Mati dikapak suami
Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Mohamad Naufal Mohamad Idris
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
USUNG...anggota polis membawa keluar mayat mangsa dari rumah terbabit. Gambar kecil, Poziah.
ANGKAT...mayat mangsa dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.
Mangsa dikenali sebagai Noviaryani, 34, ditemui mati di rumah sewanya di Lorong Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, di sini, jam 9 malam kelmarin dan polis turut menemui sebilah kapak yang dipercayai digunakan untuk menetak belakang kepala mangsa.
Sebelum kejadian, mangsa yang juga suri rumah bertengkar dengan suaminya dalam bilik mereka yang disewa bersama tiga pasangan lain sebelum suaminya dilihat keluar dan meninggalkan rumah dengan motosikal.
Poziah berkata, ketika berada di luar rumah, dia melihat suami Noviaryani atau lebih mesra dipanggil Ani, keluar dari rumah dengan membawa beg dan menaiki motosikal dalam keadaan biasa seperti tiada apa-apa berlaku di rumahnya
Bapa bedil kepala sendiri
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my
wanasr@hmetro.com.my
MAUT...Ravindran menembak kepalanya menggunakan pistol buatan China.
BAWA...anggota polis mengangkat mayat Ravindran yang ditemui mati berhampiran kawasan ladang limau di Kampung Rapat, semalam.
Mayat lelaki itu ditemui terbujur berhampiran kawasan ladang limau di Kampung Rapat, berhampiran pinggir Lebuh raya Utara-Selatan, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi semalam.
S Ravindran, 44, didakwa melepaskan dua das tembakan ke arah kaki anaknya, R Hariharen, 15, selepas bertengkar dengan isterinya di hadapan rumah mereka di Taman Panorama Indah, Gunung Rapat, di sini, jam 4.40 petang kelmarin.
Sumber polis berkata, dia ditemui mati oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan itu sebelum melaporkannya kepada pihak polis.
Terbaring kaku di sisi kereta
Oleh Nazarali Saeril dan Siti Nadirah Hafidzin
metrojb@yahoo.com
metrojb@yahoo.com
MUSNAH...rumah mangsa bersebelahan dengan rumah pegawai kastam yang hampir musnah dalam kebakaran dipercayai dibaling bom petrol. Gambar kecil, Ahmad Hassan.
Dua kejadian itu berlaku di dua rumah pegawai KDRM Johor di Taman Pelangi, di sini, dan Pulai Perdana, Nusajaya, pada kira-kira jam 4 pagi dan kedua-duanya dipercayai dilakukan kumpulan penjenayah sama.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, Ahmad yang tinggal berjiran dengan pegawai KDRM yang menjadi sasaran serangan di Taman Pelangi, meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.
Sempat selamat kenderaan dari terbakar
Timbalan Ketua Pengarah KDRM (Penguakuasaan/ Pematuhan), Datuk Matrang Suhaili berkata, sebelum itu berlaku letupan dari rumah jiran yang dihuni dua rakan sekerjanya di Taman Pelangi di sini, selepas dilontar dengan bom petrol.
Menurutnya, sebaik terdengar bunyi letupan arwah bergegas keluar rumah dan sempat menyelamatkan kereta Honda Civic miliknya sebelum dia tiba-tiba terjatuh dan terus tidak sedarkan diri.
Beliau berkata, kejadian itu turut menyebabkan sebuah kereta jenis Proton Savvy milik seorang pegawai KDRM musnah.
“Rumah dihuni dua pegawai KDRM dilempar dengan bom petrol menyebabkan bahagian depan kediaman itu terbakar.
“Kebetulan, Ahmad yang tinggal berjiran dengan dua pegawai berkenaan bergegas keluar dari rumah untuk menyelamatkan keretanya daripada terbakar selepas melihat Proton Savvy itu hangus dijilat api,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.
“Kami menyerahkan siasatan kes ini kepada polis dan tidak menolak kemungkinan ia bermotifkan khianat,” katanya.
Baling batu kejut rakan tidur
“Syukur kerana mereka berjaya menyelamatkan diri, namun dalam keadaan tergesa-gesa, saya melihat arwah pengsan selepas mengalihkan keretanya sebelum disahkan meninggal dunia.” Demikian kata rakan serumah Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Johor, Ahmad Hassan, 54, yang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas rumah bersebelahannya di Taman Pelangi di sini, dibaling dengan bom petrol, kira-kira jam 4 pagi semalam.
Pegawai kastam yang enggan dikenali itu berkata, kejadian berlaku begitu pantas dan tidak menyangka arwah akan pergi buat selama-lamanya.
“Saya dan Ahmad sama-sama keluar dari rumah sebelum dia mengalihkan kereta jenis Honda Civic miliknya mengelakkan daripada terbakar.
“Sejurus kemudian saya melihat dia terbaring di tepi keretanya dalam keadaan tidak bergerak. Petugas perubatan yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan arwah sudah meninggal dunia,” katanya.
Sepupu mangsa yang mahu dikenali sebagai Pouzi, 44, pula berkata, selama ini dia hanya mengetahui arwah menghidap kencing manis tetapi tidak mengetahui arwah juga menghidap sakit jantung.
Sementara itu, Pengarah KDRM Johor, Datuk Ramli Johari berkata, Ahmad adalah pegawai yang berdedikasi dan berpengalaman berikutan sudah berkhidmat selama 30 tahun.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, M Vijayan berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran pada jam 4.11 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian sembilan minit kemudian.
Mati lepas dua bulan dibakar
Oleh Norul Awatif Romli
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
YUGAVINAYAGAR...dibakar suspek curi petrol
Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia di Hospital Selayang (HS), di sini, jam 6.30 pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa, P Yugavinayagar,15, ditemui jiran dalam keadaan terbaring dengan keseluruhan badannya melecur berhampiran motosikal di tempat meletak kenderaan pangsapuri.
Mangsa yang cedera serius di seluruh anggota badan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang sebelum dirujuk ke HS untuk rawatan lanjut.
Difahamkan, kecederaan akibat kebakaran yang dialami menyebabkan mangsa koma sepanjang ditempatkan di HS selain kaki kanannya dipotong kerana mengalami jangkitan kuman.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof berkata, mangsa dipercayai dibakar individu tidak dikenali gara-gara berang perlakuannya mencuri minyak dari motosikal disedari mangsa.
“Polis mendapat laporan mengenai kejadian dua hari selepas insiden apabila ibu mangsa membuat laporan polis.
Mohamad berkata, berdasarkan laporan awal mendapati mangsa dilaporkan meninggal dunia akibat kegagalan organ dalaman berfungsi selepas mengalami cedera serius akibat dibakar.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata dan Seksyen 435 KK kerana khianat dengan menggunakan api.
Dugaan hamil 9 bulan
Oleh Muhd Izawan Baharin dan Mior Azlan Kamarulbaid
izawan@hmetro.com.my
izawan@hmetro.com.my
Bagi menyara kehidupannya, Rosnah Miasin, 30, yang menjaga seorang anak lelaki berusia tiga tahun terpaksa bekerja sebagai jurujual produk kesihatan dan bergerak dari satu restoran ke restoran lain untuk mencari pelanggan.
“Sebelum ini saya bekerja di sebuah spa tetapi disebabkan hamil, saya terpaksa berhenti dan sejak Ogos lalu menjadi jurujual. Saya dibayar komisen RM5 dan perlu menjual sekurang-kurangnya 20 unit mesin urut mini.
“Saya terpaksa melakukan kerja ini demi anak, jika mahu meminta bantuan keluarga di Sabah, macam-macam syarat mereka kenakan kerana masih sukar menerima saya selepas memeluk Islam,” katanya yang ditemui di kediamannya di Gombak, semalam.
Menurutnya, disebabkan pendapatan tidak menentu, dia gagal membayar sewa rumah sebanyak RM500 selain bil elektrik dan air manakala pinjaman kereta tertunggak.
“Tuan rumah meminta saya membayar tunggakan sewa, tetapi saya tidak mempunyai wang. Saya dijangka bersalin hujung bulan ini sedangkan inilah satu-satunya tempat saya dan anak berteduh,” katanya. Rosnah berkata, dia dan suami yang berasal dari Kudat berhijrah ke Kuala Lumpur sejak empat tahun lalu untuk mencari rezeki dan tinggal berasingan selepas lelaki itu bekerja di Sepang manakala dia di Kuala Lumpur.
Sementara itu, menerusi satu pertemuan yang diatur Harian Metro antara Rosnah dengan Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam), Pengerusinya, Datuk Khairul Anwar Rahmat berjanji akan membantu wanita itu termasuk mendaftarkan perkahwinannya sehingga dia selamat melahirkan anak yang dijangka hujung bulan ini.
Apek mati tinggal gigi
Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Dalam kejadian jam 3.45 petang itu, mangsa, Chai Koh Mek, 74, yang menunggang Honda EX-5 bersendirian dikatakan datang dari arah bandar ini menuju Pulau Sebang.
Sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu merempuh tayar belakang basikal Muhamad Fazrul Ayman Fazri, 12, yang berada di laluan kiri jalan berkenaan.
Rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak atas jalan dan mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Muhamad Fazrul Ayman yang sedang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pula bengkak di kaki kiri akibat terpelanting dari basikalnya.
Bapa murid itu, Fazri Duamit, 43, tersentak apabila menerima panggilan daripada isterinya, Mahanum Ahmad, 39, memaklumkan anak sulung mereka terbabit kemalangan.
“Sebaik tiba di rumah, saya mendapati Fazrul ada dan terus memeluknya. Dia kemudian memberitahu tayar basikalnya dirempuh sebuah motosikal,” katanya yang bekerja sebagai pemandu bas.
Bagi Muhamad Fazrul yang ditemui di rumahnya di Padang Sebang, dia terkejut selepas basikalnya dirempuh motosikal mangsa sebelum tercampak.
“Ketika itu, dua rakan saya sudah melintas ke seberang jalan sebelum mereka datang semula dan meminjamkan basikal supaya dapat memaklumkan kejadian kepada ibu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin berkata, mangsa meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan badan.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Kekal 20 tahun
Oleh Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my
zatuliffah@hmetro.com.my
Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas Mohd Zainuddin Awi (gambar), 33, dari Jalan Masjid Padang Kubu, Kemaman didapati bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan.
Terdahulu, Mohd Zainuddin dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman terhadapnya, namun Mohd Yazid mengekalkan hukuman yang dikenakan Mahkamah Sesyen sebelum ini kerana perbuatan tertuduh adalah tidak bermoral selain mengambil kira faktor usia mangsa yang masih muda dan juga anak kepada arwah rakan sendiri.
Mengikut pertuduhan, Mohd Zainuddin didakwa merogol mangsa berusia 11 tahun di kawasan semak di Kampung Masjid Padang Kubu Ayer Puteh, Kemaman kira-kira jam 8.30 malam pada 5 Mei 2010.
Bagi kesalahan itu, Mohd Zainuddin yang masih bujang berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Jazamuddin Ahmad Nawawi.
Sebaik sampai di lokasi kejadian, tertuduh memberikan RM2 kepada mangsa sebelum menanggalkan pakaian dan merogol mangsa.
Bagaimanapun, mangsa tidak pernah menceritakan kejadian itu kepada sesiapa sehingga ditanya ibunya pada 23 Mei 2010 sebelum bapa saudara mangsa membuat laporan di Balai Polis Ayer Puteh pada 24 Mei 2010.
Susulan laporan, Mohd Zainuddin yang juga rakan baik kepada arwah bapa mangsa dan tinggal berhampiran rumah mangsa ditahan sepasukan polis di hadapan Pondok Polis Padang Kubu, Kemaman pada keesokan harinya.
‘Macam kena tarik’
Oleh Siti A’syah Sukaimi
sitiaisyah@hmetro.com.my
sitiaisyah@hmetro.com.my
Mangsa yang dikenali sebagai Nurul, 14, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 9 pagi iaitu selepas dia menghantar rakannya ke sebuah bilik rawatan kerana dikatakan lemah semangat akibat kejadian histeria di sekolah berkenaan. “Rakan saya itu memang seorang yang lemah semangat, sebab itu saya membantunya ke bilik rawatan di sekolah. Pada masa itu, di bilik berkenaan memang ada beberapa pelajar.
“Saya pun kemudian terus berjalan semula ke kelas, tetapi dalam perjalanan itu saya pula terkena gangguan.
“Saya rasa badan panas dan tak boleh bergerak sehinggakan saya terpaksa dibantu rakan dan guru untuk ke bilik rawatan.
“Waktu itu saya menjerit ‘panas, panas’. Beberapa orang guru dan pelajar cuba menenangkan saya dengan membacakan ayat suci al-Quran. Ada guru yang memegang saya, tetapi saya gigit tangan seorang daripada mereka dan minta dilepaskan,” katanya yang ditemui sebaik pulih daripada gangguan itu.
Sementara itu, menurut sumber, seramai kira-kira 50 pelajar diserang histeria bagi tempoh dua hari bermula kelmarin. “Kejadian dialami Nurul hampir sejam itu turut membabitkan pelajar lain, sehingga pembelajaran di sekolah berkenaan tergendala,” katanya. Katanya, berikutan itu pihak sekolah terpaksa mengarahkan semua pelajar pulang lebih awal daripada rutin harian persekolahan serta memberi mereka cuti rehat selama dua hari bermula hari ini dan esok. “Selepas kes itu, pihak sekolah tidak dapat meneruskan sesi pembelajaran seperti biasa, malah meminta pelajar membaca surah Yasin sebelum mengeluarkan arahan supaya pulang ke rumah masing-masing,” katanya. Menurut sumber itu lagi, dia percaya gangguan berkenaan ada kaitan dengan beberapa tempat di dalam kawasan sekolah itu yang dikatakan agak ‘keras’.
Diserang pegawai tentera ketika menjamu selera
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, di Bandar Tun Hussien Onn di sini, mangsa yang berusia 30-an terpaksa menerima rawatan di sebuah hospital swasta selepas mengalami kecederaan serius di kepala.
Sumber berkata, mangsa diserang pegawai itu ketika sedang menjamu selera bersama keluarga di sebuah restoran di lokasi berkenaan.
“Kejadian itu dipercayai berpunca daripada tindakan mangsa yang kononnya tidak membenarkan pegawai berkenaan memotong kenderaannya di lebuh raya.
“Suspek yang tidak berpuas hati kemudian mengekori kereta mangsa sebelum menyerang mangsa yang sedang menjamu selera,” katanya.
Berikutan tindakan itu, mangsa yang juga kakitangan kerajaan mengalami kecederaan serius di kepala dan menjalani rawatan susulan di hospital.
“Tindakan pegawai berkenaan dianggap keterlaluan dan menjadikan pangkat yang dimiliki sebagai ‘kuasa’ untuk bertindak sesuka hati.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika ditemui mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Terperosok bawah kereta
Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 petang itu, penunggang motosikal yang belum dikenal pasti identitinya itu bernasib baik apabila hanya cedera ringan walaupun terperosok di bawah kereta berkenaan.
Difahamkan, mangsa berusia awal 40-an yang menunggang motosikal Honda EX-5 turut terseret kira-kira 10 meter sebelum kenderaan itu terhenti di bahu jalan.
Menurut Aminah, dia bersama suami dan anak lelaki mereka, Mohd Fazli Sulaiman, 16, ketika itu dari arah Simpang Ampat menuju Tampin, Negeri Sembilan kerana ada urusan perniagaan.
“Ketika dalam perjalanan, saya menyedari sebuah motosikal ditunggang mangsa dari arah bertentangan membelok ke kiri jalan. “Kereta dipandu suami kemudian tiba-tiba hilang kawalan sebelum merempuh motosikal itu lalu menyeret mangsa dan terbabas ke kiri jalan.
“Saya terkejut apabila mendapati mangsa dan motosikalnya turut terperosok di bawah kereta selepas merempuh tiang papan tanda,” katanya di tempat kejadian.
“Saya terkejut melihat mangsa yang cedera dan masih sedar di bawah kereta sebelum orang ramai tiba untuk membantu mengangkat kereta dan mengeluarkan mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.
Perut hampir pecah
Oleh Pretty Licha
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, Bryant Tiong Kung Yan, murid tahun dua sekolah rendah di bandar Sibu, mati di tempat kejadian akibat cedera di perut selepas lori membawa muatan gam dipandu bapanya, Tiong Ing Tung, 44, merempuh belakang lori baja.
Saksi berkenaan, Edward Banting, 21, berkata, ketika kejadian dia memandu keretanya mengekori lori berkenaan sebelum pemandu lori di depannya menekan brek secara tiba-tiba sambil mengelak sesuatu sebelum berhenti secara mengejut.
“Saya sendiri nyaris merempuh belakang lori dipandu mangsa, tetapi disebabkan berada pada jarak yang selamat, saya mengelak daripada terbabit dalam kemalangan itu.
“Sejurus kemudian saya melihat pemandu lori berkenaan turun dengan kepalanya berlumuran darah menuju ke arah tempat duduk sebelah pemandu,” katanya. Edward berkata, dia memberhentikan kereta dan terkejut apabila mendapati pemandu lori itu cuba mengeluarkan anak lelakinya yang tidak sedarkan diri, tersepit di tempat duduk penumpang.
“Ketika itu saya sempat melihat perut kanak-kanak itu cedera parah dan banyak darah keluar. Selepas 10 minit, kami mengeluarkan kanak-kanak itu, namun tubuhnya langsung tidak bergerak,” katanya.
“Tiba-tiba lori saya dirempuh kuat dari belakang. Saya turun dan mendapati lori lain melanggar bahagian belakang kenderaan saya.
Difahamkan, Bryant menemani bapanya menghantar muatan gam ke Bintulu berikutan cuti sekolah sempena Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang berlangsung sekarang. Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian beberapa minit kemudian akibat cedera parah pada badan, manakala bapanya dihantar ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut dan dilaporkan menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Mayat kanak-kanak malang itu dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat dan kemalangan berkenaan menyebabkan keadaan lalu lintas di situ sesak lebih tiga jam.
Tiga pelajar ponteng ragut penumpang wanita
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, sekumpulan remaja terbabit yang masih di bawah umur berkeliaran secara berkumpulan dengan memakai pakaian biasa pada waktu persekolahan.
Menurutnya, dalam kes berkenaan mangsa berusia 21 tahun dihampiri tiga remaja terbabit di stesen LRT berkenaan jam 10.30 pagi sebelum ditolak sehingga jatuh.
“Suspek bukan saja meragut telefon pintar milik mangsa, malah turut mencabulnya yang cedera di lutut.
“Bagaimanapun, perlakuan suspek dilihat anggota polis yang meronda sebelum ketiga-tiganya cuba diberkas dan seorang daripada mereka ditahan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, semalam.
Mohmad berkata, remaja yang ditahan berusia 15 tahun dan pemeriksaan lanjut menemui telefon pintar milik mangsa dan satu pisau berukuran kira-kira 20 sentimeter dalam poket seluarnya.
“Remaja terbabit kini direman seminggu dan kesnya disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana menyamun dan Seksyen 354 kanun sama kerana mencabul,” katanya.
Moustafa bangga jadi ‘Popeye’
BISEP Moustafa berukuran hampir 79 sentimeter menyebabkan dia kelihatan seperti Popeye (gambar kecil).
MODEL, Jessica Jerrard, diangkat Moustafa sempena pelancaran Buku Rekod Guinness di London, semalam.
Moustafa Ismail, 24, menghabiskan masa selama 10 tahun untuk berlatih mengangkat berat dua kali sehari bagi membentuk otot di pangkal lengannya.
Disiplin itu membolehkan Moustafa memiliki bisep yang sama besarnya dengan ukur lilit pinggang lelaki dewasa.
Walaupun fizikalnya seperti watak kartun Popeya, Moustafa mengaku dia tidak gemar sayur bayam, sebaliknya dia memakan sehingga 1.5 kilogram ayam, 0.5 kilogram daging atau ikan dan empat cawan almond bersama sembilan liter air dan tiga liter bancuhan protein.
Disebabkan komited dengan aktiviti bina badan, Moustafa membawa semua ahli keluarganya berpindah ke Amerika Syarikat (AS) bagi memudahkan dia menggunakan peralatan lebih baik.
Kata Moustafa, ramai mendakwa mereka terkenang kepada Popeye setiap kali melihatnya.
“Saya hanya ketawa dan berpendapat, lengan saya lebih besar daripada Popeye,” katanya.
Moustafa berkata, dia memulakan aktiviti bina badan 10 tahun lalu dalam usahanya mengekalkan kecergasan.
Selepas sering mengunjungi gimnasium, katanya, dia menerima banyak pujian mengenai bisepnya.
“Justeru, saya menumpukan aktiviti latihan kepada bisep dan membentuknya menjadi lebih besar,” katanya.
Lima tahun lalu Moustafa gagal dipilih menyertai pasukan bina badan Mesir.
Kegagalan itu mendorong dia berhijrah ke AS.
Walaupun mengakui mengambil bancuhan protein untuk membentuk badannya, Moustafa berkata, keupayaannya itu juga dipengaruhi genetik bapanya - seorang ahli gusti Mesir.
Setiap hari, Moustafa berlatih dari jam 5 pagi hingga 8 pagi dengan tumpuan diberikan kekuatan jantung serta pembentukan fizikal.
Jika tidak berada di gimnasium, Moustafa menguruskan dua stesen minyak miliknya di Massachusetts.
Kata Moustafa, latihan fizikal membolehkan dia fokus dalam setiap apa yang dilakukan.
“Pada masa sama, anda boleh melihat bagaimana fizikal anda berubah,” katanya.
Bisep Moustafa kini disahkan sebagai paling besar dan namanya muncul dalam Buku Rekod Dunia Guinness 2013 yang dilancarkan di London, semalam. - DM
341 maut dalam 2 kebakaran
Dalam kejadian pertama, api membakar pantas sebuah kilang pakaian di Karachi dan mengorbankan 289 orang.
Waris mangsa berkumpul di hospital dan rumah mayat sambil mengkritik dasar kerajaan. Saksi, Mohammad Asif, 20, berkata orang ramai menjerit meminta tolong dan bertumpu ke tingkap untuk menyelamatkan diri.
“Mereka melompat dari tingkat tiga,” katanya. Sementara itu, di timur Lahore, sebuah kilang kasut turut musnah terbakar dan mengorbankan sekurang-kurangnya 25 orang. Pengkritik berkata, kerajaan Pakistan yang korup dan tidak berkesan gagal mengatasi masalah negara itu ketika ia terus berdepan ancaman Taliban, kemiskinan, jenayah dan gangguan bekalan elektrik harian. Pekerja kilang pakaian, Mohammad Pervez, berkata pemilik kilang berkenaan lebih bimbangkan produknya berbanding kakitangan di situ.
“Jika tiada gril di tingkap, lebih ramai nyawa dapat diselamatkan.
“Kilang itu menyimpan terlalu banyak pakaian dan fabrik. Sesiapa yang mengadu akan dibuang kerja,” katanya. Dalam perkembangan berkaitan, seorang menteri wilayah mengarahkan pemeriksaan di semua kilang dan loji perindustrian di Sindh dalam tempoh 48 jam.
200 sekolah Britain pasang kamera litar tertutup di tandas, lokar
Memetik maklumat daripada kaji selidik kebebasan maklumat, aktivis mengenal pasti sekolah itu satu daripada lebih 200 sekolah tinggi di seluruh Britain yang memasang kamera pengawasan di tandas atau lokar. Kumpulan yang mengeluarkan laporan itu, Big Brother Watch, berkata sebuah badan pemantau berpengaruh diperlukan untuk memastikan privasi pelajar dilindungi. Pengarahnya, Nick Pickles, berkata laporan disediakan itu pasti akan mengejutkan ramai ibu bapa. “Pihak sekolah perlu menjelaskan mengapa mereka menggunakan kamera berkenaan dan apa berlaku terhadap rakaman yang dibuat,” katanya. Sementara itu, Pengetua Sekolah King Ecgbert, Lesley Bowes, mempertahankan tindakan itu kerana ia boleh membantu melindungi keselamatan pelajar dan kamera hanya diarahkan ke pintu tandas.
“Rakaman berkenaan hanya ditonton jika ada sesuatu yang mencurigakan dan dapat mengatasi aktiviti buli,” katanya.
Sejumlah 207 sekolah tinggi di seluruh England, Wales dan Scotland mengaku memasang kamera litar tertutup di tandas dan bilik persalinan premis mereka.
Menurut Big Brother Watch, hampir 4,100 soalan dihantar ke sekolah pada Mei lalu tetapi hampir separuh daripadanya tidak menghantar maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan. - AP
Wartawan giat lapor pembalakan haram ditemui mati dibunuh
Pegawai kanan polis, Song Bunthanorm, berkata mayat wartawan Vorakchun Khmer Daily, Hang Serei Oudom, ditemui dalam kenderaan mangsa yang ditinggalkan di sebuah ladang gajus di wilayah Ratanakiri, kelmarin “Ia bukan rompakan, tapi kes bunuh.
“Ada beberapa kesan kecederaan di kepala yang mungkin disebabkan penggunaan kapak,” katanya. Hang, 44, gagal dikesan sejak dia keluar dari rumahnya petang Ahad lalu. Ketua Pengarang Vorakchun Khmer Daily, Rin Ratanak, berkata Hang banyak menulis mengenai aktiviti pembalakan haram membabitkan ahli perniagaan serta pegawai kerajaan berpengaruh di wilayah berkenaan. “Kebanyakan berita Hang adalah mengenai kegiatan pembalakan haram membabitkan kayu bernilai tinggi,” katanya. - AFP
No comments:
Post a Comment