Kareena Kapoor Enggan Peluk Islam
Aktres Kareena Kapoor yang bakal menamatkan zaman bujangnya dengan pelakon Saif Ali Khan pada 16 Oktober ini memutuskan tidak memeluk Islam.
Kereena juga dilaporkan tidak akan menukar namanya dan mahu kekal dengan nama asalnya tersebut.
Saif Ali sendiri menjelaskan dia tiada masalah untuk menerima Kareena dengan agama asal aktres tersebut dengan alasan menhormati agama lain.
Sebelum ini kesemua perkahwinan berlainan agama dalam keluarga Pataudi memerlukan pengantin wanita untuk masuk islam bagi upacara akad nikah
Ibu Saif Ali sendiri, Sharmila Tagora yang merupakan keturunan Banggali memeluk islam untuk bernikah dengan ayah saif Ali, Mansur Ali Khan
Sharmila yang juga pelakon itu turut meempunyai nama islam iaitu Ayesha Begum selain mengunakan nama asalnya.
Majlis perkahwinan Saif Ali dan Kareena akan diadakan di istana Pataudi. bagaimanapun pihak mengantin belum memutuskan sama ada untuk melakukan majlis mengikut tradisi hindu atau syariat islam.
Mail Today
Natasha Hudson Bakal Berkahwin & Sudah Bertudung
Menurut Natasha yang dihubungi GUA sebentar tadi, dia dan Carleed tidak ada sebab-sebab tertentu memilih tarikh 15 April, sebaliknya tarikh itu dipilih kerana mengikut tarikh yang dicadangkan oleh pihak masjid.
“Perancangan untuk melangsungkan pernikahan telah kami buat sebelum masing-masing menunaikan umrah baru-baru ini. Namun, ketika berada di Mekah saya telah membuat keputusan muktamad. Saya tidak rasa ia terlalu tergesa-gesa sebab saya memang sudah bersedia.
Ditanya sama ada pihak keluarga bersetuju atau tidak dengan majlis perkahwinan yang ringkas itu, Natasha memberitahu kedua-dua belah pihak keluarga tidak punya masalah kerana masing-masing memang tidak suka mengadakan majlis beberapa kali atau diadakan secara besar-besaran.
“Baik Carleed mahupun pihak keluarga, masing-masing tidak kisah sama ada hendak adakan majlis resepsi atau tidak. Sebenarnya mereka pun tidak suka kalau kami hendak adakan majlis beberapa kali. Cukuplah sekadar majlis yang sederhana tapi cukup bermakna,” ulas ibu kepada Nessa Helena ini.
Untuk makluman, bakal suami Natasha selain bergelar penyanyi dia juga seorang ahli perniagaan yang memiliki syarikat muzik, PhuturePhlow. Pasangan ini pernah berduet menerusi lagu “Jika Ku Boleh Ubah Dunia”.
Sudah berhijab
Dalam perkembangan lain, tahniah GUA ucapkan kepada Natasha dengan penampilan terbarunya. Natasha kini memilih untuk mengenakan hijab dan keputusan ini dibuat ketika dia berada di Tanah Suci. Jelas Natasha, keputusannya itu bukan atas desakan sesiapa tetapi kerana pintu hatinya telah terbuka.
“Memang ramai kawan-kawan yang tidak sangka dengan perubahan saya ini. Begitu juga dengan keluarga. Namun, mereka semua gembira untuk saya dan memberikan sokongan. Carleed juga gembira dengan imej baru ini.
“Saya akan teruskan karier lakonan dan nyanyian seperti biasa kerana saya tidak menganggap pemakaian hijab sebagai satu masalah besar. Kalau Yuna boleh melakukannya, saya juga boleh. Saya percaya perjalanan hidup kita ditentukan oleh Allah. Buat masa ini saya gembira dengan perubahan ini dan mendoakan ia berkekalan,” ujar Natasha dengan nada gembira.
Gua
Tidak solat selepas gaduh dengan isteri
BALING – Seorang suami, mengaku tidak pernah mengerjakan solat selepas bergaduh dengan isterinya.
Ketika ditanya oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Baling, Syeikh Muhamad Soleh Salim, Mohd Noor Izwan Esa berkata, dia memang tidak bersolat akibat masalah dalam rumah tangga.
“Pagi tadi kamu solat Subuh tak? tanya Syeikh Muhamad Soleh.
Syeikh Muhamad Soleh berkata, solat tidak boleh ditinggalkan kerana ia adalah perintah ALLAH SWT dan menjadi tiang agama.
“Sekiranya solat ditinggalkan, kehidupan kita tidak akan diberkati Tuhan. Masalah keluarga perlu diselesaikan secara baik melalui perbincangan dan bukan dengan meninggal suruhan ALLAH,” katanya.
Sebelum itu, isterinya Norsaliriah Ashri yang memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Kedah 2008 memberitahu mahkamah beliau bertindak demikian kerana suaminya meminum arak dan mempunyai wanita lain.
Bagaimanapun, pada perbicaraan semalam, Norsaliriah memohon menarik balik permohonan perceraian setelah berbincang dengan suaminya yang mengaku untuk berubah dan tidak mengulangi perbuatan lalu.
Mohd Noor Izwan, seorang tentera yang kini bertugas di Sarawak turut berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan lalu dan mahu membuat perubahan dalam kehidupannya.
Hakim itu turut menegur anggota tentera berkenaan pada permulaan sesi perbicaraan apabila tidak memakai songkok.
“Mana songkok kamu? sebagai anggota tentera, kamu sepatutnya tahu soal disiplin. Ini menunjukkan kamu tidak berdisiplin walaupun berada dalam tentera,” kata Syeikh Muhamad Soleh
Mahkamah kemudian membenarkan permohonan perceraian itu ditarik balik.
Sinar Harian
15 murid belasah guru disiplin
ALOR SETAR: Hanya kerana menegur sekumpulan pelajar tingkatan lima tidak menyertai perhimpunan, seorang guru disiplin dibelasah ala samseng oleh sekumpulan pelajar dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini, Selasa lalu.
Kejadian jam 7.30 pagi itu bermula apabila guru terbabit yang berusia 40-an mengesan 15 pelajar lelaki tidak menghadiri perhimpunan sebaliknya membuat bising dalam kelas mereka.
Menurut sumber, guru itu ke kelas berkenaan dan meminta semua pelajar terbabit keluar dari kelas dan pergi ke perhimpunan bersama pelajar lain.
“Apabila guru itu masuk semula dalam kelas, dia melihat sebahagian pelajar terbabit menendang pintu dan ada yang bertindak lebih berani dengan memecahkan cermin tingkap kelas,” katanya.
Harian Metro
Pelajar kolej dicekup bersama awang hitam
MANTIN: Seorang pelajar perempuan sebuah kolej swasta (gambar) dicekup dalam keadaan separuh bogel bersama teman lelaki warga Nigeria dalam bilik di tingkat lima sebuah apartmen yang disewa dan dikongsi mereka bersama sekumpulan lelaki warga Afrika, awal pagi semalam.
Ketika serbuan jam 4 pagi itu, selain pasangan terbabit, sembilan lagi lelaki warga Nigeria berada dalam rumah berkenaan berpesta arak di ruang tamu kononnya sempena meraikan sambutan hari jadi seorang daripada mereka.
Sumber berkata, ketika serbuan penguat kuasa Jabatan Imigresen terpaksa mengetuk pintu bilik penuntut itu yang berkunci dari dalam lebih 30 minit, namun tidak dibuka menyebabkan pintu dipecahkan.
“Apabila disoal siasat, dia (pelajar perempuan) yang berusia 20-an mengaku lelaki Nigeria itu kekasihnya dan mereka rakan sekelas ketika belajar di kolej itu,” katanya.
Harian Metro
Bayi maut tercampak dari kenderaan
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad, berkata, akibat rempuhan kira-kira jam 9.30 malam itu, pemandu berusia 23 tahun itu gagal kawal Perodua Kembara yang dinaiki lima sekeluarga itu terbalik menyebabkan mangsa yang berada di tempat duduk belakang tercampak keluar kenderaan.
Manakala datuk, nenek dan dua ibu saudara mangsa yang menaiki kenderaan sama mengalami luka ringan dan menerima rawatan di Hospital Tanjong Karang.
Difahamkan, mangsa tinggal bersama nenek dan datuknya memandangkan ibunya perlu menghadiri kursus di Ipoh manakala ayahnya bekerja di Seremban.
Sementara itu, menurut Mushar, dalam kejadian itu, Proton Wira yang dipandu seorang lelaki turut terbabas ke bahu jalan sebelum merempuh tembok batu di kiri jalan berkenaan.
“Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami kecederaan dan membuat laporan bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, laporan awal yang diperolehi menerusi siasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan itu berlaku disebabkan kecuaian pemandu membuat pusingan U.
“Setiap pemandu perlu berhati-hati membuat pusingan U dan tindakan keluar terburuburu hanya bawa bahaya kepada pengguna jalan raya lain dan diri sendiri,” katanya.
Sinar
Filem anti-Islam satu provokasi: PM Turki
“Ini adalah provokasi kuat terhadap cara kehidupan kita,” katanya dalam satu ucapan dalam persidangan di Yalta, pusat peranginan Laut Hitam di Ukraine.
“Menghina Nabi Muhammad tidak boleh dianggap sebagai kebebasan bersuara. Agama dan Nabi adalah nilai suci yang tidak boleh disentuh,” katanya.
“Tindakan itu tidak boleh dijadikan alasan khususnya oleh Islam. Tiada siapa atas nama Islam boleh bertindak sebagaimana yang berlaku di Libya iaitu menyerang utusan Amerika Syarikat di Benghazi,” katanya. Pegawai kerajaan AS dan Libya masih menyiasat serangan terhadap konsulat AS di Libya yang membunuh duta dan tiga rakyat negara itu ketika spekulasi tersebar meluas menyatakan ia adalah tindakan militan dan bukan penunjuk perasaan. – AFP
YouTube: Klip kontroversi kekal, disekat di Libya dan Mesir
Dalam kenyataan dibawa CNN, YouTube berkata, treler 13 minit yang menyinggung perasaan umat Islam tidak boleh akses menerusi YouTube di Libya dan Mesir buat sementara waktu.
Sekurang-kurangnya sembilan orang telah dilaporkan maut dalam serangan dan protes setakat ini termasuk empat warga AS.
“Ini satu cabaran kerana apa yang OK di sesebuah negara, adalah sebaliknya di negara lain,” kata firma itu.
“Video ini, yang boleh didapati dengan meluas di Web, diadakan mengikut garis panduan kami dan akan kekal di YouTube.
“Bagaimanapun, melihat kepada situasi sukar di Libya dan Mesir, kami sekat buat sementara di kedua-dua negara,” kata YouTube lagi.
Laporan menyebut Afghanistan telah mengharamkan akses kepada YouTube ekoran kemunculan trailer itu.
“Kami telah diminta menutup YouTube daripada diakses oleh publik Afghan hingga video itu dikeluarkan,” kata Aimal Marjan dari Kementerian Penerangan dan Teknologi dipetik Reuters.
Garis panduan YouTube mengharamkan penggunaan ruang itu untuk muat naik bahan-bahan lucah dan grafik atau elemen-elemen ganas yang tidak sewajarnya, dan mahu mereka yang memuat naik video menghormati undang-undang hak cipta.
Mengenai ucapan-ucapan kontroversial, YouTube berkata, “kami menggalakkan kebebasan berucap dan mempertahankan hak setiap orang untuk melahirkan pandangan-pandangan tidak popular.”
“Bagaimanapun kami tidak menggalakkan ucapan mencetuskan kebencian,” katanya.
Misteri siapakah pengarah filem anti- Islam Innocence of Muslims yang mencetuskan rusuhan di sekitar Mesir dan Libya masih menjadi tanda tanya
Filem yang membuat penggambaran di Amerika itu dan sudah memulakan tayangannya di panggung-panggung berskala kecil di Hollywood pada Jun lalu.
Sebelum ini, judul asal bagi filem itu dipercayai The Innocence of Bin Laden dan diarah serta skripnya ditulis oleh Sam B
No comments:
Post a Comment