Darda’, dia berkata: Aku berkata, “Ya Rasullullah, sungguh aku diberi kesihatan, lalu aku bersyukur, lebih aku sukai daripada aku diberi bala (penyakit) lalu aku bersabar.” Lalu Rasulullah s.a.w menjawab, “Dan Rasulullah juga menyukai engkau berada dalam kesihatan.”

Banyak riwayat disampaikan ahli sirah Rasulullah menyatakan Nabi Muhammad seorang yang sihat tubuh badan, tidak gemuk dan amat cergas serta aktif dalam aktiviti fizikal hingga mampu berperang mempertahankan Islam. Nabi juga mempunyai hobi bergusti, memanah dan menunggang kuda yang memerlukan kekuatan fizikal yang kuat dan cergas. Kita pernah mendengar hadis yang menyatakan Rasulullah pernah berlumba lari dengan isterinya, Saidatina Aishah. Cuba bayangkan umur Nabi semasa itu. Jelas menunjukkan Nabi seorang yang sangat sihat dan cergas.

Jika kita meneliti sirah perjuangan Rasulullah, kita mendapati peperangan utama seperti Badar dan Uhud dipimpin Rasulullah ketika berumur 50-an dan baginda masih kuat dan bertenaga untuk berperang menghadapi ancaman musuh Islam.

Kita sebagai manusia mesti sentiasa berusaha, kemudian bertawakal dan berdoa kepada Allah agar dikurniakan kesihatan yang baik sesuai dengan tuntutan Islam.


Penulis Pengamal Perubatan Am (Pengkhususan dalam Antipenuaan & Perubatan Regeneratif)

Bangkit bela Rasulullah SAW

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi, Omar Osman, Rudy Sheriffudin dan Faizal Ghazali
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Filem kontroversi, Innocence of Muslims, yang menghina Nabi Muhammad s.a.w mendapat bantahan di seluruh negara apabila umat Islam menyatakan kemarahan dengan membawa sepanduk dan poster mengecam filem itu, semalam.
Di ibu kota, lebih 50 penyokong Sekretariat Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mengadakan demonstrasi aman di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak, di sini selepas solat Jumaat.

Pengerusi Pembela, Aminuddin Yahya kemudian menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil Kedutaan AS, jam 2.30 petang.
Aminuddin berkata, pihaknya mendesak AS mengambil tindakan segera terhadap pengarah filem berkenaan, Sam Bacille, seorang berbangsa Yahudi kini dipercayai bersembunyi di Los Angeles, California.

Menurutnya, filem terbabit menyentuh sensitiviti umat Islam bukan saja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia kerana secara terang-terangan menghina Nabi Muhammad s.a.w.

“Kami mendesak tindakan segera diambil Kerajaan AS bagi menghentikan penayangan filem itu selain tidak memberi perlindungan kepada pengarah filem terbabit yang perlu bertanggungjawab di atas perbuatan melampaunya,” katanya.
Di Pulau Pinang, lebih 100 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam Pulau Pinang turut mengadakan bantahan secara aman di depan Masjid Kapitan Keling, di sini.

Presiden Liga Muslim Pulau Pinang, Datuk Haja Najmudeen Abd Kadir, berkata bantahan diadakan bagi menggesa satu tindakan tegas diambil ke atas filem arahan Sam Bacile itu yang menghina Rasulullah dengan melabelkan baginda seorang kaki perempuan serta kekejaman orang Islam.
Beliau berkata, Kedutaan Amerika Syarikat perlu memandang serius masalah itu dan menggesa Bacile membuat permohonan maaf kepada umat Islam di seluruh dunia.

Sementara itu, di Bukit Mertajam, kira-kira 1,000 umat Islam hadir mengadakan bantahan sama di pekarangan Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Datuk Salleh Man, berkata, perhimpunan itu diadakan sebagai penentangan terhadap puak zionis yang mengaibkan keperibadian Rasulullah.

“Sebagai manusia agung, Rasulullah adalah panduan kita dunia dan akhirat, kita harus ke depan menangani apa yang dilakukan oleh puak Yahudi kepada baginda dan imej agama Islam.

“Sebagai orang Islam, kita perlu bersatu dan mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab itu,” katanya.

Di Sungai Petani, seramai lebih 200 jemaah Masjid Tunku Hafsah, Padang Temusu, di sini, mengadakan demonstrasi sama.

Penganjurnya, Sanusi Md Noor berkata, tindakan menghasilkan filem itu adalah agenda Yahudi yang disokong Amerika Syarikat apabila mereka sering melakukan pelbagai cara dengan niat mahu menghancurkan umat Islam. Justeru, seluruh umat Islam perlu bangun untuk bersatu bagi menentang musuh utama Islam itu.

Rabu lalu, Duta AS ke Libya, Christopher Stevens bersama tiga pegawai keselamatannya terbunuh selepas pejabat konsul di Benghazi, Libya diserang roket sebagai protes berhubung filem Innocence of Muslims yang didakwa menghina Nabi Muhammad s.a.w.

Selain Libya, Kedutaan AS di Kaherah, Mesir dan Sanaa, Yaman turut diserang berhubung penerbitan filem arahan Sam Bacille yang didakwa seorang berbangsa Yahudi, selain mendapati pembiayaan Israel dipercayai bertujuan menghina Islam.

Filem terbabit turut dimuat naik ke dalam laman video YouTube dengan tempoh tayangan selama dua jam menggambarkan kehidupan umat Islam yang tidak bermoral dan menggalakkan kekerasan.

Malah, filem itu turut menggambarkan Rasulullah s.a.w sebagai seorang yang gila perempuan, penipu dan orang gila, malah trailernya turut menghina al–Quran dan sahabat Nabi.

Perbuatan mungkin ada agenda tertentu



KOTA BHARU: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan menghasilkan filem, Innocence of Muslims yang jelas menghina Nabi Muhammad s.a.w sebagai perbuatan jahat dan tidak menghormati agama Islam.
Beliau yang mengulas perkara itu mahu filem bajet rendah berkenaan diharamkan kerana ia sesuatu yang tidak boleh diterima umat Islam.

“Bagi saya, secara peribadi kita sepatutnya mengharamkannya. Kalau dia ingin masuk ke Malaysia, jangan dibenarkan.
“Perbuatan menghina Nabi ini bagi orang Islam, kita tidak boleh terima. Ini satu kesalahan besar bagi kita, kita tidak boleh izinkan dalam bentuk filem, perkataan atau apa saja yang menghina Rasulullah. Ini memang sesuatu yang kita tolak.

“Ini satu perbuatan jahat, niatnya lebih daripada tidak menghormati agama, mungkin ada tujuan tertentu supaya berlaku pertembungan antara agama, supaya bergaduh dan membangkitkan kemarahan. Ini sesuatu yang boleh membawa kesan besar pada masyarakat dunia,” katanya pada sidang media ketika menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Mesra Aidilfitri sebelum merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kota Bharu, di sini, semalam.

Jual khazanah

Oleh Muhammad Hatim Ab Manan
am@metro.com.my

MELAKA: Seorang pemilik dokumen asal Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 ditandatangani bekas Perdana Menteri pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bertarikh 31 Ogos 1957 ingin menawarkan dokumen itu pada harga RM55,500.
Abdol Rahman Madlan, 30, dari Kampung Bakar, Kandang, dekat sini, berkata, dokumen itu amat bernilai kerana ia ucapan utama Allahyarham sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu pertama ketika mengisytiharkan kemerdekaan negara.

Menurutnya, dokumen mengandungi sembilan perenggan dalam tulisan Jawi itu antara lain menyebut negeri Melayu iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Perak serta Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka diisytihar menjadi Persekutuan Tanah Melayu.
“Memang berat hati menjualnya. Namun, bagi menyelamatkan warisan sejarah dan membolehkan generasi baru memperingati perjuangan Tunku Abdul Rahman, saya sedia menawarkannya kepada mana-mana pihak termasuk muzium.

“Saya mendapat pengesahan ketulenan dokumen ini daripada Arkib Negara dan ia sudah diawet supaya ia tahan lama sehingga tempoh lebih 100 tahun. Sempena sambutan ulang tahun ke-55 kemerdekaan Malaysia tahun ini, saya tawarkan ia pada harga RM55,500,” katanya.

Kata Abdol Rahman, salinan asal dokumen yang dicetak Survey Department of Malaya dan masih disimpan dengan baik itu pada mulanya diwarisi arwah datuknya, Hasan Kasim dan kemudian diberikan kepada bapanya, Madlan Hasan, 63.
“Hasrat saya ingin menjual dokumen ini bukan semata-mata kerana wang, tetapi mahu memelihara khazanah bernilai ini supaya individu yang layak saja memilikinya.

“Insya-Allah, saya dan isteri mempunyai hajat untuk menyumbangkan 20 peratus daripada hasil jualan dokumen ini kepada rumah anak-anak yatim pilihan kami di Melaka,” katanya.
Mereka yang berminat dan ingin membuat sebarang pertanyaan berkaitan dokumen berkenaan boleh menghubunginya.

Arahan Tengku Mahkota

Oleh Nuraishah Ya
am@hmetro.com.my

KOTA BHARU: Pendedahan Harian Metro mengenai penderitaan seorang warga emas berusia 63 tahun yang menghidap angin ahmar selain ditinggalkan isteri, akhirnya mendapat perhatian Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) yang menyerahkan sumbangan, kelmarin.
Mahmud Hamid, 63, yang terlantar sakit dan dijaga ibunya yang uzur, Siti Liah Tahir, 83, selain mendapat simpati adiknya, Mat Yakob Saleh, 61, yang cacat sebelah mata.

Maik menghulurkan sumbangan RM2,000 disampaikan Pegawai Dakwah Maik, Che Alias Haron dan Pegawai Urusan Sumber Maik, Nik Fadzul Fadzli Nik Othman mewakili Timbalan Yang Dipertua Maik, Datuk Kamaruddin Mohd Zin.
Che Alias berkata, sumbangan itu selepas mendapat arahan Tengku Mahkota Kelantan yang juga Yang Dipertua Maik, Tengku Muhammad Faiz Petra selepas melihat laporan akhbar ini.

Katanya, mereka kemudiannya melakukan siasatan dan mendapati penerima dalam kategori asnaf yang membolehkannya layak menerima wang berkenaan.

“Tengku Mahkota simpati dengan penderitaannya yang dikatakan terpaksa menanggung kos rawatan hingga RM200 sebulan.
“Kita meneliti latar belakangnya dan dia disahkan layak kerana berada di bawah kategori asnaf miskin,” katanya.

Harian Metro 8 Ogos lalu melaporkan nasib malang Mahmud yang hanya terlantar dan tidak boleh bercakap selepas menghidap angin ahmar sejak dua tahun lalu.

Mat Despatch bersalah edar dadah ke tali gantung



SHAH ALAM: Seorang penghantar cepat dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, selepas didapati bersalah mengedar lebih hampir dua kilogram (kg) ganja di Kota Damansara dekat sini, dua tahun lalu.
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu terhadap Syamsul Akmal Shah Baki, 29, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Akhtar pada penghakimannya berkata, pihaknya mendapati keterangan tertuduh ketika membela diri bahawa dia diperangkap oleh seorang dikenali Zuhardi adalah tidak boleh dipercayai.

Beliau berkata, tidak ada sebab untuk individu itu berbuat demikian memandangkan kedua-dua lelaki itu tidak mempunyai sebarang permusuhan. Selain itu, katanya, mahkamah menolak dakwaan tertuduh bahawa polis meletakkan pasportnya ke dalam beg ditemui mengandungi dadah itu. Sepanjang perbicaraan, seramai tujuh saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan tampil memberi keterangan.
Mengikut pertuduhan, Syamsul didakwa mengedar 1.763 kg ganja di tingkat tiga berhampiran lif, Blok C, Carlina Apartmen, Jalan Sepah Puteh 5/1, Kota Damansara, kira-kira jam 10.30 malam, 18 Julai 2010. Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norhani Mohd Adzhar, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Afifuddin Hafifi.

Berdasarkan keterangan saksi sepanjang perbicaraan, sepasukan polis mendapat maklumat berhubung satu sindiket pengedaran dadah di tempat kejadian.
Pemerhatian mendapati tertuduh keluar dari kereta dan membawa satu beg galas. Menyedari kehadiran polis, tertuduh cuba melarikan diri.

Bagaimanapun, lelaki itu berjaya ditahan selepas bergelut dengan polis.

Dadah campur pasir

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Bagi mengelakkan kegiatan dikesan, satu sindiket dadah antarabangsa mencampurkan dadah dengan pasir sebelum dimasukkan dalam tong plastik biru dan menggunakan laluan kargo udara untuk diseludup ke negara ini.
Itu taktik terbaru dikesan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman apabila menahan empat lelaki warga Iran menyeludup 13 tong plastik berisi campuran pasir dan syabu seberat 861.5 kilogram (kg) dianggarkan bernilai jutaan ringgit.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, kegiatan mereka terbongkar selepas pihaknya yang menerima maklumat orang awam menyerbu sebuah premis kilang di Taman Perindustrian Puchong, dekat sini, 11 September lalu.
Menurutnya, empat lelaki warga Iran berusia 31 hingga 36 tahun ditahan di premis berkenaan ketika mereka sedang memeriksa kandungan tong plastik berisi campuran pasir dan dadah itu.

“Hasil pemeriksaan polis mendapati setiap tong mengandungi satu bungkusan plastik berisi pasir dalam keadaan lembap disyaki diserap dengan cecair dadah.

“Polis yang menjalankan ujian dengan alat pengesan dadah kemudian mendapati semua bungkusan pasir itu bercampur dadah syabu,” katanya pada sidang media di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman, semalam.
Noor Rashid berkata, polis percaya sindiket terbabit menyerapkan cecair dadah syabu itu ke dalam pasir terlebih dahulu sebelum diseludup ke negara ini melalui pengangkutan udara.

“Kami percaya premis diserbu itu hanya tempat simpanan sementara berdasarkan tiada penemuan alat memproses dadah di situ.
“Malah, terdapat kumpulan lain yang pakar dalam memproses dadah untuk mengasingkannya daripada pasir akan datang selepas itu untuk mengambilnya, namun tidak sempat kerana diserbu terlebih dulu,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan sindiket menyewa premis di negara ini untuk menjalankan kegiatan mereka dan sebaik selesai meninggalkan negara ini bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

Maut dibakar di laman sekolah



MAYAT Saquil (bulatan merah) terbaring di halaman sekolah selepas dibakar sekumpulan perusuh, semalam.
MAYAT Saquil (bulatan merah) terbaring di halaman sekolah selepas dibakar sekumpulan perusuh, semalam.
BANDAR RAYA GUATEMALA: Satu kumpulan perusuh membalas dendam terhadap seorang lelaki yang dikatakan pihak berkuasa membunuh dua kanak-kanak di sebuah sekolah rendah, semalam.
Menteri Dalam Negeri, Mauricio Lopez Bonilla berkata, lelaki mabuk yang dikenali sebagai Julio Saquil itu menceroboh masuk ke sekolah di Tactic, Alta Verapaz, di utara negara itu sebelum menyembelih dua kanak-kanak dengan sebilah parang.

Bonilla berkata, sekumpulan perusuh kemudian membawa Saquil, 35, ke halaman sekolah itu dan membakarnya hingga mati.
“Dia berjalan masuk ke dalam sebuah kelas dan mula menyerang pelajar. Dia memenggal kepala seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun dan menyembelih seorang murid perempuan berusia lapan tahun dengan parang,” kata anggota bomba Tactic, Wilson Cahuec.

Pihak berkuasa tempatan berkata, Saquil mempunyai sejarah terbabit dengan masalah dadah dan keganasan, tetapi mereka belum dapat mengenal pasti motif serangannya.

Pihak berkuasa mengenal pasti murid yang mati itu sebagai Evelyn Yanisa Saquij Bin, 8, dan Juan Armando Coy Cal, 13.
Mayat kanak-kanak itu mempunyai kesan kecederaan yang cuba mempertahankan diri.

Sementara itu, Fox News melaporkan kumpulan perusuh terbabit terdiri daripada guru-guru dan penduduk tempatan.
Hukuman tanpa perbicaraan bukan satu perkara luar biasa di Guatemala di mana bilangan polis agak kurang.

Agensi hak asasi kemanusiaan negara itu pula berkata, 234 percubaan menghukum bunuh tanpa bicara berlaku tahun lalu dan sekurang-kurangnya 40 orang maut.

Ekoran perbuatan ganas itu, ketegangan semakin berleluasa di kawasan kejiranan tempatan yang mula bertindak melakukan hukuman sendiri.

Baru-baru ini, empat lelaki yang disyaki mencuri ditangkap dan dibelasah oleh penduduk yang berang. Mereka menganggap kaedah hukuman yang dilakukan mereka lebih sesuai berbanding undang-undang pihak berkuasa.

Bagaimanapun, nasib masih menyebelahi empat lelaki berkenaan apabila akhirnya diselamatkan dan ditahan oleh polis. Itu pun selepas mereka diikat, dipukul dengan kayu, ditumbuk dan ditendang. - DM

Lelaki seiras Saddam diculik, diugut berlakon sebagai diktator Iraq dalam filem porno



pix_middle
KAHERAH: Seorang lelaki dengan wajah seiras Saddam Hussain mendakwa sekumpulan samseng cuba menculik dan memaksanya menyamar sebagai diktator terkenal itu untuk berlakon dalam filem porno melampau.
Warga Mesir, Mohamed Bishr yang saling tak tumpah menyerupai bekas pemerintah kuku besi itu mendakwa dipaksa melakukan perbuatan itu oleh kumpulan samseng berkenaan minggu lalu.p>
Kumpulan yang tidak dikenal pasti itu memberitahunya, mereka akan menyiarkan rakaman palsu itu sebagai pita porno asli Saddam dan menjualnya ke seluruh dunia bagi mendapatkan wang.
Pada awalnya mereka berkata, akan membayarnya 205,000 pound (RM1.09 juta) untuk adegannya dalam kerjasama itu, tetapi kemudian membelasahnya apabila dia enggan.p>
Mohamed dari Iskandariah berkata, dia turut menerima ugutan melalui panggilan telefon mengatakan dia akan diculik jika dia enggan berlakon dalam filem itu. p>
Mohamed yang warak berkata, pada minggu lalu, tiga lelaki berpakaian hitam keluar dari van dan memaksanya untuk memasuki belakang kenderaan itu.
Dia memberitahu akhbar harian Mesir, Al-Ahram: “Tiga lelaki itu yang mempunyai pistol tersisip di tali pinggang mereka memaksa saya keluar dari kereta dan menolak saya ke dalam sebuah van sambil memukul kepala saya.” p>
Menurutnya, orang yang lalu lalang berhimpun di tempat kejadian, tetapi amat takut untuk campur tangan dan perkara terakhir yang diingatnya, dia dicampak dari van ke kaki lima.
Mohamed juga telah diserang beberapa kali pada masa lalu oleh rakyat Iraq yang menetap di Mesir.

Kebanyakan mereka tersilap menganggapnya sebagai pemimpin mereka yang diguling (dihukum mati di penjara Baghdad pada Disember 2006) dan mahu menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan ganjaran. Dia terpaksa berpindah rumah beberapa kali bagi mengelak diganggu.

Anak lelakinya, Mahmoud berkata: “Kami meminta polis supaya memberi perlindungan khas kepada bapa kami kerana perkara ini sudah berlaku beberapa kali.” - TS

Isytihar perang

JAKARTA: Lebih daripada 350 anggota kumpulan fundamentalis dan penyokong mereka membuat bantahan anti-Amerika Syarikat di Jakarta semalam, kerana marah dengan filem anti-Islam yang dikeluarkan di Amerika.
Penunjuk perasaan, bersama kanak-kanak, berkumpul di hadapan Kedutaan AS, dengan membawa kain rentang bertulis “Kami mengutuk penghinaan ke atas Rasulullah” dan juga “Tiada Tuhan kecuali Allah.”

Jurucakap daripada kumpulan menyokong khalifah, Hizb ut-Tahrir, yang menganjurkan bantahan itu memberitahu orang ramai: “Kita mengutuk filem ini kerana ia menghina Rasul kita. Filem ini adalah pengisytiharan perang.”

Orang ramai menyahut dengan bertakbir: “Allahu Akbar!” (Allah Maha Besar) sementara polis perusuh berdiri dalam keadaan berjaga-jaga tidak jauh dari situ.

Seorang lagi penceramah mengisytihar: “Amerika tidak layak berada di sini,” dan orang ramai menyahut dengan menjerit menyuruh rakyat Amerika dihalau dari negara ini.

Sejak beberapa hari lalu, bantahan mengutuk filem berkenaan dibuat di hadapan bangunan Kedutaan Amerika di beberapa negara Arab dan Islam, mengutuk filem bajet rendah bertajuk Innocence of Muslims yang diterbitkan di AS dan dianggap menghina Islam.

Setelah penunjuk perasaan dari Hizb ut-Tahrir beredar, sekumpulan 100 orang dari kumpulan minoriti Syiah pula mengambil alih dengan menjerit “Amerika perlu dihukum bunuh” dan mahu pengarah filem itu dibunuh.

“Di bawah undang-undang Islam, pengarah itu mesti dihukum mati. Kami akan terus membuat bantahan sehingga kerajaan AS mengharamkan filem itu, meminta maaf kepada semua orang Islam dan menghukum pengarah filem itu,” kata seorang penunjuk perasaan bernama Khadijah. - JP

Pegawai penjara rampas dadah, telefon bimbit



BANGKOK: Pegawai Penjara Ubon Ratchathani merampas dadah dalam kuantiti besar dan telefon bimbit yang dilempar kepada banduan tetapi tidak sempat untuk mengambilnya.
Ketua Penjara Ubon Ratchathani, Chairoj Sinthuputthipong semalam berkata, pagar tambahan telah dibina untuk menghalang orang ramai melempar masuk barang-barang ke tingkat empat penjara itu, di mana banduan kesalahan dadah, ditempatkan.

Chairoj berkata, minggu lalu pegawai menjumpai 1,748 pil methamphetamine (syabu), 131.20 gram kristal methamphetamine (ais), 31 telefon bimbit dan 10 pengecas telefon dekat pagar penjara. Semua barang itu ditemui dalam beg plastik hitam.

Katanya, sekiranya banduan berjaya mengutip barang berkenaan, mereka akan menjual dengan harga tinggi kepada banduan lain di dalam penjara. Telefon bimbit dijual dengan harga 80,000 baht (RM7,900) dan satu pil syabu pada harga 600 (RM 60).

“Pegawai kini meronda kawasan penjara sepanjang masa, tetapi masih ada orang yang menyembunyikan barang dilarang termasuk makanan, pakaian dan buku untuk banduan,” katanya. - Bangkok Post

No comments:

Post a Comment